Thursday, June 5, 2014

Aku bukan Hana Tajima! 50

Hana mengucup pipi gebu bayi perempuan yang diberi nama Lulu Jinan. “Comelnya dia kak. Memang sebiji ikut muka Hana. Comel menawan memukau jiwa.” Usik gadis itu. Matanya masih setia menjamah setiap inci wajah comel anak kak Mida, mengagumi keindahan ciptaan agung Tuhan Yang Maha Mulia.

“Itulah.. Kesian anak aku... Apa laa nasib dia..” Rintih kak Mida sambil mengusap ubun-ubun anaknya itu. Hana menarik muka. “Eh kak, muka macam Hana ni muka bawa tuah tau tak?” Dijeling kak Mida habis-habisan.

“Kau ni datang seorang je ke?” Kak Mida mengalihkan pandangannya pada wajah lembut Hana pula. Gadis itu mengerutkan dahi. “Laa kan datang bertiga ni.” Jawab Hana nakal. Kak Mida menepuk lengannya.

“Tak pernah nak jawab elok-elok kalau akak tanya kan!” Bebel kak Mida.

Hana tergelak besar. “Kak, kenapa Lulu Jinan? Akak ambil dari Cartoon Network ke? Kenapa tak bubuh Hana Jelita ke Hana Indah ke. Baru la glamorous.” Pipi Lulu Jinan dikucup lagi. Subhanallah, bahagianya hati ni dapat tatap wajah suci bayi comel kak Mida ni.

“Banyaklah kau! Kau ingat akak ni sengal macam kau ke? Lulu tu dalam bahasa Arab maknanya mutiara. Jinan maknanya syurga-syurga. Lulu Jinan, mutiara syurga. Mutiara hati mama dengan papa ya.” Ujar kak Mida tersenyum bahagia sambil mengusap pipi anaknya itu.

Hana terangguk-angguk. “Sedapnya makna nama awak. Lulu Jinan.” Sekali lagi pipi Lulu Jinan menjadi mangsa kucupan gadis itu. “Kau okey Na?” Kak Mida bertanya setelah agak lama dia menatap wajah Hana, seolah menanti masa yang sesuai untuk bertanya sesuatu.

“La ni siapa yang dalam pantang ni? Akak ke Hana?” Tanya Hana pelik dengan pertanyaan kak Mida. Wanita itu mengoyak senyum nipis. “Hana, Hana. Akak doakan kau jumpa lelaki yang terbaik untuk kau, yang sayang kau, hormat kau, hargai kau dan akan jaga kau sampai ke jannah nanti, insya Allah, aamiin.” Kak Mida menarik kepala Hana dan dikucup lembut dahi gadis itu.

Hana tergamam. Terkebil-kebil matanya merenung wajah keibuan kak Mida. “Kau baik Na, sebab tu Allah uji kau. Insya Allah lepas ni Allah hantarlah lelaki mulia untuk jaga kau.” Kepala gadis itu diusap lembut.

“Budin cerita kat akak he?” Hana mengukir senyum tawar.

Kak Mida mengangguk. “Budin dan Geng Powerpuff Girls.” Balasnya. Hana menjulingkan mata sambil kepalanya digeleng-geleng. “Dah agak dah. Ni mesti diaorang exaggerated gila ni. Kak, takdalah sadis sangat kisah cinta Hana.”

“Tak sadis apanya dah kalau kau pengsan bagai. Kenapalah Daim buat macam tu kat kau? Tak faham akak. Akak tak percayalah dia nak mainkan kau, cakap tak sayangkan kau lagi. Akak nampak macam mana dia pandang kau, Na. Dia sayang kau. Ni mesti ada something terible happened ni sampai dia terpaksa buat macam tu kat kau.” Kak Mida memegang dagu, cuba mengerah otak, mencari jawapan kenapa Daim berubah.

Hana menarik sengih. “Akak pantang ni mesti layan cerekarama banyak sangat ni. Tulis novel la kak. Dah siap nanti bagi Hana baca.” Sakat gadis itu sambil bermain dengan keningnya.

“Akak cakap betul-betul kau main-main. Ee geram aku.” Kak Mida mencubit pehanya sehingga terjerit gadis itu. Lulu Jinan yang selesa dalam dakapan Hana terperanjat dan mula menangis.

Hana menarik muka. “Akaklah ni!” Dengan berhati-hati, dia merapatkan Lulu Jinan ke dadanya sebelum menepuk lembut punggung bayi itu sambil berzikir memuji Allah.

Kak Mida sekadar memerhatikan perilaku gadis itu sambil memasang senyuman keibuannya. Setelah beberapa minit dia mendodoi Lulu Jinan, akhirnya bayi comel itu pun tertidur.

“Dah boleh kahwin dah kau Na. Pandai kau dodoikan anak akak.” Lulu Jinan diletakkan perlahan-lahan ke dalam baby cot. Hana melayang senyuman penuh bangga. “Kan? Akak takda lelaki hensem ke nak recommend Hana kat dia? Rugi tu tak dapat Hana. Dahlah cantik, masak sedap, pandai tidurkan budak. Haa, perfect score!”

Kak Mida ketawa besar. “Hmm.. Ha! Na, akak ada kenal seorang lelaki ni. Akak jamin, kau mesti suka kat dia. Nak kenal tak?” Tanya kak Mida beriya. Hana berkerut memandang wanita itu.

“Akak buat lawak kacang bendi ke apa ni?”

“Akak seriuslah. Nak kenal tak? Nama dia Khasyi. Dia tua empat tahun dari kau. Orangnya, Ya Allah hensemnya Hana. Waktu first time akak jumpa Khasyi ni, akak punyalah terpegun sampai lupa yang aku ni dah kahwin. Dahlah perut memboyot masa tu. Ha, punya dahsyat hensem dia.” Cerita kak Mida penuh semangat. Bersinar-sinar matanya saat bercerita tentang lelaki tampan bergelar Khasyi itu.

“Kalau setakat hensem je, takpalah kak. Pergi kilang buat boxer pun dah boleh jumpa lelaki hensem.” Balas Hana, menolak sopan. Kak Mida berdengus. “Hei, akak tak habis cerita lagi! Khasyi ni baik orangnya Na. Cakap lembut, soft spoken, takda nak meninggi suara. Hormat kat orang. Muka asyik tersenyum je. Sejuk perut akak tengok.” Tambah kak Mida. Tangannya mengusap perut sendiri, mengimbau kembali perasaannya sewaktu kali pertama bertemu dengan Khasyi.

Hana tampal muka penuh keraguan. “Dia macam Budin ke? Atau lagi parah?” Duga gadis itu. Kak Mida menjulingkan mata. “Kau ni Na. Soft spoken, bukannya lembik! Dia straight, jangan risau. Gagah Na. Abang Sado tau.” Ujar kak Mida, mempromosikan lelaki itu habis-habisan.

Pecah terus tawa Hana bila dengar kak Mida menyebut ‘Abang Sado’. “Whuoo dah maju. Mana akak belajar sebut ‘Abang Sado’ ni? Laki akak dah jadi Abang Sado ke?” Hana menjungkit-jungkit kening. Setahunya, suami kak Mida, abang Fizi tu orangnya slim. Tak kurus sangat tapi tinggi.

“Laki akak bukan abang sasa do. Dia abang boroi do. Abang Bodo.” Selambak kodok je kak Mida mengutuk suami dia. Hana segera menutup mulutnya, menahan tawa yang hampir meletus bila pintu bilik kak Mida terkuak dan seorang lelaki masuk ke dalam.

“Amboi amboi, Abang Bodo ya?” Perli suami kak Mida sebaik saja dia masuk ke dalam bilik. Tangannya mencekak pinggang sambil muka serius dipasang. Kak Mida menoleh. Terus pucat membiru wajahnya.

“Err... Eh abang tak tahu ke? Abang Bodo dalam bahasa Sanskrit maksudnya Abang kacak bergaya. Haa, ayang puji abang tau. Suka tak?” Kak Mida menayang muka comel. Suaminya menarik senyum geram.

“Nasib baik Hana ada. Kalau tak, dah lama abang siat-siat mulut ayang tau!” Terus pipi kak Mida dicubit manja. Wanita itu terjerit kecil. Serentak Hana dan abang Fizi meng-‘shh’-kannya, menyuruh wanita itu diam.

Kak Mida menarik suaminya itu  duduk di sampingnya. “Abang, Khasyi itu solo lagi kan bang?” Peha suaminya ditepuk-tepuk, mahu menarik perhatian. Abang Fizi  mengangguk.

 “Kenapa? Ayang nak usha dia?” Duga suami kak Mida sambil mencuit lembut dagu isterinya. Ada nada cemburu di situ.

“Hei apa ke situ pula? Buat apa ayang nak usha lelaki lain dah kalau depan mata ni dah cukup tampan kacak menawan dah? Ni bang, kita kenalkan Hana dengan Khasyi tu okey tak?” Kak Mida betul terlupa dengan kewujudan Hana. Dipeluk mesra lengan suaminya sambil kepala dilentuk manja ke bahu lelaki itu.

Hana berdeham beberapa kali. “Err kak, Hana ada lagi ni.”

Kak Mida memandang gadis itu beberapa saat sebelum warna di wajahnya berubah merah. “Ya Allah Na, akak terlupa kau ada.” Kak Mida menepuk dahi. Memang betul terlupa dia ni.

Hana menarik muka. “Sampai hati.”

“Itulah ayang. Kesian kat Hana. Ni Hana, kalau betul nak, abang boleh aturkan pertemuan Hana dengan Khasyi tu. Baik orangnya. Solat jaga, selalu puasa sunat. Ha paling penting, dia jaga batasan dia dengan perempuan. Apa kata Hana?” Abang Fizi memandang gadis itu.

Hana hilang kata. Menarik ciri-ciri lelaki bernama Khasyi ni. Boleh jadi suami mithali. “Entahlah bang. Hana tak biasa benda-benda macam ni. Nak nak jumpa lelaki yang Hana tak kenal.” Dia berasa ragu-ragu.

“Kitaorang kenal dia. Insya Allah, dia baik. Ha kalau Hana risau pasal kewangan, don’t worry. Sampai keturunan ke 7 pun, insya Allah dia masih mampu menampung hidup Hana. So what say you? Abang aturkan ya?” Tambah Abang Fizi lagi.

Mak datuk. Keturunan ke 7? Anak raja ke apa tu? Hana menggaru-garu kepalanya. Mulalah dia pancarkan pandangan meminta simpati kepada kak Mida tapi wanita itu pura-pura tak nampak. Dia terangguk-angguk mendesak Hana supaya bersetuju dengan usul suaminya itu.

“Jumpa je. Bukannya suruh Hana kahwin dengan Khasyi tu. No harm meeting him.” Celah kak Mida. Hana berbelah-bahagi. Patut tak aku setuju? Aduhai, peningnya kepala.

“Nantilah Hana fikirkan dulu.” Hana memandang kak Mida.

“Jangan fikir, setuju je. Nanti dikebas orang, menyesal tau. Jumpa je. Kalau tak berkenan, tak payah jumpa lagi. Kalau berkenan, haa... Itu nanti kita bincang. Okey? Abang, pergilah call Khasyi. Cakap next week pertemuan dia dengan Hana. Abang up up sikit budak ni.” Jari telunjuk kak Mida ditala ke wajah Hana. Abang Fizi mengangguk dan terus bangun dan keluar dari bilik untuk membuat panggilan.

Terus gadis itu menarik lengan kak Mida. “Akak! Apa ni?”

“Apa ni apa? Jumpa jelah! Ish budak ni. Sampai bila Hana nak terus tunggu si ungka tu? Tak payah tunggu dia. Cari je lelaki lain. Banyak lagi lelaki budiman dalam dunia ni.” Riak wajah kak Mida serius.

Hana tunduk. “Bapak Budin, pak cik Budiman tu ada seorang je kak dalam dunia ni.”

Kak Mida menggigit bibir. Terus bahu gadis itu ditamparnya. “Kau ni. Main-main je kerja! Akak tak kisah, by hook or by crook, next week pergi jumpa Khasyi ni. Takkan akak nak kenalkan kau dengan lelaki tak guna?” Marah kak Mida.

Hana mencebik. “Yelah yelah! Hana jumpa dia la! Kalau lubang hidung dia kembang sebelah, Hana terus blah tau.” Dia memberi amaran.

“Fine. Janji kau jumpa dia. Thanks dear.” Tangan gadis itu diraihnya.

Hana menarik senyum nipis. Aku datang niat nak menziarah, end up, aku dapat blind date. Terbaiklah. Hikmah menziarah orang.

-

Sebaik saja Nani selesai membentangkan perkembangan terkini projek mega A, Hana terus bangkit keluar dari makmal menuju ke pantry. Sejak-sejak balik dari Melaka, sejak keluar dari hospital, sejak balik dari menziarah kak Mida, tekaknya cepat sangat haus. Kering semedang. Bahana tertelan air sungai Melaka yang indah tu kot.

Hana mengerling Akid yang tiba-tiba muncul di sebelahnya. Makin berusia, makin macho pulak aku tengok mamat ni. “Nak air?” Tanya Hana sambil mengambil jag air di dalam peti sejuk. Lelaki itu angguk. Cawan plastik dihulur kepada Hana.

“Nice ring.” Puji Akid sambil menjuih ke arah jari manis gadis itu.

“Oh thanks. Lawakan?” Hana mengoyak senyum manis. Cawan yang sudah dituang air dihulur kepada Akid. Cincin yang tersarung di jari manisnya kemudian ditayang sambil matanya tak leka mengagumi nilai seni pada corak cincin jed itu.

Akid menarik kerusi dan duduk menyilang kaki. Gadis itu dipandang lama. “It’s that your wedding ring? Too exotic to be a wedding ring though.” Akid sempat menyelitkan gurauan di sebalik soalannya. Hana tersenyum lagi.

“Saya takdalah sebengong tu Akid sampai cincin kahwin pun nak stail macam ni. No, it’s not a wedding ring.” Balas Hana sambil memandang cincin yang tersarung di jari manisnya itu. Kenangan di Melaka kembali mengimbau. Sebab cincin ni la tak pasal-pasal aku dapat ‘first kiss’ aku. Masa tak sedarkan diri pula tu. Nasib baik keadaan darurat. Kalau tak, memang dapat kaki si ungka tu.

Berderau darah Hana masa doktor cakap sambil mengerling bangga ke arah Daim yang dah pasang muka takda perasaan dia tu, ‘Nasib baik suami you pandai buat CPR. Kalau tak, susah nak selamatkan you tau.’ Dua benda buat Hana terkejut beruk. Pertama, suami. Kedua, CPR. Kaedah menyelamat dari mulut ke mulut. Waaa... Terasa pipinya merah menyala.

“So, how’s you and Daim?” Tanya Akid bersahaja. Hana tersedar dari lamunan. Dia menyandar pada kaunter. “Kitaorang okey je. Dia dengan life dia, saya dengan life saya. Kenapa tanya?”

“Saya nakkan kepastian. I’ve been hearing stuff.”

“What stuff?” Hana menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan lelaki itu. “People talk Hana. Lambat-laun orang akan tahu juga. I’m sorry to hear what happened to you and Daim. I really am.” Akid merenung anak mata gadis itu.

“Yeah, me too. Dahlah Akid, saya penatlah cakap pasal benda tu. So how about you? How’s your life? Ha dah lama saya nak tanya awak benda ni. How come you never introduced me to your wife?” Hana meneguk air sejuk. Nikmatnya bila air sejuk membasahi rongkongnya yang kering, Allah saja yang tahu.

Betullah doa Nabi s.a.w, ‘Ya Allah jadikanlah cinta kami kepada-Mu melebihi cinta kami kepada harta, keluarga dan air yang dingin.’ Tiga benda yang paling berharga buat manusia. Harta benda atau kekayaan, keluarga tersayang dan air yang dingin. Tepat sekali, terutama bila tengah musim kemarau ni. Masya Allah. Air sejuk ni lagi berharga daripada intan berlian.

 “I did. Once. You broke glasses. Remember?” Akid menjungkit sebelah kening. “Ingat. Tapi tu dulu Akid. Sekarang? Awak takut saya rasa tak selesa ke? How sweet. Jangan risaulah Akid. Benda dah lama dah. I’m a big girl now. I can deal with it.” Ujar Hana bersama senyuman meleret.

Akid meneguk airnya. Lama lelaki itu tidak bersuara. “Akid?”

“You sure you want to hear this?” Akid memandangnya lama.

Gadis itu mengangguk. “Yes, totally. Please.”

“Sebenarnya Hana, saya terpaksa kahwin dengan Hitomi.” Ujar Akid perlahan. Terbeliak mata gadis itu memandangnya. “Terpaksa? Maksud awak?” Hana tak jadi meneguk air dalam gelasnya. Matanya bulat merenung lelaki itu.

“Hitomi sebenarnya girlfriend room mate saya, Drake, masa belajar kat Jepun dulu. Tapi keluarga Hitomi oppose hubungan dia dengan Drake sebab Drake bukan orang Jepun. He was a British. Nak dijadikan cerita, Hitomi mengandung anak Drake. Bila keluarga dia tahu dia mengandung, keluarga Hitomi halau dia dari rumah, buang dia dari keluarga. They never called her let alone visiting her. Drake janji akan kahwin dengan Hitomi. Nak mulakan hidup bersama. Tapi...”

Akid berhenti berbicara. Bibirnya sedikit bergetar. Hana menanti lama. Wajah muram lelaki itu dia tatap dalam-dalam. “Tapi apa?”

“Tapi Drake accident. Dia pergi buat selamanya tinggalkan Hitomi dengan anak dalam kandungan. She had no where to go, nobody to help her. She had nothing but the unborn child.”

Hana menarik nafas panjang. Tangannya dibawa rapat ke dada. Hatinya mula terasa pilu mengenangkan apa yang dah berlaku pada Akid. “Sebab tu awak kahwin dengan Hitomi. Awak nak tolong dia.” Ujar Hana dah dapat mengagak apa tindakan Akid selanjutnya. Lelaki itu mengangguk.

“I’m sorry..” Ucap Hana ikhlas. Rasa simpati terhadap Akid membuak-buak.

“Saya cuba banyak kali nak beritahu awak Hana, tapi saya tak mampu. Awak betul-betul kecewa dengan saya dan saya tak nak tambahkan lagi luka awak.” Akid menjamah wajah lembut gadis itu.

“Benda dah berlalu Akid. It’s alright. Akid, mesti dah besarkan anak Hitomi? Bila awak nak bawa diaorang jumpa saya?” Hana bertanya ceria. Dipandang lama wajah muram lelaki itu.

“I can’t. Hitomi meninggal masa lahirkan anak dia. Baby tu pula lahir tak matang. She was gone few weeks after her mom.” Balas Akid lemah.

Hana tergamam. “Innalillahiwainnailahirojiun.. Ya Allah.”

Besar betul dugaan yang menimpa lelaki bernama Akid ni. Matanya mula terasa hangat, digenangi air mata. Hana merapatkan tangannya ke bibir. Ya Allah, kau berilah Akid kekuatan dan kesabaran Ya Allah.

 “Akid, saya minta maaf. I didn’t know. Kalau saya tahu—”

“Kalau awak tahu sekali pun awak tak boleh nak ubah takdir. I made my choice Hana. I chose her. So I had to face everything. Don’t worry. Saya okey. Awak tahu tak, saya tak pernah terfikir pun akan jumpa awak lagi. Apatah lagi berkerja dengan awak Hana. I broke your heart. Tapi.. Masa kali pertama jumpa awak dalam tandas tu, ikutkan hati, dah lama saya peluk awak erat-erat. I’d missed you so much.”

Hana menarik senyum pahit. Air mata yang menitis di pipi diseka lembut. Wajah tampan Akid dipandang lama. “I’d missed you too Akid. You were my best friend.”

Akid mengangguk. Bibirnya turut mengukir senyum. “Saya ingat lagi zaman sekolah kita. Ya Allah, nakalnya awak dulu Hana. Kaki tidur, kaki fly, kaki bising, kaki memekak, kaki bangku. Semua jenis kaki la. Semua kasi awak.” Akid ketawa besar bila Hana berpura-pura nak mencampak gelas berisi air ke wajahnya.

She’s back. Hana’s back.

“Eleh cakap saya. Awak tu lagi teruk tau. Ingat saya tak tahu siapa culprit yang pecah masuk pejabat guru besar curi kertas soalan gerak gempur?” Hana menjegilkan mata. Akid ternganga.

“How did you know?” Akid bertanya kagum. Minah ni apa benda dia tak tahu?

Gadis itu tampal muka berlagak. Tangannya disilang ke dada. “Akid, saya pioneer plan pecah masuk ni kot. Awak ingat tak, ada satu masa tu kecoh satu sekolah pasal komputer sekolah hilang tiga hari?” Kening dijungkit-jungkit.

“That was you?” Rahang Akid jatuh lagi.

“Yep that was me! Saya, Jenab dengan geng badak air. Kitaorang pecah masuk makmal komputer dan pinjam sebiji.” Hana tersenyum bangga dengan kenakalannya masa zaman sekolah dulu.

Akid geleng kepala. Sungguh dia tak sangka Hana merupakan dalang di sebalik misteri kehilangan komputer sekolah selama tiga hari. “Oh was it when you told bonda that you were going to sleep at Jenab’s? Padanlah 3 hari komputer hilang. Korang guna masa weekend he? Korang buat apa dengan komputer tu?”

Hana mengangguk sambil mengoyak senyum misteri. “Ada la. Mana boleh beritahu. We made a pact. Kitaorang dah angkat sumpah akan bawa rahsia ni sampai mati.” Akid menjulingkan mata.

“Poyo.”

Tiba-tiba wajah ceria Hana berubah suram. “Hana, you okey?” Akid bertanya. Gadis itu menarik senyum nipis. “Tiba-tiba saya teringat kat bonda. I miss her.” Balas Hana perlahan. Suaranya bergetar, menahan rasa sebak yang kembali bertandang di dada.

“Yeah, I miss her too. Saya terkilan tak dapat jumpa bonda for the last time. Tak salah, bonda meninggal masa kita kat Hong Kong kan? Dah ajal dia Na.” Ujar lelaki itu sambil menghembus nafas panjang. Hana menyandar pada kerusi.

“Saya rindu bonda..” Air mata mula menitis. Akid memandang wajah kelam gadis itu. Dia mendapat satu idea nak ceriakan hati Hana semula.

“Weekend ni awak nak ikut saya pergi jenguk ayah Wan tak?” Tanya Akid tiba-tiba. Dilihat sepasang mata hazel gadis itu bersinar-sinar. Senyuman mula terukir di bibirnya. Hana mengangguk laju.

“Really? Nak! Nak! Tapi sebelum pergi sana kita beli something dulu la untuk budak-budak kat situ, okey?”

“Okey. Say, Sabtu?”

“Okey.” Angguk Hana.

“I’ll pick you up morning, say around... 9-ish?”

Hana angguk lagi sambil tersenyum. “9-ish it is.”

-

Jannah dan Maya saling berpandangan sambil menampal muka pelik. Maya melancar pandangan ‘Apa-kena-dengan-perempuan-tu?’. Jannah menggoyangkan jari telunjuknya di tepi pelipis sebagai tanda menjawab pertanyaan Maya. Akhirnya dua-dua bantai gelak sakan.

“Apa yang kelakar sangat?” Hana tiba-tiba muncul dari biliknya. Semerbak harum satu ruang tamu. “Kau mandi bunga ke apa ni Na? Wangi bukan main. Sakit hidung aku.” Maya mengibas bau minyak wangi yang dipakai kawannya itu.

Hana mengerutkan dahi. Wangi? Mana ada aku pakai perfume. Terus ketiaknya dibau. “Oh ni bau softener company Samurai buat la. Wangi kan? Satu penutup penuh aku bubuh semalam masa basuh baju ni.” Hana memaksa Jannah dan Maya supaya hidu bau blouse yang tersarung pada tubuhnya.

“Eh a’ah la. Wangi kot. Aku tak perasan pun rumah ni ada softener. Bukan dah lama tak beli ke?” Jannah menolak kawan baiknya itu jauh. Agak-agaklah nak suruh orang bau baju tu. Takkan sampai ketiak kau pun aku nak kena bau. Ish!

Maya mengesot sedikit, memberi ruang kepada Hana. Gadis itu duduk dengan cermat dan penuh kesopanan. Graceful. Lagi sekali Maya dan Jannah bertukar pandangan. Tak pernah-pernah minah ni duduk sopan ayu bagai. Eh pelik pelik.

“Aku sorokkan softener tu. Tak nak anak beruang ni habiskan.” Balas Hana selamba sambil menjuihkan bibir ke arah Jannah. Kawannya itu menggigit bibir. “Kedekut punya mak nenek! Eh aku boleh beli sendiri la!” Herdik Jannah geram. “Eh Maya pun sorokkan softener tau. Tak nak kasi kau habiskan.” Hana menunjuk ke arah Maya yang dah ternganga.

Terus lengan Hana dipukul kuat. “Mulut tempayan betul!”

Gadis itu ketawa besar. “Apa salah aku do?” Jannah menolak Hana dan Maya serentak. Hatinya mula terasa bila diperlaku begitu. “Ala sentap. Hati besar kuman betul. Weh kau tu perabeh softener tau tak? Sekali bubuh, dah separuh botol habis. Botak la kepala kitaorang.” Hana memandang Jannah yang dah pasang muka tak puas hati.

“Apa salahnya bubuh banyak? Lembutkan baju. Senang nak lipat, nak gosok. Wangi pulak tu. Macamlah korang tak bubuh banyak?” Jannah menyandar kasar pada sofa sambil memeluk tubuh. Mukanya masam.

Maya menggeleng keras. “Tak! Kau sorang je bubuh bergelen-gelen. Softener bubuh sikit je. Tak payah banyak. Betul tak Hana?” Maya memandang Jannah sekilas sebelum memandang Hana. Gadis itu mengangguk.

“Iya. Satu penutup tu dah cukup dah. Bukan satu botol. Faham? Aku yang buat menatang ni semua, aku tahulah berapa banyak kena guna.” Hana menepuk dada, riak. Jannah mencebikkan bibir. “Kerek nak mampus. Tahulah saintis. Yelah, lepas ni aku jimat-cermat la guna. Tak payah sorokkan lagi. Kecil kot hati aku korang buat aku camni.”

Hana dan Maya ketawa. “Janji he? Guna sikit je. Kalau tak, jangan kan softener, dengan Cik Neo kau sekali kitaorang sorok. Okey?”

“Baikkk!” Jannah angguk laju sambil angkat tangan kanan, berjanji. Gila! Cik Neo kot.

“Eh Hana, kau bajet ayu ni pergi mana? Blouse jean semua ni. Ada date ke?” Maya menukar topik. Hana memandang blouse dan seluar jeans yang dipakainya. “A’ah. Jangan jealous you ols!”

Jannah menyilang kaki. Wajah kawan baiknya itu dipandang lama. “Dengan Daim?” Tekanya setelah agak lama berdebat dalam hati sama ada dia patut tanya ataupun tidak.

Hana menjeling tajam kawan baiknya itu. “Aku dengan Daim takda apa-apa okey. Jangan kaitkan aku dengan dia lagi. Kami officemates sahaja. The end. Sekarang ni, aku ada date dengan lelaki lain, which is not him, dan aku nak have fun. Tak nak fikir benda lain dah. Wish me luck korang!” Dia menepuk peha kedua kawan baiknya itu.

“Siapa lelaki malang tu weh? Aku nak ucapkan simpati kat dia.” Maya bertanya penuh rasa ingin tahu. “Alaa korang kenal dia.” Balas Hana menyandar pada sofa. “Budin?” Jannah meneka. Hana tampal muka geli.

“Kau gila? Dia tu dah macam adik-beradik aku kot. Salah. Deng!”

“Dah tu. Mat Tampoi?” Maya menembak pulak. Kegelian semakin jelas di wajah gadis itu. “Okey, mamat tu mati hidup balik pun aku tak nak date dengan dia okey. Salah! Deng!” Hana menggeleng laju.

“Akid?”

Maya dan Jannah memandang Hana lama. Perlahan bibir kawannya itu menguntum senyum. Jannah melepaskan satu keluhan berat. “Hana..” Belum pun sempat Jannah bersuara lagi, Hana dah memotong.

“Aku tahu apa kau nak cakap. Aku gurau je la. Aku bukannya dating dengan Akid. Dia ajak aku pergi jenguk ayah Wan. Itu je.” Ujar Hana sambil tersenyum. Rasa bahagia bila kawan-kawannya sangat ambil berat tentang diri ni.

“Sure?” Maya memegang tangannya. Hana mengangguk. “Korang tahu tak, Akid sebenarnya baik. Dan dia tak pernah lupakan aku pun.” Hana membayangkan wajah tampan lelaki itu.

Jannah berkerut. “Apa maksud kau?”

Hana menceritakan tentang Hitomi dan apa sebenarnya yang berlaku kepada mereka. Jannah menarik nafas dalam-dalam. “Kesiannya Akid.” Maya menongkat dagu. Rasa simpati pula pada lelaki itu.

“Habis sekarang ni, dia nak kat kau balik ke? Daim macam mana? Kau dah lupakan dia? Kau dah tak sayang dia lagi?” Jannah bertanya serius. Hana memandang kawan baiknya itu lama.

“Jannah, aku tak pernah lupakan Daim walau sesaat pun. Aku sayang dia Jannah. Tapi dia dah lupakan aku. Dia tak sayang aku. Dia mentah-mentah tolak aku. Apa aku nak buat? Kau nak aku buat apa Jannah? Menangis sampai ke tua? Tak kahwin-kahwin? No. I’d never do that. Ya aku sayang dia. Tapi kau sendiri cakap aku kena move on. Life goes on no matter what. So this is me, moving on.” Panjang lebar Hana meluahkan perasaan.

Maya memaut bahu sahabatnya itu. “Kitaorang tak larang kau date Hana. Cuma, kitaorang tak nak kau kecewa. Sedih tau tak tengok kawan baik sendiri merana macam orang gila. Tekanan perasaan tau.”

Hana tergelak kecil. Ni kalau diaorang tahu minggu depan aku ada  blind date dengan lelaki bernama Khasyi ni mahu lagi haru dibuatnya. Baik senyap dulu.

“Korang ni macam tak kenal aku pulak. Ala don’t worry la. Aku dengan Akid kawan dari kecil kot. Plus, this is not a date. Hanya sesi menziarah ayah Wan. That’s all. Ni korang plan nak buat apa ni? Takkan nak berkubang kat rumah je?” Hana memandang Jannah dan Maya silih berganti.

“Petang karang aku ada kelas ganti dengan budak-budak ni. Silibus tak habis-habis lagi. Adeh pening kepala aku.” Jannah menggeliat sambil menguap besar. “Aku pulak ada date dengan apek jual ais krim tu.” Maya mengerling jam di dinding.

Berlipat leher Jannah dan Hana menoleh ke arah kawannya itu. “Alex?” Tanya mereka serentak. Maya pasang senyuman canggung. “Korang ingat dia sorang je apek jual ais krim kat Malaysia ni? Bersepah lagi tau. Dahlah, aku nak mandi. Have fun Hana!” Maya bangun. Sempat dia mencubit pipi Hana sebelum kakinya berlari masuk ke dalam tandas.

Jannah dan Hana saling berpandangan. “Aku sorang je ke yang single lady sekarang ni?” Jannah bertanya dengan nada terkilan. Hana memegang dagu sambil berfikir lama.

“Hmmmm.... A’ah.” Angguk Hana.

Kawan baiknya itu menghempaskan kepala ke sofa. “Kau jumpa Akid, si usahawan yang kaya dan hensem, Maya pula jumpa apek jual ais krim, usahawan yang kaya dan hensem jugak, aku? Aku jumpa 40 orang budak kolej. Dahlah tak hensem, tak kaya, bebal pulak tu. Dah tu suka tenung aku dari mula kelas sampai habis dengan mulut ternganga, drooling, lepas tu end up satu benda pun tak masuk dalam kepala sekor-sekor. Bila jawab exam, semua ke laut! Brilliant. Argh!”

Hana ketawa menggila. “Hei kau patut bersyukur tau. 40 orang calon tu. Tunjuk je nak yang jenis mana. Hidung kembang. Muka tak mandi pagi. Gigi rongak. Semua ada.” Bahu kawannya itu ditepuk-tepuk. Jannah menjelingnya tajam.

“Cekadak mung!”

-

Akid bernyanyi mengikut lagu Let It Go yang berkumandang di radio. Hana mengerling Akid yang sedang memandu. Sehabis boleh dia menahan tawa yang hampir pecah. Bukan main bersemangat mamat ni nyanyi. Berkaraoke sakan. Siap tepuk-tepuk stereng kereta lagi.

“Senang hati nampak?” Hana bertanya sinis.

Lelaki itu mengoyak senyum nipis. Matanya dicerunkan ke arah Hana yang sedaya upaya menahan sengih. “Takkan saya tak senang hati dapat berdua-duaan dengan awak? Dapat shopping sama. Agaknya macam ni la perasaan shopping dengan isteri ya?”

Serta-merta senyuman yang baru nak terbentuk hilang di bibir gadis itu. Hana memandang Akid. “Awak tak pernah shopping dengan Hitomi?” Hana memberanikan diri untuk bertanya. Lelaki itu mengecilkan volume radio. Lagu tema filem Frozen itu semakin sayup.

“Mestilah pernah. Tapi lain. I had no feelings for her. But with you, it feels just right. It’s something that I’d do for the rest of my life.” Akid berkata lembut. Matanya menjamah segenap wajah ayu gadis itu.

Hana menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembus panjang. Ini bukan kali pertama dia berhadapan situasi begini bersama Akid. Hana mengusap lengannya. Terasa seperti semut-semut merebak ke seluruh tubuh. Memori di bendang padi kembali menyegar di kepala. Memori ketika Akid meluahkan perasaannya.

Déja vu.

“Akid..” Hana tak mampu menyambung kata-katanya.

“Dah sampai.” Akid menghentikan kereta betul di perkarangan rumah anak-anak yatim di lorong Haji Rahman. Wajah ceria ayah Wan menyambut kedatangan mereka. Hana melambai-lambai ke arah budak-budak yang sudah berlari keluar sambil menjerit namanya.

“Ohh bawa bertenang anak-anak. Akak Hana tak lari ke mana.” Akid yang baru turun dari kereta tergamam tengok anak-anak yatim yang menyerbu Hana. Mak aih kalah artis.

 “Abang ni...” Seorang remaja lelaki merapati Akid.

“Akid. Nama apa?” Akid menghulurkan tangan. Remaja itu menyambut huluran tangan Akid. “Ali. Nama saya Ali. Abang Akid dulu..” Belum sempat Ali menghabiskan ayatnya Akid dah memotong.

“...duduk rumah anak yatim ni jugak. Sama dengan kak Hana.”

Ali tersenyum lebar. “Padanlah muka abang nampak familiar. Arwah bonda selalu lap gambar abang dengan kak Hana. Sebab tu gambar abang dan kak Hana je tak berhabuk.” Ujar remaja itu. Akid menarik senyum nipis sambil mengusap rambut Ali.

“Ali umur berapa?” Tanya Akid sambil membuka but kereta. Barang-barang yang dibelinya tadi bersama Hana diangkat sambil dibantu oleh remaja itu. “17. Tahun ni SPM bang.” Balas Ali senang.

Akid terangguk-angguk. “Haa dah ready dah?” Dia bertanya sambil berjalan seiringan dengan Ali menuju ke dalam rumah. Sempat Akid menyapa ayah Wan yang sedang menyandar pada jenang pintu menanti mereka. Hana ditinggalkan di luar melayani karenah anak-anak yatim yang tak puas memeluk dan bergurau dengannya.

Hana dah pasang muka  ‘HELP’ kepada ayah Wan yang dari tadi memerhatikan gelagatnya melayan budak-budak. Ayah Wan tergelak kecil sebelum akhirnya jalan menuju ke arah Hana dan meleraikan gadis itu daripada anak-anak yatim. 

“Hei dah la tu. Kesian akak Hana korang. Bagi dia masuk dalam rumah dulu barulah serbu.”

Ayah Wan menepuk punggung budak-budak tu, memaksa mereka masuk ke dalam rumah. “Terima kasih ayah Wan. Huii... Dahsyatnya budak-budak ni. Kalah piranha.” Hana dah membayangkan blouse dipakainya koyak-rabak macam dalam anime. Nasib baik masih utuh.

“Hana sihat?” Ayah Wan memandang wajah lembut gadis itu.

Hana mengangguk. “Alhamdulillah. Ayah Wan?” Tanya Hana pula. “Alhamdulillah. Macam ni la Hana.” Ayah Wan mendepakan tangan, tanda kudrat empat kerat masih kuat seperti dulu. Gadis itu tergelak kecil.

“Hana kerja kat company Akid ke?” Tanya Ayah Wan sambil mempelawa Hana masuk ke dalam rumah. “Tak. Tapi company Hana kerja ada kolaborasi dengan company Akid. Tu yang selalu jumpa. Alang-alang tu, kitaorang singgah jumpa ayah Wan. Saja nak tanya khabar.” Ujar Hana. Entah kenapa dia rasa macam perlu beri penjelasan tentang hubungan dia dan lelaki itu.

Ayah Wan terangguk-angguk dengar. “Ah lupa pula, sebenarnya Hana..”

“Daim.”

Nafas Hana tersekat di rongkong. Kakinya berhenti melangkah apabila matanya menangkap kelibat Daim yang sedang berjalan menuruni tangga sambil berbual-bual mesra dengan Ijat. Ayah Wan menggaru kepala. Terasa canggung dengan situasi macam ni.

“Akak cantik!” Jerit Ijat sambil meluru ke arah Hana sebelum mencium tangan gadis itu. Hana terpinga-pinga. Dia memandang Daim sekilas sebelum kembali memandang Ijat. “Sihat Ijat?” Kepala budak lelaki itu digosok lembut. Ijat angguk laju.

“Sihat je. Akak dah makan? Pagi tadi Ijat dengan abang Daim masak. Sedap gila!” Ijat menayang tanda bagus. Hana mengerling Daim yang sedang menuju ke arahnya.

“Hai.” Sapa Hana.

Sejak insiden di Melaka, rasa malu terhadap lelaki itu semakin menjadi-jadi. Asal bertembung di ofis, mulalah terbayang teknik menyelamat CPR tu. Lepas tu, tak pasal-pasal muka ni dah sama warna dengan sos tomato. Kekok terus.

Daim menjungkit kening, membalas sapaan gadis itu. “Bila sampai?” Tanya dia. Hana membalas renungan tajam Daim. “Baru je. Awak dah lama sampai ke?” Lelaki itu mengangguk. “Aku tidur sini semalam. Kau datang sorang je ke?” Daim meninjau-ninjau ke luar rumah, seperti mencari seseorang.

“Ha? Err.. Saya..dat—”

“Hana, kita lupa beli gu.. Oh Daim.” Akid yang baru saja muncul dari dapur tergamam melihat lelaki itu. “Akid.” Sapa Daim. Matanya memandang Akid atas bawah sebelum kembali pada Hana.

Ayah Wan dah mula rasa tak selesa. Segera ditarik tangan Ijat, mengajaknya ke dapur dengan alasan nak panaskan nasi goreng yang dimasak Daim tadi untuk Hana dan Akid.

“Akid dulu pun tinggal sini juga dulu, sama dengan saya.” Ujar Hana, tersepit antara dua lelaki. “Tahu. Nampak gambar dia dalam rumah ni.” Balas Daim mendatar. Matanya masih melekat pada wajah gadis itu.

“Bila sampai Daim? Kalau tahu kau nak datang, boleh gerak sekali.” Akid merapati Hana. Daim menarik senyum tawar. “Aku sampai semalam. Nak balik dah pun ni. Kau dua orang dah makan belum? Ayah Wan tengah panaskan nasi goreng pagi tadi. Pergilah makan.”

“Okey sure. Hana jom.” Akid mengajak gadis itu.

Hana angguk. “Awak makan dulu. Saya nak.. Awak pergilah. Kejap lagi saya datang he.” Segaris senyuman dilempar kepada Akid. Lelaki itu memandangnya untuk beberapa saat sebelum mengangguk dan menuju ke dapur.

Sejurus Akid hilang dari pandangan, Daim terus pergi ke luar rumah. Hana mengikut dari belakang. “Awak nak balik ke? Nanti dulu Daim. Makan sama.” Ajak Hana. Lelaki itu memandangnya sekilas.

“Kau nampak sihat.” Ujar Daim lebih kepada dirinya sendiri. Hana mengerutkan dahi. “Saya memang sihat pun. Kenapa? Ada orang cakap saya sakit ke?” Hana merapatkan jaraknya dengan lelaki itu.

“Selalunya orang lemas ada masalah trauma ke pening-pening ke selsema ke demam ke. Baguslah kau sihat.”

Hana bermain dengan cincin jed biru yang tersarung di jari manisnya. Saat dia bersama lelaki itu di hospital kembali bermain di minda. Sepanjang malam Daim menemaninya tanpa mengeluh walau sekali pun. Segala kerenahnya dilayan dengan penuh kelembutan. Dia langsung tak merungut. Hana menarik senyum simpul.

“Terima kasih daun keladi.” Ucap Hana sambil merapatkan sedikit jarak antara mereka. Senyuman terlebih gula ditayang lama-lama. Daim menjungkit sebelah kening.

“Okey... Kau ada terhantuk kepala kat mana-mana ke tadi sebelum datang sini?” Dia menyarung selipar. Dilayang pandangan pelik kepada gadis itu. “3 pek vitamin C atas meja saya. Awak punya kerja kan?” Bibir Hana menggulum senyum.

Daim diam sejenak sebelum mengangguk. “Oh. A’ah. Aku letak kat atas meja ofis kau. Oh please.” Mata dijuling ke atas. “Apa?” Hana merapatkan lagi jurang antara mereka. Daim kembali menambah jarak.

“Jangan nak twist kan kepala kau yang dah sedia twisted tu he.” Daim beri amaran. “Ha? Twist kan apanya?” Hana mengerutkan dahi sambil mendepakan tangan. Muka sombong ditampal.

“Don’t get any wrong idea Hana. The vitamin C was nothing more than a colleague-ey gesture. It’s for your immune system, to boost it up. Jangan fikir lebih-lebih pulak.” Balas Daim selamba. Hana menggigit bibir.

Serius mamat ni psikik. Macam tu je dia reject perasaan aku. Hana memeluk tubuh. “M-Mana ada saya fikir lebih-lebih! Saya saja je cakap terima kasih. Tak boleh?” Herdik Hana dengan oktaf terlebih-lebih. Nak cover malu.

Daim menarik sengih sinis. Terima kasih la sangat.

“Awak tak nak makan ke?” Hana menukar topik.

Masih mengikut langkah lelaki itu. “Kau tak nak makan ke? Takkan diet kot?” Daim bertanya balik. Hana menjeling geram. Orang tanya dia, dia tanya kita balik pulak. “Daim, kenapa awak datang sini tak beritahu saya? Kalau tak, boleh saya ikut awak sekali.” Hana menguis tanah dengan kaki kanannya.

Lelaki itu berkerut. “Buat apa? Mamat tu dah ajak kau.”

Hana menggigit bibir bawah. Tak pasti sama ada dia patut rasa bahagia ataupun kecil hati dengan statement si Daim ni. “Kalau awak ajak saya dulu, mestilah saya datang dengan awak.” Ujar Hana lembut, cuba mengawal perasaan yang kian berkecamuk. Pening dengan reaksi lelaki ni. Sekejap macam dia sayang kat aku. Sekejap lagi macam dia benci gila kat aku. Haish..

“So kau dengan Akid?” Daim bertanya mendatar.

 Kakinya melangkah ke arah kebun yang terletak di belakang rumah. Terus terjungkit kening gadis itu. “Kawan baik dari kecil la. Kenapa tanya macam tu? Jealous?” Hana memandang Daim sambil melabuhkan punggung di hammock di bawah pokok. Kening dijungkit, menduga.

Daim melempar senyuman sinis. “Hey, don’t get me wrong. Aku takda masalah kau nak ada hubungan dengan Akid. Like I said, you and I are over. It was just merely a question.” Topi yang tersarung di seluar jeansnya diambil dan dipakai di kepala. Panas bahang matahari mula terasa.

“Awak tak kisah kalau saya dengan Akid bercinta?” Tanya Hana sambil membuai. Daim menggeleng kepala. “Don’t give a shit.” Hana menarik nafas dalam. “Kalau saya dengan Akid kahwin, awak masih lagi don’t give a shit?” Duga gadis itu.

Daim tidak menjawab soalan Hana. Sebaliknya, dia menuju ke paip air dan mula menyiram tanaman yang ada di kebun itu. “Nanti remind aku pasang water sprinkler kat kebun ni.” Pesan Daim sambil memancutkan air lebih jauh.

“Daim.” Panggil Hana bila Daim mula berjalan beberapa langkah ke depan, menjauhinya. Lelaki itu masih leka menyiram.

 “Daim!” Jerit Hana geram. “Apa?” Lelaki itu menoleh, dan sesaat kemudian, baju Hana basah lencun disirami air. Getah paip di tangan sudah dialihkan ke bawah. Daim mengetip bibir rapat. Tawa yang sudah berada di anak tekak sedaya-upaya ditahan.

“Opssie.” Lelaki itu membelakangkan Hana dan kembali menyambung kerja menyiram, berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Gadis itu ternganga. Kurang asam! Blousenya yang sudah basah kuyup dipandang lama.

“Daim!!” Kakinya dihentak kasar. Setiap langkah diiringi rasa dendam yang membara. Daim memalingkan tubuhnya dan kali ni, wajah putih bersih Hana pula menjadi mangsa pancutan air.

Hana tak terkata. Bergelen-gelen air dipancut ke mukanya. Dia hanya mampu memejamkan mata dan menutup mulut rapat, menunggu air surut dari wajah. Hana dapat rasakan Daim tengah pasang muka tak bersalah dia tu sambil tersengih macam kerang busuk.

Setelah yakin lelaki itu sudah berhenti menyiramnya, perlahan matanya dibuka. Ya, muka lima kupang Daim terpampang menghiasi pandangan matanya. “Baru nampak macam dah mandi sikit.” Ujar lelaki itu selamba. Hana ternganga. “Kepala awak berjambul! Saya ni ada rupa macam pokok pisang ke ha?” Tengking Hana berapi. Berkerut-kerut wajahnya menahan marah.

“Ada. Pisang tanduk.” Jawab Daim selamba.

 Hana berdengus geram sebelum merampas getah paip dari tangan lelaki itu dan menyiram air tepat ke wajahnya. Daim tak terkata dan tak mampu nak buat apa-apa.

“Muka awak pun ada macam pisang jugak. Pisang bantut!” Herdik Hana sambil mencampak getah paip ke tanah.

“Ahhh.. Thanks Hana. Segar sikit badan aku tengah-tengah panas terik ni.” Daim meraup rambut ikalnya ke belakang sambil kepalanya digoyang-goyang ala model iklan 100 plus.

Hana terpesona sehingga terbuka sedikit mulutnya melihat aksi kejantanan lelaki itu. “Kau haus ke apa ni?” Daim mencekak pinggang. Hana tersedar. Segera batuk buatan terkeluar dari tekaknya.

“Kalau haus, ni ada air ni.” Daim mengambil getah paip di tanah dan mengacunya ke arah gadis itu. Terjerit-jerit Hana sambil cuba mengelak air yang dipancutkan ke arahnya. Daim mengejar Hana. Diacah-acah gadis itu dengan air paip.

“Janganlah! Daim! Stop it!” Marah Hana tapi lelaki itu pura-pura tak dengar. Tangannya makin galak mengacah Hana. Sesekali air paip disembur ke wajah mulus gadis itu.

“Eh harimau!” Hana menunjuk ke arah belakang kebun.

Daim berpaling. Terkeluar terus stance karate dia. Hana ketawa mengekeh. Getah paip sudah  bertukar tangan. “Itu pun awak percaya? Adoi. Comelnya awak ni Daim!” Tawa gadis itu masih berbaki. Daim mengetip gigi. Segera dilancar pandangan membunuh kepada gadis itu.

“Tak kelakar Hana gurau macam tu!” Tegas Daim.

“I don’t care. Getah paip ada dengan saya sekarang. Kalau tak nak kena siram, baik awak cakap saya ni cantik, cute, baik hati dan awak janji akan belanja saya ais krim Sundae setiap hari.” Getah paip ditangan digoyang-goyang. Hana menampal senyuman bongkak di wajah.

Daim menyeka rambutnya yang terjurai di dahi. “Jangan kau berani sir—”

Belum pun habis ayatnya, Hana dah menyiram lelaki itu tanpa belas kasihan. “Lambat.” Hana ketawa sakan. “Bagi aku getah paip tu Hana.” Arah Daim. Hana menjelirkan lidah.

“Tak nak~” Balas Hana siap berlagu.

Lelaki itu menggaru kepala. “Aku serius ni Hana, bagi aku getah paip tu. Now.” Jari telunjuk ditala ke tanah, tanda ‘Now’. Hana pasang muka selamba. “Whuooo takutnya. Kalau awak nak sangat getah paip ni, cuba la ambil.”

Perlahan kakinya mengundur beberapa langkah ke belakang, dah bersedia untuk memecut bila-bila masa saja. Daim menolak pipinya dengan lidah. Berani nak cabar aku. Siap kau perempuan.

“Jangan menyesal. You asked for it.”

Hampir luruh jantung Hana apabila Daim meluru ke arahnya seperti sebuah traler yang sedang memecut laju. Kakinya tak mampu bergerak. Masa seolah bergerak sangat perlahan.

Hana membuka matanya.

“Told ya. Jangan menyesal.” Daim memeluk tubuh. Entah kenapa lelaki itu kelihatan sangat tinggi. Hana meraba-raba sekelilingnya. Tanah. Sayur kobis. Hana mengetip bibir. Mamat ni tanpa belas ihsan tolak aku macam tu je. Tak pasal-pasal dah terbaring atas tanah.

“Getah paip?” Hana mendongak memandang Daim yang sedang berdiri memandangnya kosong.

“Ni.” Dan bergelen-gelen air dicurahkan ke wajahnya. Hana terjerit sebelum mengelak. Namun beberapa saat kemudian, dia ketawa besar. “Apa yang kelakar sangat?” Tanya Daim sambil berhenti mencurahkan air.

“Masa awak lari kat saya tu, saya rasa macam awak abang Mus.” Hana bangkit dan duduk bersila atas tanah. Bahunya terjungkit-jungkit ketawa.

“Abang Mus?” Daim mencangkung di sisi Hana.

“Abang Mus la. Optimus Prime. Transformers.” Balas Hana beriya. Daim memandangnya lama sebelum dia pun turut tergelak. “Abang Mus? My goodness. Kau ni gila la Hana kau tahu tak?” Kepala digeleng-geleng.

Hana menjungkit bahu. “Hidup kena gila sikit Daim.”

Daim tersenyum. “Yeah. Hidup ni memang kena gila sikit. Dahlah. Basah lencun berlumpur dah baju tu. Nanti demam, aku jugak yang susah. Jom, masuk.” Daim bangun, memandangnya untuk beberapa saat sebelum menuju ke paip. Air ditutup dan getah paip digulung cermat.

“Daim.” Panggil Hana. Daim menoleh. “Hm?” “Saya nak move on.” Ujarnya tiba-tiba. “Okey. Move on la.” Balas Daim selamba. Wajah resah gadis itu dipandang. Nafasnya seperti orang baru lepas lari pecut. Tercungap-cungap. Ke dia ni menangis?

“Hana, are you okey?”

“Daim.. Saya nak move on. Saya betul-betul nak move on. Tapi macam mana? Macam mana saya nak move on?”

Lelaki itu berkerut memandang Hana. “Hana?”

“Macam mana saya nak move on bila setiap kali saya pandang awak, dada saya rasa macam nak pecah. Bila ada orang sebut nama awak, satu badan saya macam kena elektrik. Bila.. Bila awak ada depan saya Daim, saya rasa macam nak hentikan masa. Biar awak ada depan saya sampai bila-bila. Biar awak ada dengan saya selamanya.”

Daim tak berkelip memandang gadis itu. “What is wrong with me Daim?” Rintih Hana. Matanya mula terasa hangat dengan air mata. “Hana..” Daim melangkah ke arah gadis itu. Hana memandang Daim. Air mata mula gugur di pipinya.

“Hana... Aku.. Aku tak layak untuk kau Hana. Aku tahu aku tak layak untuk perempuan sebaik kau. Hana, aku minta maaf. Aku tak nak buat macam ni kat kau, tapi.. I’m sorry. You deserve to know everything. I’m really sorry.” Wajah Hana ditatap lama.

“Tahu apa?” Hana menyeka air matanya.

“Hana, aku putuskan pernikahan kita bukan sebab aku tak sayang kau.” Daim menarik nafas dalam-dalam. Bulat mata Hana merenung lelaki itu. “Sebab apa?” Tanya Hana setelah agak lama dia menanti Daim menyambung kata-katanya.

“Sebab.. Kau.. Aku dengan kau.. Kita..ad—”

“Hana?” Suara Akid memanggil menghalang Daim dari menyambung ayatnya. Hana memandang Akid yang sedang melangkah ke arah mereka. “Great timing Akid.” Gumam Hana geram.

“Hei. Hana. Daim. Korang buat apa sampai basah kuyup tengah hari panas terik ni?” Akid memandang mereka atas bawah. “Paip ni rosak tadi.” Balas Daim sambil menggaru dahi.

“Rosak teruk. Tapi sekarang dah okey. Daim dah repair.” Hana terangguk-angguk. Air mata yang masih bergenang disekanya. Akid menjungkit sebelah kening. “Okey. So agak-agak awak nak lepak kat luar ni sampai bila?” Tanya Akid jujur.

Hana memandang Daim sebelum kembali memandang Akid. “Sekarang? Ya sekarang. Daim?” Lelaki itu angguk. “Sekarang. See ya.” Daim masuk ke dalam rumah sementara Hana yang baru nak melangkah sama ditahan Akid.

“Apa awak buat dengan Daim kat luar ni sampai basah kuyup?” Tanya lelaki itu. Hana berkerut. “Kan saya dah cakap tadi. Paip rosak.” Balas Hana. “Yeah, like I’m gonna buy that.” Akid menjegilkan mata.

Hana memeluk tubuh. “Akid, apa masalah awak?”

“Masalah saya? Hana, you’re still not over him. Wake up! Awak dengan Daim dah berakhir! It’s over! Jangan seksa diri awak macam ni. Banyak lagi lelaki dalam dunia ni Hana. Ada lagi lelaki lain yang sayang awak, appreciate awak lebih dari Daim!” Akid memegang kedua bahunya. Hana menggigit bibir.

Tangan Akid di bahunya ditepis. “Oh yeah? Siapa?” Hana memeluk tubuh.

“Saya!” Balas Akid. Suaranya meninggi.

Hana memandang lelaki itu lama. “Saya sayang awak Hana, dulu, sekarang dan selamanya. Saya akan hargai awak selagi saya bernafas. Saya takkan sia-siakan awak. Itu janji saya. I am here, Hana. I’m here. Can’t you see me?” Akid merenung dalam anak mata gadis itu.

“Saya masuk dulu.” Hana berlari masuk ke dalam rumah.

“Hana..”

-

Akid memandang Hana buat kali entah yang ke berapa. Nasib baik tak banyak kereta di jalan raya ni. Sepanjang mereka berada di rumah anak-anak yatim itu tadi, masing-masing kekok untuk bertegur sesama sendiri.

Daim seperti memahami keadaan yang semakin canggung akhirnya meminta izin untuk beredar. Tak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Gadis itu terus berubah riak bila Daim mahu pulang. Paling menyakitkan hati Akid apabila Hana meminta lelaki itu supaya jangan balik dulu. Dipujuk Daim supaya tunggu sehingga mereka boleh pulang bersama-sama.

Mujurlah lelaki itu ada otak. Dia berkeras mahu balik juga. Kalau tak...

“Hana, saya takkan minta maaf kat awak. Saya tak buat salah apa pun. Saya hanya minta awak buka mata dan tengok sekeliling. Hidup awak bukan berpusat pada Daim seorang je.” Ujar lelaki itu, cuba memujuk. Hana melepaskan satu keluhan berat.

“Akid saya penat dah cakap pasal benda ni, fikir pasal benda ni. Ya saya tahu saya dan Daim dah takda apa-apa. I get that alright. I was there when he said that. Ya saya tahu ramai lagi lelaki yang lagi baik dari Daim kat luar sana. Dan ya saya tahu awak masih mengharapkan saya.

Tapi tolong beri saya masa Akid. Saya perlukan masa untuk rehatkan kepala saya dari semua ni. I’m just too exhausted. I can’t deal with this now.” Rintih Hana perlahan sambil memejamkan mata.

Sungguh dia penat. Penat melayan perasaannya, penat menunggu, menanti dan penat menafi.

“Saya tak paksa awak beri jawapan sekarang Hana. I just want you to know my feelings for you.” Balas Akid lembut. Hana memandangnya sambil tersenyum nipis. “I know. I appreciate that. But you have to give me some time.”

“Okey. Take as much time as you need. And when you’re ready, I’m there.”

Hana menarik nafas panjang. “Thank you.”

-

Hana membelek wajahnya di cermin kedai sukan aL-ikhsaN. Tudung elok terletak. Muka elok sebati bedak tertepek. Bibir basah dicalit lip tint. Dress tunic bercorak chevron bersama gabungan warna biru UC Davis, turquoise dan beige, dan dipadankan pula dengan seluar jeans lusuh. Snearker biru sebagai pelengkap gaya. Do I look normal or what! Ha gerenti si ungka tu tak hina seni fesyen aku ni. Hana tersengih-sengih.

Dah puas dia membelek wajah sendiri, Hana menarik nafas dalam-dalam sebelum menolak pintu kedai sukan itu. Lelaki bernama Khasyi ni better be a normal, waras, lubang hidung sama saiz, dan baik kind of guy. Kalau tak, aku paksa kak Mida tukar nama Lulu Jinan jadi Hana Jinan!

Mana pernah orang ajak ketemu kat kedai sukan? Mamat ni sorang je mampu.

Hana menjengahkan kepala ke dalam. Ada dalam lima enam orang dalam kedai tu. Mana satu si Khasyi ni? Kata abang Fizi, Khasyi ni manusia paling sempoi pernah dia jumpa. Sempoi?

Seluar slack hitam, t-shirt nipis warna hitam dan sandal hitam. Sempoi sangat tu. Hana memberanikan diri merapati lelaki yang diyakininya sempoi itu. Diambil kasut berwarna jingga dan dibeleknya tanpa dipandang. Matanya rakus mendarat pada lelaki sempoi yang berada tidak jauh dari tempat dia berdiri.

“Ahem!” Sengaja dilonjakkan oktaf dehem dia.

Lelaki sempoi itu memandangnya sekilas. Hana menayang sebaris gigi putihnya. “Hai.” Sapanya mesra. Lelaki itu terjungkit kening. “Er hai.” “Lawa baju.” Hana menunjuk ke arah t-shirt yang dipakai lelaki itu.

“Terima kasih. Baju kedai ni.” Jawab lelaki itu sedikit malu-malu. Hana terangguk-angguk. “Ooo. Saya pun ada baju tu kat rumah. Banyak.” Balas Hana cuba nak berbual.

Lelaki itu kelihatan terkejut. “Oh awak staf aL-ikhsaN?” Tanya dia. Hana tercengang. “Staf? Eh mana ada. Gila saya staf sini. Bersukan pun bercinta, inikan pulak nak kerja kedai sukan.” Tawa kecil terlepas dari mulutnya.

“So Khasyi, lama ke tunggu saya? Oh by the way, sayalah Hana. Perempuan misteri yang dicanang abang Fizi tu.” Hana ketawa lagi. Lelaki sempoi itu menggaru-garu kepalanya.

“Maaf kak, tapi siapa Khasyi?” Tanya lelaki itu. Hana terdiam. “Eh bergurau pula awak ni. Nama sendiri pun tak tahu ke?” Dia ketawa sambil matanya cuba menangkap reaksi wajah lelaki di hadapannya ni.

 Lelaki itu pasang muka bingung. “Err.. Awak bukan Khasyi?” Hana dah rasa dadanya macam kena langgar lori.

“Tak. Saya Reza. Staff kedai ni.” Reza menayang tanda namanya berserta perkataan ‘trainee’ yang dipin elok pada t-shirt hitam yang dipakainya. Hana dapat rasakan warna wajahnya sudah berubah merah darah.

“Ahh...” Hanya itu saja yang mampu diungkapkan.

“Kalau tak ada apa-apa, saya pergi layan pelanggan lain dulu ya. Maaf.” Dengan sopan, Reza meminta diri dan meninggalkan gadis itu yang dah rasa macam di penghujung dunia dah. Hana betul rasa macam nak menangis. Kasut sukan jingga yang berada di tangannya terus dipalu ke kepala.

“Fizi did warn me about your clumsiness.” Tegur satu suara.

Hana berhenti memukul kepalanya. Perlahan kepalanya menoleh memandang seorang lelaki yang sedang tersenyum-senyum memandangnya dengan pandangan penuh takjub.

“Khasyi?” Hana bertanya.

Lelaki itu mengangguk. “Muhammad Khasyi. Nice to meet you, Hana.” Senyuman lelaki itu semakin mekar. Hana rasa macam nak pitam. Bapak hensem mamat ni. Lubang hidung sama saiz. Dan aku, macam biasa, membodohkan diri depan lelaki kacak tanpa gagal.

“Awak nampak ke tadi?” Tanya Hana, tak berani nak bertentangan mata dengan lelaki itu. “Dari awak mula-mula sampai, awak belek muka awak kat cermin lima minit, then awak masuk dan lepas tu awak tegur budak tu dengan yakinnya. Oh I’ve seen it all right.” Angguk Khasyi masih lagi menayang senyuman manisnya.

Hana memusingkan tubuhnya, membelakangkan lelaki itu. Kasut sukan jingga itu digigit. Malunya Ya Rabb! “Awak tahu tak kasut tu harga dia dekat seribu ringgit?” Khasyi menegur. Terus terlepas kasut jingga itu dari tangannya.

Khasyi ketawa besar sambil mengutip kasut jingga itu. “Ya Allah, awak percaya? Lawaklah awak ni Hana.” Kasut jingga itu diletakkan di tempatnya. Hana mengeluh lega. Kurang asam mamat ni. Macam tu je dia troll aku. Hana mencuri pandang wajah lelaki itu. Betul cakap kak Mida, runtun hati tengok muka dia. Sedap mata memandang.

“Awak betul ke ada banyak t-shirt staf yang budak tu pakai?” Tanya Khasyi sambil menjamah raut wajah gadis itu. Hana terpinga-pinga sebelum menjeling Khasyi. Memerli aku la tu.

Lelaki itu ketawa lagi. “You made that up didn’t you?” Duga Khasyi.

Hana tunduk bersalah. “Saya mati mati ingat budak tu awak. Yelah, abang Fizi cakap awak sempoi. Saya tengok budak tu la paling sempoi sekali pakaiannya.” Dia cuba menjelaskan situasi sebenar.

“Really? All black from top to toe, itu definasi sempoi awak?” Tanya lelaki itu sambil memeluk tubuh. Hana menjungkit bahu. “My definition.” Khasyi terangguk-angguk.

“So awak ingat budak sempoi tu saya la?” Tanya dia. Hana angguk sekali.

“Saya tak cukup sempoi ke ni?” Khasyi mendepakan tangannya. Hana memandang lelaki itu atas bawah. T-shirt turquoise, seluar slack warna beige, kasut sneaker warna putih. Cermin mata hitam Ray Ban tersangkut pada butang t-shirt di bahagian tengah dada.

Sempoi sangat sampai jantung aku rasa macam nak pecah je.

 “Bolehlah.” Balas Hana acuh tak acuh. Pecah lagi tawa lelaki itu. “Wow, ni kali pertama perempuan ignore saya.” Ujar Khasyi kagum tengok Hana. Gadis itu menjungkit kening.

“Statement seorang player nampak.” Perli Hana.

“Hana please, jangan salah anggap. Selama ni perempuan semua puji saya melangit, tapi awak lain, respon awak, ‘Bolehlah’. That’s why saya macam tergamam sikit.” Khasyi masih lekang dengan senyuman manis.

“Kecewa ke saya tak puji awak melangit?” Duga gadis itu.

“Alhamdulillah awak tak puji saya melangit. Awak tak dapat bayangkan betapa susahnya saya nak tahan diri dari riak takabur ni semua tau. Good thing you’re all jujur dan ikhlas. Thanks.” Balas Khasyi senang.

Hana menarik senyum nipis. “So.. Kita nak lepak sini sampai masuk Subuh esok ke macam mana?”

Khasyi menjeling gadis itu dengan ekor matanya sebelum tergelak kecil. “Okey kita lunch? Awak nak makan mana?” Tanya lelaki itu. Hana menjungkit bahu. “Tak kisah. Janji kenyang. Lapar ni.” Perutnya yang dah bergendang kelaparan diusap.

“Mida kata awak ni tolak batu kayu je.” Ujar Khasyi, menyakat.

Terus berubah wajah Hana. Siot kak Mida. Bukan main dia suruh laki dia up up kan aku, sekali dia yang menjatuhkan saham aku. Cet! Khasyi ketawa lagi. “Saya gurau jela Hana. Oh my God.” Kepalanya digeleng kagum.

Ini kali pertama dia jumpa gadis sepelik Hana. Pelik yang menawan hati. “So kenapa awak setuju nak jumpa saya?” Tanya Khasyi sambil berjalan-jalan dalam shopping mall seiring dengan Hana.

“Sebab nak tengok betul ke tak apa yang abang Fizi cakap pasal awak.” Balas Hana bersahaja. “Apa yang Fizi cakap pasal saya?” Tanya Khasyi. “Mana boleh beritahu. Tak suspen la.” Balas Hana saja nak mendera perasaan lelaki itu.

“Okey fine. Awak rasa betul ke tak apa yang Fizi cakap pasal saya?” Khasyi bertanya penuh rasa ingin tahu. “Encik Khasyi, kita baru kenal 10 minit. Nama kucing awak pun saya tak tahu.” Gadis itu memandangnya.

“Okey. Nama dia Dora. Anak dah lima. Cucu sembilan. Apalagi awak nak tahu?” Lelaki itu menyeluk poket seluarnya. Hana mengerutkan dahi. Apa benda yang mamat ni melalut. Who the hell is Dora?

“Siapa Dora?”

“Kucing saya.” Jawab Khasyi selamba. Hana tergelak besar. Gilalah lelaki ni.

“Awak ni memang mentalkan?” Tanya Hana separuh kagum. “Awak ni memang attractively pelikkan?” Tanya Khasyi pula. Gadis itu mengoyak senyum tak tertahan. Adoi, boleh cair organ dalaman aku kalau hadap mamat ni setiap hari.

Okey hormon badan aku dah serabut. Dari tadi tak boleh berhenti senyum ni apa cerita?

“Awak mulut manis kan?” Hana memandang lelaki itu. “Bergantung pada siapa, bila dan bagaimana. Tengok keadaan.” Jawab Khasyi ringkas. “So dengan saya..” Hana tak jadi menyambung ayatnya bila Khasyi dah tolong sambungkan.

“Dengan awak, ya saya maniskan mulut. Berkati gula Melaka saya telan sebelum datang sini.” Sebelah mata dikenyit.

Hana tergelak kecil. Dah lama tak rasa macam ni. Kali terakhir rasa masa tengah angau dengan Daim. Daim..

“Mesti awak ingat saya ni kerja sebagai badut ke peserta tersingkir Maharaja lawak ke kan? Sebab awak tak henti gelak dari tadi. Am I that funny?” Khasyi menggaru belakang kepalanya. Pelik kenapa gadis itu asyik ketawa dari tadi.

“Oh awak bukan badut ke? Laa baru ingat nak jemput awak pergi kenduri akikah Lulu Jinan.” Hana tampal muka kecewa. “Very funny. Ha. Ha. By the way, saya rasa awak patut join saya sekali. Both of us could be a badut-combo. What say you?” Khasyi membesarkan matanya yang redup itu.

Hana tergelak lagi. Gila mamat ni. Mana ada orang jemput badut pergi kenduri akikah? “I say, awak gila? Mahu sawan budak tu nanti kalau kita berdua jadi badut.” “Saya takut mama papa Lulu Jinan yang sawan tengok kita nanti.”

 Pecah lagi tawa mereka. “Oh awak tengok berita tak semalam?” Tanya Khasyi, tiba-tiba suaranya berubah serius. Hana menggeleng kepala. Dia sekali bertukar mood kepada mood serius. “Kenapa? Ada apa?” Hana memandang lelaki itu. Mata bundarnya merenung Khasyi lama.


“Pasal panda yang baru sampai Malaysia tu.” Balas Khasyi.

Hana terangguk-angguk. “Kenapa dengan panda tu?”

“Panda tu nak dihantar balik ke China.” Ujar Khasyi dengan raut wajah kecewa. “Ha?” Terbeliak biji mata Hana mendengarnya. Alaa belum sempat jumpa panda dua ekor tu lagi.

“Kenapa?” Hana hampir merengek kesedihan.

Khasyi mengusik dagunya yang ditumbuhi janggut nipis. “Diaorang kata panda tu hati tak tenang. Panda-panda tu merajuk.” Jawab Khasyi berlagak seperti cuba mengingati apa yang dikatakan pembaca berita.

“Kenapa?” Hana tak puas hati. Siapa yang jahat sangat buat panda rasa tak tenang. Direnung tajam wajah lelaki itu. “Kenapa? Yelah, sebab harimau, zirafah, monyet kat zoo Negara tu semua dok ejek diaorang, ‘Pandatang!’, ‘Pandatang!’, ‘Pandatang!’.” Cerita Khasyi selamba.

Hana terkebil-kebil memandang lelaki itu. “Pandatang!” Jerit Khasyi lalu mengundang tawa gadis itu. Bengong betul. Hana menggigit bibir. “Awak tahu tak saya percaya? Ee geramnya! Punyalah saya dengar dengan tekun. Ya Allah, sabar jelah!” Serius rasa macam nak cekik batang leher si Khasyi ni. Tak beragak nak troll aku. Cis.

Lelaki itu dah gelak sakan. “Awak ni lurus bendul la Hana! Aduhai. Sakit perut kenakan awak. Seriously, did you really buy that story?” Khasyi memandang Hana dengan penuh rasa kagum.

Hana mengangguk. “Yelah! Saya dah rasa sedih gila tau tak! Ingatkan tak sempat jumpa beruang dua ekor tu. Awak ni kan Khasyi, memanglah!” Hana menjelingnya geram.

Khasyi ketawa lagi. “Okey okey, how about this? Our next, how do I put this, hm, pertemuan, kita pergi zoo Negara, nak?”  Sebelah kening dijungkitnya. Terus mata Hana bersinar-sinar.

“Mestilah nak! Yeay dapat jumpa panda!”

Khasyi tersenyum melihat gadis itu tertawa gembira. “Hana, I’m really glad you here today.” Ujarnya ikhlas. Hana menarik senyum manis.

“Saya pun.”

---

Rosebud says:

Alhamdulillah, bab 50. Siapa sangka kan?
Dan siapa sangka budak hingusan ni mampu karang kisah cinta padahal diri ni belum pun jumpa cinta sejati lagi. huhu.. Anyway, 9hb june ni my 1st paper (final exam, tp saya gigih mengarang ABHT tau), doakan saya & kwn2 dpt jwb dgn cemerlang dan diberi ilham oleh Allah Taala.
Dlm bab ni, saya hrp korang x benci Hana. sbb saya daa terjatuh cinta kt mamat Khasyi  ni (mainly sbb nama dia Khasyi. cool kot). huhu. mana tau di penghujung cerita, boleh jadi Hana end up dgn dia. kan? i dunno. :P
Okey, apa-apa nak suggest, komen, tak puas hati, haa rajinkan jari anda menaip. saya nak dgr pandangan korang!!!!!!! geram tau xde org komen! ><
Papapun, korang mmg buah hati pengarang jantung saya sbb sudi baca & support karya tak secanggih mana ni. my humble story. Terima kasih.
Please doakan saudara2 kita di Syria, Palestine, Afghanistan, Mesir dan ofkos, Malaysia. Moga Allah pelihara kita, moga Jannah pengakhiran kita, aamiin. 
Peace. Love u. (dah jatuh cinta dgn The Beatles. enjoy their legendary songs)

p/s doakan saya dapat tajaan MARA. nak fly gi Edinburgh..... :)
Courtesy of OwhSoMuslim.com
Aamiin Ya Rabbalalamiin.. :)

25 comments:

Anonymous said...

wahhhh..dah lama tggu entry baru..alaa..nk jgk hanna n daim, huhu..anyway.. good luck 4 ur exam :) afifah

tini zizi said...

akak,
sy follow cerita ni dari chapter 1 tw!!
cerita akak ni mmg jenis eh-tak-sangka-jalan-ceritanya-cenggini. i like it. sy jd tertanya2. mcm2 dah dlm kepala sy ni hah.. kalau hana dgn daim, jln nya jd mcm mana... kalau hana dgn akid, jlnnya jd mcm mna.. kalau hana dgn budin pon sy ad pikir tw!
hihi...

ana bukit said...

Hana dh move on ckit..
kalo hana n kasyi pun ok gak. Mst daim jeles gila2 nye. cmne la daim nk kontrol jeles nnt.
Gud luck on ur exam next week....

baby mio said...

best 3x.

Anonymous said...

wahhh best sgt hana ngan khasyi so cepat ckit erk sambungannya tapi apa-apa pun dahulukan exam tu hehehehe i support you.

Anonymous said...

Sedih bila Daim x nak Hana dah....
Tapi... lubang hidung kembang sebelah erk... ade ke? Wakaka..
Kite pun dah jatuh cinta ngan Khasyi!!

Anonymous said...

Smoga dipermudahkan utk mjawab soalan periksa dan smoga di beri ilham yang banyak utk citer Hana & Khasyi n!!
Daebak!!

October Hajar said...

:) giler kentang best... berbaloi tunggu lama... syiok... kasi drama sikit... bakor line si akid n daim... hehehehe... akk dah redha si daim tu abang si hana... kuing kuing.. i pray for your success and success for your application to Edinburgh so that you can explore more to enhance your plot.. kwing kwing... (conflict of self interest) xoxo

Rashidah Ramlan said...

Alaa....dh abih dh..xpuas bc....starting relaks jek....story hana daim xdek...ptengahan story dh stat panas...skang muncul khasyi...story dh makin panas....panas...dan...panas..xsabar nk tggu next chapter...wuuuhhuuu...dik gud luck for ur coming exam k..

Rashidah Ramlan said...

Alaa....dh abih dh..xpuas bc....starting relaks jek....story hana daim xdek...ptengahan story dh stat panas...skang muncul khasyi...story dh makin panas....panas...dan...panas..xsabar nk tggu next chapter...wuuuhhuuu...dik gud luck for ur coming exam k..

una said...

woah~ tk sia2 tggu chapter nih ! lawak giler tyme abg Bodo ( boroi do ) tuh . ahahaha xD gud luck in yr life kak Rose . melting ngan Khasyi yg coolio giler tuh >.< thumbs up kak Rose .
#tk sabar tggu next chapter . hewhew

amira aqma said...

rasanya kalau khasyi ngan hanna ditakdirkan bersama,haru rumah penuh gelak tawa je dengan kesengalan berdua tu.btw best!

syeena hamdan said...

gud luck for yr exam dear....cerita yg mmg sentiasa ditunggu-tunggu...

Anonymous said...

Assalamualaikum . Takkan lah Daim dengan Hana betul-betul adik beradik? I thought , Daim silap or maybe salah faham ? Btw if Hana berakhir dengan Khasyi , amat menyedihkan . Cause I think Hana and Daim with end up together . Please don't make Khasyi end up with Hana . I love this story so much,every month I will check up if the story was being update already or not.I was waited for scenes Hana and Daim >_< Semoga apa yang Daim ingat yang dia and Hana was adik beradik cuma salah paham atau silap ._. Btw goodlucks for your exam . Wish your lucks <3 Maaf kalau ada terkasar bahasa,atau tersilap type . Lol . Kalau tersinggung hati I'm sorry dari hujung rambut hingga ke hujung kaki , saya cuma nak bagi pendapat saya xD

Wies said...

Cerita ni bermula dengan Hana and Daim .... tpi tiba2 berakhir dengan org lain ... rasa pelik .

Rosebud said...

Thanks semua for the prayers. doakan saya & frens for next2 paper tau. ada 4 paper lg. huhu.
Sy rs hepi gila bc reviews korang dlm komentar2 ni. Maseh!
ada yg suka dgn Kashi ni smpi nk Hana ngn dia.
ada yg nk Hana kekal ngn Daim.
klu nk tau siapa Hana akn pilih, bykkan bersabar, hbs exam baru sy boleh update. hehe..
sori but i think i hv to keep u guys waiting. :)

Hint: saya #TeamDaim ><

Anonymous said...

Ur Welcome <3 Amin . Takpe,kitaorang akan keep waiting haha xD

Anonymous said...

Hana + Budin = What The?

Hana + Akid = 50-50

Hana + Kasyi = Good

Hana + Daim = Super Duper Good And Super Duper Marvelous

myra said...

A'a.. Sy pendapat sy pn pon sama mcm Anonymous kt atas. Hana lebih serasi dgn Daim.... Ada chemistry gitu..
Khasyi tuh boleh la.... Tp sy lbh suka Daim... Huhuhu...

X sbr nk tggu smbungan.. Klau ada novel kn best blh trus pegi belii... Huhu..

Anonymous said...

Baca balik novel ni,miss time daim dgn hana xD Sweet,funny haha #hanadaimforever

Anonymous said...

weh mangkuk,, examm dh abes dh kan? apo laie,, copat2 la sampai kan ending story kau nih... aku saje nk usha2 komen2 pembaca kau,, rase debor plak haa.. tapii.. x kiraa! aku nk baca lepas kau dah buat ending! ingat! jgn buat sape2 mati dlm novel kau nih! hahahaha,, MUAHAHAHAHAHA~

p/s: aku tahu kau tahu aku siapa~ hahahaha.. lebiuu bebeh!

Anonymous said...

pssstt,, lagi ssatu apekehal lagu tailor swift dowhh??? pleaseee tukau2! buat la lagu saosin ke, of monster and men ke,, sedap la nk dgr~ hihi

p/s: aku yang kau tahu aku siapa tuu.hahahaha

Rosebud said...

Weh anonymous @ kupt, ko pehal do attack aku kat sini! hahaha. itulaaa ko org 1st aku paksa bc novel aku, tapi degil. blagak tamau baca. org2 yg xknal aku jugak yg baek hati bc tau!

p/s aku tgh fikir nak bunuh watak sape nih. :P
p/s ko jgn brani kutuk taylor swift aku eh. lagu2 dia aku nk buat lagu kawen au! ><

m.silent killer said...

xpham jln cita

Rosebud said...

m.silent killer, bacalah dari mula ><

Post a Comment