Wednesday, February 22, 2017

Update on Aku Bukan Hana Tajima! :)

Assalamualaikum semua. 


Harap semua sihat saja. :) 
Lama sangat tak update. bersawang blog ni. Pada yang sudi singgah baca nukilan saya tak seberapa ni, terima kasih banyak banyak. Korang setia. (terharu sangat bila buka email, ada saja komen baru, pertanyaan tentang ABHT).

Untuk pengetahuan semua, projek Aku Bukan Hana Tajima (ABHT) dah lama siap. berhabuk dalam laptop. Pertama saya hantar manuskripnya ke publisher Gedebook. Ditolak kerana Gedebook tidak lagi menerbitkan buku berunsur cinta. Kemudian saya hantar pada Kaki Novel. Ditolak lagi kerana plot tidak sempurna. Saya diminta edit semula. Jadi sekarang ini, saya dalam proses editing & amending manuskrip ABHT. Disebabkan kekangan waktu bekerja, saya tak mampu edit sepantas dulu.

Saya mohon readers semua doakan yang terbaik. ABHT is my baby. Ofkos saya nak publish jadi buku. dari 2009 dok menaip. sampai sekarang 2017, masih belum punya peluang untuk terbitkan buku. Abang saya pun dah publish 2 buku dia (Perisai Buat Wanita & Zero to Hero). adik dia masih merangkak lagi. hehe. Takpa, biar lambat janji buat. optimis!

Sedikit hint, banyak sangat scenes dalam blog ni saya buang/tambah/ubah dari dalam manuskrip ABHT. yelah saya mula2 tulis ABHT ni masa umur berapa (19?) sekarang dekat 30 dah umur. mentaliti pun berbeza dah. jadi mana saya rasa irrelevent dan entah apa2, saya masuk tong sampah. Tapi don't worry, yang best2 saya tak sentuh. Bila baca balik ABHT, saya rasa macam jumpa insan2 yang saya sayang tapi dah lama tak contact. Daim, Hana, Budin, Jannah. Then ada Akid. Then Khasyi. God, Khasyi. In real life, kalau Khasyi wujud, saya probably akan fall head over heels dgn Khasyi. 
Tapi saya prefer lelaki bold macam Daim. So tengoklah ending Hana dengan siapa nanti. :P

Dalam masa yang sama, saya sedang menulis 2nd projek, tajuk Hilang. apa yang saya bubuh dalam blog ni sampai bab 3, totally berbeza dengan current one. sekarang sudah mukasurat 180+. plotnya berbeza sangat. mulanya saya plan tema novel Hilang ialah fantasi. tapi saya rasa readers malaysia belum boleh terima tema fantasi ala-ala Throne of Glass & A court of thorns and roses series by Sarah J. Maas. (sebab masa tulis tu memang tengah gila baca Sarah punya buku. korang tolonglah baca. betul tarik kita ke alam merepek yang realistik. haha) So saya ubah plot jadi more kepada berpijak di bumi nyata. Ofkos temanya centaaa. tapi elemen cerita tu terselit sedikit unsur perisikan. dan kisahnya lebih pada grief sorta love. saya nak dalami emosi orang yang kehilangan insan tersayang. tu fokus saya sebenarnya. Tapi sekarang tengah hold dulu sebab nak fokus pada ABHT. Insya Allah, nanti sambung balik. 

Ada juga projek2 lain saya tengah tulis. Tapi semua tak cecah 100 m/s lagi. So itu nantilah. haha. impian melangit betul. tapi itulaa. effort bersepah. anyway, mohon korang semua doakan saya berjaya edit sesempurna mungkin supaya dapat dibukukan ABHT ni ya. aameen. begitu juga dgn projek2 lain. doakan!

Jazakumullahukhayran.

Sebarang soalan, boleh email saya ya. Insya Allah, akan balas. lambat cepat je. 

Thanks lovelies. 

-Rosebud


0 comments:

Post a Comment