Monday, February 2, 2015

Aku bukan Hana Tajima! 54

Tok tok.

“Akak, sorry kacau.”

Wajah Adibah muncul di sebalik muka pintu. Hana mendongak. Jarinya berhenti menekan papan kekunci laptop. “Ada apa Dibah?” Matanya menjamah wajah sentiasa ceria pekerjanya itu. “Akak busy ke? Dibah masuk boleh?” Tanya Adibah sambil memberi isyarat mahu masuk ke dalam pejabat Hana yang terletak di antara ruang depan kedai dan dapur. Nada suaranya seperti nursery rhymes, naik turun oktafnya, berirama.

“Ya busy. Kenapa Dibah?” Mata Hana mencerun memerhatikan langkah selamba remaja itu yang terus masuk dan duduk di sofa sambil menepuk-nepuk ruang di sisinya, menyuruh Hana duduk sekali.

“Duduklah sini kak. Hal penting ni nak cakap.” Pinta remaja itu.

Hana menjungkit sebelah kening. Perasaan ragu-ragu membuak-buak dalam hatinya. Yelah, Adibah ni bukan boleh percaya sangat. Datang mental dia, jenuh nak melayan.

“Nak minta cuti ke?” Duga Hana sambil melangkah ke arah remaja itu.

Adibah menggeleng kepala. “Hish ke situ pula akak ni! Orang seronok gila kot kerja sini. Cuti tu akak tukar je jadi gaji. Dapat enjoy sakan. Beli Xbox, Iphone, lipstick Revlon, kere—”

“Bagi mak kau duit. Jangan nak beli benda merepek.” Celah Hana sambil menggeleng kepala. Hai budak bertuah ni. Maca-macam perangai. Remaja itu mencebik.

“Ala akak ni suka potong stim orang.”

“Dibah, kalau takda hal penting, pergi buat kerja. Tolong Dak Den ke Roni ke Abdul ke. Tolong mana yang patut. Akak nak balas email client ni.” Hana menepuk-nepuk bahu remaja itu, menyuruhnya beredar cara baik.

“Sat satlah kak, Dibah ada hal nak cakap dengan akak.” Ujarnya, merayu.

Hana mengerling jam di dinding sebelum kembali memberi perhatian kepada Adibah. “Hal apa? Ha cakaplah.”

“Akak, Dibah ada suka sorang lelaki ni tau, tapi Dibah tak tahu dia suka kat Dibah ke tak. Apa patut Dibah buat? Patut tak Dibah confess kat dia? Ke Dibah buat bodoh je? Kalau dia jatuh ke tangan orang lain macam mana kak?” Bertubi-tubi soalan diaju kepada Hana. Wajahnya serabut. Resah jiwanya memikirkan apa patut dia buat untuk dapatkan lelaki idamannya.

Rahang Hana jatuh mendengar luahan hati remaja itu. Dipandang lama wajah remaja itu tanpa berkelip. Unbelievable.

“Akak, akak dengar tak apa Dibah cakap? Apa patut Dibah buat kak? Rungsing ni.” Lengan majikannya itu digoyang-goyang. Hana mengetip bibir. Rasa marah yang kian menguasai diri sedaya-upaya ditahannya. Budak lagi dia ni, budak lagi.

“Dibah, apa rules dalam kedai ni?” Tanya Hana sepatah sepatah, cuba sebaik mungkin mengawal emosi.

Adibah memegang dagu. “Solat 5 waktu jangan tinggal.”

Hana mengeluh. Itu dalam dalam hidup pun kena apply dik oi! “Adibah.” Hana mengeraskan suaranya, memberi amaran. “Soal cinta lepas office hour.” Ujar Adibah tunduk pasrah.

“Adibah.” Tegas Hana lagi.

“Yelah, lepas cafe hour.” Adibah mencebik. Wajahnya masam mencuka.

“Tahu pun. So?” Hana menyandar pada sofa sambil memeluk tubuh. Wajah serabut remaja itu ditenung lama. “So... Jumpa akak pukul 9 malam!” Adibah bangun dan melangkah malas ke pintu. Langkahnya berat, bahunya jatuh dan reaksi kecewa jelas tertampal di wajahnya.

Oh my God. Drama queen sungguh. Hana menjulingkan mata.

“Tapi.. Rules tu boleh dimansuhkan untuk 10 minit. Okay duduk Dibah.” Hana tahu silap hari bulan dia akan menyesal dengan tindakan dia melayankan sangat kerenah budak ni, tapi who can’t resist this charming annoying little kid?

Serta-merta senyuman berseri lemak berkrim menghiasi wajah remaja itu. Adibah pantas duduk kembali di sebelah Hana. Wajahnya bersinar-sinar dengan harapan.

“Berapa lama kau kenal budak lelaki tu?” Hana menyilang kaki.

“Dibah kenal dia kat kelas tuisyen Add Maths. Dia cerdik gila kak. Add Maths tu celah kaki dia je. Dibah ternganga macam orang gila tengok dia buat jalan kira. Sampai meleleh-leleh air liur kak!” Cerita Adibah penuh semangat.

Orang tanya lain dia jawab lain.

“Kau ternganga meleleh air liur sebab tengok muka dia. Bukan sebab tengok dia buat Add Maths tu. Kau tak payahlah nak poyo bajet baik kat sini.” Hana menunjal dahi remaja itu. Adibah ketawa besar.

“Hebat akak boleh tahu. Ni mesti selalu buat ni kan? So akak, kalau akak jadi Dibah, akak buat apa?” Adibah memusingkan tubuh menghadap majikannya itu, merapatkan lagi jurang antara mereka.

Bahu Adibah dipegangnya kejap. “Kalau akak jadi kau Dibah, akak belajar sungguh-sungguh, kasi skor SPM, lepas tu baru fikir nak suka kat jantan. Faham?” Hana membeliakkan matanya sambil memberi nasihat buat pedoman hidup.

Adibah menjeling Hana. Bergurau-senda pula bos aku ni. “Akak, janganlah main-main. Orang serius ni la!”

“Akak seriuslah ni. Mana nak belajar, mana nak kerja. Tak payah serabutkan kepala kau yang dah sedia serabut tu pasal jantan. Settle kan satu satu benda. One step at a time.” Nasihat Hana ikhlas. Belajar dari pengalaman. Zaman sekolah dulu, bercinta bagai nak rak pun, akhirnya tak kemana. Akid dah selamat pun jadi tunangan orang. Aku pun dah selamat jadi tunang si Khasyi.

Jodoh. Siapa yang tahu kan?

“Akak macam mana akak mula bercinta dengan abang Khasyi?” Adibah bertanya becok. Aik sekejapan tukar topik. Hana menarik kerut. Tengok tu, mulalah tu.

“Kau ni Dibah, apa yang kau sibuk sangat nak tahu pasal akak dengan abang Khasyi? Dia tunang akak. Dah. Habis cerita. Apa lagi?” Gadis itu menyandar pada sofa. Pening kepala melayan budak belasan tahun ni. Hormon berkecamuk. Dalam kepala hanya fikir pasal romance, romance dan romance.

Adibah menjulingkan mata. “Akak, sebab dia tunang akaklah Dibah nak tahu. Macam mana akak yang garang nak mampus ni boleh cair dengan abang Khasyi yang sempoi dan cool gila tu?”

Hana menahan sebal di dada. Suka hati dia je nak mengutuk aku. Sabar, sabar.

“Kau pergi sambung kerja Dibah sebelum akak potong gaji kau. Asyik nak bergosip je. Tak bergosip, berangan. Tak berangan, bergosip. Pergi buat kerja!” Bebel Hana geram sambil bangun menuju ke meja. Tak larat dah nak melayan budak mental ni. Boleh sakit otak.

Adibah mencebik. “Yelah, yelah. Nak buat kerja la ni. Orang tanya sikit pun tak boleh.” Gumam remaja itu kuat. Hana menjegilkan mata sebelum menjelingnya tajam. “Oh kak, by the way, tadi ada dua lelaki dengan tiga orang perempuan cari akak. Masa akak pergi jumpa klien.” Ujar Adibah sambil menyandar pada ambing pintu.

Hana berkerut. Dua lelaki tiga perempuan?

“Siapa?”

“Powerpuff Girls. Diaorang suruh Dibah beritahu akak diaorang Powerpuff Girls. Penyanyi ala-ala kpop la kot.” Balas Adibah sambil menggenggam tangan kanan, memimik gaya artis kpop.

Bibir Hana mula mengukir senyum saat mendengar nama ‘Powerpuff Girls’ disebut remaja itu. Nampak sangat perbezaan gap umur Adibah dan Hana. Budak bertuah ni tak kenal pun Powerpuff Girls. Sedih.

“Apa lagi diaorang cakap Diba?” Tanya dia.

“Diaorang kata esok insya Allah diaorang datang lagi. Lepas tu diaorang suruh akak tolonglah buka Whatssap. Tolonglah. Hmm itu je kot.” Adibah mengecilkan sepasang matanya sambil menjentik-jentik pelipis, cuba mengingati pesanan mereka tadi.

Hana tergelak kecil. Macam mana nak buka Whatsapp? Berkajang-kajang notifikasi, berjela-jela chat, satu benda pun tak penting. Banyak merepek daripada informasi. Baik tak payah buka dah.

“Hm yelah. Thanks Diba. Dah pergi buat kerja.” Ujar Hana lembut.

Adibah buat tabik hormat. “Baik bos. Pukul 9 kita gosip lagi he?”

“Adibah!”

“Ya nak pergi buat kerjalah ni!”

-

Kelalang kon berisikan mocha dibelek penuh kagum. “Mana kau dapat conical flask ni Na? Dari supplier Samurai ke?” Tanya Pinat sambil mengalihkan pandangan dari kelalang kon ke wajah ceria Hana.

“Adalah sumber aku. Korang apasal baru sekarang nak mai kedai aku? Punyalah dah bertahun kedai ni menapak.” Gadis itu duduk berhadapan dengan Powerpuff Girls sambil menjamah wajah mereka seorang demi seorang.

Rin meneguk air kaffeinnya sebelum membalas, “Kami dah mai banya kali dah. Tapi setiap kali kami mai, hang takda. Meeting la, jumpa klien la, jumpa Encik Tunang la. Busy mengalah anak Menteri.”

Hana ketawa kecil. “Siapa suruh tak reti call dulu? Nasiblah.”

“Call konon. Whatsapp pun tak reti nak reply, ada hati nak suruh orang call dia. Buang je telefon canggih kau tu Hana.” Joy pula menyampuk. Dahinya berkerut-kerut memarahi gadis itu. Hana ketawa lagi. Lamanya tak melayan tiga mangkuk ayun ni.

“Staf aku cakap korang datang berlima hari tu. Mana lagi dua? Si Budin dengan...?” Hana tersenyum-senyum memandang Powerpuff Girls yang berselera makan beef lasagna yang dibuat khasnya tadi untuk mereka.

“Mat Tampoi. Budin aku tak kisahlah nak ikut. Si mamat gila tu. Kebetulan dia lalu, terdengar kami cakap nak mai sini. Terus volunteer diri nak ikut. Menyirap je aku.” Rin menggepal penumbuknya. Sakit hati teringatkan Mat Tampoi tu.

Tiga tahun sudah berlalu selepas Hana berhenti bekerja, tapi lelaki itu masih lagi dengan cita-citanya nak memiliki Hana. Tak kenal erti putus asa.

“La biarlah dia nak ikut. Walaupun mati hidup balik pun aku takkan terima dia, tapi dia still kawan aku.” Ujar gadis itu sebelum menghirup teh earl-grey yang sudah mulai suam.

“Jangan Hana. Sejak kau berhenti dari Samurai, Mat Tampoi macam orang gila kau tau tak? Asyik datang lab cari kau, pergi ofis kau. Mulanya kami semua buat tak endah, yelah dia kan memang mental dari dulu lagi. Tapi dah kalau sampai berbulan-bulan still buat benda tu, siapa tak seram Na?” Cerita Pinat dengan suara yang perlahan. Tak mahu didengari pelanggan lain.

Kening Hana bercantum. “Dia buat semua tu? Heishh, takkan la. Dia main-main je kot. Maybe dia cari orang lain ke? Korang ni tak baik salah sangka.” Gadis itu menggeleng kepala, tak mahu percaya apa yang didengarinya.

“Ya Allah. Kau tak percaya kau try tanya Nani. Nani pun seram tau. Dia siap buat report lagi tapi sebab tiada bukti yang cakap mamat tu gila atau membahayakan, Mr. Fong tak nak panjangkan cerita. Kalau Mat Tampoi bertindak luar alam, kumpul bukti kukuh, baru tindakan akan diambil.” Tambah Pinat lagi sambil diakui oleh Rin dan Joy dengan anggukan.

Hana mengurut dada. Seriusnya bunyi. Rasa cemas mula menjalar di dalam dadanya. “Takkan sampai serius macam tu? Apa dah jadi dengan dia? Bukan dia selalu happy-go-lucky ke?”

Joy menjungkit bahu. “Masa kau ada, dia happy-go-lucky la. Kau dah takda. Dia jadi macam orang tak betul. Depressed agaknya.”

“Kau tahu Na? Dia paksa Kak Mida beritahu dia alamat rumah kau. Dia siap ugut Kak Mida lagi. Nasib baik masa tu Abang Fizi cepat sampai. Kalau tak, Ya Allah, tak sanggup aku nak bayangkan apa jadi.” Sampuk Pinat.

Mata Hana terbuntang luas. Tangannya dibawa ke bibir. “Dia ugut Kak Mida? Apasal Kak Mida dengan Budin tak pernah cerita semua ni kat aku?” Bentak Hana sedikit tinggi suaranya.

“Lepas Mat Tampoi ugut Kak Mida, Encik Fong ambil tindakan gantung dia kerja seminggu. Kalau dia buat lagi, memang jadi kes polis. Hari tu dia datang ofis nak ambil barang katanya, terdengar pula kami bercerita. Itu dia berkeras nak ikut. Sorry Hana, kami tak mampu buat apa. Dia dah macam orang sasau.”

Hana mengurut tengkuknya. Takut pun ada. Terbayang wajah selenga Mat Tampoi. Walaupun muka nampak gatal, tapi dia baik. Tak pernah ambil kesempatan walaupun setiap hari dia akan meluahkan perasaannya kepada gadis itu.

“Apasal dia jadi macam tu?” Hana bertanya perlahan.

Rin memandang Joy dan Pinat sebelum kembali memandang Hana. “Bila dia dapat tahu yang kau dah tunang dengan Khasyi, dia terus berubah jadi macam tu.” Balas Rin. Hana melepaskan satu keluhan berat.

“Tapi kau jangan risau. Abang Fizi dah beri amaran kat dia, jangan kacau kau. Encik Fong pun sama. So insya Allah dia takkan buat benda merepek la. Setakat sasau macam tu je la kot.” Joy tergelak kecil mendengar kata-kata Pinat itu.

“Encik Takahashi tahu benda ni?” Hana bertanya dengan suara yang dikawal. Dia tak mahu Powerpuff Girls tahu perkara sulit ni. Bukan semua orang di Samurai tahu tentang status dirinya, tentang siapa dia sebenarnya. Hanya Budin dan Kak Mida saja yang tahu.

Kali terakhir dia bertemu dengan Encik Takahashi, orang tua itu tidak berkata apa-apa. Pelbagai persoalan dilemparkannya, tapi Encik Takahashi kekal menyepikan diri. Apabila Hana mahu pergi, lelaki Jepun itu mengucapkan sesuatu. Sesuatu yang meragut jiwanya biarpun diucap perlahan namun cukup jelas di telinganya,

‘I’m sorry.’

“Tak. Encik Fong kata tak perlu panjangkan ke Presiden. Sekarang ni company kita tengah kat peak Hana. Kita leading market detergent sekarang. Orang akan guna apa saja nak jatuhkan Samurai Group. Encik Fong tak nak benda ni sabotaj imej company dengan Presiden.” Jawab Rin, teringatkan kembali ketegasan Encik Fong, ketua department HR.

Hana terangguk-angguk sambil tersenyum lega. Dia tak berhasrat untuk bertemu dengan lelaki yang bergelar ayahnya itu lagi. Kalau kes ni sampai ke pengetahuan Encik Takahashi, kemungkinan besar lelaki tua itu akan mahu bertemu dengannya. Dan segala rahsia mereka akan terbongkar. Satu Samurai akan dapat tahu tentang mereka. Baik kes ni dirahsiakan saja. Itu yang terbaik.

“Hana kalau Mat Tampoi datang kafe kau ni, kau jangan layan dia sangat. Jangan bagi harapan kat dia.” Nasihat Rin jujur dari hati. Orang macam Mat Tampoi ni tak boleh diberi harapan.

Gadis itu mengangguk lagi. “Jangan layan dia baik-baik pun. Layan dia macam customer biasa je. Dia still suka kat kau Na. Aku tak nak dia salah faham ingat kau pun suka dia.” Tambah Joy pula.

“Ya, insya Allah aku layan dia macam orang kebanyakan. No red carpet, no trumpet, no orchaestra. Nothing.” Gurau Hana.

“Tengok tu, kita serius dia main-main.” Pinat menampar lengan gadis itu.

“Yelah, tahu. Jangan risau, staf aku ramai lelaki. Insya Allah dia tak dapat apa-apakan aku.” Hana mencalit segaris senyuman di bibirnya. Rin, Joy dan Pinat menarik nafas dalam-dalam.

“Hopefully.” Angguk mereka.

“Hana.” Panggil Joy tiba-tiba. Kening Hana terjungkit. “Apa?”

“Nak lagi.” Pinggannya yang licin diangkat tinggi ke arah gadis itu. Hana tergelak besar. “Sedapkan? Haa baru kau tahu penangan air tangan seminggu tak cuci.”

Rin dan Pinat, masing-masing sudah mula terasa loya. “Kami dah kenyang.”

“Ah cuci tak cuci. Yang penting aku lapar. Nak lagi Na. Pleasee.” Joy tak kisah. Pinggan tetap setia dihulur. Lasagna Hana, peh. Tiada kata dapat diungkapkan.

-

Hana merapatkan pen ke bibir. Sesekali hujung  batang pen itu digigit sebelum dia kembali menyambung menulis sesuatu pada notepad di atas meja. Jarum jam merangkak ke angka 9. Dia masih leka menulis sambil tersenyum-senyum seolah terhibur dengan hasil tulisannya sendiri.

Bahu Hana terjungkit apabila secawan susu panas diletak atas meja. Segera kepalanya berpaling dan wajah tenang Khasyi menghiasi pandangan. Siap berkopiah bagai dia ni. Baru lepas solat agaknya. Padanlah tenang semacam muka. Sejuk jiwa den menengok.

“Dibah, Dak Den, Mika semua mana?” Hana menjengah kepala, matanya mencerun ke kaunter. Kosong.

“Diaorang tengah makan kat dapur. Apa tu? List barang hantaran?” Tanya Khasyi selamba sambil duduk di sisi gadis itu.

Hana menarik muka kelat. Air liur ditelan terasa pahit. Saja je nak perli aku.

Pertanyaan Khasyi dibiarkan tanpa jawapan. Hana segera menutup separuh notepad apabila mata lelaki itu mula fokus pada tulisannya. Khasyi mengerutkan dahi sambil membaca tajuk besar yang tertulis pada notepad itu.

“Benda WAJIB buat kat Paris. Wow. And here I thought you were actually thinking about barang hantaran and stuff.”

Sekali lagi telinganya berdesing. Mata Hana singgah pada wajah kekal tenang lelaki itu. Nafasnya dihela panjang. “Khasyi, kan saya dah janji, insya Allah, balik dari Paris, kita terus set date. Lepas tu barulah kita decide barang hantaran semua. Okay?” Lembut Hana memujuk. Dia tahu lelaki itu terasa hati.

“Khasyi, okay tak? Hm?” Tanya Hana masih menala pandangan ke serata wajah lelaki itu. Suaranya dilembutkan lagi.

Khasyi menghirup susu panas di tangannya sambil menyilang kaki. “What’s number one?” Soalnya tiba-tiba. Hana menjungkit sebelah kening tanda tak faham.

“Apa yang nombor satu?” Dia menyoal semula.

“Dalam list WAJIB buat kat Paris tu. Apa nombor satu?”

Hana memandang Khasyi sambil menarik senyum nipis. Khasyi, seorang lelaki yang sangat menghormati wanita. A guy with manners. Tak pernah sekali pun lelaki itu meninggikan suaranya. Sentiasa jaga adab, jaga pergaulan. Selalu mengelak dari bertekak, bergaduh. Kalau marah sekali pun, lelaki itu akan segera bertenang. Tidak mudah melatah.

“Mana boleh beritahu. Rahsia. A secret makes a woman, woman. Remember?”

Lelaki itu tergelak kecil sebelum mengeluarkan sekeping duit syiling lima puluh sen. Gelas berisi susu diletakkan atas meja. Mata gadis itu mendarat pada syiling tersebut. “Khasyi, setakat lima puluh sen, beli tahi gigi boleh la. This list costs much more than 50 cents okay darling?” Hana menggeleng kepala sambil menayang muka sombong.

Khasyi menjulingkan mata. “Siapa nak beli list mengarut awak tu? Lima puluh sen ni untuk main game.” Ujar lelaki itu sambil tersenyum misteri. “Game apa?”

“Game lambung syiling. Kalau saya menang, awak kena tunjuk saya list mengarut awak tu. Kalau awak menang, saya akan buat semua yang awak suruh saya buat. Deal?”

Hana angguk. “Of course la deal.”

“I’m going to toss this coin alright. Kalau kepala, saya menang. Kalau ekor, awak kalah. Okay?” Khasyi merenung wajah bersih gadis itu lama. Hana angguk lagi.

“Okay.” Jawabnya laju.

“Okay.”

Sejurus itu, Khasyi melambung syiling lima puluh sen ke langit sebelum menekupnya ke atas tangan. Mereka saling berpandangan. “Bukalah cepat.” Gesa Hana bila Khasyi berlengah-lengah, saja nak menambah rasa cemas di dadanya.

“Relax la. Takkan takut kalah kot?” Ejek lelaki itu, provokasi.

“Sorry he. Saya tak pernah kalah tau.” Hana memeluk tubuh.

“Ya Allah, poyonya perempuan ni.” Lelaki itu masih lagi tak mahu buka tangannya. “Poyo tak poyo. Buka je la cepat!” Marah Hana mula bengang. Lagi nak membebel dia ni.
“Fine. Ready?” Khasyi memandang tajam gadis itu.

Hana angguk yakin. “Ready.”

“Satu.. Dua.. Tiga..”

Tangannya diangkat. Dua pasang mata merenung syiling itu sepenuh perhatian untuk beberapa saat sebelum mereka saling berpandangan.

“Tail. You lose.” Khasyi ketawa besar.

Hana menghempas tubuhnya ke kerusi. Cis! Macam mana boleh kalah ni? “Three consecutive wins baru consider menang. Apa macam? Ada berani?” Cabar Hana tak puas hati. Sakit hatinya bila kalah main permainan bodoh macam ni.

“Takda hal. Head I win, tail you lose. Okay?” Khasyi menjungkit kening.

Gadis itu mengangguk laju. “Biar saya baling.”

Khasyi menjungkit bahu dan membiarkan Hana melambung syiling. “Ha! Head! Saya menang.” Lelaki itu ketawa lagi. “Dua kali dah menang. Macam mana perasaan sebagai seorang loser, Hana?” Sakat Khasyi apabila wajah gadis itu sudah merona merah menahan marah.

“Shut up. Ada satu lagi peluang. Kalau saya menang ni, ada lagi satu round.” Ujar Hana sebelum melambung syiling itu ke langit dan menekupnya ke atas meja. Dia memandang Khasyi.

Lelaki itu menarik sengih. “Percayalah, saya menang punya.”

Hana menjeling dengan ekor mata. Perlahan-lahan tangannya diangkat dan..

“Ekor. Awak kalah, sekian bak sini list mengarut tu.” Khasyi merampas notepad daripada tangan gadis itu dan membacanya. Hana memegang kepala sambil sebelah lagi tangannya menongkat dagu. Matanya memerhatikan riak wajah Khasyi. Sesekali kening lelaki itu bertemu. Hana menggigit bibir. Berdebar-debar pula rasa menunggu reaksi si Khasyi ni.

“Telan Escargot. Makan Cheese Soufflé. Rasa Bouillabaisse. Makan Pissaladière. Makan Aligot. Makan Gratin Douphinois. Hirup sup à L’oignon. Berselfie depan Eiffel Tower. Jalan-jalan depan muzium Louvre. Usha lelaki Perancis.”

Khasyi berhenti membaca senarai itu dan termenung. Lama dia diam tidak berkata apa-apa. Hana mula rasa tak sedap hati. Nampak sangat ke aku ni macam perempuan gatal nak pergi melancong tak ingat dunia berdasarkan senarai itu?

“Hana.” Panggil Khasyi tiba-tiba. Suaranya sedingin ais.

Alamak. Dia marah ke aku tulis nak usha lelaki Perancis?

Gadis itu menjungkit kening. “..... Ya?”

“Benda WAJIB buat kat Paris ni...” Khasyi berhenti berkata. Wajahnya kelihatan ragu-ragu. “Kenapa Khasyi?” Hana mula risau. Lain macam je muka lelaki ni.

“List ni.. 7 out of 10, all about bloody food. Awak... Awak kebulur ke apa?” Khasyi mengurut dahi. Pening kepala dia tengok senarai benda yang WAJIB dibuat Hana di Paris nanti. Hampir semuanya berkenaan dengan makanan.

Hana menghela nafas lega. Kus semangat! Nasib baik tak marah.

“Mana ada! Dari dulu orang asyik dok kata makanan Perancis sedap sedap. Mestilah saya nak rasa. Manalah tahu boleh ceduk sikit, alter then boleh bubuh dalam menu kafe ni. Kan?” Tak berkelip matanya memandang lelaki itu.

“Yelah tapi benda yang awak nak buat masa kat Paris yang TAK melibatkan makanan ada dua je? Selfie depan Eiffel Tower, jalan-jalan depan muzium. And I really don’t want to talk about you want to usha French men!” Khasyi benar-benar tak terkata. Dia sungguh tak faham apa yang bermain dalam kepala gadis itu.

Gadis itu menayang barisan gigi putihnya, tersengih. “Dah tu apa lagi benda best yang ada kat Paris selain Eiffel Tower dengan muzium?” Tanya Hana selamba.

Sekali lagi Khasyi hilang kata. Apa lagi benda best ada kat Paris?

Oh my God.

“Suka hati awaklah Hana. Awak yang nak berjalan. Ni make sure food dia halal. French ni suka bubuh wine dalam cuisine diaorang. Pastries, seafood, meat. Semualah. Be careful okay.” Pesannya serius. Hana terangguk-angguk.

“Baik Pak Imam.” Balasnya nakal.

Khasyi menjeling Hana sambil memegang kopiah putih yang tersarung di kepalanya. “Jangan sampai saya tak cabut-cabut kopiah kat kepala ni Hana.” Pecah terus tawa gadis itu.

“Baguslah. Awak cute apa pakai kopiah. Pakai pergi kerjalah Khasyi. Nampak tawaduk sikit. Nanti budak-budak semua panggil awak, Ustaz Khasyi. Title Dr. simpan dalam poket. Amacam?” Hana mengamati wajah tampan Khasyi.

Nak kata dia hensem gila nak mati tu, tidaklah. Tapi mengikut pandangan mata wanita, wajah Khasyi ni sejuk mata memandang. Tenang, tampan, ditambah pula dengan cara pembawakan diri lelaki itu yang sentiasa segak dan kemas.

Khasyi is one good looking guy.

Lelaki itu tergelak kecil. “Kalau pakai ketayap sebab nak menunjuk alim, baik saya pakai helmet je. Memang tawaduk habis. Hana, mana helmet cabuk awak tu? Tak guna dah kan? Bagi saya pakai bawa pergi kerja.”

Hana menjeling lelaki itu. Sempat je menghina harta pusaka aku. “Dalam peti besi. Takda siapa boleh pakai helmet tu kecuali saya okay. Toksah mimpi.”

Khasyi tersenyum mendengar bebelan gadis itu. Namun senyumannya terus pudar bila teringatkan tempoh masa dia tak bertemu dengan gadis itu.

“Argh 2 minggu. Lamanya..”

Hana memandangnya sambil tersenyum nipis. “Mana ada lama. Pejam celik buka mata dah balik dah saya nanti. Tak sempat pun awak nak rindu saya, muka cantik ni dah muncul.” Balas gadis itu sambil memejam-celikkan matanya banyak kali. Khasyi tergelak kecil sebelum bangun dan menuju ke belakang kaunter.

Ipod hitam yang berada dalam Ipod Docking Station yang terletak di atas almari di belakang kaunter ditekan-tekan mencari frekuensi Red.fm. Beberapa saat kemudian, suara merdu John Legend memenuhi segenap ruang kedai.

Cause all of me, loves all of you, love your curves and your edges.
All your perfect imperfections.
Give your all to me. I give my all to you.
You’re my end and my beginning.
Even when I lose, I’m winning

Hana menarik nafas panjang. Lagu ni... Tanpa disedari, matanya mula mendarat pada lelaki itu. Wajah tenang Khasyi ditenung lama. Alis matanya. Hidung mancungnya. Lesung pipit yang terbentuk dalam seperti diukir di pipi kanannya. Hana terasa seperti terbuai ke alam mimpi. Perlahan, namun dia seolah dapat mendengar rentak jantungnya yang semakin laju.

Lub dub. Lub dub.

Tangannya segera dibawa ke dada. Apa yang aku rasa ni?

The world is beating you down
I’m around through every mood
You’re my downfall
You’re my muse
My worst distraction, my rhythm and blues

Satu persatu, benteng yang memagari kukuh hatinya gugur berderai. Hana terasa seperti ditarik ke permukaan air setelah jatuh lemas jauh ke dasar lautan, menghirup buat pertama kalinya, udara segar.

Hana menarik hela nafas.

“Khasyi...”

“Boringlah lagu ni. Tukar lagu lain.” Dan sekelip mata lagu rock It’s My Life kedengaran di corong Docking Station dan sekelip mata juga rentak jantung Hana yang kian laju berdetik kembali seperti sediakala.

Gadis itu terpinga. Mulutnya terlopong memandang Khasyi.

What the hell just happened?

Hana kembali memegang dadanya. Tiga tahun dia tidak merasa perasaan ni. Kenapa...? Matanya masih menyorot pada wajah Khasyi. “What?” Lelaki itu menjungkit sebelah kening.

“Takda apa-apa.” Dia menggeleng laju. Wajah Khasyi dipandang lagi. Mungkin aku dah mula rasa say— Tak mungkin. Tak mungkin. Mustahil. Hana menepuk-nepuk pipinya beberapa kali cuba nak menyedarkan diri.

“Are you alright Hana? Nak tidur ke? Mengantuk? Awak nak balik? Pukul 9 lebih dah ni.” Khasyi menghujaninya dengan pelbagai soalan sambil matanya mengerling jam yang tergantung di dinding.

“Ha? A’ah kejap. Saya habiskan susu ni dulu.” Hana meneguk susu yang dibancuh Khasyi tadi. Perasaan asing itu masih terasa di dadanya.

“Anlene ke ni awak?” Hana bertanya selepas menghirup sekali. Rasa zat besi memenuhi ruang mulutnya. Lelaki itu menjungkit bahu.

“Takdalah. Susu Sally.” Balas Khasyi selamba.

Tersembur terus susu dari mulut Hana. Tawa Khasyi meletus. “Ya Allah, do you hate her that much?” Lelaki itu masih lagi ketawa apabila dia berjalan ke arah Hana dan menghulurkan hanky kepada gadis itu.

“Serius Khasyi, ni susu siapa ni?” Tanya Hana keras sambil cawan di tangannya diangkat.

Lelaki itu mengetip bibir, menahan tawa yang semakin galak nak keluar dari tekaknya. “Susu lembu.” Jawab Khasyi jujur.

“Saya tahulah susu lembu. Takkan susu awak pula. Tapi siapa? Sally punya ke?” Hana bertanya lagi. Kali ni suaranya mula meninggi.

Tawa akhirnya terlepas juga dari mulut lelaki itu. “Ya Allah, Hana, saya gurau je la. Benci sangat awak dengan Sally tu.”

“Awak la. Apa yang awak sayang sangat kat lembu tu? She’s just a cow for God’s sake. Bukannya Emma Stone kesayangan awak tu.” Berkerut-kerut dahi Hana berkata.

Teringat bagaimana reaksi Khasyi sewaktu menonton filem The Amazing Spiderman bersama-sama dengan budak-budak ni di dalam kafe pada hujung minggu selepas kedai tutup. Lelaki itu tidak boleh berhenti melopong saat matanya melihat wajah jelita Emma Stone. Mujur tak meleleh air liur! Sejak malam itu, Khasyi terus jadi peminat tegar pelakon itu.

Kata Khasyi, Emma Stone mendefinasikan gadis idamannya. Konghajo. Habis aku ni apa?

“Okay first of all, Emma Stone is not a cow. Second of all, Sally’s just a cow for God’s sake. Why do you hate her?” Khasyi menayang sapu tangan, meminta izin untuk mengesat bibir Hana yang comot. Untuk pertama kalinya, Hana mengangguk, memberi keizinan dengan tingkah lelaki itu.

“Saya tak benci dia la Khasyi. Dia yang benci saya.” Bentak Hana.

“Sally tak benci awak. Dia cemburu je.” Ujar Khasyi sambil menghulurkan sapu tangan kepada gadis itu, menyuruhnya mengesat sendiri mulut yang comot dan meja yang basah disembur susu.

Hana mencebik. Sapu tangan Khasyi tetap diambilnya. “Susah susah awak kahwin je la dengan si Sally tu. Dah sayang sangat kahwinlah dengan dia.”

Khasyi melopong. Terkelip-kelip matanya menjamah wajah gadis itu. “Sorry Hana, tapi sekarang ni, moment ni, saat ni, tatkala ni, awak, Hana, tengah cemburu ke? Cemburu kan Sally? Si lembu betina pencen tu? Sally?” Selamba lelaki itu mengenakannya.

Hana menggigit bibir. “You know what Khasyi, you stay and clean all this mess!” Sapu tangan lelaki itu dicampak ke wajahnya sebelum dia memacu langkah keluar dari kedai.

Tidak sampai beberapa saat selepas Hana keluar, tiba-tiba gadis itu berlari masuk ke dalam kedai dengan wajah bengis. Khasyi yang sedang mengelap meja, memandangnya pelik. Dah kenapa pula ni tiba-tiba jalan macam nak bergusti?

“Apasal? Ada tinggal barang ke?” Tanya dia selamba.

“Head I win, tail you lose. Siot la awak ni!” Herdik Hana geram.

Terus bahu lelaki itu dipukul-pukul dengan notepad di tangannya. Khasyi mengerang sakit. Tangannya mengurut bahu yang terasa sengal. “Padan muka awak! Ee bencinya! Buat aku macam orang tak pergi sekolah! Macam orang bodoh je!” Hana tak berhenti membebel sehinggalah dia melangkah keluar dari kedai.

Khasyi tergelak kecil sebelum mengejar langkah laju gadis itu.

“Hey why are you so upset?” Khasyi bertanya sebaik saja langkahnya berjaya mengatasi Hana. Gadis itu menjelingnya tajam. “Awak buat saya macam orang bodoh.” Matanya dijegilkan. Terasa bebal sungguh bila sedar dirinya telah dipemainkan sebegitu rupa.

Khasyi ketawa lagi. “Okay, okay I’m sorry. Tapi saya ulang tiga kali Hana. Awak still tak perasan. So not entirely my fault wasn’t it?”

“Oh now it’s my fault? I so hate you!” Tengking Hana geram sambil menolak bahu lelaki itu sebelum berjalan laju masuk ke dalam kedai Seven Eleven tanpa menoleh belakang.

Lantaklah! Tunang tak tunang. Perangai asyik nak menyakat aku je.

“And I so love you!” Bisik Khasyi pada Hana yang sedang berkira-kira nak pilih ais krim. Bulat mata gadis itu memandangnya untuk sesaat dua sebelum kembali menala pandangan ke puluhan ais krim di hadapannya.

“Awak nak ais krim apa?” Tanya dia mendatar.

Khasyi menarik senyum lebar. Mood dia dah normal balik. “Ais krim potong kacang.” Balas lelaki itu laju. Hana mengangguk. Sama taste dengan aku. Eloklah jadi pasangan hidup.

“Khasyi, nak dua ringgit.” Gadis itu menayang telapak tangannya.

Terus terjungkit keningnya. “Tengok tu, ingatkan dia nak belanja kita. Ceh.” Dua keping duit seringgit tetap diletak atas telapak tangan gadis itu. Hana tersenyum sumbing.
“Thank you awak.” Ucapnya sedikit manja.

“Sayang saya tak?” Tanya Khasyi tak malu. Sampai tersipu budak cashier Seven Eleven dibuatnya. Hana menyiku lelaki itu sambil mengerutkan muka. “Jangan merepeklah.” Selesai saja bayar, Hana terus berjalan pulang ke kafe sambil diikuti oleh Khasyi yang berjalan rapat dengannya dari belakang.

“Nah.” Ais krim potong dihulur kepada Khasyi yang sedang membelek telefonnya. “Thanks.” Balas lelaki itu, masih scroll skrin telefon. “Ada emergency ke?” Tanya Hana. Jarang lelaki itu bercakap tanpa memandang mukanya.

Khasyi menoleh. Matanya menjamah wajah lembut Hana. “Tak. Just ada few kids admitted. Asthmatic attacks. Dr. Lysha can handle them.” Ujar Khasyi sambil menggigit ais krim potong.

“Dr. Lysha? Pakar kanak-kanak juga ke?” Hana bertanya. Hatinya terasa lain sejurus nama doktor wanita itu meniti di bibir tunangnya. Siapa gerangan Dr. Lysha ni? Tak pernah-pernah Khasyi menyebut tentangnya selama ni.

Lelaki itu mengangguk sekali. Matanya kembali menghadap telefonnya. “One of the best.”

“Dia dah kahwin?” Tanya Hana tiba-tiba. Khasyi tergamam. Segera matanya beralih ke wajah gadis itu. “Kenapa tanya macam tu?”

“Yelah, awak dengan dia mesti banyak spent time sama-sama. Dalam OT, dalam wad, lunch sama. Saya curious la nak tahu, dia ada husband ke tak?” Ujar Hana cuba mengekalkan riak selamba tanpa memandang renungan tajam lelaki itu.

“Hana, are you jealous? Again? In one day?” Duga Khasyi. Senyuman nakal mula terbentuk di pinggir bibirnya. Gadis itu menjulingkan mata.

“Please okay. Saya takda masa nak cemburu bagai ni. I’m just worried if husband dia or boyfriend dia salah faham ke. Kang nanti jeopardize karier dia pula.” Balasnya seboleh-boleh mahu menafikan perasaan kurang enak yang bertandang di dada.

“Yeah right. Keep up with the bull thing. Hey don’t worry darling, she’s married, and I am.. Bounded to you.”

 Bisik Khasyi romantik. Sengaja dirapatkan sedikit wajahnya. Hana membalas renungan mata lelaki itu untuk beberapa detik. Terasa pipi ini mula berubah warna. Hana memegang dadanya yang kian laju berdegup. Dia segera berdehem dan cepat-cepat mengalihkan pandangan ke depan. Bahayanya berdua-duaan kat luar macam ni. Walaupun Mikael, Dak Den, Adibah, Roni dan Abdul semua masih ada di dapur, sedang menjamu selera. Tapi...

Khasyi kembali memberi jarak antara wajahnya dan gadis itu. Wajah Hana yang sudah kemerahan ditatap bahagia. “I make you nervous didn’t I?” Tanya lelaki itu selamba. Hana menggigit bibir. Ada makan penampar aku ni kang.

“Hana, hari tu ex collegues you datang visit ya?” Khasyi tiba-tiba menukar topik sebelum sempat Hana memberi reaksi. Gadis itu mengangguk. Dalam diam, hatinya memanjat kesyukuran. Nasib baik Khasyi tak terus mengusik. Kalau tak, haru-biru warna muka aku ni.

“Mana awak tahu?” Tanya Hana pula.

“Saya singgah kejap, saw you four catching up stuff. Didn’t want to interrupt so I just left.” Ujar lelaki itu menghabiskan ais krimnya. Hana terangguk-angguk. “La, next time tegur je la. Awak bukan sesiapa pun. Tunang saya. Tak salah. Diaorang tiga orang tu la geng Powerpuff Girls yang saya cerita dulu.”’ Ujar Hana gembira.

Khasyi tersenyum mendengar gadis itu menyebut, ‘Tunang saya.’

“Oh papparazi Samurai?” Tanya lelaki itu apabila teringat kembali apa yang pernah diceritakan Hana dulu tentang geng Powerpuff Girls ni. Melodi terhebat company Samurai.
“Yes! Bagus ingatan awak. Kukuh.” Hana tersenyum bangga.
“So you guys were reminiscing zaman awak masa kat Samurai ke?” Duga Khasyi. Lain macam nada suaranya. Hana mencuri pandang lelaki itu. Fikiran Khasyi dapat dibacanya.

“No we weren’t and they absolutely had nothing to do with Daim.” Tegas Hana.

“Yes sure, only you had something with him.” Perlahan, namun masih boleh didengari gadis itu. Hana menarik nafas dalam-dalam. Wajah keruh Khasyi ditatap lama.

“Had. Past tense. Khasyi, I’m yours now. Saya tunang awak. No one can take me away from you okay.”

Khasyi memandang gadis itu lama, cuba mencari kejujuran di sebalik sepasang mata hazel yang sedang merenungnya kembali.

“I know.” Ucap Khasyi akhirnya. Hana tersenyum lega.

“Oh but we did talked about someone else.” Tambah gadis itu.

“Siapa?”

“Masa saya kerja Samurai dulu, ada lelaki ni kami panggil dia Mat Tampoi. Dia suka saya. Tapi masa tu saya tak ambil pusing la. Sebab dia suka main-main. Tapi..” Hana berhenti berbicara. Hela nafasnya kedengaran tak teratur.

“Tapi apa?” Khasyi sudah menumpu sepenuh perhatian pada gadis itu.

Hana memandang Khasyi sebelum menyambung ceritanya tentang Mat Tampoi dan kerisauan yang melanda jiwanya. Khasyi sudah tidak senang duduk. “Dia pernah datang sini?” Tanya lelaki itu. Hana mengangguk.

“Dia ada buat apa-apa kat awak?” Tanya Khasyi. Nadanya risau.

“Nasib baik saya takda masa tu. Tapi Dak Den cerita, Mat Tampoi macam keluh-kesah. Lama dia tunggu saya balik. Dekat tiga jam.” Balas Hana.

Lelaki itu melepaskan satu keluhan berat. “I think he’s crazy la Hana. And dangerous. Nak buat laporan polis?”

Hana menggeleng. “Tak payah. Benda kecil je. Dia tak buat apa-apa pun Khasyi. Dia memang macam tu dari dulu. Saya cuma tak sedap hati je. Itu je. Takda apa-apa la.” Segaris senyuman dicalit di wajahnya, mahu menenangkan lelaki itu.

“Takkan awak nak tunggu sampai dia buat apa-apa kat awak baru nak buat laporan polis?” Berkerut-kerut dahi Khasyi bertanya.

“Khasyi, insya Allah, takda apa-apa. Awak jangan risau okay. Mika ada, Dak Den ada, Abdul pun ada. Insya Allah takda apa-apa la. Okay?” Hana melayang segaris senyuman nipis.

Lelaki itu tidak berkata apa-apa. Hatinya masih lagi risau. Lelaki kalau mahukan perempuan, dia takkan teragak-agak nak guna apa cara sekali pun. “I’m gonna be here all the time.” Ujar Khasyi, nekad.

Hana tersenyum lagi. “I know.”

-

RM 24.70 tertera di skrin.

Jinhee menghulurkan sekeping not dua puluh ringgit dan sekeping not lima ringgit kepada Adibah. “Keep the change.” Ujar gadis Korea itu.

“Komapseumnida.” Adibah tunduk 90° seperti yang dilihatnya dalam drama Korea. Jinhee tergelak kecil. “Ne.” Balasnya ramah.

“Where’s your boss?” Tanya Jinhee sambil menjengah kepalanya ke arah ofis Hana. “Oh bos upstair. See Kak Jannah. You know her? Bos friend.” Jawab Adibah, menggunakan semua perkataan Inggeris yang dia tahu sambil menunjukkan ke arah lounge di ruang rehat tingkat atas.

Gadis Korea itu terangguk-angguk. “Oh of course, Jannah-sshi. Lovely person. Oh no, I gotta go. Tell them I said hi yes? Annyeong Dibah-sshi.” Jinhee mengangkat tangan kanan sebelum beredar. Adibah membalas ceria.

“Bos, Kak Jannah, Jinhee kirim salam!” Jerit Adibah sambil memanjat separuh tangga ke ruang atas, menanti balasan dari Hana. Namun apabila tiada jawapan, Adibah kembali ke kaunter, meneruskan tugasnya.

“Weh.”

Lengan Hana di sebelah disiku. Kawannya itu menggerakkan sedikit kepala, memandangnya malas. “Kau okay tak? Tu Dibah kata Jinhee kirim salam.” Jannah menjungkit sebelah kening. Nak kata kecil hati, muka toya. Nak kata dia tak kisah, muka toya. Adoi. Serabut betul.

“Mestilah tak okay. Babunlah kau ni. Apasal tiba-tiba aku tak boleh ikut kau pergi Paris pula? Dosa tau dah ajak tarik balik. Suka mainkan perasaan aku. Jannah, aku siap buat itinerary tau tak, nak buat apa sepanjang kat sana nanti.” Hana memeluk tubuh sambil mencebik.

Kecil hatinya apabila Jannah menarik-balik pelawaannya ikut sama ke Paris. “Oi, boleh blah la kau. Aku tak pernah pun ajak kau. Kau yang ajak diri kau sendiri. Plus, JT dapat ikut. So inilah masanya untuk aku spend time dengan JT. Bukan selalu dapat peluang macam ni Hana. Kau nak ke lepak sorang-sorang bila aku dengan JT dok honeymoon. Nak?” Keningnya dimain-mainkan.

Hana menjeling. Betul juga cakap minah ni. Kalau dia dengan JT dok bermadah kasih, aku nanti mesti tercongok macam orang bodoh. Lagi haru. “Tak nak.” Balasnya lemah. Bibir bawah dijuih, merajuk.

Jannah tersenyum sekerat. “Tahu pun. So ko stay je sini, jaga kedai kau, build your relationship deeper with Khasyi. Faham?” Pesan kawan baiknya itu.

Dahi Hana berlipat memandang Jannah. Apa maksud dia ‘build your relationship deeper with Khasyi?’

 “Ke... Sebab utama kau tak nak aku follow kau— Jannah! Kau nak aku dengan Khasyi set tarikh kahwin kan? Did he tell you to do that? Siaplah si Khasyi ni aku sepuk-sepuk muka dia!” Hana sudah berapi. Telefonnya sudah dikeluarkan untuk menghubungi lelaki itu. Boleh Khasyi gunakan Jannah semata-mata nak aku stay. Peh. Tak boleh jadi ni.

Jannah menjulingkan mata sebelum merampas telefon dari tangan kawannya itu. Hana tercengang. “Apa kau buat ni? Bak sini telefon aku. Aku tak kira dia tengah bedah anak orang ke anak lembu ke, memang berkajang-kajang aku nak sekolahkan mamat tu!” Bebel gadis itu geram.

“Khasyi tak salahlah ngok. Dia tak suruh pun aku halang kau. In fact, dia call aku sebab nak tanya, kita nanti duduk mana, plan kita apa, schedule, semualah. Punyalah concern. Weh, Khasyi siap suruh aku make sure kau tak makan sebarangan nanti tau.” Dijegilkan matanya sambil menyorokkan telefon Hana di belakang badan.
  
Gadis itu tergamam. Tak berkelip matanya memandang Jannah. “Oh yeke? Habis tu, siapa suruh kau?”

“Aku sendiri yang tak nak kau pergi. Aku nak kau jalankan tanggungjawab kau sebagai tunang Khasyi. Show him you care about him. Kau layan dia lagi teruk dari kau layan si Tam kucing tu. Hari-hari dia datang sini, jenguk kau, tunjuk kau effort dia, tapi kau? Kau take for granted la Hana.” Ujar Jannah serius.

Sudah lama dia pendam ni. Sudah lama dia perhatikan Hana dan Khasyi, dan bagaimana layanan gadis itu terhadap Khasyi.  Setiap kali, rasa bersalah menggunung di jiwanya apabila melihat bagaimana butanya Hana dengan curahan kasih sayang yang diberikan lelaki itu. Khasyi betul-betul sayangkan Hana. Tapi gadis itu...

“Khasyi sayangkan kau Hana. Dia betul-betul sayangkan kau. Satu dunia nampak semua ni. Kau sorang je tak nampak. Atau buat-buat tak nampak.” Ayat terakhir yang lahir dari bibir Jannah betul menusuk hatinya.

Hana mengerutkan dahi. “Apa maksud kau Jannah?”

“Kau masih sayangkan Daim.” 

Serta-merta Hana menoleh memandang Jannah. “Aku tahu Hana. Kau masih tak dapat lupakan Daim. He still lingers in your mind. In your heart. Sebab tu kau tak boleh terima Khasyi. Sebab kau tak pernah pun lupakan Daim. In fact kau tak pernah cuba pun untuk lupakan dia.”

“Jannah, aku dah cuba lupakan dia okay. Aku cuba terima Khasyi. Aku redha. Kalau aku masih tak boleh lupakan Daim, takkan aku terima lamaran Khasyi? Yang kau ni tiba-tiba bangkitkan isu ni kenapa ha?” Bentak Hana. Menggigil tangannya menahan perasaan. Jannah menggeleng kepala sambil menarik senyum pahit.

“Surat Daim. Aku tahu kau simpan lagi surat yang Daim bagi kau sebelum dia pergi. Bunga Lily yang dia bagi pun kau simpan lagi kan?” Jannah mengunci pandangan pada wajah terkejut teman baiknya itu.

 “Mana ad—” 

Jannah menarik tangan kawannya itu dan memegang cincin jed biru yang tersarung di jari manisnya. “Apa ni Hana?” Tanya Jannah kecewa. “And you said you tried.”

Hana tak terkata.

 “Aku tahu kau simpan semua benda yang mengingatkan kau pasal Daim. Post-it note dia bagi kau. Coklat Daim. Aku nampak kau beli. Tapi kau tak pernah makan. Kau simpan. Untuk apa Hana? Untuk reminiscing? Macam tu?”

Hana memejamkan mata. Hatinya runtun. Semua yang dikatakan kawan baiknya itu benar belaka. Lidahnya kelu untuk menafikan lagi. Ya, dia tak pernah lupakan Daim. Ya, dia tak pernah cuba pun untuk lupakan lelaki itu. Jauh di sudut hatinya selalu berdoa. Berdoa semoga dipertemukan semula dengan lelaki itu. Berdoa semoga namanya tertulis di Lukh Mahfudz bersama lelaki itu. Berdoa semoga dia akan bersatu dengan lelaki itu satu hari nanti.

Ya, Hana masih sayangkan Daim.

“Hana, aku nak kau cakap jujur dengan aku. Kau sayang Khasyi tak sebenarnya? Kalau kau tak sayang dia Na, jangan bagi dia harapan. Lepaskan dia. Biar dia cari perempuan yang betul-betul sayang dia.” Jannah memegang tangan gadis itu. Matanya dalam merenung ke dasar mata Hana. Dia perlu tahu isi hati temannya itu.

Hana menarik nafas dalam-dalam. Memori ketika di kafe kembali berputar di fikiran. Ketika lagu All of Me berkumandang. Ketika itu, untuk sesaat, hati Hana seperti mengubah rentak. Hatinya seolah berhenti dan mula berdenyut mengikut denyutan hati lelaki itu.

“Aku...”

-

Daim membelek gambar-gambar dalam laptop yang diambil sewaktu berada di Cappadocia, Konya, Selcuk dan Istanbul, Turki. Gambar-gambar umi ditatap penuh kasih. Sepanjang percutian mereka di Turki, senyuman tidak pernah lekang di bibir uminya itu. Gambar Mak cik Mia yag berlatarbelakangkan perkampungan Ibrahimpasa di Goreme dan perpustakaan Celsus peninggalan Greek kuno di Ephesus dipilih dan dimasukkan dalam satu folder berasingan. Dia mahu membuat kolaj untuk uminya. Kolaj yang bertemakan tempat-tempat bersejarah. Daim tersenyum nipis.

“Cantikkan dia?” Suara Mak cik Mia menyapa.

Kening Daim terjungkit sambil kepalanya ditoleh, memahat pandangan ke wajah keibuan uminya. “Puji diri sendiri nampak umi.” Perli Daim nakal. Sengihan di wajahnya meleret.

Bahu anaknya terus ditampar perlahan. “Bukan umi la! Tu, budak Turki tu.” Jari telunjuk Mak cik Mia ditala ke gambar seorang gadis yang sedang memaut bahunya di dalam salah sebuah khazanah terulung Turki iaitu Ayasofya. Daim mengikut arah yang ditunjuk uminya itu.

“Oh Sophia. Hm, dia memang lawa.” Angguk Daim, turut sama mengagumi kecantikan wajah gadis yang dikenalinya di Turki itu. “Dia dah kahwin?” Tanya Mak cik Mia beriya. Terus bertemu kening anak lelakinya.

“Manalah Daim tahu umi. Kenal pun tak.” Daim membetulkan silanya.

Mak cik Mia mengambil mouse dari tangan anaknya dan membesarkan gambar gadis Turki itu. Ditatap habis-habis wajah jelitanya. “Umi tak nampak pun cincin kat tangan dia. Belum kahwin ni. Daim cu—”

Belum pun habis uminya berbicara, Daim lekas mencelah. “Umi tolonglah berhenti jadi match-maker, please?”

Setiap bulan ada saja, anak dara orang umi recommend. Nombor satu dalam senarai umi, Yuki. Memang betul Yuki dan Daim kawan baik dari kecil dan bohong kalau Daim menafikan perasaannya untuk gadis Jepun itu. Tapi perasaan yang hadir untuk Yuki bukanlah cinta, tapi kasih seorang teman untuk teman.

Gadis-gadis lain yang umi turut recommend termasuklah anak teman mengajinya, anak teman usrahnya, anak teman mengaitnya, anak teman kelas menjahitnya dan anak teman memasaknya. Pening kepala Daim memikirkan cara terbaik untuk menolak secara sopan. Perkara macam ni bukan senang-senang je nak buat keputusan.

“Daim tak berkenan ke kat budak Turki ni?” Tanya Mak cik Mia masih tidak berputus asa dalam misi mencarikan jodoh untuk anak lelakinya itu. “Berkenan apanya umi? Biasa jela.” Lelaki itu menggaru dahi yang tidak gatal. Ekor matanya mencuri pandang sepasang mata berkaca yang seolah sedang merenungnya kembali di dada skrin. Kepalanya mula memainkan saat bertemu dengan gadis Turki itu.


Dua minggu lalu..

Sejarah tentang Ayasofya Muzesi baru saja hendak dibacanya apabila seseorang terlanggar tangannya lalu menyebabkan telefonnya terlepas dan terjatuh ke lantai. Serta-merta keningnya bertemu.

“Asifah, asifah, ana asifah.” Seorang gadis berhijab beige tunduk dan mencapai telefonnya yang terjatuh sambil berkali-kali memohon maaf. Telefon lelaki itu dihulur sopan. “La mushkilah! It’s okay.” Balas Daim sambil mengangkat kedua tangannya sebagai tanda tidak mengapa. Telefonnya yang berada di tangan gadis itu diambil.

Gadis itu mendongak. “Masha Allah!” Bulat matanya merenung wajah lelaki itu. Daim tergamam melihat reaksi gadis itu. Kenapa? Dia terus memandang ke kiri dan ke kanan sebelum kembali menala pandangan ke gadis di hadapannya.

“Afwan ya anisa?”

“Anta, you’re, you are Daim Takahashi, right?” Terkebil-kebil gadis berhijab beige itu memandangnya. Perlahan dia mengangguk. “Na’am. Yes, I’m Daim. Am I suppose to know you as well?” Tanya Daim pelik. (*Afwan ya anisa: Maaf saudari?)

Gadis itu menggeleng laju. “La, la, of course not. I knew you from Aman Palestine mission few years ago. Well, we’ve met actually but not really met, it’s more like I, I saw you in the hospital. You’re a doctor. Sorry I’m not usually like this, I’m just a little excited. I can’t believe I’m talking to you right now. It’s like a dream, Masha Allah.” Kedua tangannya sekejap dibawa ke kepala, sekejap lagi ke dada. (*La: Tak)

Daim memandang tingkah gadis itu dengan penuh takjub. Betul-betul teruja jumpa aku ni. “Yes, I was there. Are you a doctor too?” Tanya dia masih berasa takjub melihat kekalutan gadis berhijab beige itu.

“La, ana, I mean, I’m a war journalist.” Balas gadis itu dalam kekalutan sehingga bercampur-aduk bahasa dalam kata-katanya. “A war journalist? Impressive. Well, anisa, You can speak Arabic if you’d like. I’ll just google-translate whatever you say.” Gurau Daim cuba menenangkan jiwa kalut wartawan perang di hadapannya.

Gadis itu mengukir senyuman manis, memahami gurauan Daim. Riak wajahnya mula berubah tenang. “I’m sorry. You can call me Sophia.” Sophia memperkenalkan diri sambil tersipu malu.

Sophia.

“Amboi. Lamanya tenung muka anak dara orang!”

Daim tersedar. Terus laptop ditutup dan dia bingkas bangun menuju ke dapur. “Mana ada umi. Ni Daim tengah fikir esok umi macam mana bila Daim pergi hospital?” Tanya dia sambil menuang air masak ke dalam gelas. Wajah umi yang berseri-seri dengan senyuman dikerling sekilas.

“Umi okay je. Macam tak biasa tinggal seorang kat rumah. Umi ingat umi nak tengok kedai umi dulu tu la Daim. Apa rupa agaknya sekarangkan?” Mak cik Mia menyandar pada kerusi. Rindu pula dengan kedai buruknya di tepi jalan. Entah apa jadi sekarang.

Daim menghampiri uminya dengan dua biji gelas. Satu dihulurkan kepada wanita tua itu. “Umi takkan nak pergi seorang? Tunggu Daimlah. Esok insya Allah, habis kerja Daim bawa umi. Okay?” Cadang anaknya itu.

Mak cik Mia menampal senyuman nipis sambil mengangguk. “Yelah. Jadi umi kena duduk rumah jela ni. Bosannya.” Dipandang sekitar rumah yang dibeli Daim tiga tahun dulu. Baru sekarang didiaminya.

“Umi tak payah nak buat kerja umi. Rumah ni dah bersih pun. Tahu?” Sempat dilempar renungan tajam ke arah uminya, memberi amaran supaya wanita tua itu tidak mengemas rumahnya.

“Yelah, tahu. Dah pergi tidur. Esok nak bangun pagi. Nanti tak terbangun Subuh pula.” Mak cik Mia memegang pipi lembut pipi anaknya itu. Daim menarik senyum manis.

“Umi tidurlah dulu. Daim ada lagi kerja nak siapkan.” Ujarnya sambil membuka semula laptop. Mak cik Mia memandangnya semacam. “Ha umi jangan nak fikir bukan-bukan. Daim tak kenal pun budak Turki ni. Takda maknanya nak kahwin bagai.” Daim dah boleh baca apa yang bermain di fikiran uminya.

Mak cik Mia tergelak kecil. “Yelah, yelah. Jangan stay up lama-lama Daim. Ingat, nak buat tahajjud kan? Selamat malam sayang.” Kepala Daim dikucup penuh kasih.

“Night umi.” Balas anaknya bahagia.

-

Hana memicit pelipis kepalanya yang berdenyut-denyut. Dia serabut. Kata-kata Jannah tempoh hari berputar dalam fikirannya. Kepalanya dipicit lagi. Teruk sangat ke layanan aku kat Khasyi? Tak cukup positif ke aku? Dia datang kedai, aku tak halau dia. In fact, aku siap jamu dia makan lagi. Dia buat lawak bangang, aku melayan, aku gelak. Okay la kan? Dia cakap I love you, takda pun aku tepek muka dia dengan kasut ke apa. Tak cukup positif lagi ke tu?

‘Tiga tahun dah Na. Belajar balas cinta Khasyi boleh tak? Belajar appreciate dia. Jangan nanti dia takda, baru kau nak menyesal tak sudah.’

Terngiang-ngiang kata-kata kawan baiknya itu. Kalau Khasyi takda dalam hidup aku? Mahu tunggang-langgang semua benda.

Satu keluhan berat dilepaskan.

“Apasal tu Hana? Tak sihat ke?” Tanya Mikael sejurus melihat kelibat Hana yang sedang menongkat dagu atas kaunter dapur sambil memicit kepala. Hana menoleh. “Mika, you tengok Khasyi datang sini setiap harikan?” Tanya Hana tiba-tiba.

Mikael angguk. Wajah Hana dipandang. “A’ah yelah. Kenapa?”

“You tengok layanan I dengan Khasyikan? What do you think? Mesra tak?” Hana memusingkan tubuhnya menghadap Mikael sambil menyandar pada meja kaunter. “You layan Si Tam lagi mesra.” Balas pastry chef itu tanpa ragu-ragu. Hana menggigit bibir bawah.

Jawapan yang sama diberikan Jannah. Hana menggaru kepalanya. Takkan teruk benar layanan aku? Tam, si kucing peliharaan Dak Den terbayang di fikiran. Dak Den selalu bawa Tam ke kedai ni. Kucing itu diletakkan di bahagian belakang kedai dan selalu dalam sangkar. Bahagia pula si Tam duduk dalam tu, tak banyak kerenah. Nasib Dak Den ni pembersih orangnya. Tam selalu saja dibawa ke vet untuk check up dan delice. Jadi Hana tak kisah bila Tam ada. Asalkan tak kotor.

“Morning akak!” Sapa Adibah ceria sambil melangkah masuk dapur.

Hana memandang wajah remaja itu sambil tersenyum, membalas sapaannya. “Eh pucatnya muka akak. Tak sihat ke?” Tanya Adibah risau. Dibelek wajah bosnya dalam-dalam.

“Sakit tekak je. Panaskan cuaca.” Hana mengurut tekaknya yang terasa perit. Bangun pagi tadi terasa seperti tekaknya digosok dengan berbuku kertas pasir. Peritnya Ya Allah.

“Kau rasa akak demam tak?” Dahinya ditayang, menyuruh remaja itu periksa suhu badannya. Adibah menekup tangannya ke dahi Hana. “Tak.” Balas Adibah sambil menggeleng laju. Hana menjeling sambil memukul lengannya.

“Kau semua tak.”

Remaja itu tergelak kecil. “Akak dengan abang Mika cerita pasal apa tadi?”

“Ada la hal orang tua. Kau jangan sibuk. Pergi buat kerja kat depan.” Balas Hana sambil menuju ke almari. Mikael yang baru saja menyarung apron terus mencekak pinggang melihat bosnya yang tiba-tiba mengeluarkan frying pan, telur, lobak, rumpai laut, cili giling, kobis, daging cincang, jintan dan makaroni.

“Nak buat apa tu?” Tanya dia.

“My secret recipe!”

-

Sebaik saja pintu lif terbuka, Hana memacu langkah ke bilik Khasyi yang terletak di hujung koridor kanan tingkat tiga. Namun lagi beberapa langkah untuk sampai ke bilik lelaki itu, kepala Hana tiba-tiba terasa berpinar. Datang balik denyut-denyut ni.  Hana menekup tangannya ke dahi. Betul ke tak panas? Adibah ni tak boleh pakai langsung. Lepas ni pau Khasyi panadol sebiji dualah. Hana menepuk pipinya beberapa kali sebelum menarik nafas dalam-dalam.

Perlahan-lahan pintu bilik lelaki itu dibuka. Tiada orang. Ceh. Baru ingat nak terkejutkan dia. Khasyi tak tahu lagi tentang pertukaran pelannya yakni tak jadi pergi ke Paris.

“Cik Hana!” Bahu Hana dipegang seseorang.

Nyaris terlepas mangkuk tingkat di tangan. Hana menoleh sambil menampal kerutan seribu lapis. “Sorry Cik Hana. Terkejut ke?” Lucy, salah seorang jururawat bedah yang sering bertugas bersama Khasyi menegur mesra.

Hana memandangnya atas bawah. “Taklah, gembira gila ni. Eh Khasyi baru lepas operation ke?” Tanya dia sambil memandang kiri dan kanan, mencari kelibat tunangnya.

Lucy menggeleng laju. “Habis kau pakai scrub ni?” Dahi Hana berkerut lagi. Dipandang tajam scrub hijau yang tersarung pada badan jururawat itu. “Patient yang baru lepas operation. Dr. Khasyi tukang operate.” Balas Lucy nakal. Ikutkan hati mahu saja dilepuk je kepala si amoi ni dengan mangkuk tingkat. Gurau kasar pula. Hana berdesis kuat.

“Mana Khasyi?” Tanyanya lagi.

“Tu.” Lucy menjuihkan bibir ke arah pukul 12. Kepala Hana mengikut sama. Oh no. Kelibat Khasyi dan seorang wanita sedang berjalan mara ke arah mereka. Gadis itu berubah kalut. Kakinya sekejap bergerak ke kiri sekejap lagi ke kanan sebelum akhirnya dia berlari anak ke kaunter jururawat dan bersembunyi di bawah meja. Sempat gadis itu menyuruh jururawat lain supaya senyap dan berlagak seperti tiada apa-apa berlaku.

Hana menutup mulut saat suara Khasyi dapat didengarinya. Lucy pula seperti sedang tertawa kecil dengan lelaki itu. Alamak, meja ni kedap bunyi pula. Hana menjengahkan kepalanya keluar dari bawah meja, mahu  mendengar butiran perbualan mereka sampai seronok sangat tu.

Namun sebaik saja kepalanya dijengah keluar, matanya bertembung dengan sepasang mata redup Khasyi. Masa seperti berhenti berdetik. Allah. Kantoilah pula.

“You’ve seen me saw you right?”

Hana terasa seperti mahu menyorok di bawah meja ni sampai bila-bila, punyalah malu. Dia berdehem kecil sebelum membalas, “Ya nampak. Ni saya cari pin tudung saya tercicir. Oh dah jumpa dah.” Kerongsang di bahu ditanggalkan dan ditayang ke wajah lelaki itu.

Khasyi memerhatikan gadis itu bersusah-payah merangkak keluar dari bawah meja sebelum berdiri tegak di hadapannya. “Dah?” Tanya lelaki itu selamba. Hana mengecilkan matanya. Amboi. Cukup baik aku datang sini cuba nak ambil hati kau tau.

“Dah apa?” Hana bertanya.

“Dah kembali waras dah?” Khasyi pantas mengelak apabila gadis itu mengacah mahu memukulnya. “Saya balik kang!” Ugut Hana di sebalik gigi yang diketip. “Ala gurau pun nak merajuk. Apa da. Hana, ni la Dr. Lysha. Paed juga. Lysha, inilah buah hati pengarang jantung I, Hana.” Khasyi saling memperkenalkan dua wanita di hadapannya.

Pandangan mata Hana mendarat pada wanita kecil molek di sebelah lelaki itu. Oh inilah gerangan si Dr. Lysha tu. Bapak  comel dia ni. Betul ke doktor? Wanita itu menghulurkan tangan sambil tersenyum manis. Hana menyambut baik huluran tangan halus doktor itu. Dipaksa bibirnya membentuk segaris senyuman kekok.

“Please don’t smile like that. You look horrible.” Bisik Khasyi.

Serta-merta senyuman gadis itu seperti dikesat bersih dari wajahnya. Hana menjeling tajam ke arah Khasyi. “Hana, I know it’s a little late but congratulations on your engagement. Untung you Khasyi, dapat tunang cantik macam ni.” Puji Lysha sambil menyentuh lembut lengan Hana. Terus berkerut gadis itu. Khasyi mengetip bibir, menahan tawa.

“Oh takdalah Lysha. Biasa je.” Balas Hana kekok.

Khasyi memandang gadis itu sekilas sebelum memandang Lysha. “Yes alhamdulillah.” Angguknya, bersetuju dengan kata-kata teman sekerjanya itu. “Untung I dapat tunang gila macam ni.” Sempat Khasyi berbisik lagi. Hana terus memijak kaki lelaki itu sekuat hati. Biar retak tulang kaki kau!

Lysha sekadar tersenyum melihat tingkah mereka berdua. “Okay guys I pergi dulu. Nanti follow up ya Khasyi.” Ujar pakar kanak-kanak itu sopan. Senyuman masih lekang di bibirnya. Khasyi memaksa dirinya mengangguk sambil tangannya ligat menggosok kakinya yang terasa perit. “Sure!”

“Nice meeting you Hana.” Ucap Lysha.

“You too.” Balas Hana ringkas sambil menggoyang tangan kanan.

Sesaat sejurus kelibat Lysha hilang dari pandangan, tawa Khasyi meletus. “Apa yang lawak sangat ha?” Marah Hana geram. “Awak ni langsung takda bakat lakonan.” Komen lelaki itu, masih berbaki tawanya.

“Lakonan apa pula?” Hana memeluk tubuh. Mangkuk tingkat masih dalam genggamannya. “Lakonan ap— Hana you were so awkward. Intimidated ke dengan Dr. Lysha?” Duga Khasyi sambil bermain dengan keningnya.

Hana menjulingkan mata. “Please he. Saya takda masa nak intimidated bagai. Nah untuk awak.” Mangkuk tingkat di tangannya dihulur kepada lelaki itu. Khasyi menjungkit sebelah kening. Riak terkejut ditampalnya.

“Your lunch.” Ujar Hana, faham dengan riak wajah lelaki itu.

Khasyi tersenyum sambil mempersilakan Hana masuk ke dalam biliknya. Gadis itu meletakkan mangkuk tingkat di atas meja dan membuka setiap satu bekas. Makaroni goreng daging. Telur omelette. Sup rumpai laut. Bulat mata Khasyi memandang hidangan yang disediakan gadis itu.

“Awak masak semua ni ke?” Tanya dia separuh kagum separuh terharu.

“Takdalah, saya beli.” Balas Hana dingin. Khasyi tergelak kecil. “Hmm bau macam sedap.” Matanya dipejam rapat. Bau enak makaroni goreng menusuk hidung, serta-merta membuatkan air liurnya meleleh.

Hana menghulurkan sudu dan garfu kepada lelaki itu.

“Thanks sayang.” Ucap Khasyi lembut. Wajah Hana ditatap penuh terharu. Gadis itu mengangguk sambil melayang segaris senyuman terlebih gula. “Makanlah. Nak tahu sedap ke tak.” Balasnya sambil duduk di sisi lelaki itu.

Khasyi membaca doa sebelum menyuap makaroni ke dalam mulutnya. “So?” Tanya Hana tak sabar. Reaksi wajah lelaki itu tidak dapat dibacanya. Tenang semacam. Sedap ke tak ni aku masak?

“Sedap gila.”

Hana tersenyum lebar. Khasyi makan dengan penuh berselera. Bahagianya rasa. Ini rupanya perasaan menghargai orang yang kita sayang. Baru aku faham apa yang Jannah cuba sampaikan. Eh.. Orang yang kita sayang? Hana tergamam. Perlahan-lahan matanya mendarat pada wajah Khasyi.

“Hana, memang saya sayang awak, tapi kalau awak tak berhenti tenung saya, saya jentik mata awak nanti.” Ujar Khasyi membalas renungan gadis itu. Hana segera mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Malunya dia ni.

“Awak tak nak makan sekali ke?” Tanya Khasyi menukar topik. Sudu berisi makaroni dihala ke wajah gadis itu. “Awak makanlah. Saya buat ni untuk awak.” Hana menggeleng kepala sambil menolak sudu jauh dari wajahnya.

“Makanlah. How can I eat if you’re starving?” Pujuk lelaki itu.

“I’m not starving la Khasyi. Makan. It’s for you.” Hana tersenyum.

Khasyi menggeleng. “Makan Hana. Apa benda sedap saya makan, saya nak awak pun makan. Okay? Buka mulut tu. Aaa.” Mahu tak mahu, Hana terpaksa membuka mulut dan sudu berisi makaroni disua ke dalam mulutnya.

“Sedap?” Tanya Khasyi, bahagia melihat gadis itu menjamu selera.

Hana mengangguk. “Tak sangka saya boleh masak sesedap ni.”

Lelaki itu ketawa besar. “Nasib baik memang sedap pun. So, awak ni terlepas kapal terbang ke apa ni tiba-tiba muncul kat hospital tak beritahu? Ke postpone date pergi Paris tu?”

“Saya tak jadi pergi.” Balas Hana pendek.

Terjungkit kedua kening lelaki itu. “Pula dah. Kenapa tak jadi pergi?” Tanya Khasyi pelik. Sesudu makaroni disuap lagi ke dalam mulutnya. Sedapnya Ya Allah. “Sebab... Saya nak masak makaroni ni.” Ujar Hana sambil menongkat kedua lengannya di atas meja.

Khasyi tersenyum lebar, memahami maksud di sebalik kata-kata gadis itu. “Thanks Hana.” Ucapnya lembut. Hana membalas senyuman lelaki itu sebelum mengangguk.

-

Selesai saja Khasyi menghabiskan makanan yang dibawa Hana, namanya kedengaran di corong speaker. Ketika itu juga, Lucy masuk dan memaklumkan kes kecemasan kepada lelaki itu.

“Dr. Khasyi, ER stat.”

Hana memandang Khasyi. Riak kecewa terpancar di wajahnya. “I’m sorry dear, I have to go. Kita bincang malam ni ya?” Khasyi menjamah wajah Hana untuk beberapa saat.

Gadis itu mengangguk. “It’s okay. Pergilah.”

Khasyi memandang Hana lagi sebelum akhirnya berlari anak keluar dari bilik menuju ke wad kecemasan. Gadis itu melepaskan satu keluhan berat. Dipandang bekas mangkuk tingkat yang licin. Senyuman mula mekar di bibirnya. Terbayang wajah berselera Khasyi menghabiskan lauk-pauk yang dimasaknya itu. Nasib baik kena dengan selera dia. Kalau tak buat penat aku je masak beriya.

Hana mengemas mangkuk tingkat dan bersiap untuk pulang. Sebaik saja dia keluar dari bilik Khasyi, kepalanya kembali berdenyut-denyut. Hana memegang pelipisnya yang terasa perit. Lupa pula minta panadol kat Khasyi. Alahai.

Perlahan-lahan langkahnya diatur menuju ke lif. Setiap langkah terasa begitu menyakitkan. Satu badannya terasa bisa. Rasa mual mula memenuhi tekaknya. Hana meratakan tapak tangannya pada pintu lif. Sesaat berlalu terasa seperti setahun. Denyutan di kepala semakin menyeksa. Kepalanya terasa berpinar-pinar.

Akhirnya pintu lif terbuka dan apabila kakinya baru saja hendak melangkah masuk, seluruh pandangan Hana mulai kabur. Dia berpaut pada dinding lif. Matanya menerewang, mencari sudut pandangan yang jelas. Matanya tertancap pada seseorang.

Wajah ni..


Dan pandangannya bertukar hitam.

-

Lama Daim tercegat di depan lobi hospital. Memandang kosong bangunan setinggi tujuh tingkat itu. Dia tersedar apabila telefonnya berbunyi dan Dr. Ganesh, teman kepada Dr. Allen, ketua bedah di hospital dia bekerja sebelum ini menghubunginya.

“Okay, 3rd floor? Alright, I’ll see you soon.” Daim menamatkan perbualan.

Dia menarik nafas dalam-dalam dan menghembus panjang. Sambil mengucapkan Basmallah, Daim melangkah yakin menuju ke dalam hospital. Boleh tahan ramai orang. Dia mengamati setiap manusia yang lalu-lalang, memandang mereka satu per satu.

“Abang nak masuk?” Tanya seseorang, meleburkan lamunan lelaki itu.

Daim tersedar. Pandangannya jatuh ke wajah seorang remaja lelaki yang sedang memandangnya dari dalam lif. “Ya, terima kasih.” Angguk Daim, melangkah  masuk ke dalam lif sambil mengoyak senyum nipis.

“Tingkat berapa?” Tanya remaja itu.

“Tiga.” Balas Daim pendek.

Remaja itu menekan butang tiga dan butang lima. Dia kemudian menyandar pada lif, berhadapan dengan Daim. “Abang melawat siapa?” Tanya remaja itu, memulakan bicara.

Daim menggaru pelipis. “Kawan. Adik ni?” Tanya dia pula.

“Saya bawa atok cuci darah. Atok ada diabetis.” Cerita remaja itu tenang. Daim memandang lama wajah remaja itu. “Dah berapa lama atok kena diabetis?” Dia meneruskan pertanyaannya.

“Lama dah. Dari saya kecil lagi. Saya selalu bawa atok datang sini buat dialysis. Dah macam rumah kedua saya dah hospital ni.” Ujarnya rancak bercerita. Daim terangguk-angguk.

“Baguslah jaga atok. Nanti dah bes—”

Kata-kata Daim mati apabila pintu lif terkuak dan satu wajah menghiasi pandangan matanya. Rahang Daim jatuh. Seluruh tubuhnya terasa seperti digenjat arus elektrik. Matanya tidak berkelip memandang susuk tubuh di hadapannya itu.

“Hana...” Bisiknya.

Gadis itu melangkah perlahan ke dalam lif sambil sebelah tangannya berpaut pada dinding lif, menahan berat tubuhnya. Dahinya basah dengan manik-manik peluh. Matanya memandang sekeliling, seperti mencari sesuatu. Dan apabila mata mereka bertaut, gadis itu menghirup nafas panjang sebelum akhirnya rebah.

“H-Hana!”

Serta-merta Daim mendapatkan gadis itu sebelum tubuh genitnya tersebam ke lantai. Tangannya ditekup ke dahi Hana. Ya Allah, panasnya. Terus tubuh gadis itu dicampung. Daim menoleh memandang remaja lelaki yang sejak tadi tak terkata setelah menyaksikan apa yang baru saja berlaku.

“ER kat mana dik?” Tanya Daim dengan oktaf suara yang tinggi.

Remaja itu terkebil-kebil memandangnya sebelum menayang satu jari. Daim menggeleng kepala. Tak boleh, tak sempat. Dia terus berlari keluar dari lif dan menyuruh seorang jururawat yang terkejut melihatnya mencampung Hana supaya menyediakan sebuah katil yang boleh digunakan.

“Bagi saya stathescope.” Arah Daim kepada jururawat itu. Apabila jururawat itu masih tidak berganjak, Daim menarik stathescope yang terjuntai di poket uniformnya dan terus memeriksa nafas Hana.

“Encik, tunggu dulu Encik.  Encik ni siapa?” Tanya jururawat itu semakin panik apabila Daim mula membuka mata gadis yang terbaring itu sebelum memeriksa mulutnya pula.

“Dia demam panas ni. Dehydrated pula tu. Awak sediakan IV drip cepat.” Arah Daim lagi. Jururawat itu menggeleng kepala dan berdiri di hadapan Daim, menghalang lelaki itu dari terus memeriksa Hana.

“Encik ni siapa?” Tengking jururawat itu.

Daim tidak menghiraukan jururawat itu sebaliknya matanya memandang sekeliling, mencari sesuatu. Beberapa saat kemudian, tubuh jururawat itu ditolak ke tepi dan Daim mula menuju ke sebuah bilik yang menempatkan ubat-ubatan dan membawa keluar sebuah tray berisi ubat bersama sphygmomanometer. Tekanan darah Hana diambil.

“Encik nanti du—” Mulut jururawat itu terlopong melihat betapa mudahnya Daim memberi suntikan ke lengan gadis itu tanpa bersusah-payah mencari urat. Dengan penuh cermat suntikan dan IV drip dilakukan.

Beberapa tiub berisi darah dihulurkan kepada jururawat itu. “Buat test full blood picture. Dah dapat result, bagi saya, okay?” Daim menjungkit kening apabila jururawat itu masih terkedu melihatnya.

“Look, I’m a doctor okay. And this woman is my, well, patient. Cepat nurse, pergi buat test. And get me a chart please.” Tegas Daim. Jururawat itu memandangnya untuk beberapa saat sebelum mengangguk dan bergegas ke makmal.

-

Ini kali pertama dia berada dalam dunia yang dipenuhi ais krim. Rumah diperbuat daripada ais krim, kereta diperbuat daripada ais krim, jalan raya ais krim, pokok ais krim, kucing ais krim, awan ais krim, hujan ais krim, semuanya ais krim. Matahari pun ais krim. Hana merebahkan badannya ke lapisan ais krim. Bau vanila, bau coklat, bau mint, bau strawberi semuanya bercampur-aduk menghasilkan satu bau yang sangat manis. Betul merangsang kelenjar air liurnya.

“Ahh..” Hana tersenyum girang. Kedua tangan dan kakinya digoyang-goyang, menikmati tekstur ais krim pada badannya.

Tiba-tiba bau manis ais krim dibayangi satu bau asing. Hana mengerutkan dahi. Bau apa ni? Terus badannya tegak. Dia cuba menghidu bau asing itu. Bukan. Bau ni bukan bau yang asing. Bau ni... Bau ni... Hana memejamkan mata. Bau laut. Bau hujan. Bau hutan. Bau peluh. Bau buku lama. Bau Aftershave dia.

Bau..... Daim.

Mata Hata terbuka luas. Tubuhnya kaget. Ais krim berwarna-warni berubah putih dan perlahan-lahan membentuk dinding, tingkap dan.. Daim! Hana menelan air liur. Wajah Daim menghiasi pandangan matanya.

“Assalamualaikum.”

Suara tu! Suara garau tu!

Hana terpingga apabila Daim menyumbat termometer ke dalam mulutnya dan terus membelek jam yang membelit pergelangan tangannya. “BP okay, blood count okay, sugar level okay, overall semua okay.” Ujar lelaki itu sambil menulis sesuatu pada carta di atas meja. Hana tidak terkata. Matanya saja yang mengikut setiap pergerakan lelaki itu. Betul ke apa yang aku lihat sekarang ni? Betul ke ni dia?

Mimpi. Mimpi kot. Pejam mata Na. Pejam.

Hana memejamkan mata. Beberapa saat kemudian, dia buka semula matanya dan wajah pelik Daim sedang memandangnya menghiasi permandangan. Lelaki itu berjalan menghampiri Hana dan mengeluarkan lampu sebelum menyuluh ke dasar mata gadis itu.

“Mata pun okay.” Beritahu Daim selamba.

“Hm?” Hana tak mampu berkata disebabkan termometer yang masih terletak di antara kedua bibirnya. “Lagi 10 saat baru cakap. 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2... Okay dah.” Termometer ditarik keluar dari bibir gadis itu dan dibacanya.

Matanya kemudian singgah pada wajah Hana. “Suhu badan pun okay.”

“D-Daim?”

“Memori pun nampak gayanya okay. You’re good to go.” IV drip di tangan gadis itu ditarik keluar dengan berhati-hati. Hana terus menatap Daim lama. Diselami wajah lelaki itu dalam-dalam. Ya Allah.. Betul ke ni Daim? Ya Tuhan.. Betul ke lelaki ni Daim? Matanya terasa hangat. Tiga tahun dia menanti untuk melihat wajah itu. Wajah yang amat dirinduinya.

Tiga tahun sedikit pun tidak mengubah lelaki itu. Rambut ikal yang terjuntai di dahi. Sepasang mata tajam itu. Kerutan di dahinya. Jambang nipis yang mula tumbuh di rahangnya. Dan senyuman sinis itu. Hana menarik nafas dalam-dalam.

“Awak Daim? Awak.. Betul awak Daim?”

Lelaki itu memandangnya sambil mengoyak senyum nipis. “Ya Hana, aku Daim. Kau pengsan depan lif sebab dehydrated, demam panas. Lain kali bila dah tahu demam, jangan banyak bergerak. Rehat kat rumah. Faham? By the way, mangkuk tingkat kau ada kat situ. Nurse dah tolong cucikan.” Ujarnya selamba. Ekor matanya dikerling ke arah mangkuk tingkat di atas meja.

“Pening ada lagi?” Tanya Daim sambil memeriksa nafas Hana.

Gadis itu menggelengkan kepala. Matanya masih tidak berganjak dari wajah lelaki itu. “Paru-paru pun okay. Kau dah boleh balik. Cuba try bangun. Slowly.” Daim menyuruh Hana bangun perlahan-lahan, mahu tengok sekiranya gadis itu masih berdaya atau pun tidak.

“Boleh?” Tanya Daim.

Hana mengangguk lagi. Dia masih merenung lelaki itu. “Okay good. Nanti ambil ubat kat farmasi. Jangan lupa makan. Kalau rasa mual, tak lalu nak makan apa, try makan roti bakar. Okay?” Pesan lelaki itu lembut. Kepala Hana tunduk faham.

“Okay. So, take care.” Daim mengangguk dan mahu beredar.

“Daim!”

Langkah lelaki itu terhenti. Tubuhnya dipaling menghadap Hana. “Kenapa?”

Gadis itu memandangnya tanpa berkedip. Nafasnya tidak teratur.

Daim menjungkit sebelah kening. Wajahnya mula berubah risau. “Hana?”

“Saya tak tahu farmasi kat mana.”

-

“B-Bila awak balik sini?” Tanya Hana. Matanya masih setia menjamah setiap inci wajah lelaki itu. Daim tidak menjawab pertanyaannya. Dia leka menulis deskripsi ubat untuk gadis itu.

“Daim.” Panggil Hana lembut.

Sungguh dia tak sangka akan menyebut nama ini lagi. Nama yang terkunci rapat dalam hatinya. “Aku bagi kau vitamin C dengan B compleks sekali. Folic acid pun aku bagi. Ambil okay? Ubat jangan skip. Antibiotik make sure habiskan.” Pesan lelaki itu.

Hana memandangnya. “It’s really you..” Ucapnya sayu.

Daim menghela nafas berat. “Lagi dua minggu kalau demam ada lagi, buat check up.” Ujarnya tanpa  memandang gadis itu. Hana mengangkat tangan kanannya rapat ke wajah Daim, namun berhenti apabila pandangan lelaki itu jatuh pada tangannya. Hana membawa tangannya ke sisi. Sungguh dia rindukan lelaki itu. Terlalu rindu..

“Daim, awak kerja sini? Sejak bila? Awak doktor? Dah lama awak kerja sini?” Bertubi-tubi pertanyaan menghujaninya.

Daim mengalihkan pandangannya ke wajah lembut Hana pula. Mata gadis itu berkaca merenungnya kembali. “Balik Hana. Get some rest.” Hana menggelengkan kepala.

“Daim, mana awak pergi? Tiga tahun awak menghilang, mana awak pergi? Awak kerja sini ke selama tiga tahun ni? Awak kerja sini?” Setapak kakinya melangkah mendekati Daim.

“Hana, kau baru baik demam. Jangan banyak sangat fikir. Balik. Pergi rehat. Kau nak aku panggil sesiapa tak? Nak aku call cab?” Daim mengeluarkan telefon, dah bersedia untuk mendail nombor teksi.

“Awak.. Dah kahwin?” Tanya Hana.

Daim hilang kata. Mereka saling bertatapan untuk beberapa detik sebelum akhirnya lelaki itu menarik nafas dalam-dalam. Dia menyimpan kembali telefonnya dan melangkah pergi.

“Go home Hana.”


---

Rosebud says:

Assalamualaikum! FInally, alhamdulillah. exam dah habis, tesis dah tulis, sekarang baru boleh fokus buat cerita tak seberapa ni ya. Thanks korang kerana menyokong saya and sorry for the long wait. I heart u guys. a lot! And drop some reviews pls. wanna hear your opinions. :) Enjoy!

Lagu blog ni especially for part bila Hana bertemu Daim. hehe. finally kan? ><
aamiin.
Courtesy of OwhSoMuslim.com