Sunday, December 15, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 44



Alex menarik senyum lebar saat gadis berselendang maroon, bertunic merah jambu melangkah masuk ke dalam kedai Ice Cream Bucket miliknya. “Wow, look who’s here? What a pleasant surprise!” Tuala good morning yang digunakan untuk lap gelas dan mangkuk disangkut pada bahu kirinya. 

“Miss me?” Hana menjungkit bahu. Langkah diatur menuju ke arah kaunter sebelum dia menarik kerusi dan duduk betul di depan lelaki itu. “Oh I wish I could hug you now.” Alex memandang lama wajah sahabatnya itu. Hana menjelingnya dengan ekor mata. 

“So, apa cerita sekarang? Lama tak nampak?” Alex mencondangkan tubuhnya ke hadapan, merapatkan ruang akses untuk dia menatap wajah gadis itu lebih lama. Rindu betul dengan kawan dia yang sorang ni. 

Hana menongkat dagu. Lama la sangat. Baru beberapa minggu yang lalu kita tengok Despicable me 2 sama-sama. Ceh. “Aku diet sekarang. Makin kurus tak?” Kening dimain-main. Alex ketawa besar. “Celah mananya kurus. Pipi tu selambak je aku tengok.” Balas lelaki Cina tu jujur. Hana mencebik. Langsung tak jaga hati aku.

“Busy sangat ke sampai berminggu-minggu kau tak singgah kedai aku? Bila last time kau makan Larva Niche aku?” Alex kembali berdiri tegak sambil memeluk tubuh. 

Gadis itu menggaru telinga. “Masa kita lepak kat padang tu, kan?” 

Alex menjulingkan mata. “Tengok tu. Macam ni la member. Bila ada pakwa, lupakan sahabat.” Alahai si apek ni, touching la pulak. Hana ketawa kecil. “Cik Alex, aku mana ada pakwa.” Ujar Hana. “Habis Daim tu apa?”

“Fiancè?” Hana tampal muka comel. Alex menggeleng kepala sambil tergelak kecil. “Yelah Hana. Suka hati kau la apa benda si Daim tu dalam hidup kau. So, the usual?” Alex dah sedia dengan mangkuk kat sebelah tangan. Bila-bila masa saja Larva Niche akan sedia dihidang. Hana angguk laju. 

Saat sesudu Larva Niche dimasukkan ke dalam mulut, terasa bagai di awangan. Bestnya perasaan ni. Hana memejamkan mata, menikmati kelazatan ais krim signature dish Alex itu. 

“Sekarang baru kau tahu betapa dahsyatnya penangan Larva Niche aku kan?” Alex menghulurkan segelas air peach tea kepada gadis itu. “Aku dah lama tahu Lex. It’s the only reason I keep coming back here. Kalaulah aku dapat kahwin dengan Larva Niche kau ni Lex, dah lama aku buat.” Hana menjilat sudunya. Sumpah sedap.

Lelaki berbangsa Cina itu ketawa lagi. “Kahwin la dengan tukang buatnya.” Sebelah mata dikenyit. Hana menarik muka masam. Sejak-sejak aku dan Daim dah declare official nak kahwin ni, macam-macam dugaan betul datang. Ada je lelaki nak menggoda aku. 

Kes pertama. Hari tu Akid hadiahkan aku sejambak lolipop. Memanglah aku ni sweet tooth, tapi lolipop? Memang satu lab dok nyonyot lolipop je la satu hari tu. Bila tanya Akid, apa motif dia bagi sejambak gula-gula, dia cakap, ‘Just to cherish our moments together.’ 

Hana terkedu. Walaupun hati ni bukan lagi milik Akid, tapi dia pernah satu ketika dahulu punya kunci untuk hati ni. Hana menarik nafas dalam-dalam. Dugaan Hana. Dugaan. Beberapa hari lepas tu, datang lagi satu ujian. 

Kes kedua. Tiba-tiba ada orang bagi kek sekotak. Siap bentuk hati lagi. Kat kek tu tertulis, 

Cik Hana, I love you.

Mula-mula, ingatkan Daim yang bagi. Tapi bila fikir-fikirkan balik, mamat tu takda maknanya nak ber-romeo macam tu. Jijik kot. Aku sendiri rasa geli kalau Daim buat macam ni. Lagi satu bukti yang menunjukkan bukan Daim yang bagi ialah bentuk kek tu sendiri. Heart-shaped cake? Err... Sah bukan Daim. 

Petang tu, masa nak balik, baru saja Hana nak bonceng motornya, ada seorang lelaki tegur dengan gaya tersipu-sipu. Hana memandangnya atas bawah. Apa kena mamat ni? Nak terkencing ke apa?

“Cik Hana.. Awak suka tak kek strawberry tu?” Lelaki itu tunduk. Tak berani nak angkat muka. Terlalu malu nak bertukar pandang dengan gadis itu. Hana tercengang. Dia ni ke makhluk yang kasi aku kek tu?

“Kek bentuk love tu... awak ke yang bagi?” Hana bertanya ragu-ragu. Lelaki itu mengangguk laju. Kepalanya masih tunduk. Kedua tangannya saling menggenggam erat. Hana menggaru kepala. Dapat confession la pulak. Aduhai.

Lelaki itu mencuri pandang Hana untuk beberapa saat, kemudian matanya kembali menala pada ekzos motor gadis itu. “Cik Hana baca tak tulisan atas kek tu?” Tanya dia malu-malu. Hana tak terkata. Alamak. Apa aku nak respon ni?

“Tulisan... Cik Hana, I love you tu?” 

Hana dan lelaki itu serentak menoleh. Daim dan muka bosannya sedang memegang kek berbentuk hati itu dengan sebelah tangan, sambil sebelah lagi mencekak pinggang.
“Encik Daim..” Wajah lelaki itu berubah kalut. 

Daim menjungkit sebelah kening. “Oh kau tahu nama aku? Kau tahu tak aku ni siapa?” Selangkah demi selangkah, Daim berjalan ke arah lelaki itu. Dia mengangguk takut-takut. “P-PA Encik S-Shuichi.” Balasnya gagap.

“Lagi?” Daim merapatkan lagi jurang antara mereka. 

“K-Kawan C-Cik Hana.” Jawab lelaki itu, tak berani nak balas renungan tajam Daim. “Kawan?” Daim memandang Hana sekilas sebelum kembali mengunci pandangannya pada lelaki itu. Satu senyuman sinis tertampal di bibirnya.

“Nama kau apa?” Tanya Daim dingin. Lelaki itu diam. “Aku tanya kau ni, jawablah! Pandang muka aku! Nama kau apa?” Tengking Daim. Hana memejamkan mata. Macam manalah Daim boleh jumpa kek tu? Dahi diurut perlahan. Nasib baiklah dah lewat petang. Takda orang kat lobi ni. 

“Daim, it’s just a cake. Okay?” Hana memaksa Daim berundur ke belakang. Walaupun riak muka Daim jelas menunjukkan betapa dia tak puas hati dengan tindakan gadis itu, tapi dia cuba kawal diri. Tak nak buat kecoh.

Hana memandang lelaki yang menghadiahkan dia kek. “Sori awak. Ni nama awak apa?” Tanya Hana lembut. “Nadim.” Balas lelaki itu. Hana menarik senyum. “Nadim. Terima kasih sangat bagi saya kek ni. Saya memang suka kek, tapi saya tak boleh terima kek awak ni. Sebab saya tak mampu bagi awak apa yang awak nak. Hm?” Penuh kesantunan, Hana bertutur, cuba memujuk hati Nadim. Kek dihulurkan kepada lelaki itu.

Nadim diam untuk beberapa lama. Hana menanti penuh sabar. Sesekali dia memandang Daim sambil menjungkit sebelah kening. Daim memeluk tubuh sambil menjungkit bahu. Tak pasti apa yang bakal dikatakan oleh Nadim.

“Nadim?” Panggil Hana. 

Nadim mendongak. Matanya bertakung. Allah. Hana menggigit bibir. “Cik Hana, walaupun Cik Hana tak mampu balas cinta saya, saya harap Cik Hana terima la kek ni. Saya tak tidur malam buat kek ni untuk Cik Hana.” Kek  itu dikembalikan kepada Hana. 

“Takda siapa pun suruh kau buat kek tu.” Sindir Daim. Hana mengerutkan muka, menyuruh Daim diam. Suka betul provoke orang. Hana kembali memandang Nadim.  “Saya doakan Cik Hana bahagia bersama pilihan hati Cik Hana.” Tambah Nadim lagi dengan suara yang tersekat-sekat.

Hana tersenyum. “Insya Allah.”

Nadim angguk sebelum melangkah pergi. “Bak sini kek tu.” Daim menghulurkan tangan. Hana melarikan kek tu jauh dari tangan Daim. “Awak nak buat apa? Dia bagi saya, bukan bagi awak.” Bentak Hana. 

Daim menjungkit bahu. “Whatever. Like I care.” Dan serentak itu tangannya menolak alas kek itu sehingga kek berbentuk hati itu terjatuh dan berkecai di atas lantai.

Mulut Hana terlopong. Tak sangka Daim sanggup buat macam tu. “Ops, sori, tak perasan.” Ujar Daim dengan nada tak bersalah. Hana betul-betul speechless. Terbayang di kepalanya bagaimana Nadim berusaha dan penuh semangat buat kek ni. Sampai tak tidur pulak tu. 

Hana tunduk dan mengemas sisa-sisa kek yang bersepah atas lantai. Kesian Nadim. Dahlah kena reject, kek hancur pulak tu. Alahai. Daim menoleh. Terus lemah dada bila tengok gadis kesayangannya tengah mencangkung sambil membersihkan sisa kek atas lantai.

Dia berjalan menghampiri Hana sebelum mencangkung di hadapan gadis itu. “Hana, apa kau buat ni?” Tanya Daim lembut. Hana memandangnya, menjeling tajam dan kembali menala pandangan pada kek. 

“Okey, okey aku mintak maaf. Nanti aku belikan kau kek he? Jangan marah.” Pujuk Daim. Hana masih diam membatu. “Hana, please say something. You’re killing me here. Janganlah marah. Aku risau je. Kot-kot dia bubuh racun tikus ke apa dalam kek tu.” Daim cuba terangkan sebab dia buat macam tu.

Hana menggigit bibir. “Daim, dia suka kat saya kot. Buat apa dia nak racunkan orang dia suka?” Besar biji mata Hana marah lelaki itu. Daim tersenyum. Cakap pun. “Okay okay. Maybe dia tak bubuh racun tikus. Tapi mana la tahu dia garu bontot dia ke sebelum buat kek. Terlupa nak basuh tangan. Ha, mana kau tahu kan?” Ujar Daim bersungguh-sungguh.

“Awak ni gila awak tahu tak?” Hana menggeleng kepala. Merepek nombor satu. “Memanglah. Gilakan kau.” Bisik Daim. Hana menjeling lagi. Cuma kali ni jelingannya tak segarang tadi. 

“Hana.” Panggil Daim. “Hm.” Sahut gadis itu. Khusyuk betul kemas kek.

“Hanaaaa.” Panggil Daim lagi. Hana menjulingkan mata. Mengada betul.

“Ap—” 

Secalit krim kek terlukis di hidungnya. Hana ternganga. Daim ketawa mengekeh sambil bangun dan menjarakkan diri dari gadis itu. “Daim!” Hana capai segenggam sisa kek dan terus mengejar Daim. Berlari lintang-pukang lelaki itu. Sepuluh saat kemudian, kepala Daim habis disaluti kek strawberi. 

Hana tak boleh nak berhenti ketawa. Lawak gila kot muka Daim. Selama ni punyalah dia berpakaian smart 24 jam. Ni kali pertama dapat tengok Daim dalam keadaan selekeh dan selebet. Tapi walaupun muka dan kepala dia penuh dengan kek, he still looks so damn gorgeous. Hai, kalau dah sayang, semua pun nampak elok.

“Bila kau nak berhenti gelak ni?” Daim memandang Hana yang duduk bersila di sebelahnya di tepi jalan. “Kalau awak jadi saya pun awak tak boleh berhenti gelak. Pffft.. Hahaha.” Hana ketawa lagi bila melihat lelaki di sebelahnya itu. Habis satu badan penuh dengan kek. Daim berdesis geram. Diambil sisa kek di rambutnya dan disapu ke pipi gadis itu. Terus terdiam Hana.

“Akhirnya, diam pun.” Ujar Daim selamba. Hana kat sebelah dah berasap je kepala. “Daim, awak ni kan....” Hana tak jadi sambung bila Daim bangun dan terus pergi meninggalkan dia terpingga-pingga.

“Daim!” Jerit Hana. 

Lelaki itu melambai tanpa menoleh menuju ke keretanya. “Jumpa esok.”


“Oi, lamanya termenung!” Sergah Alex. Hana terlompat atas kerusi. Sudunya terpelanting entah ke mana. Alex ketawa kecil. “Teringatkan fiancè ke?” Perli lelaki Cina tu. Hana mencebik. “Tak sangkakan akhirnya kau end up dengan mamat paling kau benci. Aku ingat lagi masa kau mengadu kat aku pasal dia, si ungka. Siap offer nak kasi dia kat aku kan?” Alex bercerita. 

Hana tergelak kecil. Indahnya takdir Tuhan. Tak pernah terfikir pun yang dia dan Daim akan bersatu. Iyalah, punyalah dia menyampah kat si Daim tu dulu. Beberapa bulan lepas tu, masing-masing jatuh angau. Terbaiklah.

“So kau nak aku jadi apa masa wedding kau nanti?” Alex offer diri. Bagus! Hana tersenyum lebar. “Wedding aku nanti insya Allah kecik je. Nikah je kan. Tak banyak benda nak buatlah. Orang yang kitaorang jemput pun tak seramai mana. So..” Hana memandang Alex.

“So.. kau nak aku buatkan larva niche untuk guests. Kan?” Alex memeluk tubuh. Hana menepuk tangan. “Kau memang ohsem Lex. Gua tabik!” Hana buat gaya tabik hormat. Alex ketawa. “Lex.” Panggil Hana. Lelaki itu menjungkit kening. “Ya Tuan puteri? Kenapa?” Alex buat gaya ala seorang hulubalang.

Hana tersenyum. “Kenapa Na? Apa yang mengganggu fikiran kawan aku ni?” Alex menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Hana di kaunter. “Alex, normal ke bila dua orang nak orang kahwin tapi saling tak kenal antara satu sama lain?” Hana bertanya.

Alex mengetuk-ngetuk meja kaunter. “Bukan ke dalam Islam, cinta lepas kahwin lagi bagus? Lepas kahwin, baru saling berkenalan, dating semua kan?” Alex bertanya balik. Hana tersengih. Ha kan dah kena setepek. Si apek ni jugak yang tazkirahkan aku pasal agama.

“Lex masuk jela Islam cepat Lex. Tak sabar aku nak dapat sedara ni.” Ujar Hana ikhlas. Lelaki berbangsa Cina itu hanya tersenyum manis. “Okay, betul la tu apa kau cakap tu. Takda Lex, aku dengan Daim, kitaorang bukannya together like a couple. No we were not. Kitaorang macam, kawan tapi kawan yang.. yang..” Hana sendiri tak tahu nak describe hubungan dia dengan Daim macam mana.

Ya, betul hati dia dah dicuri lelaki itu. Dan, Daim pun ada perasaan yang sama kat Hana. Tapi dia dan Daim tak pernah pun dating. Makan berdua pernahlah tapi itu bukan dating. Itu lebih kepada makan bersama kawan. Tak pernah berpegangan tangan, dan Daim pun sangat menghormati Hana. 

“Korang ni kawan yang saling suka sama suka. So jalan terbaik, kahwin. Betul la tu apa korang buat. So nak risau apa lagi?” Alex mendepakan tangan. Dia tak faham mana konfliknya di situ.

Hana menggaru kepala. Susahnya nak explain. “Masalahnya Lex, Daim tu macam Larva Niche ni. Misteri kau tahu tak. Aku tak tahu menatang apa kau bubuh dalam Larva Niche ni tapi aku still nak makan. Tapi dalam masa yang sama, aku nak tahu, apa benda aku makan ni? Aku tahu dia ais krim tapi aku tak tahu apa yang buat dia ais krim. Kau faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni?” Gadis itu menepuk meja kaunter. 

Alex terangguk-angguk. “Faham, faham. Sebenarnya aku pun rasa si Daim tu misteri orangnya. Macam banyak rahsia je dia ada kan. Aku rasa macam ni la, kau jumpa Daim, talk to him. Ask him nicely, bercerita, borak-borak, tapi jangan obvious sangat. Nanti dia fikir kau ni apa pulakkan? Ala benda kecik je tu. Aku yakin, apa pun misteri di sebalik Daim, he’s a nice guy. Dia baik dan dia pun sayang kau. Aku yakin Na!” Balas Alex sungguh-sungguh. 

Hana tergelak kecil. Lega sikit dengar pandangan si apek ni. “Aku pun yakin dia baik.” Hana tersenyum. “See? So janganlah risau la beb.” Alex mengambil mangkuk Larva Niche yang dah habis dan ditambah lagi beberapa skup.

“Lex kau ni nak diebetikkan aku ke?” Hana merehatkan dagunya atas meja kaunter. Alex ketawa besar. “Surrender dah?” Tanya lelaki itu. “Air masak, bak sini air masak.” Wajah dibenam ke meja. 

“Hai, Hana, Hana. Dari dulu sampai sekarang, macam ni la perangai kau.” Alex ketawa lagi. Segelas air masak dihulur pada gadis itu. “Anyways, thanks bro. Kau la sahabat sejati intan kerusi meja aku.” Ucap Hana ikhlas. Alex mengangguk terharu sambil kedua tangannya dirapatkan ke dada.

“Kau pun, sahabat sejati tuala good morning aku.” Balas Alex.

“Nate de coco betul.” Hana ketawa.

Alex tersenyum senang. Hana, kawan macam kau, tiada ganti.

-

Daim menghempas telefonnya ke atas meja. Banyak kali dia cuba menelefon otousan, tapi orang tua tu tak angkat-angkat telefon. Sibuk barangkali dengan mesyuarat. Mesej tak dibalas, email pun tiada respon. Daim mengurut dahi. Sungguh dia kusut bila memikirkan soal kewujudan insan bernama adik. Daim mahukan kepastian dari mulut ayahnya sendiri. Tapi time time ni la otousan takda. Dah seminggu lebih ayahnya itu berada di Jerman. Beberapa hari sebelum dia bernikah dengan Hana, baru ayahnya akan kembali ke Malaysia. Perfect.

Jam yang membelit pergelangan tangannya dipandang sekilas. Lagi dua minggu saja lagi dia akan jadi milik Hana, dan gadis itu akan menjadi hak mutlaknya. Tanpa dia sedar, bibirnya mengukir senyum. 

Kepala disandar pada head rest. Sambil memejamkan mata, Daim membayangkan wajah lembut gadis itu. Mata beningnya. Bibir mungilnya. Jelingannya. Senyumannya. Suaranya. Gelak tawanya. Semuanya sempurna di mata Daim. Teringat kali pertama mereka bertemu. 

Di KLiA. 

Hana berhijab merah jambu sambil memegang keratan akhbar, dengan tulisan terbalik dia, terjengah-jengah mencari kelibat dua orang penting syarikat Samurai Group. 

Ketika itu, tak pernah terdetik di hatinya yang satu hari nanti gadis ini yang akan menemani mimpinya di malam hari. Sedikit pun tak terlintas di fikirannya bahawa satu hari nanti, gadis lincah itu akan memenuhi segenap ruang hati ini. Hebatnya perancangan Tuhan. 

Kalau dulu ada orang tanya nak tak kahwin dengan Hana, sure dia akan jawab sambil menengking marah, ‘Kau gila ke apa?’ Macam mustahil je benda tu nak berlaku. Yelah, masing-masing saling membenci. Asal jumpa je rasa macam nak flying kick masing-masing. Tapi sekarang, kalau ada orang tanya soalan yang sama, Daim akan jawab,

 ‘Kau gila ke tak nak?’ 

Daim tersenyum lagi. Ah rindu la pulak kat minah mentel tu. Telefon yang terhempas ke bucu meja diambil. Nombor gadis itu didail. Tak sampai tiga saat talian dijawab. Suara ceria Hana memberi salam.

“Buat apa?” Tanya Daim selepas menjawab salam. Rasa melambung-lambung energi bila dengar suara gadis itu. Betul la minah ni vitamin aku. Boleh panjang umur kalau dapat sehidup semati dengan perempuan ni. 

Deru nafas gadis itu tak keruan. Aik berjogging ke apa? “Baru lepas balik dari Chemtech. Ada meeting kat sana. Lif tadi ramai orang, saya naik guna tangga. Ni yang termengah ni.” Balas Hana masih kedengaran tak cukup nafas.  Dengar saja satu perkataan tu Diam dah rasa tak best. Chemtech. Terbayang muka dingin Akid. Argh.

“Apasal meeting kat sana pulak? Kenapa tak meeting kat sini je?” Suara lembutnya bertukar kasar. Hana diam untuk beberapa saat sebelum balas. “Sebab saya kena brief kat saintis diaorang pasal projek kita ni. Saya tak pergi seorang pun. Ramai pergi. Budin pun pergi.” Jawapannya sedikit sebanyak memberi kelegaan pada lelaki itu. 

Daim terangguk-angguk. “So siapa hantar kau balik?” Walaupun fikirannya cuba menghalang mulutnya daripada bertanya soalan tu, tapi tak berdaya. Belum sempat dia nak fikir, mulut dia dah tanya. 

Gadis itu menarik nafas dalam-dalam. Apabila tiada jawapan, Daim bertanya lagi. “Hana, siapa hantar balik tadi?” Tona suaranya cuba dikawal sebaik mungkin. Hana melepaskan satu keluhan. 

“Akid.” Balas Hana perlahan.

Daim menggetip gigi. Meluap-luap rasa marah di dada. “Hana, berapa kali aku nak cakap. Aku tak suka kau jumpa dia, apatah lagi berdua-duaan dengan dia!” Suaranya mula meninggi. 

“Saya tak berdua-duaan dengan dia. Budin dengan Nani ada sekali dalam kereta.” Ujar Hana mempertahankan diri. Daim mengeluh. “Hana, bila kita dah nikah nanti, kau tahukan apa hak aku?” Tanya Daim setelah agak lama dia berdiam diri.

“Hm.” Balas Hana. Dapat dibayangkan wajah gadis itu. Monyok sambil tunduk pandang sneaker dia tu. “Kau tahu kau kena patuh semua cakap aku selagi apa yang aku suruh tu tak melanggar syariat Islam, betul tak?” Daim bertanya lagi. Suaranya tidak sekasar tadi, tapi masih dingin di telinga Hana.

Gadis itu jawab pendek, “Betul.” 

“Kau tahu apa aku akan suruh kau buat bila kita dah nikah nanti?” Duga Daim. “Jangan jumpa Akid lagi.” Balas gadis itu mendatar. “Kau akan jumpa dia lagi ke tak?” Sekali lagi dia menduga hati Hana. Gadis itu tidak memberi sebarang jawapan.

“Hana, do you hear me?” Suara Daim berubah lembut.

“He’s my friend Daim. Since we were kids. He was there for me, every single time. Takkan awak nak saya buang friendship dekat 15 tahun macam tu je?” Suara gadis itu kedengaran serak. Daim menggigit bibir. Kejam sangat ke aku? Satu keluhan berat dilepaskannya.

“Takpalah Daim. Lain kali jelah kita cakap pasal benda ni. Okey he, saya ada banyak kerja ni. Bye.” Talian terus dimatikan. Daim tak terkata. Dipandang telefonnya lama. Kecil hati ke? Hana kalau marah, dia sound direct. Takdanya dia letak telefon abruptly macam tu je. Tapi ni.. Ah sudah. Masak nak pujuk ni. Bodohnya aku ni Ya Allah! Cemburu punya pasal, habuk tak reti nak fikir. Daim memukul kepalanya dengan telefon. Nak menyesal pun tak guna. Benda dah jadi.

-

Jam menunjukkan pukul 9 malam. Hana masih memakai kot putihnya sambil matanya tak berkelip memandang skrin komputer. Tangannya ligat menekan-nekan mouse dan papan kunci, memasukkan data dan membetulkan kesalahan minor yang ada. Walaupun Mat Tampoi tu tak habis-habis nak melobi cinta tak kesampaian dia, tapi bila diberikan kerja, insya Allah takda masalah. Cuma ketepatan masa saja la masalah dia. Data yang diterima melalui email daripada Mat Tampoi disemak sekali lagi sebelum memasukkan data baru.

Sesekali Hana mengurut lehernya dan melakukan senaman ringan. Nak meregangkan otot-otot yang dah berkerja keras saat dia asyik menghadap komputer.

Tiba-tiba pintu makmal terbuka. Hana menoleh. Tiada siapa. Macam mana boleh terbuka kalau takda siapa. Tak kelakar kot buat lawak kacang malam-malam buta ni. Hana bangun dan melangkah menuju ke pintu. Ada dua buah kotak bercorak polka dot saling bertindih di atas lantai. Hana menjenguk ke luar. Sepi. Tiada orang pun. Hana menjungkit bahu. Diambil dua buah kotak itu dan dibawa ke mejanya.

Dua-dua kotak terdapat post-it note di atasnya. Hana mencabut post-it note yang tertampal di atas kotak berwarna oren. 

For your body.

Body? Hana mengerutkan dahi. Dibuka kotak berwarna oren itu. Dua keping coklat Snikers berbalut riben di dalamnya. Hana mengoyak senyum lebar. Energy booster rupanya. Siap bagi dua keping lagi. Memang nak kasi aku gemuk ni. Diambil pula kotak yang kedua, yang berwarna merah. Post-it note yang tertampal di atasnya dicabut.

For your heart.

Hatinya tiba-tiba berdebar-debar kencang. Dalam perut terasa macam ada rama-rama terbang. Rasa ingin tahu membuak-buak. Perlahan-lahan tangannya membuka kotak berwarna merah itu. Tawa kecil terlepas dari bibir munggilnya saat melihat isi di dalamnya. 

“Daim.” Kepala digeleng senang.

 Hana mengambil satu daripada puluhan coklat Daim dari dalam kotak itu sebelum menyuapnya ke dalam mulut. Saat coklat itu disuapkan ke dalam mulut, serta-merta kemanisan coklat koko memenuhi segenap ruang mulut, menguasai deria rasanya. Rasa tidak sabar mula menjalar di dada, menanti masa yang sesuai. Hana memejamkan mata. Inilah masanya. Dia terasa seperti sedang terbang ke angkasa apabila karamel di dalam coklat itu mula mencair dan memberi satu kenikmatan yang tak mampu diungkapkan.

Masya Allah. Indahnya perasaan ni. Ya, inilah perasaan yang sama Hana rasa ketika bersama dengan lelaki bernama Daim itu. Perasaan makan coklat Daim. Kebetulan ataupun takdir?

Takdir. Hana tersenyum yakin. 

Dipangku kotak merah itu sambil matanya kembali ditala pada skrin komputer. Bibirnya masih mekar dengan senyuman. Dapat dibayangkan lelaki itu pergi ke supermarket dan keluar dari situ dengan beg plastik penuh dengan coklat. Alahai...

-

Akhirnya siap jugak dia mengemaskinikan data. Hana mengeliat. Kedengaran bunyi tulang berdetuk. Sedar tak sedar, pukul sepuluh dah. Mesti Jannah dan Maya risau gila ni. Hana mengemas meja yang bersepah dengan kertas dan fail-fail. Dia menyusun segala macam benda yang ada di atas meja tu sebelum matanya menangkap sesuatu yang melekat pada belakang penutup kotak berwarna merah. 

“Apa ni?” Hana membaca dua bait yang tertulis di situ.

I’m sorry...

Gadis itu tersenyum panjang. Diambil kedua kotak itu dan dibawa keluar bersamanya. Sebaik saja kakinya melangkah keluar dari pintu makmal, satu suara menegur. 

“Dah habis dah?” 

Hana memegang dada. Ya Allah, tak kelakar kot tegur orang tak bagi salam. Kepalanya dipusing. Daim sedang menyandar pada dinding sambil tangannya menyeluk poket seluar. Gaya bangsawan habis. Hana menarik nafas lega.

“Awak tak balik lagi?” Hana bertanya pelik. Dipandang lelaki itu atas bawah. 

Daim menggeleng kepala. “Balik naik apa?” Tanya Daim pula. Matanya mencerun pada dua buah kotak yang dikepit gadis itu di celah lengan. Hujung bibirnya mula mengukir senyum. 

“Motorlah.” Balas gadis itu pendek. Daim menggeleng. “Aku hantar kau balik. Esok pagi aku jemput kau, so esok kau boleh balik naik motor cabuk kau tu. Dah malam Hana, I can’t take a no from you.” Ujar Daim. 

“Okay.” Hana angguk. Lelaki itu menjungkit sebelah kening. Aik? Macam pelik je dia jawab laju macam tu. Takda bangkang, takda protes. Ajaib. “Really?” Tanya Daim pelik sambil tangannya mula memeluk tubuh. Gadis itu angguk lagi. “Yelah. Dah malam kan? Saya pun risau jugak bawak motor malam-malam ni.”

Ha baru tahu risau. Selama ni kau naik motor bawak macam orang gila, tak risau pulak? Daim memandang gadis itu. “Oh. Okay then. Ladies first.” Sambil tersenyum, Daim mempersilakan gadis itu jalan. Setibanya di kereta, Daim membukakan pintu kereta, ala-ala lelaki sejati. Mak datuk. Hana jatuh rahang. Ni apa kena ni tiba-tiba mesra alam sopan santun mother father gentleman bagai ni? 

“What?” Daim menjungkit bahu. Muka tak bersalah habis.

“Bagi coklat, tunggu sampai saya habis kerja, offer hantar balik, bukakan pintu kereta. Awak sakit ke apa ni? Ke terlanggar batu tadi lepas tu terhantuk mana-mana sampai ada dwi personaliti?” Hana mengerling kotak-kotak yang dikepitnya sebelum menayang dua jari ke arah lelaki itu. Daim menggigit bibir. Tak terkata.

Hana ketawa besar. “Ya, ya saya faham. Walaupun awak tak mampu nak cakap face-to-face dengan saya, sekadar tulis atas kertas kuning lepas tu tampal kat penutup kotak, saya faham. Daim, dengan ini, saya Hana maafkan awak. Dah jom balik.” 

Daim menjulingkan mata sambil berdengus. Senyuman sinis ditampal di bibir. Hana membulatkan mata. “Nak saya tarik balik ke kemaafan saya?” Hana memeluk tubuh, mengugut. Lelaki itu berdesis. “Fine! Jangan tarik!” Daim memaksa segaris senyuman manis. Hana tergelak kecil sambil masuk ke dalam kereta. 

“That’s my boy.” Ucap gadis itu riang.

 Daim menarik senyum nipis. Betul la kata orang, hati perempuan macam kerak nasi. Rendam dalam air dua tiga minit, lembutlah dia. 

Sepanjang perjalanan, mereka berdua tak berhenti makan coklat Daim dan coklat Snikers sambil bermain permainan mereka ayat daripada huruf pada plat kereta orang lain. 

“Ha tu Wira hitam tu. WKJ. Hmm.. Weh Kaki Jamban.” 

Daim memandang gadis itu sebelum ketawa besar. “Bengong punya perempuan!” Ditunjal sedikit kepala gadis itu. Hana sempat mengelak sambil menjeling sebelum sama-sama ketawa. “Betul apa. Your turn. Tu susah. KZT. Cepat-cepat.” Hana siap time masa Daim.

Lelaki itu berdesis geram. Sambil mengetuk stereng, kepalanya ligat memikirkan ayat yang sesuai untuk KZT. “Ha! Kepala Zhuichi Terencat.” Balas Daim penuh confident. Hana menarik kerut. Punyalah banyak benda kau boleh cakap, Shuichi jugak dia nak sebut. KZT. Kaki Zibra Tiga ke, Kenapa Zip Terbuka ke. Ha banyak boleh buat. Dahlah eja Shuichi pun salah. Apadaa.

“Shuichi huruf S la. Bukan Z. Ah salah salah. Penalti!” Hana menarik keluar kad membership kedai buku POPULAR yang berwarna merah dan menayangkannya pada Daim ala-ala pengadil bola sepak. Lelaki itu menjulingkan mata. Tak sanggup nak melayan tahap kematangan Hana.

Gadis itu mengulangi gaya melayang kad merah, saja nak sakitkan hati Daim. “Would you stop it? Hei, Z and S are the same in Japanese. Kalau kat Jepun, orang panggil Shuichi, Zhuichi tau. Bukan Shuichi.” Daim mencuri pandang gadis itu. Hana dilihatnya sedang berfikir, cuba nak digest kelogikan di sebalik kata-katanya itu barangkali. Daim menahan gelak. Serius minah ni blur. 

“Yeke?” Tanya gadis itu. Daim angguk laju. “Iya. Aku kan half Jepun. Aku tahulah.” Balas Daim sambil memasang wajah serius. Walhal dalam hati, macam nak gila tahan gelak. Alahai Hana. Macam tu je kau kena kelentong dengan aku.

“Okay fine. Penalti ditarik balik. Ha turn awak pilih pulak.” Hana mencemikkan mukanya. Baru nak buli mamat ni. “Ha Ducati hijau tu. AX. Sila selesaikan lima saat dari sekarang. Lima.. Empat..” Daim mula buat count down. 

Hana di sebelah dah terpinga-pinga. Perkataan apa mula dengan huruf X ya? X-ray?  Xavier? X kekasih. Kepala kau Hana. Itu ex. Hailaaa. Apa he apa he? Kepala digaru-garu. Daim mengetip bibir menahan tawa. Naik merah wajahnya melihat Hana yang gigih mencari perkataan.

“Tiga.. Dua..” Daim saja menambah cemas.

Hana mengigit bibir. “Dua setengah..Dua suku..S-Sa—”

“Aku X-man!” Jerit Hana di saat akhir. Daim memandangnya sekilas sambil tampal muka bosan. “Really? Preeetttt! Red card! Penalti!” Kad merah di tangan Hana dirampas dan ditayang depan muka gadis itu. Hana tersandar pada head rest. Mangkuk tempayan Pororo betul la. 

“Apa penalti?” Hana memandang Daim yang sedang memandu. Lelaki itu memandangnya sekilas. “Nampak bulan tu?” Tanya Daim sambil menghalakan pandangannya ke atas. Hana mengikut sebelum mengangguk.

“Nampak.”

Daim menarik senyum misteri. “Ha sekarang bukak tingkap, lepas tu beritahu bulan, dia nampak hensem sangat malam ni. Tapi tak sehensem Daim.” 

Hana mengigit bibir bawah. Okey, aku benci si ungka ni. “Sekarang. Kalau tak.. Tu nampak tiang lampu tu. Ha pilih, nak cakap kat bulan ke nak cium tiang lampu tu. You make the call.” Ugut lelaki itu. Hana dah rasa macam nak menangis. Ha kenapalah lelaki sekeliling aku suka paksa aku buat benda bodoh! Alex, mamat ungka ni. Wargh!

“Lima.. Empat..” Daim mula mengira. “Nak buatlah ni!” Herdik Hana geram. Stress betul la. Menyesal aku start game ni. Perlahan dia turunkan tingkap dan mengeluarkan sedikit kepalanya.

“Hana, tak payah la sampai kena keluar kepala. Jengah sikit sudah. Mata straight pandang bulan. Muka kena ikhlas. Suara kasi kuat, terang dan jelas. Kalau salah kena buat lagi sekali.” Daim dengan baik hatinya menjelaskan peraturan penalti. Lagi membara hati Hana.

Dipancarkan death glare kepada lelaki itu. Daim buat-buat tak nampak. “Tiga.. Dua.. Dua setengah...” Daim menyambung count down yang tergendala tadi. Hana berdengus. Dia kembali melempar pandangan ke dada langit, mencari sang purnama. Ha tu pun dia.

“Oh bulan, kau hensem malam ni. Tapi Daim lagi hensem dari kau.” 

Daim memandang Hana yang sedang merenungnya, menanti kelulusan. “NG. Muka tak ikhlas. Kau tertinggal perkataan ‘sangat’. Suara kau mendatar. Takda emosi. Paling penting, kau cakap dengan bulan ke dengan abang bawak Honda tadi tu ha?” Panjang lebar Daim beri komen. Hana menjulingkan mata.

“Daim, kita ni tengah kelas sketsa ke apa ni?” Sindir gadis itu baik punya. 

“Whatever. Again. We can do this all night you know.” Ujar Daim, tak nak kalah sinisnya. Hana memukul-mukul dash board sebagai tanda protes. “Memang dash board tu diciptakan untuk kau jahanmkan pun.” Perli Daim takda nak sinis lagi. Gadis itu menghempas tubuh ke kerusi. “Hana, fokus. Cakap kat bulan sekarang.” Jari telunjuk ditala ke arah langit. Kereta sudah diparkir di tepi jalan. Hana menjulingkan mata. Sanggup tu berhentikan kereta semata-mata nak tengok bakat lakonan aku. 

Hana menarik nafas dalam-dalam. “Oh sang bulan purnama, dikau gigih menerangi gelap dengan cahayamu lantas membuatkan mu kelihatan hensem sangat malam ni. Namun ianya tidak mampu menyaingi kehenseman Daim di sisiku ini.” Ucap Hana siap dengan add-lip lagi sambil tangannya yang tadi cuba menggapai bulan yang tergantung di dada langit kini sudah dibawa rapat ke dadanya. 

Daim menggeleng perlahan. “Wow.” Hanya itu yang mampu diucapkannya. “Puas hati?” Hana berdehem sambil kembali menutup cermin kereta. Daim angguk laju. Smartphone masih ditala ke arah Hana, merakam aksi gadis itu.

 “That was awesome. Cuma... Kenapa kau pergi tambah perkataan? Buat balik.” Selamba je mamat ni suruh aku buat benda gila tu balik. Dahlah kau rakam tanpa izin, lepas tu sesedap oren je nak suruh aku buat lagi. Dada Hana dah turun naik. Rasa marah semakin meluap-luap.

“Relax. I’m just joking.” Daim menyimpan telefonnya sebelum kembali memandu sambil tergelak kecil. Kepalanya digeleng beberapa kali. “Hana, Hana..” Bibirnya menyeru satu nama itu. “Apa dia?” Sahut Hana. Daim mengerlingnya. “Kau tahu apa aku rasa masa aku jumpa kau kali pertama? What I thought about you?” Tanya lelaki itu.

Hana menggeleng. “Apa awak rasa?” 

“Rasa macam nak sepak terajang je mulut bijak kau tu. Asyik nak menjawab je kerja!” Balas Daim dengan intonasi suara yang sedikit tinggi. “Siapa suruh awak tu annoying sangat?” Hana memeluk tubuh. Baru nak perasan. Ingatkan dia nak cakap benda sweet muwit, sekali berdas-das peluru dia sembur kat aku. Stokin busuk betul.

Daim memandangnya sekilas sebelum menyambung, “I wished I wouldn’t see you again but God knows better, kau jadi ‘baby sitter’ aku. Aku tak tahu kenapa tapi aku suka buat darah kau naik. Aku suka tengok muka kau jadi merah, telinga kau macam keluar asap.” Kedua tangannya dirapatkan ke telinga kemudian dijarakkan, membuat gaya seolah asap keluar dari situ.

Mata Hana bulat memandang Daim. “Mana ada!” 

 “Ada. Dengan mulut kau tak henti membebel tu lagi. Aku suka argue dengan kau. Kau pandai melawan. Your stubborness, your choice of vocabulary and your actions when you’re angry, bloody amazing. They were suppose to make me hate you, but instead, it was the opposite.” Tambah Daim. Riak wajahnya gembira. 

Hana terasa macam nak luruh hati, hempedu, buah pinggang bagai bila Daim menoleh, merenungnya untuk beberapa detik. “Tak sangka, orang yang aku ingatkan racun sebenarnya vitamin hidup aku.” 

Daim melempar segaris senyuman penuh keikhlasan sebelum kembali menala pandangan ke jalan. Hana speechless. Lelaki ni penuh dengan kejutan. Mulut dia boleh jadi setajam pisau, boleh jugak jadi semanis kurma. Mahu goyah iman ni kalau dilayankan sangat perasaan. Hana beristighfar. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

“Terharu ke dengar pengakuan jujur aku?” Tanya Daim bila gadis itu tak memberi apa-apa respon. “Hmm.. Sikit.” Balas Hana sedikit malu-malu sambil mencuri pandang lelaki itu. Tapi bila matanya bertembung dengan mata Daim, terus dilarikan pandangan matanya pada butang radio. Jarinya terkial-kial menekan butang, mencari frekuensi.

Daim tak mampu nak sembunyikan senyumannya. Ya Allah, indahnya perasaan ni. “Ha lupa pulak beritahu. By the way Daim, starting lusa sampai  Selasa depan saya outstation.” Beritahu gadis itu tiba-tiba.

“Outstation? Kat mana?” Tanya Daim.

“Hong Kong. Ada conference sekali.” Jawab Hana tenang. Tangannya masih ligat mencari frekuensi yang masih tak dijumpainya. “Uih jauhnya. Lama pulak tu. Kau pergi sorang je ke?” Daim dah mengira bilangan hari dia tak akan bertemu dengan gadis itu. Lima hari. Allah.. Sehari tak jumpa dia pun dah macam nak sasau rasa, inikan pulak lima hari. Daim mengeluh.

Hana menjungkit sebelah kening. Aku belum beritahu dengan siapa aku pergi dia dah mengeluh. Macam tahu tahu je dia ni. “Hmm tak... dengan Akid.” Ujar Hana perlahan. Dalam hati dah prepare segala macam benda yang bakal terjadi. Yelah, isu sensitif kot. Hana menelan air liur. Tak sampai setengah saat dia habis berkata-kata, pedal brek ditekan kasar. 

Tubuh Hana terdorong ke depan. Nasib baiklah dah jadi satu kebiasaan bagi aku untuk pakai seat belt setiap kali masuk kereta. Kalau tak, memang dah lama aku cium dash board ni. Hana memandang sekeliling. Nasib baik la dah sampai kat kawasan perumahannya. Tak ada kereta lalu-lalang. Hana menala pandangan pada insan di sebelahnya.

“Apa dia?” 

Muka bengis Daim dah cukup beritahu Hana betapa marahnya lelaki itu ketika ni. Hana menghulurkan kotak berisi coklat Daim kepada lelaki itu. “Good for your heart.” Hana memaksa segaris sengihan tapi dapat dirasakan betapa buruknya sengihan dia tu.

Daim mengambil kotak berwarna merah itu dan diletakkan di atas dash board. “Hana what the hell? Seminggu dengan jantan tu? No. Not a chance.” Kepala digeleng beberapa kali. Hana memandang dada Daim yang dah turun naik. Wajah putih lelaki itu berubah kemerahan. Okay, suhu dia tengah naik mendadak ni. Hana menelan air liur. Alamak kenapalah mulut aku ni gatal sangat beritahu time macam ni? Punyalah mamat tu tengah mood romantika, kau spoil semua macam tu je Hana oi! Takda otak ke? Hana mengutuk diri sendiri. 

“Outstation Daim. Bukan holiday. Saya wakil Samurai Group. Akid wakil Chemtech. Purely business. Nothing more. Okay?” Pujuk Hana lembut. Rasa menyesal dah menggunung. Daim tersandar pada kerusi. Kedua tangannya mengesat mata dan serata wajah. “Aku tak percaya dia Hana.” Ujar Daim perlahan.

Hana mengoyak senyum nipis. “Tapi awak percaya saya kan?” 

Daim memandang Hana lama. “Kau masih sayang dia?” 

“Sayang.” Balas Hana selamba. Diam menggigit bibir. “Ha pergilah kahwin dengan dia!” Tengking Daim sebelum keluar dari kereta. Daun pintu dihempas kasar sampai terjungkit bahu gadis itu. Hana tercengang. 

Apa kena dengan mulut aku ni? Ya Allah.. Bodohnya kau ni Na! Masa ni jugaklah kau nak buang lawak kacang kau tu kan. Ish! Hana menepuk-nepuk kepala sendiri. Menyesal dah bergunung-ganang.

-

Hana berjalan menghampiri Daim yang sedang duduk di tengah-tengah gelenggang bola keranjang. Dihulur sebungkus coklat Daim kepada lelaki itu sambil mengambil tempat di sebelahnya.

Daim ambil coklat itu tanpa berkata apa-apa. “I’m sorry. That was not funny at all.” Akui Hana. Lelaki itu sekadar menarik senyum separuh. “Do you still love him?” Daim memandang gadis itu.

“As a friend, yes. More than a friend, absolutely no.” Tegas Hana. Pandangan lelaki itu mencerun ke dasar matanya lama. “Sebesar kuman pun tak?” Daim mahukan kepastian. “Besar cucu kuman pun tak. Besar atom pun tak.” Angguk Hana sambil merapatkan jari telunjuk dan ibu jarinya.

Senyuman Daim kian melebar. “Okey.” 

Hana memusingkan tubuhnya duduk berhadapan dengan lelaki itu. “Apa yang okey?” Tanya dia. Daim diam untuk beberapa saat sebelum jawab, “Okey kalau kau kalahkan aku.” 

“Kalahkan awak?” Kening sebelah dijungkit. 

-

Lima minit kemudian, Hana terkapai-kapai cuba merampas bola keranjang daripada tangan Daim tapi seperti yang dijangka, lelaki itu terlalu laju. Sekelip mata dia dah ada depan jaring, lompat setinggi mungkin dan dengan penuh gaya, dia buat slam dunk. Hana mengurut muka. Sekarang dia dah lead 10-0. Kalau dia skor 30, dia menang. Kalau aku skor 5, aku menang. Nampak macam bias kat aku kan? Tak pun. Mamat ni sumpah hebat main bola keranjang. Dia memang gunakan ketinggian dia habis-habisan.

“Daim, macam ni ke awak main dengan perempuan? Kasilah chance.” Hana terbongkok mencekak lutut. Nafasnya tak teratur. Punyalah dah lama dia tak bersenam. Sekali bersenam, amek kau. Tak cukup nafas dibuatnya.

“Nah.” Sepantas kilat bola di tangan lelaki itu tercampak ke perutnya. Hana menggigit bibir. Wargh kenapalah aku setuju nak kahwin dengan mamat annoying ni? “Maseh!” Hana peluk bola tu sekuat hati dan berlari menuju ke jaring. Dan.. di sinilah ketinggiannya mula sabotaj. 

Daim melangkah biasa ke arahnya sambil tangan diseluk ke dalam kocek seluar. “Shootlah. Kau boleh.” Mungkin niat mamat ni nak beri semangat tapi suara mendatar macam tu, celah mananya nak bagi semangat. Tu menjatuhkan semangat namanya!

Hana menjeling kasar sebelum merapatkan dirinya pada jaring. “Satu.. Dua..” Bola dilempar dan.. “10-1. Nice shot!” Daim menepuk tangan sambil berlari ke hujung gelanggang dan menangkap bola yang baru saja jatuh menembusi jaring. Hana tersenyum puas.

“Ha cuba try rampas bola dari aku.” Daim menepuk-nepuk bola ke lantai, dribbling. Sesekali bola ditepuknya dibawa ke belakang betis kanan dan kembali ke depan. Kaki show off! Hana mengetip gigi. 

“Cepatlah rampas.” Gesa lelaki itu dengan nada bongkak. 

Hana cuba merampas tapi Daim segera memusingkan tubuhnya sekaligus menghalang gadis itu daripada memperoleh akses kepada bola itu. Hana menjerit geram. Daim berhenti dribble bola dan menoleh memandang gadis itu.

“C’mon. You can do it.” Daim mengenyitkan mata.

“Janganlah gigih sangat jaga bola tu Daim.” Pinta Hana, separuh merayu. “Yelah, yelah. Hm cepat cuba ambil bola ni.” Lelaki itu mula menepuk bola. Hana dah berada di depan Daim, memerhati setiap detik bola itu ditepuk ke lantai kemudian melantun ke tangan Daim semula. Dia cuba mencari peluang dan tiba-tiba bola itu terlepas dari tangan lelaki itu.

Hana memandang Daim. Riak kesal terpampang di wajah lelaki itu. Tanpa menunggu lama, Hana terus dapatkan bola itu dan baling ke arah jaring. “10-2~” Jerit Hana gembira. Daim membuat tanda bagus.

“Good job!” 

 -

“So... Awak bagi saya outstation dengan Akid?” 

Hana memandang Daim yang sedang menyandar pada keretanya. Jujur cakap, kalau bukan sebab Daim buat-buat terlepas bola, pura-pura terjatuh, konon-konon salah estimate jarak dengan gol, gerenti dia takkan dapat pegang bola. Let alone skor 5 jaringan. This guy....

Super sweet.

 “Kau 5, aku 25. Kau menang. So okey. Kau boleh pergi outstation dengan siapa-siapa kau nak.” Balas Daim tenang. Hana cuba membaca wajah lelaki itu tapi sungguh, Daim bijak mengawal riak wajahnya. Satu emosi pun dia tak tunjuk. Muka stone.

“Awak tak kisah walaupun saya outstation dekat seminggu before wedding kita?” Tanya Hana lagi. Daim memandangnya. “Kau gila aku tak kisah? Mestilah aku kisah. Aku risau macam nak gila ni. Tapi nak buat macam mana? Tanggungjawab kau kan. Aku ni PA je. Tak mampu nak ubah apa-apa.” Ujar lelaki itu. Hana tersenyum mendengar ayat terakhir tu. PA je. Tak mampu ubah apa-apa. Walaupun kau hanyalah seorang PA, tapi kau dah berjaya ubah hati aku yang selama ni tertutup rapat. 

“Oh ya. Daim, kita tak jumpa lagi parents awak. Bila awak nak kenalkan saya dengan diaorang?” Hana mula risau. Mana pernah dibuat orang. Pernikahan lagi dua minggu, tapi bakal ayah dan mak mertua tak pernah jumpa. Kerja gila!

Bibir Daim terbuka sedikit. “Ah..” Itu je bunyi yang keluar dari kerongkong dia. “Daim!” Panggil Hana geram. “Jangan risaulah. Diaorang bagi green light. Nanti lepas kau balik outstation, aku bawak kau jumpa diaorang. Don’t worry okay.” Pujuk Daim. Mamat ni konfiden ayam je. Kang nanti, aku jugak yang terkangkang kalau bakal mertua tak berkenan.

“Hei dahlah tu. Tak payah fikir. Kan aku dah cakap, mak ayah aku kenal kau. So jangan fikir-fikir lagi pasal ni okay. Pergi masuk dalam. Get enough rest. I’ll pick you up at 7.30 esok okay?” Daim membukakan pintu pagar rumah untuk gadis itu. Hana masuk ke dalam. 

“Daim, bawak kereta elok-elok. Kalau mengantuk, stop tahu. Call saya.” Hana buat gaya telefon. Daim angguk sambil melambai. “Masuk cepat.” Arah Daim. Selagi Hana tak masuk dalam rumah, selagi tu dia tak berganjak.

“Good night.” Ucap Hana.

Lelaki itu mengangguk. “DOM.” Balasnya.

Hana berkerut. Tak jadi dia nak tutup gril pintu. “Apa tu?” Teringat mesej yang pernah dihantar Daim beberapa bulan yang lalu. Daim memeluk tubuh. “Teka.” 

Hana memegang dagu. “Daim Otak Monyet.” 

Daim terus pusingkan tubuhnya, dan berkira-kira nak masuk dalam kereta. “Okay okay. Sori sori. Apa dia DOM tu?” Hana cepat-cepat mintak maaf. Daim kembali memandang gadis itu.

“Dream Of Me. ‘k bye.” Dengan itu Daim terus masuk ke dalam kereta dan berderum pergi. Hana tersenyum penuh makna. Malu la tu. Ceh. Dream of Me. Senyuman Hana makin meleret. Alo alo sweetnya dia. Hana memegang dagu. “Tengoklah macam mana.” 

Hehe.

-

Masuk ni dah kali ke lapan Akid mendongak, mencuri pandang gadis yang sedang khusyuk membuat pengiraan kimia pada notebooknya. Sesekali gadis itu menggigit hujung ballpen, sesekali ballpen dibawa ke kepala, menggaru. 

“Hana.” Panggil Akid, akhirnya dah tak mampu bersoal-jawab dengan diri sendiri. Dia perlukan jawapan dari mulut gadis itu. “Hm.” Balas Hana sambil menjungkit kening. Pandangannya masih melekat pada persamaan kimia. 

Akid menarik nafas. “Nak tanya ni.” Ujarnya. Gadis itu tidak membalas apa-apa. Akid menganggap reaksi Hana yang tiada reaksi itu sebagai signal untuk dia meneruskan ayat. 

“Saya dengar awak nak kahwin.” Satu ayat tu dah cukup buat kepala Hana mendongak, memandang lelaki itu dengan mata yang membulat. “Dengan Daim.” Tambah Akid. 

Hana meletakkan pen di atas meja sebelum dia menyandar pada kerusi. “Mana awak dengar ni?” Gadis itu tak berkelip memandangnya. “Saya nampak awak dengan Daim kat kedai baju pengantin.” Balas Akid. 

“Ahh..Itu..” Hana menggigit bibir. Kepalanya buntu. Selalunya ada saja idea dia nak menjawab, tapi sekarang. Blank. “Awak nekad dia terbaik untuk awak?” Tanya Akid.
Hana menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. “Akid..” 

“Awak sayang dia?” Tanya Akid lagi. 

Gadis itu memandang Akid untuk beberapa saat sebelum mengoyak senyum nipis. “Kejap he. Hauslah. Saya pergi ambil air kejap.” Hana bangun dan keluar dari biliknya menuju ke pantry meninggalkan Akid tanpa jawapan. 


Hana membuka peti sejuk. Dua botol air mineral diambil. “Sayang ke tak?” Tanya satu suara. Hampir terlepas botol mineral dari tangan gadis itu. Daim berjalan menghampiri Hana bersama sengihan tertampal di wajah kacaknya.

“Sayang tak?” Tanya Daim lagi. Hana mengetip gigi. “Stalker. Awak curi dengar he?” Mata dijegilkan. Lelaki itu menjungkit bahu. “Aku baru nak ketuk pintu lepas tu aku terdengar mamat tu tanya. Kau beritahu dia ke?” Daim menarik kerusi dan duduk sambil menyilang kaki.

Hana menggeleng. “Dia nampak kita shopping baju pengantin.” Daim terangguk-angguk. “So.. Apasal kau tak jawab soalan dia?” Daim memeluk tubuh. “Sebab saya haus.” Air mineral di tangan digoyang-goyang. Lelaki itu menarik senyum separuh.

“Kau nak jemput dia?” Daim memandang gadis itu. Hana terdiam. Tak pasti apa jawapan yang sesuai untuk soalan tu. “Kalau awak jadi dia, awak nak pergi wedding saya?” Hana bertanya pula.

“Kalau aku jadi dia?” Daim menjungkit sebelah kening.

Gadis itu mengangguk. “Aku akan pergi. Sebab aku nak orang yang aku sayang bahagia. If my presence is important to her, I’d be there. Even if it means I have to watch her spending the rest of her life with somebody else and not with me, I would be there. If it is what makes her happy, be it. I’d go.”  

Hana tersenyum. “Walaupun hati awak sakit.”

“Walaupun hati aku sakit.” Angguk Daim, membalas senyuman gadis itu.
“Daim, nak tanya something.” Hana menarik kerusi dan duduk di sebelah Daim. “Apa?” Lelaki itu menarik kerusi Hana rapat padanya dengan menggunakan kaki. Gadis itu membiarkannya. 

“Siapa Yuki sebenarnya?” Tanya Hana.

Lelaki itu kelihatan sedikit terkejut. Soalan yang tidak dijangka. “Wow. This is unexpected.” Ujar Daim sambil membetulkan duduknya. Hana memerhatikan tingkah-laku lelaki itu. Macam resah pun ada juga dia ni. “Sebenarnya benda ni dah lama ada dalam kepala saya. Cuma tak terluah. Saya harap awak boleh jawab dengan jujur.” Balas Hana. Lelaki itu memandangnya lama sebelum mengangguk.

“Is she important to you?” Tanya Hana lagi.

Daim mencerun pada wajah Hana. Lama dia ambil masa untuk jawab sebelum akhirnya dia mula berkata-kata. “Ingat tak masa aku cakap dengan kau yang Yuki tu nobody. She’s nobody. Ingat?” Gadis itu mengangguk. “I lied. She is somebody. She’s important to me. She’s my bestfriend. My ally.” Ujar Daim.

Hana menarik nafas dalam-dalam. Pengakuan dari mulut lelaki itu umpama anak panah yang tertusuk menembusi dadanya. Entah kenapa matanya terasa panas. Hana memandang ke arah lain sambil secara sembunyi menyeka air matanya. 

“Sebab tu awak biarkan je bila dia peluk awak, cium awak.” Kata Hana lebih pada dirinya sendiri. Daim menghela nafas panjang. “Yuki is like Akid to you. Macam mana kau rasa kat Akid, macam tu aku rasa kat Yuki.” 

Gadis itu memandang Daim. “Yuki dia.. perasaan dia sama macam awak? Atau.. perasaan dia sama macam Akid?” 

Daim mengurut tengkuk. “Aku dengan dia hampir kahwin.” Akui lelaki itu.

Mata Hana terbuntang luas. “A-Apa?” Bibirnya bergetar. Daim memusingkan kerusinya menghadap gadis itu. Tangan kanannya dirapatkan ke dada. “Hana, sebelum aku jumpa kau, hidup aku tak terurus. I was a mess. But she was there. Masa aku mula-mula sampai Malaysia, aku takda kawan lain selain sepupu aku. Yuki, dengan rambut tochang dia, bila satu kelas tak bercakap dengan aku, pulaukan aku hanya sebab aku ni lain dari yang lain. Dia datang kat aku, bagi aku sugus dia, meraikan aku.” Cerita Daim, mengingati kenangan lalu, memori dia ketika pertama kali bertemu gadis Jepun itu.

“Bila satu kelas buli aku, buang buku-buku sekolah aku, conteng meja aku cakap aku ni mat salleh celup, anak zina, macam-macam la. Yuki dia, orang pertama bangun dan lawan balik diaorang. Dia back up aku. Dia lapkan meja aku sampai bersih, sampai hilang semua kata-kata hina kat meja tu. She was so little yet so brave. Dan dia orang pertama lap air mata aku dengan sapu tangan dia.” 

Hana menggigit bibir. “Awak... cintakan dia?” 

Daim menghela nafas. “I tried but I couldn’t. Itu sebab aku dengan dia tak kahwin.” Balas lelaki itu. “Awak jemput dia?” Hana dapat rasakan dada dia hampir pecah. Perit di dadanya, Allah saja yang Maha Tahu. Macam ni rupanya Daim rasa bila tengok kemesraan aku dengan Akid. Ya Allah.. sakit.

“Aku tak nak dia rasa sakit tu.” Balas Daim.

“Saya pun tak nak Akid rasa sakit tu.” Ujar Hana. Daim memandangnya sebelum mengangguk. “Okey.” 

“Okey.”

---

Rosebud says:

Alhamdulillah. Berjaya jugak update iya. Thanks korang kerana sentiasa sokong dan baca karya tak seberapa ni. You have no idea how much it means to me. Terima kasih banyak-banyak!
I just found a song When I was your man by Bruno mars. I can't stop listening to it. Melodi dia, lirik dia, mendalam betul. setiap hari saya dengar, ulang dan ulang dan ulang. dan disebabkan saya ni suka share benda yang saya rasa best,so I put the song up. enjoy!
As always, sila komen, kasi nasihat ke teguran ke apa-apala yang patut ya. 
Dan jangan lupa doakan saudara-saudara kita yang ditimpa musibah banjir dan juga saudara kita di Syria, Palestine, Mesir dan even di Malaysia sendiri. Our people is getting sicker. Banyak sangat kezaliman berlaku. Moga Allah lindungi kita daripada kejahatan mereka yang zalim aamiin insya Allah.
Jom bertaubat insya Allah. 
Courtesy of OwhSoMuslim.com