Monday, June 30, 2014

Aku bukan Hana Tajima! 51

Kak Mida tergelak kecil mendengar celoteh Hana tentang pertemuannya dengan Khasyi. Tersilap orang tu memang kelakar habis. “Hana ni sengal la.” Kak Mida menatap wajah ceria gadis itu.

“Akak rasa Hana sengal? Khasyi tu 20 kali ganda kuasa lapan lagi sengal tau kak. Ada ke patut dia buat lawak sarkas pasal panda kat zoo tu. Dia ingat kelakar agaknya.” Balas Hana teringatkan lawak jenaka Khasyi. Luar alam punya jenaka. Kak Mida tersenyum simpul sambil pinggan berisi kuih bakar didekatkan ke arah Hana supaya senang gadis itu nak capai.

“So Hana suka la kat Khasyi tu?” Duga kak Mida masih lagi menayang senyuman manisnya. “Dengan lawak bangang dia tu, siapa la yang sampai hati nak benci dia. Plus, mata dia macam mata Josh Harnett kak. Kuyu, puppy eyes gitu.” Hana rancak membalas. Wajah Khasyi terbayang di kepalanya. Josh Harnett versi dah kena tan.

Kak Mida mengangguk setuju. “Kan Hana kan. Mata dia tu yang paling mengancam. Akak masa kali pertama bertentang mata dengan Khasyi tu, rasa nervous dia mengalahkan masa abang Fizi kau datang merisik tau!” Ujar wanita itu sambil menepuk peha Hana. Gadis itu memandang kak Mida lama.  Kerutan tertampal di dahinya untuk beberapa detik.

“Hana tengok kan, akak ni sejak-sejak dah beranak, boleh tahan gatalnya. Memang normal ke apa orang lepas bersalin perangai tak semegah macam ni?” Hana selamba memerli kak Mida. Terus pecah tawa wanita itu.

Kak Mida memandang ke kiri dan kanan, mahu memastikan line clear. Okey cantik, abang Fizi masih kat dalam bilik, tengah mendodoikan Lulu Jinan.

 “Itulah. Akak pun rasa akak makin miang. Pantang nampak lelaki muka jambu sikit, naik meleleh air liur akak tengok. Hana rasa sebab apa akak dok layan drama Korea setiap hari? Tengoklah hero diaorang. Comel belaka!” Cerita kak Mida separuh berbisik separuh teruja. Tapi nada suaranya lebih menjurus pada teruja.

Hana mengerutkan muka. Hero drama Korea comel belaka? Beto Kusyairy aku lagi comel kacak bergaya kot. Ish ke laut betul la citarasa akak aku sorang ni. “Kesian abang Fizi dapat bini macam akak ni.” Hana menggeleng kepala. Sengaja dia menampal muka kecewa dengan perangai wanita yang amat dia hormati itu. Kak Mida dah jadi serba-salah.

“Eh Na, bukan akak sengaja nak menggatal. Hormon imbalance. Itu yang jadi macam ni. Lagi pun bukannya akak curang ke apa.” Wanita itu cuba mempertahankan diri dan nak menyedapkan hati. Hana menjungkit kedua bahu.

“Hana tak cakap pun akak curang ke apa. Akak yang terasa sendiri.” Katanya selamba sambil menjamah kuih bakar di atas meja. Wajah kak Mida dipandang sekilas.

“Kau ni Na saja kan nak buat akak rasa bersalah. Ish! Yelah yelah. Lepas ni akak stop sehari dari tengok drama Korea.” Akhirnya kak Mida mengalah. Tak tahan tengok muka gadis itu yang seolah menuduhnya berlaku curang.

Ceh setakat sehari. Takpalah, sekurang-kurangnya ada usaha. Sehari bagi kak Mida ni mahu macam setahun setengah. Hana ketawa mengekeh. “Haa macam ni laa baru mama mithali. Baru Lulu Jinan sayang!” Pipi kak Mida dicubit lembut. Wanita itu hanya mampu menjeling geram.

“Macam mana si Khasyi tu boleh jatuh cinta kat kau pun akak tak faham!”

Terus mati tawa gadis itu. Wajah kak Mida dipandang lama. “A-Apa akak cakap tadi?” Tanya Hana sedikit gugup. Sebahagian dirinya mahu mendengar semula apa yang diucapkan kak Mida tadi, namun sebahagian lagi enggan.

“Apa dia? Mana ada akak cakap apa-apa.” Kak Mida mengerutkan dahi sambil bangun menuju ke dapur. Hana ikut dari belakang. Diasak wanita itu dengan soalan yang sama.

“Apa akak cakap tadi kak?” Lengan kak Mida digoyang-goyang, memaksa.

Wanita itu mengeluh sambil memandang Hana. “Akak cakap akak tak faham kenapa akak hidangkan Hana kuih tapi tak hidang air. Pergi duduk depan, akak buatkan Hana air.” Bahu gadis itu dipegang dan kemudian dipusingkan menghadap ruang tamu.

Hana memusingkan kembali tubuhnya menghadap kak Mida. “Akak, baik akak cakap apa akak cakap tadi, kalau tak Hana report kat abang Fizi pasal perangai akak tu.”

Terus jari telunjuk kak Mida naik ke batang hidung Hana.

“Report apa?” Suara abang Fizi menegur. Panjang umur!

Serentak Hana dan kak Mida menoleh. “Abang! Bila sampai? Tak dengar bunyi tapak kaki pun.” Kak Mida menolak Hana ke tepi sebelum berjalan ke arah suaminya, menyambut mesra.

Abang Fizi menjulingkan mata dengar kata-kata isterinya itu. “Ni sampai sentuh bunyi tapak kaki ni, mesti ada udang di sebalik mee. Ha beritahu abang cepat. Apa yang sayang dah buat?” Abang Fizi baru nak naik angin namun bila kak Mida dengan penuh manja memeluk lengannya, terus lenyap rasa nak marah tu.

Abang Fizi tak mampu nak menahan perasaan terus mengucup lembut dahi isterinya. Kak Mida yang baru nak hela nafas lega tergamam bila suaminya mengalihkan pandangan ke arah Hana.

 “Hana nak report apa kat abang?” Persoalan yang sama diulang suami kak Mida. Hana terkebil-kebil sambil matanya melirik pada kak Mida yang dah kalut semacam.

“Takda, kak Mida ni, dia dok push Hana keluar date dengan lelaki lain pulak. Ada ke patut? Dahlah date tu haram. Abang nasihatkan la sikit mama Lulu Jinan ni.” Hana memulakan bakat lakonan yang sudah berkurun dipendamnya. Rahang kak Mida jatuh bergolek. Kepala hotak budak ni..

Abang Fizi memandang pelik isterinya. “Sayang, apa perangai busuk macam tu?” Tegur lelaki itu lembut tapi tegas. Kak Mida hilang kata. Kentot punya budak si Hana ni.

“Mana ada ayang push dia. Ayang tanya je.” Nak tak nak terpaksalah kak Mida ikutkan layar perak si Hana ni. Gadis itu yang di belakangi abang Fizi dah bantai gelak sakan.

Dahi abang Fizi berlipat-lipat. “Laa sayang tanya kenapa pulak? Kan Khasyi dah pun cakap yang dia dah jatuh cin—” Belum pun sempat suaminya menghabiskan ayat, kak Mida pantas menutup mulut suaminya itu.

Hana terkesima.

“Jatuh cinta?” Tanyanya perlahan.

Abang Fizi dan kak Mida menoleh, memandang gadis itu. “Dia main-main je Hana. Khasyi tu kan suka bergurau. Yelah, sebab Hana kan kelakar bengong macam dia jugak. So dia pun cakap dia macam dah jatuh cinta pandang pertama kat Hana. Lepas tu dia gelak. Hana jangan take serious la.” Jelas kak Mida, cuba mahu menerangkan maksud suaminya tadi.

“Apa yang sayang merepek ni? Khasyi tak gu—” Sekali lagi mulut abang Fizi dikatupnya. “Abang, Lulu Jinan menangis tu. Abang pergi check. Please.” Pinta kak Mida separuh merayu. Abang Fizi menambahkan kerutan di dahi.

“Pleasee!” Rayu kak Mida.

Suaminya akhirnya mengalah dan pergi menuju ke bilik. Kak Mida terus menarik Hana duduk di kerusi plastik yang terletak di dapur, satu set dengan meja plastik.

“Hana jangan ambil serius apa Khasyi cakap tu. Dia suka bergurau. Hana jangan rasa terbeban ke apa sampai tak nak jumpa dia lagi.” Nasihat kak Mida bersungguh-sungguh sambil mengusap tangan gadis itu.

Wajah kak Mida Hana pandang pelik. “Akak, bila pulak Hana cakap Hana tak nak jumpa dia lagi. In fact kitaorang dah set perjumpaan yang kedua dah pun tau!” Ujar Hana bersama senyuman bahagia terpatri di bibir.

Wanita itu kelihatan terkejut. “Maksud Hana, second date?”

Hana menggeleng. “No no no. Perjumpaan. Nombor 2.” Dua jarinya ditayang. Kak Mida hilang kata untuk beberapa saat sebelum bertanya pelik. “Bukan date?” “Bukan, sebab kitaorang bukan berdua. Khasyi kata nak bawa orang.” Hana tersengih.

“Habis yang hari tu Hana jumpa dia tu bukan berdua ke? Date la tu.” Kak Mida membesarkan matanya. “Nope. It was a lunch meeting. Bukan date. Dalam kedai makan tu ramai manusia.” Balas Hana tak nak kalah. Kak Mida menjulingkan mata. Sakit hati bertekak dengan budak ni.

 “Ghasak kau la Na. Janji kau bahagia.” Wanita itu dah tak larat nak berdebat dengan bekas pendebat sekolah ni dulu. Dia je nak menang.

 Hana ketawa mengekeh. “Akak ni, relaks la. Jangan risau. Hana bukan jenis cepat melatah. Lagipun Hana enjoy lepak dengan dia. Dan betul la abang Fizi cakap, Khasyi tu memang jaga batas. Jalan 30 cm jauh dari Hana tu.” Tambah gadis itu sambil menayang tiga jari.

“Hebat kau Na sempat ukur?” Usik kak Mida.

Hana menarik muka. “Apa yang tak sempatnya? Hana siap ukur dengan pita pengukur lagi tau. Siap suruh Khasyi pegangkan hujung pita pengukur tu.” Terburai terus tawa kak Mida sejurus mendengar ayat yang keluar dari mulut Hana.

“Hei boleh terkeluar isi perut akak melayan kau ni Na.” Kak Mida menggeleng-geleng kepala sambil menampar lembut lengan gadis itu. “Ni kak, si Khasyi tu kerja apa?” Tanya Hana tiba-tiba. Muka bengong dia tu berubah serius.

Kak Mida memandang Hana pelik. “Dia tak cakap ke dia kerja apa?”

Gadis itu menggelengkan kepala. “Tak, tapi Hana ada hunch yang dia tu cikgu.” Kak Mida mengerutkan muka. “Hunch?” “Instinct. Hana dapat rasakan dia tu cikgu. Cikgu sekolah rendah. Mungkin dia ajar Maths. Cikgu Maths selalunya gila-gila sikit.” Balas Hana seraya teringatkan cikgu Matematiknya dulu, Cikgu Ramli.

Jadahnya dia tu gila-gila. Garang nak mampus ada laa! Soalan pun dia belum tanya, kitaorang dah kena jawab. Muka kitaorang semua dah tampal tanda soal banyak-banyak macam ni, ????, bila dia tanya apa jawapannya. Lepas tu, bila kitaorang tak dapat jawab (sebab soalan pun tak bagi), tak pasal-pasal punggung jadi mangsa penampar rotan. Argh. Memang patut pun satu sekolah menganjing dia Ramli burgerdil. Aduhai, banyak dosa aku kat cikgu tu.

“Dia ada cakap dia nak bawa siapa nanti bila perjumpaan kedua korang tu?” Sengaja kak Mida menekan perkataan ‘perjumpaan’, memerli. Hana menarik senyum sakit hati.

“Tak. Surprise katanya.”

Kak Mida terangguk-angguk. “Na, andaikata Hana dengan Daim betul takda jodoh, akak rasa Khasyi tu boleh jadi lelaki terbaik untuk kau Na. Kahwin je la dengan dia.” Bahu gadis itu dipegang erat. Hana membulatkan matanya yang sedia bulat tu.

“Akak jangan merepek boleh tak? Baru jumpa sekali takkan terus nak ajak kahwin. Kerja gila betul. Kak, dahlah, nak balik. Dah janji dengan Jannah nak jadi spiderman malam ni.” Ujar Hana sambil melirik pada jam di tangannya.

“Spiderman? Tengok wayang ke?” Kak Mida memberi isyarat pada Hana melarang gadis itu daripada mengemas pinggan dan gelas. “Wall climbing. Extreme park.” Balas Hana ringkas. Kak Mida terangguk-angguk.

“Kalaulah akak bukan dalam pantang, dah lama akak join korang berdua.” Kak Mida memandang Hana yang dah berdiri sambil membetulkan tunicnya yang sedikit terangkat.

“Eleh poyo. Kata gayat.” Ejek Hana.

Kak Mida ketawa besar. “Akak join tengok je la korang panjat.” Hana menjulingkan mata. Setakat tengok, apa barang? Tak thrill langsung. Ceh. “Gerak dulu kak. Lulu Jinan tidur kan? Nak cium dia kejap. Jom teman.” Tangan kak Mida ditariknya, memaksa wanita itu mengikutnya ke bilik Lulu Jinan.

“Cium je? Hulurlah sikit.” Sakat kak Mida.

“Amboi, mama Lulu Jinan pulak yang over.” Hana menjegilkan mata sebelum tergelak besar. Kak Mida pun turut sama ketawa. “Ayat akak tak habiskan? Sebenarnya akak nak cakap, ‘Hulurlah sikit kat mama Lulu Jinan’. Betul tak?”

Kak Mida ketawa lagi. “Betul. Sheikh Haikal bagi 5 bintang!”

-

Hana duduk bersila di atas kerusi taman sambil membaca The Bible, The Qur’an and Science, hasil tulisan Dr. Maurice Bucaille yang sudah disimpan di dalam telefon pintarnya sementara menungu kedatangan Khasyi. Menariknya tentang doktor dan saintis yang berasal dari Perancis ni, beliau belajar Bahasa Arab sebab nak mengkaji Al-Qur’an. 

Semuanya bermula apabila beliau dijemput ke Mesir untuk mengkaji mumia seorang firaun yang ditemui dan hasil dapatan kajiannya menunjukkan yang mumia itu mati lemas justeru mengesahkan bahawa dia merupakan firaun pada zaman Nabi Musa (a.s). Beliau berasa pelik kerana para saintis Islam di Mesir tahu bahawa mumia itu ialah firauan yang memerintah pada zaman Nabi Musa (a.s) kerana ianya telah diceritakan Allah Taala dalam Al-Qur’an.

Sebab itulah Dr. Maurice nekad untuk mengkaji Al-Qur’an. Maka terhasillah buku The Bible, The Qur’an and Science, yang membuktikan bahawa tiada percanggahan dalam Al-Qur’an dan kenyataan ini disokong oleh hasil kajian saintifik. Buku ni juga membuktikan bahawa tiada Tuhan selain Tuhan yang satu yakni Allah Taala. Subhanallah. Bukan itu saja, Dr. Maurice ada tulis satu lagi buku, The Origin of Man, yang menyangkal teori Darwin yang menyatakan manusia berasal dari spesis beruk.

Hana tekun membaca sehingga dia tak sedar ada seseorang yang turut sama menumpang baca. “Genesis provides extremely precise genealogical data in Chapters 4, 5, 11, 21 and 25. Whuooo. Berat ni.”

Berlipat lehernya menoleh memandang sumber suara itu. “Khasyi!” Hana terasa nafasnya tersekat di kerongkong. Lelaki ni perangai sama macam Daim. Dua-dua suka muncul tak reti nak beri salam!

“Awak baca apa tu? Macam berat nak stomach je.” Ujar Khasyi sambil merapatkan wajahnya ke telefon gadis itu. Hana memandang Khasyi dengan penuh rasa kagum. Macam mana lelaki ni boleh gabungkan dua bahasa dalam satu ayat dan jadikan ayat tu kedengaran sangat pelik?

“Awak lambat.” Hana menutup fail yang menyimpan buku tulisan Dr. Maurice itu sambil matanya dikecilkan, memandang lelaki itu tajam. Telefonnya disimpan ke dalam beg. Khasyi melirik jam di tangannya.

Sesekali keningnya bergerak-gerak seperti sedang mengira. Hana menahan tawa. Sah dia ni cikgu Matematik. “Okey saya lambat tegur awak 10 minit 38 saat.” Khasyi berkata sambil menayang jamnya ke muka Hana.

Gadis itu menjungkit sebelah kening. Lambat tegur? “Awak sampai dulu dari saya?” Khasyi mengangguk sambil menampal wajah tak bersalah.

“Well, I saw you mistakenly thought a big-belly guy as me. Same mistake again, which is totally fine by the way. Lepas tu, saya nampak awak hampir-hampir nak tergolek masa awak cuba nak ikat tali kasut awak sambil berdiri atas satu kaki, which was incredible anyway. First time saya tengok ada orang mampu ikat tali kasut sambil cuba nak imbangkan badan macam awak buat tadi. Cool habis. Awak ada ambil kelas akrobatik ke yoga or something?”

Rahang Hana jatuh. Terkebil-kebil dia memandang lelaki itu. “You’re joking.” Kata Hana tak percaya. Khasyi menggeleng jujur. “I even saw you picking your nose once while you were reading your hard-to-stomach book tu.” Tambah lelaki itu sambil cuba mengelak bila Hana dah melancarkan satu sepakan ke kaki kanannya.

“Okey itu memang mintak kaki he!” Herdik Hana geram.

Kerja gila aku nak korek hidung tengah-tengah perkarangan zoo ni. Dahlah sini tempat keluarga datang. Ada nanti tak pasal-pasal aku dituduh mencabul hak asasi di tempat awam kerana mengorek hidung tanpa menghiraukan orang lain yang lalu-lalang.

Khasyi ketawa mengekeh. “Mesti sekarang ni dalam kepala awak cuba rewind balik, ada tak awak korek hidung masa baca buku tu tadi kan? Betul tak?” Khasyi bermain dengan keningnya, mengusik.

Hana menjeling geram. Betul kepala hang! “Kalaulah saya tak fikirkan budak-budak yang datang zoo ni nanti kena mental abuse bila saya korek hidung, memang dah lama saya korek hidung lepas tu kesat kat muka awak!”

Pecah lagi tawa lelaki itu. “Awak tak fikir kalau saya korek hidung pulak? I’m known to have giant boogers tau.” Balas Khasyi sengaja menyebut benda menjijikkan. Hana mengalah. Kedua tangannya diangkat ke langit.

“Bab jijik ni awak menang. Tahniah.” Ucap Hana ikhlas.

Khasyi mengoyak senyum terharu. “Terima kasih Hana. Tak sangka awak baik sampai macam ni sekali.” Pujinya sambil menayang wajah terharu campur kagum. Hana menjulingkan mata sebelum akhirnya ketawa kecil.

“Kepala awak kero kan?” Hana memandang lelaki itu bersama segaris senyuman manis terpatri di bibir. “Hmm tengoklah. Bila jumpa orang yang kepala dia sama kero, saya punya kepala pun jadi kero la.” Khasyi ketawa lagi bila Hana mencebik. Seronok betul mengenakan gadis ni. Reaksi muka dia, tak boleh dijual-beli.

“Tak habis-habis nak mengenakan saya. Ni, awak kata awak nak bawa someone. Mana dia?” Hana menukar topik perbualan. Tak larat dah asyik jadi bahan lelaki ni je. Sebelah tangan Khasyi diletakkan di belakang tubuhnya, menjadi penahan berat badannya, manakala sebelah tangan lagi mengusap dagu.

“Actually some ones.” Ujar lelaki itu sambil menggaru pelipis. Hana menjungkit kening. Khasyi segera menjuihkan bibirnya ke arah maskot panda yang sedang ramah melayan dua orang kanak-kanak berusia lebih kurang 3 ke 5 tahun.

Hana hilang kata. Matanya masih melekat pada kanak-kanak itu. “Okey, sekarang ni saya confuse, awak ni tengah tenung panda tu ke atau budak dua orang tu?” Tanya Khasyi risau. Pandangannya silih berganti memandang ke arah maskot panda dan Hana.

“Budak-budak tu la. Khasyi, diaorang tu anak-anak awak ke?” Hana bertanya, cuba mahu kedengaran sekasual mungkin. Tak nak kedengaran kekok. Ada nanti dia label aku penyibuk, jatuh saham.

“Kalau ya, macam mana?” Duga lelaki itu sambil memerhatikan reaksi Hana.

“Kalau ya, eloklah. Maknanya awak ni ayah yang baik. Luangkan masa dengan anak-anak. Susah tu nak jumpa ayah yang bawa anak-anak berjalan zaman sekarang ni. Cool gila.” Balas Hana ikhlas. Matanya kembali pada budak-budak itu.

“Plus, ni cara yang efektif nak pikat hati perempuan. Sweet and loving daddy. Mana ada perempuan yang tak cair? Betul tak? Awak tengah cair ni kan?” Khasyi menongkat dagu sambil memandang lama wajah Hana.

Gadis itu membalas pandangan Khasyi sebelum menggeleng kepala. “You wish.”

“I do. Well too bad they ain’t mine.” Ujar Khasyi sambil bangun dan berjalan menuju ke arah budak-budak itu. Hana mengikut dari belakang. “Hey panda-panda kecil. Dan... Panda besar.” Khasyi melirik maskot panda yang dua kali ganda saiznya.

Panda itu mengangkat tangan kanan, membalas sapaan Khasyi. “Terima kasih tolong tengokkan budak-budak ni kejap.” Kepala panda itu ditepuk-tepuknya. “Nak rumput? Buluh ke? Saya boleh tolong suapkan?” Gurau Khasyi lebih kepada menyakitkan hati daripada menggembirakan. Panda itu dah menayang penumbuknya.

“Okey jawapannya tak nak. Got it.” Lelaki itu terangguk-angguk.

Hana ketawa kecil. Padan muka. Dengan panda ni pun dia nak troll. Aduhai. “Okei anak-anak panda, kenalkan, makcik jelita ni nama dia Hana.” Khasyi menolak lembut kanak-kanak itu ke arah gadis itu.

“Panda 1, Panda 2.” Khasyi memperkenalkan kanak-kanak itu satu persatu. Sesaat kemudian, dua-dua budak itu memukul kakinya dengan muka masam. Terus meraung Khasyi. Hana ketawa lagi. “Uncle ni apa la. Kita bukan panda la. Kita Jeja. Yang ni kawan kita, Lela.” Kanak-kanak yang paling kecil itu membetulkan kesalahan Khasyi.

“Oh yeke? Okey okey sorry sorry uncle tak sengaja.” Lelaki itu pura-pura innocent.

Lela dan Jeja melempar satu jelingan sebelum menyalami Hana. “Umur Jeja berapa?” Tanya Hana dengan suara manja. “Jeja 3 tahun.” Balas Jeja sambil berusaha meluruskan ibu jari dan jari telunjuknya.

“She’s terrible at Maths.” Bisik Khasyi. Hana menyiku lelaki itu.

“Lela? Lela umur berapa sayang?” Hana memandang wajah comel Lela pula. “Lela 4.” Empat jari ditayangnya. “Lela kakak, Jeja adik. Tadi Lela dengan Jeja bobob bontot panda besar tu!” Tambah Lela mesra. Hana ketawa besar.

 “Oh yeke? Kesian kat panda besar tu.” Hana dah mula biasa dengan nada suara keanak-anakkan. “Siapa suruh dia kentotkan Jeja.” Jeja pula berkata-kata, membidas. Gadis itu tak mampu menyembunyikan senyumannya.

“Dia kentotkan Jeja? Meh sini biar aunty pulak bobobkan bontot dia!” Hana pura-pura marah. “Takpa aunty. Oh berani panda tu kentotkan Jeja uncle he. Biar uncle kentotkan dia balik!”

Tawa budak-budak tu pecah. Bahu Khasyi ditepuk mereka. “Apa la uncle ni.”

Hana tergelak kecil. Alahai. Budak-budak ni comel gila!

-

“Mana awak dapat budak-budak ni? Comel tahap melampau.” Tanya Hana sambil memegang bahu Lela yang leka meniup buih sabun. Manakala Khasyi pula mendukung Jeja yang dah kepenatan berjalan. “Kat Mydin. Ada jualan murah hari tu. Buy one free one.” Balas lelaki itu selamba. Hana menjulingkan mata. Merepek nombor satu dia ni.

“Seriuslah Khasyi. Mana dapat?” Hana mengulangi pertanyaannnya.

“Dari tempat kerja saya.” Jawab Khasyi pendek.

Hana memandangnya kaku. “Black market atau sekolah?”

Khasyi tergelak besar. “Neither. Awak ingat saya ni gangster kampung ke apa?” Buruk sangat ke akhlak aku sampai nak memperdagangkan budak? “Oh awak bukan cikgu ke?” Hana bertanya pelik.

“Cikgu?” Giliran Khasyi pula bertanya pelik.

Hana mengangguk. “Saya ingat awak cikgu Maths.” “Hana I hate Maths. Masa kelas Maths kat sekolah dulu saya selalu jerit, ‘Buat apa belajar Aljebra ni semua? Asyik suruh kita carikan x dia. Manalah kita kenal x dia!’. Lepas tu cikgu Maths saya baling duster kat saya.” Cerita Khasyi mengimbau zaman kenakalannya di sekolah dulu.

Gadis itu ketawa sakan. Kecil-kecil dah loyar buruk. Boleh dia samakan x unknown tu dengan 'ex-'. “Budak nakal betul. Kalau saya jadi cikgu awak, jangankan duster, penyapu pun saya baling tau. Dengan tong sampah sekali saya baling kat muka awak.” Kepala digeleng-geleng.

“Rasa nak sujud syukur je awak bukan cikgu saya.” Balas Khasyi sambil meraup tangan ke serata wajahnya, konon-konon bersyukur habis la tu. “So, kalau bukan cikgu, awak ni kerja apa?” Hana meneruskan soalannya.

“Kerja saya check budak sakit apa, kasi ubat, kalau kena bedah, saya bedah la. Lepas tu kena monitor budak-budak ni selalu.” Jelas Khasyi tenang. Wajah gembira Lela dipandangnya. “Kan Lela?” Kanak-kanak itu mengangguk setuju.

Hana ternganga sedikit. “Awak... doktor?”

“Pediatrician. Pakar kanak-kanak.” Angguk lelaki itu.

Hana memandangnya kagum. “Wow. Awak tak nampak macam doktor pun. You’re too funny to be one.” Ujar gadis itu jujur. “Okey itu terlampau jujur tapi takpa. Saya anggap itu satu pujian. Terima kasih.” Balas Khasyi sambil mengusap belakang Jeja yang dah lama lena di bahunya.

“Umur awak berapa Khasyi?” Hana mahukan kepastian. Menurut kak Mida, Khasyi tua 4 tahun darinya. Tapi macam melampau pulak umur 29 dah jadi pakar. Ke normal je sebenarnya? Entah.

“Awak 25 kan? Tolak 5 tambah 7 tambah 3 tolak 5 bahagi 5 darab 5 tambah 7.” Arah Khasyi. “Awak jangan sampai saya telefon cikgu Maths awak datang sini selesaikan soalan Matematik awak tu!” Hana menjegilkan matanya. Pecah terus tawa lelaki itu.

 “Jangan Hana. Nanti dia datang bawa duster, masak saya.” Khasyi dah bayangkan cikgu Matematiknya datang bawa duster dengan wajah yang bengis. Argh. Kenangan pahit.

Hana ketawa mengekeh. “Sekali dia datang bawa sempoa, siap ajar kita cara guna sempoa kan?” Khasyi tersenyum sebelum balas, “Ha lepas tu kalau kita still tak faham, dia pun baling sempoa tu kat muka kita.” Pecah lagi tawa mereka.

“Serius Khasyi, umur awak berapa?” Hana mengulangi pertanyaannya. “32.” Ujar Khasyi senang sambil tersenyum manis. Wajah gadis itu ditatap sekejap.

“Wow, tua jugak awak ni. Should I call you grandpa?” Ejek Hana.

“Very funny. Hey, you don’t look you age too grandma.” Balas Khasyi tak nak kalah. Hana menggigit bibir. “Awak cemburu saya belia remaja dan awak.. tak.” Hana menjelirkan lidah.

Khasyi tergelak lagi. “Saya lagi cemburukan budak dua orang ni ha. Peringkat umur macam ni budak-budak tak fikir benda lain selain nak bermain. Having fun all the time. We call it The Fantasy Phase.” Ujar lelaki itu.

Hana mengangguk setuju. “Betul. No worries, no commitment. Enjoy sakan je la kerja kan? Eh, macam kenal je perempuan tu.” Hana berkerut sambil memandang ke seorang gadis berbaju hijau berselendang putih yang sedang mengambil gambar tidak jauh dari mereka.

“Baju hijau tu?” Tanya Khasyi, turut sama memandang ke arah gadis berbaju hijau itu. Hana angguk.

“Lela, aunty nak pergi sana kejap. Lela tunggu sini dengan uncle he?” Hana berkata lembut pada kanak-kanak itu. “Okey.” Lela angguk sambil tersenyum. Buih sabun masih ditiupnya.

“Err assalamualaikum, Luviana kan?” Sapa Hana sejurus merapati gadis berbaju hijau itu. Luv menoleh. “Hana?” Tanpa menunggu lama Luv terus memeluk gadis itu. “Ya Allah, Hana! You sihat?” Wajah Hana dipandangnya lama. Gadis itu mengangguk sambil tersenyum.

“You Luv?’

“Alhamdulillah, I sihat je. Hana, I’m sorry about the..” Luv berkata perlahan. Hana menarik senyum nipis. “Takpa. Dah lama dah pun. Sorang je ke?” Tanya Hana. “I datang dengan my nieces and nephew. Diaorang tengah bergambar dengan burung kakak tua kat situ.” Luv menunjuk ke arah satu kawasan yang dipenuhi orang ramai.

Hana terangguk-angguk. Tiba-tiba ada suara berdeham. Dua orang gadis itu menoleh. “Oh lupa pulak. Luv, ni Khasyi. Khasyi, ni Luv.” Hana mengerling ke arah Khasyi yang dah berdiri di sebelahnya, memperkenalkan mereka berdua. Mereka saling berbalas senyuman. Hana dan Luv berbual untuk beberapa minit sebelum akhirnya Luv meminta izin untuk beredar.

 “Okey la Hana, I gerak dulu. Takut budak-budak tu pergi entah mana-mana nanti. Ada masa kita set time lunch sama ya?” Luv memeluk Hana erat.

“Insya Allah. Take care Luv.” Balas Hana sambil membalas pelukan gadis itu.

“Bye.” Luv melambai dari jauh.

“Kawan awak?” Tanya Khasyi sambil membantu Lela menyimpan bekas buih sabun. Dah penat meniup agaknya. “Hm. Cantikkan dia?” Hana tersenyum mengagumi kejelitaan wajah Luviana.

“Awak lagi cantik.” Ujar Khasyi selamba. “Lela pun rasa aunty Hana lagi cantik.” Lela tiba-tiba menyampuk. Khasyi mendepakan tangannya. “See? Kids never lie you know.”

Hana tergelak kecil. “Terima kasih sayang.” Pipi Lela dicubit lembut. “Sama-sama kasih.” Bisik Khasyi mesra. “Bukan awak la perasan.” Hana mengerutkan muka sambil melancarkan pandangan menggelikan ke arah lelaki itu. Khasyi menepuk-nepuk lembut belakang badan Jeja apabila kanak-kanak itu bergerak sedikit.

“My middle name is Sayang. So literally you were thanking me.” Balas lelaki itu yakin boleh. Hana menggeleng kepala tak percaya. “Khasyi, you really expect me to believe that?” Keningnya dijungkit sebelah. Lelaki itu ketawa kecil. “Just trying my luck.” Balas Khasyi senang.

“Kalau semua doktor perangai tak semegah macam awak ni, habis lingkup hospital tau tak?” Khasyi sekadar menjungkit bahu. “It’s my charm. Can’t do nothing ‘bout it.”

“Yeah. Malangnya. So, apa lagi haiwan kita belum tengok? Pandatang dah, harimau dah, Kwangsoo dah.” Tanya Hana sambil mengira binatang yang sudah mereka tengok. Khasyi menjungkit sebelah kening. (*Pandatang=Panda)

 “Kwangsoo? Nama apek mana tu?” Tanya dia dengan muka pelik. Hana tergelak kecil. Punyalah popular si Lee Kwangsoo tu, apek jugak Khasyi gelar dia. “Running man tahu?” Hana memandang Khasyi. “Movie?” Tanya lelaki itu semula.

Hana menggeleng. “Korean variety show. Kwangsoo tu berlakon dalam rancangan ni. Nick name dia zirafah sebab dia tinggi gila.” Jelas gadis itu ringkas. Khasyi dilihatnya antara dengar tak dengar.

“Awak ni dengar ke tak?” Hana berdengus.

Lelaki itu menarik senyum nipis. “Dengar. Kwangsoo. Oh padanlah masa kita bagi zirafah makan tadi, orang yang lalu-lalang semua sebut nama apek ni. Saya ingatkan memang nama zirafah tu Kwangsoo. Saya ingat zirafah tu dilahirkan kat China.” Ujar Khasyi jujur.

“Kwangsoo bukan apeklah! Dia orang Korea!” Desis Hana geram.

“Sama je. Dua-dua mata sepet.” Balas lelaki itu selamba. Hana mencebik. Mentang-mentanglah mata dia macam ala-ala Josh Harnett, macam tu je dia kutuk mata si Kwangsoo tu.

“Uncle, Aunty, Lela penatlah nak jalan. Lela lapar. Lela nak makan ais krim.” Ujar Lela sambil memegang perutnya. Wajah comelnya berubah menjadi muram.

Khasyi hilang kata. Cerdiknya budak ni. Eloklah lapar makan ais krim. “Lela, orang ada asma tak boleh makan ais krim tau. Lela kan dah janji dengan uncle tak nak makan ais krim?” Khasyi mengusap kepala kanak-kanak itu.

Lela mengangguk. “Tapi Lela lapar. Panas. Penat. Lela nak ais krim uncle.” Rengeknya. Hana memandang Khasyi sebelum dia mencangkung depan kanak-kanak itu. “Lela apa kata Lela panjat belakang aunty? Lepas tu aunty bawa Lela pergi makan jagung, okey?” Pujuk Hana sambil menepuk bahunya, menyuruh kanak-kanak itu memeluknya dari belakang.

Piggyback.

Sekejapan wajah muram Lela berubah ceria. “Okey!” Terus dia lompat ke belakang badan Hana dan memeluk leher gadis itu sampai nyaris tercekik Hana dibuatnya.

“Lela jangan cekik aunty kuat sangat. Lela peluk macam ni.” Khasyi memegang tangan Lela dan mengajarnya cara yang betul untuk memeluk Hana dari belakang.

“Sorry aunty.” Ucap kanak-kanak itu sebelum mengucup lembut pipi Hana.

Gadis itu tersenyum terharu. “Lela tak sakitkan aunty pun. Tengok, Aunty tak apa-apa. Kuatkan aunty dukung Lela?” Kanak-kanak itu mengangguk laju. “Kuat! Macam uncle. Uncle pun selalu dukung Lela macam ni. Kan uncle?” Lela memandang Khasyi yang leka merenung wajah Hana.

“Ha? Ya ya. Tapi bila Lela dah makin tembam, uncle dah tak larat dah.” Sakat lelaki itu. Lela menjeling geram. Pecah lagi tawa Khasyi. Kecil kecil dah pandai jeling orang. Belajar dari Hana la ni.

“Okey jom makan jagung!” Hana berlari-lari anak. Lela di belakangnya sudah menjerit sakan.

“Jommm!”

-

“Nah.”

Ais krim pop dirapatkan ke pipi gadis itu. Hana mengerang kecil. “Thanks.” Ucap Hana sambil mengambil ais krim yang dihulur Khasyi. “Finally, tidur pun budak-budak tu.” Ujar lelaki itu sambil menggigit ais krim popnya.

“Lela dengan Jeja tu pesakit awak ke? Diaorang sakit apa?” Hana mengerling ke dalam kereta melihat Lela dan Jeja yang sedang nyenyak tidur sebelum kembali menala pandangannya ke wajah tampan Khasyi. “Lela ada asma. Jeja ada jantung berlubang.” Balas Khasyi tenang. Mulut gadis itu sedikit ternganga sejurus mendengar jawapannya.

“Ya Allah..” Hana merapatkan tangan ke dada.

Khasyi menarik senyum nipis. “Jangan risau. They’re alright. Lubang kat jantung Jeja insya Allah akan hilang as she grow. Still kena monitor la. Lela, dia susah sikit. Dia suka curi-curi makan ais krim, minum air sejuk, lari tak ingat dunia. Kena monitor selalu budak baik tu.” Terang Khasyi sambil menyandar pada pintu keretanya.

 Hana mengoyak senyum nipis. “Budak-budak, biasalah. Khasyi, kenapa awak jadi doktor?” Lama Khasyi ambil masa untuk jawab pertanyaan gadis itu. “Masa saya darjah tiga, kawan baik saya Teo kena langgar kereta depan saya. Masa tu saya tak boleh gerak. Saya kaku bila tengok darah mengalir kat kepala dengan badan dia. Tiba-tiba datang seorang hamba Allah ni, dia membetulkan posisi Teo dan periksa nadi dia. Saya ingat pakcik tu tekan dada Teo lepas tu hembus nafas kat mulut dia.”

“CPR.” Ujar Hana tekun mendengar cerita lelaki itu.

Khasyi mengangguk. “Alhamdulillah pakcik tu berjaya selamatkan nyawa kawan baik saya. So since then saya nekad nak selamatkan orang, macam pakcik tu.” Sambung lelaki itu sambil mengeluarkan telefonnya.

“Pakcik tu doktor ke?” Tanya Hana.

Khasyi menarik senyum sambil mengangguk. “Dia resident saya masa internship. Sekarang ni dia dah resite kat kampung dia. Buka klinik kesihatan kat situ. Nak tolong orang kampung yang duduk jauh dan tak mampu nak biayai perubatan.” Jelas lelaki itu sambil menunjukkan beberapa gambar dia bersama seorang lelaki berambut kelabu-putih.

“Ni ke pakcik tu?” Hana mengamati gambar pakcik itu.

“Dr. Syukor. Very humble man, very soft spoken, sangat baik orangnya.” Angguk Khasyi. Dia membiarkan Hana membelek gambar-gambar dalam telefonnya. “Ni Teo?” Tanya gadis itu sambil menunjukkan gambar seorang lelaki Cina yang sedang memeluk Khasyi.

“A’ah, itulah Teo. Teo Ahmad. He reverted to Islam masa umur 18 tahun.” Ujar lelaki itu. “Alhamdulillah.” Hana mengukir senyum. Cantiknya kisah hidup lelaki ni.

“Mesti Dr. Syukor banyak influence awakkan?”

“He’s like my father.” Khasyi mengangguk lagi. “Saya rasa awak memang idolize Dr. Syukor ni. Awak pun humble, soft spoken, baik.” Ujar Hana, memuji lelaki itu. “Hensem, bergaya, smart.” Tambah Khasyi bersahaja. Hana tergelak besar. Nasib baik betul. Kalau muka si Khasyi ni elok sikit dari batang paip, memang dah lama aku bambu dia suruh sedar diri sikit.

“Hana, can I ask you something? Why are you still single?” Tanya Khasyi tiba-tiba. “Why are you?” Hana menjawab dengan pertanyaan. Khasyi merenung anak mata gadis itu lama sebelum membalas,

“Saya tunggu awak.”

-

Daim menguis nasi di pinggan. Matanya memandang kosong kerusi kayu di sebelah. Fikirannya menerawang teringatkan perbualannya dengan Hana di rumah anak yatim. Wajah pilu gadis itu ketika dia menitiskan air mata meluahkan perasaan betul menyayat hatinya. Menurut Hana, dia tak mampu meneruskan hidup tanpa Daim.

Andaikata si malaun Akid tu tak kacau daun, pasti Hana dah tahu dah isi hatinya. Pasti sekarang ni gadis itu tahu betapa sayangnya Daim terhadapnya. Cinta yang tak berbelah bahagi. Tapi... Andaikata Akid tak kacau daun, sekarang ni, mungkin Hana tidak mahu bercakap dengannya lagi. Hana mungkin akan menjauhkan diri kerana kecewa. Dia mungkin akan pergi.

Daim menarik nafas panjang. What was I thinking? Telling her the truth?

Kepala digeleng banyak kali. Biarlah Hana tak tahu apa-apa. Biarlah status mereka sebagai adik-beradik hilang dalam kabus. Sekurang-kurangnya dia masih boleh terus berjumpa gadis itu walaupun hanya mampu mencintainya dari jauh.

“Daim, hai!” Sapa seseorang.

 Daim menoleh. Seorang gadis berselendang jingga sedang melangkah ke arahnya sambil melambai mesra. “Luv! Buat apa kat sini?” Daim terus bangun, menyambut kedatangan teman seperjuangannya semasa belajar di Edinburgh dulu.

Luv pasang muka geram. “Kau ingat shopping mall ni kau seorang je ke boleh datang?” Kerusi di sebelah lelaki itu ditarik dan tanpa segan silu dia duduk. Daim sekadar mengeluarkan tawa kecil.

“Kau seorang je ke?” Tanya Luv sambil menjamah raut wajah tampan lelaki itu. Daim menggeleng. “Shuichi pergi toilet. Kau shopping seorang je ke? Impressive. Kalau tak dulu, aku je jadi mangsa kau kan.” Daim ketawa teringatkan zaman belajar mereka. Luv kalau takda geng nak shopping, Daim ditariknya ke hulur ke hilir, jadi tukang angkat beg, tukar penunjuk arah, tukang pengalih bahasa. Untung lelaki ni fasih cakap banyak bahasa.

Luv jungkit bahu. Daim dulu dan Daim sekarang sangat berbeza. Dulu, lelaki ni ajaklah dia pergi mana pun, dia on je. Daim zaman belajar seorang yang open, fun, mesra, peramah, kelakar dan out-going. Daim sekarang?

Grumpy. Misteri. Suka bersendirian. Cranky. Closed. Pendiam. Baran. Sunyi.

 “Oh I missed that moment. You were so nice back then.” Luv merapatkan tangan ke bawah dagu. “Hei I’m still nice.” Bidas Daim. Tawa sinis pecah dari mulut gadis itu. Luv memandangnya.

“Okey, jom teman aku pergi Pavi. Aku nak cari dress untuk adik aku.” Luv saja menduga. “Sekarang?” Daim tergamam untuk beberapa saat sebelum menguis kembali nasinya. Luv angguk. “Yelah, takkan tahun depan pulak?” Perli gadis itu.

“Malaslah. Ajak Shuichi. He loves shopping.” Balas Daim selamba.

Luv menarik senyum sinis. “Mr Nice la sangat kau ni. Nice my butt.” Kedua keningnya dijungkit. Daim tergelak sambil menolak pinggannya jauh.

 “Okey maybe I’m not as nice as I was. Tapi aku tetap aku apa.” Ujar lelaki itu, masih lagi menguis nasinya. “Aku tak cakap pun kau Shuichi ke Pak Man tempe ke.” Gurau Luv. Daim menjeling kawannya itu.

“Okey maybe I’ve changed. But people change Luv. Kau pun berubah. Dah slim. Kalau tak dulu macam tong drum.” Tak sampai lima saat kepalanya jadi mangsa sepukan gadis itu. Daim mengerang sakit. Menyesal sentuh isu sensitif minah ni- ukuran badan.

Luv mengerutkan muka. “Daim masa kat Edin dulu tak lazer macam ni.” Marah gadis itu beriya. “Kau tahu tak kau satu-satunya makhluk yang berani sepuk kepala aku dalam dunia ni? Bapak aku sendiri pun tak berani pegang kepala aku.” Daim menjelingnya tajam.

Gadis itu melayang senyuman bangga. “You deserve it, you know that.”

“Yeah I know.” Angguk Daim turut tersenyum. “Luv, nak makan apa? My treat.” Dia memanggil pelayan. “Aku nak sama dengan kau.” Balas gadis itu. “So how things Luv?” Tanya Daim sambil merapatkan kerusi ke arah Luv. Wajah gadis itu ditatap lama.

“Pretty good, alhamdulillah. Business doing great, walaupun ada orang tu suddenly cancel wedding last minute. Kepala hotak dia. But whatever.” Luv menjungkit bahu. Macam tu je dia perli aku. Daim menggigit bibir.

“I meant, you life. Boyfriend yang ke 34 kau tu sihat?” Daim menukar topik perbualan. Tak nak kalah, dia jugak memasukkan elemen memerli dalam pertanyaannya. Minah ni kalau bab cinta. Aduhai. Asal jumpa dia, mesti ada teman lelaki dia baru. Dia tukar lelaki macam tukar baju.

Luv ketawa paksa. Kurang ajar. Kenakan aku macam tu je. “Sihat. He’s hitting the gym now FYI. Semua salah kau. Pergi introduced kat dia siapa suruh? Dia dah jadi gym-junky tahu tak? Pukul 2 pagi hantar whatsapp kat aku, gambar dia tengah dok angkat berat. My God!” Luv pegang kepala. Pening melayan kerenah kekasihnya yang dah obses dengan gym.

Daim ketawa besar. “Kau try pergi gym then you’ll know why he’s so obsessed.”

Luv geleng kepala. “Tak payahlah. Tengok dia balik berpeluh-peluh lepas tu terus terbungkang. Argh. Baik aku bawa anak-anak buah aku jalan-jalan. Pergi taman tema ke, zoo ke. Oh ha! Baru teringat. Hari tu aku pergi zoo Negara dengan anak-anak buah aku lepas tu.. Cuba teka aku jumpa siapa?” Lengan lelaki itu dipegang.

“Brad Pitt, Angelina Jolie dan team bola sepak diaorang?” Daim meneka.

Luv menjulingkan mata. “Bukanlah cerdik. Hana! Aku jumpa Hana kat zoo tu.”

“So? Apa kena mengena dengan aku? Biarlah dia nak pergi mana pun. Zoo ke bulan ke planet Marikh ke. I don’t really care, Luv.” Daim mendepakan tangannya.

“Really? You really don’t care? Because I expected to see her there with you. But apparently you are not care enough and too bloody stupid to realize that she went there with a guy! And the guy wasn’t you! Sekejap sekejap.. Sebab tu ke kau cancel wedding kau? Was she cheating on you?” Luv mendorong tubuhnya ke arah lelaki itu, berbisik keras.

Lama Daim tidak berkata apa-apa sebelum akhirnya dia menarik senyum nipis. Wajah menyinga kawan seuniversitinya itu dipandang penuh rasa terharu. Dari dulu sampai sekarang, perangai seorang kakak tu tak hilang-hilang. Tahulah anak sulung.

Always looking out for me. Selalu nak jaga aku.

“I’m not your little brother Luv. Quit butting your nose into my life.” Daim mengacau jus orennya dengan straw. Luv mencubit lengan lelaki itu. “I’m serious Daim. Was she cheating on you or not? You’d better answer me now or I’m gonna look for her and when I find her I’m gonna kick her freakin’ butt!” Keras suara Luv meneruskan pertanyaan sehingga merah padam wajah putihnya.

“She wasn’t cheating on me Luv. And that’s not the reason why I cancelled the wedding okey. She’s innocent and you’re not gonna kick her butt or whatever. Dahlah Luv, could we drop this? Off the table? Aku penatlah nak cakap pasal benda ni. Pasal Hana. Dia ada life dia sendri. Aku ada life aku. Dia nak keluar dengan siapa kat mana, itu hak dia. Aku takda kena mengena dengan dia.”

Luv memandang lelaki itu dalam-dalam.

“Daim, like 10 months ago you came to me and told me about this girl, that she was the one. Oh sampai bila-bila pun aku takkan lupakan muka kau time tu Daim. I’d never seen that face before, that smile. Your face just light up when you spoke about her. Mata kau bersinar-sinar. Kau happy kau tau tak? But what happened now? Apa dah jadi sekarang?”

“Things happened. Dahlah Luv. Off the table please?” Daim memandang gadis itu, separuh merayu. Kawannya itu menarik nafas panjang. “Fine. Untuk pengetahuan kau, aku simpan lagi wedding dress tu tau. If she had cheated on you, I would had burn that bloody dress to ashes.” Tegas Luv berapi. Daim mengoyak senyum nipis.

“She’s not that kind of girl.”

“Dah tu kenapa tak kahwin dengan dia?” Luv bertanya pelik.

“Off the table remember?”

“Alright. Kejap, ada satu benda lagi. Lelaki yang keluar dengan Hana tu, muka dia familiar la Daim. I wonder where I’d met him. Plus he brought kids with him.” Luv memeluk tubuh. Ligat kepalanya memikirkan kat mana pernah dia jumpa lelaki yang menemani Hana di zoo Negara itu.

“Mungkin klien kau ke pelanggan ke, who knows?” Balas Daim acuh tak acuh. Malas nak ambil peduli.  

“Pelanggan aku? Dating? Cerdik kau ni.” Luv menjegilkan mata. Daim tergelak. Ya tak ya juga. Pelanggan Luv mestilah pengantin kebanyakannya. Jarang-jarang yang dah berkahwin, apatah lagi yang dah beranak-pinak.

“Aku yakin bukan pelanggan nor klien aku. He’s just too familiar. Nak kata artis, puas dah aku Google. Takda pun muka macam dia. Nama pun dia familiar. Ala aku lupa pula apa nama dia. Nama dia quite unik. Apa he? Akasha. Ukasha. Kashfi.”

“Kasim Selamat?” Teka Daim main-main.

Luv menepuk lengannya sambil ketawa besar. “Bangang tak habis-habis.”

“Luviana? Is that you?” Suara Shuichi menegur dari belakang. Luv menoleh. “Takuya Kimura kesayangan aku!” Luv teruja melihat lelaki Jepun itu. “Oh my God, it’s really you! One of my favorite girls in the world!” Shuichi memandangnya atas bawah. Luv ketawa senang untuk beberapa saat sebelum berkerut sambil memeluk tubuh.

“One of your favorite girls? There are others?”

Shuichi dah terkebil-kebil. Aduh, silap kosa kata la pulak. “Hitori. Hitori.” Jari telunjuk diluruskan ke langit. Luv menambah kerutan di dahi. “Siapa?” Jerkahnya. (*Hitori=seorang)

“Hana.” Balas lelaki Jepun itu takut-takut.

Luv ternganga. Cinta tiga segi ke apa jantan dua orang ni? “What is up with you gentlemen? Dalam dunia ni ada Hana seorang je ke?” Wajah Daim dan Shuichi dipandang bergilir. Pelik dengan citarasa dua lelaki ni.

Daim menarik Luv duduk. “Before your crazy mind gets into any weird twisted idea, no, ni bukan cinta tiga segi or empat lima enam tujuh lapan segi okey. Shuichi dengan Hana, diaorang macam Nobita dan Doraemon.” Ujar lelaki itu cuba menerangkan keadaan sebenar.

Shuichi memandang sepupunya dengan pandangan separuh takjub. “Kau takda kartun lain ke nak jadikan metafora? Batman and Robin ke? Bumblebee dengan Sam Witwicky ke? Cool sikit. Ni si kucing obese tu. Hekeleh.”

Daim menjulingkan mata sambil menutup mulut Shuichi dengan tisu. Banyak songeh pulak kau. Cukup baik aku samakan kau dengan Doraemon. Buat aku samakan kau dengan Three Little Piglets ke ha.

Luv menyandar pada kerusi. “So kau dengan Hana macam Nobita dan Sizuka? Macam tu?” Daim menjungkit bahu sebelum menukar topik. “Kau tahu tak Shuichi, minah ni dulu 73 kilo.” Ujar Daim selamba sambil mengerling ke arah Luv yang sedang tekun mendengar di sisinya. Serta-merta rahang gadis itu jatuh.

“Kau ni kan!” Lengan Daim ditamparnya.

Shuichi ternganga. “Hontou?” Dipandang Luv atas bawah. Macam mustahil je dulu dia berat badan berlebihan. Sekarang persis model kot. Slim. Hot.

“Pergi slimming World ke?” Tanya Shuichi mengusik sama.

“Zaman belajar okey. It’s forgivable and greatly acceptable to be.... plummy!” Luv mencebik.

“Setiap kali mula sem, dia berikrar nak kurus. Dua bulan dia diet, still tak susut badan. Lepas tu terus give up. Melantak macam setahun kebulur. Nak qada dua bulan diet. Sem depan tu pulak dia berikrar lagi. Same thing happened. Aku rasa sekarang dia dah slim ni, mahu dua tahun diet.” Daim menayang dua jari.

Luv menggerakkan mulutnya, menyebut, I hate you. Terus pecah tawa lelaki itu. “Kau jangan sampai aku gemukkan badan aku balik Daim.” Luv memberi amaran. 

Daim menggeleng laju. “Jangan Luv, nanti boyfriend kau heret kau pergi gym jadi ahli bina badan. Tak nak aku ada member badan ketul-ketul.” Tawa mereka pecah lagi. “Bengong. Ahh lama weh tak lepak macam ni dengan kau.” Luv menghirup jus oren Daim.

Lelaki itu hanya tersenyum nipis. Berjaya juga dia menukar topik. Tak tahan asyik dibelunggu nama Hana setiap masa. “Luv, you takda hal lain kan? Movie jom?” Shuich mengajak mesra. Luv setuju tanpa perlu berfikir. Gila tak nak luangkan masa dengan dua lelaki paling best dalam dunia ni?

“Eh makanan kau tak sampai-sampai lagi. Kejap aku pergi check.” Daim baru sedar makanan yang dipesan Luv masih belum sampai. “Aku ikut.” Gadis itu bangun dan mengikut Daim pergi ke kaunter.

Dalam perjalanan menuju ke kaunter, Luv menyiku kawannya itu. “Apa?” Daim memandangnya sekilas. “Kau tak nak tanya pasal Hana dengan date dia tu?” Luv menduga. Lelaki itu tidak berkata apa-apa.

“Actually masa kat zoo tu, Hana yang tegur aku dulu. Tak sangka dia ingat aku lagi. Pasal lelaki tu, pada pandangan aku la, diaorang nampak mesra. Macam kawan kawan biasa. Aku tak rasa diaorang tengah bercinta. Tengok gaya macam tak. So kau jangan risaulah. Lagipun aku rasa lelaki itu duda. Anak dua. Takkan Hana nak date dengan duda anak dua kan?” Cerita Luv panjang lebar.

Daim memandang kawannya itu. Tadi bukan main minah ni marah kata Hana curang bagai. Ni tiba-tiba kata Hana dengan lelaki itu tak bercinta pulak. Hai...

“Sejak bila kau suka bergosip ni Luv?” Tanya Daim pelik. Sepanjang dia kenal dengan gadis itu, ni kali pertama dia dengar Luv bercerita pasal orang lain. Luv bukan seorang yang suka jaja cerita orang. Tapi kali ni...

“Aku bukan bergosip. Aku nak tarik minat kau ni ha. Nak tengok respon kau bila aku sebut nama Hana.” Balas Luv geram. Daim menarik sengih sumbing. “So kau puas hati tak dengan respon aku?” Tanyanya sambil menjungkit-jungkit kening.

“Macam cakap dengan dinding tahu tak?” Jerkah gadis itu. Terus pecah tawa Daim. “Sudah sudahlah tu Luv. Jadi diri kau je. Jangan jadi orang lain. Luv yang aku sayang bukan kaki gosip.” Ujar Daim sambil menekan loceng memanggil pekerja kedai makan.

“Aww konon-konon sweet la tu cakap macam tu. Geli kau tau tak!” Ejek Luv.

Daim ketawa mengekeh. Sebaik saja seorang pekerja kedai muncul, Daim memesan lagi makanan untuk kawannya itu. Sambil menunggu makanan Luv siap, Daim memandang gadis itu lama.

“Nak tanya, tanya je la. Tak payah pandang aku dengan pandangan infamous cold stare kau tu. Aku dah lama develop immunity against your icy cold stare tu tau.” Ujar Luv, dah masak benar dah dengan perangai Daim.

“Right. So that guy, is he...” Daim sengaja tak menyambung ayatnya.

Luv mengangguk sekali. “Drop dead gorgeous.”

Daim terangguk-angguk. “Just asking. Didn’t mean anything.”

“Aku tak cakap apa-apa pun.” Gadis itu menjungkit bahu.

“Yeah whatever.” Daim bermain dengan loceng di kaunter.

“Cemburu tanda sayang. Sayang tanda cinta. Cinta tandanya apa Daim?” Luv menepuk-nepuk lengan kawannya itu.

“Kau diam boleh tak?” Bulat mata Daim menjeling Luv. “Tak boleh. By the way Daim, don’t worry la. Aku yakin pandangan membunuh kau tu lagi menawan hati Hana daripada lelaki drop dead gorgeous tu.”

“Kau ni Luv... You know what, kau bayar sendiri! I’m not gonna pay even a penny!” Daim terus pergi. Tak kuasa nak melayan. Luv ketawa besar. “Leh sensitif. Jambu betul.”

-

“Assalamualaikum,” Hana menyapa ceria sebaik saja melangkah masuk ke kafetaria syarikat. Beberapa orang kakitangan Samurai menjawab salam sambil tersenyum mesra memandangnya.

“Happy nampak hari ni Hana?”

Gadis itu sekadar mengoyak senyum lebar. “Nak makan. Mestilah happy. Korang nampak Budin tak?” Tanya Hana masih lagi mengekal riak wajah ceria sambil mengambil pinggan, beratur menunggu giliran menceduk nasi.

 “Budin pergi hantar mak dia pergi airport rasanya.” Balas salah seorang dari mereka. Hana terangguk-angguk sebelum melempar segaris senyuman manis apabila lelaki di belakangnya menghulurkan senduk nasi.

“Thanks.” Ucap Hana seraya menceduk nasi.  “Lapar sangat ke sampai tak lalu nak tengok muka aku?” Tegur lelaki di belakangnya. Terus Hana menoleh. “Daim.” Senduk di tangan terlepas.  Nasib baik senduk itu terjatuh ke dalam bekas nasi, bukan ke atas lantai.

Daim mengambil senduk nasi itu dan dicedukkan nasi ke pinggan Hana. “Kau ada buat dosa besar ke kat aku sampai terkejut beruk tengok muka aku ni?” Kening lelaki itu terjungkit sebelah, menduga.

Hana terkebil-kebil. “Dosa?” Terus fikirannya melayang teringatkan Khasyi. Satu kesalahan ke ‘perjumpaan’ aku dengan lelaki itu? Dosa ke? Rasa bersalah bertimpa-timpa di dadanya.

Kerutan di dahi Daim dah cukup memberitahu Hana betapa sangsinya dia sekarang ni. “Kau ni kenapa? Pucat tergagap-gagap. Aku tak makan kau la. Tu banyak lagi lauk sedap sedap tu.” Desis Daim geram. Tak pasal-pasal beberapa mata dah memandang mereka seolah dia sedang melakukan sesuatu yang tak elok terhadap gadis itu.

“Daim.” Panggil Hana ketika lelaki itu sedang menuang nasi ke pinggannya sendiri. “Apa?” Dia bertanya tanpa memandang ke arah gadis itu. “Saya.. Saya..” Hana tak mampu meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya.

“Apa dia?” Sergah Daim.

“Saya tak nak banyak nasi! Diet.” Jawab Hana laju.

Daim menambah kerutan di dahinya. Diet? Hana? Huh, mustahil. “Hana, kau ni.. Kau takut dengan aku ke?” Tanya Daim sedikit keras. Gadis itu menggelengkan kepala. “Tak.” “Habis kenapa kau terkial-kial cemas semacam ni? Kau takut aku marah kau? Maki kau? Pukul kau?” Bertalu-talu soalan keluar dari mulut lelaki itu. Nasib baik tak ramai orang di kafe pagi pagi ni.

Hana memandang lelaki itu lama. “Saya tak takutkan awak. Saya cuma tak nak lukakan hati awak.” Ujarnya perlahan. Daim membalas renungan Hana. Sepasang mata hazel gadis itu seolah berkaca.

“It’s already broken Hana.” Balas Daim sambil menarik senyuman hambar.

Lelaki itu memusingkan tubuhnya dan mula mengambil lauk-pauk. Hana tergamam. Wajah tidak beriak Daim ditenung dalam-dalam. It’s already broken. Dia teringat saat ketika Daim hampir beritahunya sebab dia memutuskan pernikahan mereka di rumah anak yatim beberapa minggu lalu.

‘Hana, aku putuskan pernikahan kita bukan sebab aku tak sayang kau.’

Habis sebab apa?

Daim melepaskan bunyi seperti mengerang kesakitan di kerongkongnya bila Hana menarik kerusi dan duduk berhadapan dengannya. “Kau tak nampak ke ada lagi 40 kerusi kosong dalam kafe ni?” “Saya keluar dengan lelaki lain.” Ujar Hana tiba-tiba. Matanya membalas renungan tajam lelaki itu.

“Apa?” Daim berkerut.

“First time saya jumpa dia masa kat kedai sukan. Second time, saya jumpa dia kat zoo Negara. Tapi saya dengan dia tak buat apa-apa. Kami just borak borak, jalan-jalan, nothing more.” Hana menambah bila Daim masih lagi merenungnya tanpa berkata apa-apa.

“Awak tak nak cakap apa-apa pasal ni?” Pinggan di depannya ditolak tepi. Hana mencondongkan sedikit tubuhnya ke hadapan. Daim menghela nafas panjang. “Kau nak aku cakap apa? Tahniah? Okey, Hana, tahniah sebab dah moved on. Sekarang kau dah boleh lupakan aku. Hm?” Lelaki itu mengoyak senyum nipis.

Hana berkerut seribu. “Daim, saya tak nak awak cakap tahniah kat saya.” Lelaki itu memeluk tubuh. “Habis kau nak aku cakap apa?” “Saya nak awak.. Saya nak awak marah saya, saya nak awak paksa saya jangan jumpa lelaki tu lagi. Saya nak awak cakap yang awak sayangkan saya dan takkan biarkan mana-mana lelaki ambil saya dari awak.”

“Kau cakap kau nak move on. Ni la masanya untuk kau move on, gunakan peluang ni Hana. Lupakan aku, lupakan kita.” Tegas Daim dengan nada yang dikawal. “No. Awak cakap awak putuskan pernikahan kita bukan sebab awak tak sayangkan saya.” Hana cuba menahan sebak yang mula bertandang di jiwa.

“Betul.” Angguk Daim.

“Habis tu sebab apa?” Hana memandang wajah lelaki itu.

“Hana, kau nak ke sehidup semati dengan lelaki yang buat kau menangis selalu? Kau sanggup hidup macam ni? Menangis, makan hati, terluka, terseksa. Sanggup?” Daim menolak tepi pinggannya. Dia juga sudah hilang selera makan.

Bibir gadis itu bergetar hebat. Sedaya-upaya dia menahan air matanya yang hampir mengalir. “Saya menangis sebab saya tak dapat sehidup semati dengan lelaki yang dah janji nak sehidup semati dengan saya.” Daim memandang Hana untuk beberapa detik sebelum dia bangun dan berkira-kira untuk meninggalkan gadis itu.

“Daim.” Panggil Hana seraya mematikan langkah Daim.

“Kalau awak tak halang saya sekarang, awak mungkin tak dapat halang saya lagi.” Ujar Hana merayu. Daim melepaskan satu keluhan berat. “I don’t care.” Balas Daim sebelum melangkah pergi. Hana menarik nafas dalam-dalam dan air matanya pun gugur membasahi pipi.

-

Dari pagi sampai tengah hari ni Hana mencari Daim tapi lelaki itu seperti menjauhkan diri darinya. Telefon tak angkat. Bila pergi pejabatnya, tiada orang. Dia marah ke aku keluar dengan Khasyi? Dia berkecil hati ke aku cari lelaki lain? Hana memandang nombor/huruf yang tertera pada skrin di dinding lif. Level G.

Esok jela jumpa Daim, heart-to-heart dengan dia.

Sebaik saja pintu lif terbuka, Hana melangkah keluar dan mengorak langkah ke lobi. Noria, receptionist baru syarikat Samurai Group, menegur Hana. “Ada apa?” Hana membelok ke arah remaja itu.

“Ada orang tunggu akak.” Ujar Noria yang baru saja menduduki SPM tahun lepas. “Siapa?” Hana mengikut arah yang ditunjukkan remaja itu. Ada seorang lelaki bert-shirt kelabu yang sedang duduk di kerusi sambil menyelak majalah.

Noria menjungkit bahu. “Dia tak bagi panggil akak. Dia kata dia nak tunggu akak kat situ.” Balasnya. “Okey, thanks Noria.” Hana terangguk-angguk sambil menghadiahkan Noria segaris senyuman manis.

Perlahan dia melangkah ke arah lelaki itu. “Assalamualaikum.” Sapa Hana, mencuri pandang wajah lelaki yang sedang menunggunya. Lelaki itu menjawab salam sambil berdiri. Sebiji belon berwarna ungu dihulurkan kepada Hana.

“Surprise.” Lelaki itu mengoyak senyum lebar.

Bulat mata Hana memandang belon ungu yang sudah berada di tangannya. “Khasyi.” Hana menala pandangan ke wajah doktor muda itu. “Kak Mida cakap awak selalu keluar lunch time time macam ni.” Ujarnya sambil menyeluk tangan ke dalam kocek seluar.

Hana mengangguk sekali. Sungguh dia terkejut sekarang ni. “Awak tak kerja ke?” Tanya Hana pelik. Jarang jumpa doktor banyak masa terluang macam dia ni. Betul ke doktor?

“Saya MC hari ni.” Balas Khasyi pendek.

Pandangan sangsi dilempar kepada lelaki itu. “Boleh percaya ke ni?” Hana memeluk tubuh. “Fine. Lela dengan Jeja yang paksa saya datang sini. Diaorang mintak saya bagikan awak belon tu.” Ujar Khasyi sambil menjentik belon di tangan gadis itu.

“Lela dengan Jeja?” Hana menjungkit kening.

Khasyi mengangguk sekali sambil bahunya diangkat tinggi. “What can I say? Diaorang rindu awak.” Balas lelaki itu dengan riak selamba. Hana tergelak kecil. “Lain kali bawa la diaorang datang sini. Bukannya bawa badan awak datang.” Tahulah badan sasa.

“Well, saya kenalah datang. Yelah sebab saya doktor diaorang. Dan, saya pun rindukan awak.” Ayatnya yang terakhir tidak berapa jelas di telinga gadis itu. Hana memegang telinganya.

“Apa dia? Apa ayat last awak Khasyi?” Gesa Hana memaksa lelaki itu mengulangi ayatnya. “Ayat last apa ni? Eh apa awak melalut ni Hana? Lapar sangat ke sampai merepek ni?” Khasyi pura-pura tak faham.

Hana mencekak pinggang. “Baik awak cakap apa awak cakap tadi?”

“Saya cakap..” Lelaki itu baru saja nak menyambung, tiba-tiba ada satu suara garau menegur dari belakang.

“Khasyi.”

Hana dan Khasyi menoleh serentak. “Khasyi kan?” Daim menghampiri mereka. Khasyi mengangguk sambil matanya meneliti segenap raut wajah lelaki itu. “Daim? Daim Takahashi?” Jari telunjuknya diluruskan ke wajah Daim.

Hana berkerut memandang Daim. Daim Takahashi?

“Yeah, I’m him.” Daim angguk banyak kali sambil mengukir senyum. Khasyi tak terkata. Terus dia menarik Daim ke dalam pelukannya. “Ya Allah, Daim! How you doing mate?” Belakang lelaki itu ditepuk banyak kali.

Daim ketawa sambil mengangguk. “Alhamdulillah, aku macam nilah. Kau? Ya Allah, Khasyi how long has it been? 6 years? 7? God, I could still remember us in the back yard playing football.” Wajah Khasyi dipandang lama.

“6, 7, 8 years I guess. I know. Wow, I thought something was weird when I walked in here. Samurai, yeah it’s your dad’s right? God, I can’t believe you’re here! They said you went to Palenstine and Afghanistan. I thought I’d never see you anymore.” Khasyi memaut bahu sahabatnya ketika bersama-sama menuntut di University of Edinburgh itu.

“It was tough, mate. But I’m home, alhamdulillah safe and sound. Kau, kau buat apa sekarang?” Daim menarik temannya itu duduk di sofa. Hana dibiarkan terpinga-pinga melihat keakraban mereka.

Apa ni? Macam mana mereka boleh kenal antara satu sama lain?

“Aku doktor jugak. Paeds. Kau tahukan aku suka budak-budak. So kau sekarang taking over the legacy? Kau tak nak practice dah?” Tanya Khasyi masih meratah segenap wajah sahabat yang amat dirinduinya itu.

Daim tergelak besar. “Kau tahu aku macam mana kan?”

“Degil kepala batu. That’s you mate.” Khasyi turut sama tergelak.

“Ahem!” Hana berdehem kuat sambil mengetuk meja di hadapan dua orang lelaki itu. Daim dan Khasyi menala pandangan ke arahnya. “Yes?” Daim menjungkit kening.

“Korang dah lama kenal ke?” Hana bertanya sinis.

Khasyi menarik senyum nipis. “Sorry Hana. Ni Daim, my best mate masa belajar dulu.” Ujar lelaki itu bangga sambil bahu Daim dipautnya erat. “Best mate? Macam bestfriend?” Hana berkerut seribu.

“Wait a sec. You know her?” Daim mengalihkan pandangannya pada Khasyi. Lelaki itu mengangguk. “Well yeah. I went out with her couple of times. Well not really a date. We were.. Getting to know each other.” Balas Khasyi sambil mengerling Hana. Bibirnya mengukir senyum bahagia.

Daim memandang gadis itu. Renungannya tajam. “You two were dating.”

Hana menggigit bibir. “You said you don’t care!” Hampir-hampir Hana meninggikan suaranya. “I don’t! But not with him! He’s my friend!” Balas Daim dengn oktaf yang melonjak.

“Manalah saya tahu dia kawan awak! Awak cakap awak tak kisahkan? Yang awak bising ni kenapa?” Tengking Hana, mula berapi. Turun-naik dadanya menahan marah. “Memang aku tak kisah! Aku tak kisah kau nak keluar dengan siapa tapi dia ni kawan aku! Orang gila je sanggup tengok kawan dia dengan..” Daim tak jadi menyambung ayatnya.

“Dengan siapa? Dengan siapa Daim?” Hana melawan pandangan tajam lelaki itu. Daim tidak berkata apa-apa. Hanya deru nafasnya saja kedengaran. Khasyi memandang Daim dan Hana silih-berganti.

“Daim, Hana what’s going on?” Tanya lelaki itu.

“Dengan siapa Daim?” Hana mengulangi pertanyaannya tanpa menghiraukan Khasyi yang sudah bingung. Daim memandang Khasyi. “Nothing. We’re just practising a play. Khasyi, it’s really nice to see you mate. But I gotta go. I’ll call you some time.” Bahu Khasyi dipegang erat sebelum dia melangkah pergi.

“Daim!” Laung Hana memanggil Daim yang semakin menghilang.

Khasyi tak terkata. Dia hanya mampu melihat kawannya itu beredar. “A play?” Tanya dia sebaik saja Daim hilang dari pandangan. Hana menarik nafas dalam-dalam. “Sketsa untuk family day company. It’s nothing, really. Khasyi, saya appreciate awak datang tapi saya pun kena pergi. Saya kena—”

“Cakap dengan Daim?” Duga lelaki itu. Hana memandangnya untuk beberapa saat sebelum mengangguk. “Saya mintak maaf Khasyi.”

Lelaki itu menarik senyum tawar. “It’s okey. Saya call awak nanti.”

“Thank you.” Hana membalas senyuman Khasyi sebelum bergerak pergi.

-

Hana memejamkan mata sambil mengulang-tayang perbualan Khasyi dan Daim tengah hari tadi. Daim dan Khasyi bersahabat baik sewaktu belajar dulu dan lelaki itu memanggilnya, Daim Takahashi.

Takahashi.

Maknanya.. Encik Takahashi itu ayah Daim? Maknanya.. Daim ni bukan PA Shuichi sebaliknya.. Daim..

“6, 7, 8 years I guess. I know. Wow, I thought something was weird when I walked in here. Samurai, yeah it’s your dad’s right? God, I can’t believe you’re here! They said you went to Palenstine and Afghanistan. I thought I’d never see you anymore.”

Kata-kata Khasyi kepada Daim terngiang-ngiang dalam kepalanya. Samurai, it’s your dad’s right? Dan lelaki itu tidak menafikannya. Ya Allah.. Jadi betullah yang Daim sebenarnya anak kepada big bos kompani ni.

God, I can’t believe you’re here! They said you went to Palenstine and Afghanistan. I thought I’d never see you anymore.

Apa maksud Khasyi tu? Daim pergi ke Palestin dan Afghanistan? Misi keamanan ke? Hana terasa kepalanya sakit seperti dicucuk jarum. Perlahan jari runcingnya memicit pelipis yang sudah berdenyut-denyut. Siapa Daim sebenarnya?

Berapa banyak lagi rahsia lelaki ni yang akan terungkai..?

-

Budin menongkat dagu. Lama dia merenung Hana. Setiap tingkah gadis itu diperhati elok-elok, setiap gerakan setiap kelipan, semuanya diteliti sedalam mungkin. Sesekali matanya dikecilkan, cuba nak mentafsir riak wajah lembut itu.

“Lagi sepuluh saat kau tak habis tenung muka aku Budin, aku pergi HR, minta depa pecat kau berkuat-kuasa serta-merta.” Tegas Hana sambil jarinya gagah menekan huruf-huruf pada papan kekunci komputer. Matanya kekal melekat pada skrin tanpa berganjak walau sedikit pun.

Budin mengusap lengannya yang terasa meremang. Psiko la Hana ni. “Hana.” Panggil lelaki itu. Hana sekadar menjawab dengan bunyi yang terhasil dari kerongkongnya. Jarinya masih laju menghentak butang papan kekunci.

“Sampai bila nak simpan dalam hati tu?” Tanya Budin.

Wajah Hana tidak berubah riak. “Simpan apa?”

Budin bangun dan menuju ke sebelah Hana. Sebuah kerusi ditarik sebelum dia melabuhkan punggung di situ. “Kak Mida dah cerita kat Budin dah.” Ujar Budin perlahan. Tidak mahu menganggu pegawai penyelidikan lain yang sedang menjalankan eksperimen.

Hana tidak berkata apa-apa. Tumpuannya masih pada skrin komputer. “So macam mana dengan lelaki tu? Okey dia Na? Kak Mida cakap lelaki itu hensem gila. Lagi hensem dari Daim ke?” Budin meneruskan pertanyaannya yang bertimbun-timbun di benaknya.

“Hana, ceritalah.” Pujuk Budin apabila kawannya itu tidak memberikan sebarang respon. Selalunya kalau Budin berjoyah macam ni, mesti Hana dah herdik habis-habisan suruh lelaki itu join Geng Powerpuff Girls. Tapi kali ni, kenapa dia senyap je.

“Hana.” Panggil Budin lagi, tak nak mengalah.

Gadis itu menarik nafas panjang sebelum memusingkan kerusinya menghadap Budin. “Apa dia Budin?” Mata Hana mencerun tajam. “Ceritalah.” Budin menayang senyuman pembaca berita dia itu.

“Apa yang kak Mida cerita kat kau itulah ceritanya! Nak aku cerita apa lagi? Dah jangan kacau aku lagi. Aku banyak kerja ni! Blah!” Tengking Hana sambil membelakangkan Budin. Terpana sekejap lelaki itu. Tak pernah-pernah kena tengking macam ni.

Budin pergi mendapatkan Nani yang terhenti kerjanya apabila mendengar tengkingan bosnya itu. Bahkan, semua yang ada dalam makmal turut terhenti berkerja. Mata masing-masing terpaku pada Hana yang dah pasang muka serius sambil tekun menaip report.

“Apasal dengan Hana?” Tanya Budin, terasa hati dengan kawannya itu. Malu tau kena tengking macam tu depan semua orang. “Salah kau jugak. Orang tu angin tengah tak baik, pergi nak cucuk cucuk. Memanglah kena setepek.” Nani bersuara perlahan, tak mahu Hana dengar. Ada nanti dengan dia dia sekali kena tengking.

Budin memeluk tubuh. “Jarang Hana moody macam ni. Apa dah jadi?”

Nani menjungkit bahu. “Kata si Razak, pagi tadi kat kafe budak-budak ni nampak Hana dengan Daim macam ada perbincangan sikit. End up Daim bangun tinggalkan Hana. Lepas tu masa lunch tadi kat lobi ada orang nampak Hana dan Daim macam bertelagah sikit.” Cerita gadis itu seakan berbisik.

“Diaorang menengking ke?” Tanya Budin perlahan.

Sesekali matanya mengerling ke arah Hana yang kekal menampal wajah seriusnya. “Entahlah. Tapi Razak cakap diaorang nampak serius gila. Kau tahulah Hana kan? Jarang dia nak serius.” Balas Nani sambil  menggeleng kepala.

Budin terangguk-angguk sambil mengucap terima kasih kepada Nani sebelum keluar dari makmal. Sepuluh minit kemudian, dia muncul dengan secawan hot choc dan coklat muffin. Diletakkan cawan hot choc dan coklat muffin di atas meja Hana. Gadis itu mendongak, memandangnya kosong.

“Budin tak kisahlah kalau Hana nak simbah Budin dengan hot choc ni ke apa, tapi Budin akan tetap ada kat sini untuk Hana. Bila-bila masa Hana nak bercerita, Budin ada kat sini.” Tegas Budin sambil menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan kawannya itu.

Hana memandangnya lama. “Boleh kau belasah Daim untuk aku?” Pinta Hana tanpa disangka. Budin mengerutkan dahinya sebelum akhirnya dia bangun dan terus memacu langkah ke bilik pejabat Daim. Gadis itu terpinga-pinga. Biar betik Budin ni? Jangan nanti dia yang lunyai kena tibai dengan Daim.

 Dipandang Nani macam nak telan. “Budin pergi mana?” Tanya Hana serius walaupun sebenarnya dia dah mula rasa gelabah. Teman sekerjanya itu menggigit bibir bawah.

“Cari Encik Daim.” Balas Nani mengangguk, mengiyakan apa yang ada dalam fikiran Hana. Tanpa menunggu walau sesaat, Hana bingkas bangun dan berlari keluar dari makmal, mencari Budin.

Hana menarik nafas lega saat matanya menangkap kelibat Budin sedang berdiri tegak tercegat di depan pintu bilik Daim yang sedikit terbuka. Dia tak masuk lagi. Fuh, nasib baik. Hana pergi mendapatkan kawannya itu.

“Bu—”

“Apa patut aku buat Shuichi? Apa patut aku buat?” Suara Daim kedengaran di sebalik pintu biliknya. Hana berhenti melangkah. “Kau nak dia bahagiakan? Biarkan dia teruskan life dia. Biarkan dia keluar dengan sesiapa dia nak.” Nasihat lelaki berbangsa Jepun itu.

Hana mencuri dengar apa yang diperkatakan mereka.

“Tapi aku tak sanggup tengok dia dengan lelaki lain. Bayangkan dia dengan lelaki lain pun aku tak sanggup apatah lagi biarkan dia dengan kawan baik aku sendiri!” Bantah Daim keras. Namun suaranya masih dikawal supaya tidak kedengaran terlalu kuat.

Hana mengerutkan dahi. Dia tu.. aku ke?

“Kau sendiri cakap dengan aku yang dia bukan milik kau. She’ll never be yours. Kau dengan dia tak ditakdirkan bersama. Daim, aku rasa kau kena beritahu dia Daim. Sampai bila kau nak biarkan dia tunggu kau? She has to know the truth.”

Hana menelan air liur. The truth? Tiba-tiba dadanya berubah rentak. Kenapa rasa tak sedap hati ni? Dia melangkah beberapa tapak mendekati bilik pejabat Daim.

“Aku tak mampu Shuichi. Aku tak boleh sakitkan hati dia lagi. Aku tak sanggup tengok dia menangis sebab aku. Aku takkan biarkan dia tahu yang dia sebenarnya adik aku.”

Adik? Langkah Hana terhenti. Kakinya kaku tak mampu bergerak. Berderau seluruh tubuhnya mendengar satu perkataan itu.

“Sampai bila?” Lelaki Jepun itu hampir meninggikan suaranya.

“Sampai aku mati. Biarlah dia benci aku. Biarlah dia anggap aku ni manusia paling jahat sekalipun, aku tak boleh biarkan dia terluka. Kalau dia tahu yang aku dengan dia tak boleh bersama sebab kami adik-beradik, Ya Allah, aku tak dapat bayangkan betapa terseksanya dia nanti. She’ll hurt.” Suara Daim kedengaran terdesak.

Seluruh tubuh Hana menggeletar hebat. Dadanya berombak laju. Adik-beradik? Adik? Aku dan Daim.. Adik-beradik? Serta-merta kejadian ketika Daim merampas gambarnya sewaktu kecil terbayang di kepala. Reaksi Daim, reaksi Shuichi. Dan ketika itu jugalah Daim nekad memutuskan pernikahan mereka. Semuanya kerana... mereka adik-beradik?

Hana memejamkan mata sambil menggeleng-geleng kepala. Mustahil. Tak, ini semua tipu. Fitnah. Mustahil aku dan Daim adik-beradik. Aku cintakan dia. Dia cintakan aku. Tak mungkin aku adik dia. Tak mungkin.

Budin tergamam. Sungguh dia tak menjangka apa yang baru saja dia dengar. Hana.. Hana tak boleh tahu benda ni. Dia tak boleh tahu.. Budin memusingkan tubuhnya, mahu beredar untuk menyakinkan Hana supaya melupakan Daim, lupakan segala kenangan mereka bersama. Namun, sebaik saja tubuhnya berpaling, matanya menangkap wajah pucat gadis itu yang sudah dilinangi air mata.

“Hana!”  Budin hilang kata. Nafasnya seperti tersekat di kerongkong.

Ketika itu juga, pintu bilik Daim terkuak. Daim dan Shuichi memandang Budin dan Hana silih-berganti. “Apa kau buat kat sini?” Tanya Daim keras. Bibir Hana terketar-ketar. Kakinya seperti tak bermaya untuk menampung beban dugaan yang baru diterimanya ini.

“Semua ni.. salah faham.. kan? Daim... Kita.. Kita bukan.. adik-beradik.. kan?” Terjungkit-jungkit bahu gadis itu dalam sedu. Suaranya bergetar serapuh hatinya. Wajah Daim dipandang dengan penuh mengharap. Pipinya sudah basah dilinangi air mata yang tidak surut-surut.

“Hana..” Shuichi cuba menenangkan Hana namun gadis itu menolak keras. Dia mahukan jawapan dari mulut Daim, bukan orang lain. Dia mahu dengar penjelasan dari mulut lelaki itu sendiri. Hanya Daim yang boleh menenangkan hatinya yang lara.

Lelaki itu membalas pandangan Hana lama sebelum akhirnya dia memalingkan wajah. “Baguslah kau dah tahu. Tak payah aku susah-susah nak reka cerita lagi.” Ujar Daim dingin. Shuichi dan Budin terserentak mendengar kata-kata lelaki itu.

“Daim..” Hana cuba mendekati Daim.

“We’re done Hana. We’re done.” Tegas lelaki itu sambil menggeleng-geleng kepalanya. “Tak.. Saya tak percaya. Makcik Mia. Makcik Mia tahu. Dia.. dia boleh..” Bicara Hana mati apabila Daim mengeluarkan dompetnya dan mencampak keluar sekeping gambar ke wajah gadis itu.

Terketar-ketar tangan Hana mengutip gambar itu semula. “Budak lelaki tu aku. Perempuan yang dukung aku tu umi aku, makcik Mia. Lelaki sebelah umi tu ayah aku, Encik Takahashi. Dan budak perempuan yang dia dukung tu.. kau.” Jelas Daim dingin, menahan perasaan.

Budin tercengang memandang lelaki itu. Encik Takahashi ayah Daim?

“Sekarang kau fahamkan kenapa aku dengan kau tak boleh bersama? This is the reason why I had to break our vow.” Sambung Daim kembali menala pandangannya ke wajah pucat gadis itu.

“No. This is just a photo. Sekeping gambar kita bersama masa kecil tak bermakna kita ni adik-beradik. No. It’s all lie.” Hana menggeleng kepala banyak kali, cuba menafi.

“Maisa.” Ujar Daim perlahan.

Hana terkedu. Bulat matanya memandang lelaki itu. Maisa? Serta-merta mimpinya tentang dua orang kanak-kanak berputar dalam fikiran. Buah epal. Abang beli buah epal. Abang memimpin riang tangan adik.

Maisa, sini sayang.’ Suara lembut seorang wanita memanggil.

Kepala Hana terasa berpinar. Gambar di tangannya ditatap semula. Wajah makcik Mia dalam gambar itu dipandang lama. Wanita dalam mimpinya ialah... makcik Mia. Matanya kemudian beralih pada Daim. Lama dia merenung gambar itu.

Ya.. Inilah abang dalam mimpinya itu. Inilah.. Daim.

“Maisa tu nama sebenar kau, Hana.” Daim meratah wajah pucat gadis itu. Hana mendongak. Matanya yang sembab merenung ke dasar mata Daim, mencari walau sekelumit harapan, namun hampa. Hanya pandangan kosong menghiasi anak mata lelaki itu. Dia dah putus harapan.

He has given up.

Hana mengetip bibirnya yang semakin bergetar. Esakan kecil mula kedengaran dari tubuh genit itu. “Daim..” Panggil Hana dalam tangisannya. “Aku harap lepas ni aku tak jumpa kau lagi. Aku harap ni pertemuan terakhir kita.” Ujar Daim, memalingkan wajahnya.

“Daim..” Hana terasa seperti kepalanya dihempap dengan batu. Apa maksud dia tak nak jumpa aku lagi? Apa maksud dia ni pertemuan terakhir kita? “Aku doakan kau bahagia dengan Khasyi.” Dan Daim pun melangkah pergi meninggalkan gadis itu yang terpana dengan kata-katanya.


Sayōnara Hana.

---

Rosebud says:
Assalamualaikum buddies!
Alhamdulillah, dpt juga ketemu 1 Ramadhan 1435H. Alhamdulillah, dpt juga update bab baru. Thanks korang sbb tak putus-putus support budak hingusan nih. Exam da hbs, yeayy :)
Nways, byk udang2 galah di balik mee daa keluar ttg Daim especially. hope korang enjoy membaca ya. Saya nak tahu pendapat korang, komen, nasihat, tak puas hati ke, tak enjoy ke, gumbira ke, anything, saya nak tahu. so tolonglaa menaip, sempena bulan puasa ni kan. Kasi jari tu bersenam sikit. huhu.. Wlupun saya tak mampu nk reply sorang2 punya komen, but I did read every one of them and take into consideration tau. 
FYI, sempena bulan penuh barakah ni, Alumni SMK Telok Mas Melaka (my school) merancang utk adakan Program Jalinan Kasih Ramadhan (JKR) insya Allah pada 19julai ni. Program ini melibatkan aktiviti spt menziarahi rumah Fakir Miskin, Orang Kelainan Upaya (OKU), Anak Yatim, Muallaf dan Ibu Tunggal yang tinggal di sekitar kawasan Telok Mas sambil menghulurkan bantuan kepada mereka. Brg2 yg dicdgkan spt barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, susu, gula dan barangan kekal seperti Al-quran, Kitab Agama, tasbih dan lain-lain.
Jadi bagi sesiapa yg mahu membantu, insya Allah, indirectly bersama-sama kami bantu mereka yg memerlukan bantuan kita, bolehlah menghulurkan sumbangan ke akaun CIMB Cik Siti Aisyah Mustapha spt dlm gmbr di bwh ya. Moga kemurahan hati kalian dpt memberi berat pada imbalan pahala kalian di perkampungan akhirat nanti insya Allah. Jom kumpul points Jannah yok!





Dan, boleh baca doa ni. Moga Allah Taala terima amalan kita ya insya Allah, aamiin..





 Jazakallah bi khair korang. May Allah bless. Please doakan saudara2 kita di Palestine, Syria, Afghanistan, Mesir & ofkos Malaysia, moga Allah rahmati kita til jannah insya Allah. 



4 comments:

syeena hamdan said...

Alhamdulillah, dapat juga baca entry baru...tak sabar nak tahu apa tindakan hana...jumpa makcik mia @ ayah daim...bagaimana dengan khasyi...takkan Daim nak lepaskan hana macam tu aje....cepat2 up entry baru yer...

Rashidah Ramlan said...

Bace entry tbaru ni wat perasaan jd huru hara...bcampur aduk...1st ase hepi ngan gelagat khasyi+hana yg ting tong tu....time daim ngan hana...aduhai...sedey nk menangis de...geram de...daim lelaki yg sgt tggi egonye tp sgt penyayang...dlm hati de taman gitu...xmampu nk lepaskn hana wpun layan hana kerek gile....wpun pe pun daim+hana ttp sweet bsame...serashi...sy akn frust klu daim xbsame hana akhirnye...diorg sgt2 sweet....hehehe....cpt2 update next entry k.xsabo dh nih.by d way...hope exam smue ok k....salam ramadhan dik!

Anonymous said...

Cik Writer Daim ke Khasyi???? Dua2 hero perfect huhuhu... sila bg next entry nak tau sape pilihan Hana...

Anonymous said...

Daim lah. Khasyi tu watak sampingan je.........

Post a Comment