Thursday, November 6, 2014

Aku bukan Hana Tajima! 53

Bawang yang telah dipotong dadu bersama lobak merah, cili dan asparagus digaul bersama telur yang sudah dipukul sebelum labu yang telah direbus dan nasi dimasukkan ke dalam campuran sayur-sayuran dan telur tersebut. Sesudu madu kemudian digaul sebati bersama dengan secubit garam sesedap rasa. Akhir sekali, campuran itu diletakkan ke dalam bekas plastik cupcake sebelum dimasukkan ke dalam microwave selama lima minit.

Hana mengoyak segaris senyuman. Resipi kek nasi ni dia peroleh daripada salah seorang pelanggan tetap kedainya, Jinhee. Gadis yang sebaya dengannya itu berasal dari Korea. Masa kali pertama Jinhee menjejak kaki ke kedainya, Hana dah mula rasa lain macam. Yelah, sekarangkan tengah gelombang Kpop, Running Man bagai. Haruslah teruja sikit bila jumpa geng kpop ni.

Masa tu Hana tatap muka dia habis-habis. Mata dia sepet tapi muka tak macam orang Cina kita. Muka Jepun pun tak. Sah Korea! Terus Hana bergerak ke kaunter dan menolak bahu pekerjanya, Adibah, ke tepi sambil menggerakkan kening, memberi isyarat kepada remaja itu supaya melayan pelanggan lain.

This kpop lady is mine.

“Hi annyeonghaseyo. Oeseo oseyo. Welcome to The Mad Lab cafe. May I help you?” Sapa Hana mesra. (*Annyeonghaseyo= Apa khabar; Oeseo oseyo= Selamat datang).

Sepasang mata sepet Jinhee cuba dibesarkan, memandang pelik gadis berselendang turquoise yang menyapanya dalam bahasa ibundanya itu. “Ye, kamsahabnida. Hangukmal hasiljulaseyo?” (*Ye, kamsahabnida= Ya, terima kasih; hangukmal hasiljulaseyo= Boleh cakap Korea ke?)

“Ye jogeum yo.” Hana segera mencelah sambil merapatkan sedikit jari telunjuk dan ibu jarinya. Gadis Korea itu terangguk-angguk tersenyum sebelum membuat tanda bagus sambil berkata, (*Ye jogeoum yo= sikit)

“Wah. Baleumi johda. Choegoui da!”

Hana menjungkit sebelah kening. “Choegoui? Mianhe. Mullaso.”

“It means the best! You speak like a native, like a Korean.” Puji Jinhee lagi, langsung tidak mengendahkan kesalahan tatabahasa Hana yang dah mula merona merah sambil jarinya sudah memintal-mintal hujung selendang. “Anieyo.” Nafi Hana segan-segan. (*Baleumi johda= Sebutan awak bagus. Mianhe= sori; Mullaso= tak tahu; Anieyo= Taklah)

“Jeongmal. Dangsineun choegoui da!”

  Sekali lagi Jinhee menayang ibu jarinya, memuji Hana. “Alaa no la... Ahem. Dangsineun, ireumeun mueyo?” Hana tak berkelip mengamati wajah putih bersih gadis Korea itu. Betullah, kulit diaorang ni memang flawless. Takda jerawat ke jeragat bagai. Harap-harap tulen. Janganlah plastic surgery ke apa kan?

“Je ireumeun Oh Jinhee ieyo. Dangsineun?” Jinhee bertanya nama Hana pula. (*Jeongmal=Betul; Dangsineun= Awak; Ireumeun mueyo=Apa nama awak?;Je ireumeun= Nama saya..)

“Jeoneun Hana ieyo.” Balas Hana sedikit ragu-ragu dengan penggunaan bahasa Koreanya. Baru belajar tiga minggu dah poyo nak speaking Korea. Buatnya si minah Jinhee ni tak berhenti membebel dalam bahasa Korea baru tau! (*Jeoneun=saya)

“Hana-sshi, bangawoyo!” Ujar Jinhee sambil tunduk 90 darjah. Hana menjadi kalut dan tak pasal-pasal dengan dia dia sekali terpaksa tunduk. “Oh bangawoyo to you too!” Balas Hana panik. Menatang apa tu banga banga ni. Dia menampal sengih. (*Bangawoyo=salam perkenalan)

Jinhee tergelak kecil. “You’re funny.”

Hana menggaru kepalanya. “Am I? Don’t I look stupid?”

“Jogeum.” Jinhee merapatkan kedua ibu jari dan telunjuknya, mengajuk perbuatan Hana tadi. Hana ketawa besar. Siot. Macam tu je aku dapat bodoh dari minah sepet ni.

“Well, because I’m a bit stupid today, so I’m going to treat you a slice of cake. What do you want, Jinhee? Am I saying that alright? Jinhee?” Tanya Hana sambil mencondongkan tubuhnya sedikit ke hadapan. Tak mahu Adibah dengar.

“Yeah alright. Mwarago? Only a slice? I thought the whole cake.” Usik Jinhee berjenaka. Hana tergelak lagi. Kurang asam. Bagi betis nak peha. “Banyak cantik muka kau. Ni, Jinhee-sshi what do you want?” Hana dah sedia dengan pinggan dan pisau pemotong kek. (*Mwarago= Apa?)

“I’d like to eat that brilliant looking smarties-on-top-of-the-fountain cake. A slice, juseyo.” Jinhee merapatkan kedua tangannya. Hana tersenyum dan segera menghulurkan sepotong kek smarties itu kepada Jinhee. (*Juseyo=Please)

“Komawo Hana-sshi. Jal meokkesseumnida.” Sekali lagi Jinhee menundukkan sedikit kepalanya sambil menatang pinggan berisi kek yang diberi Hana. “Ye. Mani meogo! Arasso?”

“Ye. Arasso.” Jinhee layankan saja kerenah Hana. (*Komawo=terima kasih; Jal meokkesseumnida= bon appetit; Mani meogo= makan banyak-banyak tau; Arasso= faham?)

Dua jam kemudian, Jinhee dan Hana sudah seperti 8 tahun kenal. Jinhee dengan baik hatinya bagi Hana satu resipi kek yang sangat kreatif, simple dan sangat senang untuk dibuat. Gadis Korea itu siap janji akan bawa kimchi nanti. Sejak dari hari tu, memang Hana dan Jinhee jadi kawan baik. Jannah dan Maya pun dah kenal dengan Jinhee ni. Siap si Jannah ajak Jinhee berkampung kat rumah masa suaminya, JT kena pergi conference.

Hana tersenyum mengenangkan Jinhee. Berbotol-botol kimchi dia bawa, diterbangkan khas dari Korea pulak tu. Setiap bulan mesti Jinhee datang hantar sesuatu. Kalau tak kimchi, toppokki. Nasib baik dia vegetarian dan dia pun tahu tentang hukum halal dan haram untuk umat Islam. Senang sikit nak makan. Takda unsur shubha. Fuh. Untung betul dapat buat kawan dengan minah Kpop. Dapat makanan free.  Lepas ni nak suruh si Jinhee ni carikan boipren Kpop pulaklah.

“Ahem! Dekat 40 kali saya bagi salam. Macam bagi salam kat tiang lampu trafik je tau. Menungkan siapa tu?” Tegur satu suara sambil sebatang pen ditekan-tekan ke bahu gadis itu. Hana menoleh dan serentak itu juga matanya menangkap segaris senyuman manis seorang lelaki tinggi lampai di sebelahnya.

Adeh. Lupa pulak aku dah terima lamaran mangkuk ayun ni. Nampak gayanya, terpaksalah den lupakan niat nak berlakikan laki Kpop. Hana menepuk dahi sebelum berdehem dan menjawab salam lelaki itu.

“Wa’alaikumussalam.”

Jawabnya sepatah sambil menjengahkan kepala mendekati microwave. Oh dah siap. Biar betik. Lama betul aku berangan. Hana menahan sengih yang mula nak terbentuk di hujung bibir. Sejak buka cafe ni, memang tak ada masa nak berangan. Apatah lagi berchenta-chintun bagai ni. Padanlah muka kau Khasyi. Siapa suruh syok kat perempuan hati kering macam aku ni.

“Amboi sombongnya. Mak ayam pun tak garang macam ni.” Sakat Khasyi sambil mengekori setiap langkah Hana. Dah macam budak hilang mak pun ada. “Awak dah makan belum?” Tanya Hana acuh tak acuh. Matanya melirik ke arah lelaki itu sekilas. Tampan macam selalu.

“Mestilah... Belum. Lapar gila babun lotong sotong kering semualah tau ni. By the way, awak masak apa tu Na?” Terasa nak meleleh air liur Khasyi saat Hana mengeluarkan satu tray berisikan kek nasi cupcakes dari oven. Bau dia dah cukup dah. Menusuk harum.

Kepingan keju kemudian ditabur di atas kek nasi. “Siap!” Hana tersenyum puas melihat keju yang ditabur atas permukaan kek mula mencair. Gadis itu mengeluarkan telefonnya dan diambil beberapa keping gambar cupcakes itu untuk dimuatnaikkan ke dalam blog kedai keknya nanti. Khasyi pun sama menyibuk ambil gambar. Tapi gambar Hana la. Macam biasa. Gadis itu dah penat nak melarang. Makin ditegur, makin dia buat. Lantaklah.

“Apa ni?” Tanya Khasyi sambil tunduk sedikit untuk menghidu bau enak cupcake yang tersusun atas tray. Air liurnya betul-betul di hujung bibir.

“Kek nasi.” Balas Hana ceria. Gembira tengok hasil cupcake nasi buatannya.

“Nasi?” Terus berkerut dahinya. “Boleh makan ke? Edible?”

Hana melempar pandangan tajam ke arah Khasyi untuk sesaat sebelum menyumbat sebiji kek nasi cupcake yang masih hangat ke dalam mulut lelaki itu. “Aaaa panas panas!” Jerit Khasyi sambil meludah keluar kek itu ke atas telapak tangannya.

“Boleh makan tak? Edible tak?” Hana mengulangi pertanyaan Khasyi selamba dengan matanya yang sengaja dibuka luas-luas. Provokasi lagi. Padan muka.

Khasyi sekadar menjeling geram. Ni bukan kali pertama Hana mengenakan dia dengan teknik kotor ni. Malangnya, dia tak pernah nak serik. Suka menyakat gadis ni dan terpaksa redha bila Hana mengenakannya balik. Adoi. Jadi bodoh bebal aku bila dengan perempuan ni.

 A fool for a woman.

“MC ke?” Hana memandangnya sekilas. Khasyi ketawa kecil. “A’ah sakit.” Angguk Khasyi dengan muka sedih. Bibirnya membentuk huruf ‘n’. Gadis itu menala pandangannya ke wajah Khasyi. Elok je, takda pula kening hilang sebelah ke apa.

“Sakit apa? Demam?” Tanya Hana mula menumpukan perhatian pada lelaki itu.

“Demam cinta.”

Nyaris nak termuntah Hana kat situ juga. Mikael, chef pastri kedainya yang berada tidak jauh dari mereka sudah menggigil satu badan menahan gelak. “Ada ubat?” Sakat Khasyi lagi. “Ada, nah.” Hana menyumbat lagi satu cupcake yang masih hangat ke dalam mulut lelaki itu.

“Lidah saya dah lali dengan panas dah Hana.” Ujar Khasyi apabila cupcake itu habis ditelannya bersama cupcake yang tadi diludah ke telapak tangan. “Good for you.” Angguk gadis itu malas nak layan. “Hana, malam ni free?” Bisik Khasyi sambil merapatkan jurang antara mereka.

“Kenapa?” Hana menyandar pada meja.

“Kita bincang pasal hal kita.” Balas lelaki itu bersama senyuman yang tak tertahan. Lain macam je dia ni. “Hal apa?” Tanya Hana sambil berkerut. “Hal kita la. Bila nak kahwin, bila nak buat anak, bila nak—”

“Okey okey I get it. Malam ni tak boleh. Ada date dengan Jannah dan Maya.” Laju saja penipuan itu keluar dari mulutnya tanpa sempat dia menghalang. Hana memegang bibir. Kenapa bila lelaki ni sentuh soal kahwin, aku mesti nak mengelak? Sampai dah pandai menipu. Hana menarik nafas dalam-dalam.

“Oh.. Hm iyalah, besties lagi penting dari fiancé sendiri.” Jauh hati la pulak. Hana memeluk tubuh sambil memegang dagu. Wajah tampan Khasyi ditatap seketika.

“Khasyi, awak tahu tak doktor kat Malaysia ni adalah antara endangered species? Tahu tak?” Hana pasang muka serius. Terus pecah tawa lelaki itu. Macam tu je dia tepek kat muka aku. Khasyi memandang wajah lembut-tapi-serius Hana sambil sebiji lagi cupcake nasi diambil dan ditiup-tiup sebelum dimasukkan ke dalam mulut secebis.

“Hmm not bad. Sedap!” Puji Khasyi serta-merta.

Berubah terus riak wajah gadis itu. Kerutan yang sejak tadi terbentuk di dahinya mula hilang. Lupa sekejap sesi memerlinya tadi. “Really? Rasa apa?” Tanya Hana teruja. Walaupun dia pernah rasa kek nasi ni tapi kali ni dia bubuh banyak ingredients baru. Jadi dia kurang pasti apa rasanya sekarang.

“Rasa...” Khasyi berhenti untuk tarik nafas.

 Hana menunggu penuh sabar. Kedua keningnya bergerak ke atas serentak. “Rasa apa?” Tanya gadis itu lagi. Kesabarannya di hujung tanduk.

“Rasa.... Alamak Hana saya kena pergi dulu. Doktorkan endangered spesies bak kata awak. See ya. And thanks for the kek nasi.” Sekelip mata Khasyi sudah hilang dari pandangan.

Hana hilang kata. Rahangnya jatuh.

“Mika, did you see him go?”

Hana memusingkan tubuhnya memandang Mikael yang sejak tadi asyik memukul telur. Gadis itu mengatur langkah mendekatinya. Sebiji cupcake nasi diletakkan di kaunter berdekatan Mikael. Lelaki itu tersenyum nipis sebagai token terima kasih.

“Macam biasalah. Khasyi kan harimau bintang. Sekelip mata lesap. You pulak harimau betina. Eloklah kan? Harimau bintang dua sejoli.” Balas Mikael sesuka hati jiran dia aje nak tukar peribahasa. Siap buat gaya dua sejoli dengan merapatkan kedua jari telunjuk pulak tu.

Hana berdesis sebelum menjeling geram. Kurang asam. Harimau betina dipanggilya aku. Tapi lejen sikit kot dari ‘perempuan gila buta warna’. Hana mengetip bibir menahan perasaan. Satu wajah mula terbayang dalam mindanya.

 “Anyway Hana, kenapa you garang sangat dengan dia?” Tanya Mikael sambil merenung wajah bersih majikannya itu. Hana berkerut. Bayangan lelaki itu semakin hilang.

“Dengan siapa?”

“Dengan nenek I. Dengan Khasyi la.” Mikael menjulingkan mata. Sejak akhir-akhir ni, majikannya itu sering sangat hanyut dengan dunia dia. Kadang-kadang tu sampai orang menjerit kat telinga dia pun dia tak dengar.

“Oo... Mana ada I garang dengan dia. Cuma dah kalau tiap-tiap hari muka selenga tu muncul, menyampahlah jugak kekadang.” Gumam Hana rendah di sebalik susunan gigi kapaknya.

“Ha apa dia? Muka selenga? You biar betul Hana. I yang lelaki ni pun kategorikan Khasyi tu good looking man tau. Macam mana nak kahwin ni? You tahu tak kalau dah kahwin 24 jam you kena hadap muka dia?” Mikael menjungkit kening. Kepala dia mula tak faham dengan bos dia yang satu ni. Alasan tak munasabah langsung.

Belum pun sempat Hana membalas, datang satu suara mencelah.

“Kak Hana, Dibah tak fahamlah hubungan akak dengan abang Khasyi tu. Akak dengan dia sebenarnya couple ke tak? Dibah tengok facebook akak, tak bubuh pun ‘in relationship’ ke apa. Akak, cuba cerita sikit kat Dibah kak. Apa hubungan akak dengan abang Khasyi sebenarnya?” Muncul Adibah dari depan kedai terus ke sisi Hana dan memulakan sesi mencungkil kisah cinta bosnya itu.

Sekali lagi Hana hilang kata. Mata Hana mendarat pada Mikael, meminta simpati dan bantuan. Lelaki itu sudah tersengih-sengih sambil menjungkit bahu melihat kerenah kurang matang Adibah. Itulah, awal-awal lagi Mikael dah pesan, jangan ambil budak sekolah kerja. Degil. Inilah bahananya. Rasakan.

“Akak, ceritalaaaaaaaaagh!” Adibah memaut lengan Hana dan menggoyang-goyang tangannya.

“Eh budak ni. Aku sumbat kau dalam oven ni baru tahu! Kau sibuk tu kenapa? Kat luar tu dah takda customer dah ke? Dah boleh tutup kedai?” Hana menjegilkan mata geram. Kepoh betul budak-budak zaman sekarang. Buku Kimia kat rumah tu tak nak baca. Kisah hidup aku juga kau nak tahu lebih-lebih. Agaknya kalau keluar exam pasal aku, mahu dapat straight A budak ni. Wajah selamba Adibah ditenung tajam.

“Ala akak ni. Asal Dibah tanya pasal abang Khasyi je akak naik angin. Relakslah kak. Tanya je pun. Bukan nak tackle ke apa. Kak, Dibah curious la. Abang Khasyi tu setiap hari datang kedai ni jumpa akak. 5 saat pun takpa. Janji dia dapat tengok muka akak. Tak ke sweet tu kak? Untungnyaaa jadi akak. Dibah pun nak ada laki sweet dan hensem macam abang Khasyi tu jugak....” Adibah dah mula pasang angan-angan bila kakinya sudah terjungkit sedikit sambil kedua tangannya digenggam ke dada. Dan yang paling tak menahan, matanya terkebil-kebil memandang langit.

Hana turut sama memandang langit, atau... siling kedai. Apa yang dia dok tengok tu? Wajah Adibah dipandang semula. Remaja itu masih merenung siling kedai. “Dibah? Hello?” Hana menggoyangkan tangannya di hadapan gadis itu.

“Dia tengah berangan nak kahwin tu.” Ujar Mikael dah cukup faham dengan perangai Adibah. Hana tercengang sebelum menepuk dahi beberapa kali. Hei budak ni. SPM pun tak lepas lagi ada hati nak berlaki. Aku sepok laju-laju mahu mereng tiga hari dua malam. Hana mengalihkan pandangannya ke arah Mikael yang kali ni sedang menguli doh sambil ketawa terbahak-bahak.

“Help her Mika.” Rayunya kepada Mikael.

Chef pastry itu menjungkit kedua bahunya. “I’m fully occupied honey. Sorry.” Mikael menayang tangannya yang diselaputi tepung. Hana mengeluh berat sebelum menjerit memanggil nama seorang lagi pekerjanya.

“Dak Den! Oh Dak Den! Sini sat.”

 “Kejap kak!” Laung Dak Den dari luar. Sesaat kemudian, seorang lelaki tinggi dan kurus meleding muncul dengan kot makmal yang diikat melilit pinggangnya yang tiada isi.

“Kenapa kak?” Tanya Dak Den selamba.

“Ni budak mental ni. Den settle kan dia boleh? Akak tak larat nak layan dah.” Hana memuncungkan bibirnya ke arah Adibah yang masih lagi dalam dunia fantasinya.

“No problem kak.” Angguk Dak Den patuh.

“Nah untuk kau.” Sebiji kek nasi dihulur kepada lelaki itu.

“Wah akak buat lagilah!” Dak Den menerima kek itu senang. Masa kali pertama Hana buat kek nasi ni, kecoh satu kedai. Blockbuster terus. Best seller. Beratur lebih 50 meter orang nak beli. Nasib baiklah si Jinhee tu tak minta komisyen.

Hana mengangguk senang. “Kali ni akak tambah cabai. Ada umph kan?” Keningnya digerak-gerak ke langit. Dak Den merasa sedikit kek nasi di tangannya itu. “Akak sumpah sedap! Tolonglah masukkan dalam menu balik! Enak bangat.” Rayu Dak Den separuh sebak. Gulungan kitchen towel yang tergantung di dinding dikoyakkan sedikit dan disapu ke hidung, menghembus seperti sedang menangis.

“Over tau kau ni.” Hana ketawa sambil menyuruh lelaki itu mengetatkan skru di kepala Adibah dan kepalanya sendiri. “Eh Dak Den, kau sure ke budak mental ni tak ambil ‘ubat’ apa-apa ke?” Bisik Hana perlahan sambil tangannya masih kejap memegang tray.

Dak Den menggeleng laju. “Eh taklah kak. Mana ada. Si Dibah ni memang mental sejak lahir. Dari dalam perut lagi skru kepala dia dah longgar. Mak dia pun tak tahu nak buat apa lagi dah. Tapi, akak jangan risau kak, pekerja akak semua clean and clear. Kan abang Mika? Kita semua suci abadi secuci debu bunga cinta.” Dak Den mengerling Mikael di belakangnya sambil kakinya di angkat ala-ala Misha Omar. Chef pastry itu segera menayang dua ibu jari.

“Secuci debunya cinta kepala kau. Dahlah akak pergi depan dulu. Uruskan dia ni cepat. And one more thing Dak Den, lab kot tu untuk dipakai okey. Bukan untuk dililit kat pinggang. Pakai.” Arah Hana sebelum mengorak langkah ke bahagian luar kafenya.

“Baik bos!” Dak Den melayang tabik hormat.

Sementara menunggu Dak Den uruskan Adibah, Hana menyusun cupcake nasi di atas kaunter dengan teratur dan cermat. Dua orang lagi pekerjanya, Roni dan Abdul yang sedang sibuk melayan pelanggan di kaunter cuba nak hulurkan bantuan tapi Hana segera menolak. Disuruh mereka kembali melayan pelanggan.

Tak sampai seminit kek nasi dihidang atas kaunter, sekejapan sudah habis dijual, sold out. Roni dan Abdul ternganga apabila pelanggan lain memesan kek nasi tanpa henti. Hana terpaksa kembali semula ke dapur dan membuat lagi 20 batch cupcake nasi untuk para pelanggannya sambil dibantu Dak Den dan Adibah yang dah sedar dari angan-angan.

 Tepat pukul 6.25 petang, pelanggan di kedainya mulai surut. Akhirnya dapatlah Hana rehat sekejap. Hana berjalan malas ke ruang depan kedai sebelum memanjat tangga kayu menuju ke ruang kecil di bahagian atas kedai. Dari situ, dia perhatikan keramahan Adibah yang sudah kembali waras dan pekerja-pekerjanya yang lain melayan beberapa orang pelanggan yang sedang menikmati kek. Hana menarik senyum nipis.

 Kedai pastry yang berkonsepkan lab-cafe ini merupakan hasil idea dia, Jannah dan Maya. Semalaman mereka bertiga mengerah otak memikirkan tema dan konsep kedai ni dan akhirnya, setahun kemudian, alhamdulillah, kafe ni menjadi realiti.

Menariknya kafe ni, selain kek dan pastry yang sedap menusuk jantung, bak kata Adibah, pelanggan dihidangkan kek dan minuman dengan menggunakan radas makmal. Contohnya, air jus dan air berkabonat dihidang dalam kelalang kon manakala minuman seperti kopi dan teh diisi dalam kelalang isipadu bergantung pada saiz minuman yang dipesan dan stirring rod digunakan untuk mengacau air.

Kek dihidang di atas pinggan yang dicorakkan dengan doodles radas. Di setiap meja pula terdapat sebuah rak tabung uji di mana setiap tabung uji berisikan gula-gula, coklat dan manisan seperti smarties, M&M dan noughat. Segala hiasan dalam kafe ini berkonsepkan radas dan peralatan dalam makmal, termasuklah pekerja-pekerja The Mad Lab kafe ni yang memakai kot makmal sebagai uniform mereka.

Di bahagian atas kafe di mana Hana sedang duduk ialah ruang lounge yang dipanggil Lavoisier Ground. Terdapat lebih dari 100 buah buku, majalah dan komik yang disusun atas setiap lekuk alfabet LAVOISER GROUND yang melekat pada dinding dan pelanggan boleh membaca sambil berehat di atas sofa dan kerusi yang disediakan. Ruang ini merupakan favorite spot Hana.

Hana bangun dan menuju ke rak berbentuk alfabet, melihat sepintas lalu buku-buku yang ada. Tiba-tiba matanya tertancap pada sebuah buku lama berwarna coklat gelap yang terletak di antara beberapa buah buku yang ada dalam rak buku tersebut. Hana mengambil buku itu sebelum diselak helaian demi helaian. Buku resipi itu dihadiahkan ibu kandungnya, makcik Mia tiga tahun dahulu, sebelum wanita itu pergi mengikut anaknya, Daim.

Daim.

Hana menarik nafas dalam-dalam sambil memejamkan mata. Cincin biru bercorak buluh putih yang tersarung di jari manisnya dipusing-pusing. Wajah Daim terbayang-bayang lagi di fikiran. Apa khabar dia? Sihat ke tak? Bahagia ke tak? Selama tiga tahun ni, usahkan telefon, mesej pun lelaki itu tak pernah hantar kepadanya. Emailnya juga tidak berbalas.

Dia betul-betul buang aku dari hidup dia.

Satu keluhan berat dilepaskan.

Hana menarik nafas dalam sebelum segera menyimpan semula buku resipi pemberian makcik Mia itu bersama memori Daim. Lagu Carlifornication tiba-tiba berdering sakan. Hana mengeluarkan telefonnya dari kocek seluar jeans dan dirapatkan ke telinga sebelum memberi salam.

“Kat mana? Kedai?” Suara gopoh Jannah kedengaran.

“Taklah, aku kat India ni.” Hana mengepit telefonnya ke telinga dengan bahu. Jannah berdengus di hujung talian.

“Mengada. Buka pula kedai kau hari ni? Bukan hari Jumaat hari off ke?” Tanya Jannah pelik. “Hari ni hari Khamis la sayang. Macam mana kau boleh jadi pensyarah ni? Hari pun tak tahu. Ceh.” Hana ketawa bila kawannya itu sudah mengeluarkan seekor dua nama haiwan.

 “Ha kau call aku ni apahal? Takda kelas ke hari ni?” Hana bertanya sambil melabuhkan punggung pada sofa. Jarang kawan baiknya itu nak telefon waktu-waktu macam ni.

 “Aku cancel kelas aku hari ni.” Balas Jannah, kedengaran gembira.

Hana mengerutkan dahi. “Kau cancel sebab kau gembira, malas atau sebab kau saja nak bagi holiday kat students kau?” Tekanya penuh dengan rasa pelik. Jannah yang dia kenal bukanlah seorang yang baik hati nak bagi ‘KELAS BATAL’ kat pelajar-pelajar dia.

Kawannya itu tergelak besar. “Bongoklah kau ni Na. Takdalah gila. Aku ada appointment dengan doktor aku tadi.” Ujar pensyarah muda itu mula dah keluar bahasa luar kampus dia.  Bongok dapat, gila pun dapat. Secukup rasa.

“Kau mengandung ke?” Tanya Hana laju.

“Jadahnya mengandung Hana! Tengok lubang hidung si JT tu pun dua tiga kali seminggu, ni nak mengandung.” Bebel Jannah tak puas hati. Yelah, orang lain tak sampai dua hari lepas kahwin dah pergi honeymoon, tapi dia lepas sehari dua kahwin, dah kena hadap muka selenga budak-budak undergrad kesayangan dia tu. Katanya, honeymoon terpaksa ditunda sebab JT ada conference penting. Dasar workaholic si JT tu, bak kata Jannah. Hana tersengih-sengih mendengar celoteh kawan baiknya itu. Rindunya nak berjoyah dengan minah ni.

“Dah tu kau jumpa doktor apahal? Sembelit?”

“Asal muka aku jumpa doktor je sembelit. Ingat muka aku ni kaki sembelit ke apa ha?”

“Laa manalah tau kot melalui kau, doktor dapat discover vaccine untuk sembelit ke kan?” Hana menyakat lagi. “Serius aku rasa macam nak bodohkan kau sekarang ni.”

 Lagi pecah tawa Hana. “Dah tu, kalau bukan sembelit, apa dia?”

Jannah mengeluh berat. “Kalau aku kata bebal kang kecil hati. Tapi kerjaya dulu seorang saintis. Aduhai kau ni. Nasib baiklah kau manusia paling aku sayang tau. Dengar baik-baik Hana ku sayang, aku jumpa doktor aku, supervisor aku dulu. Dr. Rahim. Bukan doktor bedah orang macam tunang kau tu!”

“Oh yeah. Kau ada cakap kau kena bentang paper kau kan? So macam mana? Banyak tak kau tersasul, lidah tergelit ke? Tolonglah kau termencarut masa present tadi.” Usikan Hana tiada penghujungnya. Dapat dibayangkan riak wajah kawan baiknya itu dengan penuh semangat dan emosi membentangkan hasil kajiannya di hadapan panel-panel dan ahli akademik yang lain.

Mesti lawak gila! Aduhai.

Jannah di hujung talian sudah menjerit sakan. Nyaris terlepas telefon dari tangan Hana. Punyalah nyaring suara si Jannah rasanya kalau minah ni ada di hadapan Hana, agaknya dah pecah berderai cermin-cermin dalam kedai ni. Frekuensi suara dia melampau-lampau tingginya mencecah langit.

“Kau takda nak kuat lagi ke suara kau?” Perli Hana sambil menekan lubang telinganya dengan hujung jari telunjuk, nak test pendengarannya sama ada masih berfungsi lagi atau tak.

Kawan baiknya itu berdengus kasar. “Aku rasa dekat lapan puluh kali dah aku beritahu kau, conference aku tu next week.”

“Next week? Ooo aku ingat semalam..” Hana menggaru kepala, baru teringat.

 “Ah kau semedang semalam. By the way, conference aku kat Paris weh.” Suara nyaring campur gembira Jannah mengganggu konsentrasinya. Paris? Perancis? Yelah, takkan Paris, Somalia pulakkan?

“Okey aku follow.”

Tawa Jannah kedengaran di talian. Gelak nak macam setan.

“Eh siapa ajak kau? Please eh.”

“Aku tak kisah Jannah, economic class ke business class, janji aku dapat seat tepi tingkap. Dan aku hanya naik MAS airline harap maklum.” Ujar Hana sambil menjengahkan kepalanya apabila bunyi loceng berbunyi menandakan ada orang masuk ke dalam kedainya.

“Boleh, tapi kau kena tunggu bapak aku take over MAS pulak okey.” Sindir Jannah pula. Hana baru saja nak membidas apabila pelanggan yang baru masuk tadi melaung namanya.

Hana segera bangun dan menjengah kepala ke bawah. Seorang lelaki bermata sepet tersenyum memandangnya sambil mengangkat sebelah tangan, menyapa. Rahang Hana jatuh.

“Shuichi? Shuichi!”

“Ya aku tahu aku suci, tapi tak perlu kot puji aku melambung macam tu. Dok kata aku suci suci.” Suara Jannah kedengaran malu-malu kucing. “Oh my God kau ni bapak perasan. Jannah, Jannah, aku kena ciao. Later kita sambung perasaan kau tu ya.”

Sebaik saja talian dimatikan, Hana terus menuruni tangga selaju  mungkin dan berlari anak ke arah lelaki Jepun itu dengan senyuman selebar alam. “Shuichi!” Jerit Hana gembira.

 “Hanaaa!!” Shuichi pun tak nak kalah oktaf suaranya.

Adibah dan Dak Den saling berpandangan. “Tu bukan abang Khasyi. Kan?” Adibah dah pasang muka penuh ragu. Dak Den menjulingkan mata. Apa punya soalan da?

 “Adakah kak Hana.... curang?” Adibah memegang dagu, memimik gaya Detektif Conan. Dak Den memandang remaja itu untuk sesaat sebelum menepuk kepalanya pantas.

“Jangan merepeklah! Tu kawan kak Hana. Ish kau ni. Dah pergi buat kerja. Jangan nak loghat.” Marah Dak Den beriya. Jarinya ditala ke arah dapur, mengarah. Adibah di sebelahnya dah menjelirkan lidah sambil merungut laju tak puas hati. Namun kakinya tetap diatur menuju ke dapur.

“Hisashiburi!” Shuichi membuat gaya seperti nak memeluk gadis itu.

Hana ketawa kecil sambil mengeluarkan bunyi seperti kucing sedang mengeram dari kerongkongnya, sebagai amaran. Secara automatik lelaki Jepun itu mengundur beberapa tapak sambil menyebut,

“Kowai...”

“Walaupun saya tak faham apa awak merepek, tapi saya tetap rasa happy tengok awak Shuichi! Ya Allah, lama gila kita tak jumpa. Ha! Jannah kahwin awak tak datang pun kan? Sampainya hati.” Matanya yang sedia besar dibesarkan lagi demi nak menakutkan Shuichi. (*Kowai= Takutnya)

Lelaki Jepun itu menarik sengih separuh takut. “Awak tahukan saya pernah suka dia dulu? Saya tak berdaya nak tengok dia jadi milik orang lain.” Ujar Shuichi dengan wajah dirundun sedih. Hana menelan air liur yang terasa kelat. Ha...?

“Serius ke? Ya Allah.. Sori Shuichi, saya tak tahu.” Hana memperlahankan suaranya bertanya penuh simpati. Wajah terluka lelaki Jepun itu ditenung lama-lama. Tiba-tiba segaris senyuman menghiasi bibir Shuichi.

“Taklah saya tipu je. Awak ni tak ubah langsung la Hana. Senang je kena troll. Saya tak dapat datang sebab saya sibuk. Hontou ni isogashikatta dayo. Gomen ne. Ni baru balik perform dengan Arashii.” Shuichi menarik bangku dan duduk. Dia kemudian menarik bangku di sebelahnya dan menepuk bangku itu, menyuruh Hana duduk. (*Hontou ni isogashikatta dayo= Saya sangat sibuk; Gomen ne= Sori)

Gadis itu menarik kerut. Namun dia tetap duduk juga di atas bangku bersebelahan dengan lelaki itu. “Awak ni tak kelakar tau buat lawak bangang macam tu. Hm, tahu, awak dah cerita dah pasal konsert Arashii dan betapa awak dihargai oleh si Matsumoto Jun tu. Tak perlu buat siaran ulangan please. By the way, mana t-shirt yang dah disain abang Jun saya?” Hana menghulurkan tangan kanannya, meminta.

“T-shirt elek. Topi ada. Nah.” Lelaki Jepun itu mengeluarkan sebuah topi berwarna light pink dari beg sandangnya dan diberi kepada Hana. Mulut Hana ternganga luas. Matanya tak berkelip melihat tanda tangan Matsumoto Jun pada topi itu.

“Apa ni Shuichi?” Hana menunjuk ke arah segaris tulisan Jepun di bawah sain hero Jepun kegemarannya itu. Kanji agaknya.

“Saya cerita kat dia pasal awak. Gambar awak pun saya tunjuk, macam yang awak paksa saya. And surprisingly, he liked you. So weird! Kat topi tu dia tulis confession dia.” Jelas lelaki Jepun itu selamba menyatakan rasa pelik dan takjubnya dengan respon penyanyi/pelakon ternama Jepun itu.

Mulut Hana nyaris menyembah bumi. “C-Confession? Dari Matsumoto Jun?”

“Takdalah, saya tulis sendiri.” Balas Shuichi pendek serta-merta mengubah riak wajah yang dipamer gadis itu. “What...” Kedengaran suaranya bergetar hebat. Dada Hana turun naik.

 “Just kidding.” Tawa Shuichi pecah menggila.

Hana menggigit bibir bawah, satu habit apabila berasa sakit hati. “Awak Shuichi, jangan sampai saya red-flag awak dari masuk kedai ni.” Ugut Hana sambil jarinya mengetuk meja kaunter, mengalun lagu yang tiada irama.

“Okey okey sori. But he really did write that. It says literally, you’re pretty, he likes you and want to meet you someday, lebih kurang macam tu la.” Ujar Shuichi sebelum memesan segelas jus epal. Dak Den angguk faham dan terus mengambil sebiji epal untuk diblend.

“Awak jangan nak kelentong lagi he.” Hana meluruskan jari telunjuknya ke hidung Shuichi.

“Betul la saya cakap Hana. Dia cakap awak cantik, dia suka tengok awak dan harap dapat jumpa awak. So nasihat saya, better awak hafal lagu-lagu band dia. At least kalau dia mencarut Bahasa Jepun dengan awak nanti, awak boleh balas guna lirik lagu-lagu dia.”

“Banyaklah cekadak awak. Nanti dia ingat saya ni perempuan bimbo. Tak nak aku.” Jeling Hana sambil menyilang kaki. Idea tak bernas langsung. Tak boleh pakai punya Shuichi.

 “Perempuan bimbo? Adeh.” Lelaki Jepun itu ketawa mengekeh sambil memegang perutnya yang dah terasa senak dek asyik ketawa tak henti dari tadi.

“Anyway thanks for this. Domou arigatou.” Ucap Hana lembut. Sebangang-bangang mamat ni, sekurang-kurangnya dia dapatkan juga sain Matsumoto Jun tu. Terus kedua tangan dirapatkan ke pusat dan tubuhnya dicondong sedikit, meniru budaya sopan orang Jepun.

“Hehei~ Someone’s been learning Jap.” Shuichi mengenyitkan sebelah mata. Rasa gembira melonjak-lonjak di dada bila dengar bibir gadis itu menyebut bahasa ibundanya.

Japanese really fits her like a key.

Senyuman terlebih gula tertampal di wajahnya. “Well, zaman sekarang ni kita kena jadi multi-lingual kinda person.” Hana menepuk dada, mula nak membongkak. “Oh please. Setakat cakap terima kasih dalam Bahasa Jepun, anak kucing saya pun boleh.” Shuichi sempat melempar segaris senyuman kepada Dak Den yang menghulurkan jus epalnya.

“Oh really? Macam mana anak kucing awak cakap Jepun?” Hana memeluk tubuh. Nak mengenakan aku tak beragak dia ni. “Dia cakaplah. Domeoww... Arigatoeowwww...” Lelaki Jepun itu mengajuk cara anak kucingnya. Siap kedua tangannya dijilat seperti kucing sedang menjilat kakinya.

“Eww!” Rasa loya tekak tengok mamat ni selamba jilat jari. Serta-merta keningnya bercantum. Jijik sungguh.

“What? I washed my hand.” Shuichi membela diri sambil menayang kedua tangannya ke udara. “Bila? Semalam?” Hana membuntangkan mata.

“Nope. Kelmarin.” Selamba lelaki itu balas.

“You’re gross.” Bahu Shuichi dipukul dengan coaster.

Lelaki Jepun itu ketawa besar. “God I miss you. I miss your weirdly charming dim-witty attitude.” Ucap Shuichi ikhlas sambil anak matanya meratah segenap wajah gadis itu. Hana bangun dan mencapai dua batang straw sebelum dicucuk ke dalam mulutnya, memimik walrus.

“Still miss me?” Tanya gadis itu di sebalik straw dalam mulutnya.

Shuichi tergelak bagai nak gila sambil menepuk-nepuk pehanya. “Seriously, Hana, you’re like the most bangang girl I’ve ever encountered. Dalam banyak-banyak perempuan saya kenal, you’re the best. I love you most. Paling bangang. Top of the list. Bangga tak?” Soal lelaki itu masih lagi ketawa.

Hana pasang muka sakit hati. Dah kata aku bangang lepas tu I love you pulak. Lepas tu tanya aku bangga tak. Serius?

“Hei I’m not like any other girls okey.” Tegas Hana. Dia dah maklum sangat dengan perangai kaki perempuan mamat Jepun ni. Dia ingat perempuan ni stokin agaknya. Dah pakai buang terus. Stokin Angry Bird aku yang dah koyak rabak tu pun aku masih simpan, masih pakai lagi tau.

“Of course you’re not. You’re Daim’s.”

Tersentak Hana mendengarnya. Suasana terus berubah canggung. Shuichi membaca perubahan pada wajah gadis itu. “Hana, you alright?” Tanya dia tiba-tiba. Hana menjeling. Cuba diusir jauh-jauh gelora perasaan yang mula menjalar ke seluruh tubuhnya saat nama Daim disebut.

 “Dekat setengah jam kita berborak, baru nak tanya khabar?” Soalnya sarkastik. “Hana, you know what I mean. Are you okey?” Shuichi menekan perkataan ‘okey’. Mulut Hana terbuka sedikit, dapat menangkap maksud lelaki itu. Perlahan bibirnya membentuk senyum pahit.

“I’m fine. Don’t worry.” Angguknya cuba menyakinkan Shuichi.

“Has he replied to any of your messages?” Shuichi merapatkan kepalanya, merenung wajah jelita Hana. Makin lama makin cantik perempuan ni. Tapi malangnya, kecantikan wajahnya tak mampu membayangi perit derita yang membebani jiwa gadis itu.

Hana menggeleng kepala.

“Takpa. Saya tahu dia, Shuichi. Saya kenal dia. Saya tahu dia rasa apa yang saya rasa.” Ujar Hana perit. “Hana, saya nak confirmkan something, boleh?” Shuichi memandang anak mata gadis itu.

“Apa dia?”

“Saya dengar awak terima proposal Khasyi.”

Hana menarik nafas dalam-dalam. Wajah bimbang Shuichi dipandang sekilas. “A’ah. Masa wedding Jannah, dia proposed. Dia janji dia akan jaga saya selagi dia  masih bernafas, so saya setuju. Plus, he’s crazy about me. Bonus huh?” Hana menarik senyum nipis.

“But do you love him?”

Hana seolah terpana mendengar pertanyaan lelaki Jepun itu. Soalan Shuichi dibiarkan hening berlalu. “Hana, do you love him? Do you love Khasyi?” Shuichi mengulangi pertanyaannya tadi. Hana merapatkan kedua bibirnya. Lidahnya kelu. Sungguh, dia tiada jawapan untuk soalan itu.

“I made rice cupcakes. Want some?” Hana terus bangun dan menuju ke dapur. Dibiarkan pertanyaan Shuichi tergantung tanpa jawapan. Lelaki itu melepaskan satu keluhan berat. Jus epalnya diteguk perlahan. Fikirannya terus melayang pada sepupunya yang seorang itu.

Daim, macam mana kau sekarang?

-

Fillet ikan salmon baru saja dipotong kecil apabila kedengaran suara seorang wanita  menjerit ketakutan di bahagian dalam restoran. Tanpa berlengah, dia terus berlari ke arah wanita tersebut yang sudah pun dikelilingi orang ramai. Matanya segera menangkap seorang lelaki Kaukasia yang berusia dalam lingkungan lewat 60-an terlantar di atas lantai restoran.

“What happened?” Tanya dia sambil memeriksa nadi di pergelangan tangan lelaki tersebut. “I.. I don’t know. He was fine. All of a sudden.. He.. He collapsed. Please.. Please.. I don’t know what to do.. Please..” Wanita itu menangis teresak-esak.

“How long has he been collapsed?” Dia bertanya lagi.

“I don’t know. Three minutes, four maybe.” Balas wanita itu masih lagi dalam keadaan ketakutan. Tangannya terketar-ketar memegang lengan suaminya yang pengsan tidak sedarkan diri.

“Someone please call an ambulance!” Jerit salah seorang pelanggan di situ.

“Does he or any of his family members have heart problems?” Dia bertanya sambil memeriksa nafas lelaki yang terbaring itu dengan merapatkan telinga pada dada lelaki tersebut sambil menjentik dadanya beberapa kali. Wanita itu menggeleng kepala.

“No, he’s fine. He’s... He’s alright. He’s..” Balasnya dalam tangisan.

“Well, his heart is beating but he’s not breathing. Both of his lungs are shrinking. It’s emphysema.” Dia segera meraba kocek baju dan seluarnya sebelum mengeluarkan sebuah pisau lipat.

“Emphy what? What.. What do you mean?” Bulat mata wanita itu memandang pisau lipat di tangannya. “Give me that liquor. And the straws. Hurry!” Pinta dia sambil menunjuk ke arah sebotol arak bourbon dan beberapa batang straw tebal yang terletak di atas meja tidak jauh dari tempat kejadian.

Seorang pelanggan restoran segera menghulurkan botol wain itu kepadanya. Sesaat kemudian, dia membasahkan pisau lipatnya dan straw dengan alkohol tersebut.

“W-What the hell are you doing?” Tanya wanita itu mulai gentar apabila melihat lelaki berjambang nipis di hadapannya itu sedang duduk di atas abdomen suaminya sambil menyuruh dua orang lelaki bertubuh besar supaya memegang kejap dan menekan kedua tangan suaminya ke lantai.

“Stop it! You’re hurting him!” Tengking wanita itu, semakin panik.

“Can someone take her away?” Pinta lelaki itu. Matanya kejap pada mangsa.

“No! Let go of me!” Jerit wanita itu sambil meronta-ronta untuk dilepaskan.

“Relax Ma’am. I’m a doctor. I’m trying to save your husband’s life. There’s no time. Do you want to save your husband?” Tanyanya sambil merenung tajam anak mata wanita itu.

“Do you?” Dia bertanya lagi. Kali ni lebih tegas nadanya.

“Yes. Yes! Save him please.” Wanita itu mengangguk beberapa kali.

 “Figured. Guys, I need you to hold him down. He’s gonna scream and shove everything away. We don’t want that to happen, do we?” Pesan dia keras seperti sudah dapat menjangkakan reaksi lelaki yang tidak sedarkan diri itu. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum membaca Basmallah perlahan. Tanpa berlengah, pisau lipat ditangannya ditusuk ke bahagian tulang rusuk kiri lelaki tersebut. Kelihatan darah mengalir keluar dari celah luka tusukan pisaunya.

Lelaki itu mengerang dan meronta kesakitan. Kalau bukan kerana dia menekan abdomen lelaki itu dengan berat tubuhnya sementara dua orang lelaki lain memegang erat tangan lelaki tersebut, memang dah ramai orang jadi mangsa rontaan ganasnya. Mahu ada yang terpelanting terkena tendangan lelaki itu.

“Pin him down. Put some force on him. This is going to hurt him more.” Dia memasukkan sebatang straw ke dalam lubang luka pisau lipatnya tadi sebelum merapatkan jarinya ke hujung straw tersebut. Terasa udara keluar dari straw berkenaan.

Dia mengangguk lega. “I’m gonna do the same thing to his other side. Hold him tighter.” Arahnya sambil menusukkan pisau lipat ke bahagian rusuk kanan lelaki itu pula sebelum satu straw lain dicucuk ke dalam luka tersebut. Selepas itu, dia menekan dada lelaki itu ke atas sebelum melakukan CPR.

Beberapa saat kemudian, lelaki itu kembali bernafas sungguh pun tercungap-cungap. Dadanya mula naik dan turun, menandakan bahawa paru-parunya dah kembali berfungsi. Lelaki berusia 60-an itu perlahan-lahan membuka matanya dan melilau memandang orang ramai yang sedang mengerumuninya beberapa meter jauh.

“Sir, look at me, look at me. How many digits I’m wearing now?” Dia menepuk pipi lelaki itu, mahu menarik perhatiannya sambil menayang lima jari. Lelaki itu membuka tutup matanya.

“How many fingers, sir?” Dia mengulangi soalannya.

“Five.. High five..” Balas lelaki itu lemah.

Dia mencalit segaris senyuman di wajah. “Good. Very good. Now, can you tell  me your name sir? What’s your name?” Dia bertanya lagi. “Lucas. Lucas Roe.” Balas lelaki itu, semakin jelas percakapannya.

Dia menganguk gembira. “Brilliant. Okey Lucas, your lungs shrunk but no worries, they’re back to their normal size again. Your brain’s looking great, your heart beat’s stabil, breathing’s fine. You’re gonna be okey.” Ujarnya yakin sambil memeriksa nadi di pergelangan tangan lelaki itu.

“The medics are on their way.” Maklum salah seorang pelayan restoran berkenaan. Dia mengangguk sambil mencalit senyuman nipis di wajahnya. “Damn you Lucas! You scared me to death. Oh God.” Rintih wanita itu sejurus mencium serata wajah suaminya berkali-kali.

“I.. can’t.. breathe..”

Terus wanita itu kaget. Dia berhenti mencium suaminya yang sedang mengerang sakit. “Did I hurt you honey?” Tanyanya penuh risau. Suaminya mengangguk lemah sambil jari telunjuk ditala ke arah kaki isterinya yang sedang menekan lengannya di atas lantai.

“Your... knees.”

Wanita itu terus memandang lututnya.

“Oh my God! I’m so sorry. I didn’t mean. Are.. are you okey?” Dibelek lengan suaminya yang sudah merah dihimpit dengan lututnya tadi. Suaminya sekadar mengangguk sekali sambil menahan sakit yang masih terasa.

“Well the medics are here. Ma’am, I’m gonna go and have a word with them. You take care of him yes?” Dia tersenyum melihat telatah pasangan berusia itu sambil bangun mahu meminta diri.

Wanita itu turut bangun. “Wait. I just want to say thank you so much. You saved my husband’s life. I owe you the world! Is there anything, just anything I can do for you sweetheart?” Ucap wanita itu lembut sambil memegang erat tangannya.

“No no please, it’s okey. I’m just glad I could helped.” Balasnya sopan.

“Well at least, tell me your name doctor. I want my family to know who’s their daddy’s hero. It’s the least I could do for you dear. Repects and prayers.” Pinta wanita tua itu bersungguh-sungguh.

Dia melepaskan satu keluhan berat sebelum mengoyak senyuman nipis.

 “Daim. My name’s Daim.”

-

Makcik Mia memerhatikan langkah kemas yang diatur anaknya. “Macam mana dengan suami perempuan tu Daim?” Tanya makcik Mia sebaik saja Daim tiba di sebelahnya.

“Insya Allah okey. Daim dah explained kat paramedics. Lelaki tu perlukan rawatan susulan je lepas ni.” Daim menarik kerusi dan duduk. Garfu yang ditinggalkan tadi diambil dan secubit fillet ikan salmon disuap ke dalam mulut.

Makcik Mia tergamam melihat tingkah selamba anaknya itu. Macam mana dia boleh mampu makan lepas apa yang dah jadi? “Daim.” Panggil makcik Mia. Daim mendongak. Matanya redup menjamah wajah uzur uminya.

“Kenapa umi?”

Lama wajah anaknya itu ditatap sebelum akhirnya dia mengangguk. “Tak ada apalah Daim. Makan nak.” Makcik Mia mengukir senyum senang apabila Daim kembali menjamu selera.

“Umi pun makanlah. Dah sejuk ke ikan tu umi? Nak Daim panggil orang minta panaskan?” Bibirnya dijuih ke arah pinggan uminya yang seperti tidak berusik. “Eh tak payah. Tak sejuk pun. Ni umi nak makanlah ni.” Makcik Mia mengangguk, memberi kepastian.

“Betul ni?” Daim menjungkit sebelah kening.

Uminya mengangguk lagi.

“Oh ya, malam tadi Yuki ada telefon rumah. Dia kata dia called Daim banyak kali tak dapat.” Cerita makcik Mia, baru teringat pesanan gadis Jepun itu. Daim meneguk air masak sebelum berkata,

“Busy umi. On-call. Bas sekolah masuk gaung. ER tak menang tangan.”

Makcik Mia terangguk-angguk. “Umi nampak dalam berita. Ramai cedera Daim?” Tanya uminya dengan nada risau. “Dua budak sekolah mati, separuh cedera parah, the rest minor injury.” Balasnya. Makcik Mia mengucap panjang.

 “Yuki nak apa umi?” Daim bertanya mendatar.

“Oh ya. Dia kata Daim dah janji nak teman dia tengok wayang, then dinner sama. Betul ke?” Makcik Mia memandang wajah tidak beriak anaknya itu. “Teman dia betul la. Tapi dia tak cakap pun nak tengok wayang ke dinner ke apa.” Ujar Daim malas. Sesekali wajahnya berkerut sedikit. Pelik dengan sikap gadis Jepun itu. Tiga tahun bukannya sekejap. Tapi kecekalan dia dalam mengejar cinta Daim, luar biasa.

“So, Daim tak nak return call dia balik?” Makcik Mia menyoal lembut.

Lelaki itu menggeleng selamba. “Daim.” Uminya menegur. “Tengok wayang dengan dinner je pun umi. Selagi tak melibatkan hidup dan mati, I won’t bother.” Tegas Daim. Tisu yang terlipat kemas di sebelah pinggannya diambil dan dikesat mulut.

“Jangan tutup pintu hati tu Daim.” Ayat yang lahir dari bibir uminya begitu perlahan, begitu lembut, namun terus menusuk hatinya, seperti bayu yang melambai melemahkan benteng batu pantai.

Wajah uminya dipandang lama.

Daim menarik nafas panjang sebelum dilepaskan.

“Daim bayar bil kejap.”

-

Pak Khalid ketawa besar sambil menggeleng kepala melihat telatah anaknya mengusik Hana yang terkial-kial memakai but kuning Phua Chu Kang. “Pakai but je pun. Gaya macam nak pergi berperang. Takpa Hana, take your time. Memang saya book the whole day ni untuk menunggu awak sarung but tu je.” Sakat Khasyi lagi, sengaja nak menambah rasa panik gadis itu.

 Hana mengetip gigi. “Awak yang suruh saya pakai but lepas tu awak nak mengata saya pulak!” Bentak Hana geram. Dia bangun sambil mengendung dua baldi di kedua belah tangannya. Sesekali dia menghayun baldi untuk memukul kaki Khasyi.

Lelaki itu hanya tersenyum bahagia, membiarkan buah hatinya itu menyakatnya sambil matanya menjamah Hana atas bawah. “You look hot.” Pujinya jujur dari hati. Gadis itu berkerut. Terus dipandang dirinya sendiri atas bawah. But Phua Chu Kang, seluar polka dot hitam putih, baju denim lengan panjang dan tudung sarung. Ini definisi hot dia?

Hana menjulingkan mata. Serius ada urat tercabut dalam kepala lelaki ni.

“Dah siap ke belum tu?” Laung Pak Khalid yang dah jalan 7 meter jauh. Hana dan Khasyi membuat tanda bagus sebelum mempercepatkan langkah cuba menyaingi ayah Khasyi.

Setibanya mereka di ladang lembu, yakni sebuah padang yang terbentang luas dan ditumbuhi rumput menghijau, Hana dapat rasakan adrenalin dipam-pam ke seluruh tubuhnya. Rasa teruja memenuhi diri apabila melihat berpuluh-puluh ekor lembu berkeliaran meragut rumput di padang rumput yang luas. Boleh rasa macam kat New Zealand, kalau tak kerana bau tahi lembu yang menusuk hidung.

“Hari ni kita bukan nak bagi lembu makan tau.” Ujar Khasyi sambil menolak pagar kayu dan mempersilakan Hana masuk. A man with manners. Perfect.

 “Eh bukan? Habis tu kita nak buat apa hari ni?” Tanya Hana pelik. Baldi di tangannya diangkat tinggi. Sebulan sekali Khasyi akan bawanya balik kampung, menziarahi ayahanda dan bondanya sambil tolong kerja-kerja menjaga haiwan ternakan Pak Khalid. Lazimnya, rutin mereka ialah beri lembu, kambing dan kuda makan. Tapi kali ni lain pula.

“Perah susu lembu.” Sahut Pak Khalid sambil mengoyak senyum lebar.

Hana membuntangkan mata. “P-Perah susu?” Hilang terus rasa terujanya dan digantikan dengan rasa cemas. Macam-macam dah bermain dalam kepala dan salah satu yang paling menggerunkannya ialah kalau masa tengah perah susu tu tiba-tiba lembu tu bagi flying kick setepek. Adeh. Mahu berkampung kat wad seminggu.

Khasyi yang menyedari perubahan pada wajah gadis itu sekadar ketawa kecil. Biarkan dia cemas. Bukan selalu dapat tengok minah ego tinggi ni goyang. “Cepatlah. Nanti dah tengah hari, panas. Awak tu dahlah tak boleh panas sikit. Ruam satu muka.” Gesa Khasyi sambil berjalan pantas menuju ke kandang lembu yang terletak tidak jauh dari padang rumput seluas mata memandang itu.

Tengah hari apanya. Waktu Dhuha pun tak masuk lagi, tengah hari konon. Ceh. Mahu tak mahu Hana terpaksa juga menggagahkan kakinya melangkah biarpun terasa macam kaki ni kendong anak unta. Ini kali pertama dia nak jejak kaki ke kandang lembu ni.

 “Macam garang je mak lembu tu Khasyi.” Bisik Hana rapat ke sisi lelaki itu sambil menjuih ke arah seekor lembu yang sedang memandang mereka tanpa berkelip. Khasyi menarik sengih.

“Dia rasa tercabar Hana ada kat sini. Sally ni rapat dengan Khasyi.” Ujar Pak Khalid sambil menepuk kepala seekor lembu betina bertompok putih-coklat. Hana ternganga. Sally? Nama nak lagi glamour dari nama aku. Ceh.

Khasyi tersenyum sambil mengusap lembu itu dengan penuh kasih sayang. Dan, seperti mengenali lelaki itu, Sally merapatkan lagi kepalanya, mahu dibelai. Mata Hana terbeliak. Dia dapat rasakan bukan sebarangan hubungan Khasyi dan Sally ni ada.

“Hana, cuba usap dia. She’s very nice.” Lelaki itu mengajar Hana cara mengusap lembu kesayangannya itu dengan betul. Eleh, sama je macam usap kepala kucing kot. Perlahan-lahan Hana mendekatkan tangannya ke kepala Sally, namun apabila jarinya hampir menyentuh kepala lembu itu, Sally berdengus kuat dan mahu menyerang tangan gadis itu.

“Sally!” Khasyi meninggikan sedikit suaranya sambil memberi isyarat kepada Hana supaya berundur. Pak Khalid yang memerhati dari tadi sudah ketawa besar. Kali pertama menyaksikan drama cinta tiga segi antara manusia dan... lembu.

“Bapak dah kata, Sally tu cemburukan kamu Hana.”

Hana menggigit bibir. Apa dosa aku...?

Khasyi menenangkan Sally yang kelihatan marah apabila ditengking lelaki itu tadi. Bahagian sisi kepala Sally diusap lembut sambil dia berbisik sesuatu di telinganya. Beberapa saat kemudian, lembu betina itu beransur tenang dan tidak lagi mengeluarkan bunyi garau.

Hana memandang Khasyi dengan penuh rasa takjub. “You can touch her now. She’s calm. Saya dah pujuk dia.” Ujar lelaki itu sambil memberi ruang kepada Hana untuk mendekati Sally.

“Kalau saya tak nak pegang dia tak boleh ke?” Gadis itu menggaru-garu kepala. Elok-elok si Sally ni vegetarian, ada nanti dia jadi karnivor kang. Tak nak aku jadi mangsa pertama dia.

“Jangan risau. Sally janji dia takkan gigit awak. Come on, touch her.” Khasyi memberi jaminan. Digerakkan tangannya, memujuk Hana supaya mendekati lembu susu itu.

Hana berkerut memandang Sally sebelum pandangannya beralih pada lelaki itu. Sally janji takkan gigit aku? Hana memandang Pak Khalid pula. Orang tua itu menjungkit bahu sambil mendepakan tangan. “Bapak tak campur.” Ujarnya selamba. Hana menjeling geram. Lagi tak boleh pakai Pak Khalid ni.

“Yelah.”

Dengan penuh berhati-hati, Hana mendekati lembu betina itu dan perlahan-lahan tangannya menyentuh ubun-ubun Sally. “See. I told you she’d promised me she wouldn’t hurt you.” Khasyi tersenyum sambil menepuk-nepuk kepala lembu itu.

“Thanks Sal.” Bisik Khasyi ke telinga Sally.

Hana segera melarikan tangannya kembali ke sisi. “Kita nak perah susu Sally ke?” Tanya gadis itu sedikit gerun melihat pandangan Sally yang dah berubah tajam ke arahnya. Sekejapan datang benci si lembu ni. Pak Khalid menggeleng kepala.

“Sally dah pencen. Kita perah susu lembu lain. Moh moh.”

Khasyi menyuruh Hana mengikut ayahnya menuju ke bahagian tengah kandang sementara dia masih lagi bermesra dengan Sally. Gadis itu mencebik. Layan lembu mengalahkan layan perempuan.

“Khasyi memang sayang si Sally tu Hana. Tapi jangan risau, Khasyi lagi sayang Hana dari lembu tu.” Pak Khalid seperti dapat membaca apa yang bermain di fikirannya. Pecah terus tawa Hana sejurus orang tua itu habis berbicara.

“Ni first time Hana rasa tercabar dengan seekor lembu tau bapak.” Hana ketawa lagi. Pak Khalid tergelak sama sambil menarik Hana ke arah seekor lembu putih tompok hitam seperti lembu New Zealand.

“Nama dia ni Ruby.” Pak Khalid memperkenalkan Ruby sambil mengusap kepala lembu betina itu. Hana terangguk-angguk. Si Ruby ni nampaklah mesra alam sikit. Tak macam si Sally tu. Bengis semedang. Dah nak monopous agaknya.

Pak Khalid menyuruh Hana masuk ke dalam kandang Ruby. “Nak perah susu lembu ni ada caranya Hana. Mula-mula kena bagi salam. Lepas tu, kita kena rangsang dia dulu.” Ujar orang tua itu, memulakan sesi pengajarannya dengan memberi salam.

“Rangsang?” Hana terperanjat apabila kakinya disondol sesuatu.

Pak Khalid tersenyum sambil menepuk pehanya, menarik perhatian seekor anak lembu. “Ni Tiger. Anak Ruby. Lembu hasilkan susu bila ada rangsangan. Macam manusia juga. Nanti bila Hana dah ada anak nanti baru Hana boleh menyusukan budak. Sekarang tak boleh. Haa budak itulah rangsangan nak hasilkan susu. Macam Ruby, Tiger ni rangsang dia hasilkan susu.”

Naik merona merah wajah Hana mendengar perumpaan orang tua itu. Hei Pak Khalid ni, takda contoh lain ke dia nak bagi. Tak pasal-pasal tangan Hana dah menyilang dada. Segan.

 “So sekarang ni Ruby memang dah ada susu la kan? Dia ada baby ni.” Malu tak malu, kena tolak tepi. Nak belajar tak boleh ada rasa malu. Pak Khalid mengangguk. “Haa Khasyi, ajar Hana macam mana nak perah. Bapak pergi perah lembu lain.” Arah orang tua itu sejurus matanya menangkap kelibat Khasyi yang baru tiba.

“Dah puas berjejak kasih dengan kekasih awal dan akhir awak tu?” Perli Hana sambil mengusap badan Tiger. Matanya melirik wajah Khasyi yang dah bersinar-sinar dengan sengihan kerang busuk dia tu.

Khasyi mengusap dagunya. “Saya dapat sense something la Hana. Apa tu he? Bermula dengan huruf C. Apa tu? Apa tu? Haa, cemburu!” Ejek lelaki itu bersama senyuman puas hati. Hana memimikkan muka. Aku dah agak ni respon dia. Dah agak dah!

“Relax la Hana. Sally hanyalah seekor lembu. Awak Hana kot. Hana. My Hana.” Pujuk Khasyi dengan nada suara yang dilenggokkan. Dondang sayang habis. “Hei saya tak intimidated pun okey dengan dak Sally tu!” Tempelak Hana sakit hati. Tak habis-habis dengan lembu betina tu. Jangan sampai aku tukar diet makanan aku. No beef. Tawa Khasyi meletus.

Wajah merah padam Hana dipandang lama. “Saya tak cakap pun awak rasa intimidated dengan Sally. You said it yourself. Ya Allah, Hana, percayalah, demi awak, saya sanggup akikahkan si Sally tu.” Ujar lelaki itu sambil melekapkan tangan kanannya ke dada.

Ayat nak dramatik habis. Akikah mung. Ingat aku ni budak baru lahir ke apa? Hana mencebik. “Dahlah. Ni si Ruby ni. Macam mana nak perah susu dia? Picit je?” Gadis itu dah bersedia dengan sarung tangan merah jambu sambil buat gaya macam berdoa, ala-ala pakar bedah.

Khasyi tergelak lagi. “Tak payah poyo sangat boleh?” Khasyi berdiri di sebelah kanan Ruby dan Hana di sebelah kiri Ruby. Tiger dibiarkan di hujung kandang, buat hal sendiri. Hana memandang lelaki itu sebelum mengangguk sedia. Sesi berdrama bermula.

“Okey, baldi.” Minta Khasyi sambil menghulurkan tangan seperti sedang meminta pisau bedah, seratus-peratus menghayati wataknya sebagai seorang pakar bedah. Kononnya. Gadis itu menjeling. Tadi mengata orang poyo. Ni dia yang lebih. Siapa yang poyo sekarang?

“Cik missy, baldi please.” Ulang Khasyi. Hana mengangguk sebelum sebuah baldi terus dihulur kepada Khasyi.

Baldi itu diletakkan di bawah ambing susu Ruby. Khasyi mencangkung sebelum mula membersihkan lembu itu dengan air suam. Tuala bersih yang tersangkut di bahunya diambil dan dilap ambing susu dan puting Ruby dengan cermat. Hana sekadar memerhati tanpa kata. Dia terpukau melihat Khasyi melakukan kerja-kerja macam ni. Andaikata Hana tak kenal siapa lelaki ni, memang tak terjangkau dek fikiran yang dia ni sebenarnya seorang doktor. Pakar kanak-kanak pulak tu.

Dengan t-shirt putih lusuh dia, seluar slack koyak rabak macam 20 tahun tak basuh, but Phua Chu Kang dan topi petani. Siapa sangka doktor berkarisma macam Khasyi ni sebenarnya orang kampung saja. Orang kebanyakan juga macam kita. Takda pun nak berlagak bandar, sombong tak tentu pasal. Sangat rendah hati, sangat humble. Melonjak-lonjak rasa hormat pada lelaki itu.

“Okey dah bersih. Ready Hana? Follow my lead.” Khasyi kemudian menggenggam salah satu puting pada ambing susu Ruby dan menariknya ke bawah dengan lembut tapi pegangannya kejap, menekan puting itu. Sesaat kemudian, kelihatan cecair berwarna putih memancut keluar dari puting ke dalam baldi.

Mulut Hana ternganga luas. “Your turn.”

Gadis itu memandang Khasyi sebelum akhirnya dia memberanikan diri mendekatkan tangannya ke puting lembu betina itu. “Firmly squeeze it.” Arah Khasyi sambil mendemonstrasikan kaedah memerah susu lembu dengan betul sekali lagi. Hana menjerit sakan bila susu memancut keluar dari puting yang diperahnya.

“You’re a natural. Good job!” Puji Khasyi sambil menepuk tangan.

“Okey sekarang guna dua tangan. Lagi cepat. Macam ni.” Khasyi mengajar cara memerah dengan menggunakan dua tangan secara bergilir.

 “Okey?” Wajah serius Hana dipandang sekejap.

Gadis itu melepaskan satu keluhan berat. “Hana, perah susu lembu je pun. Bukannya saya suruh awak jawab soalan Kimia.” Khasyi mencekak pinggang. Pandangan mengejek ditala ke wajah gadis itu.

“Memanglah perah susu je pun. Tapi lama kot nak perah sampai penuh baldi.” Rungut Hana sambil lengan kanannya dirapatkan ke dahi, mengesat peluh yang mula mengalir di dahinya.

“Di sinilah kesabaran main peranan cik adik oi. Okey Hana, awak cuba buat. Saya pergi perah susu lembu lain pulak ya. Awak perah tau. Dah habis nanti kita boleh bagi anak-anak lembu minum. Kalau rasa susah, panggil saya. Saya kat situ je.” Lelaki itu menunjuk ke hujung kandang sambil bangkit. Sempat dia mengenyitkan mata sebelum menuju ke arah ayahnya yang sedang memerah susu lembu.

Hampir setengah jam lebih memerah, akhirnya penuh juga baldi kecil itu. Hana mengesat peluh yang semakin banyak berjurai di dahi. Kakinya dah macam nak tercabut dok menyangkung dari tadi. Sekejap dia tukar berat badan atas kaki kanan, sekejap lagi tukar ke kaki kiri. Naik semut-semut kaki ni.

Hana bangun dan membawa baldi yang dipenuhi susu lembu itu menuju ke hujung kandang. Nyaris terlepas baldi dari pegangannya apabila melihat Khasyi sedang seronok menyilang kaki sambil sebelah tangan meneguk susu lembu yang baru diperahnya manakala sebelah tangan lagi memegang mesin pemerah susu.

“Amboi, aku macam nak gila perah susu manually, dia bahagia je guna mesin!” Terjah Hana geram. Tersembur terus susu dari mulut lelaki itu. Khasyi kemudian ketawa terkekeh-kekeh. Wajah menyinga Hana dipandang takut-takut. Kantoi la pulak.

“Nak?” Cawan plastik berisikan susu dihulur kepada gadis itu.

“Tak payah!” Jeling Hana sambil menjegilkan anak matanya.

Lelaki itu ketawa lagi. “Awak patut bersyukur Hana awak dapat perah susu cara manual. Baru timba pengalaman. Bukan semua orang dapat rasa pegang puting lembu tau. Nak nak puting si Ruby. Ratu lembu tu.” Sakat Khasyi cuba nak memujuk.

Hana menjulingkan mata. Tak sampai satu jam dia ada kat sini, naik bengkak telinganya asyik dengar perkataan ‘puting’ semedang. “Dah jangan nak merepek. Nah susu.” Hana meletakkan baldi yang dah penuh dengan susu di hadapan lelaki itu.

“Wah! Hebat hebat hebat. Awak memang terbaik dari ladang. I told you. You’re a natural. Okey saya pun dah kumpul banyak ni. Kita bagi anak-anak lembu minum jom.” Khasyi bangun dan memikul baldi-baldi berisi susu dengan kedua tangannya yang gagah perkasa tu. Untunglah abang sado.

Hana menyediakan botol susu dan Khasyi bertanggungjawab menuang susu ke dalam botol-botol susu tersebut. “Ni saya pun boleh minum.” Ujar Hana sambil mengacah botol susu bersaiz besar itu ke mulutnya.

“Minumlah.” Khasyi terus menolak botol susu itu ke dalam mulut Hana. Tak pasal-pasal gadis itu dah ternyonyot susu lembu dari botol susu. “Baby tua. My baby.” Sakat Khasyi sambil tergelak sakan. Kepala Hana diusap-usapnya.

“Saya bukan Sally okey!” Marah Hana sambil menepis tangan lelaki itu. “Laa tak habis-habis lagi cemburunya.” Khasyi tergelak lagi. “Takda maknanya nak cemburu. Geli lagi ada la!” Balas Hana sambil mengesat puting botol susu dengan kain tuala.

“Awak bawa ni.” Khasyi menghulurkan dua biji botol susu kepada Hana. Gadis itu memerhatikan macam mana lelaki ni nak kendong lagi empat biji botol. 

Khasyi dengan mudahnya mengepit dua biji botol di antara setiap lengannya. Manakala lagi dua dipegang tanpa perlu bersusah-payah. Hana terus tepuk tangan. Kagum habis. Tak payah bawa beg ke troli ke apa. Lelaki ni je dah boleh transform jadi macam-macam.

Anak lembu pertama yang disusukan mereka ialah Doby, anak Sally. “Awak jangan tenyeh botol susu tu kat muka Doby pulak. Dia tak bersalah. Mak dia yang salah.” Khasyi mencekak pinggang, marah. Hana berdesis.

“Bila pulak saya tenyeh kat muka dia?” Hana memancutkan susu lembu ke muka lelaki itu. Ada je point dia nak kenakan aku. Khasyi ketawa besar. “Doby sayang awak.” Ujar lelaki itu apabila Doby kelihatan menyondol mulutnya ke tangan Hana.

“Ke dia lapar? Nak lagi?” Hana mahu menyuap lagi satu botol susu ke dalam mulut Doby namun dihalang Khasyi. “Jangan. Nanti dia obese. Kesian bapak nak kena bawa dia pergi bersenam.”

Hana memandang lelaki itu sambil dahinya berkerut seribu. “Ni susu. Bukannya daging burger.” Bentaknya geram. “Shh! Jangan cakap kuat-kuat. Nanti kecil hati diaorang.” Khasyi merapatkan jari telunjuknya ke bibir.

“Argh! Boleh gila layan awak ni tau!” Hana dah rasa macam nak cekik-cekik batang leher si Khasyi ni. Semedang bergurau. Bilanya dia serius pun Hana tak pasti. Ada ke bawa lembu pergi bersenam sebab obese? Hana menjulingkan mata.

“What? Kita perlu jaga hati dan perasaan diaorang Hana.” Khasyi masih nak meneruskan lawak sarkas dia tu.

“Awak jagalah hati jiwa perasaan diaorang sorang-sorang. Saya nak pergi bagi susu kat anak lembu lain pula. Nak  melayan si Sally dengan anak dia, sampai Isya’ esok pun tak habis!” Gadis itu sempat melayang lirikan tajam sebelum menuju ke ladang lembu dan cuba memanggil anak-anak lembu yang berkeliaran bebas untuk minum susu. Tak sampai lima saat, beberapa ekor anak lembu sudah mengerumuni gadis itu, berebut-berebut mahu minum.

Khasyi yang ikut dari belakang sekadar tersenyum senang. Pandai Hana bawa diri. Bapak suka dia. Mak suka dia. Lembu-lembu ni pun suka dia. Err.. Kecuali Sally la.

-

“You wanna see me?” Daim menutup pintu bilik Dr. Allen, ketua bedah di hospital Marry Queen tempat dia bekerja. “Yes, have a seat please.” Dr. Allen mendongak dari pembacaan sebelum menutup bukunya dan dengan sopan meminta Daim duduk.

 “You okey Chief? How’s your..” Daim menggerakkan jari telunjuknya ke arah dada ketuanya itu.

“Great. Thanks to you I feel like 40s.” Balas Dr. Allen mengundang tawa Daim. “Well you can’t hide the grey hair Chief.” Ujar lelaki itu sambil menjungkit sebelah kening.

“That I can’t.” Angguk ketua bedah itu sambil tergelak sama.

Daim memandang raut tua Dr. Allen. “So why I am here?”

“Well, Daim, how long have you been here?” Dr. Allen memulakan bicara. Daim mengerutkan dahi. Aik, lain macam je bunyi orang tua ni. “2, 3 years, more or less. Why? Are you trying to sack me Chief?” Daim memeluk tubuh. Nadanya berbaur gurauan.

Dr. Allen menggeleng laju. “Of course not. Why would I sack someone who saved my life?” “Right.” Daim menjungkit sebelah kening. Kedua lengannya direhatkan atas meja.

“But..”

“I hate ‘But’.” Daim menyandar pada kerusi.

“I’m afraid I have bad news for you.” Ujar Dr. Allen dengan wajah sugul. “What do you mean?” Daim berkerut memandang ketuanya itu.

“Mrs. Takahashi called me.” Satu nama itu sudah cukup buat darah Daim menggelegak. Obāsan! “What?” Hampir saja suaranya mencecah langit. “Calm down Daim. I’m not through yet.” Dr. Allen menyuruh lelaki itu kembali duduk.

“How did she know I’m here?” Daim bertanya keras.

“I don’t know. She called and asked about you. She wanted you back home, in Japan. There’s preparation going on. She said something about Yuki and a wedding.”

Terasa seluruh tubuhnya bagai digenjat arus elektrik. Daim memegang hand rest pada kerusi, cuba mengawal perasaan yang kian mendidih. “I’m sorry, did you just say.. Wedding? With Yuki?”

“Yes, if I hadn’t heard it wrong. And she’ll send her men to bring you home. They’ll be here by next Friday. I’m sorry Daim. I tried to talk to her. But she wouldn’t listen. Well, now I know where you got your stubbornness. It's coded in your genes.”

Daim menyandar pada kerusi. “She’s crazy I tell you.”

Dr. Allen tergelak kecil. “So, what are you gonna do? Stay here or listen to your gram? Back to Japan?” Tanya doktor itu.

“Oh I’m not going anywhere Allen. You tell her that if she calls you.” Tegas Daim. Kepalanya digeleng beberapa kali.

“How about going back to Malaysia? It’s your home afterall, Daim. Besides, I have good friends who really need your expertise there.”

Daim memandang lelaki tua itu lama. Malaysia? Satu perasaan menyenangkan mula menyelinap masuk ke dalam sanubarinya. Sudah lama dia tidak merasa perasaan ini. Sudah lama dia mengunci perasaan ini daripada bermukim di jiwa. Perlahan-lahan, Daim mula terbayang raut wajah yang satu. Wajah yang setiap hari menghantui mimpinya, meruntun setiap hela nafasnya, mencuri setiap detik nadinya.

“You really do wanna sack me aren’t you Allen?”

Ketua bedah itu sekadar ketawa kecil. “You got me.”

-

Makcik Mia tidak mampu menahan rasa gembira yang sudah menapak di dada. “Betul ke Daim?” Tanya makcik Mia tak percaya. Ditenung wajah anak lelakinya itu dalam-dalam sambil tangannya memegang erat pipi Daim.

“Betul umi. Daim dapat post baru kat KL. Diaorang kurang kakitangan. Pakar bedah jantung pun takda. So Allen minta Daim pergi situ. He won’t take a no for an answer. That old git.” Angguk lelaki itu sebelum mengerutkan dahi. 

Makcik Mia terus menarik anaknya ke dalam pelukan. Sesekali bibirnya mengucup pelipis Daim. “Akhirnya, umi dapat balik Malaysia. Alhamdulillah. Ya Allah syukur pada Allah. Alhamdulillah. Terima kasih nak.”

Daim mengemaskan pelukannya. “Terima kasih umi, sebab bertahan dengan Daim selama ni.” Bisiknya lembut. Makcik Mia menarik senyum. “Emak mana yang sanggup tengok anak dia derita Daim?”

Daim turut tersenyum. Tangan tua wanita itu dibawa ke bibir. “Oh ya, lupa nak beritahu. Sebelum kita balik Malaysia, Khasyi ingat nak bawa umi jalan-jalan. Holiday. Nak?” Daim kembali duduk di sebelah uminya sambil menggenggam tangan makcik Mia erat.

“Pergi mana?”

-

“Apa? Paris?”

Terbuntang anak mata Khasyi mendengarnya. “Saya cakap Perak ke tadi?” Balas Hana dengan muka tak bersalah. Wajah terkejut lelaki itu dipandang sekilas. Pak Khalid dan mak Julai saling berpandangan. Bujang Lapuk yang tersiar di layar tv seperti bisu dek suasana tegang yang mula merangkak di antara anaknya dan gadis itu.

“Paris as in France?” Soal Khasyi masih lagi dalam keadaan terkejut.

“Taklah. Paris as in Nepal.” Hana menjulingkan mata ke atas. Aku yang bebal Geografi ni pun tahu Paris kat Perancis. “I’m serious Hana. Buat apa pergi sana?” Tumpuan Khasyi sudah lama meninggalkan P.Ramlee dalam Bujang Lapuk.

“Teman Jannah. Dia present paper dia kat sana.” Ujar Hana selamba. Beberapa batang keropok lekor disumbat ke dalam mulut. “Habis Mad Lab macam mana?” Khasyi terus menyoal. “Mika ada, Dak Den ada, Abdul ada, Roni ada, Adibah si sengal tu pun ada.” Sebut gadis itu sambil mengira jarinya sehingga cukup lima.

“How long?”

“Dua minggu.” Jawab Hana.

“Dua— Lamanya Hana. Mana ada orang present paper sampai 2 minggu?” Bentak Khasyi mula tinggi sedikit nada suaranya. Namun masih lagi kedengaran lembut. Hana menggigit bibir bawah.

 “Err...Seminggu present paper, lagi seminggu tu... holiday.” Balasnya rendah. Khasyi menjulingkan mata. Minah ni, berjalan nombor satu.

“So wedding kita?”

Hana terasa seperti ada batu kerikil di tekaknya. Terus keropok lekor ditolak tepi. “Wedding? Kenapa dengan wedding?” Tanya Hana sambil mencuri pandang pak Khalid dan mak Julai yang kelihatan leka menonton tv.

“Boleh kita bincang pasal wedding kita sebelum awak pergi melancong?” Khasyi bertanya lembut. Dia juga mencuri pandang ke arah bapak dan ibunya. Tak mahu perbualan mereka didengari.

“Apa kata kita bincang selepas saya pergi melancong? Okey?” Hana memejam-celikkan matanya, cuba nak mencairkan hati lelaki itu. Lama Khasyi merenung wajah Hana tanpa berkata apa-apa.

“Khasyi.” Panggil Hana, mula risau dengan kekurangan respon dari lelaki itu.

“Hana, kita cakap kat luar jom.” Khasyi bangun sambil menggerakkan kepalanya ke kanan, menyuruh gadis itu mengikutnya ke luar rumah. Hana menggigit bibir bawah. Rasa cemas mula menyelubungi dirinya. Tak pernah-pernah lelaki ni serius macam ni.

Belakang tubuh Khasyi dipandang lama. Lelaki itu masih belum berkata apa-apa sejak mereka berdua sudah berada di luar rumah, berjalan menuju ke ladang lembu.

“Khasyi, kenapa?” Hana bertanya apabila mereka tiba di ladang.

Lelaki itu mula duduk beralaskan rumput. Hana memerhatikannya untuk beberapa saat sebelum  mengambil tempat di sebelah Khasyi sambil memeluk kedua kakinya.

“Saya suka permandangan kampung. Tenang, damai, nyaman. Tak dapat rasa macam ni kat KL.” Ujar Hana, memulakan perbualan. Tak sanggup rasa kekok lama-lama. Tiga tahun kenal lelaki ni, tak pernah sekalipun dia buat Hana rasa kekok. Tapi kali ni, lain pula.
“Hana, masa awak terima lamaran saya, apa terlintas dalam kepala awak?” Tanya lelaki itu sambil menebar pandangan ke dada langit. Hana mengikut pandangan Khasyi. Matanya turut menikmati gugusan awan putih yang terapung berenang di langit biru.

Apa terlintas dalam kepala aku?

Bau hutan. Bau peluh. Bau buku lama. Bau Aftershave dia. Bau Daim.

“Habislah zaman keemasan saya.” Balas Hana dengan nada kecewa. Khasyi menjelingnya sebelum menarik senyum nipis. “That should be my thought though. No, seriously, Hana. What was in your mind when you said yes?” Lelaki itu mengulangi pertanyaannya.

“Habislah zaman keemasan saya.” Hana mengulangi jawapannya.

“Sebab tu ke awak mengelak dari bincang pasal kahwin?” Khasyi memusingkan tubuhnya menghadap gadis itu. Hana terkesima. “Mana ada saya mengelak Khasyi.” Ujar Hana lemah.

“It’s been 6 months. Mak dah tanya berapa lama awak nak ikat? Hana, saya bukan nak rush awak. I just want to hear your words, you want to take part in this. Or else, it’d feel as though I’m the only one who’s crazy enough to get married.”

Hana membalas renungan lelaki itu. Kata-katanya tidak disertai radang atau tengkingan. Sebaliknya, penuh kelembutan, namun cukup membuatkan hati Hana dirundung rasa bersalah yang menikam dada.

“Khasyi, saya janji, balik je dari Paris, kita terus set date. Okey?” Pandangan Hana tulus. Lama mereka bertentang mata sebelum lelaki itu mengalihkan pandangan ke tanah rumput terbentang luas di hadapan mereka.

“Jangan buat janji yang awak tahu awak tak mampu kotakan.”

Hana tergamam. Bulat matanya memandang lelaki itu. “Khasyi..”

“Okey, bila awak balik dari Paris nanti kita bincang. Dah jom balik. Suntuk dah ni.” Khasyi bangun dan mengibas punggungnya yang terlekat beberapa helai dedaun rumput.

Hana melepaskan nafas yang ditahan sejak tadi.

Jangan buat janji yang awak tahu awak tak mampu kotakan.

Maafkan aku... Khasyi.


---

Rosebud says:

Assalamualaikum! Rasa mcm 8 tahun tak tulis blog. Hahaha. poyo. Alhamdulillah, finally ada pun masa nak upload. Saya dah tulis bab ni dah lama da. Masa je mencemburui. Hope korang enjoy every bit of it although Daim-Hana part still hasn't showed up. Well, tak tahu lagi siapa end up dengan siapa kan? I maybe end up killing one of the characters, who knows. >< Anyway terima kasih atas kesabaran, kesetiaan, doa dan sokongan kalian. Allah will pay your kindness insya Allah. :) Doakan cerita tak seberapa ni dapat dipublish one day ya insya Allah, dibukukan dan dipasarkan di MPH ke kan. angan-angan nak melangit.huhu. Setiap kejayaan bermula dengan angan-angan (Rosebud, 2014). Doakan saya dan rakan2 dpt hbs master ni dgn jayanya insya Allah.kami di sem akhir ni. As usual, SILA KOMEN, chapter ni tak sedap ke, annoying ke, suam-suam kuku ke, anything, just write your heart out okey? Thanks again korang. You guys are the best. Love every soul who's been reading this. <3 <3 <3


Ni cara2 nak buat cupcake nasi yang Hana buat tu. boleh try. ><



Courtesy of OwhSoMuslim.com

18 comments:

Anonymous said...

Ta sangka hana dah tunang. Emm. Cant wait for the next chap. ������

Anonymous said...

Best.. sy suka. Xsabar nk tau bile Daim jumpa Hana

Anonymous said...

I wish Hana end up with Khasyi. Seriously, even tho Hana-Daim look like match made in heaven, but if there was no jodoh between them then no. Well, Khasyi proves himself after all. 3 years kot. Eh panjang pulak komen hehe thank you writer update. Will patiently wait for next update!
Love. stranger perhaps? xx

Rosebud said...

Thanks guys. I'm having 2nd thought as well. Daim-Hana has been the central romance and while Khasyi's character growing, I'm drowning into his humbleness. (padahal aku yg reka watak ni poyo btol) haha.
Harap korang dpt bagi opinion, bantu Hana dlm buat keputusan terpenting dlm hidup dia.
Khasyi vs. Daim. mana satu yg terbaik?
(nasib baik Akid dah tamat jln ceritanya..klu tak haru. haha)

Afdharini Mohd Ghazali said...

bila nk sambung huhu harap daim ngan hana bukan adik beradik kan.

Anonymous said...

I hope Khasyi character will develop more in the future, as for Daim, move on je lah. Let Khasyi show Hana what she deserve and show her the finer things in life. I think I vote for Khasyi-Hana more than Daim-Hana. Man, they love story has been dragging for a long time. Leggo Khasyi!! Win Hana heart! *big fan of Khasyi here lol*

Anonymous said...

Are you kidding me? khasyi and hana? seriously? Ni novel bukan cerita hidup sebenar korang patut tahu yang ending novel macam mana . Seriously kalau khasyi gan hana aku rasa aku dah buang masa baca -.- I waiting for Hana and Daim ending since start the both of them was the main character how can you change for the ending -.-

#frust

Anonymous said...

Memang watak khasyi humble and bla bla tapi dia watak ketiga bukan watak utama . Buat jer lah khasyi dengan kawan hana ke dengan mak joyah ke bedah ke :p

Anonymous said...

Buat yang kata takde jodoh tuh and 3 years tuh please lah ni novel sayang :* Bukan hidup realiti sebenar :3

De Monster Nana said...

Hope daim dgn hana

#daimhanaforever

Anonymous said...

Hana choice? Ofcourselah daim hehehe :9

Rosebud said...

Take it easy guys. It's not the end yet. But I'm glad to hear your opinions. Ada nk Hana dgn Khasyi, banyak nak Hana dgn Daim. My fren lg best. Depa suruh saya buat watak baru ending nanti kawen dgn Hana. Tak nak aku. Mau mtk maki. Haha. Thanks korang. Saya hargai suggestions n pandangan korg. Teruskan memberi pandangan ok.
Apa2 pun ending crita ni, I hope u guys enjoy reading it. It's only a story afterall. :)

Anonymous said...

Terima kasih akak sebab masih mengupdate blog ni T_T I will be waiting for the next chapter . Mesti Daim bercuti dekat paris then jumpa dengan hana then dorang dapat tahu yang dorang bukan adik beradik then hana rasa bersalah nak putus dengan khasyi tapi lepas tuh khasyi tengok hana dan sedar bahawa perasaan hana hanya untuk daim ,khasyi pun lepas kan dia then hana pun kawen dengan daim. Daim dan hana mendapat cucu 1 billion okei just kidding i wonder how the ending xD But i hope hana dengan Daim :/

Anonymous said...

Akq kalau ikut OPINIONS sayalah,peminat novel akan pilih Daim dengan Hana mungkinlah,,,sebab saya selalu kalau nak beli novel

Muka depan kulit (since kalau muka kulit tak cantik and selebet mana orang nak beli,bukan nak judge a book from the cover but ia akan hilangkan minat seseorang untuk membeli/membacanya ) walaupun ada sesetengah buku yang kulit dia buruk tapi dalam cerita best ,yang kesian dekat penulis lah cerita best tapi orang tak ramai beli . *opinion saya lah*

Sinopsis ( sinopsis pulak kenalah gempak gila ;p baru rasa macam nak beli gila-gila )
Ending dia kalau bukan dengan main character saya terus letak balik buku and cakap "tak best" Ahaha! sebab kalau main character punya cerita dah sampai tengah tiba-tiba masuk orang baru then baru nak start dengan orang ketiga it will be totally horrible -,,,,- selalu orang cakap novel ni ending selalu bahagia sebab tuh mungkin ramai penulis cuba untuk mereka novel yang ending baharu tapi kalau salah buat memang tak laku lah xD *opinion sahaja*

Saya bagitahu jer sebab akq kata akq nak hantar buku ni untuk dipublishkan and ofcourse saya akan terus beli tuhpun kalau ending hana dengan daim :p Tips-tips jerlah ;p Tapi cerita akq ni memang best kalau dipublish mesti laku punya and lagi best kalau ending dia hana gan daim ;p And saya harap akq gan kawan akq akan berjaya menghabiskan master dengan cemerlang haha ;p Goodlucks too novel Aku Bukan Hana Tajima

Anonymous said...

Seriously? I dont care if Hana end up with Daim or Khasyi. It depend on writer's choice. But pls, everyone ada opinion masing2 kot. Tak perlu kot nak pertikaikan pilihan org. Let them be happy with their choices. If you happy dgn Hana-Khasyi, then I have no right to judge you. Maybe they want changes in Hana life and yes I'm aware that this is just a novel. Dari awal dpt agak whatever happen main characters will end up with each other. Maybe they dont want a typical novel. Perhaps? Who knows right. Hey I'm just stating my opinion. Peace, no hate everyone. Take a chill pill okay. Thanks writer.

yanti said...

Alahhhh bila nak sambung lagi?atau tengah tunggu untuk dipublish?

Afdharini Mohd Ghazali said...

sampai dah lupa kisah dia huhuhu lama sgt

Rosebud said...

Salam,sorry semua. Tak sempat nak update. Skg tengah minggu final exam, mana nak buat thesis, mana nak exam. bulan januari pulak ada viva.memang tak dan nak update blog tercenta ni. sori bangat. Insya Allahutaala, settle je semua ni, akanku update sehapdet hapdetnya okey! dun wori. ABHT akan ada endingnya. lmbt atau cpt je. Btw doakan saya & teman2 sukses jwb paper exam n smoga tesis & viva kami dipermudahkan-Nya. jgn lupa doakan mangsa2 banjir juga ya. jazakallahukhair.

Post a Comment