Monday, January 27, 2014

Aku Bukan Hana Tajima! 45

Keningnya bertaut saat sekotak coklat Pepero dilempar ke atas mejanya. Kepala didongak. “Ohayou!” Sapa Shuichi sambil menyandar pada pintu pejabat sepupunya itu. Sebelah tangan diangkat, melambai. Daim menyandar pada kerusi.

“Punyalah lama kau berfoya kat Langkawi tu, coklat je kau bawak untuk aku?” Kotak coklat Pepero diangkat sebelum dilempar kembali ke meja. Shuichi melangkah menghampiri Daim. “Siapa cakap coklat tu untuk kau? Tu untuk PA aku.” Balas Shuichi sambil menjeling. Daim menjulingkan mata. Sebatang coklat Pepero digigit.

Shuichi mencampak sebungkus beg pastik ke atas meja Daim. Lelaki itu berhenti gigit coklat Pepero sambil menala coklat yang dah tinggal separuh tu ke arah beg plastik yang dicampak Shuichi tadi.

 “What the hell is this?”

“Tee, track suit and sport shoes. Tukar baju. Hari ni hari berlecak kita.” Arah Shuichi. Serta-merta dahi Daim berkerut. Baru dia sedar sesuatu. Sepupunya itu dah lengkap berpakaian sukan. Gaya dah macam cikgu Rozi, cikgu PJ aku dulu.

“Kau jangan nak buat gilalah. Aku banyak kerja ni.” Beg plastik itu ditolak tepi. Shuichi berdesis. “Kau ni dah berapa lama tak tengok cermin? Kumis bersepah. Jambang tak terurus. Badan kau ni pun macam dah naik few kilos je. Dah berapa lama kau tak singgah pergi gym? Mesti 6 pack ko dah jadi satu pack je kan? Itulah sibuk sangat bercinta sampai penjagaan diri pun ke laut.” Diperhatikan sepupunya itu atas bawah dengan terperinci.

Daim terdiam lama.

“Ya aku salin baju sekarang!” Beg plastik terus diangkat dan Daim dah berkawad menuju ke tandas. Shuichi menarik sengih. Senang je nak psiko mamat ni. Kutuk muka, kutuk badan dia, insya Allah lepas tu suruhlah dia buat apa pun, mesti dia buat.

-

Dekat satu jam, Daim dan Shuichi masing-masing tak nak mengalah. Trademill dah berasap, tapi kelajuan larian mereka sedikit pun tidak berkurangan. “*Omae. No. Speedo. Nani?” Tanya Shuichi dalam mengah. Ayatnya pun lintang-pukang. Daim menoleh sekilas. Hekeleh, baru lari sejam dah pancit. Pandangannya ditala ke luar tingkap semula. (*Omae no speedo nani=Kelajuan kau, berapa?)

“Kyū” Balas Daim tenang.

Kepala Shuichi berpusing memandang sepupunya itu. “Sem. Bilan?” Matanya memandang skrin pada trademill Daim. Nombor 9 sebesar alam terpampang pada skrin tu. Shuichi memandang skrin pada trademillnya. 4. Dia menelan air liur.

“Bro. Apa. Kata. Ki. Ta. Stop.” Cadang lelaki Jepun itu.

Daim menarik senyum separuh. Butang merah ditekan. “Nak buat apa pulak? Dumb bell?” Tanya dia sambil melompat turun dari trademill. Shuichi memegang erat handle. Kepalanya pening. “Chot-to mat-te. Kau. Masih. Kuat. Macam. Dulu.” Ujar lelaki Jepun itu sambil tangannya mengurut dahi. (*Chotto matte= Sekejap)

“Bukan aku yang kuat, kau tu yang makin lemah. Lembik. Kau pergi duduk dululah. Aku pergi angkat berat jap.” Daim mencampak tuala good morning ke bahu sepupunya itu sebelum menuju ke bahagian belakang gym.

Shuichi tersandar pada kerusi. Penatnya, rasa macam diri ni pelari pecut dunia pula. Wah dahsyat angan-angan. Botol air diambil dan diteguk puas-puas. Nikmatnya, Tuhan saja yang tahu.

-

Lima minit selepas rehat, Shuichi dah angkat bendera putih. Kata dia, lagi seminit dia duduk dalam gym ni, boleh sasau kepala otak dia. Pressure. Stres. Tekanan tengok badan gym-mates lain yang gagah perkasa. Rasa tercabar.

“Pandang kiri, aku nampak Malik Nor, toleh kanan, Malik Nor lagi. Weh stres weh stres.” Ujar Shuichi sambil geleng kepala. Daim yang sedang mengacau teh-o panasnya sekadar menjulingkan mata.

“Ajak aku bersukan, alih-alih kau yang ke laut. Poyo.” Sindir Daim straight direct kena jantung si Shuichi. Lelaki Jepun itu dah pasang muka kelat. “Manalah aku tahu kau tu still fit lagi. Sekali pandang macam dah setahun kau tak tengok dunia luar. Tu yang aku ajak kau pergi sesi melecakkan badan ni.” Alasan. Daim menggeleng kepala.

“Sudahlah kau. Propa je lebih.”

Shuichi ketawa kecil. “So, how’s my baby?” Tanya Shuichi sambil memandang sepupunya itu. “Siapa baby kau?” Tanya Daim balik sambil membakukan sebutan ‘baby’ itu.

Lelaki Jepun itu menarik kerut. “Haa dosa dosa!” Jari telunjuk dah ditala ke muka Daim. Sepupunya itu tergelak kecil. “Siapa?” Tanya Daim lagi setelah tawanya dah reda sedikit.

“Siapa lagi intan payung aku? Hanalah. Kanojo wa genki ka?” Dengan muka selamba, Shuichi buat confession. Daim menolak cawan teh-o ke tepi. “Genki da.” Angguknya.

“Lagi sebulan lagi kan kau dengan dia akan bersatu? Wah. Still can’t believe it man. Tak sangka lelaki hati kering macam kau ni akan kahwin jugak akhirnya he. Unbelieveable.” Jujur dan ikhlas Shuichi berkata.

Daim mengigigt bibir bawah. “Mulut kau ni memang mintak selipar je kan?”

Shuichi ketawa. “Betullah. Selama ni, punyalah ramai awek cun meletup-letup nak kat kau, tapi sekor-sekor kau reject. At least bagi la aku sorang dua ke kan.”

“Aku tak payah bagi pun kau dah ambil. Kan?” Kening sebelahnya dijungkit, perli. “Bro, kau memang sahabat sejati aku!” Shuichi menarik bahu sepupunya itu. Muka nak terharu gila. “Tapi kan bro, aku ingat aku nak tundalah wedding aku ni.”

Serta-merta kening Shuichi bertaut. “Ha? Kenapa?”

Jari-jemarinya bermain dengan cuping cawannya. “Kau tahu wedding aku next month kan? Tinggal few weeks je lagi. This weekend pulak dia pergi outstation. 5 hari. Balik tu terus kena hadap wedding. Mahu tak crash dia?”

Lelaki Jepun itu terangguk-angguk dengar sebab-musabab Daim nak perkahwinannya dengan Hana ditangguhkan. Dipandang wajah sepupunya itu lama-lama. “Kau apahal pandang aku macam tu? Lempang kau kang.” Daim dah tarik kerusinya menjauhi Shuichi. Seram pulak aku. Dia ni bukan boleh percaya. Dah berapa kali mulut aku ni jadi mangsa gangguan seksual dia tu.

“Daim, kau sweet doh. Aku terharu gila sekarang ni.” Ucap Shuichi penuh kagum. Matanya jelas nampak terharu. “Kau jangan buat pasal. Aku takkan benarkan kau sentuh aku!” Daim dah pegang arm rest, bersedia, bila-bila masa je dia akan pecut.

Shuichi berdehem. “Aku dah tak buat dah kerja bodoh tu.” Kenyataan dari sepupunya itu sedikit sebanyak mententeramkan hati ni. Tak sanggup nak bayangkan kalau Shuichi masih mengamalkan kerja gila orang Jepun/Korea. Dok cium sana sini. Ee. Jijik.

“Glad to hear th—”

Satu ciuman hinggap di pipinya. Daim tak terkata. Kaku sekejap.

Dua saat kemudian, seliparnya hinggap ke kepala sepupunya itu. Shuichi macam nak gila mintak ampun tapi dia pura-pura tak dengar. Agak-agak dah bengkak separuh muka lelaki Jepun tu baru Daim berhenti pukul.

“Nah duit beli ais.” Sekeping not dua ringgit dicampak ke atas meja sebelum dia berlalu pergi. Sempat dia ambil tisu dan dilap kesan ciuman di pipinya. “Daim.” Panggil Shuichi.

“Apa?” Daim menoleh. Mukanya masih masam.

“That kiss was from Hana.”

Apalagi, dicabut seliparnya dan dia kembali memukul kepala sepupunya itu.

-

Americano dikacau ikut arah lawan jam sambil wajah Hana ditatap lama sehingga gadis itu memukul lengan Daim dengan beg tangannya. “What?” Daim menghirup minumannya.

“Tak payahlah tenung sampai macam tu. Haram, haram.” Tegur Hana serius walaupun kat pipi tu macam tergantung dua biji tomato. Daim menarik senyum nipis. Malu la tu konon. “Just take care of yourself okey. Pakai tebal-tebal. Musim sejuk kat sana.” Pesannya, penuh dengan rasa ambil berat.

 Gadis itu mengangguk sambil buat tabik hormat. “Baik bos.”

“So, pasal semalam yang kita bincang tu, kau okey tak?” Daim bertanya lembut. Hana menarik senyum. “Kalau saya tak penat, kita tak payah tundalah he? Boleh?” Gadis itu dah pasang muka ‘pleaseee’. Lemah iman dibuatnya. Adeh.

Daim menggeleng. “Aku tak nak bini aku time bersanding nanti muka macam zombie, faham?” Hana memeluk tubuh sambil menjeling kasar. Zombie dia samakan muka aku yang cun ni. Ketam steamboat betul la!

“Yelah whatever. Tunda pun tundalah. Janji jangan cancel. Kalau awak cancel, tak nak kawan awak lagi.” Hana beri warning awal-awal. In case. Mana la tahu kan.

“Gila aku nak cancel? Hilang sumber keseronokan dalam hidup aku nanti.” Balas Daim sambil meraup rambutnya yang terjuntai di dahi ke belakang. Hana tersenyum panjang. Rasa macam tengok filem. Hero filem berkata-kata sambil meraup rambut ke belakang. Fuh. Mahu tak debar dada. Dia memejamkan mata sambil menarik nafas dalam-dalam dan menghela panjang. Apabila Hana buka mata, muka pelik Daim menyapa, seolah bertanya,

‘Apakah...?’

“Saya tengah hafal bau awak.” Ujar Hana sambil menggenggam tangan, menahan keinginan untuk menyentuh janggut nipis yang tumbuh pada rahang lelaki itu. “Bau apa? Bau ketiak?” Sebelah tangan di angkat tinggi-tinggi. Hana ketawa sambil memandang sekeliling. Buat malu company je la dia ni.

Bau Daim dihidu lagi.

Bau laut. Bau hutan. Bau peluh. Bau buku lama. Bau Aftershave dia. Bau Daim. Hana dapat rasakan dadanya seperti menari dan melompat gembira. Tak sabar. Mata dipejam lagi. “Hei, masih tak dapat hafal bau aku lagi ke?” Kali ni Daim mengangkat kedua tangannya, menayang ketiak. Hana ketawa besar. Serius dia ni...

“Dah hafal dah.” Balas Hana. Lelaki itu terangguk-angguk.

“You have a smell too.”

 Kata-kata Daim mengundang rasa ingin tahu yang membuak-buak. Hana memandang lelaki itu, menantinya menyambung. Selama ni, takdalah dia pakai perfume yang pekat-pekat baunya. Biasa-biasa punya perfume saja la. Pagi sembur, sampai tengah hari, bila dah beranak sungai badan, dah evaporasi dah perfume bagai semua.

“Bau apa?” Hana bertanya bila Daim buat-buat tak faham dengan pandangannya. Alamak, bau peluh aku ke? Bau peluh aku bau apa he? Atau bau kentut aku? Pernahlah jugak terlepas satu dua depan mamat ni. Alaaa.. Tiba-tiba rasa insecure la pulak.

“Bau belacan.”

Terus disepak kaki lelaki itu. Daim mengerang sakit. Ish perempuan ni. Agresif betul. Bawah meja pun dia boleh target kaki aku dengan tepatnya. “Laa orang cakap tak percaya.” Balas Daim sambil mengurut kaki. “Mana ada bau belacan!” Tengking Hana geram. Agak-agaklah kot iyapun puaka sangat bau aku.

“Belacan?” Tanya Akid yang muncul sambil menolak troli menuju ke arah mereka. Sebuah beg hitam bersaiz kecil terletak di dalam troli.

“Takda apa-apa.” Hana menggeleng kepala sambil melempar segaris senyuman kepada lelaki itu. Matanya memandang beg Akid. “Ni je ke beg awak bawak Akid?” Hana bertanya. Lelaki itu mengangguk. “Yelah tak sampai seminggu je pun.” Balasnya.

Daim memeluk tubuh sambil jari telunjuknya ditala ke arah dua buah beg yang terletak di sebelah kerusi Hana. Akid mengikut arah yang ditunjuk Daim. Rahangnya sedikit terbuka. “Awak ni nak jadi permanent resident kat sana ke apa ni?” Perli Akid. Kagum dengan kesungguhan gadis itu membawa barang-barang.

“Hello, perempuan banyak barang kot. Baju, seluar, selendang, inner, stokin, baju sejuk lagi. Ha tu tak masuk make up.” Hana cuba mempertahankan diri. Mana ada perempuan dalam dunia ni tak bawak banyak barang?

Kening Daim terjungkit. “Make up? Sejak bila kau pakai make up ni?”

Hana menarik muka. “Since I reach my puberty. Awak apa tahu?”

“Suka hati kau la. Muka kau.” Daim menjulingkan mata sebelum bangun dan mengangkat beg Hana dan meletakkannya ke atas beg Akid. Digunakan kesempatan itu dengan berbisik ke telinga Akid,

 “Moshi kanojo ni nani ga okottara, omae ga owaruda.”

Bulat mata lelaki itu memandangnya. “Ore no inochi yori, kanojo ga taisetsu da.” Balas Akid sambil memegang dada dengan sebelah tangan. Daim diam sejenak. “Fair enough.” Akhirnya dia mengangguk. (*Moshi kanojo ni nani ga okottara, omae ga owaruda=kalau apa-apa jadi kat dia, siap kau. *Ore no inochi yori, kanojo ga taisetsu da=dia macam nyawa aku.)

“Apa yang korang bualkan?” Kepala Hana tiba-tiba muncul antara mereka berdua. Sepantas kilat Daim dan Akid meletak jarak antara mereka. Hana tampal muka tak puas hati. “Apa ni? Mengumpat he?” Dipandang muka Daim dan Akid silih-berganti.

“Sibuklah.” Kepala gadis itu ditunjal. Hana menjeling kasar. “Eleh, saya takda lima hari ni, baru awak tahu macam mana rasanya bila saya takda!” Marah Hana geram. Daim tergelak kecil sambil memeluk tubuh.

“Gerenti rasa bahagia sentosa. Takda orang nak jaja fashion traffic light yang huduh tu.” Ejek Daim selamba. Hana menggigit bibir. “Oh berlagak. Saya tak akan jawab call awak!” Ugut Hana.

“Siapa cakap aku nak call kau? Okey, aku gerak dulu.” Lelaki itu dah sedia nak balik. Hana tak terkata. Macam tu je? Tolong hantar, tolong belanja minum, tolong angkat beg. Lepas tu balik. Dah? “Daim!” Jerit Hana sekuat hati sehingga beberapa orang di lapangan terbang itu menoleh kepala memandangnya.

Daim memalingkan tubuhnya, menghadap gadis itu. “Tak malu ke orang tengok?” Tanya Daim, nada suaranya sedikit keras. Hana mencengkak pinggang, cuba melawan tentangan mata lelaki itu, walaupun jarak antara mereka agak jauh. “Kenapa awak tak tunggu sampai saya pergi?” Marah Hana balik.

“Apasal aku kena tunggu pulak?” Daim turut mencekak pinggang, mengajuk gadis itu. “Awak kan tunang saya!” Herdik Hana. Matanya bulat memandang Daim. Tunang? Daim terdiam untuk beberapa saat sebelum memasang muka tak bersalah sambil bertanya sinis.

“So?”

 Hana menggigit bibir. “Apasal awak tak nak tunggu?” Tengking Hana lagi, kali ni dengan oktaf suara yang makin meninggi. Akid di sebelah dah tergaru-garu kepala. Rasa kekok bila berada di antara dua merpati sejoli yang tak berapa nak mesra.

“Sebab aku tak nak tengok kau pergi!”

Tangan Hana kembali ke sisi. Wajah Daim dipandang lama. “Jadi awak sanggup biar saya tengok awak yang pergi?” Hana bertanya perlahan. Ada nada sebak di sebalik suara halusnya itu. Daim menarik nafas dalam-dalam. Entah macam mana, suasana berubah suram.

Akid berdehem tiba-tiba.

“Sorry guys, bukan nak potong steam ke apa tapi Hana, seriously, kita dah lambat ni.” Celah Akid yang dari tadi diam menjadi penonton drama mereka. Hana mengangguk sambil berkata, “Sekejap Akid.” Dipandang wajah Daim semula.

“Awak nak balik, baliklah dulu. Bawak kereta baik-baik Daim. Jangan pecut!” Sempat Hana berpesan sambil buat gaya menghalau lelaki itu, memaksanya balik. Daim tak terkata. Tadi marah sangat aku nak pergi, sekarang paksa aku pergi dulu pulak? Perempuan perempuan. Sampai bila-bila pun aku tak faham spesis korang ni. Kompleks ya Rabbi!

“Next week kita jumpa!” Hana melambai.

Lama Daim menjamah wajahnya sebelum sebelah tangan diangkat tinggi, melambai. “I’ll miss you!” Sebaik saja bibir dia melafazkan satu ayat tu, Daim terus mempercepatkan langkah meninggalkan Hana yang sudah tersenyum lebar.

“Ada beg plastik tak?” Tanya Akid yang dah berdiri di sebelahnya. Hana menoleh. “Kenapa?” Tanya dia. “Nak muntah. Geli.” Balas Akid selamba. Gadis itu mencebik sebelum menolak troli masuk ke ruang perlepasan. Senyuman lebar masih terpatri di bibirnya. Akid mengejar Hana dan akhirnya berjaya juga berjalan seiring dengan gadis itu.

Hana mencuri pandang ke belakang. Kelibat Daim dah hilang. Dipejam mata rapat-rapat, cuba mengingat bau Daim. Bibirnya menguntum senyum. Bau Daim. Sampai bila-bila pun bau tu akan terpahat dalam sanubarinya.

-

Dah tiga hari. Tiga hari. Dan satu call pun tak diterimanya daripada Hana. Jangankan telefon, mesej pun tak. Email lagilah. Daim tak senang duduk. Sekejap dia ke pantry, sekejap lagi dia dah terpacak depan bilik Hana. Setengah jam kemudian, dia dah tersandar pada dinding makmal. Macam orang sasau pun ada.

Setiap lima minit dia akan tengok skrin telefonnya, kalau-kalau ada panggilan dari gadis itu. Namun setiap kali itu juga dia hampa. Busy sangat ke dia kat sana? Outstation je kot.

Lantaklah tak nak call aku pun. Ada aku kisah! Daim membetulkan kotnya. Nekad ni. lepas ni, kalau dia call ke mesej ke skype ke, memang aku buat dek je! Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Menggelupur tangannya cuba mengeluarkan handphone dari kocek sehingga tergolek telefonnya itu ke lantai.

Daim terus menjawab panggilan. “Hana, apasal baru sekarang kau call aku? Sihat tak? Dah makan belum?” Bertalu-talu soalan ditanya sampai tak cukup nafas. Tiada jawapan di talian. “Hana? Hello?” Daim berkerut. Risau di dadanya makin menebal.

“Daim, ni Ayah Wan ni.” Balas suara di hujung talian. Rasa hampa menguasai diri. “Oh Ayah Wan. Sorry, ingatkan Hana tadi. Ada apa Ayah Wan telefon ni?” Daim cuba mengawal nada suaranya agar tak kedengaran kecewa.

Hanya deru nafas Ayah Wan kedengaran. “Ayah Wan? Kenapa ni?” Tiba-tiba rasa tidak senang mula bertandang di hatinya. “Ayah Wan, okey tak? Kenapa ni?” Tanya Daim lagi apabila Ayah Wan masih diam tidak menjawab.

“Bonda Daim.. Bonda..” Suara Ayah Wan bergetar.

“Kenapa dengan bonda Ayah Wan?” Tanya Daim risau.

“Bonda dah takda.”

Telefon terlepas dari tangan.

-

Setelah selesai kenduri tahlil, Daim membantu Ayah Wan membersihkan rumah dan mengemas apa yang patut sambil dibantu anak-anak yatim yang dari semalam tadi tak henti-henti membantu dalam setiap urusan. Daim memandang anak-anak yatim yang sedang menggulung tikar, menyapu lantai dan menyusun sofa. Tabahnya hati anak-anak ni. Sedikit keluhan pun tak keluar dari bibir mereka. Ya Allah. Daim menyeka air matanya yang mula bertakung di tubir mata.

“Abang, nak minum?” Tegur Ijat. Daim menoleh. “Oh Ijat. Takpa. Ijat nak minum, pergilah minum. Abang nak settle semua ni dulu.” Balas Daim bersama senyuman nipis. Dipandang wajah muram anak muda itu. Sebaik saja Ijat nak menoleh, Daim memanggil namanya.

“Ijat.”

Ijat menoleh. “Hm?”

“Kalau Ijat nak apa-apa, perlukan bantuan abang ke, jangan segan beritahu abang okey?” Pesan Daim lembut. Ijat memandangnya lama. Tanpa disangka tiba-tiba Ijat memeluknya erat.

 “Ijat..” Daim tak terkata.

“Ijat rindu bonda bang. Ijat rindu sangat kat bonda.” Ujar Ijat dalam sedu. Daim membalas pelukan Ijat erat. Sekarang ni, tiada kata yang mampu nak ubat rindu anak muda ni. Biarlah hari ni dia menangis sepuas hatinya.

Ayah Wan memejamkan mata sambil menyandar di sebalik pintu biliknya. Sungguh dia faham apa yang dirasai anak yatim itu. Dia juga merasakan perasaan yang sama. Air matanya turut mengalir.

“Bonda..”

-

Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Daim tak boleh tidur. Dia baru saja selesai menunaikan solat tahajud. Hatinya yang bergelora kembali tenang. Sudah tiga hari dia bermalam di rumah bonda, menemani Ayah Wan dan anak-anak yatim di sini. Tiga hari juga dia cuba telefon Hana tapi gagal. Line asyik sibuk. Tak dapat dibayangkan reaksi gadis itu apabila dia dapat tahu berita ni.

Daim yang sedang melipat sejadah menoleh apabila pintu biliknya diketuk. Dia membuka pintu. Wajah tenang Ayah Wan menyapa. “Ayah Wan.” Daim sedikit terkejut melihat Ayah Wan terpacul di depannya
.
“Ayah Wan kejutkan Daim ke?” Tanya Ayah Wan lembut. Daim menggeleng. “Tak. Daim memang dah bangun pun. Masuklah Ayah Wan.” Daim menjemput lelaki yang menginjak usia 40-an itu masuk ke dalam biliknya.

Sambil melabuhkan punggung di atas katil, Ayah Wan menghulurkan sebuah kotak berwarna gelap kepada Daim. “Apa ni?” Tanya Daim. Kotak itu bertukar tangan.

“Dalam kotak ni ada barang-barang Hana. Barang dia masa kali pertama bonda jumpa dia. Selama ni bonda yang simpan. Tapi sekarang.. Bila bonda dah takda..” Ayah Wan diam. Nafasnya tidak teratur. Daim memegang tangan lelaki itu. Ayah Wan menarik senyum nipis.

“Ayah Wan nak minta tolong Daim bagikan kat Hana ya.” Pinta Ayah Wan lembut. Daim menarik senyum sambil mengangguk. “Nanti bila dia dah sampai Malaysia, Daim bagi dia insya Allah.”

“Terima kasih Daim. Kau banyak tolong Ayah Wan.” Bahu lelaki itu ditepuk-tepuk. “Takdalah Ayah Wan. Budak-budak tu yang banyak tolong.” Daim teringat Ijat. Ayah Wan terangguk-angguk sebelum bangun.

“Subuh nanti kita solat berjemaah ya. Dengan budak-budak tu sekali.” Pesan Ayah Wan sebelum keluar dari bilik Daim. “Okey insya Allah.” Angguk lelaki itu. “Assalamualaikum.”

Daim menjawab salam Ayah Wan.

-

Kotak berwarna gelap itu dipandang lama. Patut tak aku buka? Barang-barang apa yang ada kat dalam kotak ni? Daim menggeleng. Amanah Ayah Wan suruh bagi kat Hana, bukan suruh buka tengok. Daim menyimpan kotak itu ke dalam beg plastik. Skrin komputernya dipandang kosong. Email daripada Akid dibaca sekali lagi. Lelaki itu memaklumkan ketibaan dia dan Hana petang ini. Daim mengurut batang hidungnya.

Kenapa perempuan tu tak beritahu aku sendiri? Kenapa perlu minta Akid yang email? Apa masalah dia sebenarnya? Dahlah extend outstation tak beritahu, extend macam tu je. Call, mesej, email, skype, takda satu pun daripada Hana. Daim melepaskan satu keluhan berat. Jam di tangan dipandang sekilas. Petang nanti dia akan ke KLiA untuk menjemput Hana. Hatinya masih buntu. Tak tahu macam mana nak sampaikan berita tentang bonda kepada gadis itu nanti.

“Daim.” Tegur Shuichi sambil melangkah masuk ke dalam pejabat sepupunya itu. “Hm kenapa?” Daim memandang lelaki Jepun itu. “Kau free tak?” Tanya Shuichi.  “Kenapa?” Tanya Daim semula. “Bowling jom.” Ajak sepupunya itu. “Petang ni Hana sampai Malaysia.” Balas Daim menolak baik pelawaan Shuichi.

“Oh yeke? Aku nak ikut kau pergi jemput Hana.” Katanya sambil menarik kerusi dan duduk di hadapan Daim. Sepupunya itu memandangnya untuk beberapa saat sebelum angguk.

“Okey.” Balas Daim pendek.

“Okey? Serius?” Tanya Shuichi tak percaya.

“Aku ada muka macam nak gurau ke sekarang ni?” Daim bertanya dengan muka segarang singa. “Okey okey kau serius. Thanks bro. Pukul berapa patut aku tunggu kat bawah?”

Daim menayang tiga jari.

“Got it!” Shuichi keluar dari bilik Daim sambil bernyanyi kecil.

-

Daim sedang menanti sambil menyandar pada kereta apabila Hana dan Akid keluar dari lapangan arrival sambil menolak troli. Macam pasangan yang baru balik dari honeymoon pun ada juga. Daim melempar pandangan ke tempat lain.

“Assalamualaikum!” Sapa Hana ceria. Mata bulatnya memandang Shuichi dan Daim silih berganti. “*Okaeri. Sihat Hana?” Tanya Shuichi gembira melihat gadis itu. “Sihat alhamdulillah. Awak sihat Shuichi? Lama gila tak jumpa awak kan?” Hana memandang lelaki Jepun itu atas bawah. (*Okaeri=Welcome home)

“Masih hensem macam dulu.” Balas Shuichi tak tahu malu. Hana tergelak besar. Shuichi menyapa Akid di sebelah Hana. Gadis itu berjalan menuju ke arah Daim yang masih setia merenung entah siapa. Dengan shade aviator dia tu, sumpah macho.

“Ahem. Tak rindu kita ke?” Hana menegur.

Daim memandangnya sekilas. “Mana beg kau?” Tanya Daim sambil mencari-cari beg gadis itu. Hana berkerut. Aik, pandang aku macam pandang selipar Jepun je? Hmm... Hana cuba menarik perhatian lelaki itu sambil menghalang pandangan mata Daim. Bila lelaki itu pandang ke kiri, Hana ke kiri. Bila Daim pandang ke kanan, dia pun ke kanan.

“Apa masalah kau sebenarnya?” Keras suaranya bertanya.

Hana terkedu. Sah mamat ni betul-betul tengah takda mood. Tapi kenapa ya? Kenapa dingin semacam layanan dia ni? Seminggu lebih kot dia tak jumpa aku. Takkan ni kaedah dia nak  menunjukkan rasa rindu kat aku?

Err... Macam bodoh je kaedah ni.

“Awak, kenapa? Lapar he? Saya ada coklat. Nak?” Tanya Hana sambil mengeluarkan coklat Kit Kat dari beg galasnya. Tanpa berkata apa-apa, Daim terus menuju ke arah Akid dan mengambil beg Hana sebelum memasukkan beg itu ke dalam but kereta.

Hana mengetip bibir. Tak kelakar kot kalau ni cara dia balas dendam kat aku sebab tak beritahu dia aku terpaksa extend masa outstation. Hana mengoyakkan plastik bungkusan coklat Kit Kat dan terus makan coklat itu. Geram punya pasal. Sungguh sekarang ni dia memerlukan rembesan endorfin ke dalam badan. Ahh panasnya hati dengan mamat ungka ni.

Daim menutup but dan melangkah ke arah Akid. “Kau ikut sekali?” Tanyanya.

Akid menggeleng sambil tersenyum. “Takpa. Budak aku datang jemput.”

“Okey then. Gerak dulu.” Daim mengangkat sebelah tangan sebelum masuk ke dalam kereta. Hana berdengus kuat. Dia langsung tak heran pasal aku. Macam aku ni tiang bendera je.

“Jumpa esok Hana.” Tegur Akid. Hana tersedar sebelum melambai. “Insya Allah. Okey bye Akid. Thanks for everything.”

“No problem.” Angguk Akid sambil melayang segaris senyuman manis.

-

Hana mencuri pandang Daim buat kali entah yang ke berapa. Straight je muka dia. Nak kata marah, takda kerutan kat dahi dia. Nak kata tak marah, dingin pulak layanan dia. Tak banyak cakap pun. Hana menoleh ke belakang.

“Psst. Shu-chan.” Panggil Hana.

 Shuichi yang sedang bernyanyi kecil berhenti menyanyi. Matanya menjamah wajah gadis itu. “*Hai?” Hana mengerling ke arah Daim, bertanya kepada Shuichi tentang lelaki itu. “Not one of his good days.” Balas Shuichi perlahan. “Ohh..” Hana terangguk-angguk faham. Ada la tu masalah kat pejabat agaknya. PA kan. Mesti busy. Dapat pulak bos easy-going macam Shuichi ni. Lagilah.

“Daim.” Hana kembali memandang Daim. Suaranya lembut memanggil nama lelaki itu. “Hm.” Balas Daim masih dingin. “Saya ada hadiah untuk awak.” Ujar Hana ceria. “*Boku ni?” Shuichi menunjuk dirinya sendiri. “Ya, untuk awak pun ada. Kejap. Ha nah untuk awak.” Hana menghulurkan plastik kertas berisi sesuatu kepada lelaki Jepun itu. (*Hai=Ya?; Boku ni=For me?)

“Domou arigatou gozaimasu!” Dengan hati senang Shuichi menerimanya.

“Ini pulak untuk awak.” Plastik kertas berwarna peach dihulur kepada Daim. Lelaki itu memandang plastik itu sekilas sebelum kembali menala pandangan ke jalan.

“Hm thanks.” Balasnya perlahan.

Hana berkerut. Itu je? Thanks? Takda semangat kesukanan langsung. Hana menggaru kepala. Aku ada buat salah apa-apa ke sampai dia jadi macam ni? “Daim.” Panggil Hana lagi. “Hm.” Balas Daim, masih dingin membeku. “Awak kenapa? Saya ada buat salah apa-apa ke?” Hana bertanya lagi. Rimas bila dilayan sebegini rupa. Kacau jiwa dibuatnya.

“Handphone kau tercicir dalam lubang jamban ke?” Tanya Daim tiba-tiba.

“Tak. Kenapa?” Hana rasa pelik dengan soalan lelaki itu. Nada suara dia macam sinis tapi bila tengok muka dia, serius gila. Tahulah Hana bahawasanya Daim tengah serius bertanya.

“Aku call kau banyak kali. Tak dapat. What happened?” Tanya Daim lagi.

“Saya tak dapat apa-apa calls pun. Not even one. Saya cuba call awak juga tapi tak dapat. Roaming problem la kot. Saya pun tak sure.” Hana mengeluarkan telefonnya, cuba membelek setting.

Daim memandangnya sekilas. “Tak payah nak check setting tu. Dah sampai Malaysia dah pun.” Ujar lelaki itu. Nadanya sinis. Hana menggigit bibir. Sabar Na, sabar. Daim mesti ada alasan kukuh kenapa dia buat perangai macam ni. mungkin dia nak uji kau kot. Iyelah, mungkin dia nak tahu sejauh mana kau mampu bersabar dengan dia. Kan dia bakal suami kau. Hana menarik senyum nipis. Gembira sedikit hati ni bila dimotivasikan oleh diri sendiri.

“Kotak gelap itu untuk kau.” Daim menjuihkan bibir ke arah sebuah kotak berwarna gelap yang terletak atas dashboard. Hana memandang lelaki itu sebelum mengambil kotak gelap itu.

“Apa ni? Hadiah untuk saya? Thanks Daim.” Hana dah tersenyum sipu. Dalam dingin dingin dia tu, ada udang di sebalik mee. Sweet sangat. Dah agak dah. Semua ni lakonan je.
“Bukan aku yang bagi. Ayah Wan bagi.” Balas Daim. Suaranya mulai kendur.

“Ayah Wan? Awak pergi jumpa dia? Gapo tiba-tiba Ayah Wan bagi hadiah. Pelik betul.” Hana membuka penutup kotak itu. Skirt dan baju-t kanak-kanak menghiasi pandangannya.

“Baju budak-budak?” Hana memandang Daim. Lelaki itu memandang isi kotak itu. “Ayah Wan cakap dalam kotak itu ada barang-barang kau.” Ujar Daim.  “Barang saya? Ohh.. Ni mesti baju saya masa kecil dulu kot. Kan?” Hana mengangkat baju itu.

“Eh.”

Sekeping gambar terjatuh dari celah lipatan baju itu. Hana mengambilnya. “Gambar?” Hana meneliti gambar yang dah terkoyak separuh itu. Agak lama jugak gambar ni. Hitam putih lagi. Seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. Macam kenal je muka budak ni. Hana tersenyum.

“Gambar?” Daim menoleh. Gadis itu mengangguk. “Gambar masa saya kecil-kecil la kot. Sama tak Daim muka saya dulu dengan sekarang?” Hana menayang gambar itu kepada lelaki itu.

Serta-merta brek ditekan kuat. Tubuh Hana terdorong ke depan.

Gambar yang dah terkoyak separuh itu terlepas dari tangan Hana dan terjatuh ke atas peha Daim. Lelaki itu memandang lama gambar itu. “M-Mana kau dapat gambar ni Hana?” Tanya Daim. Suaranya kedengaran terdesak.

“Ha?” Hana yang masih dalam keadaan terkejut tak mampu menangkap pertanyaan lelaki itu. “Mana kau dapat gambar ni!” Tengking Daim kasar. Matanya tajam menjamah wajah gadis itu. Hana tergamam.

“Dari mana!” Tengking Daim lagi.

“Dari dalam kotak ni. Kenapa Daim?” Hana memandang wajah Daim yang mula berubah pucat. “Daim?” Hana memanggil nama lelaki itu apabila melihat tangan Daim yang sudah menggigil memegang gambar itu.

“Daim?” Panggil Hana lagi. Lelaki itu terus meluru keluar dari kereta. Hana tak terkata. Shuichi menenangkan Hana dan menyuruhnya tunggu di dalam kereta. “I’ll talk to him.” Beberapa saat kemudian, Shuichi sudah berlari keluar dari kereta, mengejar Daim.

Hana terkedu. Apa dah jadi sebenarnya?

-

“Daim! Daim! Matte yo!” Shuichi menarik bahu sepupunya itu.

“Do you know what this means? Do you know? Ha?” Tengking Daim sambil menayang gambar yang sudah terkoyak separuh itu kepada Shuichi. Lelaki Jepun itu mengambil gambar itu dari tangan Daim. (*Matte yo=Tunggu dulu)

Mulutnya sedikit ternganga. “Ayah kau. Budak ni..” Shuichi tak sanggup menghabiskan ayatnya. Daim meraup wajahnya berkali-kali. Sungguh, dirasakan saat ini seolah-olah batu besar sedang menghempap bahunya.

 “Daim, a-aku..” Shuichi hilang kata-kata.

Daim mengeluarkan gambar dia dengan umi dari dompetnya dan perlahan-lahan dia menyatukannya dengan gambar separuh milik Hana itu. “It fits..” Ujar Daim lemah. Dia memandang Shuichi yang turut sama tergamam melihat gambar yang telah dicantumkan itu.

“It fits..” Daim terduduk di bahu jalan. Matanya dipejam erat. Tanpa disedari air matanya mengalir. Shuichi memaut bahu sepupunya itu. Lama mereka berdua tidak bersuara. Hanya air mata saja yang mampu bercerita.

-

“Shuichi, Daim pergi mana?” Hana tanya sebaik saja Shuichi masuk ke dalam kereta dan duduk di seat driver. Daim dilihatnya tadi menahan teksi dan terus beredar. “Dia ada hal urgent but he’ll call you. Saya hantar awak balik ya.” Shuichi melempar segaris senyuman nipis.

“Awak sure dia okey? Is something wrong? Apa yang korang cakap kat luar tadi? Daim okey tak?” Hana dapat rasakan ada sesuatu yang menganggu lelaki itu. Kalau tak, masakan tiba-tiba dia dan Shuichi duduk kat tepi jalan. Muka masing-masing pucat lesu.

“Takda apa-apalah. Don’t worry okey. You want to grab some food or something? Before I hantar you balik.” Shuichi memandang wajah resah gadis itu.

“Can we go see him? Saya risaulah Shuichi. I know you’re lying. Ada something going on kan? Saya nak jumpa Daim.” Tegas Hana. Shuichi mengeluh. “Tak boleh Hana.  Buat masa sekarang, tolong jangan ganggu dia. He doesn’t want to see you right now. I’m sorry.” Balas Shuichi perlahan.

“A-Apa maksud awak Shuichi? Dia tak nak jumpa saya?” Mata Hana sudah bergenang. Shuichi menelan air liur. Ni yang aku lemah ni. Aduhai. Macam mana nak explain?

 “No, no. Hana, please, jangan menangis. You haven’t done anything wrong. It’s just him. Dia perlukan masa untuk sort things out. Hana, awak jangan risau ya. Please understand him. He needs time.”

Hana berkerut. Air matanya dibiarkan membasahi pipi. “Sort things out? Apa maksud awak?” Shuichi menarik nafas dalam-dalam. “Awak balik, rest, lepas tu awak jumpa Daim, you guys talk okey. For now, you don’t have to worry.”

Gadis itu mengetip bibir. Hatinya terasa sebak. Entah kenapa, dia pun tak tahu. Hanya satu nama disebut-sebut dalam hati.

Daim.


---

Rosebud says: 

Assalamualaikum. 
2014. Sekejap je kan. Pejam celik pejam celik. Anyway.... Sorryyyyyyyyyy sangat sebab lambat update. (Sepuloh jari mohon  maaf) 
You guys are rockstars sebab tunggu lama. Tabik hormat! 
This story has gotten to its peak. hopefully korang enjoy it (sebab saya edit ni sambil tonton AJL tau! hehe) I've given loads of hints, so korang pun dah dapat agak punya. but still, silalaaa enjoy. penat kita kerah tangan ni menaip tau. ><
And sila komen, tegur or kasi suggestion ya. membantu ohh. bila korang komen, automatik, semangat berkobar dgn tiba-tibanya. terus mencurah-curah idea ke ladang gandum.
 maceh korang~ 
Dan, don't forget to make doa for ourselves, our family and of course our brothers and sisters in Syria, Palestine, Mesir and most importantly in Malaysia. People are getting sicker and act like animals. May Allah protect us from the evil of which we have committed. aamiin.
happy reading~ <3 <3 <3
Thanks banyak korang. :) Love uolls!
aamiin.
courtesy of OwhSoMuslim.com

5 comments:

syeena hamdan said...

Yunkkk.. Betul ke hana adik daim...ohhh plezz....tak sabarnya nk th next n3...gud job yunkkk...

Rashidah Ramlan said...

Lame sgt tggu new n3....dh rindu sgt ngan story ni....wpun dh nmpk hint2 dr dl...jgnla both of them adik beradik.plzzzz....touching ni touching...hikhikhik...jgn lame2 update next n3 yer dik...:)

Rashidah Ramlan said...
This comment has been removed by the author.
darling yanz said...

Laaa hana ngn daim adik beradik ker...? Huhuhuuu hrp2 x la....dorg sweet sgt bila bsama....x sabar nk tggu n3 smbungan ni....gud luck yunk..dh jatuh cinta ngn novel ni n ngn daim...heheheee

Anonymous said...

asalamualaikum kak rose...
Saya Fan Of This Novel... Dah lama Tunggu Entry Nie, kalau Ble Sebulan dua Kali lah KaK kasi Update... Rasa Mcm Mw Pergi Masa Hadapan Je Guna Time Machine Untuk baca Next Entry... Huhuh...

Lg 1, Kalau Ble... Hana N Daim Dont Make Brother N Sister Lah... Tak Ngam Ohhh... Bagi Corak Corak Lah Story Nie... Hana Jd Anak Angkat ke time Kecik, Hana Anak Pungut Ke... Hana Anak bestfriend Mak dia Ke... Hana Anak Tiri Ke... Hana Tertukar dgn Watak Heroin Baru Ke... Pikir Pikir Kan Lah Setting Cerita Nie Semula Kak... Sbb, Saya Masih Ingat Lg Yg Mimpi Si Hana Tue Mimpikan Bakal Suami Dia. Takkan Lah Akid Kot Jd jodoh c Hana... Aduhhhh... Tak Ngam Lah Kak... Ok, Tu Je Komen Saya... BTW, keep The Good Work...
Saya Dukung Dr Belakang Novel ABHT... Hihih... Peace :D

Post a Comment