Thursday, November 21, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 43



Adik. Aku ada adik. Aku ada adik? Kenapa aku tak tahu aku ada adik? Takkan aku tak ingat aku ada adik? Kalau betul aku ada adik, mesti otousan beritahu aku. Takkan otousan nak rahsiakan benda sepenting ni. Kan? Wajah obaachan tiba-tiba terbayang. Daim menghenyak kepala ke sofa. Ni mesti kerja orang tua tu! Tangannya meraup rambut ikalnya ke belakang. Sepanjang hari dia langsung tak boleh fokus. Dalam kepala asyik terfikir pasal adik. Entah wujud atau tidak. Entah hidup atau tidak. Pelbagai soalan muncul di benaknya tapi takda satu pun punya jawapan. Satu keluhan berat dilepaskan.

“Oi!” Shuichi mencampak bantal peluk ke muka sepupunya itu. Daim berdengus kuat. “Kau apahal?” Tengking Daim bengang. Bantal itu dicampak semula ke arah Shuichi. “Aku tak pernah tengok bakal pengantin muka sekonyot  macam ni. Menyesal ke nak tamatkan zaman bujang kau?” Senyuman mengejek tertampal di wajah lelaki berbangsa Jepun tu.

Daim melepaskan satu keluhan berat. Terus pecah tawa Shuichi. “Aku dah kata. Fikir masak-masak. Jangan terburu-buru. Kahwin ni bukan untuk sebulan dua je bro. Untuk seumur hidup. Lepas ni, takda dah usha awek lagi. Sanggup?” Sebelah keningnya dijungkit.

“Kau ingat aku macam kau? Perempuan keliling pinggang? Aku bukan pening pasal nak kahwin la, aku pening pasal benda lain.” Daim bangun dan membetulkan posisi dia duduk. Tubuhnya dihadapkan ke arah Shuichi. 

Sepupunya itu memeluk tubuh. “Pasal apa?”

 “Aku ada berapa orang adik beradik?” Tanya Daim tiba-tiba. “Kau sorang jela. Anak tunggal.” Balas Shuichi. “Aku takda adik?” Tanya Daim lagi. Sepupunya itu menggeleng kepala. “Takda. Setahu aku, tak. Kenapa kau tanya?” 

Daim mengurut dahi. Kalau sepupu sendiri cakap aku takda adik maknanya memang aku takda adik la kan. Tapi masalahnya, mak sendiri pulak cakap aku ada adik. Serabut serabut.

 “Umi cakap aku ada adik.” Ujar Daim mendatar.

Terbuntang mata Shuichi memandang sepupunya itu. “Ha? Apa dia?”

“Adik. Umi cakap aku ada adik. Perempuan.” Balas Daim. 

Shuichi dah jatuh rahang. “Good God! So umi kau tak cakap mana dia sekarang?” Matanya fokus pada Daim. Sepupunya itu menjungkit bahu. “Tak. Aku pun tak tanya banyak. Bila umi cerita tu kepala aku dah jam dah. Aku tak tahu dia kat mana, buat apa, hidup ke tak. I have no idea.” Balas Daim. Wajahnya nampak kusut habis.

“Nama dia pun kau tak tahu?” Shuichi bertanya lagi.

“Maisa. Umi cakap nama dia Maisa.” 

Shuichi terangguk-angguk. “Maisa.. Hei, aku rasa kau tak payah pening-pening pasal ni. Kalau betul kau ada adik, so ada la. Kita boleh carik dia. Kalau takda, takda. Tak payah pening-pening. Ni dengar sini, daripada kau dok kusutkan kepala kau pasal benda tak tahu kesahihannya, baik kau peningkan kepala kau fikir pasal wedding kau ni. Catering, mak andam, guests list semua. Kau dah ada wedding planner tak?” 

Daim menyandar pada sofa. Lagi nak menambah kekusutan kat kepala aku!  “Senanglah kau cakap. Kalau betul aku ada adik perempuan, bila jumpa nanti, tak ke awkward? Apa kata dia nanti? Selama ni aku, umi, otousan, semua abaikan dia. Kalau dia hidup senang mungkin takda hal sangat. Kalau dia hidup susah, mampus.”

“Kalau dia ikut perangai kau, memang mampuslah.” Shuichi cepat-cepat lari masuk bilik bila Daim dah bangun nak belasah dia. “By the way, Jannah whatsapp aku. Dia kata weekend ni dia, Hana dengan Maya nak pergi carik bridal dress untuk Hana. Kau tak ikut?” Tanya Shuichi dari dalam biliknya. Kepala dijengah sedikit.

Daim menoleh sambil mencekak pingang. “Weekend ni? Lusa? Hm, Hana tak beritahu aku pun. Jannah ajak kau sekali ke?” Tanya Daim. Shuichi geleng kepala. “Tak. Aku tanya dia buat apa weekend ni. Ingat nak ajak dia pergi Langkawi.” Cerita lelaki Jepun tu.

“Langkawi? Buat apa?” Daim berkerut. “Saja jalan-jalan.” Balas Shuichi selamba. Daim ketawa mengejek. “Tak dapatlah jon. Takda maknanya perempuan tu nak pergi berdua je dengan kau.” 

Shuichi menarik senyum. “Aku suruhlah dia ajak Hana sekali. Apa susah?” Balasnya sambil menjungkit bahu. Senyuman di wajah Daim bagai dikesat sampai hilang. “Takda takda. Hana tak boleh.” Kepala digeleng banyak kali.

“Eh apasal pulak? Kau bukan bapak dia.” Shuichi memeluk tubuh.

“Aku bakal suami dia. So aku tak izinkan dia ikut.” Tegas Daim.

Shuichi menarik muka geli. “Weh bakal suami dengan suami, dua benda yang berbeza kau tahu. Dia bukan hak kau. Belum lagi.” Daim merenung Shuichi yang sedang menyandar pada pintu biliknya. “Whatever. I don’t care. I still don’t like the idea of her going out with you.” Daim kembali duduk pada sofa. Remote control di atas meja diambil dan ditekan-tekan.

“Bukannya aku dengan dia berdua je. Jannah ada sekali. Look, you being like this, means you don’t trust her.” Shuichi meluruskan jari ke arah sepupunya itu.

“Oh I trust her enough. It’s you that I don’t trust.” Balas Daim selamba. 

Shuichi menggigit bibir. “Weh masalahnya sekarang, diaorang takkan ikut aku pergi Langkawi pun. Diaorang dah ada plan cari bridal dress untuk Hana tu. So tukar plan. Apa kata kau ikut aku pergi Langkawi? Ha, okey tak? Make it as your bachelor party.” 

Laju kepala Daim menggeleng. “No thanks. Aku pun ada plan weekend ni.”

Shuichi ternganga. Macam tu je kau reject pelawaan aku? “Weh agak-agaklah nak reject pun. Pernah ke selama ni aku reject pelawaan kau? Ha pernah ke?” Lelaki Jepun itu menggoyang-goyang tangan kanannya mengikut nada suaranya. 

Daim angguk selamba. “Pernah.”

“Cicak kobeng punya mangkuk ayun. So sekarang ni kau nak ikut aku pergi Langkawi ke tak? Last call ni. Aku tinggalkan kau betul-betul. No bachelor party for you. Kau fikir elok-elok. Nanti menyesal. Aku serius ni bro.” Tangan kanan dirapat ke dada, tanda serius habis.

Daim melempar pandangan bosan ke arah sepupunya itu. “I don’t give a shit.”

“Tak nak pergi sudahlah! Aku tak nak belikan kau coklat!” Tengking Shuichi sebelum kakinya menghentak lantai menuju ke bilik. Pintu biliknya dihempas kuat. Daim mencampak bantal ke pintu bilik Shuichi. 

“Merajuk mengalahkan betina!” Dengus Daim. 

Sakit hati betul dengan mamat Jepun ni. Datang dia punya perangai mengada tu, betul rasa macam nak bagi penyepak. Lantak kau la Shuichi. Malas aku nak layan kau. TV dipadamkan sebelum Daim bangun dan melangkah ke biliknya. Solat Isya’ dulu lepas tu tidur. Gonna need enough rest. Esok kena bangun pagi. Bila memikirkan hari esok, Daim tersenyum. 

Good night~

-

Secawan hot choc Coffee Bean tertayang di depan mata. Hana melayang senyuman ubat gigi Darlie kepada Budin. “Maseh Budin. Kaulah intan payung berkaki dua kesayangan kak Mida.” 

Budin menjulingkan mata. “Hana ni. Terbatuk-batuk akak bunting tu nanti tau.” Balas Budin tersengih. Kak Mida cuti hari ni. Pergi jumpa gynaecologist dia. Risau agaknya, dah dekat due, tapi baby dalam perut tu macam takda ura-ura nak keluar pun.
 
“Kak Mida dah berapa bulan he? Macam dah lebih 15 bulan je. Kau tak rasa ke?” Hana ketawa bila muka Budin berubah riak. “Hana ingat anak dalam perut kak Mida tu anak gajah? Sampai nak berbelas-belas bulan?” 

Hana memeluk tubuh, kepalanya digeleng sambil jari telunjuk digoyang ke kiri dan kanan. “Tsk tsk tsk. Itulah.. Kau ni Budin masa belajar Sains dulu asyik nak main pondok-pondok je kerja. Kan dah tak tahu.” Budin mencebik.

“Tak tahu apa?” 

Pintu lif terbuka, Hana menapak masuk ke dalam lif. “Gajah bunting 2 tahun. Bukan berbelas-belas bulan. Ngok ngek.” Ujar Hana sambil menghalang Budin daripada masuk ke dalam. “Eh Hana. Kenapa tak bagi Budin masuk?” Tanya Budin sedikit cemas. 

“Sebab... Aku nak masuk. Kau naik lif lain.” Balas satu suara garau. Bahu Budin dilanggarnya sengaja. Terus Budin menoleh. Daim dilihat sedang menghadiahkannya satu sengihan. Eleh. Setakat naik lif dengan Hana pun nak kerek ke? 

Eh kejap. Dia naik lif dengan Hana. Berdua. Dan.. Hana biarkan. Haaa...! Budin menutup mulutnya yang dah ternganga luas. Hana dalam lif sempat melambai ke arah Budin sebelum akhirnya pintu lif tertutup. Ini bukan kali pertama Hana biarkan benda macam ni berlaku. Tempoh hari dia halau Budin keluar dari bilik dia. Lima saat lepas tu Daim masuk dan rapatkan pintu. Muka masing-masing selamba je tak bersalah. Bila tanya, Hana kata diaorang discuss projek super confidential. Kena ada privacy. Privacy my foot. 

Budin mengurut dagu. Hati ni kuat mengatakan yang makhluk dua orang tu dah rasmikan hubungan diaorang. Budin menarik senyum. Baguslah kalau betul diaorang dah official.

 Sejujurnya, kalau nak compare Daim dan Akid, mana satu yang ideal untuk Hana, dua-dua tak ideal! Akid, suatu ketika dahulu, mungkin dia calon yang boleh tahan, tapi bila dia buat perangai, dia mungkir janji, lukakan hati Hana, lepas tu berani tunjuk batang hidung depan Hana selepas apa yang dia dah buat. Huh, dia memang tak layak untuk gadis itu.

Daim pulak.. Budin mengeluh. Daim, muka je hensem. Tapi ego tinggi  macam KLCC. Ya Rabbi. Berlagak nak mampos, baget, poyo, semualah kasi kat dia. Tapi yang buat dia elok sikit dari Akid ialah.. Dia sayang Hana. Terlalu sayang dan Budin nampak keikhlasan tu di mata Daim, dari segi perilaku dia bila dia bersama Hana. Mungkin orang nampak Daim tu macam kasar, takda hati perut bila dengan Hana, dan memang betul pun lelaki tu kasar, tapi tanpa kita sedar, Daim kadang-kadang tertunjuk kasih sayang dia kat Hana, which is very sweet. 

Budin menarik nafas dalam-dalam. Wajah ceria Hana dan Daim terbayang di kepala. Ya Allah, kalau benar Kau ciptakan Daim untuk Hana, dan Hana untuk Daim, Kau satukanlah mereka dengan rahmat-Mu. Aamiin..

-

Daim menyandar pada dinding lif sambil memandang Hana yang sedang ketawa kecil. Gembira barangkali tengok muka bingung Budin bila dihalang masuk lif tadi. Agak buruk la jugak. Daim mengoyak senyum. Tak lama je lagi, aku akan dengar ketawa tu setiap hari. 

“Dah breakfast?” Tanya Daim. Gadis itu menayang hot choc di tangan. Lelaki itu menarik senyum. Tak habis-habis dengan hot choc dia. “Siapa hantar tadi? Don’t tell me you rode your stupid bike. Hujan lebat kan?” Daim memandang wajah lembut Hana. Suaranya cuba dikawal supaya tak kedengaran kasar. Tak mahu senyuman di bibir gadis itu hilang.

“Don’t worrylah. Cik Neo kan ada. Jannah tolong hantar. Siap paksa belikan dia nasi lemak dua bungkus lagi. Konghajo betol.” Hana menggigit bibir. Tak pasal-pasal melayang sepuluh hinggit aku. Daim tergelak besar. Sama nakal je kawan-kawan minah ni.

“Baguslah. Aku tak percaya motor buruk kau tu.” Ujar Daim lega. Berkali-kali dia suruh Hana tunggu kat rumah. So setiap pagi dia akan datang ambil Hana dan pergi kerja sama-sama. Satu hala. Apa susahnya? Tapi seperti yang dijangka, gadis itu berkeras kata tak nak. Seboleh-boleh. Tak best la, tak cool la, tak rock la, tak sopan la, bukan mahram la, dosa la, bahaya la. Macam-macam. Banyak sangat rules. Tapi sebab rules itulah yang buat Hana seorang gadis muslimah yang baik. Full respects untuk dia.

Hana menjeling sambil memeluk tubuh. Dengan motor motor aku jadi mangsa mulut takda insuran mamat ni. “By the way, Shuichi cakap kau dengan budak-budak tu ada hal weekend ni.” Ujar Daim menukar topik sebaik saja melihat senyuman di wajah Hana hilang. Pantang orang kutuk motor cabuk dia tu.

“A’ah. Kitaorang nak browse baju nikah. Diaorang yang excited. Kita cool je.” Gadis itu menjungkit bahu, bajet cool. Daim menjulingkan mata. Poyo punya perempuan. “So aku tak dijemputlah walaupun aku ni si pengantin lelaki?” Giliran Daim memeluk tubuh. Hana mengigit lidah. Alamak, lupalah pulak aku bakal nikah dengan dia. Huhu.

“Laaa awak ke pengantin lelaki? Awat tak habaq mai awal-awal!” 

Daim terkebil-kebil memandang Hana. Apa kena dengan perempuan mentel ni? Tiba-tiba je speaking utara. Dah tu, siap lupa tu aku ni bakal suami dia. Peh. Daim mengurut tengkuk. Terasa melambung-lambung naik suhu badannya. “Kau lupa kau bakal kahwin dengan aku? Seriously?” Kedua tangannya dah mencekak pinggang.

Hana pasang muka selamba. “A’ah. Ingatkan pengantin lelaki Josh Harnett tadi. Rupanya awak. Hm..Sayangnya bukan puppy eyes tu...” Hana menggeleng kepala. Rahang Daim jatuh. Matanya terkelip-kelip pandang gadis itu.

“Jangan main-main boleh tak?” Herdik Daim. 

“Mana ada saya main-main. Saya serius la.” Hana dan muka stone dia. Argh geramnya aku! Daim menjulingkan mata dan terus menghadap depan. Sakit hati betul. Sekali lagi dia rasa macam nak tumbuk je diri sendiri bila matanya menangkap butang-butang lif di hadapannya. Padanlah tak gerak-gerak lif ni. Satu butang nombor pun tak bernyala. 

Hana kat sebelah dah ketawa besar. “We’re idiots.” Daim angguk. “Agree.” Butang tingkat 10 ditekan. Wajah Hana kat sebelah dipandang. “Aku ikut he weekend ni?” Tanya Daim lembut. Gadis itu menarik senyum separuh. 

“What’s the theme?” 

“Tema? Tema apa? Our wedding?” Daim bertanya lagi. “Taklah. Tema hari raya.” Balas Hana selamba. Pecah terus tawa lelaki itu. “Amboi tak sabar nak berhari dengan aku nampak?” Sakat Daim. Hana menjeling. Perah santan. Siapa nak beraya dengan ungka super annoying macam kau?

“Kau suka warna apa?” Daim memandang Hana, cuba membayangkan warna apa yang sesuai dengan dia. Hm... Semua sesuai. “Biru, Pink, Hijau, Merah, Oren, Kuning, Putih, Kelabu, Beige, Peach—” Hana berhenti mengira dengan jari apabila Daim membuat bunyi ‘Shh!’.

“Tak boleh ke kau cakap kau suka warna-warni?” Kepala digeleng-geleng. “Dah awak tanya saya suka warna apa, saya cakaplah warna apa saya suka. Eleh, dia tanya kita, kita pulak salah.” Hana mencebik. 

“So kau nak warna tema kahwin kita biru, hijau, pink kelabu tahi anjing tu semua? Macam tu?” Perli Daim baik punya. Hana memandang Daim dengan mata yang bersinar-sinar. 

“Macam best je Daim. Jom buat.” 

“Oh God.” Pintu lif terbuka dan Daim tak tunggu lama. Terus dia menapak keluar. Sakit hati melayan si Hana ni. “Daim awak suka warna apa?” Tanya Hana, mengikut Daim dari belakang.

Daim menoleh sekilas. “Hitam.” Terus Hana berhenti berjalan. “Hitam?” Dalam kepala, Hana dah bayang baju nikahnya warna hitam, tok kadi pakai jubah hitam, Daim pakai baju melayu hitam, tetamu pun pakai tema hitam. Dah macam hari berkabung dah. Ahhh tamau.....

“Apasal pucat muka tu? Tak suka tema kita warna hitam?” Daim cuba menyembunyikan senyuman yang mula mengukir di pinggir bibir. “Kita nak nikah Daim, bukan nak berkabung!” Hana meninggikan suaranya. Terbeliak biji mata Daim. Hampir saja tangannya menekup mulut gadis itu. 

Hana menggigit bibir. Alamak, terbuat announcement la pulak! Bodohnya aku ni.... Rasa macam nak suruh Daim lempang je kepala ni. “I cannot believe I’m marrying a thick-head like you.” Ujar Daim perlahan sebelum pergi meninggalkan Hana yang masih dalam keadaan mengutuk diri sendiri. 

“Daim.” Panggil Hana. Suaranya separuh merintih. Lelaki itu menoleh sedikit. “Hm.” Balasnya pendek. Konon-konon marah masih berbaki. “Sorry tersengaja..” Ujar Hana, tunduk. Daim menjulingkan mata. Tengok tu, main-main lagi.

 “I’ll see you at lunch.” Habis je satu ayat tu, Daim terus mengorak langkah.
Hana menarik senyum lega. Marah la sangat mamat ni. Hana memandang sekeliling. Nasib baik takda orang. Kalau tak, masaklah kitaorang. Nak nak kalau berita ni sampai kat tangan Geng Powerpuff Girls. Haru!

-

“So macam mana?” Hana bertanya kepada Akid yang sedang menganalisa data yang didapati dari eksperimen projek mega A. Dadanya berombak laju. Nervous kot. Berbulan-bulan ambil masa nak dapatkan data selengkap ni. Memanglah projek ni baby aku. Lelaki itu memusingkan kerusi, menghadap Hana. 

“Congratulations. You’re a proud mama!” Akid menepuk tangan.

Hana menghela rasa lega. Alhamdulillah. So far semua ekstrak tumbuhan yang digunakan beri kesan positif. Dan, Akid selaku orang pakar kimia mengiyakannya. Hana tersenyum gembira. Nani dan beberapa orang saintis kat kiri dan kanan Hana dah mengucapkan syukur. 

“So apalagi, jomlah celebrate. Hana belanja lunch!” Ramai-ramai bersorak. Kepala diaorang. Hana cekak pinggang. Baru saja mulut dia nak cakap, satu suara dah memotong.

“Sorry guys, we have a lunch date today. Minggu depan jelah dia belanja okay? Hana, let’s go.” 

Semua orang memandang ke arah pintu makmal yang terbuka. Daim sedang menahan pintu automatik itu sambil melayang senyuman separuh kepada mereka. Sempat diberi isyarat kepada Hana supaya cepat sikit. Hana memaksa tawa halus kepada stafnya. “Esok esok he esok.” Ujar Hana sambil menanggalkan kotnya. 

“Esok cuti boss.” Balas mereka sayup-sayup.

Hana ketawa kecil. “Next week next week.” Janji gadis itu.

Daim menangkap kelibat Akid di antara kumpulan manusia tu. Lelaki itu menarik senyum. Daim mengangguk sambil tangan kanannya di angkat, menegur. Hana menuju ke arah Daim. “Aik, hilang dah marah?” Selamba je dia tanya. Daim mengigit bibir. Saja je uji aku depan staf dia. Sekeh kepala tu kang baru tau.

“Kau keluar cepat sebelum aku cubit mulut kau depan diaorang ni.” Ugut Daim di sebalik gigi yang diketip. Hana menjeling sebelum melambai ke arah kawan-kawannya yang masih setia memerhati itu.

“Cepatlah lembab! Terhegeh-hegeh.” Marah Daim sebaik saja pintu makmal ditutup. Hana berdengus. “Depan diaorang bukan main lembut lagi cakap. Bila berdua, kasar nak mampus!” Sengaja dia tinggikan oktaf suara, biar berdesing telinga mamat ni.

Daim menarik kerut. “Kau tu yang buat aku cakap kasar dengan kau. Hei, apa si Akid tu buat kat lab?” Hana berhenti melangkah. Ini ke sebab dia panggil aku lembab? 

“He’s the CEO of Chemtech. What do you think he’s doing in the lab?” Hana memeluk tubuh. “Flirting with you.” Balas Daim pendek. Hana menjulingkan  mata. Tak habis-habis dengan dendam kesumat dia tu. “Awak nak lunch ke awak nak bergaduh dengan saya?” Gadis itu merenungnya tajam.

“Lunch please.” Serta-merta suara Daim berubah lembut. Hana angguk sebelum tersenyum manis. “Kita makan tom yam kat kedai mak cik Junaidah please.” Hana merapatkan kedua tangan di bawah dagu.

Daim tergelak kecil. “Kau belanja.” 

“Boleh. Tapi awak bayar.” 

“Cipan.” 

“Ungka.” 

Daim mengigit bibir. Hana ketawa besar. “Okay okay. Tukar tukar. Babun.”

“Hana!” 

“Iya!”

“Jalan cepat. Lapar ni.” Daim menolak gadis itu dengan kunci keretanya. Hana ketawa. “Itulah merajuk lagi. Kan dah tak breakfast.” Daim menarik kerut. “Kau breakfast tak?” Tanya Daim. “Perut saya gagah. Makan tak makan, insya Allah boleh survive.” Hana memegang perutnya. “Poyo. Macam aku tak tahu kau dengan si Nani tu suka simpan stok makanan menimbun kat dalam lab tu kan?” Kening sebelah dijungkit. 

“Ee stalker!” Hana menekan butang lif. Daim tergelak. “Betul la tu. Aku main tembak je. Kena. Alahai perempuan ni. Nafsu dia..fuh.” Daim menggeleng-geleng kepala. “Eleh, macamlah nafsu dia kecik sangat.” Hana mencebik.

“Kau tak tahu ke nafsu lelaki ada satu je? Besar pulak tu. Betul tak tahu?” Daim dah tersenyum-senyum. “Takpa, tak nak tahu pun. Dah dah, tukar cerita. So awak nak baju nikah kita warna apa?” Hana memandang raut wajah lelaki itu. Even dari sudut lateral pun, mamat ni tetap nampak hensem. Ha nafsu nafsu. Astaghfirullah.

“Warna hitam tak nak?” Daim ketawa bila muka Hana berubah warna. “Betul betul la. Awak suka warna apa?” Hana menapak keluar dari lif sebaik saja pintu lif terbuka. Mereka berjalan menuju ke kereta yang diparkir di tingkat B1. 

“Putih.”

 Hana menoleh. Dipandang lama wajah Daim. “Kau suka warna putih kan?” Daim bertanya lembut. “Tapi awak suka tak?” Hana cuba membaca raut wajah lelaki itu tapi macam biasa, mamat ni, pandai kawal mimik muka dia. “Aku suka apa kau suka.” 

Sweet. 

“Kalau saya cakap saya suka kentot, awak pun suka kentot la?” 

Daim angguk sambil mendepakan tangannya. “Siapa dalam dunia ni tak suka kentot?” Hana menjulingkan mata. “Oh My God!” Terus dipacu langkah menuju ke kereta... Eh mana Bentley perak dia?

“Hari ni aku pakai Harrier. Tu.” Ujar Daim sambil menjuihkan bibir ke arah Harrier yang  berada 2 meter dari mereka. “Seriously, berapa banyak kereta awak ada?” Hana kagum. PA kepada anak bos je kot. Besar sangat ke gaji? Kalau macam tu, aku pun nak jadi PA kepada anak bos. Macam masyuk je tengok gaya. 

Daim mengira dengan jari. “Adalah dalam 5 bijik.” Lima jari ditayang di depan muka gadis itu. Hana menelan air liur. “Okeh, nanti kita dah kahwin, sebijik kasi saya he. Bentley bentley.” Tangan dibawa ke dada. Lelaki itu menjungkit sebelah kening. “Kau nak kahwin dengan aku sebab Bentley ke sebab kau memang nak kahwin dengan aku?” Daim mengurut dagunya sambil merenung wajah Hana, cuba nak cari keikhlasan di mata gadis itu.

“Mestilah sebab Bentley!” Balas Hana laju. Daim berdesis. Wajahnya yang cerah berubah merah. “Ha pergi kahwin dengan Bentley. Tanya Bentley warna apa dia nak untuk tema. Tak payah tanya aku!” Tengking Daim sambil berjalan menuju ke Harrier putihnya. Hana menahan gelak. Sejak bila mamat ni pandai merajuk bagai ni? Ee geli-geleman aku. Hana mengurut kedua lengannya. Seram tengok mamat gagah macam Daim merajuk.

“Masalahnya Bentley takda kat sini. Kalau tak dah lama saya tanya dia!” Saja je Hana menyakat lagi. Pintu kereta ditarik dan dia terus melompat masuk ke dalam. Daim yang dah menunggu di tempat duduk pemandu pasang muka tiga kupang dia tu. 

“Gold digger ke apa kau ni ha?” 

Gadis itu menoleh, memandang Daim dengan mulut sedikit ternganga. Selamba je kau panggil aku macam tu. “Aku gurau je la. Aku tahu, kau nak kahwin dengan aku bukan sebab Bentley.” Ujar Daim memujuk. Hana tak jadi nak marah. Suara lembut lelaki itu betul cairkan hati dia. 

“Tapi sebab Harrier ni kan?” Daim mengenyit sebelah mata. Hana menjulingkan mata. Sama je maksud dia, nak mengata aku gold digger. Konghajo betul.

“Kalau saya cakap memang sebab Bentley macam mana?” Duga gadis itu. Setakat Harrier, nenek aku pun mampu. Kalau aku ada nenek la. Daim menarik senyum. 

“Be it. You’re my driver anyway. Remember?” Hana terdiam sekejap. Driver? Ahh.... Kenangan beberapa bulan dulu. Zaman dia dan Daim saling membenci. Sumpah benci gila kat dia masa tu. Mana tak benci, suka sangat carik pasal dengan aku. 

“Ingat. Awak paksa saya jadi driver awak.” Gumam Hana. “Kau ingat kau sepak aku? Tiga kali. Sakit tau.” Daim mengerling ke arah gadis itu. Mana boleh lupa sepakan maut minah ni. Sakit kot. Tak pernah dalam hidup aku jadi mangsa kekerasan seorang wanita. 

Hana ketawa. “Awaklah suka carik pasal. Serius, saya benci gila kat awak. Kalaulah awak ni punching bag, memang dah lunyai saya kerjakan.” Ujar Hana sambil mengepal penumbuk. Giliran Daim pulak pecah perut ketawa. “You’re a woman, lady. Not a MMA fighter or something.” Balas lelaki itu. Kepala dah digeleng-geleng.

“Woman tak woman. Kalau dah bengang, bagi je sebijik.” 

Daim memandang gadis itu. “So, sekarang kau dah tak benci aku kan?” Hana memandangnya sekilas sebelum melempar pandangan ke luar tingkap. “Mana ada orang nak kahwin dengan orang dia benci.” Balas Hana perlahan. Daim tak mampu menahan senyum. 

“Thanks Hana.” Ucap lelaki itu. Hana menoleh. Wajah Daim dipandang lama. “For what?” Tanya gadis itu. Daim hanya tersenyum tanpa memberi apa-apa jawapan. Hana membalas senyumannya. 

-

Dari satu kedai ke satu kedai, macam-macam jenis dress Hana dah cuba. Dari lacy ke satin, semua dah tersarung pada tubuh genitnya. Tapi satu pun tak mampu nak penuhi citarasa Daim. Semua dia tolak mentah-mentah. Sampai merah telinga tukang design dress, tapi mamat Daim ni selamba je kutuk dress orang tu. 

‘Ni dress ke kain buruk ni?’

‘Oh baju pengantin ke? Ingatkan kain batik tadi. Apasal hodoh sangat?’

‘Tak nak. Jahitan dia bersepah.’

‘Aku tak suka kedai ni. Baju dia bau ketiak.’

Hana, Jannah dan Maya dah sakit kepala. Inilah faktor utama kenapa si pengantin lelaki dilarang ikut sama browsing baju pengantin. Inilah sebabnya. Banyak songeh! Gaya si ungka ni dah macam anak bangsawan yang tiba-tiba terjatuh hati kat anak penjual ikan, lepas tu masa nak kahwin, dia show off la kebangsawanan dia tu kat kedai baju. Macam dalam drama Korea. Ha macam tu la. Sebijik. Super annoying! 

“Daim. Tolong boleh?” Hana memanggil Daim yang dah jalan beberapa meter di hadapan. Lelaki itu menoleh. “Tolong apa?” Tanya Daim sambil tangannya bermain dengan botol mineral di tangan. 

“Tolong lepak kedai mamak ke dalam kereta ke, mana-manalah. Asalkan bukan dengan kitaorang.” Tiada lain melainkan kejujuran di matanya. Daim menarik nafas dalam-dalam sambil mendepakan tanganya. 

“What?”

“Daim as much as we adore you, you suck at shopping. Honestly!” Maya dan Jannah serentak mengangguk laju. “Tolonglah jangan ikut kitaorang. Dekat dua belas kedai kita pergi, satu pun you tak berkenan. Kalau tak berkenan takpa lagi. You siap kutuk design diaorang. Kitaorang yang malu tau.” Jannah menambah, suaranya separuh merayu.

“Aku cakap benda betul. Memang design diaorang buruk. Takkan aku nak tipu pulak?” Tegas Daim. “Kalau semua design kitaorang pilih you kata buruk, you bawak la kitaorang pergi kedai yang ada design cantik yang you idamkan tu. Kita tengok cantik sangat ke design kedai tu.” Maya memberi cadangan. Hana memandang Maya. Kepalanya digeleng perlahan. 

‘Bad idea..’ Dia memberi Maya isyarat, tapi kawannya itu tak endahkan dia. Sebaliknya mata Maya masih melekat pada Daim, menanti jawapan lelaki itu. “So?”Jannah memeluk tubuh. 

“Agree. Masuk dalam kereta.” Daim angguk yakin. 

-

Terasa seolah kaki ni sedang memijak gula-gula kapas. Terasa seolah di awangan saat melihat dress yang cantik tergantung di hadapannya. Mulut tiga anak dara itu ternganga luas. Masing-masing tak mampu nak pejamkan mata. Daim yang sedang menyeluk tangan ke dalam poket menarik sengih kemenangan. Huh. Ternganga korang!

“Irna la Perle?” Hana bertanya tak sangka. Jannah dan Maya turut sama menoleh. Kalau tengok design dresses kat kedai ni, macam lebih kurang sama dengan design Irna la Perle. Macam la.

Daim berkerut. “Apa?”

Hana memandang kawan-kawannya. Terang, jelas dan nyata lelaki itu tak tahu apa tu Irna la Perle. “Takda apa-apa. Ni kedai siapa?” Hana berjalan beberapa langkah ke arah dress yang tergantung indah. 

“Kedai kawan aku. Cantik-cantikkan design dia?” Muka berlagak, trademark dia dah ditampal. Hana angguk laju. “Design dia ala-ala design ada designer dari Indonesia. Bridal gown untuk muslimah.” Ujar Hana kagum. Matanya mengamati setiap satu baju pengantin yang ada dalam kedai itu. 

“Irna la Perle design dia kontemporari, very asian and exotic. Kedai ni, dress dia modern jugak, tapi lagi soft and elegan. A bit exotic as well. Ala-ala princess.” Komen Maya. Jannah kat sebelah angguk setuju. “One good thing about this designer is that, she listens to me very well.” Daim berjalan menuju ke gantungan dress dan menyelak satu per satu dress sebelum akhirnya dia memilih satu dress labuh berwarna putih bercorak bunga halus bertakhta permata.

“She? Siapa tu?” Kening Hana bercantum.

Daim menarik senyum tanpa balas apa-apa. Dress labuh di tangannya diacu pada tubuh gadis itu. “Hmm...” Kerongkongnya membuat bunyi. Hana masih lagi berkerut. “Awak cakap pasal siapa Daim?” Hana menolak dress yang diacu padanya. Mata bulatnya tajam memandang lelaki itu. Geram bila Daim cuba mengelak daripada jawab soalannya.

“Pasal saya.” 

Satu suara tolong jawabkan. Semua kepala menoleh ke arah suara itu. Hana tak tertelan air liur melihat seorang gadis berhijab kuning, tinggi lampai dan bertubuh langsing sedang menyandar pada dinding sambil memeluk tubuh, memandang ke arah mereka. Sangat cool. Dan sangatlah cantik. Persis model. Hana menarik nafas sedalam mungkin. Banyaknya perempuan cantik keliling mamat ni. Dulu Yuki. Ni sekarang perempuan cool ni pulak. Dipandang Daim yang dah tersenyum simpul. Mak aih bukan main lebar dia senyum!

“How you doing Luv?” 

Tanya Daim dengan nada suara mesra sambil melangkah menghampiri gadis berhijab kuning itu. Telinga Hana terasa berdesing. Love? Terus berombak dada dia. Apa ni? Infedility dengan selambanya. Depan aku pulak tu. Hana memegang dadanya yang jelas kelihatan turun naik. Relax Hana. Infedility apanya. Kau dengan dia bukan ada ikatan sah pun.

Gadis berhijab kuning itu membalas senyuman Daim. “Doing good. I can see you found the dress.” Mata gadis itu mengerling dress putih yang masih ada di tangan Daim. Lelaki itu mengangguk. “Good job Luv. Just the way I wanted. Thanks.” Mata sebelah dikenyit. Gadis berhijab kuning itu memegang tangan Daim sambil mengangguk. Daim pulak biarkan je. Seolah-olah macam takda apa-apa. Macam dah biasa.

 Kepala Hana terasa berasap. Tak boleh jadi ni. Aku kena keluar dari sini! Baru saja Hana nak pusingkan badan dan keluar dari kedai, tiba-tiba suara gadis berhijab kuning itu menegur. 

“You must be the girl. Hana kan?” 

Hana tak jadi nak pusingkan badan dia. Dalam hati, macam nak gila dia menjerit, memaksa kakinya bergerak keluar dari kedai tu. Tapi, macam biasa, badannya akan buat benda lain. Tak pernah nak dengar kata hati. 

“Ya saya. Awak?” Hana memaksa segaris senyuman. Confirm fake. Lantaklah nampak sumbing pun. Dah kau pergi pegang tangan bakal laki aku tu kenapa?  

“Luv, this is Hana Banana. Hana, ni Luviana,” Daim tolong perkenalkan mereka sambil memandang dua gadis di kiri dan kanannya secara bergilir. Apabila matanya mendarat pada Hana, terus gadis itu memberinya satu jelingan maut. Banana mung! Daim pura-pura tak nampak. Tawa kecil dilepaskan takut-takut.

 “Just call me Luv.” Luv menghulurkan tangan. Hana menyambut baik. Rasa lega menyerap ke dalam dada. Ingatkan mamat ungka tu saja panggil minah ni dengan penuh kasih sayang. Rupanya memang nama dia macam tu. Luviana. Nama pendek, Luv. Huhu... Sori Daim. Tersalah faham pulak. Tapi aku still marah kat kau sebab kau biarkan minah cun ni pegang tangan kau!

“Panggil saya Hana.” Dua-dua saling bertukar senyuman. “Ni kawan-kawan saya.” Hana memperkenalkan Jannah dan Maya pula. Mereka saling bersalaman. 

 “Okay, shall we start?” Luv memandang mereka bertiga sebelum menepuk tangan. Sejurus itu, beberapa orang staffnya datang membawa pelbagai jenis dress yang berlainan corak, warna dan design. Dan, semuanya cantik-canik belaka.

Daim merapatkan bibirnya ke sisi wajah Hana. “She’s good, kan?” Bisik lelaki itu. Hana mengetip bibir. Kau dah pegang tangan si Luv tu, sekarang kau boleh pulak bisik-bisik kat aku puji perempuan tu. Peh menyirapnyaaa! Apalagi, terus sikunya ditala ke perut Daim sekuat yang boleh. Bisanya tak terkata. Sampai terbongkok-bongkok lelaki tu. Hana senyum puas sambil melangkah ke arah Luv.

“Semua baju ni—” Belum pun habis ayat Hana, Luv dah tolong sambungkan. “Dibuat khas untuk awak.” Ujar Luv bangga. Hana memandang gadis berhijab kuning itu dengan penuh rasa terharu campur terkejut. “Awak suka?” Luv menoleh, memandang Hana. Gadis itu menjungkit bahu. Matanya kembali memandang bridal dresses.

 “Semua cantik.” 

“He made me do this actually. Tu lelaki fussy tu.” Tambah Luv, menjuih bibir ke arah Daim yang dah duduk atas sofa sambil tangannya mengusap perut. 

“Daim?” Hana bertanya terkejut.

Luv mengangguk. “Iya. Macam susah nak percayakan? He came to me and told me about you. Saya ingat lagi apa ayat dia. Dia cakap dengan gaya control macho dia tu,

‘There’s this girl, she’s, she’s not normal you know. She’s a pain in the butt, really. She has this crazy sense of fashion, she rides this stupid ugly bike of hers and she’s quite the temper. So.. Is it possible for you to make a dress for this girl?’

I guess dari situ saya tahu it’s you. So that was how I get inspired to design all of these.” Cerita Luv panjang lebar. Hana mencuri pandang Daim. Lelaki ni... 

“Borak apa lagi tu? Try la cepat. Hish mak nenek betul perempuan-perempuan zaman sekarang.” Suara garau Daim menegur sinis. Suara tak nak kuat lagi. Hana menjeling.

Aku baru nak terharu dengan dia, tak sampai sesaat dia dah hancurkan perasaan nak terharu tu. Isshhh annoying betul. Tapi.. lama jugak aku dok tenung muka dia. Nasib baik dia tak perasan. Kalau tak, gerenti dia mula la kipas diri sendiri. 

Luv dan Jannah membantu Hana menyarung baju pengantin di bilik persalinan sementara Maya menemani Daim di luar. “Maya, thanks beritahu pasal Irna la Perle.” Ujar Daim perlahan. Maya menarik senyum. “No problem la.” Gadis itu mengangguk, tersenyum. Sepuluh minit kemudian, Hana keluar dari bilik persalinan, lengkap berbaju pengantin berwarna light peach.

Daim memandangnya atas bawah sebelum buat gaya menyuruhnya pusingkan badan. Hana ikutkan saja arahan lelaki itu. “Hm.. Not bad. Next.” Gadis itu menjulingkan mata. Baget bagus. Dress seterusnya disarung ke tubuh. Daim memandangnya untuk beberapa saat sebelum menggeleng sambil buat muka menyampah. “Tak elok.” Tegas lelaki itu. Hana berkerut. Apa yang tak eloknya? Cantik gila kot baju ni. “Define tak elok?” Gadis itu memeluk tubuh. “Selendang kau tak sesuai dengan dress tu. Color tak match.” Balas Diam selamba.

Kepala dia. Ya Allah, berikan aku kesabaran menghadapi malaun sorang ni oh Tuhanku. Hana mengipas-ngipas badan. Punyalah berhawa dingin kedai ni, tapi sebab mamat sekor ni, rasa melonjak-lonjak naik suhu badan aku. “Daim, saya tak pakai selendang ni masa kita nikah nanti.” Hana cuba melembutkan suaranya. Tak nak kelihatan kurang diajar pulak depan minah cun hijab kuning ni.

“Whatever. Try baju lain. Cepat-cepat.” Daim membuat gaya menghalau. Sebal je hati ni. Hana kembali ke bilik persalinan sambil menghentak-hentak kaki. Tanda protes. Daim menarik senyum. Girang gembira hati ni dapat menyakat Hana.

Sebelas minit kemudian, Hana keluar dengan dress labuci sarat di hujung lengan dan di hujung bawah dress. Kening Daim bercantum. Terus pandangannya mendarat pada wajah Luv. “What the hell is this?” Jari telunjuk ditala ke arah gadis itu. Luv membeliakkan mata. “Uh...a dress?” 

“It’s ugly. Take it off. Lain-lain.” 

Tanpa fikir panjang, Daim jujur dan ikhlas reject dress labuci tu. Hana dah mengurut tengkuk. Tak sampai sepuluh saat aku keluar dari fitting room dia dah halau aku masuk dalam balik. Tekanannya aku dengan si ungka ni. Argh!

Luv kat sebelah pun dah tarik muka sakit hati. Tak jaga hati dan perasaan orang betul la si Daim ni. Maya yang setia menemani Daim hanya mampu geleng kepala. 

“Tunggu apa lagi tu Hana? Tukarlah cepat.” Serius rasa nak terajang muka hensem dia. Hana melempar satu jelingan maut sebelum kembali ke bilik persalinan. Ni dress dah ke berapa dah ni? Aaaaaaaaahhh gerammnya aku!

Dress seterusnya, Daim kata KIV. Kepala dia berjanggut KIV. Betul rasa nak menangis. “Daim, kaki saya dah sakit gila ni. Boleh tak awak pick je mana satu dress awak nak. Saya ikut je. Betul, tak kisah.” Hana give up. Tak sanggup dah nak bermodeling depan mamat ni.

Daim mengunci pandangannya pada Hana untuk beberapa saat sebelum melepaskan satu keluhan berat. “Alright. Nah.” Dia mencampak dress yang dipilihnya mula-mula tadi ke muka Hana. 

Gadis itu menarik nafas dan menghembus nafas kuat-kuat melalui mulut. Kan senang kalau dari tadi dia suruh aku try baju ni? Takdalah menyusahkan hidup aku nak try satu-satu lepas tu kena reject macam tu je. Tekanannya aku dengan si ungka ni...!

 Daim menjungkit sebelah kening. “Oi, cepatlah.” Saja Daim nak sakitkan hati gadis itu lagi. “Tahulah!” Herdik Hana geram. Dipaksa langkah menuju ke bilik persalinan sambil mulutnya tak henti mengumam entah bahasa apa.

Daim tergelak kecil sebaik saja kelibat Hana hilang. Diambil majalah di atas meja dan dibelek sehelai demi sehelai. Tiba-tiba hatinya rasa berdebar. Tak sabar nak tengok gadis itu memakai dress yang memang dari awal tadi dah berjaya menarik perhatiannya.

Sepuluh minit dah berlalu, Hana masih tak keluar-keluar. Eh larikan diri ke apa minah ni? Daim mengerling jam yang membelit lengannya. Matanya kembali ditala pada majalah. 

“Ahem.” 

Daim mendongak. Tak berkelip matanya melihat Hana yang dah berdiri tegak di depan mata. Majalah di tangan sudah terjatuh mencium lantai. Pandangan Daim mendarat pada kaki gadis, naik hingga ke wajahnya. Rahang Daim jatuh. 

“Kot iya pun terpersona, control la sikit Encik Daim oi. Tu mulut tu.” Bisik Maya mengusik. Seronok tengok mamat macho ni tersipu malu. 

Hana memusing-musingkan dress yang tersarung di tubuhnya. “So, okay tak?” Maya buat tanda bagus. “Ni paling cantik Na. Paling sesuai dengan kau. Kan Encik Daim kan?” Bahu mamat itu ditepuk. 

Daim terpinga. “Ha? A’ah.” Matanya dilarikan ke arah lain, memandang apa saja asalkan bukan Hana. Gadis itu berjalan menghampiri Daim.  “Awak, dekat sejam lebih saya trial and error baju. Takkan ‘A’ah’ je respon awak?” Hana bertanya lembut. 

Lelaki itu mengunci pandangannya pada wajah Hana. Direnung lama wajah gadis itu sehingga naik merona pipi Hana dibuatnya. “Luv, we’ll take this dress.” Daim memusingkan wajahnya, spek hitam disarung dan dia terus melangkah keluar dari kedai itu. 

Hana terduduk di kerusi. Nafasnya tak teratur. Dahsyatnya penangan lelaki ni. Luv memegang bahu Hana sambil bibirnya mengukir senyum. “Awak tahu tak berapa banyak perempuan rasa nak bunuh awak sekarang?” 

“Ha?” Hana, Jannah dan Maya serentak memandang Luv.

Gadis itu ketawa besar. “You all patut tengok muka you all tadi. Oh my God! So funny!” Luv memegang perut tahan tawa. “Tak kelakar la Luv cakap macam tu. Ish dia ni.” Jannah memukul lengan Luv. Ada ke patut buat lawak bangang macam tu. Dahlah minah tu tengah dalam keadaan terkedu kena tenungan maut si Daim tu. Si Luv ni boleh pulak buat statement ramai perempuan nak bunuh dia. Alahai.

“Tapi betul apa. Tu, lelaki tu. You tak tahu berapa ramai perempuan syok kat dia.”  Luv memeluk tubuh sambil memandang ke arah Daim yang dah menunggu dalam kereta.

Tiga orang gadis itu memandang Luv dengan muka penuh perasaan. “Mana you tahu? You ada apa-apa ke dengan Daim? Dah berapa lama you kenal dia?” Maya dah masuk mode peguam dia. Tiba-tiba rasa macam dalam mahkamah pulak.

Hana menggaru telinga. Aku yang bakal nikah dengan Daim, si Maya ni pulak yang lebih. Luv menarik sengih. “Relax, I tak minat pun dengan bakal suami you Hana. We’re just good friends. For you records, Cik Peguam, I kenal Daim since kami first year kat universiti dulu. Sama club. We were really close. Sebab tu I tahu banyak perempuan rasa macam nak cekik batang leher you, Hana.” Luv mengelus pipi Hana.

Gadis itu menelan air liur. Serius ke? Alamak, risau la pulak. Maya menghampiri pereka fashion tu. “Mana you tahu I peguam?” Tanya dia tak puas hati. Luv tarik muka bosan. 

“Sesiapa pun boleh tahu you ni lawyer. Cara you interrogate orang contohnya.” Balas Luv selamba. Hana dan Jannah tergelak kecil. “Teeeettt!” Ejek mereka. Maya menjulingkan mata.

“Apa-apalah. Anyway, kalau you perlukan khidmat I, boleh contact I anytime. Okey bye.” Mencicit cik peguam tu keluar dari kedai dan terus masuk ke dalam kereta. Luv tersenyum manis.

Hana menghulur tangan kepada Luv. “Thanks banyak Luv.” 

Gadis berhijab kuning itu menggeleng kepala. “No, thank you!” Terus ditarik Hana ke dalam pelukannya. Mulut Jannah terlopong. Hana tak terkata. “K-Kenapa?” Tanya Hana, lambat-lambat membalas pelukan pereka fashion itu.

“Sebab buat dia happy.” Bisik Luv sebelum meleraikan pelukannya. Hana tergamam. “Okey, I doakan wedding you berjalan dengan lancar. Pasal dress you, don’t worry. I guarantee you’ll be the most stunning bride ever! Confirm terjojol biji mata si Daim tu.” Gurau Luv.

Selesai saja menyalin pakaian, Hana dan Jannah mengucapkan selamat tinggal kepada kawan Daim itu. Alhamdulillah. Selesai satu benda. Banyak lagi benda tak settle. Masuk je dalam kereta, Daim dengan spek aviator hitam dia tu dah lama sedia nak tukar gear. 

“Lamanya kat dalam tu. Borak apa?” Tanya Daim bila masing-masing layan perasaan dalam kereta. Langsung tak berbunyi. Hana memandangnya. “Luv cakap ramai perempuan nak bunuh I.” Balas Hana selamba. 

Terus terhenti kereta. Semua orang terdorong ke hadapan, akibat daripada tekanan inersia. Daim mencabut aviator hitamnya. “What?”

Hana, Jannah dan Maya terdiam. “Dia gurau jela.  Apasal awak ni?” Hana berkerut tengok reaksi lelaki tu. Over bebeno. “A’ahlah Daim. Dia gurau je. Dia cerita you dengan dia kawan rapat masa zaman universiti dulu. Lepas tu ramai perempuan syok kat you. Itu je.” Cerita Jannah. Hana mengangguk setuju.

Daim menggeleng kepala sambil memakai kembali aviator hitam dia.  Sesekali kedengaran nafas dia berderu berat. Hana mencuri pandang lelaki itu. Apa la yang sarat sangat dalam kepala dia agaknya. Pasal apa Luv cakap tadi? Ala macam dia tak kenal Luv, kaki gurau orangnya.

Ke... dia tiba-tiba rasa menyesal, tak nak kahwin dengan aku? Iyalah. Aku ni dahlah tak berapa nak cun sangat. Bagi kategori orang bawahan, aku kira okey la. Tapi bila diri sebelah Daim, dah macam beauty and the beast! 

Hana menghentak sisi kepalanya ke cermin tingkap kereta. Dia baru perasan agaknya aku ni tak lawa, tak sepadan dengan dia. Tiba-tiba rasa kelam dunia. “Ate kau ni dah kenapa?” Daim mengerling gadis di sebelah.

“Hana.” Panggil Daim bila gadis itu masih senyap sambil muka tu cantik sikit je dari selipar jepun kat rumah. Gadis itu menoleh. “Hm.” Sahut dia. “Kenapa muka macam tu?” Tanya Daim. Sempat dia mengerling rear mirror. Maya dan Jannah dah selamat di alam mimpi. Penat sangat la tu. Bagus jugak depa tidur. 

Gadis itu menggeleng lemah. “Penat?” Tanya Daim. Hana menggeleng lagi. “Dah tu, kenapa? Fikir pasal apa yang Luv cakap tadi? Laa tadi dia yang kata Luv tu bergurau. Ni dia pulak over thinking.” 

Hana melepaskan satu keluhan berat. “Saya bukan fikir pasal tu.” Daim mencuri pandangnya lagi. “Habis pasal apa?” Daim bertanya risau. “Pasal awak.” Balas Hana lemah. 

“Pasal aku? Kenapa dengan aku?” Rasa cemas mula bertandang di dada. Jangan tiba-tiba dia cakap tak nak kahwin dengan aku. Memang menitik air mata jantan aku.

“Kenapa lately ni awak macam nampak serabut je?” Hana mencabut tali pinggang keledar dan memusingkan tubuhnya menghadap Daim yang sedang memandu. “Eh kau ni dah gila ke? Pakai balik seat belt tu.” Herdik Daim. Risau pulak tengok cara minah ni duduk, dengan tak pakai seat belt. Argh.

“Awak cerita dengan saya dulu kenapa awak serabut? Ya saya tahu awak ni memang jenis cranky moody 24 jam tapi takdalah muka tu tense semedang. Tapi lately ni, muka awak tense je. serabut je. Kenapa? Awak menyesal ke nak kahwin dengan saya?” 

Daim rasa macam nak hentak kepala ke stereng. Bilalah dia nak faham hati aku ni.... Daim memberi lampu signal ke kiri dan dia terus belok dan berhenti di tepi jalan. Tubuhnya dipusing menghadap gadis itu.

“Hana, what’s the matter with you? Kenapa tiba-tiba tanya macam tu?” Suaranya lembut bertanya. Dalam situasi macam ni, tak boleh tengking-tengking, tinggi-tinggi suara. Nanti lagi parah. 

Keruh di wajah Hana mengendur. Rasa tenang sikit dengar suara lembut lelaki itu. “Kenapa lately ni awak macam stressed out?” Hana menumpukan sepenuh perhatian kepada lelaki itu.

Daim diam seketika. “Aku tak stress. Aku cuma...risau. Confuse.” Balas Daim. Riaknya jelas nampak keliru, celaru. “Pasal wedding kita? Awak risau pasal kita?” Hana bertanya. Lelaki itu menggeleng yakin. “No, no. Aku tak risau langsung pasal kita. Sebenarnya, aku baru tahu aku ada adik perempuan.” Ujar Daim.

Rahang Hana jatuh. Baru dia sedar. Selama ni dia tak tahu apa-apa pun pasal latar-belakang lelaki ni. Yang dia tahu, Daim ni PA kepada Shuichi. Ada kacukan Jepun, membesar kat Jepun. Pasal keluarga dia, satu benda pun Hana tak tahu. Mana mak ayah dia, apa nama mereka, tinggal kat mana, orang apa. Aku pulak yang celaru.

“Awak baru tahu? So awak dah jumpa dia?” Hana tanya sambil matanya terkunci pada wajah Daim. Lelaki itu menggeleng. “Umi beritahu. Dia cakap aku ada adik perempuan. Dia pun pelik bila aku macam bingung, tak tahu yang aku ada adik. Takkan umi nak bohong pulakkan?” Daim memandang Hana yang setia memandangnya.

Gadis itu menarik senyum nipis. “Umi awak tak bawak awak jumpa adik awak?” Tanya Hana lagi. “Umi pun tak tahu kat mana dia. Entahlah. Aku pun tak sure kenapa aku concern sangat pasal kewujudan adik aku ni. Pening aku nak fikir. Kalau kau jadi aku, apa kau buat?” Daim menoleh, menunggu jawapan gadis itu.

“Kalau saya jadi awak, saya carik adik saya tu. Carik sampai lubang cacing. Adik kot. Time jumpa tu, mesti macam jejak kasih. Especially time umi awak jumpa adik awak. Sob sob.” Hana merapatkan tangan ke dada.

Daim menjulingkan mata. “Kau ni banyak sangat tengok sinetron ni.” Daim menukar gear dan kembali mengerakkan kereta. Hana mencebik. “Daim, awak tahu tak, saya tak tahu apa-apa pun pasal awak.” Ujar Hana.

Lelaki itu memandangnya sekilas. “Kau tahu aku cranky.” Balasnya sambil menarik senyum separuh. Hana mengangguk setuju. “Dan berlagak. Tidak lupa juga bajet hensem. Poyo. Bajet ho—”

“Oi lebih pulak kau.” Daim berdesis. Hana ketawa kecil. “Part hensem tu, aku tak bajet. Aku memang hensem.” Ujar Daim tak tahu malu. Hana ketawa besar sampai tergerak rakan dua orang kat belakang. Sesaat kemudian, mereka menyambung tidur kembali. “Awak ni makhluk paling kuat perasan sekali dalam dunia ni!” Kepala digeleng, kagum dengan keberanian Daim dalam memuji diri sendiri.

“So based on what you said, you know me.” Daim mengerling ke arahnya. “Saya tahu perangai awak, tapi saya tak tahu apa-apa pasal awak. Your birthday, your address, your past, family awak. Parents awak, adik-beradik awak.” Hana mengira semua perkara yang dia tak tahu tentang Daim dengan jari. 

Daim menjungkit kening. “Kau nak jadi stalker aku ke apa ni?”  

“Daim, kita ni bakal jadi suami isteri. Jadi, kita perlu tahu benda-benda personal pasal pasangan kita. Saya nak tahu semua pasal awak. Semua.” Bersungguh-sungguh Hana meminta. Daim menggigit bibir. Dalam kepala dah tersusun semuanya yang Hana nak tahu pasal diri dia.

Ayah aku, Encik Takahashi. Umi aku, mak cik Mia. Aku dilahirkan di Jepun, dibesarkan di Malaysia untuk beberapa tahun. Pernah kemalangan sewaktu kecil, boleh jadi penyebab aku tak ingat atau tak tahu tentang adik aku. Lagi.. Ha, Shuichi bukanlah bos aku, tapi sepupu aku. Kerjaya? Aku bekerja sebagai seorang d..

“Daim?” Panggil Hana. Daim berdehem. “Hm, apa kau nak tahu pasal aku?” Dilapangkan dada, sedia menanti apa saja jenis soalan daripada gadis molek kat sebelah ni.

“Awak kacukan Jepun?” Hana memulakan sesi soal jawab dia. Daim mengerling gadis itu. “Seriously?” Daim pasang muka bosan. Memang pantang dia kalau orang tanya benda yang dia dah tahu.

“Okay okay.  Awak mix. So ayah awak Jepun ke, mak awak?” Hana membetulkan soalannya. “Ayah.” Balas Daim pendek. “Mak awak?” Hana memandang Daim. “Melayu. Macam kau.” Daim menarik senyum nipis. 

Hana terangguk-angguk. “Mana diaorang?” 

“Ada kat sini.” Balasnya.

“Nak jumpa.” 

Bulat mata Daim memandangnya. “H-Ha? Nak jumpa?”

“Yelah. Takkan tak nak jumpa bakal bapak mak mertua kot. Hish awak ni.  Biar betul. Kita nak nikah ni, parents awak tahu tak?” Hana berkerut. Macam ada kebarangkalian je mamat ni tak beritahu mak ayah dia. Entah-entah dia tak rapat tak dengan famili dia. Alamak. Bahaya tu.

Daim menjilat bibir. Apa aku nak respon ni? 

“Tahu. Aku dah beritahu diaorang. In fact, they actually knew you. Pretty well.” Beritahu je la. Alang-alang dah buka topik ni. Daim memandang Hana sekilas. “Diaorang kenal saya?” Hana terkejut. Kagum pun ada. Macam mana mak ayah mamat ni boleh sangat kenal aku?

Lelaki itu mengangguk. “Awak pun kenal diaorang.” 

Kali ni Hana dah terlopong. “Serius? Diaorang artis ke?” Terus excited minah ni. Eh eh dia ni. Daim tarik muka pelik. “Kau ni kenapa?” Dipandang Hana penuh rasa pelik. “Yelah. Mak ayah awak artis ke? Pelakon?  Penyanyi?” Hana tak sabar.

“Penyajak.” Balas Daim selamba. “Ha?” Kekok terus senyuman gadis itu. Diam ketawa besar. “Apa yang kelakar sangat tu?” Tanya Jannah yang terpisat-pisat menggosok mata. Maya kat sebelah tengah mengeliat.

“Eh tak sampai lagi ke?” Maya menebar pandangan ke luar tingkap. Daim menarik sengih. Macam mana nak sampai? Asyik berhenti tepi jalan je kerja. “Dekat dah. Sedap tidur?” Hana memandang kedua kawan baiknya dengan segaris senyuman.

“Sedap gila. Aku mimpi rumah kita penuh dengan ais krim. Macam dalam cerita Cloudy meat balls tu. Best weh. Balik ni beli ais krim banyak-banyaklah. Weh Hana, kau tidur tak?” Jannah menepuk bahu kawannya itu. “Dah kalau bakal suami kat sebelah, celah mananya tidur.” Maya menyampuk. Hana menjeling manja. 

“Haii... Makin meriah suasana dalam kereta ni. You ladies are true machine guns. Non stop pok pek pok pek. Bangun-bangun terus cakap tak henti.” Komen Daim sambil tangannya buat gaya burung, buka tutup. 

Laju saja tangan Jannah dan Maya menepuk kedua bahunya. “Adoi.”

“Padan muka awak.” Hana ketawa mengekeh. Jangan main-main dengan buddies aku. Daim menggeleng kepala. Bahaya betul bawak tiga orang anak dara. Memang jadi mangsa la. 

---

Rosebud says:

 Assalamualaikum brothers and sisters!

Masya Allah, finally berjaya juga saya post the latest chap kan. Alhamdulillah. Harap korang enjoy baca every bit of it as much as I enjoyed writing it. :) Again, sepuluh jari dihulur mohon maaf for the late update and andai ada benda dalam humble story ni yg terguris mana2 hati, i apologise. as mentioned, it's a fiction, but still, moga ada pengajaran yg dpt dicedok. mana tak elok, jadikan iktibar.
 Saya tahu chap ni sgt detail (dan pendek. sorii), semua benda nak cerita, tp saya rasa, moment nak kahwin ni, sebelum kahwin sgt mendebarkan. sgt precious. (although I've never been in that situation before tp bila watching my brothers' weds, wow.. betul rasa nak kahwin! itulaa..calon je takde. :P) hehe
Thanks korang banyak-banyak. salute! your patience is unbelievable! it's sublime! bersabar menunggu, setia meng-support. Serius, terharu. over-whelming. Allah Taala saja yg mampu balas. :)
Anyway, kemelut di Syria dan ngr2 timur tgh masih ada. moga kita titipkan doa utk mereka setiap masa. di Malaysia, keganasan dan kekejaman makin menjadi-jadi. takut pun ada. tp jadi tugas kita utk pertahankan ngr dan terutama skali agama ya. moga Allah lindungi ngr tercinta ini drpd kekacauan, lindungi kita dari kezaliman mereka yang zalim, aamiin insya Allah.  
Moga jannah milik kita. aamiin. :)

*don't forget to review/comment/suggest/advice yeah. maseh! ja ne.

Jom amiinkan sama-sama. Courtesy of OwhSoMuslim.com




4 comments:

syizac sweet said...

Alhamdulillah...dpt juga sis baca n3 baru you...best...tak sabar nak tahu siapa maisa...n bila daim nk bgth hana pasal ayah n umi dia...gud job dear..

Nana Norazlan ;)) said...

Finally . Seriously i've waiting for this for a long long time . Tak menghampakan . Chapter nie sangat best . Congrates kak (:

Anonymous said...

Dr n3 lps2 nmpk cam maisa tu hana.jgn la please

Anonymous said...

best >_<

Post a Comment