Friday, March 28, 2014

Aku bukan Hana Tajima! 47

Jannah mengetuk pintu bilik Hana. “Hana.” Panggil dia lembut. Tiada sahutan. Jannah mengetuk lagi. “Hana?” Panggil Jannah lagi. Masih tiada jawapan. “Aku masuk he?” Akhirnya Jannah meminta izin.

Perlahan-lahan Jannah menolak daun pintu bilik kawannya itu. Dalam diam hatinya seolah dapat mengagak rupa Hana. Rupa yang sama bila sahabat baiknya itu berpisah dengan Akid. Rupa yang sama gadis itu tunjuk sepanjang seminggu dia bermurung sendirian dalam bilik. Hana berubah jadi rapuh. Letih. Putus asa.

She’d really hit rock bottom. Dan tak ragu-ragu lagi hari ni pun sama.

Jannah dapat membayangkan keadaan kawannya itu. Berteleku di tepi katil sambil termenung jauh. Kain baju bersepah atas lantai. Tisu untuk lap air mata bertimbun dan ada di mana-mana. Rambutnya tak terurus dan matanya sembab tak bermaya. Jannah menarik nafas dalam-dalam. Dia dah bersedia nak hadapi semua tu. Another day to ease her pain. Hana, jangan risau, aku ada.

I’m here for you.

Sebaik saja daun pintu dibuka habis, mata Jannah terbeliak besar. Rahangnya sedikit terbuka. “H-Hana.” Jannah memandang kawan baiknya itu tanpa berkelip.

Hana tersenyum melihat Jannah melalui pantulan cermin. “Morning sunshine.” Sapa Hana mesra sambil mengemaskan pin pada selendang di kepalanya. Jannah menjamahnya atas bawah.

Blazer. Seluar slack. Kemeja. Selendang sutera. Hana nampak... Elegan!

“Kau mimpi apa malam tadi Na?” Jannah melabuhkan punggung ke atas katil kawannya itu. “Mimpi kau buat muka terkejut beruk macam tu.” Balas Hana selamba sambil jari telunjuknya ditala ke arah muka Jannah. Kawannya itu menepis geram walaupun riak wajahnya masih tertampal ‘aku-terkejut-kot’.

Hana ketawa mengekeh. Jannah merenungnya lama. “Kau tahukan aku ni alergik bila orang tenung aku lama-lama.” Ujar Hana sambil menyembur perfume pada badan. Satu bilik semerbak harum bau bunga Anna Sui.

Lagi satu benda yang buat rahang Jannah jatuh tergolek-golek. Minah ni sembur perfume? Sejak bila dia jadi ladylike ni? Omo omo. Jannah masih memerhatikan segala tingkah sahabat baiknya itu. Pelik bin ajaib.

“Who are you and what have you done to Hana?” Jannah dah tak boleh tahan diri. Sungguh dia rasa wanita depan dia ni bukan sahabat baiknya, Hana. Hana yang dia kenal selama ni seorang yang suka bangun lambat, kalau frust menonggeng akan terperuk dalam bilik dan akan end up macam zombie.  Baru seminggu lalu dia jadi zombie, tiba-tiba hari ni, dia berubah. Jannah berkerut seribu. Lagi satu. Hana yang dia kenal takkan berpakaian professional elegan macam ni dan dah semestinya takkan pakai perfume!

Hana ketawa lagi. “Ayat Harry Potter sangat kau ni. Kes layan Harry Potter sampai subuh la ni. Kan?” Ajuk Hana masih berbaki tawanya. Jannah menggeleng. “Tak Na, seriously, kau siapa doh?” Berkerut-kerut dahi Jannah bertanya.

“Dahlah, malas aku nak layan kau. Aku ada meeting ni. Kau takda kelas kan hari ni? Pinjam Cik Neo. Pleaseee~” Rayu Hana manja sambil merapatkan kedua tangannya ke dada. Jannah ternganga tengok perubahan kawannya itu. Tak pernah-pernah mintak izin nak pinjam Cik Neo, tapi hari ni... Eh luar alam ni.

“Mak cik cleaner ofis aku cakap, ternganga tu maknanya setuju. Okey, thanks sayang.” Pipi Jannah dicubit geram dan Hana terus melangkah keluar dengan penuh yakin.

“Who the hell is that?” Jannah terasa bulu tengkuknya meremang.

-

Daim menuju ke kaunter Coffee Bean. Dipandang menu untuk beberapa saat, cuba membaca tulisan funky yang tertera namun gagal.  Dipaksa pandangannya jatuh pada muffin yang tersusun elok dalam balang di kaunter pula. Ingatannya tiba-tiba melayang pada seseorang.

“Banana muffin ke blueberry muffin?

 “Banana.”

“Hot choc?”

 “Tak naklah. Budin dah belikan.”

Daim menggenggam kedua tangan sambil mengangkatnya tinggi ke langit, seperti sedang menyuruh Hana memilih, tangan kanan ke tangan kiri. Hana pula sedang pura-pura berfikir, tak tahu nak pilih yang mana. Kemudian, Hana menunjuk ke arah tangan kanan Daim.

“Sure?” Tanya Daim, menjungkit sebelah kening. Saja nak bagi Hana ragu-ragu. Hana angguk. “Sure.” Daim membuka genggaman tangan kanannya. Sebungkus coklat keemasan Ferrero Roche berdiri indah di atas telapak tangan lelaki itu.

Hana melonjak gembira. Terus diambil Ferrero Roche dari tangan Daim.

Daim memejamkan mata. Memori bersama Hana di kafe ni masih segar dalam ingatannya, seolah baru semalam dia dan Hana datang ke sini dan berkongsi muffin bersama.

Sudah seminggu. Seminggu Hana tak datang kerja. Setiap malam Daim akan merenung telefonnya, berteka-teki sama ada dia patut menelefon gadis itu ataupun tak. Setiap malam dia akan mendail nombor gadis itu sebelum akhirnya mematikan talian sebelum sempat berdering. Setiap hari dia akan menunggu di dalam kereta tidak jauh dari rumah Hana, menunggu gadis itu untuk keluar dari rumah. Dan setiap hari juga, kelibat gadis itu tak kelihatan.

Macam orang bodoh. Satu keluhan berat dilepaskan.

Sebaik saja ayahnya tiba di Malaysia beberapa hari lalu, Daim tidak berlengah untuk bertanyakan tentang Hana kepada ayahnya. Diasak ayahnya dengan seribu satu soalan namun tiada satu pun ada jawapan. Daim memerhatikan raut wajah orang tua itu, cuba membaca apa yang sedang difikirkan ayahnya. Hatinya berdoa moga ayahnya menidakkan pertalian darah antara dia dan Hana, tapi apabila ayahnya perlahan-lahan mengangguk, segala harapannya musnah.

“Encik Daim, nak order apa?” Pertanyaan mesra Amna membantutkan lamunannya. “Ha hm, banana muffin satu. Dengan hot choc. Satu.” Daim membuat pesanan.

“Satu je?” Tanya gadis itu sambil melayang senyuman penarik pelanggan. Daim menjungkit bahu. “Cukuplah tu untuk orang bujang macam saya ni.” Balasnya lemah. Amna tersenyum manis. “Macam sedih je bunyi Encik Daim. Takpa ya, insya Allah, dekat dah tu jodoh Encik.” Amnah angguk ramah.  Dia siap buat gaya mengaminkan doa. Daim tergelak kecil.

“Sekejap ya.” Gadis lincah itu memanaskan banana muffin sebelum dengan pantas membancuh hot choc. “Amna, hot choc tu kasi umph sikit ya.” Sempat Daim memesan. “Baik bos!” Amna buat tabik hormat.

“Okey thanks Amna. See you around.” Daim mengangkat sedikit hot choc dan banana muffin sebagai gesture terima kasih kepada gadis itu. “Encik Daim, nanti kirim salam kat Budin ya.” Balas Amna.

“Insya Allah!” Angguk Daim membalas senyuman gadis itu.

-

Hampir tergolek Hana apabila diserbu staf-stafnya sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam makmal. “Eh eh eh. Apa ni peluk-peluk ni? Penat aku iron baju pagi tadi tau.” Hana menolak stafnya jauh-jauh. Over betul. Seminggu je pun tak jumpa aku. Suka kasi kesan dramatik tau. Ceh.

“Hana you dah sihat ke? Betul dah sihat?” Tanya Nani penuh kerisauan. Wajah Hana dibelek lama. 

Gadis itu menjulingkan mata. “Makin sihat adalah! Eh korang ni. Pelik betul la. Aku cuti pergi melancong pun tak senang.” Bebel Hana geram. “Pergi mana?” Nani memaut lengannya manja. Laju saja tangan Hana menepis pautan stafnya itu.

“Pergi holiday laa. Dah kepohci. So any update?” Tanya Hana sambil menyarung kot makmal ke tubuh genitnya. “Sepanjang you takda, Encik Akid banyak tolong. Baik gila dia! Alhamdulillah, so far eksperimen kita dah menunjukkan tanda-tanda positif.” Balas Nani ceria.

Hana terangguk-angguk. “Mana Akid? Dia tak datang?” Tanya Hana sambil matanya melilau ke serata makmal.

“Oh dia kata dia datang pukul 10 macam tu.” Jawab Nani dah macam setiausaha Akid dah. “Ooo. Okey. Eh Budin mana Budin? Dah seminggu tak merasa hot choc ni.” Hana memegang perutnya yang dah berkeroncong. Mau tak rindu kat mamat patah dua tu? Seminggu tak rasa hot choc rasa macam nak demam je badan. Bahana hot choc cap Budin. Dahsyat!

Nani ketawa kecil. “Budin hantar mak dia pergi airport. Mak dia nak pergi mana entah.” Kepala digaru-garu. “Pergi Perth.” Sampuk Ali. Nani memetik jari. “A’ah pergi Perth. Bercuti.” Angguk gadis itu.

“Ooo.. Si Budin tu memang anak kesayang mak dia kan. Eh Nani, kak Mida mana kak Mida? Dah beranak ke belum dia tu?” Hana teringat akak kesayangannya itu. Sejak-sejak ada masalah negara ni, terlupa pulak kat akak bunting seorang tu.

“Itulah you Hana. Siapa suruh seminggu cuti? Ya, kak Mida dah selamat beranak dah. Anak perempuan. 3.7 kg. Muka sebijik macam you! Kak Mida dah sedih gila. Dia kata, apalaaa malang nasib anak aku muka macam si Hana tu. Sengal la budak ni nanti.” Kata-kata Nani diiringi dengan tawa staf-staf lain.

Hana gigit bibir. Cipan. “Dia kat rumah la tu ya? Nanti nak pergi melawatlah dia. Mesti cute gilakan anak dia! Waaa tak sabar!” Hana dah dapat bayangkan kecomelan anak kak Mida. Iyalah, kak Mida tu pun comel tahap dua. Apatah lagi anak dia kan?

“Boleh, boleh. Lunch hour kita pergi nak Hana?” Nani menyiku lengan teman sekerjanya itu. Hana tarik muka. Amboi, buat aku macam sepupu sepapat je ya. “Seronok kau aku takda ya. Sampai dah buat aku macam teman main guli kau la kan.” Perli Hana baik punya. Nani pasang muka tak bersalah. Lagi sakan dia siku kawannya itu. Hana menolak Nani jauh-jauh.

“Dah dah. Meeting lagi 10 minit kan? Jom jom.” Hana baru nak gerak keluar dari makmal bila Nani menegur. “Apa dia?” Hana mencekak pinggang. “Err.. Na, agak-agaklah kot iyapun semangat nak kerja lab ni. Takkan nak pergi meeting pun nak sarung lab coat Hana oi?” Setepek dia kasi kat aku balik. Hana dah rasa pipinya dah sama warna dengan ayam golek.

Hana menarik muka. “Eh you ols tak tahu ke ni the latest trend sekarang?”

Nani dan Ali saling berpandangan. “Trend fashion?”

“Iyalah! Itupun tak tahu ke?” Herdik Hana sebelum melangkah laju keluar dari makmal menuju ke bilik mesyuarat. “Boleh percaya ke minah tu?” Nani menjungkit kening. “Cik Hana kot. What do you expect?” Ali ketawa bila staf lain cited ayat trademark Daim,

 ‘Perempuan gila buta warna.’

-

“Morning.” Sapa Shuichi saat masuk ke dalam bilik mesyuarat. Dia meletakkan beberapa fail di atas meja sambil berdiri tegak di depan mereka. Matanya fokus pada helaian proposal yang baru diberikan Sandra kepadanya tadi. Sesekali dahinya berkerut.

Setelah agak lama dia meneliti kertas kerja itu, Shuichi akhirnya berhenti membaca dan menumpukan perhatian kepada staf-stafnya. Keningnya terjungkit. Satu wajah yang amat dikenali menerpa pandangan. Serta-merta bibirnya mengukir senyum. “Hana!” Tegurnya ceria.

 Gadis itu mengangkat tangan kanan, melambai mesra.

“You’re good there?” Tanya Shuichi masih tak mampu menjarakkan matanya dari wajah gadis itu. She looks okay. Glowing in fact. Hana angguk laju sambil buat tanda bagus. Shuichi menarik rasa lega. Yep, dia okay.

 “Awesome! Okey, let’s proceed with our main topic of the day.”

Semua mata fokus pada skrin yang tergantung di dinding. Sedang semua sedang leka mendengar pembentangan Shuichi di hadapan, pintu belakang bilik mesyuarat sedikit terbuka dan Daim melangkah masuk ke dalam perlahan-lahan. Tidak mahu mengganggu mesyuarat yang sedang berlangsung. Untung lampu dimalapkan sedikit. Takdalah terang benderang kelambatan dia menghadiri mesyuarat ni.

Daim mengambil tempat di sudut paling hujung. Sambil menyandar pada kerusi, matanya mencerun pada wajah serius Shuichi. Dalam diam, rasa kagum kat Shuichi menggunung. Mamat Jepun ni mana ada basic tentang bisnes. Dalam kepala dia ada muzik je. Tapi sekarang, siapa sangka seorang ahli muzik mampu bercakap pasal bisnes dalam bilik mesyuarat. Penuh yakin pulak tu.

Two thumbs up.

 Matanya mencerun pada staf-stafnya. Semua tekun mendengar apa saja yang diperkatakan Shuichi. Bagusnya semua orang hari ni. Kalau tak, akan ada beberapa orang yang dah hilang fokus. Tersenguk, berborak, makan. Tapi hari ni, semua 100 peratus fokus. Hebat Shuichi.

Lagi satu thumb up.

Tiba-tiba bulu dilehernya tegak. Daim berkerut. Segera ditala pandangan ke sebelah kanan, ke arah punca bulu lehernya tegak. Sepasang mata berwarna coklat hazel sedang merenungnya. Daim kenal mata tu. Hatinya berasa lega. Sekurang-kurangnya dia nampak sihat. Dia nampak... Lain.

Daim membalas renungan gadis itu untuk beberapa detik sebelum berdehem kecil dan kembali memandang sepupunya. Dia dah berikrar. Tiada lagi hubungan antara dia dan Hana. Semua dah berakhir. She’s a stranger now.

Is she?

Perlahan, matanya mencuri pandang ke arah gadis itu. Hana masih merenungnya. Pandangan gadis itu tidak dapat ditafsirnya. Kosong? Penuh harapan? Kecewa? Entahlah. Daim menarik nafas dalam-dalam. Diambil pen yang tersangkut pada poket kemejanya dan ditala ke arah gadis itu.

“Kau. Fokus.” Ujar Daim sekadar menggerakkan bibir.

Hana berkerut. Matanya memandang pen yang ditala ke arahnya. Daim kemudian menala pen itu ke arah Shuichi yang sudah berada di podium. Hana mengikut arah pen lelaki itu. Dia memandang Shuichi untuk beberapa saat sebelum kembali memandang Daim. Lelaki itu juga sedang melihatnya. Pandangan mereka bertemu.

Setelah agak lama mereka bertentang mata, suara hati saling berdebat, saling berteka-teki, Daim akhirnya bertindak menamatkan perasaan yang baru saja nak berputik. Dia menjeling Hana tajam sebelum memandang telefon bimbitnya untuk beberapa saat. Kemudian Daim bangun dan terus keluar dari bilik mesyuarat dengan wajah yang berkerut masam. Hana terpana.

-

“Arghh lamanya Encik Shuichi present. Mahu tercabut tulang pinggul I ni.” Nani mengurut pinggangnya yang dah kebas dek duduk terlalu lama. Hana sekadar menarik senyum nipis. Langkahnya perlahan. Dibiarkan Nani dan yang lain berjalan sampai ke depan meninggalkannya yang masih di belakang. Fikirannya melekat pada Daim. Kenapa lelaki itu meluru keluar tiba-tiba? Benci sangat ke dia kat aku sampai macam tu sekali reaksi dia?

“Hei baby!”

Hana menoleh. Akid sedang tersenyum lebar sambil melambai 5 meter jauh darinya. “Akid, hai!” Sapa Hana, turut melambai. Mata Akid menjamahnya atas bawah. “Wuoo! You look nice. Satu perubahan yang bagus!” Puji Akid penuh kekaguman. Ini kali pertama tengok Hana elegan macam ni.

“Saya tak pasti sama ada saya patut rasa bangga ataupun kecewa dengan statement awak tu. Tapi takpa Akid, I’d take it as a compliment. Hei by the way, awak missed 1 tahun punya meeting tau tak?” Ujar Hana sambil berjalan menuju ke biliknya.

“Setahun punya meeting?” Tanya Akid pelik. Kakinya ikut langkah gadis itu.

Hana mengangguk. “Ya, courtesy of our anak bos, Shuichi.” Balas gadis itu, sengaja menyebut kuat nama Shuichi saat matanya menangkap kelibat lelaki Jepun itu.

“Heard that Hana!” Shuichi melangkah ke arah mereka. Gadis itu pasang muka terkejut. “Ops! Sengaja.” Bisik Hana selamba. Shuichi menarik muka. “Nak kena budak ni.” Ugut Shuichi sambil membulatkan matanya. “Lama kot. Nasib tak kematu punggung Budin.” Balas Hana serius. Shuichi berkerut. “Hei Budin tak masuk kerja lagi. Awak jangan nak buat cerita.”

Akid ketawa kecil. Nakalnya si Hana ni, dari dulu sampai sekarang, sama je perangai tu. “Laparlah. Akid, dah makan? Jom. Awak Shu-chan? Jom isi perut.” Ajak Hana sambil mengusap perutnya. Shuichi menggeleng. “Sorry dear. Gotta pass. Ni ada nampak Daim tak? Have been looking for him. Tak jumpa-jumpa dari tadi.” Shuichi memanjangkan leher, mencari-cari kelibat sepupunya itu.

Hana menjungkit bahu. Akid menggeleng. “Tak. Dalam ofis dia takda ke?” Akid bertanya. “Takda. Just came back from his office. Hm mana la dia pergi. Okey takpa. You guys go ahead. Catch up with you two later.” Shuichi sempat melemparkan segaris senyuman sebelum bergegas pergi.

“Hana, awak tak tahu ke mana Daim pergi?” Tanya Akid sambil memandang wajah gadis itu. Pasangan dua sejoli. Tak lama lagi akan nikah pulak tu. Takkan Hana tak tahu mana Daim.

 “Dunno.” Balas Hana selamba. “Dah jomlah. Lapar ni.”

Akid terpinga-pinga. Tak risau ke dia mana buah hati dia menghilang?

“Nak ikut ke tak?” Jerit Hana yang dah jauh jalan meninggalkan Akid. “Nak nak!” Balas Akid seraya mengejar gadis itu. “Berangan je kerja. Tahulah kita cun melecun hari ni.” Ujar Hana penuh yakin. Akid terdiam sekejap.

“Err...”

“Shut up.”

-

Daim mengurut batang hidungnya sambil matanya dipejam lama. Orang tua ni tak pernah kering idea dia dalam nak mengawal hidup aku. “Daim-kun.” Panggil Yuki lembut. Tangan Daim dicapai dan digenggam erat. Lelaki itu membuka mata, memandang Yuki lama.

“Awak tak patut datang sini.” Ujarnya perlahan.

Yuki tersenyum nipis. “Iie. Watashi ga shitai.” Daim melepaskan pautan tangan gadis Jepun itu. Dipandang wajah obāsan lama. “Apa ni obāsan? Apa semua ni? Cukuplah. Hm? Tsukareta yo.” Keluh Daim. Wajahnya nampak kusut. (*Iie. Watashi ga shitai=Tak. Saya yang nak. *Tsukareta yo=I’m tired.)

Obāsan menarik nafas dalam. “It’s for your own good Daim.”

“Bullshit.”

“Nani?” Obāsan merenung cucunya tajam. Yuki memegang lengan lelaki itu, cuba untuk menenangkannya sambil memandang obāsan. “Gomennasai obāsan. Kare wa go yōsha kudasai.” Ujar Yuki sambil menundukkan tubuhnya ke arah obāsan. (*Gomennasai obāsan. Kare wa go yōsha kudasai=Maaf nenek. Tolong maafkan dia.)

“You don’t have to apologize Yuki. I did nothing wrong. This conversation is hopeless. For God’s sake obāsan, stop interfering in other people’s affairs! Mind your own.” Tengking Daim sambil berdiri merenung neneknya tajam.

Obāsan tak terkata. Terkebil-kebil orang tua itu memandang cucunya. Ini bukan kali pertama dia melihat Daim marah tapi ini kali pertama dia ditengking sebegitu rupa.

 “Daim, duduk.” Arah ayahnya yang dari tadi diam memerhatikan segalanya. Daim memandang Encik Takahashi yang sedang duduk di kerusi di sebalik meja. “She crossed the line.” Ujar Daim dengan nada yang terkawal walaupun wajahnya jelas menunjukkan betapa marahnya dia ketika tu.

“Dōtte koto wanai! Haha da yo. She’s my mother and you owe her some respect.” Suara ayahnya sudah meninggi. Daim mengigit bibir. “Iie. I don’t owe her anything. In fact, she well deserved everything I said.” Tegas lelaki itu. (*Dōtte koto wanai=Tak kisahlah. *Haha da yo= She’s my mother)

“Yoku iu yo!” Tengking ayahnya. Dada lelaki tua itu berombak kencang menahan marah. “Gomennasai otōsan. But I can’t do this. Yuki shouldn’t be involved. She’s not suppose to be part of this mess. Spare her. Please.” Rayu Daim perlahan. (*Yoku iu yo= Berani kau cakap macam tu!)

Yuki bangun dan menuju ke arah Daim. “Daim-kun, anata ga suki desu yo. Totemo suki desu. Dakara, watashi o hanarete sōshin shinaide kudasai. Onegaishimasu.” (*Daim, saya suka awak. Sangat sukakan awak. Jadi, tolonglah, jangan suruh saya pergi.)

Daim melepaskan satu keluhan berat. “Yuki...”

“Aishiteru.” Yuki memeluk tubuh Daim. Lelaki itu tak terkata. “Aishiteru.” Ucap Yuki lagi sambil mengeratkan pelukan. Daim memandang ayahnya yang turut terkejut dengan tindakan berani gadis Jepun itu. (*Aishiteru=I love you)

Encik Takahashi memejamkan mata sebelum berpaling dan terus keluar dari biliknya, meninggalkan Daim, Yuki dan emaknya.

-

Hana berdiri di kaunter dalam pantry sambil mengacau hot choc. Fikirannya jauh mengelamun memikirkan tentang apa yang baru berlaku pada dirinya.  Beberapa bulan lalu, pertemuan dia dengan Daim dan kemudian bermulanya fasa pergaduhan antara dia dengan lelaki itu. Tak lama lepas tu, lahir satu perasaan anugerah dari Tuhan, yang menyatukan dua jiwa.

Beberapa minggu lalu dia dan Daim declare nak nikah. Dan minggu lepas, Daim batalkan pernikahan. Dan hari ni, sekarang, dia berada dalam pantry sambil mengacau hot choc. Life back to normal. Seolah macam tiada apa-apa yang berlaku. Ya Allah, berilah aku kekuatan hadapi dugaan-Mu ini.

Eh.. Bau ni. Hana memejamkan mata. Bau laut. Bau hutan. Bau peluh. Bau buku lama. Bau Aftershave dia. Bau..... Daim. Terus mata Hana terbuka. Sebelahnya, Daim sedang menuang air panas ke dalam segelas mug. Serta-merta dadanya berdegup laju. Ya Allah, dia ada kat dalam pantry. Kat sebelah aku. Berdua. Hana memegang dadanya yang dirasakan hampir meletup.

“Gula mana?” Tanya Daim tiba-tiba. Nadanya tidak kasar, tidak juga lembut.

Hana terpinga. Tak menjangka yang lelaki itu akan menegurnya. “Kat dalam almari.” Balas Hana sedikit kekok. “Oh. Thanks.” Daim angguk sebelum mengambil gula di dalam almari dan dibubuh dua sudu gula ke dalam mugnya.

“Nah.” Sehelai tisu dihulur kepada lelaki itu apabila air teh yang dikacau tertumpah sedikit ke tangannya. Daim memandang Hana sekilas sambil mengambil tisu dari tangan gadis itu.

“Thanks.”

Hana angguk sebelum mengambil cawan hot choc dan duduk di kerusi sambil memandang belakang tubuh lelaki itu. Daim orangnya tinggi lampai. Pakai apa pun kena. Sentiasa smart dan segak. Dan hari ni dia memakan kemeja berwarna hitam, seluar slack hitam dan kasut kulit hitam. Sangat segak. Perlahan bibirnya mengukir senyum. Sungguh dia tak menjangka akan ada lagi peluang untuk menatap lelaki itu, untuk merasa perasaan berdebar, nervous macam ni. Tak sangka hari ni dia berkesempatan berbual dengan Daim biarpun sekadar dua tiga patah perkataan. Sungguh tak sangka.

A good start, right?

“Kau okay?” Daim bertanya setelah agak lama masing-masing menyepi. Hana terkedu. Dia cuba memandang wajah Daim namun lelaki itu tidak menoleh. Masih mengacau air tehnya.

Hana mengangguk. “Okay. Awak?” Hana bertanya pula.

Giliran Daim pula mengangguk. “Okay.”

“Daim.” Panggil Hana lembut. “Hm?” Balas Daim tanpa memandang gadis itu. “What are we now? To each other?”

Daim tidak terus menjawab pertanyaan gadis itu. Dia mengambil masa, memikirkan jawapan terbaik. Akhirnya dia memalingkan tubuh, menghadap Hana. Dipandang lama wajah gadis itu.

“We’re two strangers.” Balas Daim tenang.

Hana terpana mendengarnya. Strangers huh? Dia cuba memaksa segaris senyuman. Sungguh terasa berat dada ni mendengar satu perkataan itu.

Strangers.

“Sometimes family feels like stranger, and stranger feels like family.” Tambah Daim. Hana mendongak memandang lelaki itu. Daim sedang tersenyum. Tapi senyuman dia sedikit pun tak menunjukkan rasa gembira. Malah, bila Hana melihat senyuman Daim itu, hatinya berasa sakit. Perit.

“Daim..”

Lelaki itu menarik nafas dalam-dalam sebelum memotong, “I have to go. Thanks again for this. Hana.” Mug ditangan diangkat dan Daim berlalu pergi.

Hana tak terkata. Entah kenapa, bila Daim menyebut namanya, seolah-olah kedengaran nada suaranya seperti menyembunyikan sesuatu. Dan entah kenapa, hatinya tiba-tiba berasa sedih. Tanpa sedar, air matanya gugur membasahi pipi.

-

Daim menoleh sekilas bila terdengar derapan tapak kaki seseorang. “Mana kau tahu aku ada kat sini?” Tanya Daim apabila Shuichi sudah berada di sebelahnya. “Rooftop. Sejak bila rooftop jadi tempat favorite kau?” Shuichi menjawab dengan pertanyaan.

“Sejak aku tak boleh lepak kat pantry lagi.” Balas Daim tenang. Shuichi memandang sepupunya itu. “Takda siapa halang kau dari lepak kat pantry.” Ujar Shuichi.

Daim menjungkit bahu. “Kau nak apa ni?”

Lelaki Jepun itu menyandar pada pagar besi. “Aku terserempak dengan Yuki tadi. Dia carik kau.” Ujar Shuichi. Daim tidak berkata apa-apa. “Aku jumpa obāsan sekali. And your father.” Tambah lelaki Jepun itu.

“So aku rasa kau dah dapat agak apa yang dah jadi kan?” Daim menyeluk poket seluarnya.

Shuichi mengangguk. “Kau setuju?”

Sepupunya itu menebar pandangan ke pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur. Angin yang meniup sepoi-sepoi bahasa dibiarkan membelai rambut ikalnya. “What choice do I have left?” Tanya Daim setelah agak lama dia berdiam diri. Shuichi memandang lama sepupunya itu.

“Hana.”

Daim memaksa segaris senyuman.

“Kau sayang dia kan?” Tanya Shuichi. Daim memandang sepupunya itu sebelum menggeleng kepala. “Aku dengan dia dah jadi orang asing, Shuichi. We’re strangers now. Even when we’re blood related.” Balas Daim lemah. Blood related. Sungguh dia tak pernah benci sesuatu melebihi dia benci dua perkataan itu.

Blood related.

“Don’t worry mate. You’ll find your way.” Shuichi memaut erat bahu Daim. Sepupunya itu sekadar tersenyum nipis.

“I hope so. I hope so.”

-

Pintu biliknya diketuk. Hana berhenti menaip. Matanya yang tadi tekun menatap skrin komputer kini sudah melekat pada daun pintu. “Siapa?” Tanya Hana. “Office boy.” Balas suara di luar. Hana berkerut. Office boy? Mat Tampoi? Alaaa semaknya dia ni. Dalam sehari tak pernah kasi hidup aku tenang. Hana mengeluh.

“Nak apa?” Tanya Hana lagi. Sengaja nak lambat-lambatkan masa.

“Hantar barang.” Balas orang di luar. Hana diam sejenak. Kalau Mat Tampoi, dah lama mamat tu guna ayat-ayat geletis dia tu. Ni serius je bunyi. “Okey, masuklah.”

Sebaik saja pintu dibuka, sebotol air Pokka Ice Blueberry tea digoyang-goyang. Hana menyandar pada kerusi, menanti empunya tangan yang memegang botol Pokka itu menampakkan diri. Tapi haram.

“Nak ke tak nak?” Tanya orang itu.

Hana menggigit bibir. Nak ambil ke tak? Kalau Mat Tampoi kang, masak aku nanti. Nak tak nak, Hana pun bangun dan menuju ke pintu untuk mengambil air Pokka itu. Dia cuba ambil air Pokka itu dari tangan orang di luar tapi orang luar tu tak reti nak lepaskan.

“Nak bagi ke tak ni?” Hana dah geram. Gurau kasar pulak time time macam ni. Siku kang. “Nak. Ambillah cepat.” Gesa suara tu. “Tak naklah. Main-main buat apa.” Hana baru saja nak tutup pintu, orang di luar dah tahan.

“Baran betul la Hana ni.” Wajah ceria Budin menyapa.

Hana tak pasti sama ada nak siku mamat ni atau nak peluk gembira tengok batang hidung dia. Dua-dua pilihan tak berbaloi. Hana pasang muka hati kering. “Nasib baik tak melayang lutut aku kat muka kau tau Budin.” Jerkah gadis itu. Budin ketawa senang.

“Alaa sebenarnya Hana rindu Budin kan? Pura-pura nak layangkan lutut konon. Hana, sihat dah? Last week bukan main mengalahkan zombie Budin tengok. Apa cer?” Budin melangkah masuk dan terus duduk di kerusi berhadapan dengan meja gadis itu.

Hana memberi isyarat supaya Budin mencampakkan air Pokka itu kepadanya. Budin menurut saja. “Ahh sedapnya dapat air sejuk. Bosanlah pulak hari-hari minum hot choc.” Ujar Hana.

“Hot choc?” Budin menjungkit sebelah kening.

Gadis itu angguk. “Pagi tadi masa aku masuk billik ni ada hot choc dengan muffin. Bukan kau bagi ke Budin?” Hana bertanya sebelum meneguk air Pokka itu. Budin menggeleng. “Tadi Budin tak dan nak belikan hot choc untuk Hana. Puan besar tu hampir tertinggal flight tadi. Tak boleh jadi ni. Siapa bedebah yang cuba rampas takhta Budin selaku pembeli hot choc Hana!” Budin mengepal penumbuknya.

Hana menjeling siap dengan rasa menyampah. “Tak payah nak poyo sangat. Kalau tak kau, mesti si Akid. Tak pun si Mat Tampoi. Mungkin Nani. Lantaklah. Dah selamat masuk perut dah pun.” Balas Hana tak kisah sambil kembali menyambung kerjanya yang tergendala.

“Sekali Daim yang bagi tak?” Tekaan Budin mematikan tumpuan gadis itu. “Daim?” Hana memandang Budin. “Yelah, siapa lagi yang rajin dan gila nak buat kerja ni semua kecuali Budin dan Daim. Kan? Kitaorang dua orang je yang gila melayan Hana tau.” Ujar lelaki itu jujur.

Perlahan bibir Hana mengukir senyum.

“Sukalah tu buah hati bagi hot choc. Wah bila Budin bagi takda pun senyum sampai nak tercabut gigi.” Ejek Budin separuh kecil hati. Hana pura-pura tak dengar. “Kau kalau takda apa-apa lagi, keluarlah. Banyak kerja ni.” Sengaja dia nak kecilkan lagi hati mamat hati lembut ni.

“Macam ni la Hana. Habis madu sepah dibuang.” Budin bangun. “Habis tu takkan nak makan sepah sekali. Gila ke apa?” Balas Hana selamba. Budin dah membebel merapu entah apa-apa.

“Dahlah malas nak layan Hana. Have fun buat kerja!” Sindir Budin sebelum keluar dari bilik gadis itu. “Budin!” Jerit Hana. Budin menjengilkan kepalanya. “Yes?”

“Tolong tutup pintu lepas dah keluar ya.”

Dang! Pintu dihempas kuat. Hana tergelak kecil. Budin, Budin. Mengalahkan perempuan betul. Hana memusingkan tubuhnya dan mengambil paper cup hot choc yang diletakkan di rak almari buku pagi tadi. Baru dia faham kenapa sekarang kenapa dia berat hati nak buang paper cup ni. Rupanya sebab Daim.

Bibirnya tersenyum lagi.

-

“Bye Hana. Jumpa esok.” Budin melambai ceria. Hana angguk sambil membalas lambaian lelaki itu. “Hot choc jangan lupa!” Jerit Hana. Budin ketawa besar. “Tengoklah macam mana.”

“Siot je.” Hana menyarung jaket kulit ke badan. Nasib baiklah dapat rembat Cik Neo Jannah. Bukan main lebat lagi hujan. Kalau naik kapcai ni, memang sampai ke isya’ tak sampai-sampai rumah. Silap hari bulan tidur ofis. Hana mengerling handphone. Jam sekarang dah pukul 6 setengah. Nak makan apa he? Ha pasar malam!

“Hana kan?” Sapa satu suara yang sangat lembut. Hana menoleh.

Seorang wanita tinggi lampai bersama steletto merah. Satu nama menerpa dalam kepala. “Yuki!” Hana menarik nafas, terkejut. “Hai! Awak sihat?” Yuki terus menariknya ke dalam pelukan.

Hana tak terkata. Dibiarkan Yuki mengeratkan pelukan untuk beberapa saat sebelum akhirnya dia melepaskan tubuh gadis itu. “Sihat. Awak Yuki?” Hana memandangnya atas bawah. Damn, she looks good. Kalah model. Tiba-tiba rasa terhina diri sebelah perempuan ni.

“I’m good. Arigatou. Awak nak balik dah?” Yuki bertanya sambil matanya mengerling kunci kereta Proton Neo yang diputar-putarkan gadis itu dari tadi. Hana angguk sambil tersenyum. “Lambat dah. Nak balik. Awak buat apa kat sini Yuki?” Sesaat selepas dia tanya, Hana mengutuk diri sendiri. Sebab apa lagi? Mestilah ada kena mengena dengan Daim. Nak tak nak dia terpaksa menunggu jawapan yang bakal merobek jantungnya.

Wanita Jepun itu menjungkit bahu. “Saya nak jumpa orang yang tak nak jumpa saya. Gilakan?”

Hana memandang wajah suram Yuki. Satu baris ayat itu sudah cukup beritahu Hana keperitan yang dialami wanita itu. Hana baru saja mahu memegang lengan wanita Jepun itu bila ada satu suara memanggil.

“Yuki!”

Yuki dan Hana menoleh serentak. Sebuah kereta Harrier putih sudah berhenti di tepi jalan. Cermin tingkap diturun separuh. “Daim-kun.” Yuki kelihatan terkejut melihat Daim.

“Hayaku. Osoi da yo. Hujan ni!” Ujar Daim tanpa memandang ke arah Hana.

Yuki terpinga-pinga. “H-Hai.” Dipandang wajah Hana di sebelahnya. “Gomen ne Hana-chan. Saya pergi dulu. Catch up with you later. Jaa ne.” Yuki memegang bahu Hana sebelum berlari anak ke arah kereta Daim, merempuh hujan. (*Hayaku. Osoi da yo=Cepatlah. Dah lambat ni. *Jaa ne=See ya.)

Hana angguk sambil tersenyum nipis. Tangan kanan diangkat, melambai. Ketika itu, Daim memalingkan wajahnya, memandang Hana. Mata mereka bertaut untuk beberapa saat. Pandangan Daim seolah-olah cuba untuk menceritakan sesuatu. Tapi Hana tak mampu untuk mentafsir makna di sebalik pandangan lelaki itu.

Daim kemudian menaikkan cermin tingkap dan terus berderum pergi. Hana menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya. Pelbagai persoalan ada dalam benak ni. Kenapa Daim ajak Yuki naik kereta dia? Kenapa Daim pandang aku macam tu? Kenapa Yuki nampak macam terkejut?

Hana menepuk pipinya beberapa kali. “Ingat Hana. Kau dan dia strangers. Strangers. So no hard feelings. Be strong. Tenang.” Dia cuba beri semangat pada diri sendiri. Kunci kereta dipegang erat sambil kakinya digagahi melangkah ke arah Cik Neo.

“Be strong Hana. Insya Allah, hari esok lebih baik dari hari ini.”

-

"Morning Encik Daim!"

Amna menyapa ceria. Daim melempar senyuman manis untuk gadis itu. “Apa rahsia awak Amna?” Tanya Daim sambil meneliti menu di atas papan hitam yang tergantung di dinding. “Rahsia apa Encik Daim?” Tanya Amna sopan.

“Rahsia awak happy-go-lucky. Hidup awak as if takda problem at all. Envy that.” Balas Daim sambil mengenyitkan matanya. Amna tergelak kecil. “Mana ada Encik Daim. Semua orang ada problem. Just how you handle it. Cara saya handle masalah saya, macam ni la. Plus saya makan vitamin setiap hari. Itu pasal terlebih tenaga ni.” Amna mendepakan tangan. Daim tergelak kecil sambil terangguk-angguk.

“I used to have my personal vitamin you know. Bila saya down ke moody ke, that vitamin really boosted up my energy. Kept me going.” Ujar Daim seperti mengenang masa lampau.

“Apa dah jadi dengan personal vitamin Encik tu?” Amna berhenti buat kerja. Tumpuannya kini pada lelaki itu. Daim menarik senyum lemah. “Apparently my personal vitamin isn’t my personal vitamin. Nak buat macam mana? Have to let it go.”

Amna memandang wajah Daim lama. “Saya doakan Encik Daim dapat balik personal vitamin Encik Daim tu. Aamiin!” Amna menyapu kedua tangannya ke muka. Daim mengaamiinkan dalam hati.

“Amna, you’ve a beautiful heart.” Ucap Daim ikhlas. Gadis itu menggeleng. “Encik Daim punya hati, lagi cantik.” Balas Amna sambil memegang dadanya. Daim tergelak kecil. “Saya mana boleh cantik Amna. Lelaki ni.”

Giliran Amna pula ketawa. “Yelah, hensem hensem.”

“Haa baru betul.” Daim memetik jari.

“Eh Cik Hana! Lama tak nampak!” Pandangan Amna mendarat pada kelibat gadis berselendang hijau yang sedang terbongkok-bongkok memilih muffin. Hana mendongak sedikit.

“Err.. Hi Amna.” Gadis itu tayang dua jari. Perlahan matanya singgah pada Daim yang sedang merenungnya dengan mata yang membulat. “Daim.” Tambah gadis itu sambil berdiri tegak.

Daim masih lagi merenung gadis itu tanpa kelip sehingga Amna terpaksa berdehem bagi mendapatkan perhatian lelaki itu. “Sorry, apa dia Amna?” Daim menoleh memandang Amna.

“Encik Daim nak order apa?” Tanya Amna sopan.

Lelaki itu mencuri pandang Hana di sebelah. Gadis itu menarik senyum nipis sambil menjungkit kening. Daim menggeleng. “Hm bagi saya Americano dengan banana muffin.” Ujar Daim.

“Hot choc tak nak?” Tanya Amna. Daim berdehem. “No thanks. Amna, sekalikan bil saya dengan dia.” Ujar lelaki itu sambil menunjukkan ke arah Hana. Gadis itu segera menolak.

“Eh takpa Daim. It’s okay.”

Daim berkeras nak bayarkan jugak. Hana terpaksa mengalah bila Amna dah bertanya apa pesanan dia. “Cik Hana nak order apa? Hot choc dengan banana muffin?”  Teka Amna bijak. Hana memandang Daim sebelum mengangguk.

“Thanks Daim.” Ucap Hana perlahan. Lelaki itu sekadar menarik senyum separuh.

Mereka berdua berjalan seiringan menuju ke dalam bangunan Samurai. Masing-masing tidak bersuara, melayan perasaan. Setibanya di depan lif, Hana menekan butang atas, dan apabila pintu lif terbuka, masing-masing masuk ke dalam tanpa berkata apa-apa. 

“Thanks again Daim.” Ucap Hana memecahkan tembok kesunyian antara mereka. Daim mengangguk. “Don’t mention about it.” “Thanks jugak untuk semalam.” Tambah Hana. Lelaki itu menoleh memandangnya.

“Semalam?” Dahi Daim sedikit berkerut.

“Hot choc dan muffin semalam.” Balas Hana berserta senyuman manis. Daim berdehem. “Aku terbeli lebih. Don’t be flatterred about it.” Ujar lelaki itu dingin. “I am not. I’m grateful. Walaupun awak anggap saya macam orang asing, still awak layan saya dengan baik.” Balas Hana lembut.

“Jangan salah anggap Hana. Aku terbeli lebih. Bukan sengaja aku beli untuk kau.” Keras suara Daim berkata. “Saya tahu.” Gadis itu mengangguk. Mereka kembali menyepi.

“Daim.” Panggil Hana.

Lelaki itu memandangnya. “Apa dia?”

“Siapa vitamin awak?”

Daim merenungnya lama tanpa berkata apa-apa. “Kenapa awak kena lepaskan vitamin awak tu? Kenapa awak tak pertahankan dia?” Tanya Hana lagi. Lelaki itu melepaskan satu keluhan berat.

“Yuki.” Ujar Daim.

Hana berkerut memandangnya. “What?”

“I’m getting married with her. With Yuki.” Tenang Daim berkata.

Hana terundur beberapa langkah ke belakang hingga belakang tubuhnya terlanggar dengan dinding lif. “B-Bila?” Tanya Hana perlahan. “Next week.” Balas Daim mendatar.

“Our wedding day?”

Serta-merta rasa sebak menguasai dirinya. Air mata sudah bertakung di tubir mata, menanti untuk gugur. Daim melangkah ke hadapan. “Kau tak dijemput. Jangan datang. Dan aku tak nak kau datang.”

Ketika itu, pintu lif terbuka dan Daim terus keluar dari lif, meninggalkan Hana yang masih terkejut dengan berita itu.


---

Rosebud says: 

Al Fatihah untuk mangsa-mangsa MH370 dan juga 529 penyokong Morsi yang dihukum mati di Mesir. 
When I first heard the news about MH370, my heart trembled. What is this...? I couldn't stop questioning, why MAS of all airlines? Why Malaysia of all countries? This catastrophe has surely put Malaysia at the top of the world. Everybody knows Malaysia now. But what do they know?
That Malaysia, which claims itself as an Islamic country, actually practices syirik? 
A lot of speculations going on (especially cnn dgn kroni) and honestly I can't no longer hearing those craps. I believe, there's hikmah Allah wants us to embrace from this dugaan He gave. I believe, this dugaan that He has placed on our shoulders should be a lesson to learn. We have forgotten Him. Indeed Allah truly loves Malaysia that He put us on test to remind us, to warn us, to bring us back to Him. He's the only one to be worshiped, no other God but Allah. 
I think it's time for us all to repent. It's time. Allah wants us repent, apologize to Him for all the mistakes and khilafs that we have done. He promises to forgive our every sin, doesn't He? So don't wait. Let's repent. The clock is ticking. We cannot delay anymore. Last year's Lahad datu, then flood, dry season, and now MH370. Seriously, Allah has warned us so many times yet we're still not moving an inch. 
Jom bertaubat. Insya Allah, jannah will be ours. 

And regarding Aku bukan Hana Tajima! I thank you all for your supports. Saya harap cerita tak seberapa ni tak melekakan korang dari solat, fisabilillah (stadi) atau menjauhkan diri korang dari Maha Pencipta. It's just a story and I tried to blend in a bit of Islamic practices in this story. Mana yang tak elok, jangan diikut. Jadikan lesson. mana yang elok, jadikan panduan. okey?
Sori teremotional sampai berjela tulis. tapi peristiwa mh370 ni betul2 beri kesan. I just pray to Allah, moga Dia selalu jaga Malaysia dari segala bencana dan malapetaka. and I hope you guys pray too. Siapa tak sayang negara sendiri kan? 
Don't forget to drop some comments/reviews/suggestions/opinions even tentang MH370, I'd be glad to read and reply insya Allah.
Thanks again ya.

 #SayaAnakMalaysia!
Aamiin. 
Courtesy of OwhSoMuslim.com






0 comments:

Post a Comment