Tuesday, October 20, 2015

Aku Bukan Hana Tajima! Additional Scene Parte 2

This is one of my favorite scenes. Hope korang enjoy baca as much as I enjoy writing it. ><

Budin sudah tercegat di depan lif bersama hot choc digenggam kemas. Matanya mengikut langkah Hana yang baru saja masuk ke dalam bangunan Samurai Industries. Tidak seperti biasa, senyuman InnerShine yang lazimnya terpatri di bibir gadis itu tidak terukir hari ni. Budin berkerut. Lain macam je Hana.

“Morninn—”

Sapaan Budin terbantut apabila melihat wajah Hana dengan lebih jelas. Baru dia perasan sesuatu. Kening Hana.... “Don’t. Say. A. Word. Ni semua kerja bahlul dua ekor tu.” Hana memegang keningnya yang dilukis tebal seperti kening Shin Chan.

Buding ternganga luas. Dia tak pasti sama ada dia patut gelak atau berasa simpati dengan Hana. “Marker ke ni Na?” Tanya dia masih lagi dalam keadaan terkejut. Gadis itu mengangguk pasrah. “Aku bangun tidur je kening aku dah jadi macam ni.” Rasa nak melalak je sejurus matanya menangkap pantulan wajahnya di cermin tandas.

Jannah dan Maya ketawa puas hati. Menyesal Hana mengenakan mereka malam tadi. Sekarang permanent marker diaorang guna untuk conteng keningnya. Waaa... Budin mengetap bibir menahan tawa. “Teruknya diaorang.” Dalam usaha dia menahan gelak, dia tetap membela teman sekerjanya itu.

Hana menjelingnya. “Kau jangan gelak he Budin. Kau gelak, kita putus sahabat. Sampai mati.” Gertak gadis itu sebal dengan tindakan tak berperikemanusian Jannah dan Maya. Tanpa belas kasihan kening aku telah dinodai.

Budin segera mengangkat kedua tangannya, berjanji takkan ketawa. Hana tersenyum puas. “Mana helmet kesayangan Hana?” Terus mati senyuman lejendari Maya Karin dia. “Dah kena tibai.”

Terjungkit kedua kening Budin dengar. “Tibai? Siapa punya kerja? Biar Budin tolong belasah.” Berkerut-kerut dahi Budin menahan marah. Siapa yang berani curi helmet kesayangan Hana ni. Cari nahas betul!

Hana menjeling. Nak tolong belasah? Ceh. Tak padan dengan takda tulang. Sudahlah semulajadi lembik, ada nanti makin menjeli pula kau ni. “Tak payah. Ni kerja orang rumah aku. Tak cukup dengan kening aku, helmet aku pun diaorang rembat.” Ujar Hana penuh dendam kesumat sambil memandang butang lif yang tak berlampu. Eh si Budin ni. Punyalah tercongok lama depan lif, tak reti nak menekan butang ke.

Budin tergelak kecil sebelum cepat-cepat menutup mulutnya. Lupa pula janji takkan ketawa. Nasib baik gadis itu tak perasan. “So Hana datang ni naik teksi ke?” “Taklah, naik kapal selam.” Balas Hana sambil menjeling. Soalan takda nak bodoh lagi.

Budin ketawa besar. “Budin tahu apa cara nak buat Hana happy balik. Nah.” Hot choc dihulur sopan. Sekelip mata, berbunga kembali senyuman di wajah gadis itu. Budin menjerit kemenangan. Dalam hati. “Budin, kau jelaa yang memahami aku Budin. Sayang kau untuk lima saat.” Ujar Hana suku ikhlas. Budin tersenyum meleret.

“Lagi lima saat kalau kau tak masuk dalam lif tu memang aku hentak kepala korang berdua. Nak bersayang-sayang pula kat sini.” Suara garau menyapa dari belakang. Serentak, Hana dan Budin menoleh. Namun Hana segera memalingkan wajahnya ke depan. Tak mahu lelaki itu melihat keningnya.

“Macam mana nak masuk, lif tak buka lagi kan!” Balas Hana kasar. Tangannya menutup kening yang terlukis tebal pada dahi. “Macam mana nak buka kalau kau tak tekan apa-apa? Kau bodoh ke apa ni?”

Ha? Tak tekan? Rasa-rasa tadi macam dah tekan. Mata Hana mencerun pada butang naik. Masih tak bernyala. Terasa diri ni betul-betul bodoh. Ahhh kenapalah bila si ungka ni ada, ada je benda bodoh aku buat?

“Nak tekan la ni. Sabar ye Daim.” Budin menekan butang naik.

Encik Daim.”

Daim membetulkan ayat Budin. Hana di sebelah sudah tercengang. Encik? Wajah kelat Budin dipandang. Ini dah lebih. “Hei ungka!” Tengking Hana sambil mencekak pinggang. Turun naik dadanya menahan marah yang kian berapi di dada.

Daim menjungkit kening sejurus melihat wajah gadis itu. Hana tergamam melihat perubahan pada wajah Daim. Oh crap.

“Cantik kening. Salon mana kau pergi buat kening tu?” Tanya Daim secara terang-terangan tidak menyembunyikan betapa terhiburnya dia saat melihat keaiban gadis itu. Hana menggigit bibir. Dia tak pasti sekarang ini dia sedang menahan marah atau air mata.

Budin di sebelah sudah hilang kata. Dia memandang Hana sebelum menala pandangan ke wajah Daim. Baru saja dia nak berkata sesuatu, pintu lif terbuka dan Daim terus masuk ke dalam lif sambil menarik lengan gadis itu ke dalam. Budin yang baru saja nak masuk dihalangnya.

“Kau naik lif lain.” Arah Daim keras.

Sebaik saja pintu lif tertutup Hana terus memprotes minta dilepaskan. “Apa ni pegang-pegang anak dara orang?” Tengking dia dengan oktaf tinggi. Sudahlah berlaku biadap dengan kawan baik aku, main sentuh-sentuh orang pula. Daim memandangnya dengan hati yang bagai digeletek sambil melepaskan lengan gadis itu.

“Kau tahu macam mana rupa kau marah dengan kening tebal tiga inci macam tu?” Daim ketawa besar. Sungguh, dia tabik hormat kepada sesiapa yang sangat kreatif mengenakan gadis tak makan saman ni. Tawanya surut apabila melihat wajah Hana berubah muram.

“Ni permanent marker kau tahu tak? Dahlah hari ni ada meeting dengan Encik Takahashi. Adoi. Macam mana nak hilangkan ni?” Rintih gadis itu sambil menyandarkan dahinya ke dinding lif. Daim memandang gadis itu lama. Ada mesyuarat dengan otōsan? Hm menarik.
Sebahagian dirinya tak sabar nak tengok reaksi ayahnya apabila melihat kening gadis itu, tapi sebahagian lagi mendesak dia supaya bantu gadis itu hilangkan aibnya. Dia tak sanggup melihat raut sedih yang terlukis di wajah Hana.

“Aku tahu macam mana nak hilangkan marker tu.” Ujarnya tanpa berfikir. Serta-merta gadis itu menoleh, memandangnya dengan sepasang mata hazel yang bersinar-sinar. Daim menahan diri dari tersenyum simpul. Wajah dingin dipasang kekal.

“Dengan syarat.” Daim menayang jari telunjuknya.

Hana mengangguk laju. Tak kisahlah apa syarat lelaki ni nak bagi, dia sanggup penuhi. Gila nak bermesyuarat dengan presiden Samurai Industries dengan kening setebal alam ni? No way!

 “Syaratnya... Aku nak kau masak untuk aku this whole month.”

Hampir terjojol biji mata Hana mendengarnya. “M-Masak? Sebulan?” Daim mengangguk sambil memeluk tubuh. “Kalau kau tak setuju, then good luck having a meeting with that kening.”

“Okay, okay. Tapi aku masak tak sedap. Takpa?” Hana menggaru bahunya yang mula terasa terbeban. Keluar mulut naga masuk mulut harimau. Daim menarik sengih. Masak tak sedap? I doubt that. Dia tahu gadis itu pandai masak. Dia ada terdengar dari reporter tiga orang itu. Hana boleh memasak dan baking. Sedap pula tu komen mereka. Daim tak sabar nak merasa masakan air tangan gadis itu.

“So kau masak untuk aku selama sebulan, aku hilangkan kening marker tu. Setuju?” Daim memerhatikan gadis itu yang sedang hanyut berfikir pros and cons perjanjian mereka. “Kau hilangkan marker je, bukan dengan kening aku sekali tau.” Pesan Hana keras. Daim tersenyum sebelum mengangguk.

“Jangan risau. I’m a pro. So setuju?” Tanya Daim. Akhirnya, nak tak nak, takkan nak jumpa bos dengan muka macam ni? Hana pun setuju.


“Good. Ikut aku.” 

-

Hana memandang sekeliling pejabat Daim. Bukan main luas lagi. Kalah anak menteri punya pejabat. “Tak sangka ofis PA sebesar alam ya.” Komen Hana tanpa diminta. Ada sofa, televisyen, kabinet, peti sejuk, projektor, mesin fotostat semua ada. Tapi kenapa lelaki ini masih bersusah-payah nak ke pantri dan bilik printing? Daim yang sedang menyelongkar bekas first aid sekadar mengoyak senyum sinis mendengar komen gadis itu.

“Ha ada pun. Ready?” Tanya Daim sambil menayang botol berwarna putih.

“Apa tu?” Tanya Hana sedikit bimbang. Lelaki ni bukan boleh percaya sangat.

“Gasoline.” Balas Daim selamba. Terus terbuntang biji mata gadis itu. “K-Kau dah gila ke nak sapu benda tu kat muka aku?” Terkebil-kebil Hana membantah sambil tangannya sekejap naik sekejap turun.

Daim ketawa kecil. “Relax, aku gurau jelah. Menggelabah betul. Ni isopropyl.” Daim menarik kerusi yang diduduki Hana dekat dengannya. Penutup botol isopropyl dibuka dan cecair alkohol itu dibasahkan pada cotton pad.

“Bak sini cotton pad tu.” Gadis itu meminta cotton pad di tangan Daim. “Buat apa?” Tanya lelaki itu dingin. Dahinya mula berkerut. “Nak kesat marker ni sampai hilanglah. Kau ada cermin tak?” Hana memandang sekeliling mencari cermin.

“Siapa cakap kau boleh buat sendiri? Perjanjian kita apa? Aku hilangkan marker, kau masak. Bukan kau hilangkan marker, aku masakkan?” Daim bertanya keras. Wajahnya sedingin salji. Hana menelan air liur yang terasa kelat di lidah. Sekejapan angin lelaki ni berubah.

“Dekat sikit lagi.” Arah Daim sambil memberi isyarat kepada gadis itu supaya mengurangkan lagi jarak antara mereka. “Kesat je tau. Jangan sentuh kulit. Bahaya. Kau tu bukan bapak ke suami aku ke doktor ke apa.” Balas Hana perlahan. Rasa malu mula menerpa di dadanya.  

Daim sekadar berdengus sebelum mula mengesat kesan marker di keningnya. Penuh cermat dan berhati-hati. Dia tak mahu jarinya tersentuh kulit gadis itu. Malas nak mendengar ceramah agama daripadanya.

Hana tak mampu menyembunyikan senyuman dari terbentuk di bibir apabila matanya menjamah wajah Daim secara dekat. Peluang keemasan. Wah.. Betul handsome dia ni. Hidung aristokratik dia, feature wajahnya yang sempurna, jawline yang tajam, sepasang mata hitam pekatnya dan bibir yang menggoyahkan iman. Aduh. Bahaya betul.

“What?” Daim menjungkit sebelah kening apabila menyedari pergerakan mata gadis itu yang melekat pada wajahnya.

Hana dapat merasakan pipinya mulai bertukar warna. Alamak, kantoi tenung anak bujang orang. Ada nanti si ungka ni cop aku perempuan gatal. Adoi.

“Takda, aku cuma rasa macam kat klinik. Kan bila kita jumpa doktor, kita duduk macam ni. Macam kau doktor, aku patient.” Ujar Hana sambil menggaru telinga. Daim memandang gadis itu untuk beberapa saat sebelum tersenyum sinis. “Aku boleh sentuh kau la ni kan? Kau kata tadi kalau doktor boleh sentuh kau?” Lelaki itu ketawa apabila Hana menjegilkan matanya.

“So aku macam doktor ke? Ada gaya doktor?” Tanya Daim sambil meneruskan sesi mengesat marker pada kening Hana dengan menggunakan cotton pad yang dibasahi isopropyl. Seperti magik, kesan marker itu mulai pudar.

“Sekaranglah.” Balas Hana kembali menggunakan peluang ini untuk melihat keindahan wajah Daim dengan lebih teliti. Daim bukan setakat handsome. Dia..

He’s beautiful.

Hana terpaksa akuinya. Daim, he’s beautiful. Keningnya seperti diukir. Sepasang mata hitamnya sempurna terbentuk bundar di bawah alis mata yang panjang dan lebat. Mata hitamnya. Hana menarik nafas dalam-dalam. Dia boleh lemas dalam kepekatan mata lelaki itu. Lemas dan hanyut. Hana memandang hidung Daim pula. Mancung. Rahang lelaki itu pula tajam sekaligus menyerlahkan unsur maskulin pada dirinya. Stubble atau jambang halus yang baru tumbuh selepas bercukur di sekeliling rahangnya menambahkan lagi elemen maskuliniti. Mata Hana mendarat pada bibir lelaki itu pula.

Perfect. Tapi sebaik saja dia buka mulut, lenyap terus kesempurnaan itu. Hana tersenyum senang. Pandangannya singgah pula pada helaian rambut ikal Daim yang terjuntai di dahinya. Lelaki itu gemar mengikat rambutnya tinggi, ala stail samurai, top knot, men bun. Tak pernah sekalipun Hana melihat Daim dengan rambut lepas, sentiasa terikat.

Tanpa disedari, jarinya semakin menghampiri dahi lelaki itu. Semakin hampir, hampir dan hampir. Hana seperti dihipnosis, seperti dipukau sehinggalah akhirnya dia tersedar. Berkerut dahinya memandang tangannya yang hanya beberapa inci dari menyentuh rambut Daim. Hana memandang Daim yang sedang merenungnya, seperti menunggu reaksi seterusnya. Sepantas kilat, Hana menjatuhkan tangannya ke sisi.

Astaghfirullahal’aziim.

Hana terkesima. Apa aku dah buat ni? Ya Allah, apa aku dah buat? Serta-merta dia berdiri tegak. Matanya bertembung dengan mata lelaki itu. Untuk seketika masing-masing tidak berkata apa-apa, hanya membiarkan diri hanyut dalam renungan.

“D-Dah hilang?” Tanya Hana justeru mengalihkan pandangan ke arah lain.

Lelaki itu menarik nafas dalam-dalam sebelum bangun dan mengangguk sekali. “Kening kau dah normal. Lepas ni cuci kening kau dengan sabun.” Balasnya turut sama terasa canggung. Hana yang tak mampu membalas renungan tajam lelaki itu sekadar mengucapkan terima kasih sebelum berlari anak keluar dari pejabat Daim.


Ya Allah... Apa dah jadi kat dalam tu tadi? Hana memegang dadanya yang seperti nak meletup. Debaran di dadanya memuncak. Jantungnya berdegup kencang. 

What is this feeling?

Rosebud says:

Assalamualaikum! Oh my God! Berjuta tahun tak update blog ni. nasib baik tak jadi fosil! hehe. Firstly, thanks a lot korang sebab non-stop supporting this karya. Saya froze blog ni (privatekan) untuk several good months sebab saya sedang edit novel ni kepada manuskrip untuk dihantar ke publisher. So untuk mengelakkan daripada berlakunya copy-paste secara haram, sebab itu saya privatekan. Tapi sekarang ni saya unprivatekan untuk sementara waktu di atas permintaan ramai, jadi saya mohon kepada korang semua, JANGAN PLAGIARISE ya. Doakan saya berjaya siapkan manuskrip, berjaya publish karya ni kepada hardcopy: BUKU!! doakannnnn~ Thanks again and very sorry kerana lama menghilang. I promise I will not abandon this baby. dah 90% siap pun. so tunggu... 

Love, hugs and kisses to all of ya! <3 <3 <3

0 comments:

Post a Comment