Friday, February 28, 2014

Aku bukan Hana Tajima! 46

Daim memecut ke suite yang menempatkan pejabat ayahnya, Encik Takahashi. Gambar lama keluarganya masih erat dalam genggaman. Dia perlukan kepastian, dia perlu dengar dari mulut ayahnya sendiri, dia perlukan jawapan. Sandra segera bangkit saat dia melihat Daim yang baru saja menolak daun pintu ruang rehat suite. Lelaki itu tidak menunjukkan tanda-tanda nak berhenti menuju ke arah pejabat Presiden Samurai Group.

Wanita itu melangkah laju ke arah Daim. “Encik Daim, Encik tak boleh masuk dalam.” Ujarnya pantas. Seperti yang dijangka, kata-katanya itu berjaya membantutkan langkah lelaki itu. “Kenapa pulak?” Tanya Daim dengan suara yang meninggi. Matanya tajam menerkam wajah setiausaha itu.

“Sebab Encik Takahashi belum balik dari Jerman.” Balas Sandra takut-takut sambil kepalanya tunduk, merenung bumi. Suaranya sedikit gagap. “Bila dia balik?” Tanya Daim lagi. Suaranya kekal keras.

“L-Lusa. Encik nak saya tolong ambil pesanan ke?” Balas Sandra masih tak berani angkat muka.

“Na’ mind. Aku ada urusan kat dalam pejabat dia. So, ke tepi please.” Daim baru saja nak melangkah setapak, Sandra segera halang. Daim memusingkan sedikit wajahnya sambil menjungkit sebelah kening, seolah bertanya, apa motif setiausaha ni menghalang laluannya?

 “I’m sorry Encik Daim but I cannot let you in.” Wajah Sandra nampak takut tapi kecekalannya dalam melaksanakan tugas tetap teguh. Boleh tahan minah ni. Daim memeluk tubuh. Jarinya menjentik dagu, berfikir. Sungguh dia takda masa nak layan semua ni. Benaknya perlukan jawapan. Segera.

Wajah Sandra dipandang tajam. “Okey macam ni Sandra. Sama ada kau ke tepi sekarang atau aku ketepikan kau dari company ni. You make the call.” Mendatar namun keras Daim berkata.

Riak wajah wanita itu berubah risau. “E-Encik D-Daim. Maafkan saya Encik. Jangan buat saya macam ni. S-Saya ikut arahan saja.” Sandra menggeleng-geleng kepala. Air mata sudah bergenang. Suaranya kedengaran terdesak.

“Arahan siapa?” Daim berdesis.

“Watashi no.”

Suara tu... Daim berkerut memandang ke arah belakang Sandra. Pintu pejabat ayahnya terbuka. Susuk tubuh genit, rambut putih ikal dan disanggul tinggi, dan lipstick merah. (*Watashi no= Mine)

Lipstick merah.  Daim menelan air liur. “Obāsan..”      
                 
“Hisashiburi. Bikkuri?” Obāsan melangkah menghampiri Daim sambil memeluk tubuh. Senyuman lipstik merah menyala neneknya menyebabkan wajah orang tua itu seolah-olah kelihatan api yang sedang marak membara. Daim memejam-celikkan mata. Susah nak percaya apa yang ada di depan matanya sekarang ni. (*Hisashiburi=Lama tak jumpa. Bikkuri?=Terkejut?)

“Hisashiburi.”

Daim tunduk sedikit sebagai tanda hormat. Takda angin takda ribut, tiba-tiba obāsan muncul dari Jepun. Selalunya kalau dia buang tabiat macam ni, maknanya ada benda serius berlaku. Daim menggigit bibir. Dia dah mula rasa tak sedap hati. Orang tua ni tahu sesuatu ke pasal benda ni? Daim cuba mententeramkan benak hatinya yang dilanda beribu persoalan.

Neneknya itu menarik senyum sinis. Matanya melirik cucunya itu dari atas ke bawah dan kembali ke atas semula sambil memeluk tubuh. Tiba-tiba pandangannya tertala pada tangan Daim. Gambar? Keningnya bertaut. “Are.. Ano sashin—” Obāsan merampas gambar yang berada dalam genggaman cucunya itu. Wajah orang tuanya serta-merta berubah. (*Are, ano sashin..= Eh gambar tu..)

“Where did you get this?” Obāchan merenungnya tajam.

Daim mengambil kembali gambar itu dari tangan neneknya. “Kono sashin wa obāsan to zenzen kankeinai.” Tegas lelaki itu tanpa mengubah reaksi wajahnya. Dada obāsan turun naik. Sambil mengetip bibir, obāchan memberi isyarat kepada Sandra supaya meninggalkan mereka berdua. (*Kono sashin wa obāchan to zenzen kankeinai=Gambar ni takda kena mengena pun dengan nenek.)

Sebaik saja Sandra hilang dari pandangan, obāsan berjalan menuju ke dalam pejabat anaknya, Encik Takahashi dan menyuruh cucunya supaya ikut sama masuk ke dalam. Daim menurut tanpa bunyi. Neneknya itu menarik kerusi dan duduk menghadapnya. Daim membalas renungan tajam obāsan sambil menggenggam erat gambar lama itu.

“You can’t marry her.” Ujar obāsan setelah agak lama dia mendiamkan diri.

“Dare?” Tanya Daim tenang walaupun hatinya bergelora. (*Dare=Siapa?)

“That girl in the picture.” Balas obāsan dingin.

“Why not?” Daim bertanya lagi. Neneknya menjungkit kening. Barangkali berasa pelik dengan pertanyaannya itu, seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. “Why not? Daim, kanojo wa anata no imōto desu!” Suara obāsan tidak semena-mena meninggi. (*Kanojo wa anata no imōto desu= Dia adik perempuan kau.)

“Ore wa imōto o motteinai!” Tengking lelaki itu sambil berdiri. Dadanya turun naik menahan marah. (*Ore wa imōto o motteinai=aku takda adik perempuan!)

Obāsan tak terkata. Kedua tangannya memaut lengan kerusi sambil mulutnya sedikit terbuka, terkejut dengan reaksi cucunya itu. “Your father married that filthy woman and had that girl. Whether you like it or not she’s your damn little sister! And you cannot marry her! Wakarimasu ka!”

Daim menarik nafas dalam-dalam sebelum meluruskan jari telunjuknya ke arah obāsan. “Never speak ill of my mother ever again, or you’ll be sorry for the rest of your life, you old hag!”

Bulat mata orang tua itu memandang Daim. “Nani?” Kerutan di dahi obāsan semakin bertambah. Sungguh dia tak menjangka cucunya itu akan bertindak biadap seperti ni.

“And if you ever touch Hana, I swear to God, I’ll kill you.” Ugut lelaki itu keras sebelum keluar dari pejabat ayahnya dengan langkah bagai nak berperang.

-

‘Your father married that filthy woman and had that girl. Whether you like it or not she’s your damn little sister! And you cannot marry her!’

Kata-kata obāchan masih terngiang-ngiang. Andaikata dalam kepala ni ada butang berhenti, akan ditekan butang itu berkali-kali. Cukuplah. Terasa seperti jantungnya dirobek-robek setiap kali kata-kata penghinaan neneknya itu bergema dalam kepalanya.

 Daim menghentak stereng sambil menjerit sekuat hati sebelum terkulai pada kerusi pemandu. Dia memejamkan mata. Terasa bagai dadanya dicarik-carik sehingga hancur. Pengakuan neneknya tadi umpama halilintar yang menyambar seluruh jiwanya, seperti satu tamparan yang cukup menyakitkan. Ingatannya terus teringat pada dia. Ya, dia. Pengarang jantungnya, pemilik kunci hatinya. Dia Hana.

Hana. Hana. Hana.

Dia perempuan pertama yang mengajar aku erti cinta, satu-satunya gadis yang bertakhta dalam hati ni, dan dia sebenarnya.. Adik aku. Hana, bakal isteri aku ialah adik aku. Darah daging aku.

Ya Allah.

Daim menekup wajahnya dengan kedua telapak tangan. Ya Allah.. Apa yang patut aku buat? Apa yang patut aku lakukan? Perlukah aku lepaskan dia? Tak! Dia cinta hati aku. Dia milik aku. Dia bakal isteri aku. Takkan sesekali aku lepaskan dia.

Habis tu, nak teruskan perkahwinan ni?

Daim terdiam. Patut ke aku diamkan hal ni dan teruskan dengan pernikahan dengan Hana? Daim menelan air liur. Rasa gentar mula merangkak ke dalam sanubarinya. Haram hukumnya untuk adik-beradik bernikah. Apabila memikirkan soal adik-beradik, hati Daim terasa sakit. Perit.

 Demi Allah, dia tahu apa yang perlu dia buat. Dia tahu dia mesti lepaskan gadis itu. Tapi dia tak tahu sama ada dia mampu melakukannya atau pun tidak. Atau lebih tepat lagi, dia tak tahu sama ada dia mampu hidup atau tidak andai dia biarkan gadis itu pergi.

Well I won’t give up on us

Mata Daim terbuka. Pandangannya ditala ke arah radio. Lagu sad ballad nyanyian halus Jason Mraz menyentuh jiwanya. Dia menguatkan volume suara. Entah kenapa dia rasa lagu ni seolah dituju khas untuknya. Daim mengamati setiap bait lirik lagu itu.

I won’t give up on us

Even if the skies get rough

I’m giving you all my love

I’m still looking up

 “Hana..”

Bisiknya perlahan. Tanpa dia sedar, air mata sudah lama bertakung di tubir mata, menanti untuk dititiskan sebagai ganti cerita untuk hatinya yang lara.

-

Punat hijau ditekan lagi. Ditekapkan handphone ke telinga, suara perempuan Mat Salleh itu menyapa lagi. Hana berdengus geram. Ikutkan hati, nak je dia campak handphone ni dari rooftop. Biar berderai, pecah tak boleh guna. Lepas tu mengamuk, kutuk diri sendiri sebab buat benda tak reti nak fikir dulu kan? Hana menggeleng kepala. Tangannya kembali ligat mendail nombor Daim. Suara perempuan blonde masih kedengaran.

“Ishh! Apasal tak nak angkat telefon ni!” Jerit Hana sambil menghentak telefonnya ke tilam. Kalau hentak ke dinding nanti menyesal tak sudah. Manalah hati ni tak membara? Sejak beberapa hari ni, bukan main susah nak jumpa Daim. Nama je kerja satu bumbung, tapi batang hidung seinci pun tak nampak-nampak.

Lazimnya, Daim akan mengetuk pintu pejabatnya atau munculkan diri di makmal. Tapi tidak akhir-akhir ni. Setiap hari Hana menunggu, bila Daim nak sergah dia ke, buat-buat lalu depan pejabat dia ke. Tapi hampa. Daim langsung tak datang. Jangan datang, telefon pun tak. Wargh geramnya!

Hana ada juga tanya Shuichi, Budin, dan beberapa rakan sekerja lain. Diaorang ada je jumpa Daim. Apasal aku seorang je yang tak nampak-nampak dia? Dia marah ke? Tapi marah sebab apa?

Daim ni macam sengaja je nak jauhkan diri dari aku. 

Contohnya siang tadi, sepanjang hari mamat ungka ni menghilangkan diri. Dah macam main hide-and-seek. Dalam pejabat takda, dalam tandas takda, dalam pantry takda, dalam kereta.. Dia ada la kot. Tapi manalah aku nak tahu dah kalau dengan kereta dia sekali hilang.

Lepas tu, bila dia terserempak dengan Daim di koridor, terus lelaki itu buat u-turn dan belok ke tempat lain. Hana tak terkata melihat reaksi spontan Daim. Gaya macam aku ni pembawa virus bersiri pulak! Bila Hana kejar sambil teriak nama dia, macam lipas kudung dia pecut. Telefon dia pulak semedang off. Mana aku tak hangin? Tak ke memang terang tang tang maknanya dia mengelak dari aku? Dia curang ke apa ni?

 Hana nekad. Kali ni kalau dia tak angkat telefon, sumpah aku curi Cik Neo si Jannah tu drive pergi rumah mamat ni. Lantaklah kau nak kata aku anak dara muka tak malu ke gatal ke. Janji aku dapat bersua muka dengan dia, face-to-face, konfrontasi!

Hana menekan speed dail. Bunyi tut tut kedengaran. Tolonglah minah blonde tu tak bercakap. Please please pleaseee!

“Hm, ada apa?” Suara tak bernada Daim kedengaran di hujung talian.

Eh ni bukan suara minah blonde tu. Gadis itu terkedu. Tak sangka mamat ni akan angkat sebenarnya. Lehernya memanjang, memandang sekeliling seolah-olah Daim berada di hadapannya. “D-Daim!” Akhirnya dia mampu berkata. “Ha. Kenapa call aku malam-malam buta ni?” Tanya lelaki itu. Nada suaranya masih tak berubah, dingin dan mendatar.

“Awak dah tidur ke?” Tanya Hana sambil menarik nafas dalam-dalam. Rasa berdebar mula bertandang. Perkara normal bila bersama Daim, tak kiralah dalam telefon atau bersemuka. Debaran di dada ni wajib ada.

“Dah. Apasal kau telefon? Tak sihat ke?” Ada sedikit nada risau di situ. Hana mengukir senyum simpul. Terus datang idea nakal. “A’ah. Tak sihat. Ada rasa macam nak sakit.” Balas Hana segera menukar mode suaranya, dari ceria kepada sakit tenat. Sengaja dia terbatuk-batuk. Siap pusingkan kepala, jarakkan mulut dari telefon dan batuk sekuat hati lagi. Punyalah nak nampak tulen lakonan. Sekali tersedak air liur sendiri. Terus terbatuk betul. Padan muka kau Hana. Nak sangat sakitkan!

“Kau jangan minum air sejuk. Jangan mandi malam. Lepas tu minum banyak air. Kalau tak elok juga, mintak Jannah hantar pergi klinik.” Pesan Daim kembali dingin. Hana menggigit bibir bawah. Dia ni kan. Memang spesis hati kering betul la. “Saya dah buat semua tu. Tapi tak lut. Betul rasa macam nak demam. Saya tak larat nak bawa motor. Tadi hampir pitam tau. Nak mintak tolong Jannah, dia ada kelas malam dengan collegue dia. Maya pula balik kampung hari ni. Awak boleh tolong bawakan saya pergi klinik?” Rayu Hana separuh menipu. Memang betul pun minah dua orang tu ada agenda masing-masing.

Daim tidak menyahut. Hana menggetip bibir. Jangan cakap dengan aku dia dah tertidur dengar aku mengada ni. “Kau pakai tudung. Lagi 10 minutes aku sampai.” Dan talian dimatikan. Hana menarik senyum. Sepantas kilat dia menyarung tudung, stokin Hello Kitty dan cardigan beige. Dipandang refleksi wajahnya di cermin. Nampaklah kot sikit macam orang tak berapa nak sihat.

Hana berjalan ulang-alik di ruang tamu. Rasa teruja membuak-buak. Excited gila nak jumpa bakal suami tercinta. Cewah! Tapi betullah, makin dekat nak nikah, makin menjadi-jadi rasa cinta di dada ni. Rasa macam nak menempelkan diri ni je kat mamat tu. Ish apalah kau ni Na! Dosa dosa.

Bunyi hon mengejutkannya. Di selak langsir rumah. Sebuah kereta Harrier terparkir di depan pagar. Automatik bibirnya membentuk segaris senyuman madu asli. Buah hati dah sampai.

Watak zombie diputar dalam kepala dan itulah yang dilakukan Hana. Langkah dia pun umpama zombie. Punyalah nak nampak realistik lakonannya. Daim keluar dari kereta dan membukakan gate untuk gadis itu.

“Pucat muka tu. Tak makan panadol ke?” Tanya Daim sejurus matanya menjamah wajah Hana. Gadis itu angguk. “Dah makan.” Balasnya lemah. Fuh, selayaknya menang Anugerah pelakon terbaik kat Oscar aku ni. Dapat naikkan nama Malaysia. Hana tergelak dalam hati. Fokus Hana, fokus. Daim membukakan pintu kereta dan perlahan-lahan Hana masuk ke dalam kereta.

Sepanjang perjalanan, Hana tidak berhenti merenung profil Daim. Tubuhnya dipusing sedikit ke arah lelaki itu. Bulu halus ataupun stubble yang tumbuh di sekitar rahang Daim makin banyak. Makin macho dia ni. Dada Hana makin berdebar. Perutnya mula mengeram, macam ada rama-rama. Dahsyat betul penangan cinta ni.

Ditenung pula mata lelaki itu. Bulu mata dia lagi panjang dari bulu mata aku. Mata dia hitam berkilat. Sekali tenung, gunung Everest pun boleh cair. Okey mungkin tu agak overdose. Tapi betul la. Renungan lelaki ni jangan bawa main. Tajam. Menggoda.

“Kau batuk-batuk ada kahak tak?” Tanya Daim tiba-tiba.

Hilang terus rama-rama dalam perut. “Ha? Ada.” Balas Hana, sedikit terkejut. Dia tak menjangka soalan ala-ala doktor daripada lelaki itu. “Ada ambil temperature badan?” Tanya Daim lagi.

Hana menggeleng. “Tak.”

“Apasal tak ambil? Kalau demam panas macam mana?” Sesekali lelaki itu mengerling ke arahnya. Ala sweetnya dia risau pasal aku. Terharu. “Biarlah saya demam. Awakkan ada. Awak boleh jaga saya.” Balas Hana lembut. Dia sanggup menanggung sakit yang tak terperi asalkan lelaki ni akan sentiasa di sisi, menjaganya. Daim memandang gadis itu.

“Kalau aku takda macam mana? Kau nak biar diri kau tu sakit menderita macam orang bodoh?” Tanya Daim dengan suara yang sedikit tinggi. “Awak ada punya. Kitakan nak nikah tak lama lagi.” Ujar Hana ceria. Terlupa sekejap watak zombie.

Daim memandangnya sekilas sebelum memberi lampu isyarat ke kanan dan dia terus belok ke satu kawasan lapang. Hana memandang ke luar tingkap. Eh dah sampai ke kita? Mana kliniknya?

“Kau tak sakitkan sebenarnya?”

 Daim merenung wajah gadis itu. Perlahan Hana mengangguk. “Why are you doing this Hana?” Keluh lelaki itu. “Why are you avoiding me?” Tanya Hana pula. Direnung tajam wajah kusut Daim.

I don’t wanna be someone who walks away so easily

I’m here to stay and make the difference that I can make

Our differences they do a lot to teach us how to use

The tools and gifts we got, yeah, we got a lot at stake

And in the end, you’re still my friend at least we did intend

For us to work we didn’t break, we didn’t burn

We had to learn how to bend without the world caving in

I had to learn what I’ve got, and what I’m not, and who I am

Daim menanggalkan tali pinggang keledarnya. “Awak jangan nak larikan diri. I need some answers Daim! Awak jadi pelik since saya balik dari Hong Kong tau. Apa yang dah berlaku sebenarnya? Kenapa awak jadi macam ni?” Hana menahan Daim sambil melemparkan soalan bertubi-tubi.

Lelaki itu merenungnya lama. Hana mula rasa lain macam. Tak sedap hati.

I won’t give up on us

Even if the skies get rough

I’m giving you all my love

I’m still looking up

“Aku jadi macam ni sebab aku tak nak kahwin dengan kau. We’re done. I’m calling off the wedding. Period.” Tenang dan bersahaja Daim berkata-kata. Seolah-olah dia sedang memberi salam.

Hana tak berkelip memandang Daim. Cuba dibaca riak wajah lelaki itu. “You’re joking right? Seriously, it’s not funny Daim.” Ujar Hana sambil berusaha untuk tersenyum. Tangannya sedikit menggeletar. Separuh dirinya percaya Daim sedang bergurau, separuh lagi yakin dengan apa yang dikatakan lelaki itu.

“Who says I’m joking? I’m as serious as you. Aku tak nak kahwin dengan kau dan takkan kahwin dengan kau. Kau bukan jodoh aku dan aku bukan jodoh kau. Anggap aku tak pernah wujud dalam hidup kau sebab aku dah pun anggap kau tak pernah wujud dalam hidup aku.” Balas Daim dengan wajah yang serius. Nada suaranya sedikit keras.

Gadis itu tak terkata. Matanya terkebil-kebil memandang Daim.

“W-What?”

“Aku dah uruskan semua benda. Everything has been cancelled. So kau tak payah susah-susah nak explain kan semua orang pasal ni. Apa yang kau perlu buat sekarang ni ialah lupakan aku. Forget I even existed.”

Kepala Hana terasa berpinar. Ya Allah, apa yang Daim cakapkan ni? Bibir Hana mula terketar-ketar. Matanya mencerun ke wajah lelaki itu. “D-Daim. A-Apa ni? K-Kenapa tiba-tiba awak cakap macam ni?”

Daim melemparkan pandangan ke luar tingkap. Tiada jawapan yang keluar dari bibirnya. Hana berkerut. Apa semua ni? Kenapa tiba-tiba Daim berubah begini?

 “Daim, kenapa awak macam ni? Did I.. Did I mess up? Saya.. Saya minta maaf Daim. Saya.. Saya takkan tipu awak lagi. Saya janji.. Saya takkan keluar dengan Akid lagi atau dengan mana-mana lelaki sekali pun. Saya akan setia dengan awak. Hanya awak saja dalam hidup saya. Awak cinta hati saya Daim. So please, don’t do this. Please.” Air mata sudah berlinangan di pipinya. Hana tak kisah. Biarlah Daim memandang rendahnya dan memanggilnya perempuan desperate, dia tak kisah.

Daim menarik nafas dalam-dalam sebelum merenungnya tajam.

“Hei perempuan. Kau ni bodoh ke apa? Aku tak cintakan kau. In fact, aku tak pernah cintakan kau pun.” Tegas Daim. Dahinya berkerut melemparkan kata-kata itu. Bulat mata Hana memandangnya.

“D-Daim..”

 “Kau barang mainan aku je Hana. Aku saja nak test perempuan ego tinggi macam kau ni boleh ke jadi hamba lelaki. Tak sangka kau terlalu mudah. Ajak kahwin pun terus setuju. Bodoh. Aku tak faham macam mana kau boleh tak nampak yang aku ni mainkan kau. So sekarang ni aku dah bosan main game ni. Aku dah bosan hadap kau, muka kau, perangai kau. Jadi tak perlulah aku explain kenapa aku tak nak kahwin dengan kau ya. Sebab perempuan hina macam kau ni tak layak pun untuk aku.”

Hana menutup mulutnya. Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangis. Hatinya remuk mendengar setiap kata nista yang dilempar lelaki itu. “Tak payahlah kau nak jaja air mata kau tu Hana! I don’t give a damn at all okey. Kau keluar dari kereta aku. Get the hell out of my car! Now!” Tengking Daim. Gadis itu memejamkan mata.

“Apa salah saya Daim?” Tanya Hana dalam esakan. “Apa salah saya?”

Daim keluar dari kereta dan menuju ke sebelah kiri. Pintu bahagian Hana dibuka dan ditarik lengan Hana, memaksa gadis itu keluar dari kereta. “Salah kau ialah kau ni terlalu bodoh menilai lelaki.” Sebaik saja Daim ungkapkan kata-kata tu, dia terus masuk ke dalam kereta dan meninggalkan Hana keseorangan di kawasan lapang itu.

-

I won’t give up on us

Even if the skies get rough

I’m giving you all my love

I’m still looking up

Daim menghentak kepalanya ke head rest berkali-kali. Air matanya tidak mahu berhenti mengalir. Sungguh sekiranya dia tak tarik Hana keluar dari kereta tadi, nescaya dia akan tarik gadis itu ke dalam pelukannya dan takkan sekali lepaskan dia walau apa pun yang berlaku.

Tuhan saja yang tahu betapa sukarnya dia menahan diri dari mengesat air mata gadis itu, bagaimana susahnya dia menahan hati daripada mengalah dan memberitahu gadis itu bahawa apa yang dikatakan dia itu dusta. Cinta dia benar, cinta dia untuk Hana tulus dan tidak sekali dia berpura-pura dalam mencintai gadis itu selama ni.

Daim memandang jam di tangan. Pukul 11 malam. Dah setengah jam dia tinggalkan Hana seorang diri di kawasan lapang itu. Macam mana dia? Dah balik ke belum? Dia okey tak? Beribu persoalan timbul di benaknya. Hati Daim mula tak keruan. Rasa risau semakin menggunung. Tak boleh jadi. Daim terus pecut kembali ke kawasan lapang tersebut.

Kosong. Tiada sesiapa pun di situ. Hati Daim berombak kencang. Mana dia pergi? Ya Allah, janganlah berlaku perkara tak elok kat dia. Daim memandu perlahan. Baru setengah jam. Kalau dia jalan kaki, jauh mana dia boleh pergi? Daim berdoa dalam hati. Jangan perkara buruk berlaku. Tolong Tuhan.

Setelah hampir sepuluh minit memandu perlahan, akhirnya Daim ternampak kelibat Hana di tepi jalan. Langkah gadis itu lemah. Kakinya diseret, seolah dipaksa seseorang. Daim mengikut beberapa meter dari belakang.

Hati Daim sedikit lega apabila Hana tiba di perhentian bas. Dengan langkah tak bermaya, gadis itu duduk di bangku menunggu. Wajahnya pucat lesu. Bibirnya masih bergetar. Air matanya masih tak berhenti mengalir. Bahunya terhinjut-hinjut. Sesekali Hana menutup mulutnya, cuba menahan tangis yang kian menjadi-jadi.

Daim mengetip bibir. Hatinya turut sakit melihatkan derita yang ditanggung gadis itu. Dia tahu apa yang Hana rasa sebab dia pun merasakan benda yang sama. Dia juga berasa sakit. Malah jauh lebih parah dari apa yang dirasai Hana.

Maafkan aku Hana. Aku terpaksa buat macam ni. Aku perlu jadi memori pahit dalam hidup kau. Aku perlu kau bencikan aku untuk kau lupakan aku. Maafkan aku, Hana.

Maafkan aku...

Satu jam berlalu, bas masih tidak muncul-muncul. Dan Hana masih tunduk menangis tersedu-sedu. Daim bertambah risau. Sudah tengah malam. Mana bas ni? Hana dilihatnya sedang mengesat air mata di pipi sebelum gadis itu berdiri. Wajahnya kelihatan sugul dan pucat membiru.

Dia nak pergi mana tu? Daim tertanya-tanya. Dia mengikut Hana dari belakang. Sepantas kilat Daim berlari keluar dari kereta apabila gadis itu terjatuh kerana tersilap langkah. Hana terduduk di bahu jalan. Dia sedikit pun tidak berganjak. Gadis itu merenung kakinya yang sedikit luka akibat terjatuh tadi.

Apa yang dah berlaku sebenarnya? Dua jam lalu aku ada tunang, sekarang, aku... aku.. seorang diri, menangis, meratapi. Tapi sebab apa? Kenapa benda ni tiba-tiba jadi kat aku? Apa salah aku? Mana silap aku? Kata-kata Daim tadi bergema dalam kepalanya.

Anggap aku tak pernah wujud dalam hidup kau sebab aku dah pun anggap kau tak pernah wujud dalam hidup aku.

 Daim dah anggap aku tak pernah wujud dalam hidup dia. Dia dah anggap aku seperti orang asing. Dia.. dah lupakan aku. Hana memeluk betisnya sambil membenam muka pada ruang di antara lututnya. Dia menangis sepuas hati. Sungguh hatinya sakit. Sakit yang tak terperi.

Ya Allah, berilah aku kekuatan menghadapi dugaan Mu ini Oh Tuhanku.

-

Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Sinaran matahari memaksanya untuk membuka mata. Wajah risau Jannah menghiasi pandangannya. “Hana, kau okey?” Tanya sahabatnya itu. Perlahan-lahan Hana cuba bangun namun denyutan di kepala yang semakin teruk memaksanya kembali baring.

“Aku kat mana ni Jannah?” Tanya Hana lemah.

“Kat rumah. Masa aku balik dari kelas semalam, Daim datang hantar kau balik. Kata dia kau pengsan tiba-tiba. Nasib baik dia dah bawa kau pergi klinik. Doktor kata kau stress. Ish kau ni. Tak pernah-pernah jadi macam ni. Risau aku tau.” Jannah mengelus lembut dahi kawan baiknya itu.

“D-Daim hantar aku balik?” Bulat matanya memandang Jannah. Sahabatnya itu mengangguk. “Ya. Risau betul dia pasal kau. Dia siap pesan kat aku suruh jaga kau baik-baik. Macam dia tak kahwin dengan kau je kan gaya dia.”

Kata-kata Jannah itu mengingatkan dia tentang kejadian semalam. Serta-merta air matanya mengalir. “Eh Hana. Kenapa ni? Kau apasal menangis ni? Sakit sangat ke?” Jannah panik. Dipegang pipi kawannya itu.

“Sakit Jannah. Sakit sangat. Aku tak sanggup Jannah lalui semua ni.” Rintih Hana perlahan. Air matanya makin deras mengalir. Sahabatnya itu menggenggam tangannya. “Sabar Na. Aku tahu sakit. Tapi kau kena kuat. Kau nak aku urutkan kepala kau?” Pujuk Jannah lembut. Hatinya sebak melihat Hana tiba-tiba jadi selemah ni. Sakit sangat kot kepala dia. Migrain agaknya.

Hana menggeleng lemah sambil berusaha bangun. “Hana, kau nak pergi mana ni? Rehatlah dulu. Kau tak sihat ni.” Jannah cuba halang sahabat baiknya itu namun Hana tetap berkeras. Dia gagahkan diri untuk bangun biarpun kepalanya seperti direntap-rentap.

“Hana!” Panggil Jannah tapi tidak dihiraukan Hana. “Pinjam kereta kau Jannah.” Gadis itu mengambil kunci kereta Jannah dan terus masuk ke dalam kereta tanpa menunggu jawapan daripada sahabatnya itu.

Hana memecut ke pejabat. Dia perlu jumpa Daim. Dia perlu jumpa lelaki itu. Semua mata memandangnya tanpa berkelip saat dia melangkah masuk ke dalam bangunan Samurai.
“Hana!” Budin datang menghampirinya dengan riak wajah cemas. “Hana pucatnya muka. Hana tak sihat ke? Jom Budin hantar pergi hospital.” Budin cuba menghalang langkah gadis itu.

“Daim... Mana Daim Budin?” Tanya Hana di sebalik nada suaranya yang lemah. “Daim? Dia ada dalam ofis dia rasanya. Hana jomlah Budin bawa pergi hospital. Teruk sangat ni. Dah macam zombie dah Budin tengok.” Gesa Budin.

Hana menggeleng. “Aku nak jumpa Daim.” Tegasnya sambil melangkah ke dalam lif. Budin tak mampu berkata apa lagi dan terpaksa membiarkan gadis itu pergi. Sebaik saja tiba di hadapan pejabat Daim, Hana menarik nafas panjang. Perlahan-lahan dia mengetuk daun pintu pejabat lelaki itu.

“Hm masuk.” Balas suara garau itu.

Hana memejamkan mata. Dia membuka pintu bilik lelaki itu. “Ha ada ap—” Daim tergamam melihat Hana yang sedang berdiri di hadapannya. Perlahan, gadis itu melangkah menghampirinya. Wajahnya pucat, bibirnya terketar-ketar. Daim mengeluh.

“Aku hantar kau balik.” Daim bangun dan sedia nak menghantarnya pulang. “Kenapa awak ambil berat pasal saya kalau betul awak tak cintakan saya?” Tanya Hana sambil memandang raut wajah lelaki itu dengan penuh mengharap.

“Bila aku ambil berat pasal kau?” Daim berkerut.

“Awak ikut saya. Awak nampak saya pengsan. Awak hantar saya balik. Kenapa? Kenapa awak buat macam tu kalau awak tak cintakan saya? Kenapa awak risaukan saya kalau awak tak sayangkan saya!” Jerit Hana. Air matanya berjurai-jurai membasahi pipi.

Daim menarik lengan Hana. “Aku tak perlu cintakan kau untuk jadi seorang manusia yang berhati perut kau faham tak? Takkan aku nak biarkan perempuan lemah macam kau ni sorang-sorang kat bus stand tu. Kalau apa-apa jadi kat kau, tak ke nanti semua orang salahkan aku? Dengar sini Hana. Kau jangan perasan aku ada hati kat kau ke apa. Okay? Aku tak pernah sayang kau pun. So sekarang sama ada kau blah dari ofis aku atau kau nak aku panggil security hantar kau balik? You make the call.” Lengan gadis itu dilepaskan kasar sebelum Daim kembali duduk di kerusinya.

“Jadi selama ni, semuanya tipu belaka?” Hana bertanya perlahan.

Daim angguk. Wajahnya kekal tak berubah. Dingin. “Ya.”

“Awak tak pernah cintakan saya?”

“Ya.”

Hana mengetip bibir, menahan rasa hiba yang mula memenuhi dadanya. Dia terangguk-angguk. Ambil berat atas dasar perikemanusiaan. Bukan sebab cinta. Hana memalingkan wajah sambil mengesat air mata. “Okey. Saya.. Saya doakan awak jumpa cinta hidup awak Daim.”

Lelaki itu sekadar mengangguk sambil memeluk tubuh.

“Daim...” Hana memandang wajah lelaki itu buat sekian kalinya.

“Hm?” Daim menjungkit sebelah kening. Matanya masih merenung gadis itu. “Can we still be friends at least?” Tanya Hana penuh mengharap. “I doubt that.” Balas Daim jujur. Kepalanya digeleng. Hana menarik senyum lemah. Dadanya terasa bagai dihimpit dengan batu.

“Hana.” Panggil Daim. Gadis itu menoleh. “Ya?”

“Take care of yourself.”

Hana mengetip bibir sebelum memaksa segaris senyuman.

 “Awak pun...” 


---

Rosebud says:

Salam korang yang amat saya sayang. I actually wrote this kat Bandung Indonesia tau. Siap leleh2 lagi time tulis part Daim direct ckp dia tak sayang Hana tu. Maybe sebab hormon, I dont know but I do hope you guys can share the same feeling I had while writing this part. Enjoy yeah. tak salah kot sediakan tisu. ><

Thanks soooo much for your endless support. Keep supporting yeah. Insya Allah, this story will be worth to read. Aamiin.

Keep commenting, suggesting and reviewing. It helps a lot! Soo glad to hear your reviews, opinions and all. really inspiring! 

Last but not least, please pray for our brothers and sisters in Syria, Palestine, Egypt and even Malaysia yeah. May Allah grant us all jannah insya Allah. :)

Saranghae.

p/s: Perasan tak I put lyrics in between paragraphs? Kalau korang betul hayati this episode, korang akan faham kenapa saya bubuh lirik tu kat situ. By the way, tu lirik lagu Jason Mraz- I won't give up. Dlm blog ni saya da bubuh daa. the 1st song. enjoy~

 
Courtesy of OwhSoMuslim.com
aamiin

3 comments:

Anonymous said...

waaaa nangis2 bace entry kli ini akak.......

Anonymous said...

Oohhhh..jgn lh diorang jadi adik beradik..pleaseee.. :'(

Sheeda Minhaj said...

meleleh siot air mata bace, dah lah lagu tu siap jadi background music, peh peh, ini tidak adillll!

Post a Comment