Wednesday, October 21, 2015

Projek 2: HILANG Bab 1


Orang kata cinta itu buta.   Cinta itu buta kerana dua jiwa yang saling mencintai takkan nampak cacat cela walau di depan mata. Cinta itu buta kerana seluruh hidup kita, kita hamparkan pada tapak tangan dia. Hidup dan mati kita untuk dia. Setiap hembusan nafas kita untuk dia. Setiap denyut nadi kita untuk dia. Dia, orang yang kita cinta, yang buat kita buta.

Elena memandang bahagian kiri katil, bahagian dia, orang yang memiliki cintanya, tempat dia selalu tidur. Perlahan tapak tangannya diratakan pada bahagian itu, mencari kehangatan yang mungkin berbekas. Bahagian katil ini bahagian dia. Tempat dia. Dekat dengan tingkap, senang untuk dia bangun dan selak langsir bila sinar matahari memancar, mudah untuk dia buka tingkap dan menikmati embun pagi menyapa lembut wajahnya.

“Bangun pagi-pagi Elena, buka pintu, buka tingkap, biar angin menghembus, biar cahaya pertama matahari menyinar, jangan biar rezeki menunggu dingin di luar.”

Begitu puitis, begitu mengasyikkan. Seperti cahaya matahari pagi, senyuman dia menghiasi pandangan. Setiap pagi. Setiap hari. Senyuman nipis, tiada barisan gigi kelihatan, cukup manis sehingga menonjolkan lesung pipit di kedua pipinya.

Elena memejamkan mata, cuba membayangkan senyuman nipis itu. Ya, lesung pipit itu.

Telefonnya berdering dan bayangan senyuman dia hilang serta-merta. Elena melepaskan satu keluhan. Kakinya digerakkan di atas lantai kayu. Dia suka rumah kampung. Kata dia, lantai kayu buat hatinya terasa damai. Kaki tak sakit, hati pun senang. Duduk di bandar manakan dapat ketenangan kalau bukan di rumah sendiri. Bila rumah ini dibina, unsur kampung diselitkan sekali.

“Saya ni orang kampung Elena.”

Langkah yang diatur terasa canggung. Berhari-hari Elena baring di atas katil melayan hiba, bersimpati pada nasib diri. Langsung menyebabkan otot kakinya terasa kaku, beku. Sedikit pergerakan seperti mematahkan setiap sendi dalam tubuhnya. Sakit yang tak terperi, begitu pedih, begitu menyakitkan. Berkerut-kerut dahinya menahan bisa namun dipaksa juga kakinya melangkah menuju ke telefon yang berdering sakan.

Ganggang dirapatkan ke telinga. “Elena, how you’d been doing?” Suara bimbang Eris kedengaran di hujung corong telefon. Setiap hari, tepat jam 8 pagi kakaknya, Eris akan telefon dan bertanya khabarnya. Setiap hari juga suara bimbang itu digunakan Eris.

“Okay.” Balas Elena sepatah. “Dah makan?”

Elena menggeleng kepala seolah Eris berada bersamanya. “Lagi 10 minutes kakak sam—”

“No, don’t come here. Seriously kakak, El okay.” Balasnya laju. Elena tak mahu sesiapa ada dalam rumah ni. Elena tak mahu ada bau lain dalam rumah ni.  Elena tak perlukan kehadiran orang lain selain dia. Elena mahu dia. Elena mahu bau dia. Dia yang Elena perlukan. Bukan Eris, bukan mama, bukan abah, bukan sesiapa. Hanya dia.

Keluhan Eris kedengaran. “El please, semua orang risau pasal El. Please, kakak dah on the way ni. Just me, I promise. Okay?” Eris cuba memujuk. Elena bersumpah, kalaulah bukan kerana Eris ini kakaknya yang membesar sekali dengannya, sudah dibayangkan wajah garang Eris dilinangi air mata. Sesuatu yang luar biasa.

“Kak, El okay. Jangan risau. I just need some time alone. Okay? Kirim salam kat mama dengan abah. Assalamualaikum.” Elena terus menamatkan perbualannya. Ganggang diletakkan dan kakinya kembali memacu langkah menuju ke katil.

Elena membaringkan tubuhnya menghadap tingkap, menghadap bahagian dia. Rindu pada dia tak pernah lupus, tak pernah pudar. Perlahan-lahan pada layar matanya, terbentuk imej seorang lelaki yang sedang mimik gaya baringnya sambil beralaskan lengan. Mereka saling bertatapan, membiarkan renungan mata yang berkata-kata, mengucap bait cinta. Seperti dilindungi awan gelap, mata Elena mulai terkatup dan tidur datang menghanyutkannya bersama ungkapan cinta yang tak terucap.

~

Bunyi loceng yang bergema di segenap rumah mengganggu tidurnya. Elena berkerut sambil jarinya memicit kepala yang berdenyut-denyut. Berbekalkan sisa kudrat yang ada, Elena memaksa tubuhnya bangkit. Kesakitan di kepala merebak ke seluruh badan apabila kakinya mula menuruni anak tangga. Bisanya tak terungkap. Setiap langkah seperti memijak duri berapi.

Sebaik saja tiba di ruang tamu, Elena menghampiri pintu dan membukanya. Wajah bimbang Eris menghiasi pandangan. “Ya Tuhan!” Terus tubuh Elena diraih dan didakapnya erat. “You’re bones and skin and reeked of sweat. O God help us.” Eris mengamati setiap inci wajah dan tubuh adiknya.

Elena sangat kurus. Terlalu kurus. Seperti rangka. Wajahnya pucat tanpa warna. Bibirnya kering menggelupas, terbelah dan berdarah. Rambut merah keperangannya yang dulu digilai ramai wanita kerana kelembutannya, sekarang tak bermaya tanpa seri. Sepasang mata coklat itu langsung kelam tanpa kilauan permata. Andai Eris tak tahu, dah dianggap Elena seperti mangsa perhambaan yang diseksa tanpa henti seharian suntuk tanpa diberi makan walau sesuap nasi.

Elena tak terkata apabila Eris menjemput dirinya sendiri masuk ke dalam rumah dan memandang sekeliling. “I thought I told you not to come.” Keluh Elena sambil menutup pintu. Diperhatikan kakaknya berjalan ke dapur dan membuka peti sejuk. Kosong tanpa makanan. “As expected. Dah berapa bulan El tak makan?” Tanya Eris sambil meletakkan dua buah beg plastik berisi di atas meja.Elena menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan meja island. Wajah Eris dipandang kosong. “Kakak buat apa kat sini?” Tanya Elena mendatar. Sejak dia pergi, Elena hilang segala jenis emosi dalam dirinya. Tiada lagi rasa marah, tiada rasa sedih, tiada rasa gembira. Dirinya hanya merasa kosong dan sepi.

“Menjalankan tanggungjawab sebagai seorang kakak.” Balas Eris sambil membuntangkan mata. Tangannya laju menyusun barang-barang dapur yang dibelinya ke dalam kabinet dan peti sejuk. Elena memandang kakaknya untuk beberapa saat sebelum bangun dan mahu beredar. Kepalanya masih berdenyut hebat. Elena mahu tidur lagi.

“Hey, where do you think you’re going?” Suara nyaring Eris bergema. Elena menoleh, memandang wajah garang kakaknya. “Bilik.” Balas Elena sepatah. “No, no, no. No more sleeping, no more weeping, no more wallowing.” Tegas Eris sambil berjalan mendekati Elena.

“I’m not—”

Belum pun habis ayatnya, Eris sudah meninggalkan dapur dan menuju ke ruang tamu. Langsir yang selama ini menutupi pemandangan kota raya ditarik dan sliding door dibiarkan terbuka, membenarkan angin segar memenuhi ruang rumah Elena.

“Barulah rasa oksigen dalam rumah kau ni dik. Segar sikit.” Eris menarik dan menghembus nafas kuat-kuat. Elena menjulingkan mata. “Kakak nak masak. By the time kakak habis masak, you should finish showering too. Okay?” Eris memeluk tubuh sambil memandang Elena tajam.

“Kakak, baliklah. I don’t need you.” I need him.

“Oh yes you do. El nak kakak mandikan El atau El nak mandi sendiri? Pilih. Kakak tak kisah, mana-mana pun kakak boleh buat.” Eris menjungkit sebelah kening, sengaja menguji adiknya. Elena menjilat bibir keringnya.

Eris menanti penuh sabar. Wajah pucat adiknya itu direnung lama. “Fine. I’ll shower.” Elena akhirnya mengalah. Peristiwa beberapa hari selepas dia hilang, kembali bermain di fikiran. Peristiwa di mana Eris telah memandikannya tanpa rela. Memalukan. Sungguh dia tak mahu peristiwa itu terjadi lagi.

“Pilihan bijak. No go get your stinky butt cleaned.” Eris menepuk punggung Elena sebelum melangkah selamba ke dapur. Elena melepaskan satu keluhan berat.

This is going to be a very long day.~

Licin semangkuk bubur dihabiskan. Elena menghulurkan mangkuk kepada Eris, meminta ditambah lagi buburnya. Eris tersenyum senang. Dibubuh penuh mangkuk itu sebelum diberikan kembali kepada Elena.

“You’re a great cook. Why stop cooking?” Pertanyaan Eris berbaur sindiran.

Elena memandang kosong kakaknya itu. Sebab aku tak tahu nak masak untuk siapa lagi. “Because there’s no more ingredients to cook from.” Balas Elena sebaliknya sambil mengacau sudu dalam mangkuk bubur. Eris ketawa kecil. “Yeah says a lazy bum. So El, tahu tak hari ni hari apa?” Tanya Eris sambil duduk di sebelah Elena.

Hari ini hari tanpa dia.

“Entah. Isnin. Rabu. Jumaat.” Elena menjungkit bahu. Dia hanya meneka. Tarikh dan hari sudah lama luput dari fikirannya. Kalendar yang tergantung di dinding ruang tamu dipenuhi habuk dan kekal pada tanggal terakhir dia berada dalam rumah ni.

“No knucklehead, hari ni birthday abah. Abah dah 60 tahun tahu tak? Sekejap je kan masa berlalu.” Eris menepuk peha Elena yang terasa tulang belulang. Mana hilangnya Elena yang putih melepak halus gebu?

Mulut Elena membentuk huruf ‘O’ tanpa bunyi. “So ada kenduri sikit. Sambut birthday abah dan untuk…” Eris berhenti berkata-kata. Matanya menjamah wajah tak beriak Elena. “So, abah dengan mama nak El ada sekali. It’s been too long El. They miss you. We miss you. El tak kesian ke kat abah? Kat mama?” Ujar Eris lembut.

Elena tak jadi menyuapkan bubur ke dalam mulutnya. Kata-kata Eris terngiang dalam kepala.

El tak kesian ke kat abah? Kat mama?

Elena menarik nafas dalam-dalam sebelum menghela panjang. “El tak nak buat kerja rumah.” Ujarnya perlahan. Serta-merta bibir Eris mengukir senyum. “No problem!” Dan terus leher Elena dirangkulnya.

“Come on sweetie, let’s go home.”

~


Rosebud says:

Damai ke atas kamu semua~ Memperkenalkan..... (drum roll+gamelan) projek ke-2 (sebenarnya ke 100-an, tapi sebab majoriti novel saya buat tergantung, so..) iaitu--HILANG. Mood cerita ni melankolik (saya pun tak sure maknanya apa, maaf bukan orang bahasa, please don't hate me), feeling seorang yang mencintai dan dicintai yang ditinggalkan orang yang dia cintai. haa hamek kau. hehe. So hopefully korang enjoy baca. KOMEN please. nak dengar review korangggggg! Bila saya baca komen-komen korang, rasa macam saya dalam perigi yg gelap, then entah dari mana, ratusan tali terhulur kat saya dan tarik saya ke atas, tengok langit biru, tersilau dengan cahaya suria. Nampak tak betapa dahsyatnya kuasa komentar korang. So silalah komen, suggest or bebel tak kisahlah. okay? Merci darlings. Nantikan bab seterusnya. <3 <3 <3

Hugs, kisses and more kisses.

0 comments:

Post a Comment