Friday, January 15, 2016

Pesan

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, 2016.

Maknanya, dah lebih 3 tahun Aku Bukan Hana Tajima ditulis. Penghujung 2015, novel ABHT siap ditulis. Kemudian editing proses untuk dihantar ke penerbit. Setelah berfikir dan fikir, imbal-balik penerbit mana yang boleh terima genre lapuk, gaya bahasa dan jenis novel ABHT ni, akhirnya saya tekad hantar manuskrip kepada Gedebook. yeayyy alhamdulillah. manuskrip dah selamat dihantar. sekarang tengah tunggu feedback. doakan korang!

Ya, cerita ni makan baaaaanyak sangat masa. Kekangan masa pertama sekali. Kedua, kekangan idea. Ketiga, disebabkan ABHT ni kesayangan saya, tiba-tiba saya jadi seorang perfectionist. Edit, edit dan edit sampai jenuh biji mata. semua orang da bising suruh saya hantar cepat.

Sekarang dah hantar pada publisher. Doakan ya.

Dan please jangan amalkan plagiarisma atau copy paste atau ambil tanpa izin atau tiru atau curi karya tak seberapa ni.

Hasil 3 tahun kerah keringat, kalau orang ambil tanpa izin..... sedih oi.

Tapi saya yakin korang baik, so saya kembali unfreezkan blog ni untuk bacaan umum sebab ramai pm saya minta nak baca ABHT ni. Thanks korang. Heart korang manyak manyak!


Have fun reeding it again.

BTW, banyak dah scenes dalam blog ni dan dalam novel ABHT diubah, dipotong, ditambah. Kalau nak tahu apakah scenes itu, nantikan novelnya ya. doakan!


Love sincerely,

Rosebud.

0 comments:

Post a Comment