Saturday, October 12, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 42



Nyaris terlepas mug di tangan kak Mida bila melihat Hana dan Budin sedang berbalas pukulan sambil terjerit-jerit. Bola kecil berwarna putih terlantun-lantun atas meja biru. “Yezza! 20-18.” Jerit Hana gembira. Bat ataupun paddle di tangan dijadikan kipas, mengipas badannya yang dah mula membakar lemak-lemak tepu. Boleh tahan berlecak jugak ketiak main ping pong ni. Budin mencampak bola ping pong kepada Hana. 

“Mana korang dapat meja ping pong ni?” Tanya kak Mida, menarik kerusi dan terus duduk. Sakit pinggang diri lama-lama bila perut dah memboyot ni. Hana dan Budin memandang ke arah wanita mengandung itu serentak. “Bila akak sampai?” Budin bertanya pelik. Tak dengar pun kak Mida masuk.

Kak Mida menghirup teh tarik dalam mug. “Semalam.” 

Hana ketawa mengekeh. Cayalah kak Mida. Dah pandai berloyar buruk. Budin dah lempar jelingan maut kat Hana. Nak kata akulah tu sumber loyaran buruk kak Mida. Ceh. Tapi memang pun. Bagus kak Mida. Anak murid yang baik. “Terpengaruh dengan Hana la ni!” Marah Budin. Hana mengoyak senyum bangga.

“Ni mana korang dapat meja ping pong tu?” Muncung kak Mida ditala ke arah meja berwarna biru tu. Soalan sama diulang lagi. Takkan dia puas hati selagi tak dapat jawapan. “Hana paksa Mat Tampoi beli lepas tu angkat bawak masuk pantry ni.” Budin tolong jawabkan dengan senang hati. “Apa kau kasi dia lepas tu?” Wajah selamba Hana dipandang. 

Gadis itu meletakkan sebelah tangan atas meja ping pong manakala sebelah lagi menghayun bat. “Air masak.” Balasnya dengan nada tak bersalah. Kak Mida yang baru saja meneguk teh tariknya terus tersembur air tu. Budin berlari mendapatkan kak Mida. Mug di tangan kak Mida diambil dan diletak atas meja. “Akak okay tak?” Budin teragak-agak nak tepuk belakang wanita tu. Kak Mida mengangkat tangan kanannya, memberi isyarat dia okay.

“Tak senonohlah kau ni Na. Air masak je kau bagi?” Kak Mida menggeleng kepala. Sampai betul hati budak ni. Punyalah budak tu berpenat-lelah nak ambil hati dia. Sedikit simpati pun takda. 

Hana tarik muka pelik. “Okay la tu. Daripada Hana kasi dia air paip? Air jamban ke ha. Kira cukup berjiwa rakyatlah ni tau.” Balasnya beriya. Budin dan Kak Mida dah tergelak besar. Alahai. Sabar jela minah ni. 

“Akak okay he? Budin, cepat. Tak sabar aku nak titik kau lagi ni.” Hana menayang bat ke arah bertentangan dengannya, menyuruh Budin segera ke meja ping pong. 

Budin menjeling geram. “Menyampah la dia ni kak. Asyik menang je. Semua game dia nak terer main! Agak-agaklah beb.” First time tengok Budin menyerlahkan kejantannya. Fuh, dahsyat. Kalau Geng Powerpuff Girls nampak ni, mahu sensasi si Budin. Jadi hot stuff terus kat Samurai.

“Budin lagi sekali Budin.” Hana memandangnya penuh kagum. “Buat apa?” Budin bertanya pelik. “Suara gagah tu la. Macho kot. Kak Mida pun tergoda dengar weh. Kan kak kan?” Matanya mencerun pada muka terkejut kak Mida, memaksa wanita tu iyakan saja kata-katanya.

“Encore! Encore!” Kak Mida menggoyang tangannya yang digenggam kemas.

Budin menjulingkan mata. Langkah diatur menuju ke meja ping pong. “Merepek je. Bencilah! Dah cepat cepat. Dekat pukul 1 dah ni.” Habis je ayatnya, Budin terus smash bola. Hana yang terleka tak mampu nak balas balik pukulan Budin tu. 

“Oh yeah! 19-20.” Budin buat aksi pemain bola bila berjaya jaringkan gol. 

“Cheating bolehlah.” Hana serve bola ping pong, Budin sambut pantas. Sebaik saja bola kembali pada Hana, dia terus membalun dengan pukulan spin. Bola ping pong itu berpusing arah lawan jam melintasi net. Sebaik saja masuk ke kawasan Budin, bola itu melantun semula ke arah Hana. Serta-merta beberapa garisan kedut menghiasi dahi Budin. Dia terpinga-pinga. Sungguh dia keliru sekarang. Sekelip mata bola dah lantun balik. Matanya bulat memandang Hana yang dah pasang sengih sekerat. 

“Ops. 21-19.” Hana menutup mulut, mengejek lelaki itu. Budin menggigit bibir sambil dadanya ditepuk banyak kali. Sakitnya hati. Tambah sakit hati bila tengok skill minah ni yang ohsem. Boleh pulak dia bagi bola swing kan. Selamba je. Gua tabik. Dalam hati.

 “Puaka! Celak-A!” 

Hana dan kak Mida saling berpandangan. Tak sangka dua perkataan tu baru keluar dari bibir lelaki selembut Budin. Sah, dia anak jantan. “Tahniah Budin. Kau dah buktikan hari ni. Tahniah. Aku selaku member kau yang baik hati lagi jelitawan ni sangat bangga dengan kau.” Hana dan kak Mida menepuk tangan.

“Buktikan apa?” Tanya Budin, masih berkerut. 

“Buktikan yang kau ni anak jantan.” Hana tersenyum.

Macam peluru, macam-macam keluar dari mulut Budin. Hana mengelak sambil tangannya beriya memukul-mukul, kononnya memukul perkataan-perkataan yang keluar dari bibir lelaki itu. Kak Mida dah tergelak besar. Budin yang mula-mula tadi macam nak marah terus tak jadi marah. Dia pun sama ketawa. 

“Senget la Hana ni.” Budin menggeleng.

“Hei korang ni. Macam budak kecik. Sakit perut akak melayan.” Kak Mida bangun dan menuju ke sinki, nak basuh mug. Budin macam biasa, dengan sifat semulajadi baik hatinya terus ambil mug dari tangan kak Mida. “Takpa, Budin basuh.” 

Hana berjalan ke sisi Budin. “Alang-alang tu, basuhkan pinggan dan cawan aku sekali. Terima kasih Budin.” Dan Hana dah lenyap dari pandangan. Kak Mida menggeleng kepala sambil tergelak kecil.

“Sabar jela Budin. Dia memang kepala tak centre sikit.” Kak Mida cuba nak sedapkan hati lelaki itu. Budin menarik senyum. “Ala Budin tak kisah pun kak. Kalau bukan sebab Hana, memang sunyi je la ofis ni. Dia tu kan lampu disko.” Balas Budin selamba. Kak Mida ketawa lagi.

Teringat masa Hana baru-baru join company ni, kesengalan dia cukup famous sampai satu ofis panggil dia lampu disko. Kata mereka, bila Hana ada, rasa macam nak enjoy sakan. Itu pasal depa bagi nama tu. Paling tak tahan bila Hana selamba balas, “Amboi gaya macam selalu pergi disko je.” Masing-masing muka dah berubah kelat. Terus ditarik balik nama lampu disko. Lepas kejadian tu, takda siapa berani nak gelar-gelar Hana sampailah Daim muncul. Dia orang pertama berani carik pasal dengan gadis itu.

Perempuan gila buta warna.

 Cakap pasal Daim. “Akak perasan tak, lately ni, Hana dengan Daim lain macam. Kan?” Budin mengelap tangan sesudah mencuci mug dan pinggan. Tubuhnya dipaling menghadap kak Mida.

“Lain macam mana?” Tanya kak Mida.

“Lainlah. Akak tak perasan ke dia dua orang tu nampak happy je?” Budin memeluk tubuh. “Aik orang happy pun kau susah?” Kak Mida berkerut. Ni hasrat dengki ke apa ni?

Budin melepaskan satu keluhan. “Akak ni. Mana ada Budin susah hati diaorang happy. Budin rasa pelik je sebab dua orang tu kan musuh tradisi. Masa tu kata nak be in a good term. End up gaduh jugak bila jumpa. 

Tapi lately ni, diaorang macam..saling berhemah. Bila terserempak, masing-masing beri salam, tersenyum, bukan main Bob mesra lagi. Dalam lab, kadang-kadang nampak batang hidung si ungka tu. Dia masuk lab semata-mata nak tanya Hana dah makan ke belum. Tak ke pelik tu? Sejak bila dia jadi pakar nutrisi Hana? Bila meeting lagi obvious kak. Daim tu, kalau Hana gerak sikit, dia pun gerak sama. Diaorang macam..” Budin kehilangan kosa kata. Tak tahu macam mana nak explain situasi Hana dan Daim. 

“Tengah bercinta?” Kak Mida menjungkit sebelah kening.

Budin terdiam sekejap. Boleh jadi diaorang bercinta. Tapi...serius ke? Hana pernah cakap, prinsip hidup dia no couple before marriage. Haram. Dah tu, ni sekarang ni apa? 
“Kau ni sejak bila jadi stalker diaorang? Tahu semua benda. In detail pulak tu. Ee akak pulak yang meremang.” Kak Mida mengusap lengannya. Bulu roma terasa tegak.

Budin menjeling geram. “Bukan nak stalk ke apa. Tapi dah benda jadi depan mata. Nampak obvious kak. Hana macam gerak kerusi ke belakang sebab nak bersin, si Daim tu pun gerak sama. Macam kena elektrik.” Cerita Budin penuh semangat tentang kejadian yang berlaku dalam bilik meeting tempoh hari.

Kak Mida geleng kepala. “Alaa mungkin Daim pun nak terbersin jugak ke. Kau ni suka buat kesimpulan sendiri.” 

“Kak, mana ada orang nak bersin bukak mata besar-besar. Time tu Daim tengok Hana kot. Muka dia macam risau je. Macam.. Entahlah. Tak tahu nak cakap macam mana.” Budin memeluk tubuh, cuba nak tafsir riak muka Daim ketika Hana bersin sampai ke belakang.

“Alaa kau ni. Biarlah diaorang kita doakan je diaorang cepat-cepat kahwin. Hana tu pun lawa orangnya. Daim tu pun hensem. Eloklah tu sama-sama cantik, sama padan.” Balas Kak Mida mula mengorak langkah keluar dari pantry. Budin ikut dari belakang. 

“Ke diaorang dah kahwin senyap-senyap kat Siam?” Laju je satu ayat ni meluncur keluar dari mulut Budin. Tak tunggu lama, terus ditepuknya lengan lelaki itu. Kak Mida menjeling tajam. “Kau ni. Takkan sampai ke Siam nak kahwin. Tak beragak betul. Ke diaorang kahwin kat dalam negara je ke kan. Kau mana tahu.” Sesedap je nak buat andaian si Budin ni. 

Budin menarik sengih. “Nak marah Budin konon. Akak pun sesedap oren je buat andaian kan? Ha?” Kening dimain-main. Kena lagi sekali penampar kat lengan. Budin mengerang sakit. Diurut-urut lengannya yang terasa bisa. Walaupun beralas baju, tapi masih terasa sakitnya.

“Dah dah tak payah sakitkan kepala akak ni nak fikir apa jadi dengan diaorang berdua. Nanti kita tanya dia. Dengar sendiri dari mulut tuan punya badan. Okay? Kau dah solat belum?” Kak Mida memandang Budin atas bawah.

“Belum. Belum masuk pun lagi kak.” Budin menayang jamnya ke muka wanita itu. Kak Mida angguk. “Yelah. Jom lunch. Baby dalam perut ni nak kebulur dah.” Kak Mida mengusap perutnya dengan penuh kasih sayang. “Akak ke baby yang dah nak kebulur?” Sindir Budin baik punya. 

Kak Mida dah sedia nak bagi lagi satu penampar tapi Budin cepat-cepat jarakkan diri. “Jom jom lunch. Budin belanja.” 

“Nasib baik kau pandai ambil hati.” Kak Mida tersenyum. 

“Kak Mida kot. Siapa tak nak ambil hati akak hot mama kita ni? Dahlah cantik, gebu, pregnant tapi tak nampak macam mak buyong pun. Hot je. Ohsem sangat.” Sikit punya baik Budin angkat kak Mida. Wanita itu ketawa senang. “Comel tak kak Ton?” Kak Mida menepuk-nepuk pipinya. Budin tergelak besar. Serius kak Mida dah terpengaruh dengan Hana. 

“Akak nak makan Johnny’s Restaurant. Jom.” Kak Mida lead the way. Terus Budin tampal muka sedih. Alamak. Kopaklah aku!

-

“Irna le perle!” Jerit Maya sambil jari telunjuknya menekan-nekan skrin lap top. Sebelah tangan lagi digoyang-goyang, memanggil Hana dan Jannah  yang sedang membelek majalah-majalah pengantin di atas katil supaya ke mari. “Ha? Irma lapar? Siapa? Irma Hasmi?” Jannah dan Hana memandang Maya serentak. Kawannya itu menggeleng laju. “Bukan Irma Hasmi la! Ni, Irna le perle! Sinilah tengok!” Hana meletakkan majalah atas riba Jannah sebelum melompat turun dan terus merangkul leher Maya. Dagunya diletakkan atas kepala kawannya itu.

 “Apa— Ohh cantiknya!” Bulat terus mata Hana. Gambar-gambar gaun pengantin yang terpampang di skrin ditenung lama. Bibirnya terbuka luas. Jannah angkat kepala. Apa yang ohsem sangat sampai minah ni jaw drop?

Jannah turun dari katil dan mendekati mereka berdua. Keningnya bersatu sambil kepalanya didekatkan pada skrin. “Wahh..” Kali ni, giliran Jannah pulak jaw drop. “Lawakan?” Tanya Maya sambil melayang senyuman separuh. Nada nak angkuh.

“Lawa gila!” Serentak, Jannah dan Hana angguk laju. Masing-masing setia merenung gaun-gaun indah pada website Irna le perle itu. Memang cantik gaun-gaun dia. “Jakarta? Designer dari Indonesia la ni.” Jannah terangguk-angguk. 

“Aku suka ni. Suka tu jugak. Alamak, ni pun aku suka. Cantiknya Ya Allah!” Mata Hana dah bling bling. Semua design dia cantik-cantik belaka. Memang rabun mata tengok. Tak tahu nak yang mana satu. Semua cantik. 

Maya memusingkan kerusinya menghadap Hana. “Aku tak sure berapa price dia. Kalau termasuk shipping maybe mahal la kot. Kau nak tak?” Maya memandang wajah kawannya itu. Hana diam sejenak. 

“Survey dulu la harga dia. Kalau lari baget takpa la weh. Kahwin kena bersederhana. Baru Rasulullah s.a.w sayang.” Hana berkata perlahan. Maya dan Jannah angguk setuju. “Okay. Nanti aku survey harga bridal gowns dia ni. Aku try carik designer lain jugak okay.” Maya kembali menghadap lap top.

Hana merapatkan pipinya ke pipi Maya. “Thanks bebeh. You’re the best!” 

Maya ketawa. “Baru tahu aku ni best?” “Ceh. Perah santan. Tapi memang betul pun.” Balas Hana sambil memeluk tubuh. Maya tergelak besar. “Bengong kau ni Na.” Kawannya itu dah geleng kepala. Jari-jarinya laju menekan-nekan mouse, mencari bridal gowns.

 Hana tersenyum melihat usaha minah dua orang ni. Dipandang Maya lama sebelum matanya singgah pada wajah Jannah pula. Kawan-kawannya itu bersungguh-sungguh survey baju pengantin, barang-barang hantaran, pelamin semua, macam-macam, hanya untuk dia. Even keluarga Jannah dan Maya pun datang tolong. Siap offer nak sponsor wedding, cake, makanan, khemah, semualah. You name it. 

Allahuakbar.

Bila Hana beritahu dua kawan baiknya tu tentang rancangan dia nak bernikah dengan Daim hujung bulan ni, terus tubuhnya didakap erat mereka. Paling mengharukan bila mata masing-masing dah bergenang. Allah. Siapa tak menitiskan air mata bila melihat kawan baik sendiri menangis? Memanglah mereka sahabat aku dunia dan akhirat insya Allah. Hana tersenyum lagi. Kali ni senyumannya diiringi linangan air mata. Bukan sebab sedih, tapi sebab gembira. Gembira dan bersyukur pada Dia Pemberi segala nikmat. Walaupun tiada keluarga di sisi untuk membantu, tapi Allah tetap datangkan pertolongan dan rezeki tanpa disangka-sangka selagi kita meletakkan kebergantungan kita kepada Dia seratus peratus. Betullah janji Allah dalam surah At-Talaq, ayat 2 hingga 3.

“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikannya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah melakukan segala yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”

Masya Allah.  Sayangnya Allah kat aku. Even dalam aku lalai sekalipun, macam-macam nikmat diturunkan kat aku. Dan banyaknya nikmat tu, satu pun aku tak minta. Allah bagi free macam tu je. 

Alhamdulillah.

“By the way Na, bonda tahu tak kau nak nikah ni?” Tanya Jannah tiba-tiba. Hana cepat-cepat mengesat air matanya sambil melabuhkan punggung di sebelah kawannya itu. “Dah. Aku call dia beritahu. Insya Allah nanti weekend ni nak singgah kejaplah. Nak ikut?” Bantal busuk diambil dan dipeluk kuat-kuat. Wanginya.

“Boleh je. Kau ada court case ke apa tak Maya?” Jannah memandang Maya yang asyik mengklik segala macam blog dan website. Gadis itu mengeleng. “Aku free. Weekends aku merely for Hana! Sweet tak aku?” Maya menoleh sebelum mengenyitkan sebelah mata. Jannah buat-buat gelak. 

“Serius jijik.” Ejek kawannya itu. Hana dah tergelak besar. 

“Jealousy turning saint into the sea~”

Jannah tarik muka. “Hel-lo. I tak jeles okay! See the face okay.” Tangan diliuk-lentuk. Ew. Maya dah tak boleh tahan, terus dia tarik bantal yang dibuat alas punggung dan dicampak ke muka Jannah. Apalagi, riuh-rendah satu bilik bila Jannah dah menjerit sakan. 

“Busuk kot!” 

Maya tayang muka selamba. “Memanglah. Ata aku ala-ala machine gun kentotkan bantal tu.” Terus hijau biru muka Jannah. Dibaling bantal tu ke muka Maya semula. 

“Nasib tak berbuih mulut kau Jannah.” Hana dah sakit-sakit perut ketawa. “Dah berbuih dah pun. Aku telan balik buih tu. Nak jaga hati member. Sweet tak aku?” Sikit punya baik Jannah kenakan Maya.

Lagi sakan mereka ketawa. Aduhai.

“Siap kau Jannah. Weekend ni kan kita round cari bridal dress untuk si Hana ni kan. Haa kau tunggulah nasib Cik Neo kau tu.” Maya mula pasang muka psiko. Jannah menggigit bibir. Dalam kepala dah macam nak gila fikir mana port baik nak sorokkan kunci kereta dalam rumah ni. Tapi bila matanya pandang je muka Hana, berkecai impian nak jumpa tempat paling selamat nak sorokkan kunci kereta. Takda maknanya. Si Hana ni, sorok la kunci 10 meter dalam tanah, dia boleh jumpa jugak. Bab-bab carik barang hilang ni, memang serahkan je kat Hana. Sixth sense minah ni... Peh, dahsyat oh.

“Apasal kau pandang aku macam tu?” Hana memeluk tubuh. Matanya dikecilkan. Jannah mengeluh berat. “Kalau si Maya ni bolehlah aku handle lagi. Tapi kau. Alamak. Habislah Cik Neo aku.” 

Hana ketawa mengekeh. Baru kau tahu kehebatan aku. Muahaha.

“Weekend ni he. Cik Neo, come to mama!” 

“Mama mung!” Tawa pecah lagi.

-

Tangan mak cik Mia yang masih dalam genggamannya dihayun tinggi-tinggi, sengaja menyakat orang tua tu. Mak cik tergelak kecil. Ditepuk lengan Daim, menyuruh anaknya tu berhenti menyakat.  Iyalah, dia tu tinggi menggalah, sekali dia hayun tangan orang tua tu, terjungkit-jungkit kaki mak cik Mia dibuatnya. Daim menghayun lagi tangan uminya.

“Daim! Dahlah tu!” Mak cik Mia memeluk lengan anaknya itu bagi menghalang dia dari terus menghayun. Daim ketawa sakan. Wajah merah uminya dipandang lama. “Daim confuse la umi. Macam mana Daim boleh tinggi macam ni tapi umi rendang je. Comel lote. Macam mana tu umi?” Tak habis-habis sesi menyakatnya.

Mak cik Mia menjeling manja. “Dah ayah Daim tinggi. Tinggi la Daim.” Balas umi selamba. Daim terangguk-angguk. Betul la tu. Otousan memang tinggi. Selain baran dan sixth sense, gene lain yang diturunkan dari baka otousan ialah ketinggian. Oh ya, tidak lupa juga kehenseman muka aku ni. Itu pun turun-temurun jugak. Daim ketawa dalam diam. Rasa macam orang bodoh je syok sendiri ni. Alahai.

“Kenapa ketawa?” Mak cik Mia mendongak, memandang wajah anaknya. 

Lelaki itu menggeleng. Tangan mak cik Mia yang masih memeluk lengannya diusap lembut. Bertahun-tahun dia dambakan moment macam ni. Moment keluar dating dengan umi, moment bergurau-senda dengan umi, moment mother-and-son. Indahnya tak terkata. Untung aku umi aku masih hidup. Alhamdulillah. Macam manalah keadaan orang yang dah takda mak bapak. Tiba-tiba satu nama muncul dalam kepala.

Hana. 

Daim menarik nafas panjang. Gadis yang mencuri hatinya. Gadis yang selalu hadir dalam mimpinya. Gadis bernama Hana. Sudahlah mak ayah takda, hidup sebatang kara dari kecil. Tapi dia survive. Daim mengoyak senyum bangga. Semangat perempuan tu memang kuat. Tak lama je lagi perempuan gila buta warna tu akan jadi hak aku yang mutlak. Ya Allah, permudahkan segala urusan.

Mak cik Mia memandang pelik anaknya yang tiba-tiba meraup wajahnya seolah macam sedang mengaminkan doa. “Umi nak makan apa umi?” Tanya Daim sebaik saja selesai membaca doa. Mak cik Mia diam untuk beberapa saat sebelum menjungkit bahu. 
“Apa-apalah. Umi ikut je.” Balas wanita separuh abad itu.

Daim mengangguk. Terus ditarik tangan uminya menuju ke restoran Itali. “Italian boleh umi?” Tanya Daim sebaik saja mereka berdiri di depan penyambut tetamu restoran tu. “Macam mahal je Daim. Kita pergi makan food court jela. Murah. Sedap pun iya. Sini tak tahu entah sedap ke tak. Halal ke tak.” Mak cik Mia berkerut-kerut memandang seluruh isi restoran. Dengan penyambut tetamu sekali kena kerut. Daim tergelak kecil. Tak pasal-pasal je. Huhu.

“Umi, dah lama Daim pasang niat nak bawak umi makan kat sini tau. Jangan risau umi, makanan kat sini halal. Dahlah halal, sedap pulak tu. By the way umi, owner kedai ni member Daim. Dia orang Islam walaupun dia bukan orang Melayu. Kita kena tunjuk support umi. Okay?” Daim berkata perlahan. Tak nak penyambut tetamu tu dengar. 

Mak cik Mia memandang Daim agak lama. Akhirnya dia mengangguk sambil tersenyum. “Yelah anak umi ni. Ada je cara dia nak pujuk umi. Italian pun italian la. Janji kenyang ye dak?” Pipi Daim ditepuk manja. Anaknya itu tersengih sebelum memberi isyarat kepada si penyambut tetamu untuk excort uminya ke sebuah meja khas. 

“Daim nak cerita apa kat umi? Tadi dalam fon bukan main lagi excited. Apa dia?” Mak cik Mia memandang wajah tampan anaknya itu. Betul ikut baka ayah dia. Daim menarik senyum. “Insya Allah, nanti..” Dia diamkan diri. Sengaja nak bagi umi dia suspen. Mak cik Mia mengetip bibir, menanti penuh sabar. Nanti apa?

“Nanti...” Diam lagi. Dalam hati macam nak gila Daim tahan gelak tengok muka umi dia yang dah berkerut-kerut. Mesti umi cemas debar-debar dalam dada tu kan. Ampun umi. 

Mak cik Mia tak senang duduk. Kalau tengok air muka anaknya tu, macam ada khabar tak gembira. “Nanti apa?” Tanya mak cik Mia tak sabar. “Nanti umi dapat menantu insya Allah!” Laju satu ayat tu meluncur keluar dari bibir Daim. Uminya itu tergamam. M-Menantu?

Terus kedua tangannya menekup mulut. “Masya Allah. Betul ke?” Bulat mata mak cik Mia merenung wajah Daim. Lelaki itu angguk laju. “Alhamdulillah. Sampai dah jodoh anak aku. Dengan siapa nak?” Mak cik Mia bertanya. Jelas terpancar kegembiraan di wajah orang tua tu. Bibir Daim melontar segaris senyuman. “Umi kenal dia.” Balas Daim bersahaja sambil membiarkan pelayan menghidangkan pinggan berisi fettucini carbonara di hadapannya. Seorang pelayan lagi menghidangkan pinggan berisi caviar di hadapan uminya.

“Grazie mile.” Ucap Daim kepada pelayan bermata biru tu. 

Mak cik Mia masih ligat berfikir siapa gerangan bakal menantunya. Aku kenal? Mak cik Mia diam untuk beberapa detik sebelum bibirnya mula mengukir senyuman separuh. “Hana?” Teka orang tua tu. Daim tergelak kecil sambil terangguk-angguk. Umi memang bijak. (*Grazie mile=Thank you very much)

“Insya Allah dia orangnya umi.” 

“Subhanallah! Ya Allah, moga Hana yang terbaik untuk anak aku, Daim.” Mak cik Mia meraup serata wajah sambil mengucapkan amin. Daim mengaminkan doa uminya dalam diam. Hatinya menarik rasa lega melihat respon yang ditunjukkan umi. 

Mak cik Mia memegang tangan anaknya itu. Syukurnya dia pada Tuhan, rahmat dari Yang Maha Pengasih, diketemukan dia dengan anaknya, dan hari ni, satu lagi khabar gembira dikurnia untuknya. Dia bakal mendapat menantu. Allah. Kalau tidak difikirkan di mana mereka berada sekarang ni, dah lama dia sujud kepada-Nya.

“Bila nak langsung? Tunangnya bila? Baju nikah semua dah sedia?  Mak andam, catering?” Bertalu-talu soalan keluar dari mulut mak cik Mia. Daim mengusap tangan uminya. Macam ni rupanya perasaan dihujani rasa ambil berat oleh insan bernama umi. Indahnya, tak terungkap.

 “Umi, pasal tu semua umi jangan risau. Daim boleh uruskan sendiri. Insya Allah langsung hujung bulan ni.” Ujar Daim lembut. 

Wanita separuh abad itu tersenyum lega mendengar jawapan dari mulut Daim. “Kalau semua Daim uruskan, habis umi buat apa? Takkan nak umi duduk melangok je tengok anak umi kahwin? Umi takda tugas apa-apa? Runner ke?” 

Hampir tersembur tawa Daim. Kelakarlah umi ni. Runner tak boleh blah. Kang aku suruh jadi runner betul-betul kang, terangkat kain tu. Huhu. Tapi betullah kata orang. Perempuan, tak kiralah mak ke, adik ke kakak ke isteri ke, memang ada satu sifat yang dah sebati dalam diri mereka, yakni manja. Senyumannya melebar. Manja seorang emak untuk anaknya, priceless.

 “Tugas umi satu je. Jadi mak pengantin. Ah baru Daim teringat. Umi, Daim nak tanya sikit. Boleh?” Daim mencerun ke segenap wajah uminya. Suaranya dilunak lembut. Uminya itu mengangguk. 

“Otousan. Umi. Umi tak jumpa otousan lagi kan?”  

Serta-merta riak wajah mak cik Mia berubah pahit. “O-Otousan?” 

Daim angguk. “Hm. Otousan. Suami umi.” 

Mak cik Mia memalingkan wajahnya. Ada riak tak senang terpancar di wajah orang tua tu. Daim terkedu. Apa dah jadi? “Umi..? Kenapa umi?” Tanya Daim risau. Hatinya bertambah resah apabila air mata mula mengalir di pipi uminya. Daim terus bangkit dan menuju ke arah mak cik Mia sebelum dia melutut di sisi wanita itu.

Tangan mak cik Mia digenggam lembut. “Umi, kenapa ni umi?” Daim menyeka air mata di pipi uminya itu. Mak cik Mia memandang lama wajah anaknya. “Umi, I’m all yours. Hm?” Pujuk Daim sambil menguatkan genggaman tangannya, nak beri keyakinan kepada orang tua tu. 

Mak cik Mia menarik nafas dalam-dalam sebelum bertanya, “Daim ingat apa jadi masa Daim accident dulu?” Lelaki itu berfikir sejenak. “Sikit. Blurry la. Kenapa umi tanya?” Daim bangun dan menarik kerusi sebelah mendekati uminya sebelum duduk. Tangannya masih erat menggengam tangan wanita tua itu. 

“Masa Daim accident dulu, Daim ada dengan umi. Kita keluar beli groceries kat pasar. Umi ingat lagi. Daim masa tu suka sangat makan buah epal. Jadi masa kat pasar tu, benda pertama Daim cari, buah epal.” Cerita umi, mengimbau kenangan pahit. 

Daim mendengar tekun. Dilembutkan air mukanya supaya lebih senang umi nak meluahkan apa yang selama ni dipendamnya. “Umi biarkan Daim pilih buah epal mana Daim nak, tapi umi tak sangka hari tu hari terakhir umi jumpa anak umi.” Suara umi berubah serak. Matanya mula berkaca. Daim mengeratkan genggaman tangannya, dengan harapan dapat beri sedikit kekuatan kepada uminya itu.

“Bila kemalangan tu jadi, kita terpisah. Umi cuba carik Daim tapi..” Mak cik Mia tak mampu nak menyambung ayatnya. “Tapi obaachan tak bagi umi jumpa Daim lagi.” Ujar Daim mendatar.

Mak cik Mia memandang anaknya itu. “Maafkan umi nak. Umi tak mampu buat apa-apa masa tu.” Wanita itu tunduk, bahunya terhenjut-henjut, menangis. Rasa bersalah yang menggunung terlukis di segenap wajahnya. Daim menarik uminya ke dalam pelukan. 
“Umi tak salah umi. Umi tak salah pun.” Pelipis uminya dikucup lembut.

“Maafkan umi ya nak. Umi tetap bersalah. Pada Daim. Pada Maisa.” Tutur mak cik Mia dalam sedunya. Daim meleraikan pelukannya. Maisa? “Siapa Maisa umi?” Daim bertanya lembut. Wajah terkejut uminya itu ditatap lama.

“Daim tak ingat?” Mak cik Mia mengerutkan dahi.

Kali ni giliran Daim pulak berkerut. “Tak ingat? Maksud umi?” 

Mak cik Mia menarik senyum nipis sebelum berkata lembut, “Maisa tu adik Daim.” 

---

 Rosebud says:

Assalamualaikum deariess~
Gomenasai for the super duper late update. (muka cemik guilty) Tak larat nak bagi excuses dah. sedar diri. huhu.. Anyway I decided to stick to my original plot. Doesn't matter if it's cliche or lame or dah selalu sgt org buat. Doesn't matter sebab i have had that plot in my head since the beginning so takkan sbb dah pernah org buat, saya kena tukar separuh jalan. not a chance. huhu. (baget firm ni.)
I'm a huge fan of harry potter trilogy and enjoy reading fanfiction harry potter. and I found one story which really touched my heart. My whole life, tak pernah baca story yg boleh kasi leleh air mata on its first chapter! ye, bab 1 dia dah buat saya menangis (tersedu-sedu okeh!) sumpah best! anyway, ada kesempatan, insya Allah ingat nanti bila this humble story dah habis, saya nak try buat story yg sedih-medih jugak. huhu. doakan :)
The reason I always ask you ols to review/comments bagai ni semua sebab I want to know where my mistakes lie, how's my performance so far, did you all like it or not and etc. So, please drop some REVIEWS/COMMENTS/SUGGESTIONS/ADVICES, anything. I'm ready. :)
And don't forget to pray for our brothers and sisters in Syria, Palestine, Afghanistan, Rohingya. They need us, we need them. Remember, doa is our ultimate weapon. insya Allah, point jannah is ours. 

Thanks korang for your endless supports, blessings and love. much appreciated. keep supporting me yeah. insya Allah.<3

happy readings :)
Courtesy of OwhSoMuslim.com (OSM)
say "aamiin"
 

3 comments:

syizac sweet said...

sis suka baca citer ni...gud one...stick to your original plot is okay...takperlah kalau orang nak kata cliche....kita punya citer suka ati kita lah...keep it up...

cik syafa said...

Yeah Hana nak kahwin. suke3 :) tp siapa Maisah ek? alahai curiousnye. mcm2 da yg sya fikir ne. jgn2 Maisah tu....... aishhh jgn la. tak sanggup nak ckp. :(

Jannah Rusdi said...

bestx3! maisa?? jgn kata yg maisa tu hana! omg, kalau betol, tak taulah nak ckp apa. pengsan dah kot :3

Post a Comment