Thursday, January 28, 2016

Hilang Bab 3

“Saya nak hidup dengan awak, ada anak dengan awak, bersama sampai mati dengan awak.”


Elena membuka mata. Dia. Setiap malam dia datang dalam tidur Elena. Dia berkata-kata. Dia bergurau, dia tersenyum nakal, dia merajuk. Dia datang menemani tapi kenapa hanya dalam tidur? Kenapa tidak dikala sedar? Dikala mata celik?

Elena menoleh ke jendela. Matahari masih belum merangkak naik lagi. Selalu apabila Elena terjaga di malam hari, dia juga akan terjaga. Dia akan merenung wajah Elena, tanpa bicara, hanya merenung hingga ke dasar mata sebelum akhirnya bibirnya membuahkan segaris senyuman nipis, memberitahu Elena semuanya selamat, semuanya baik saja. Perlahan-lahan, dia akan merangkul Elena rapat ke dadanya, memeluk erat sambil mengusap lembut kepala wanita itu. Dan Elena akan lena hingga ke pagi dalam kehangatan kasih sayang dia.

“Apa pun jadi, awak kena balik sini.”
“Okay.”
“Susah macam mana pun, awak kena balik.”
“Okay.”
“Jangan sakit. Jangan jatuh. Jangan terluka. Jangan—”
“Jangan risau, saya kena balik sini kan? I’ll be back. I always will.”
~

Elena menoleh ke tepi. Pandangannya jatuh pada bangku kayu di sebelahnya. Kosong. Pinggan seramik biru laut berisi telur hancur tidak berusik. Jus oren masih penuh dalam cawan seramik putih, tak terluak.

Elena memandang bangku kayu semula. Dia suka bangku kayu itu. Katanya, nostalgia. Bangku kayu setinggi tiga kaki itu dibuat sendiri oleh Elena dan dia. Pagi-pagi lagi dia mengejutkan Elena dan menariknya ke dalam garaj, tempat dia selalu bertukang. Satu per satu kayu digergaji, dipaku dan dicat. Hampir dua jam kemudian, sebuah bangku kayu siap dibuat dan bangku itu menjadi kesayangan dia. Sampai bila-bila. Elena menarik nafas dalam-dalam sebelum mengeluh berat. Pinggan di hadapannya ditolak. Telur hancur yang dimasaknya tadi dibiarkan sejuk.

Sepuluh minit kemudian, Elena mengambil pinggannya dan pinggan dia sebelum diletakkan ke dalam sinki. Lama Elena merenung pinggan biru itu. Pinggan dia.

“Hari ni saya nak breakfast scramble eggs.” Dia memeluk Elena dari belakang.
“Hari-hari scramble eggs. Tak muak ke?” Soal Elena membiarkan dia membenam hidung ke dalam rambutnya.
“Macam mana nak muak? Awak yang masak.”

Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum nipis. “Awak, saya masak scramble eggs untuk awak….” Bisiknya perlahan. Air mata dibiarkan jatuh setitis demi setitis. Elena membongkokkan tubuhnya dan melekapkan dahinya ke atas lengan, rapat ke sinki. Di situ, Elena menangis, merintih merayu dia pulang dalam tangis. Pulang ke rumah. Pulang ke sini, ke sisinya.
~

Pintu almari dibuka luas-luas. Serta-merta haruman dia meresap ke seluruh ruang bilik, memaksa Elena memejamkan mata, menikmati bau yang amat dirinduinya. Bau campuran sitrus dan kulit kayu manis. Elena mengambil sehelai t-shirt berwarna biru gelap dan dibawa rapat ke hidungnya.

“Elena! Oh Elena! Elena!”
“Kenapa? Kenapa?” Elena tercungap-cungap muncul berdiri di depan pintu bilik sambil melihat dia dengan mata yang terbuntang luas. “Kenapa?”
Dia memandang Elena atas bawah sambil mencekak pinggang. “Dah kalau semua baju saya awak pakai, saya nak pakai apa?”
“Tak payah pakai apa-apa.” Dan bibir Elena mengucup bibir dia.
~

Elena membuka tong sampah dan menyumbat plastik sampah ke dalam tong. Tuala yang terletak atas kepalanya dipegang dengan sebelah tangan. “Elena! Long time no see. How are you my dear?” Sapa jirannya, Aunty Denise sambil berjalan ke arahnya. Tanpa menunggu jawapan Elena, wanita tua itu terus menariknya ke dalam dakapan.

Elena tergamam. “I…. I’m fine. Thanks aunty.” Balas Elena perlahan. Aunty Denise meleraikan pelukannya sambil menatap lama wajah Elena. “Come. I’ll cook you something nice.” Pelawa wanita itu seraya menarik tangan Elena.

“Tak apa aunty. It’s okay. El dah makan.” Elena menolak lembut pelawaan jirannya itu. “A tea then. I’ll bake your favorite cookies. Double chocolate chips!”  Ajak Aunty Denise lagi. Wajahnya terpancar riak kebimbangan walaupun suaranya kedengaran gembira. Elena memaksa segaris senyuman sungguhpun dia tahu senyumannya tampak canggung.

“I really appreciate it aunty but no thanks. I think I’m just gonna lie down.” Ujar Elena sopan. Aunty Denise memandangnya lama sebelum kedua tangannya memegang tangan kanan Elena. “Well, if you need anything, anything Elena, just ring me. I’ll be there for you sweetie.”

Elena mengangguk sambil tersenyum nipis. “Thanks. Aunty, ada nampak Mino? My cat, have you seen him?” Tanya Elena. Sudah berhari-hari Elena tak nampak kelibat Mino, kucing kesayangan dia. 

Aunty Denise mengerutkan hidungnya. “Oh I hope you don’t mind. Mino seemed hungry so I fed him and gave him a bath.  He’s in my house, playing with Ben. You know Ben, my grandson. Oh would you like him back?” Tanya wanita tua itu. “Yes aunty. Mino... He’s… He’s his.” Balas Elena perlahan. Aunty Denise memegang bahu Elena.

“Alright. I’ll bring Mino home. Elena?” Panggil Aunty Denise. Elena memandangnya. “He is a good guy. We love him dearly.”

Elena memandang Aunty Denise dengan mata yang berkaca. Is. He is a good guy. Aunty Denise guna ‘is’, bukan ‘was’. Elena menarik nafas dalam-dalam. Sebak hatinya tak tertahan. “Thank you...” 
~

“Hey buddy.” Elena menarik Mino ke dalam pelukan. Kepala dan dagu Mino diusap-usap dan sesekali bibirnya mengucup dahi kucing itu. Mino menggeselkan kepalanya ke pipi Elena. “Mino..” Elena membenamkan hidungnya ke kepala Mino sambil memejamkan mata.

“Mino, sini sini. Mari sini cepat. Sini kat mummy.” Elena menepuk tangan, cuba menarik perhatian Mino yang sedang terbaring sambil menjilat kakinya. Kucing kelabu itu sedikit pun tak mengendahkannya. “Mino! Sini!” Jerit Elena geram. Sesaat kemudian kepalanya bisa diduku dia.. Elena yang sedang mencangkung terus mendongak sambil melancarkan pandangan sakit hati ke arah suaminya.

“Mino, come here buddy. Come to daddy.” Dia menepuk-nepuk pehanya dan sekelip mata, Mino yang sedang terbaring menjilat kaki terus bangun dan berlari ke arah dia sebelum melompat ke atas pehanya. Rahang Elena jatuh. “Every single time! Apa awak dah jampi kat Mino?” Elena merengus tak puas hati. Mino tak pernah buat tak endah pada dia. Dengar bunyi kereta dia saja, berdesup kucing itu berlari ke luar rumah dan menanti dengan muka penuh mengharap.

“Awak kasar sangat dengan dia. Mino pun ada hati dan perasaan sayang. You have to be gentle. Like this.” Beritahu dia sambil mengusap-usap perut Mino. Kucing kelabu itu berderam bahagia. Elena mencebik. “Not fair. Saya buat macam tu kat dia, dicakarnya saya!” Elena mengadu sambil menayangkan lengannya yang bergarisan merah akibat dicakar Mino.

Dia ketawa kecil. “Memang patut pun awak kena cakar. Awak bukan usap dia pun. Awak picit-picit perut dia. Memanglah dia naik angin. Saya picit perut awak pun awak mengamukkan?”

Elena mencekak pinggang. “Awak samakan saya dengan kucing!?” Terbeliak biji matanya bertanya. “No, of course not. Mino fluffy. Awak chubby.” Balas dia selamba. “Okay that’s it!” Elena menerpa ke arah dia dan memukul-mukul bahu suaminya dengan bantal.

 “What, I love chubby girl.” Dia mengambil bantal dari tangan Elena dan mencampak ia ke lantai sebelum menarik isterinya ke dalam dakapan. “All chubby girls?” Tanya Elena dengan wajah masam mencuka. “No, only this one. The one I have in my arms.” Bisik dia lembut.

Elena tersenyum bahagia. “Hypothetically, kalau saya dan Mino lemas. Siapa awak akan selamatkan dulu? Saya ke Mino?” Tanya Elena sambil bermain dengan jambang halus yang tumbuh di serata rahang dia.

“Mestilah awak. Mino is an expert swimmer.” Jawab dia selamba. Elena menggigit bibir sebelum bangun dan berjalan pergi. “I hate you!” Jeritnya sekuat hati. Dia ketawa mengekeh. “Come on sayang. I was just kidding.” Dia turut bangun dan mengikut Elena ke dapur, memujuk.

Elena memandang Mino yang sedang merenungnya dalam. Mata Mino biru. Sama warna dengan mata dia.  “Meow..” Sayu kedengaran suara Mino memanggilnya. Elena menarik nafas dalam-dalam.

“I know… I miss daddy too...”
~

Langkah April terbantut. Perlahan April menyandar pada jenang pintu dan merenung tubuh lemah Elena yang diselubungi timbunan baju-baju dia, terbaring di atas katil. Sambil melepaskan satu keluhan berat, April berjalan ke arah katil dan baring di sebelah Elena. Tangannya bersilang di belakang kepala.

“Elena, kau ingat tak masa kita darjah dua, kita main kat dalam bilik mak ayah aku? Kita lompat-lompat atas katil macam trampolin. Tengah lompat-lompat tu, serentak kita terpandang almari dan terus lari, selongkar baju-baju mak ayah aku. Aku pakai mini dress mak aku dengan kasut ayah, kau pakai kemeja ayah aku dengan stiletto mak. Lepas tu kita pakai make up sampai dinding pun kena lipstick. Teruk kita kena belasah dengan mak ayah aku. Kena kemas almari diaorang, lipat baju semua simpan elok-elok, lap cuci dinding sampai berkilau. Lepas tu kena hadap dinding setengah jam. Apa lagi he hukuman kita?” April menggaru-garu ubun-ubun cuba mengingati hukuman apa lagi yang mereka terima sewaktu kecil dahulu.

“Kena tulis surat minta maaf lima helai.” Perlahan Elena membalas dengan suara serak. April terangguk-angguk sambil ketawa kecil. "Aku ingat dah! Menangis-nangis kita tulis surat tu. Bukan sebab insaf minta maaf tapi sebab tangan dah lenguh macam nak tercabut dok menulis ‘I’m sorry’ tak habis-habis.”

Elena menarik senyum nipis. Memori sewaktu kecil mengimbau dalam kepalanya. Wajah April dipandang lama. Kawan baiknya sejak kecil. Membesar bersama, akhir baligh bersama, belajar bersama, buat jahat lagilah bersama, ketawa bersama, menangis pun bersama.

“April seriously, kenapa kau datang sini? Kau nak pujuk aku lupakan dia? Move on? Embrace life? Mulakan hari hidup baru dengan hikayat lama ni?” Tanya Elena tanpa mengalihkan pandangannya dari wajah April.  

April menggeleng kepala. “Oh please. I’m not a sodding shrink. Takda kerja aku. Aku datang ni pun sebab aku takda benda nak buat dah. Aku dah kemas rumah tadi, alang-alang masih berbaki energy dan mood mengemas, aku datang la sini.” Balas April sambil menguap besar. Tangan kanannya menutup mulut.

“Kau kemas rumah aku?” Elena bertanya lagi.

April mengangguk selamba. “Dapur dengan ruang tamu settled. Toilet aku malas. Kau cuci sendirilah tahi kencing kau. Tak kuasa aku. So tinggal bilik. Tapi memandangkan kau dah terbungkang macam ni…” Elena dipandang atas bawah sambil merengus hidung.

“Apa lagi kau buat?” Elena menarik beberapa helai t-shirt dia dan menyelimuti tubuhnya dengan helaian baju itu. Bau dia semakin semerbak.

“Mown your lawn.” Balas April pendek.

“And?” Elena menjungkit sebelah kening.

“Masak sikit.” Balas April sambil menala pandangan ke bilahan kipas siling yang berputar laju. Kepalanya cuba mengira berapa putaran kipas sesaat. “Apa kau masak? Spicy fish stew?” Elena meneruskan pertanyaannya. April mengangguk selamba.

“April.” Elena mengeraskan suara seraknya.

“What? Aku masak untuk aku okay. Ingat tak lapar ke lepas buat kerja tu semua? Jangan perasan aku masak untuk kau please.” April memegang perutnya yang terasa lapar. “Siapa suruh kau buat semua tu?” Keluh Elena sambil menukar posisi baringnya.

“Kan aku dah cakap. Aku boring. Energy ada. Mood ada. So aku buatlah. Berterima kasih boleh tak?” April bangun dan menepuk punggung Elena. “Jom makan.”

“Aku tak lapar.” Balas Elena, menggeleng kepala.

“Fine. Aku bagi Mino makan spicy fish stew tu.” Gertak April dan senyuman sinis serta-merta terbentuk di wajahnya apabila Elena bingkas bangkit dan turun dari katil. “Jangan sentuh kucing dia!” Elena menarik lengan April sekuat hati.

“Kau makan. Kalau tak portion kau aku bagi kucing pemalas tu.” Ugut April lagi. Lama mereka berlawanan pandangan tajam sebelum akhirnya Elena memejamkan mata dan menarik nafas dalam-dalam.

“Fine!” Elena berdesis geram.

“Good girl. Macam ni la. Jom makan.” April tersenyum lebar dan menarik Elena menuruni tangga sambil bernyanyi riang.
~

“I swear I’m gonna kill you April!” Desis Elena di sebalik gigi yang diketap rapat. April di sebelahnya kekal tersenyum riang, sedikit pun tak ambil peduli dengan kata-katanya itu. “Aku cakap aku tak nak pergi kan!” Elena mencubit lengan April. Matanya terbuntang merenung wajah selamba April tajam.

“Puan Elena and partner is cordially invited to our wedding.” April menayang sekeping kad kahwin betul ke wajah Elena. “Well my partner is not here. Period. I’m going home.” Elena menggeleng kepala sambil mengangkat kedua tangannya tanda mengalah.

April sepantas kilat menarik lengan Elena, menghalangnya dari pergi. “I’m your partner. Dah jangan buat malu partner kau. Jom masuk. Orang dah jemput, dosa tau tak pergi.” April menjegilkan matanya dan secara praktiknya mengheret Elena masuk ke dalam dewan.

“Korang datang!” Suara nyaring Atalia menyapa gegendang telinganya. Terus leher April dan Elena dirangkut serentak. “Rindunya kat korang!” Atalia mencium pipi mereka silih berganti. “Attitude Atalia, attitude. Kau tu pengantin. Behave sikit please. Malu laki kau tengok perangai tak semegah kau ni.” Tegur April tak tahan jadi mangsa ciuman Atalia. Segera rangkulan pengantin itu dileraikan.
Atalia ketawa senang. Wajah Elena dan April ditatap bahagia. “Korang pergi jamu selera dulu. Dah kenyang terus datang sini. Kita selfie.” Pesan Atalia teruja. Elena sekadar membalas senyuman Atalia sebelum mengikut April ke meja.

April memerhati Elena merenung nasi putih berlauk masak lemak daging salai pada pinggannya. Sebutir nasi pun tidak disentuh Elena. “Apasal tak makan?” Tanya April menyuap ulam ke dalam mulut. Matanya masih tersorot pada wajah Elena.

“Kenyang.” Jawab Elena pendek.

“Satu suap. Rugi oi tak rasa masak lemak daging salai ni.” Tangan kanan berisi nasi, ulam dan masak lemak daging salai disuap ke dalam mulut Elena. “Sedap?” April bermain kening. Elena sekadar mengangguk. Nasi berlauk ulam dan masak lemak daging salai dikunyah perlahan-lahan. Masak lemak daging salai. Kegemaran dia. Kalau boleh, dia mahu makan setiap hari. Tapi kerana tak mahu hilang keunikan makanan kegemarannya itu, dia memutuskan untuk makan lauk itu hanya pada hari lahirnya sahaja. Baru unik. Baru lebih dihargai. Baru lebih nikmat rasanya.

“Sayang, esok birthday saya tau.”
“Oh yeke? Sure? Bukan tahun lepas dah birthday awak ke?” Elena mengerutkan sedikit dahi dan mengecilkan sepasang matanya ke arah dia.
“Itu yang uniknya pasal birthday ni sayang. It’s kind of annually.” Dia tergelak kecil mendengar respons Elena.
“Oh really? So?”
“Macam biasalah sayang.”
“Apa yang macam biasa?”
“Masak lemak daging salai. Kaw-kaw.”
“Awak salai daging.”
“Beres!”
“Okay.”
“I love you. To the Andromeda galaxy.”
“Dekatnya. Galaksi jauh lagi takda?”
“Tak tahu nama diaorang.”
“Just make it up. I wouldn’t know anyway.”
“Tak nak. Nanti fake pula cinta saya.” Bisik dia sambil tersenyum nipis.
~

Elena memerhatikan April menyusun baju-baju dia ke dalam almari dengan kemas tanpa berkata apa-apa. Hanya memerhati sejak tadi. “Nah, untuk kau lepas rindu.” April menghulur t-shirt berwarna biru gelap kepada Elena.

Elena mengangguk berterima kasih. T-shirt biru itu dibawa rapat ke hidung. Bau campuran sitrus dan kulit kayu manis mengaburkan akal sedarnya.

“Baju aku nak?” Tanya April sudah berkira-kira mahu menanggalkan bajunya. “No thanks.” Elena segera menolak. Tawa April pecah. “Hei walaupun aku dah beranak-pinak, masih bergetah lagi okay. Don’t judge a book by its cover.” April menjegilkan mata sambil menolak bahu Elena.

“Gila.”

April ketawa besar. “I love you too babe. Okay aku gerak dulu. Kalau nak apa-apa jangan call aku. Call Eris. And please call Atalia at 3 am tonight. Jahanamkan malam pertama diaorang.” Suruh April nakal. Elena menjulingkan mata dan menolak April keluar dari biliknya.

“Baliklah.”

“Janji kau call dia pukul 3 pagi?” Paksa April beriya.

“Kau call la. Aku penat. Nak tidur.” Elena menggeleng kepala, menolak suruhan April.

“Set la alarm.” Cadang April.

“Apasal kau tak nak call sendiri?” Elena memeluk tubuh.

“Sebab aku pun ada malam pertama juga.” Balas April nakal.

Elena terus menolak April keluar dari rumahnya dan segera menutup pintu dan berjalan memanjat tangga terus ke bilik.

“Yeah you’re welcome for everything, Elena!” Suara April menjerit geram dari luar kedengaran. Elena memejamkan mata sambil tersenyum nipis.
~

Elena membuka mata. Malam yang pekat masih menelan cahaya. Hanya bulan saja yang berani memantul sinar bintang yang terlalu jauh menyinar. Elena mengusap lembut bantal biru laut di sebelahnya, berharapkan kehangatan yang mungkin masih berbekas, berharapkan wajah dia tersenyum nipis apabila Elena membuka mata. Tidak kira berapa kali Elena memejam kemudian mencelikkan mata, bantal biru laut itu tetap dingin. Wajah dia tersenyum nipis hanya muncul tika Elena memejamkan mata. Bukan tika celik.

Elena mencapai handphone di atas meja lampu sebelah katil. Rakaman video dimainkan. Dan wajah dia tersenyum nipis menghiasi skrin telefon.

“Teka saya kat mana? Hint: Tempat kita.” Dia bertanya sambil mengenyitkan sebelah mata. “The Books’ Kitchen.” Bisik Elena tanpa mengalihkan matanya dari wajah dia.

“Sekarang pukul 12.31 pagi dan tempat kita ni masih bernyawa. Tengok.” Kamera berpusing dan terdapat kurang daripada sepuluh orang, lelaki dan perempuan sedang membaca buku sambil minum minuman panas.

Wajah dia kembali terpapar di skrin. “Saya jumpa ni. Masih dekat rak yang sama, antara dua buku hitam yang sama.” Sebuah buku putih digoyang-goyang. Dia menyelak beberapa helaian buku putih itu sebelum kembali memandang kamera.

“Sementara awak takda ni, saya nak try baca buku ni walaupun saya dah baca buku ni seratus juta kali but I’m gonna give it a shot, again. Hopefully it’ll lul me to sleep. You know I can’t sleep without you. I miss you Elena. Cepat balik okay. I love you sayang. Bye.”

Elena menekan butang pause. Wajah dia sedang tersenyum manis terbeku. You know I can’t sleep without you too. Perlahan-lahan Elena merapatkan skrin handphone ke bibir dan mengucup wajah dia.

“I love you.”
~

Elena memandang tombol pintu kedai The Books’ Kitchen. Kakinya seperti dipaku pada tanah dan tangannya diglu lekat pada tubuh. Elena tak berupaya menggerakkan tubuhnya. Beberapa minit berlalu Elena masih merenung tombol pintu kedai itu.

“You know I can’t sleep without you.”

Suara dia berbisik di telinganya. Elena memejamkan mata sebelum mengumpul segala kekuatan dan menolak daun pintu. Perlahan-lahan kaki kanan diatur ke dalam kedai. Elena memandang sebuah meja di hujung bahagian kanan kedai terletak tidak jauh dari almari buku. Di situ Elena dan dia kali pertama duduk bersama. Kali pertama minum bersama, berbual dan ketawa.

The Books’ Kitchen. Saksi pertemuan dia dan Elena. Detik bermula segala-galanya. Detik hidup Elena sama sekali berubah. Hanya kerana sebuah buku.
~

Elena tak mampu menahan diri tadi menahan senyuman dari terukir di bibirnya. Buku. Lots of buku. Salah satu tempat yang memberinya ketenangan—tempat yang ada banyak buku. Sebaik saja kakinya melangkah masuk ke dalam kafe berkonsepkan perpustakaan ini, Elena tahu dia akan jadi pelanggan tetap kafe ini.

Terdapat lebih sepuluh buah almari buku yang disusun seperti almari buku di perpustakaan. Setiap almari mempunyai genre sendiri dan genre pilihan Elena sudah semestinya fantasi thriller-Fiksyen.
Elena berjalan ke almari buku yang paling hujung di belakang bernombor sepuluh. Bersinar-sinar matanya memandang susunan buku mengikut alphabetical order. Memudahkan pelanggan untuk mencari. Elena membiarkan senyuman terus melekat di wajahnya.

Satu persatu buku dibelek. Selalunya tajuk buku sudah memadai untuk Elena memilih buku yang ingin dibacanya tapi memandangkan hari ini hari Ahad, dan dia mempunyai 24 jam untuk dihabiskan, Elena mengambil peluang ini untuk membaca sinopsis di bahagian belakang buku. Sesekali dia menyelak helaian muka surat secara rambang dan baca beberapa perenggan. Bukan sekadar tajuk sahaja.

Dari satu rak ke satu rak, berpuluh buku sudah dibeleknya namun tiada satu yang berjaya menyentak hatinya untuk terus membaca. Baik judul buku mahupun sinopsis, semuanya biasa-biasa saja, cliché. Sudah lazim dibaca. Pengakhirannya mudah dijangka. Plot ceritanya juga tidak banyak action. Tidak mencabar perasaan dan emosi. Sekadar meminjam judul cinta semata tanpa perasaan, tanpa pasang surut, tanpa gurun membakar, tanpa lava berapi, tanpa dingin sejuk, tanpa hati yang tercengkam.

Mata Elena tertarik pada sebuah buku berwarna putih bertinta perak yang berada di antara dua buah buku berkulit keras. Elena menggigit bibir menahan rasa teruja dalam dada sambil jari telunjuknya dirapatkan ke buku tersebut sebelum ditarik keluar dari rak. Dan sejurus itu juga sepasang mata biru pekat sedang memandang Elena dengan riak wajah yang sama tertampal di wajahnya melalui ruang kosong di antara dua buah buku berkulit keras.

Riak wajah terkejut dan keliru. Beberapa saat Elena bertentang mata dengan sepasang mata biru pekat itu sebelum tawa kecil akhirnya kedengaran dari arah bertentangan.

“Here I thought the day couldn’t get any better.”

Elena menjungkit kedua keningnya sebelum memandang ke kiri dan kanan. Tiada sesiapa. Hanya dirinya dan… Dia.

Perlahan-lahan jari telunjuknya ditala ke diri sendiri, bertanya perlahan, “Are you talking to me?”
Ketawa kecil kedengaran lagi. “Yeah you. I’m Wildan. What’s yours?”

“Elena.”

Wildan menyebut namanya perlahan, seakan berbisik dalam angin. Elena menarik nafas dalam-dalam. Entah kenapa dia terasa seperti perutnya mengecut, seperti ada tangan halimunan yang menggenggam hatinya. Suara dalam dan garau lelaki itu menyebut namanya menyekat nafas yang cuba ditarik. Elena tergamam.

“Well... I found my book.” Wildan menggoyang sebuah buku hitam di tangannya. Elena mengangguk. “Me too.” Buku putih di tangannya dipandang. Seorang gadis berambut putih panjang mengurai melepasi pinggang menghunus dua bilah pedang di kedua tangannya sambil melancar satu renungan tajam menghiasi cover hadapan buku itu.

“So, enjoy your book.” Wildan mengangguk sambil tersenyum nipis, menyerlahkan lesung pipit di kedua belah pipinya yang ditumbuhi jambang halus. Elena mendongak, kembali memandang sepasang mata biru pekat itu sebelum mengangguk. “You too.”

Dan Wildan berjalan pergi bersama sebuah buku berwarna hitam. Elena menghela nafas panjang. Dia tidak sedar yang sejak tadi rupa-rupanya dia telah menahan nafas sepanjang perbualan singkat bersama lelaki bernama Wildan itu.

Setelah nafasnya kembali pulih, Elena berjalan menuju kaunter untuk memesan minuman. Terdapat beberapa orang pelanggan sudah beratur di situ. Elena mempercepatkan langkah dan beratur di belakang seorang lelaki bert-shirt biru navy tinggi lampai. Buku Throne of Glass dibelek-belek sementara menunggu gilirannya membuat pesanan. Sinopsis ringkas di bahagian belakang buku dibaca santai.

Hmm... A trained assassin.

Buku ini berkisar tentang seorang gadis, Celaena Sardothien, seorang pembunuh upahan yang terkenal dan paling handal dalam seni mempertahankan diri. Akhirnya tertangkap dan dipenjarakan seumur hidup. Diberi pilihan untuk peroleh kebebasan. Namun kebebasan yang diberi memerlukan pengorbanan. Elena menarik senyum nipis. Perasaannya berkobar-kobar. Rasa tidak sabar menguasai diri. Dia mahu mula membaca buku ini. Dia mahu kenal dengan si pembunuh yang digeruni ramai ini. Dia mahu jadi sebahagian dari buku ini. Dia mahu—

“I’ve read them all.”
Elena menoleh. Serta-merta nafasnya tersekat di rongkong apabila sepasang mata biru pekat membalas berani pandangan matanya. “Sorry?”

“The Throne of Glass Series. I’ve read them all. They are five of them, for now. Quiet fascinating pieces of work I must say.” Pandangan Wildan mencerun pada buku di tangan Elena pula.

“Buku ni bersiri?” Elena menjungkit sebelah kening.

Wildan kembali memandangnya dengan riak separuh kagum separuh tergamam. “Orang sini?” Elena mengangguk. “Oh sorry. Muka awak tak macam orang sini.” Wildan menggoyang tangan kanan di hadapan wajahnya sendiri. Elena mengoyak senyum nipis. Dah lali dengan tanggapan sebegitu. Rambut kokonya diselak ke belakang telinga.

“Tak apa. Muka awak pun tak macam orang sini.” Balas Elena masih lagi mengekalkan senyuman di bibirnya. “Sebab mata saya?” Tanya Wildan sambil menunjuk ke matanya. Elena mengangguk. “Ya. Dan rambut awak.” Mata Elena melirik pada rambut dirty blonde Wildan yang terjuntai di dahinya.

“Mak saya masa mengandungkan saya terkenankan anak Caucasian mata biru rambut blonde. Inilah hasil produknya. So Elena... Awak half-blood ke?” Tanya Wildan kasual. Gayanya tampak senang, selamba, langsung tidak kekok. Elena memandangnya sekilas sebelum ketawa kecil. “Kenapa ketawa?” Wildan memandangnya pelik.

“Half-blood?” Elena menjungkit sebelah kening. Buku Throne of Glass dibawa rapat ke dada.
Wildan mengangguk yakin. “Kalau ayah awak Caucasian, mak awak orang sini, half-blood la tu. Betul tak?” Ujar Wildan, yakin dengan konsep phylogeny yang difahaminya. “Okay. Kalau ayah saya half-blood, mak saya pun half-blood, saya ni blood apa?” Duga Elena sambil memeluk tubuh.

“Bloody perfect!”

Pecah terus tawa Elena. Matanya dijuling ke atas sambil kepala digeleng beberapa kali. Buku Throne of Glass semakin kejap dipeluk. Wildan tersenyum memandang Elena yang masih lagi berbaki tawanya. “What?” Elena bertanya setelah tawanya reda. Matanya mencuri pandang Wildan yang terus-menerus merenungnya sambil tersenyum meleret tanpa segan silu.

“I’m having a cup of coffee. Would you like to join me, Elena?”

“Saya tak minum kopi.” Balas Elena pendek.

“Okay. I’m having a cup of tea. Would you—”

“Saya tak minum kafein.” Elena mencelah laju. Wildan memandangnya untuk beberapa saat sebelum berkata. “Fresh orange. Milo. Air suam. Sirap limau. Tak kisahlah apa pun. Would you please join me?”

Elena mendiamkan diri sambil menahan senyum yang mahu terlukis di bibirnya. Elena cuba memikirkan pros dan cons sekiranya dia menerima pelawaan Wildan. “Elena, don’t think too much. You’ll get white hair sooner that you’d expect. Come on. It’s just a drink. Merely a friendly gesture. Nothing more.” Pujuk Wildan lagi. Kali ini, suaranya kedengaran lembut, hampir merayu.

“Fine. Fresh orange satu.” Elena menghembus nafas panjang. Suara hatinya lebih lantang dari fikiran. Serta-merta senyuman tercalit di wajah Wildan. “Great! Dua fresh orange!” Pesan dia riang.
~

Elena berjalan di sepanjang rak almari buku bernombor sepuluh. Kakinya berhenti melangkah. Perlahan-lahan dia memusingkan tubuhnya menghadap rak almari. Matanya tertancap pada sebuah buku putih terletak di antara dua buah buku hitam.

Throne of Glass.

Buku itu diambil keluar dari rak dan perlahan-lahan Elena memandang ke hadapan, ke ruang kosong di antara dua buah buku hitam. Susunan buku-buku menghiasi pandangannya. Bukan wajah dia. Bukan dia. Elena memejamkan mata sambil menarik nafas dalam.

It’s okay, Elena. It’s okay.

Elena berjalan menuju ke sebuah meja di hujung bahagian kanan kedai, meja dia, meja Elena dan dia. Elena duduk di tepi dinding. Kerusi di hadapannya dipandang lama. Tempat dia.

“Elena, saya nak beritahu awak satu rahsia.” Bisik Wildan sambil bermain dengan jari-jemari Elena di atas meja. Satu tabiat kesukaannya iaitu mengusap dan bermain dengan jari-jemari Elena.

“Apa dia?” Elena mengalihkan pandangan dari buku ke wajah Wildan.

“Awak tahu kenapa saya layan Throne of Glass?” Dia bertanya. Jarinya masih lagi mengusap lembut tangan Elena.

“Sebab awak suka perempuan ganas macam Celaena ni.” Balas Elena sambil membengiskan wajahnya. Buku Throne of Glass diletakkan tertangkup di atas meja.

“Awak tak ganas. Saya suka je awak. Sayang je awak. Cinta je awak.” Wildan merapatkan tangan Elina ke bibir dan mengucup jari-jemari Elena satu persatu.

“Apa rahsia awak nak beritahu saya?” Elena menarik tangannya dan menyuruh Wildan membongkok ke hadapan. Wildan merapatkan wajah ke wajah Elena. “Saya suka Throne of Glass sebab permaisuri dia.” Beritahu dia perlahan, merenung ke dasar sepasang mata perang Elina.

“Maksud awak Queen of Adarlan? Queen Elena?” Elena menjungkit sebelah kening.

Wildan mengangguk. “Permaisuri Elena. The queen of my heart.” Bisik dia sambil menarik tengkuk Elena, memaksanya rapat sehingga hujung hidung mereka bertemu. “Tu tajuk lagu Westlife.” Elena menampal wajah bosan. Kepalanya dijarakkan sedikit.

“Nak lagu lain? Hmm, stay with me tonight. Please don’t go. Don’t leave me alone. I am going to miss you like hell. I cannot live without you.” Bisik Wildan lembut. Tangannya mengusap pipi Elena. “Tak boleh sayang. Saya dah janji dengan April. Esok saya balik rumah okay? Tak tidur sana dah. I promise.” Elena mengucup tangan Wildan yang mengusap pipinya.

“You know I can’t sleep without you. Tak tidurlah nampak gayanya saya malam ni.” Wildan mengeluh berat. Elena menggenggam tangan dia. “You know I can’t sleep without you too.” Ujar Elena lembut.

“I know. Padan muka awak.” Wildan ketawa apabila Elena menolak tangan dia yang erat digenggam tadi. “Jerk.” Dengus Elena geram. “I love you too baby.”
~

Rosebud says:

Assalamualaikum sunshines!
Siapa pernah baca Throne of Glass akan faham kenapa Elena & Wildan sangat suka dengan buku tu. Anyway, novel Hilang ni sangat berbeza dgn Aku Bukan Hana Tajima (ABHT). Hilang is more serious, dark and a bit twisted misteri sikit. ABHT is pure love story. hehe. Tema Hilang chenta juga cumanya diseliti keperitan, agony. So harap korang enjoy baca as much as I enjoyed fikir, berangan, bayangkan dan taip story tak seberapa ni ya. Dan don't forget to drop some reviews/comments/suggestions. Thanks guys!

3 comments:

Rashidah Ramlan said...

Novel hilang ni lbh berat+serious...berlainan ngan abht yg byk humor sense...but hilang ttp best utk dibace...cume pmulaan bab...agak slow skit...then jalan cite pun xjelas lg....

Rashidah Ramlan said...

Novel hilang ni lbh berat+serious...berlainan ngan abht yg byk humor sense...but hilang ttp best utk dibace...cume pmulaan bab...agak slow skit...then jalan cite pun xjelas lg....

Pen Rai said...

Saya enjoy baca cerita ni. Lagi misteri lagi best. Orang lain saya xtau. But it just my type haha. Teruskan berkarya! Saya rasa saya dah ketagih nak singgah blog ni selalu. Hohoho

Post a Comment