Tuesday, April 29, 2014

Aku bukan Hana Tajima! 48

Hana tersedar dari tidur. Peluh berjurai-jurai di dahi dan pelipisnya. Dadanya berombak naik, nafasnya berderu laju. Kepalanya terasa berpinar. Perlahan tangannya dibawa ke pipi. Basah. Linangan air mata masih berbekas di pipi. Hana memandang sekeliling. Bintang-bintang dan bulan sabit glow in the dark yang tertampal pada dinding di tepi katil melegakan hatinya yang berdegup laju.

Ya Allah, mimpi rupanya.

Hana bangun dari katil dan mengorak langkah ke dapur. Air masak diteguk membasahi rongkong yang terasa perit. Kenapa aku mimpi sampai macam tu sekali? Mainan tidur atau petunjuk? Hana meraup rambutnya ke belakang. Wajah kusam Daim dalam mimpinya masih terbayang dalam kepala.

Hana segera mengambil telefon dan mendail nombor lelaki itu.

“Hm assalamualaikum.” Suara serak-serak basah Daim kedengaran di hujung talian, memberi salam. “Daim.” Panggil Hana, sedikit merasa lega mendengar suara Daim. Sekurang-kurangnya dia nak jawab panggilan aku.

“Daim.” Kali ni suaranya mula berubah nada. Dadanya berubah sebak. Bibirnya terketar-ketar menyebut nama lelaki itu. Mimpi tadi betul memberi kesan di dadanya.

“Kenapa ni?” Daim bertanya risau. Suara seraknya berganti dengan suara serius. Nada risau terselit di sebalik garau suaranya.

Esakan gadis itu mula kedengaran. “Hana?” Daim memanggil lagi. “Kenapa ni? Apa dah jadi? Hana?” Suara lelaki itu mula kedengaran panik. “Rumah kena pecah masuk ke?” Tanya Daim dah mula risau. Fikirannya dah membayang bukan-bukan. Naudzubillahiminzalik.

“Tak. Tak kena pecah masuk pun.” Hana menggeleng sambil mengesat air mata yang masih mengalir di pipi.

“Habis kenapa ni?”

“Daim, saya nak jumpa awak. Sekarang. Nak jumpa awak sekarang.” Pinta Hana dalam tangisnya. “What happpened Hana?” Daim bertanya lagi. Nada suaranya masih kedengaran risau. “I need to see you now. Tolong Daim. Please.” Tangisannya berlagu kuat.

“Okey, okey. I’m coming over. Jangan keluar rumah. Tunggu sampai aku datang.” Tut. Talian dimatikan. Hana duduk berteleku menyandar pada peti sejuk. Hatinya sedikit lega setelah mendengar suara Daim. Ditenung telefonnya lama-lama. Menunggu panggilan dari lelaki itu.

Lima belas minit kemudian, telefonnya berbunyi. “Aku kat luar rumah kau.” Ujar Daim sebaik saja Hana menjawab telefon.

Gadis itu angguk laju dan terus bangun mencapai tudung sebelum keluar rumah mendapatkan Daim. Lelaki itu sedang menunggunya dengan muka yang penuh kerisauan. Lehernya dipanjang ke kiri dan ke kanan, mencari kesan pecah masuk atau apa saja perkara yang tak elok yang mungkin berlaku.

“Are you okey?” Tanya Daim sebaik saja Hana berada di depannya. Gadis itu angguk lemah. “Apa dah jadi?” Daim bertanya. Wajah gadis itu diteliti baik-baik. Sedikit pucat. At least she looks fine. Badan tak cedera ke apa. Hatinya berasa lega.

“Can we go somewhere else?” Hana memandang Daim dengan mata redupnya. Lelaki itu membalas pandangannya untuk beberapa saat sebelum membuka pintu kereta untuk Hana. “Masuklah.” Arahnya. Hana mengikut.

Sepanjang dalam kereta, Daim mencuri pandang gadis itu beberapa kali. Wajah tak beriak Hana betul buat hatinya risau. Gadis itu menebar pandangan kosong ke jalan. Fikirannya menerewang entah ke mana. Mimpinya tadi masih berbekas, menjerut tangkai hati.

Setibanya di kedai mamak Baaraa, Daim membiarkan gadis itu meneguk teh tariknya, memberinya masa. Diperhatikan segala tingkah gadis itu sampailah akhirnya Hana membuka mulut. “Awak tak minum?” Tanya dia perlahan.

Daim menggeleng. “You had a dream. A nightmare?”

Terus kepala Hana mendongak, merenung Daim dengan mata yang terbuntang luas. “M-Mana awak tahu?” Terketar-ketar bibirnya bertanya. “It’s 3.40 in the morning Hana. Kalau bukan mimpi, apa dia?” Daim masih mencerun merenung wajah pucat gadis itu.

Hana tunduk. Jarinya bermain dengan cuping gelas teh tarik. “Saya mimpi awak.” Ujar Hana. Daim menanti sabar, menunggu gadis itu menghabiskan ceritanya.

“Daim, awak ada personal vitamin. Awak cakap dengan Amna awak ada personal vitamin. Siapa dia? Daim, siapa dia?” Gesa Hana tiba-tiba. Tubuhnya terdorong ke depan sehingga meja pun turut sama terdorong ke depan, memaksa lelaki itu.

“Hana, cuba cerita elok-elok. Bawa bertenang. Aku tak faham. Personal vitamin? Maksud kau apa? Supplement?” Daim berkerut. Pelik tengok kelakuan gadis itu. Hana menggeleng laju. Riak wajahnya resah gelisah. Dia buntu. Keliru. Mimpi tadi begitu vivid, seolah benar-benar berlaku.

“Daim. Daim.” Nama lelaki itu bermain di bibirnya. Daim memandang pelik gadis itu. “Hana, calm down. What’s going on? I’m here. Aku kat sini. Cuba cerita perlahan-lahan. Aku ada sini. I’m not going anywhere. Okey?” Lelaki itu cuba menenangkan Hana.

Gadis itu menarik nafas dalam-dalam. “Yuki. Awak dengan Yuki, ada apa-apa?” Redup mata Hana memandang lelaki itu. Daim menghela nafas panjang. “Kau mimpi pasal aku dengan Yuki? That’s why you’re acting this weird?” Duga Daim. Hana mengangguk perlahan.

“Hana. Kita dah takda apa-apa. Aku dan kau, cerita kita dah habis. Tamat. It’s over. Ya Allah.. Apa yang patut aku buat untuk buat kau faham Hana? Beritahu aku, what do I do to end this?”

Hana menggeleng. “Tak. Cerita kita masih panjang. Awak yang nak tamatkan. Saya tak faham kenapa awak nak tamatkan cerita kita. You love me. Why do you want to end this? Why end us?” Tegas gadis itu. “You see, ni masalah kau. Kau selalu salah faham intention orang. Hana, aku tak sayang kau. Kau ni aku anggap macam perempuan biasa. You’re nothing to me. So buat apa nak teruskan cerita kita kalau aku dah takda ada apa-apa perasaan pun kat kau?” Daim memeluk tubuh. Matanya keras merenung gadis itu.

 Hana menarik senyum tawar.

“You’re lying. I know you love me. You love me as much as I love you. You will always love me. I don’t know why you’re doing this, kenapa awak cakap awak tak sayang saya lagi, tapi saya tahu awak buat semua ni sebab awak nak protect saya. Walaupun saya tak tahu awak nak protect saya dari apa sebenarnya.”

Daim merenung ke dasar mata gadis itu. “Saya takkan give up just because you said it’s over between us Daim. I won’t give up. You said you don’t love me. So I will make you love me again. Saya akan buat awak jatuh cinta kat saya semula, Daim. We’ll start over again. We will.” Hana melontarkan segala yang terbuku di hatinya. Ya mulai hari ni, aku akan curi hati dia balik.

I won’t give up
Even if the skies get rough
I’m giving you all my love
I’m still looking up

Daim menggeleng tegas. “Hana, stop it. Okey? Dahlah tu. Aku penat nak layan semua ni. Faham? Come on, I’ll send you home.” Daim bangun. Lagi lama dia bersama gadis ini, lagi banyak bentang di hatinya musnah. Hampir saja lidahnya membalas bait cinta indah kepada gadis itu. 

“Kita nikah Daim. Hari ni. Sekarang.”

Hampir jatuh rahang Daim mendengarnya. Wajah gadis itu ditenung dalam-dalam. “Hana, kau gila ke?” Akhirnya, satu ayat ni yang mampu diucapkan. Hana menggeleng.

“Tak, saya tak gila. Saya waras, saya normal dan saya nak kahwin. Saya nak nikah dengan awak. Hari ni juga. Sekarang. Kita cari tok kadi yang boleh nikahkan kita. Dekat..Dekat kawasan rumah saya ada pakcik ni. Dia... Dia boleh tolong. Dia boleh nikahkan—” Hana dah seperti orang hilang akal.

Daim menggeleng kepala. “Hei hei. Jangan merepek boleh tak? We’re done. Terima hakikat ni. Aku dengan kau. Mustahil. Okey? Kita tak boleh bersama. Dah bangun, aku hantar kau balik.” Daim menarik lengan gadis itu yang beralaskan baju.

“Saya tahu awak sayangkan saya lagi. Saya tahu awak pun sakit kan? You are hurting as much as I am now. Tapi kenapa awak buat semua ni? Why do you hurt yourself?” Hana merenung anak mata lelaki itu, mencari sebutir kebenaran.

Daim mengurut pelipis sebelum meraup rambutnya ke belakang. Lengan Hana dilepaskan. “Aku tak ada pilihan.” Ujarnya mendatar. “Awak ada pilihan. Pilih saya.” Hana memegang dadanya. “Aku tak boleh.” Daim menggeleng.

“Why not?” “Sebab aku tak boleh!”

“But you love me.” Hana merenung wajah lelaki itu.

“I don’t.” Daim mengelak dari memandang mata Hana.

“You love me. You love me so much.” Hana mengulangi kata-katanya. Daim memejamkan mata sambil menggeleng, menidakkan kata-kata gadis itu sekeras-kerasnya. “Daim, you can tell me. Awak boleh cakap dengan saya. Apa sebenarnya yang berlaku?” Hana melembutkan suaranya. Dia dapat rasakan degupan jantung lelaki itu. Sama rentak dengan nadinya.

“Hana, kau dan aku, mustahil. Us is impossible.” Daim meluruskan jari telunjuknya ke arah Hana sebelum ke arah dirinya. “Maksud awak?” Hana berkerut memandang lelaki itu. Apa yang cuba dia sampaikan?

“Aku tak boleh jadi suami kau. Dan kau tak boleh jadi isteri aku. Sampai bila-bila.” Balasnya lemah. “Kenapa?” Hana berkerut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu.

Daim hanya mampu menarik nafas dalam-dalam. Mana mungkin dia beritahu Hana tentang hubungan sebenar mereka. Mana mampu dia beritahu Hana yang sebenarnya gadis itu adik kandungnya.

 “I can’t lose you, Daim.” Ujar Hana perlahan. Suaranya tersekat-sekat.

Lelaki itu menghela nafas berat. Dipandang lama wajah gadis itu. Ya Allah, andai kau tahu Hana apa yang terbuku di dada aku ni..

I can’t lose you either..

Ungkapan cinta itu tersekat di rongkongnya. Daim menggigit bibir.

 “Come on, let’s go.”

-

Balik dari kedai mamak, Daim tidak terus menghantarnya pulang. Sebaliknya, kereta lelaki itu membelok ke Extreme Park dan di situ mereka duduk di tepi sambil memerhatikan sekumpulan remaja bermain papan luncur dan roller blade. Sesekali Hana tergelak kecil bila salah seorang daripada remaja lelaki yang meluncur tergolek jatuh.

Hana memandang Daim di sebelahnya. “Sebab ni ke awak bawa saya kat sini?”

Lelaki itu mengerlingnya sekilas. “Sebab apa?” Keningnya dijungkit.

“To make me feel better.” Balas Hana, kembali memandang remaja lelaki yang dah bangun sambil mengipas punggungnya. “Kau rasa happy lepas tengok budak tu tergolek?” Daim menoleh, memandangnya.

Hana mengangguk laju sambil tergelak lagi.

“Zalim.” Daim menggeleng kepala.

“Urgh. Gerenti sakit.” Mukanya automatik berkerut walaupun bibirnya masih galak ketawa apabila budak lelaki yang sama terjatuh lagi sekali. Kali ni, dia berlanggaran dengan teman dia pula. Adeh.

Daim yang seserius alam pun tak mampu tahan tawa. Senyum nipis terbentuk di bibirnya. Hana mengambil kesempatan ni untuk bertanya. Wajah lelaki itu dipandang. “Daim, kan awak cakap kita ni strangers.”  

Lelaki itu angguk. “I did.”

“So, why are you being nice to strangers?” Hana dah memalingkan tubuhnya menghadap lelaki itu. Daim mengalihkan pandangan ke arah bertentangan. “Siapa cakap aku buat baik dengan kau? It’s a genuine sympathy. No hard feelings though.” Balas Daim mendatar.

Hana menarik senyum nipis. “Kat ofis, awak tegur saya. Pukul 3 pagi saya call awak, awak datang ambil saya. Dan sekarang ni, kita berdua tengok budak-budak saling berlanggaran. Apa tu kalau bukan buat baik? Kalau kita ni strangers, takdanya buat semua tu. Daim, orang gila pun boleh beza being nice atau pun tak.”

“So kau nak aku jadi jerk? Nak?” Sindir Daim.

Gadis itu ketawa besar. “Oh you’re still a jerk. Big time! You made me love you, but you didn’t love me. You said ‘marry me’, then you said ‘go away’. Total jerk.” Hana pasang muka innocent. Daim melayangkan senyuman meleret.

“Dah tahu aku ni jerk, buat apa suka kat aku lagi? Sanggup sehidup semati dengan jerk macam aku ni?” Daim memalingkan wajahnya, menghadap gadis itu. “Are you kidding? Se-jerk-jerk awak, awak buat saya rasa homey. You feel like home. Tak kiralah jauh mana saya pergi, at the end of the day, I want to go home. The place where I belong.”

Daim terkedu. Pengakuan yang keluar dari mulut gadis itu seperti mencucuk jantung hatinya. Untuk seketika mereka saling berpandangan. Akhirnya Daim bersuara. “Dah nak masuk Subuh dah. Jom. Masjid tak jauh dari sini.” Lelaki itu bangun sebelum melakukan regangan pada tubuhnya.

-

Hana tidak mampu menahan senyum sebaik saja melihat Daim keluar dari masjid dengan berkopiah di kepala. Seluar jeans yang tersarung di tubuh lelaki itu terlipat hingga ke buku lali sambil sebelah tangan mengepit kain pelikat.

“Dah solat?” Tanya Hana bila Daim semakin menghampiri. Lelaki itu mengangguk. “Bendera Jepun ke?” Tanya Daim, memandang Hana atas bawah. “A’ah. Allah bagi cuti.” Akui Hana selamba.

 “Tak nak salin?”

Terbeliak mata Hana mendengar pertanyaan lelaki itu. “S-Salin?” “Yelah, sekarang dah pukul berapa? Tak kotor ke?”

Hana dah rasa pipinya macam kena panggang. “Daim, apa kata awak risaukan pasal hal awak je. Saya risaukan hal saya sendiri, okey?” Hana menjeling geram campur malu. Daim menayang sengih.

“So lepas ni aku hantar kau terus pergi ofis?” Tanya Daim mendatar takda perasaan. Hana membuntangkan mata. Serta-merta matanya memandang diri sendiri. Seluar Pororo. T-shirt lengan panjang Running Man. Selendang polka dot. Sumpah hodoh.

Laju kepalanya menggeleng. “Tamau~”

Sengihan Daim makin meleret.“Ala tak payah nak berlakon malu la Hana. Kau macam tak biasa. Bukan ke setiap hari kau pakai macam ni pergi ofis?”

Hana menggigit bibir bawah. Gurau kasar nampak mamat ni. “Awak ni dah lama tak makan penampar sulung saya Daim.” Hana dah usap-usap tangan kanannya. Ada kang laju je penampar aku hinggap kat muka hensem si ungka ni.

Tawa Daim akhirnya pecah. Kain pelikat yang dikepit tadi dilipat kemas dan diletakkan di tempat duduk belakang. Ketayap dikepala ditanggalkan dan diletakkan di atas board belakang. Tanpa disedari, perlahan bibir Hana mengukir senyum. Entah kenapa bila melihat Daim keluar dari masjid, dengan kain pelikat dan ketayap, hatinya berbunga bahagia. Rasa tenang jiwa tengok lelaki yang menjaga agamanya, yang mengutamakan Tuhan lebih dari segalanya.

Krukkk.

Daim dan Hana berpandangan. Kalau ada senduk sekarang memang dah lama aku sendukkan diri sendiri. Hana memejamkan mata. Perut, timing kau takda nak baik lagi kan?

“Itu bunyi kentot ke bunyi perut kebulur kau?” Daim bertanya jujur. Dalam hati Hana dah berkajang-kajang baca mentera yang terselit perkataan seperti ‘bengong’, ‘siput sedut’, ‘ungka tak sunat’ dan yang sewaktu dengannya, untuk lelaki itu.

“In case kepala awak masih short, saya ni manusia! Bila lapar, bunyilah!”  Marah Hana beriya. Daim menarik senyum separuh sebelum masuk ke dalam kereta. “Emotional. Cakap je la bunyi perut kebulur, apa susah?” Daim menjulingkan mata.

“Just drive.” Hana memejamkan mata sambil menghempas tubuh ke seat kereta. Kepalanya terasa berdenyut. Daripada melayan mamat ni, baik aku beradu sesaat dua. Selamat malam ungka.

-

“Daim, I’m soo gonna kill you!” Desis Hana geram, namun langkah tetap diatur menuju ke dalam sebuah restoran mewah, The Roseebud. “Apa?” Daim pura-pura tak faham. Dia dengan langkah yakin masuk ke dalam restoran itu. Hana tak berani angkat kepala. Beberapa pasang mata memandang mereka.

“Daim!” Hana betul rasa macam nak menangis sekarang.

“Apa dia?” Lelaki itu memperlahankan langkahnya biar selari dengan gadis itu. “Takda tempat lain lagi ke nak breakfast? Jomlah pergi mamak ke warung mak Jah ke.” Bisik Hana separuh merengek. “La sini okey apa? Buat bodoh je. Diaorang dah biasa tengok perempuan selekeh macam kau ni.” Ujar Daim selamba.

Hana menghela nafas banyak kali. Terasa darahnya mendidih-didih. Wargh stresnya aku dengan si ungka ni! “Daim!” Panggil Hana bila lelaki itu dah pun duduk dengan bahagianya sambil meneliti menu.

“Have a seat ma’am.”

Sapa sang pelayan sambil menarik kerusi untuk gadis itu. Hana canggung nak membalas senyuman pelayan itu. Yelah, kot kot dia senyum mengejek ke tengok seluar Pororo aku ni. Rasa nak cekik batang leher Daim membuak-buak. Dilayang renungan membunuh ke arah lelaki itu yang dah separuh mati tahan gelak tengok muka merah padamnya.

“Nak salad?” Tanya Daim masih tersengih-sengih. Seronok kau kenakan aku he. Hana menggigit bibir. Siap kau. “Bagi saya sirloin steak dengan fish and chips.  Salad. Carbonara fettucini. Fusilli blackpaper dengan grilled prawn. Airnya.. Avocado jus lima.” Lima jari ditayang ke muka sang pelayan.

Daim memandang Hana tak berkelip. Perut anak gajah ke apa minah ni? Mampu ke nak habiskan semua makanan tu? “Hana, kau kebulur sangat ke?” Tanya Daim. Hana menjungkit bahu.

Sebaik saja makanan sampai, Hana menghabiskan Carbonara fettucini. Kemudian, dia menghirup habis air avocadonya. Daim menghulurkan napkin kepada gadis itu, memberi isyarat kepadanya supaya mengesat krim Carbonara yang comot di tepi bibir.

“Kenyang dah? Ni steak, salad dengan fish and chips ni nak letak mana? Empat air avocado ni siapa nak minum?” Daim menjungkit kening. “Siapa cakap semua ni untuk saya?” Hana mengesat mulutnya dengan napkin.

“Habis untuk siapa?” Daim berkerut.

“Waiter!” Panggil Hana.

 Seorang pelayan datang bersama senyuman mesra alam. “Dik, tolong bungkuskan semua ni ya. Thanks. Anyway, excuse me semua!” Hana bangun sambil mengetuk gelas dengan garfu, menarik perhatian pelanggan yang ada dalam restoran itu.

 “Sorry, just want to let you all know that this handsome gentleman depan saya ni dengan baik hatinya nak belanja semua pelanggan dalam kedai ni. With the 16% tax! So hari ni semua orang makan free. Yeayy~ Happy eating!” Hana dengan selambanya menunjuk ke arah Daim. Gamat satu restoran bila pelanggan-pelanggan sudah bertepuk tangan sambil mengucapkan terima kasih kepada Daim.

Lelaki itu tak terkata. Rahangnya terbuka 3 inci dan matanya bulat merenung Hana yang dah pasang muka berlagak. “Terima kasih ya Encik Daim for this lovely breakfast.” Hana bangun, tunduk sedikit sebagai token terima kasih dan cepat-cepat pergi dari situ sambil gelak macam setan. Sebulan la kau berjimat-cermat Daim. Muahahaha.

-

Hana baru saja nak tekan butang tutup pada lif, apabila ada tangan menahan. Pintu lif terbuka dan wajah bengis Daim menyapa. Oh cicak kobeng. Hana menggigit bibir. Secara automatik, kakinya berundur ke belakang, memberi ruang yang terlebih luas kepada Daim untuk masuk.

Hana tunduk. Tak berani nak angkat muka.

Daim berjalan ke arahnya sambil sebelah tangan menekan butang merah. Lif statik. Hana mendongak. Wajah bengis Daim menghiasi pandangan. Bibir bawahnya digigit kuat. Cemas campur takut bergelora dalam dada.

“Tu makanan tadi?” Tanya Daim keras sambil bibirnya menjuih ke arah bungkusan plastik restoran The Roseebud di tangan kanannya. Hana mengangguk sekali.

“Nak bagi siapa?” Daim bertanya lagi. Suaranya kekal keras mengalahkan konkrit. “Budak-budak ni.” Balas Hana masih tunduk. Daim diam beberapa saat sebelum berdehem kuat, seolah menyuruh gadis itu memandangnya.

Hana mendongak, memandang lelaki itu. Pandangan tajam Daim sudah berubah redup. Tiba-tiba hatinya yang takut tadi berubah rentak, jadi cemas, berdebar-debar, macam nak terbang, macam nak buat bungee jump.

“Hana.” Panggil lelaki itu, separa dingin separa mendayu.

Hana mengangguk. Matanya bersinar menunggu ayat yang bakal keluar dari mulut Daim. “Kau.” Ujar Daim sebelum berhenti. Hana menarik nafas dalam-dalam. “Ya?”

“Punya.”

Gadis itu mengangguk lagi. Dalam hati dah menari sakan penuh mengharap lelaki itu akan mengucapkan kata-kata cinta. “Saya punya?”

“Baju. Terbalik.” Dan Daim memusingkan tubuhnya membelakangi Hana sebelum menekan butang merah. Lif kembali hidup. Butang 10 ditekan. Serta-merta Hana memandang bajunya sendiri. Terus mulutnya ternganga luas.

Kelim baju yang jelas kelihatan dah cukup memberi kesahihan atas statement Daim tadi. Mata dipejam rapat-rapat, tangannya laju mengetuk dahi sambil bibirnya tak henti menghadiahkan diri title bodoh bin bangang.

Pintu lif terbuka. Sebelum keluar, sempat Daim mengerlingnya sambil berkata, “By the way, once a buta warna, forever buta warna. Hm?” Dan dia pun beredar dengan muka berlagak tahap menjengkelkan jiwa.

Hana memegang lehernya yang dah tegang macam tali kapal. Macam mana semalam aku boleh ajak dia nikah? Ya Allah, Hana! Jantan macam ni ke yang hati kau tangkap layan sangat? Apa kena dengan aku ni? Hana, serius kau mental! Mental!

“Hana, cakap sorang-sorang ni kenapa? Bercita-cita nak masuk hospital bahagia ke?” Budin muncul dengan mulut takda insurans dia. Hana lempar jelingan maut.

Secawan hot choc terus dihulur kepada gadis itu. Hana menjulingkan mata. Tapi tangannya tetap ambil hot choc yang dihulur Budin. “Apasal pagi-pagi dah mencarut berjela-jela Hana?” Tanya Budin mengikut langkah gadis itu.Hana melancarkan pandangan sakit hati kepada Budin. Terus dia senyap. Matanya mencerun pada baju gadis itu. Serta-merta dahinya berkerut. 

“Hana, baju Hana—”


Belum pun habis ayatnya, Hana dah memotong laju. “Terbalik. Ya aku tahu. Tak payah nak buat announcement banyak kali!” Tengking gadis itu jelas nampak betapa dia rasa Budin ni sangat menjengkelkan. 

“Fine, sorry.” Budin menjungkit bahu sambil menjulingkan mata. Emosional pula minah sorang ni. 

“Kau ingat tak masa aku dengan Daim tengah cold war?” Hana bertanya keras. Budin angguk. “Sebelum Hana dengan Daim bercintan-cintut. Oh dahsyat oh zaman tu. Korang gaduh tak ingat dunia. Memang tak terjangkau dek fikiran yang one day korang akan end up together. Impossible kot time tu.”

Panjang lebar Budin jawab. “Kau ni dah lama tak kena kaki aku kan Budin? Ni, kan dah lama si Daim tu tinggalkan title dia selaku sang ungka kan? He’s back weh.  Ungka is back.” Hana menggeleng kepala. Muka sedih, kerut-merut, kecewa dan susah hati semuanya dipancarkan di wajah.

“Maksudnya, Daim dah tak jadi romantik sweet dah? So korang dah break off ke apa ni? Tak jadi kahwin?”

Hana rasa macam nak pitam. Tok nujum ke apa si lembut ni? “Weh tak beragak mulut kau Budin! Aku lempang kau betul-betul kang. Sampai tujuh keturunan teleng nanti.” Hana dah tayang tapak tangan.

Budin ketawa cemas. “Ala Hana ni. Budin gurau jelaa. Itu pun nak take serious. Insya Allah, malaikat tak aminkan. He. He. So apa Hana nak buat? Nak counter balik Daim?” Tanya Budin sambil mengambil plastik makanan dari tangan gadis itu.

“Aku nak buat hati dia bergegar dengan nama aku je. Sampai mandi, makan, tidur, kerja, lari, dia ingat aku sorang je!” Ikrar Hana penuh bersemangat. “Err...Hana, agak-agaklah. Bukan ke sepatutnya dalam hati kita kena ada Allah. Allah nombor satu dalam hati. Kan?”

Hana rasa macam kena pelempang Abang Long. Wajah suci Budin dipandang lama. “Alaa kau ni Budin. Aku kasi perumpamaan je. Metafora, metafora.” Hana dah terkebil-kebil nak cari alasan. Budin terangguk-angguk.

“Ni Hana, apa benda ni?” Plastik makanan diangkat. Bau macam sedap.

“Daim belanja. Breakfast. Makanlah. Share dengan budak-budak lain.” Hana menghirup hot choc. Wah syoknya pekena hot choc pepagi buta ni. “Oh ya? Baiknya Encik Daim.” Puji Budin beriya. Hana tarik muka menyampah. Dan dan kau panggil si ungka tu Encikkan. Tak guna punya Budin.

“By the way Hana, hot choc tu Akid yang belanja. Tadi terserempak dengan dia kat bawah. Dia suruh Budin bagi Hana.”

Hana melancarkan pandangan tak puas hati. “So kau dah tak belikan aku hot choc la ya! Letak jawatan?”

Budin menggigit bibir bawah. “Eh janganlah marah Hana. Mana ada. Budin setia berkhidmat untuk Hana, cuma Akid dah beli awal-awal.” Budin cuba membela diri. “Itulah kau. Kerja dok mengayat Amna lagi. Mana tak si Akid tu dah beli dulu.”

Terbeliak mata Budin dengar kata-kata sinis gadis itu. “M-Mana Hana tahu pasal Amna?” Hana memeluk tubuh sambil menjulingkan mata. “Aku ingat kau nak hadiahkan aku cincin diamond. Ceh, rupa-rupanya nak kasi Amna.”

“Hello makcik, awak tu dah ada Daim. Jangan nak tamak sangat. Kasi chance kat Amna pulak!” Budin mencekak pinggang. Naik juling mata Hana tengok Budin jadi lelaki tulen. Macho siot!

“Budin kalau kau keras gagah macam ni setiap hari Budin, boleh jatuh cinta aku kat kau.” Hana memuji kagum. “Ee bencilah cakap dengan Hana ni! Asyik nak majal orang je semedang!” Budin sempat jelir lidah sebelum pergi meninggalkan Hana yang dah gelak besar.

Haii baru puji gagah dah cair lembik balik. Ceh.

-

Daim meneliti update tentang projek Mega A yang diterimanya melalui email. Segalanya berjalan dengan lancar. Kalau flow kekal bagus macam ni, lagi setahun dah boleh launch produk baru. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Daim mengerling skrin telefonnya. One message. Daripada siapa? Ditekan skrin lama-lama. Hana.

Bukak pintu ofis sekarang. Urgent.

Berkerut dahinya membaca. Ada apa? Sambil melepaskan satu keluhan berat Daim bangkit dan menuju ke pintu. Perlahan tangannya membuka pintu dan menjegulkan kepalanya ke luar.

Takda apa-apa pun. Dihantar mesej membalas.

Dah bukak. Nothing there.

Sesaat kemudian, mesej dari Hana masuk.

Pandang kanan,tengok bawah.

Daim mengikut. Matanya menangkap sebuah kotak berbentuk hati bercorak polka dot terletak di atas lantai. Dia mengambil kotak itu dan membawanya ke dalam. Lama Daim merenung kotak itu tanpa membukanya. Terasa macam deja vu. Macam modus-operandi-ayat-awek aku je ni.Terus jarinya menaip mesej kepada Hana.

What the hell is this? Pandora box?

Dua saat lepas tu, mesejnya berbalas.

Find out for yourself.

Daim menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia menolak kotak itu ke tepi dan kembali menyambung sesi meneliti report dan update kerja walaupun hatinya meronta-ronta nak tahu apa isi kandungan kotak itu.

Lima minit berlalu, telefon Daim sudah berbunyi dekat 10 kali. Mesej dan missed calls daripada Hana. Sibuk bertanya dah buka ke belum. Excited tak? Gembira tak? Terharu? Ke takda feeling? Tak suka? Daim memandang telefonnya dengan penuh rasa benci. Kenapalah si Graham Bell tu boleh terfikir nak cipta telefon. This is the day when I wish telephone wasn’t exist.

Daim menekan butang off. Padan muka kau perempuan. Namun sesaat lepas tu, rasa bersalah mula bertandang di jiwa. Wajah sedih Hana dah terbayang di kepala. Damn la perempuan ni. Sambil mengeluh entah kali ke berapa, akhirnya dia mengalah. Diambil kotak berbentuk hati itu dan dengan penuh cermat dia membukanya.

Sekeping coklat Kinder Bueno, satu tin air milo dan pendrive. Daim mengambil post-it note yang tertampal pada coklat itu. For you hungry gut. Bibirnya menahan senyum dari terbentuk. 

Tangannya mencapai tin milo pula. Sekeping kertas post-it note turut tertampal pada tin itu. Gambar kartun perempuan bertudung sedang melirik tajam sambil menunjuk ke arah kepala. Ada awan di atas kepalanya tertulis, For your genius head. Kali ni bibirnya tak mampu menahan senyum. Tawa kecil bergema satu bilik.

Daim menggeleng kepala. Diambil pula pendrive. Tiada post-it note. Dicucuk pendrive itu ke komputer. Folder For your cold heart ditekan. Sebuah video 1 minit bertajuk The First time terdapat dalam folder itu. Tak tunggu lama Daim double click pada video tersebut dan animasi lakaran kartun terpampang.

Bermula dengan kartun perempuan berselendang pink berlari laju menuju ke dalam sebuah bangunan. Di atas bangunan itu tertulis besar huruf KLiA. Di tengah-tengah ruang dalam bangunan, kartun perempuan itu memegang tinggi kertas yang tertulis ‘Daim, mana awakkkk?’ sambil kepala terjengah-jengah kelihatan seperti mencari. Datang dua orang lelaki tinggi memakai kaca mata hitam dan mengherdik perempuan itu. Mereka bertekak dan akhirnya perempuan itu menyepak lelaki yang memakai tag nama DAIM sebesar alam di dadanya masuk ke dalam sebuah kereta Proton Neo.

Macam kenal je scene ni. Daim tergelak kecil. Pertemuan pertama. Eh  mana ada minah ni sepak aku masa kali pertama jumpa! Daim mendail nombor Hana dan benda pertama dia cakap ialah,

“Mana ada kau sepak aku masa first time kita jumpa.”

Entah macam mana dia dapat rasakan gadis itu sedang hanyut dengan senyuman terlebih gulanya. “Hello, Hana?” Daim menjungkit kening. “Oh awak ingat lagi our first meeting?” Duga gadis itu.

“Mana boleh lupa perempuan gila pegang kertas terbalik. Oh ha by the way, apasal perempuan dalam video tu tak pegang kertas terbalik?” Penuh saksama Daim beri komen berkenaan dengan video itu.

Hana tergelak kecil. “Apasal gelak?”

“Takda apa-apa. Saja gelak. Tak boleh?” Tanya gadis itu dengan tawa yang masih berbaki. “Dahlah. Aku banyak kerja ni. Buang masa aku je tengok benda merepek ni. Kau tak payah susahkan diri kau buat benda macam ni lagi he. I don’t give a damn.”

 Dan talian terus dimatikan. Hana terkesima. Dia memandang telefonnya. Mak datuk. Garang bukan main. Orang bagi coklat pun nak marah? At least appreciate laa effort aku nak ambil hati kau. Hana menggigit bibir. Apa patut aku buat nak menang hati dia?

Daim mengulangi video itu buat kali ketiga. Kenangan kali pertama bertemu dengan Hana kembali berputar dalam kepala. Macam mana la dia boleh pegang kertas kajang terbalik? Dengan muka straight, berlagak habis, dia mintak passport. Itulah detik perang besar dia dan Hana. Alahai minah tu..

Coklat Kinder Bueno diambil dan dibuka sebelum disumbat sebatang ke dalam mulut. Nikmatnya, tak terkata. Macam mana dia tahu aku tengah lapar ni? Kadang-kadang menakutkan pun ada minah ni. Daim menggeleng kepala. Kerja disambung semula sambil mulutnya tak berhenti mengunyah coklat.

-

“What?”

 Alex berkerut dengar pertanyaan kawannya itu. Tuala good morning yang dah kotor dicampak ke dalam baldi yang terletak di bawah kaunter. Wajah sugul Hana direnung lama.

Hana menongkat pelipis dengan sebelah tangan sambil matanya mengerling riak pelik yang tertampal di wajah lelaki itu. “Kau lelaki Lex. Mesti kau tahu macam mana nak ambil hati lelaki, kan?” Tanya dia penuh mengharap. “Memanglah aku lelaki, tapi tak pernah aku dengar perempuan nak usha lelaki. Apa dah jadi? Aren’t you suppose to be married already? Nak usha apa lagi?” Alex memperlahankan suaranya. Tak mahu pelanggan lain dengar perbualan mereka.

“The wedding is off. Daim tarik diri.”  Ujar Hana tenang.

“He what? Oh my God. Kau serius ke ni?” Alex berkerut memandang wajah sahabatnya itu. Yelah, minah ni bukan boleh percaya sangat. Kadang-kadang datang bangang dia tu, benda macam ni pun dia boleh bawak gurau.

Gadis itu menjeling tajam. “Takla. Aku tengah buat lawak. Kelakar gilakan?”

Alex terus keluar dari kaunter dan duduk di sebelah gadis itu. “Oh God, I’m so sorry. You okay?” Alex melancar pandangan penuh simpati. Hampir je tangan lelaki itu memegang bahunya. Namun tindakan Hana yang melirik tajam tangan Alex mematikan niat lelaki itu. Hana menarik senyum.

“Aku okay. Don’t worry. Sebab tu aku nak mintak tolong kau Alex. What do I do to have him back?” Hana memandang wajah kacak Alex.

“Serius ke kau okay ni?” Lelaki itu memandangnya dengan penuh syak waksangka. Takkan sekali dia lupa apa jadi kat Hana bila dia dan Akid berpisah. Minah tu separuh gila kot. Ni bila perkahwinan batal, mustahil dia tenang macam takda apa-apa jadi. Mustahil. We’re talking about Daim here. Hana sayang Daim lapan ratus kali ganda lebih dari dia sayang Akid. Impossible dia okey.

“Iya aku okay. Hari tu aku surprise dia dengan kotak macam dia buat kat aku dulu. Respon dia ala kadar je Lex. As if macam setiap hari dia terima benda macam tu. Tapi yang bestnya ialah dia still ingat masa kali pertama aku jumpa dia. Kat airport. Which is a good thing la kan Lex?”

Lelaki itu menggaru kepala. “Maybe. Hei Hana, kenapa tiba-tiba dia batalkan wedding korang?” Alex tak boleh tahan diri dari bertanya. Semua orang tahu betapa dahsyatnya cinta dua insan ni. Anyone who sees the way Daim looks at Hana will definitely know how deep his love for her. So, kenapa tiba-tiba berpisah?

“Sebab dia dah tak sayang aku lagi.” Balas Hana tenang.

“Ha? Dia cakap macam tu?” Terus terjungkit kedua kening Alex. Jawapan yang tak disangka keluar dari mulut gadis itu. Hana mengangguk. “He really meant it though. Memang dia dah tak sayang aku lagi. Eh silap. Dia tak pernah sayang aku pun.” Hana cuba mengingati kata-kata Daim.

Alex dah picit dahi yang dah rasa pening dengan kisah hidup dua makhluk ni. Apa cerita? Tak pernah sayangkan Hana? Then yang kau pergi cakap kau sayang minah ni, siap ajak kahwin semua tu kenapa?

“Can I kick his ass?” Alex memandang Hana yang sedang memandangnya kosong. “He’s 6 feet tall and he’s a karate master. Silakan la kick ass dia.” Angguk Hana jujur menjawab.

Lelaki Cina itu terdiam. Setakat taichi dia praktis setiap pagi memang tak mampu la nak lawan jaguh karate. Patah terus semangat nak membela gadis itu. Alex kembali memandang Hana. “So sekarang ni, kau nak rebut hati dia balik?” Tanya dia.

Hana memandang Alex sambil mengukir senyum separuh. “Walaupun ayat kau agak menggelikan, tapi ya, benar Lex, adinda mahu merebut hati sang arjuna itu kembali.” Ejek Hana, melenggokkan suaranya ala zaman kesultanan Melayu Melaka.

Alex dah pasang muka sakit hati. “Seriuslah Hana. Kau tak kisah orang label kau perigi cari timba ke apa?” Duga lelaki itu. Hana menggeleng. “I don’t care.” Tegas Hana.

“What if Daim has a girlfriend?”

Hana terdiam. Terus mimpi tentang Daim dan Yuki terbayang di kepala. “Girlfriend. Bukannya isteri.”

Alex menarik nafas panjang. “Okay then. Jom make over kau!”

-

First and foremost, change your wardrobe. No more multicolored unattractive clothes.

Hana, Jannah dan Maya tegak berdiri depan almari sambil memegang dagu merenung kain baju yang terlipat kemas dalam almari. “Takkan kau nak buang semua baju-baju pelangi kau ni Hana?” Jannah mengerling kawannya yang kelihatan seperti sedang berfikir.

Maya menggeleng kepala. “Aku rasa Alex tak maksudkan kau buang baju sarkas kau ni Na, cuma kau kena ubah penampilan sikit kot. Biar nampak kewanitaan sikit.” Maya dan pandangannya.

“Maya, hari tu minah ni dress up elegen habis! Aku rasa kau kena pakai macam tu la Hana. How was his reaction when he saw you that day?” Jannah memeluk tubuh. Wajah bingung Hana dipandang.

“Siapa punya reaction?” Tanya Hana blur.

“Pak guard. Daim la gila. Siapa lagi?” Jannah dah tepuk dahi. Susah cakap dengan makhluk pending semedang ni. “Oh, dia takda feeling.” Balas Hana kecewa. Lelaki itu, sistem pertahanan diri dia dahsyat betul. Kebal.

“Kau tak payah pakai seksi Na untuk jadi hot. Cukup macam hari tu. Maya, hari ni kita ada tanggungjawab berat.” Bahu Maya dipegang. Kawannya itu mengangguk setuju.

“Shopping, spa, kasi trim bulu kaki bulu ketiak, gym, kasi buang muffin top berlebihan ni. Hm, banyak kerja kita Jannah.” Maya mengira aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan bersama Hana. Sempat pinggang Hana dicubit, menganjing lemak terlebih di situ. Kawannya itu menjerit sakit.

“Oh noooo.. Jangan berlaku zalim pada muffin top aku weh..” Rengek Hana sambil menolak tangan Maya. Kawannya itu tergelak besar. “Kitaorang akan make sure si ungka tu tangkap leleh air liur tengok kau nanti.” Janji Jannah penuh bersemangat. Hana mengangguk. “Do that!”

“You wait, Daim! You’ll fall head over heels for her!”

-

Daim baru saja melangkah masuk ke dalam lif apabila ada suara menjerit supaya dia menahan lif untuknya. Pintu lif ditahan. Setelah beberapa saat menunggu masih tiada siapa yang datang, Daim akhirnya menjengahkan kepala keluar, mencari gerangan yang menyuruhnya menahan lif.

Rahang Daim jatuh 3 inci. Matanya dipejam celik.

“Morning sunshine!” Sapa Hana ceria.

 Langkah yang diatur nampak kekok. Mana tak kekok dengan stelleto 4 inci itu? Bila dia tiba saja depan Daim, entah mana tersilap langkahnya, Hana terjelepuk cantik. Sambil matanya dipejam rapat, dalam hati dah redha andaikata mulut ni tercium lantai. Jadi bahan gelak la aku lepas ni.

Hana menunggu, namun tubuhnya seolah masih di awangan. Kenapa aku tak jatuh-jatuh lagi? Perlahan matanya dibuka. Hana membayangkan lantai di depan mata tapi sebaliknya yang berlaku. Wajah gorgeous Daim menyapa.

“You’re okay there?” Daim berkerut. Tangannya erat memaut lengan gadis itu, menghalangnya dari menjadi nangka busuk pagi-pagi buta ni. “Okay, thanks.” Hana cepat-cepat meloloskan diri dari pegangan lelaki itu sambil berdehem, nak cover malu.

Daim memeluk tubuh. Matanya melirik gadis itu atas bawah. “What the hell are you wearing?” Tanya Daim penuh kagum. Hana menggigit bibir bawah. “Bajulah. Takkan kain langsir pulak.” Hana mengibas dress yang dipakainya.

Lelaki itu menjungkit kening. “A dress? High heels? Seriously, what’s gotten into you?” Daim masih lagi dalam mode separuh kagum tengok penampilan baru gadis itu. Dress muslimah labuh berwarna merah garang, blazer berwarna hitam-emas dan selendang dibelit sekeliling kepala. Cantik. Tapi ni bukan dia. Bukan gadis sempoi bernama Hana.

“What? A girl can’t dress up a little bit?” Hana dah mula panas hati. “Of course a girl can. But you no girl. You’re Hana, for God’s sake. Mana color block kau? Ahh ni mesti kes kena saman dengan fashion polis ni. Kan?” Ejek Daim dengan riak muka serius. Hana berdesis.

“Hei color block is a trend okay! Awak jangan nak hina sense of fashion saya!” Tengking Hana sambil meluruskan jari telunjuk betul ke arah muka lelaki itu. “Oh! Wait a sec. Apa ni, kat muka kau? Eye shadow? Lipstick? Pipi merah semacam. Blusher? Oh my God. What’s the matter with you?” Rahang Daim jatuh lagi. Matanya merenung wajah gadis itu dalam-dalam.

Mata, hidung, bibir. Semua tercalit alat solek.

Hana dah mengipas-ngipas badannya. Ni yang aku panas ni. Punyalah dua jam aku dok touch up muka aku depan cermin, hinaan semata aku dapat dari mamat ni. Alex, salah kau la ni! Nak curi hati si ungka ni konon, kena menganjing lagi ada la! Fall head over heels amendenya! Aku yang nak tergolek ni haa!

“Hei ungka! Suka hati saya la nak make up ke tak? Awak susah apasal?” Berkerut-kerut dahinya menahan marah. Daim mengetip bibir. “Apa? Aku tak susah pun. Kau je la yang susah. Susah nak jalan, susah nak gerak. Ha tengok, jalan pun terkangkang-kangkang. Terpijak dress bagai. Ya Allah, at least practice la jalan before sarung dress dengan heels tu dulu.” Panjang lebar Daim mengenakannya.

Hana mengepal kedua tangan ke dahi sambil menjerit geram. “I hate you!” Tengking Hana dengan wajah yang menyinga. Daim menjungkit bahu. “I don’t care.” Dia masuk ke dalam lif dan mempersilakan Hana masuk dengan tawa yang tertahan-tahan.

“Would you stop it?” Marah gadis itu.

“Apa? A decent man can’t laugh?” Daim mendepakan tangannya. “Decent kepala hotak kau.” Gumam Hana kuat. Biarkan si ungka ni dengar. Biar berasap telinga dia. Daim ketawa mengekeh.

Hana melancarkan pandangan maut ke arah lelaki itu. “Dahlah tu! Buruk sangat ke saya pakai macam ni?” Hana memandang dirinya sendiri. Jannah dan Maya kata aku nampak meletop! Ke diaorang saja nak sedapkan hati aku? Atau diaorang kelentong nak malukan aku depan mamat ni? Hana menggigit bibir. Buruk sangat ke aku?

Daim berjalan ke arah gadis itu, merapatkan jarak antara mereka. “Orang gila, buta dan tuli je akan cakap kau buruk, Hana.” Ujar Daim separuh berbisik. Nadanya serius. Sepasang mata hitamnya masih melekat pada wajah gadis itu. Hana menelan air liur. Dia puji aku cantik...

“Habis, kenapa awak gelakkan saya? Beriya pulak tu.” Hana dah pasang muncung. Tangannya memeluk tubuh. “Because this isn’t you.” Tangan Daim bergerak dari atas ke bawah. “Maksud awak?” Hana memberanikan diri membalas renungan tajam lelaki itu.

Daim menarik senyum nipis. “Heels, dress, make up. Ni bukan kau Hana. Why are you wearing all these?” Tanya Daim lembut. “Sebab.. Saya nak jadi perempuan. Perempuan pakai benda-benda macam ni.” Balas Hana ragu-ragu dengan kata-katanya sendiri. Takkan aku  nak cakap aku pakai macam ni sebab aku nak mengorat dia? Gila! Jatuhlah water face aku.

“What? Oh kalau kau tak pakai semua ni maksudnya kau bukan perempuan? Habis tu buah kelapa dua biji tu apa? Aset lelaki?” Tanya Daim sinis sambil bibirnya dijuih ke dada gadis itu. Hana menjegilkan mata. Tangannya laju menutup dada. Tak pernah-pernah mamat ungka ni jadi pervert. Adakah kaedah pakai cecantik macam ni dah ubah dia jadi spesis perv? Hana menggeleng kepala laju-laju, cuba menepis tanggapan buruk ke atas lelaki itu.

Daim tak mampu menahan senyum.

“Maksud saya, saya nak jadi feminin sikit. Ladylike, cantik, bergaya.” Hana menjarakkan dirinya jauh dari lelaki itu. Daim berkerut. “You are pretty. Kau tak pakai macam ni pun kau dah cantik Hana. Tak perlu jadi orang lain. Just be yourself. Hm?” Lembut Daim memberi nasihat.

Hana memandangnya lama. Lelaki ni... Kata tak cinta, tapi cara dia mengatakan dia cinta. Hana menarik nafas panjang.

 “Daim, awak suka perempuan yang dress up macam ni or yang biasa-biasa je?” Tanya dia. Daim menarik senyum nipis sambil ekor matanya mengerling gadis itu.

“I’d love a woman who isn’t trying to be anyone else. I’d love her just the way she is.” Ujarnya senang.

“Awak tak suka perempuan pakai heels? Seksi? Cun? Hot?” Tanya Hana bertubi-tubi. Lelaki itu tergelak kecil sebelum menggeleng. “Mana ada lelaki dalam dunia ni tak suka perempuan hot seksi Hana oi. Kalau dia isteri aku, mestilah aku suka. Dengan syarat, dia pakai seksi seksi hot cun bagai bila dengan aku je. Just for my personal entertainment, my own satisfaction.”

Entah kenapa bila mendengar kata-kata Daim itu, dada Hana berombak laju. Pipinya terasa  panas. Bergelen darah menyerbu ke wajahnya. Sebelah tangannya memegang dada dan sebelah lagi memegang pipinya yang panas.

“Apasal kau ni? Berangan nak jadi bini aku?” Teka Daim selamba.

 Hana tergamam. Matanya terbuntang memandang lelaki itu. Sumpah psiko dia ni. Ada ilmu psikik level 10. “Tak payahlah berangan. Tak kesampaiannya. We’re over, remember? Kau dan aku, mustahil. Setakat kawan biasa okay. Lebih-lebih, impossible.” Tambah Daim bersahaja. Hana menggigit bibir. Sedikit sebanyak kata-kata lelaki itu mengguris hatinya.

“Daim awak tak kisah kalau saya pakai seksi cun hot untuk lelaki lain?” Duga Hana. Wajah lelaki itu diperhatikan lama. Daim diam, tidak membalas. Lama dia merenung butang lif  tanpa berkata apa-apa.

“Daim, awak tak kisah kalau saya jadi milik lelaki lain?” Tanya Hana lagi.

Lelaki itu menarik nafas dalam-dalam sebelum berpaling memandang Hana.

“Not at all.”


---

Rosebud says:

Salam readears yang terchenta~

Lama kita tak ketemu. Ampunnn bangat. Disebabkan hari ni saya takda kelas, kesempatan ini diambil utk update my humble story ni. hehe. Hope you guys enjoy reading it yeah. ><
Terima kasih daun keladi kepada korang yang tak putus2 support saya dan karya tak seberapa ni sejak kat penulisan2u smpai ke blog. Insya Allah, kalo ada rezeki publish jadi novel, hope korang akan terus menyokong ya? 

Please please drop some komen/nasihat/suggestion/teguran/greetings apa2laa. insya Allah akanku baca dan reply seikhlas hati. :)

Arigatou gozaimasu! (sambil tunduk ala2 awek jepong pakai kimono)
Doakan saudara2 kita di Palestine, Syria dan Mesir, dan ofkos negara tercinta, Malaysia. Moga kita sentiasa dlm rahmat dan ampunan Allah Taala insya Allah.

Thanks again. Korang memang rockstars! :)

Jangan malu beri salam kat orang yg kita tak kenal (dan kenal) okey! 
Jangan malu bersedekah!
Jangan malu solat dan mintak macam2 kat Allah!
Insya Allah :)
Courtesy of OwhSoMuslim.com