Sunday, September 22, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 41

Jannah memusingkan kepalanya, memandang Hana yang terbaring di sebelah, tangannya bersilang di belakang kepala sambil matanya merenung dada langit yang dibanjiri bintang-bintang berkelip indah. Teringat pulak lagu si Rihanna, Shine bright like a diamond. Bukan selalu dapat baring beralaskan lengan bertilamkan rumput. Hailaa..Lamanya tak keluar malam-malam macam ni. Kali terakhir enjoy sampai malam-malam buta masa zaman universiti la. Sejak-sejak dah jadi kakitangan Samurai Group memang takda masa nak enjoy sakan.

“Aku tahulah di bawah sinaran rembulan ni, muka aku lagi jelita dari Erra Fazura. Tapi agak-agaklah beb tenung aku. Tegak bulu hidung aku tau.” Hana menguap besar sambil tangan kanannya menutup mulut. “Erra Fazira la gila!” Jannah menunjal pelipis kawan baiknya itu.

Hana ketawa mengekeh sambil membetulkan posisinya baring. “Eh yeke? Kau ni biar betul. Macam sedap je Erra Fazura. Erra Fazira macam tak kena je.” Beriya nak tegangkan benang yang basah. “Sesedap oreo je kau nak tukar nama anak orang. Kau ingat Erra Fazira tu member-member kau?” Herdik kawannya itu. Hana angguk laju. Tak boleh pakai punya perempuan. Jannah juling mata. “Ha yang kau dok tenung aku dengan penuh kasih sayang yang abadi tu kenapa?” Hana menolak kaki Jannah dengan kakinya sendiri.

“Kau kan soulmate aku. Mestilah aku kena tenung kau dengan penuh rasa chenta yang meluap-luap. Mmmmmuah~” Jannah menarik pipi Hana dan ditala muncungnya ke arah pipi gebu kawannya itu. Macam nak tercabut tangan Hana meronta. Ditolak wajah Jannah jauh-jauh.

“Hish jijik ah!” Tengking Hana geram-geram manja. Ala bukan tak biasa kena cium dengan si Jannah ni. Datang buang tebiat dia tu, tahu tahu je pipi dah kena cium. Aku ni cool je bila kena attack macam tu. Tapi kalau dapat kat Maya, memang si Jannah ni kena pelangkung free of charge la ceritanya.

Kawannya itu ketawa besar. “Yelah, ada orang tu nak simpan pipi dia untuk sang bakal suami kan.” Jannah memimikkan muka, mengejek. “Tau pun. Dah tu kau nak potong line abe aku kenapa ha?” Hana ketawa bila Jannah dah muntah hijau kelabu kat sebelah.

“Over kan kau.” Pinggang Jannah dicucuk-cucuk.

Tapi macam biasa, kulit si Jannah yang kebal tu sedikit pun tak beri sebarang respon. Dasar kulit cap reptilia. Takda receptor. Buatlah apa pun, dia steady je. Tak geli langsung. Kalau kita cucuk dengan lidi satey buat mengaji tu pun agaknya dia maintain cool, muka pinggan tak basuh tu je dia tampal.

“Weh, kalau abe kau tu datang meminang, kau terima tak?” Tanya Jannah tiba-tiba. Berlipat leher Hana memandang teman majal sehidup semati bersatu hati ni. Pelik sebenarnya. Yelah tiba-tiba petik topik meminang ni. Mentang-mentanglah kita di bawah sinaran bulan, konon-konon ala-ala Twilight gitu.

Aku Bella, Jannah sang Jacob. Sang Edward pulak si....

“Oi kau dengar tak?” Jannah menyiku pinggang gadis itu.

“Ha ya dengar. Abe? Siapa Abe?” Hana memandang kawannya itu. Jannah mengetip gigi sambil berdesis. “Si ungka tu la. Kau ada abe lain ke?” Suaranya dikeraskan. Geram pulak bila si Hana ni buat-buat blur.

Hana menjeling. “Ada. Si Budin.” Balas Hana laju.

Kawannya itu ketawa berdekah-dekah. “Budin? Abe la sangat. Weh aku serius ni la. Kalau dia pinang kau, kau terima he?” Hana berkerut mendengar nada suara kawannya itu. Ni soalan ke pujuk rayu? Confuse confuse.

“Kau kenapa tiba-tiba tanya macam tu weh? Seram pulak aku.” Hana bangun dan duduk bersila menghadap Jannah. Kawannya itu turut bangun dan duduk bersila. Wajah Hana dipandang lama sambil digenggam lembut tangan kawan baiknya itu.

 “Hana, kau memang dah takda feeling dengan Akid lagi kan?” Tanya Jannah.

Baru saja Hana nak buka mulut jawab soalan Jannah tu, terasa macam bahu mereka dipegang seseorang. Alamak siapa pulak ni tiba-tiba pegang bahu tak bagi salam. Bulu tengkuk dah mula meremang. Suasana sunyi menambahkan lagi unsur seram. Ni yang tak best ni keluar malam-malam buta. Perlahan-lahan, Jannah dan Hana menoleh. Wajah hodoh hitam berdarah, rambut panjang mengurai, bertaring panjang terpampang depan mata.

“Huarghh!!!”

 Serentak Jannah dan Hana berpelukan. Terkumat-kamit masing-masing membaca Ayatul Kursi walaupun berterabur. Tajwid entah ke mana, harkat lintang-pukang naik turun.

Tiba-tiba wajah hitam hodoh berdarah tu bertukar menjadi wajah putih cantik si Maya. Hana dan Jannah berhenti berzikir. Masing-masing bingung. Apa yang dah jadi? Pandangan mata mereka melekat pada topeng hantu di tangan Maya. Gadis itu ketawa sakan. “Sumpah buruk muka korang takut.”

“Konghajo punya budak!”

Apalagi, tak tunggu lama, Jannah terus lepuk kepala Maya sekuat hati.

Alex hanya tengok dari jauh. “Aku dah pesan, jangan carik pasal dengan budak dua ekor ni.” Kepala digeleng. Kesian pulak tengok Maya kena belasah tanpa belas kasihan. Tapi padan muka. Itulah, siapa suruh pergi dajalkan budak-budak tu. Tak pasal-pasal dapat tengok demonstrasi karate.

“Taubat aku takkan kacau korang lagi.” Maya dah terbaring lesu atas rumput.

Jannah dan Hana termengah-mengah. Dada masing-masing masih berapi. Punyalah kitaorang baru nak mulakan sesi meluahkan hati dan perasaan, tiba-tiba kau datang buat lawak bodoh tu tengah-tengah malam ni kan. Memang mintak penamparlah gamaknya. “Cipanlah korang ni. Pukul aku betul-betul pulak tu.” Jerit Maya tak puas hati. Hana mencubit betis kawannya itu dengan ibu jari kaki.

“Sakitlah!”

 “Padanlah muka kau!”

“Weh korang sebenarnya tengah story apa? Aku macam ada dengar nama ungka je.” Sempat tu nak bergosip. Maya dah tegak duduk bersila antara mereka. Hana dan Jannah saling berpandangan. Serius si Maya ni. Tak padan dengan lawyer.

 “Kau ni muka kau lagi tebal dari tembok besar China tau.” Pipi gadis itu ditunjal-tunjal. Maya menepis geram. “Eleh cakap orang. Daripada kau, suka tapi pura-pura tak suka. Ha siapa lagi tebal? Ha? Ha?” Maya menjungkit-jungkit kening. Rasa kagum pun ada. Bukan senang nak tengok Maya jadi kurang matang, mentel macam ni. Selalunya muka bajet matang tu jugak dia pasang.

 Jannah geleng kepala. Kadang-kadang rasa macam duduk serumah dengan budak sekolah je. “Ni Maya, kau dengan Alex pergi beli ais krim ke buat ais krim?” Topik dah bertukar. Thanks Jannah!

Alex ambik tempat di sebelah Hana. Bucket bercorak ais krim diletakkan di tengah-tengah antara mereka berempat. Mata Hana terbeliak, rahangnya jatuh. “Korang pergi Ice Cream Bucket ke?” Hana bertanya teruja. Air liurnya dah berkumpul di hujung bibir.

Lelaki itu menarik senyum manis. “Nah, Larva Niche kau.” Bekas ais krim berwarna pink dikeluarkan dari bucket itu dan dihulurkan pada Hana. “Ya Allah! Larva Niche!” Terasa macam jongkong emas yang keluar dari bucket tu. Serius rasa bahagia.

Jannah dan Maya masing-masing dah ambil Larva Niche masing-masing. Hana mencerunkan pandangannya pada wajah lelaki berbangsa Cina itu. “Lex, kau memanglah sahabat sejati of the year.” Sudu ditala ke arah Alex.

“Thank you.” Alex angguk sambil melekapkan tangan kanannya ke dada.

“Lex, kau tak nak masuk Islam Lex?” Tanya Hana direct, tiba-tiba. Jannah dan Maya tak jadi nak suap ais krim ke dalam mulut. Nak tahu jugak jawapan apa yang akan keluar dari mulut Alex. Suspen la pulak. Lelaki itu terdiam untuk beberapa saat sebelum mengoyak senyuman semanis Larva Niche dia.

“Kalau aku masuk Islam, korang kena carikkan aku perempuan muslimah tau.” Alex membulatkan matanya. “Tak payah carik Lex, ni si Peah ni dah ada depan mata.” Bahu Maya ditepuk-tepuk.

“Kepala kau!” Maya menolak tangan Hana.

Jannah menyengetkan bibir. “Eleh malu la tu konon tu.”

Alex tergelak kecil. Wajah merah Maya dipandang. “Boleh Maya?” Tanya Alex selamba. Apalagi, bersahut-sahut Jannah dan Hana menjerit, mengharuk. Maya dah urut pelipis. Stokin busuk betul la budak-budak ni.

“Alex, kau masuk Islam dulu baru aku kasi jawapan.” Jawapan yang tak disangka keluar dari mulut Maya. Hana dan Jannah dah saling bertukar pandang. Amboi, macam serius je bunyi. Alex terangguk-angguk.

“Okey.”

“Okey? Okey apa? Kau setuju nak masuk Islam?” Hana bertanya tak sabar. Terlebih excited la pulak aku ni. Lelaki kacak itu memandang Hana. Perlahan bibirnya mengukir senyum.

“Korang doakanlah.”

-

Pagi-pagi lagi Daim dah terpacak depan pejabat ayahnya. Belum sempat orang tua itu nak meneguk kopi di tangan, Daim dah menyapa laju. “Assalamualaikum, otousan!” Encik Takahashi memandang terunanya itu atas bawah. Lain macam je aura anak aku hari ni. Macam ada kelopak-kelopak bunga terpancar keluar dari badan dia.

 “What?” Daim menjungkit bahu. Matanya mendarat pada tubuhnya sendiri sebelum kembali mencerun ke wajah ayah tersayang.

Encik Takahashi menggeleng kepala. Dia kemudian memberi isyarat kepada anaknya itu supaya masuk ke dalam pejabat. Daim membuka pintu dan mempersilakan ayahnya masuk ke dalam. Orang tua itu menarik kerut. Sah, si Daim ni dah buang tebiat. Tak pernah-pernah tunjuk baik, tapi hari ni bukan main lagi.

“What?” Daim bertanya lagi. Tangannya didepa sambil menampal muka bingung.

Ayahnya itu menggeleng kepala, langkah diatur ke meja. “Hm, nak apa?” Tanya Encik Takahashi bersahaja. Tubuhnya disandar pada kerusi, merenung wajah anaknya itu. Daim menggosok belakang tengkuk. Ayah dia ni kalau dah speaking Bahasa Malaysia, maksudnya mood dia tengah baik. Petanda baiklah tu. Cumanya.. Takut pulak kalau-kalau nanti aku sebut pasal benda ni, tiba-tiba terkeluar terus Bahasa Jepun dia. Ha tu maknanya tengah marah la tu.

Nak beritahu ke tak? Daim berkira-kira dalam hati.

“Apa dia?” Suara Encik Takahashi meninggi.

 Daim menggigit bibir. Perangai sama je macam perangai aku. Baran. Genetik orang tua ni la. Turun-temurun.  Dari obaachan, jatuh kat otousan, sekarang sampai kat aku pulak. Puaka betul. “Kalau takda apa-apa nak cakap, keluar. Ima isogashii da yo.” Encik Takahashi mengambil fail di dalam laci dan diletakkan atas meja sebelum menyelak helaian dengan kasar, memberi signal kepada anaknya supaya beredar. (*Ima isogashii da yo=I’m busy now)

Alamak, dah keluar dah bahasa ibunda dia. “Otousan.” Panggil Daim sambil menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan ayahnya. Kaki disilang. Encik Takahashi merenung muka anaknya semula. “Nani?”

Daim menggaru kepala. Macam mana nak start ni?

“Pasal Yuki? Itu yang serabut sangat muka tu.” Bull’s eye! Otousan memang mind reader, satu lagi gene turun-temurun. “Dia datang jumpa otousan ke?” Daim bertanya. Kalau berdasarkan riak muka otousan sekarang ni, ada ura-ura macam Yuki dah jumpa dia. (*Nani=Apa dia?)

“I have no say in this Daim. It’s your life, you ought to do whatever you have to do. Otousan boleh bagi nasihat je.” Encik Takahashi menyandar pada kerusi. Cermin mata yang tergantung di hidungnya ditarik dan diletakkan atas meja. “Obaachan ada tanya apa-apa?” Daim bertanya risau. Iyalah, nenek aku tu manusia jelmaan naga rasanya. Garang nak mampus. Siapa tak cemas dengan dia? Sekali dia lancarkan jelingan maut dia tu, mahu terkencing time tu jugak.

Encik Takahashi menarik senyum sekerat. “Kalau dia ada tanya pun, kau nak ubah fikiran ke? Kau nak ikut cakap orang tua tu?” Tanya ayah selamba. Ada nada perli di situ. Fine!

 “Tak.” Jawab Daim ikhlas sambil menayang sengih.

“There you go.” Ayahnya mendepakan tangan. Dah masak benar dengan perangai anak teruna dia yang sorang ni. Masa kecil-kecil dulu memang Daim ni anak yang tak pernah betah. Apa saja kita suruh, semua dia buat. Tak pernah complain, tak pernah merungut. Dia buat je. Tapi sejak balik Malaysia, sejak dah belajar macam-macam kat tanah Melayu ni, dia mula ada confidence pada diri dia sendiri, jadi dia dah pandai menegakkan pendirian dia. Kalau dulu, nak suruh bercakap, punyalah payah, macam ada Ferrari dalam mulut tu.

Daim menurunkan kakinya yang bersilang. Wajahnya berubah serius. Encik Takahashi menjungkit sebelah kening. “Nani ka chigau no? Ada problem lain pulak ke?” Ayahnya bertanya risau. Lain macam je air muka tu.

“Eto.. Sebenarnya.. How do I say this?” Daim tak senang duduk. Hampir saja jatuh tergolek rahang Encik Takahashi melihatkan keresahan yang dipamer anaknya itu. Tak pernah-pernah dia tengok anaknya ni nervous semacam. Ini kali pertama dia dapat saksikan dengan biji mata kepala sendiri betapa resah dan nervousnya Daim. (*Eto/Ano=kebiasaan bagi orang Jepun apabila sedang berfikir. Lebih kurang macam ‘Hm...’)

Encik Takahashi mencondongkan tubuhnya sedikit ke hadapan, cuba membaca perilaku anaknya itu. “Kanojo wa donata?” Soalan yang lahir dari bibir ayahnya itu terasa macam senduk menghentak kepala. “Ha?” Keningnya terjungkit. “Kanojo?” Terus mata Daim membulat. (*Kanojo wa donata= Siapa perempuan tu?; Kanojo=Perempuan?)

“Suka dia kan? Siapa dia tu?” Encik Takahashi tersenyum tengok respon Daim. Mungkin bagi orang lain, Daim ni macam satu lukisan abstrak yang sukar nak ditafsir. Misteri. Complicated. Tapi bagi Encik Takahashi, anaknya itu dapat dibacanya macam baca surat khabar. Sekali pandang dah boleh tahu apa saja yang mengganggu fikiran anak muda itu. Daim diam sejenak. Hatinya masih berbelah-bahagi, sama ada patut ke tak dia bercerita pada ayahnya.

Memang dia dan ayahnya rapat, tapi hubungan dia dan ayah dia bukan jenis hubungan father-and-son yang suka kongsi cerita, gosip sana sini, borak-borak kosong, tak. Hubungan dia dan ayahnya lebih kepada buat sesuatu bersama-sama, macam racing kat trek, memancing, camping, bersukan. Benda-benda macam tu, but with less talking. Kalau bercakap pun, selalunya ayah dia takkan berbual kosong. Ada saja isu yang akan disentuh, contohnya macam isu politik, ekonomi, dunia, perang, semua isu takda unsur jenaka punya. Takda isu artis menang anugerah terjatuh pentas ke apa. Takda.

“Is she— Hana?”

Serta-merta mata Daim mendarat pada wajah tenang ayahnya. “Shitte iru no?” Daim dapat rasakan dadanya berombak kencang. Masya Allah. Macam nak meletup dada aku. Betul la otousan ni, memang bapak aku. (*Shitte iru no=Ayah tahu ke?)

“Kau nak nikah dengan dia?”

Kelu lidah Daim saat soalan cepu mas itu diajukan ayahnya. Matanya tak berkelip memandang lama wajah otousan yang masih nampak hensem macam dulu walaupun terdapat garis-garis halus di wajah orang tua tu. Lagi satu phenotype atau characteristic yang diwarisi daripada otousan, yakni kehenseman tahap melampau.

“Shitai no?” Ayahnya mengulangi soalan yang sama. Cuma kali ni dinaikkan sedikit oktaf suaranya, nak menyedarkan Daim yang masih lagi terkedu, tak sangka dengan pertanyaannya tu. (*Shitai no=Nak tak?)

“Nak tak?” Kali ketiga, suara Encik Takahashi sudah mencecah langit. Terus kepala anaknya itu tunduk dan naik beberapa kali, mengangguk laju. Orang tua itu mengoyak senyum. “Bila kau nak langsung?” Tanya ayahnya direct.

Daim terasa seperti mahu peluk cium kaki orang tua tu. Masya Allah. Senangnya dia setuju. Biar betik bapak aku ni. “Otousan, sakit ke?” Daim bertanya takut-takut. Wajah tenang ayahnya tu ditenung lama-lama, macam nak tembus kulit muka orang tu. Encik Takahashi menjulingkan mata.

“Kau nak langsung ke tak dengan dia? Aku langsungkan kau dengan si Powerpuff girls tu nanti baru kau tau. Nak?” Keluar terus lidah orang Melayu bapak aku ni. Eh kejap, siapa? Powerpuff girls? Erk. “Secepat mungkin.” Balas Daim bersungguh-sungguh. Orang gila dan pekak je mampu nak hidup semati dengan gadis tiga orang tu.

“Apa yang secepat mungkin?” Tanya ayahnya garang.

“Nikah la otousan.” Daim menahan senyum yang dah makin melebar. Buat-buat tak tahu pulak  orang tua ni. “Dengan Powerpuff girls? Serentak?” Tanya Encik Takahashi dengan wajah yang serius. Daim menggigit bibir.

“Dengan Hana la. I want Hana!” Suara Daim meninggi. Encik Takahashi memandang anaknya tu untuk beberapa saat sebelum akhirnya mengukir senyum sekerat. Jarinya menyentuh skrin ipad dan melihat tarikh yang sesuai pada kalendar.

“Hujung bulan ni. Ii no?”

Hujung bulan ni? Mekar terus bibir anaknya dengan dengan segaris senyuman. “Arigatou, otousan. Hontou ni arigatou!” Daim bangun dan segera tunduk hormat 45 darjah pada ayahnya itu. Sungguh, dia tak sangka ayahnya akan setuju sesenang ni. Mungkin berkat usaha aku tanpa henti menyembur jampi sana sini, sampai naik berbuih mulut aku sementara menunggu ketibaan otousan tadi.  (*Ii no=Okay tak?)

 “Nikah dulu. Receptionnya nanti. Macam tu?” Encik Takahashi bangun dan melangkah ke arah anaknya yang dah mengelamun entah ke mana. Terharu barangkali.

Daim tersedar sebelum cepat-cepat diturun-naikkan kepalanya, mengangguk. Encik Takahashi menyandar pada meja sambil memeluk tubuh. “Do you want to ask me anything?” Tanya ayahnya ala-ala Profesor Dumbledore. Wajah Daim  ditatap lama.

Lelaki tinggi lampai itu membalas pandangan ayahnya. Alamak sesi Q & A pulak dah. Apa aku nak bantai tanya ni? “Otousan.” Panggil Daim setelah agak lama memerah otak mencari soalan. Encik Takahashi menjungkit sebelah kening, bertanya sambil menanti soalan dari mulut anaknya itu. Daim menarik nafas dalam-dalam.

“Betsuni.” Kepala digeleng. Ayahnya itu merenungnya untuk sesaat dua sebelum mengangguk. (*Betsuni=Takda apa-apa)

“Okay then. Loads of work. Out now.” Encik Takahashi mengerling ke arah pintu pejabat. Macam biasa, signal exit dilayang hanya dengan menggunakan pancaindera yang satu ni. Daim berdehem sebelum tunduk sedikit sebagai tanda hormat. “Ah, one more thing.” Daim menoleh. Dipandang ayahnya yang dah kembali duduk di kerusi di sebalik meja. Wajah orang tua itu serius.

 “Jangan buat dia menangis.”

-

Dah nak habis masa lunch, Hana masih lagi tekun menyiapkan kerja-kerjanya di makmal. Staffnya bergilir-gilir keluar makan tapi dia masih tak berganjak dari pagi. So far projek mega A berjalan dengan lancar, tiada masalah walaupun mula-mula ada team yang acuh tak acuh buat kerja. Tapi sejak-sejak dah kena brain wash dekat tiga jam dengan Hana, terus semua  orang on time siapkan kerja masing-masing. Itulah.. Ingat aku ni huha huha, otak tak centre, sesedap epal je nak pijak kepala aku. Ha padan muka, kan dah kena brain wash. Tak pasal-pasal free je aku kasi tazkirah. Muahahaha.

Sedang Hana meletakkan ekstrak akar rhodiola rosea ke dalam tiub, sekelip mata, datang seseorang dan terus duduk berhadapan dengannya. Sepantas kilat. Nyaris terlepas tiub kecil tu dari tangan. “Astaghfirullahal’azim.” Ucap Hana berkali-kali sambil memejamkan mata. Sakitnya hati dengan spesis tak reti bagi salam ni.

“Terkejut?” Tanya suara garau itu.

Hana membuka mata dan wajah ceria Daim menyapa. Kepala hotak dia senyum macam tu selepas terkejutkan orang. “Tak, tak terkejut pun.  Teruja tengok awak. Teruja sangat.” Balas Hana beriya. Sengaja dilonjak-lonjakkan nada suaranya, menyindir.

Lelaki itu ketawa besar. “Tahulah aku ni kacak bergaya. Gagah pulak tu. Rileks. Tak payah excited sangat. Aku ada depan kau ni pun.” Ujar Daim selamba. Dia mencondongkan tubuhnya ke hadapan. Matanya mencerun pada beratus mini tiub yang tersusun di depan gadis itu.

“Apa tu?” Tanya Daim sambil menjuihkan bibir ke arah mini tiub. “Mini tiub la.” Balas Hana pendek. Micropipette disangkut pada tempat penyangkut. Mukanya selamba. Daim berdesis. “Eh si traffic light ni. Aku tahulah menatang tu tiub. Aku tanya benda dalam tube tu apa?” Mata dijegil geram.

Hana mencebik bibir. Suka hina fashion taste aku tau. Apa guna Tuhan cipta macam-macam warna kalau kita tak reti nak hargai? This is my unique way of appreciating The Almighty Allah’s creation okay!

 “Cakaplah terang-terang, jelas dan nyata. Ni dok tanya, apa tu apa tu? Manalah orang tahu apa benda ditanya tu.” Bebel Hana sambil tangannya laju mengemas peralatan-peralatan makmal di atas meja. Nampak gayanya sampai di sini sajalah kerja aku hari ni. Tak mampu nak fokus bila si ungka ni ada depan mata. Jantung ni dah ada tabiat baru. Asal si ungka ni ada je, dia tukar frekuensi. Dari sweet jazz terus tukar rock kapak. Alahai.

Daim menongkat dagu. Diperhatikan wajah kemerahan Hana. “Pakai blusher ke? Tak pernah-pernah make up. Hari ni make up?” Tanya Daim, kepala disenget sedikit, mencari sudut lebih baik untuk melihat wajah Hana dengan lebih jelas. Gadis itu jadi serba tak kena.

“Eh mana ada pakai make up.” Berkerut-kerut mukanya. “Ada. Tu, bukan main pekat lagi blusher kat pipi tu.” Jari telunjuk ditala ke arah pipi gadis itu. Hana segera melihat pantulan wajahnya di cermin almari. Blusher? Celah bilanya aku bubuh blusher. Bedak Johnson baby je aku dok tepek kat muka pagi tadi. Gilo ke apo mamat ni. Dipusing tubuhnya menghadap Daim.

“Mana ada saya pakai blusher.”

“Ya Allah. Cuba tengok betul-betul. Tu bukan main merah lagi pipi tu.”

Gadis itu menjungkit sebelah kening. Merah? Ohh.. Tiba-tiba terasa bergelen-gelen darah berkumpul kat muka. Argh! “Mana ada merah!” Tak pasal-pasal kena sound free macam tu je. Hana terus angkat rak yang menempatkan tiub kecil dan meletakkannya ke dalam peti sejuk.

Daim mengikut dari belakang. “Aik gurau sikit pun nak marah?” Hana menjeling. Bukan marah sebab kau buat lawak sarkas kau tu, aku marah sebab ni ha, jantung aku tak boleh nak stop racing asal tengok muka kau tu. “Mana ada marah. Ni awak nak apa ni?” Tanya Hana acuh tak acuh sambil kembali melangkah ke meja tempat dia menjalankan eksperimen tadi. Sebatang pen yang tersangkut pada poket kot makmal diambil.

“Nak... Kau?”

Daim memeluk tubuh sambil menyandar pada meja betul di sebelah Hana. Gadis itu yang baru saja nak menulis sesuatu pada buku log terus terbantut niatnya. Pen di tangan terlepas. Lately ni, mamat ni selalu gurau kasar macam tu. Suka buat aku rasa lain. Hana menggigit bibir. Daim mengambil pen yang terjatuh di atas lantai tadi dan dihulurkan kepada Hana. “Thanks.” Balas Hana seraya mengambil pen tersebut daripada tangan Daim.

Lelaki itu angguk. “Daim.” Hana angkat muka, cuba beranikan diri nak bertentang mata dengan lelaki itu. Patut tak aku cerita kat dia pasal mimpi aku tu? Mungkin dia boleh tafsirkan. Melihatkan muka was-was gadis itu, Daim terus melembutkan pandangannya. “Hm?” Sebelah kening dijungkit.

“Saya.. Malam tadi—”

Kreeuukk.

Biji mata Hana terbeliak. Agak lama mereka menyepi sebelum akhirnya tawa besar bergema dalam makmal itu. Daim ketawa sakan. Tubuhnya terbongkok-bongkok menahan gelak. Sakit-sakit perut dibuatnya minah ni. Alahai. Hana memegang perutnya. Timing takda nak awesome lagi perut aku ni. Time time ni jugaklah kau nak berkompang berdikir barat bagai kan. Dasar perut takda disiplin. Semmat!

“Ya Allah, Hana Hana. Dari pagi ke kau tak makan? Apa pun tak jamah?” Daim bertanya setelah dekat dua minit dia gelak macam nak gila. Nasib tak terkeluar anak tekak dia.

Hana menjeling. Konon-konon caring la tu tanya soalan macam tu. Kau dah gelak sampai nak senget mulut tu, lepas tu nak berlagak caring pulak. Ceh. Ingat aku ni murah sangat ke ha nak termakan dengan kebaikan kau yang hanya sekadar lakonan tu!

“Okay okay, jom makan jom.” Ajak Daim. Tak tunggu lama, terus Hana setuju. Bak kata Mak Sam yakni cikgu BM aku dulu, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicarik. Ha ye, tadi bukan main marah si ungka ni berlagak caring. Bila dia sebut je pasal makan terus hilang marah kau. Aduhai.

Daim memandang Hana atas bawah. Macam makin slim je minah ni. Ke sebab design tunic dia pakai jalur ke bawah, tu pasal buat dia nampak makin kurus. Ke tak cukup makan? “Haish minah ni. Makan pun boleh lupa ke ha? Lain kali makan. Busy mana pun, makan kena tahu. Aku tak nak perempuan aku kurus kering meleding.” Dalam dia membebel sempat dia selitkan satu ayat yang mampu buat hati aku bergetar hebat.

Perempuan aku? Hana menelan air liur. Perempuan dia tu... Aku ke?

“Dah, dah. Tak payah fikir siapa perempuan aku tu. Jangan nak perasan ke apa. Ish! Tak faham aku dengan spesis korang ni. A single word could drive you all into the deepest madness. Kenapa perlu fikir every single thing? Kenapa perlu sesakkan kepala dengan benda-benda macam tu? I really don’t get you girls. So freaking mental. And what the heck with uncertainty? Kalau nak, cakap nak. Kalau tak nak, just say no. Stop beating around the bush. Ada je alasan. Itulah inilah. Lepas tu...”

Panjang lebar Daim menyuarakan rasa tidak-puas hati dengan cara kaum wanita berfikir sambil melangkah keluar dari makmal. Sampai suaranya mengomel dah tak kedengaran. Hana ternganga. Apa salah aku? Aku tak cakap apa-apa pun kot. Tiba-tiba je meletup. Masalah betul.

“Annoying punya ungka.” Hana menjelir lidah.

 Suka bajet mulia. Menyampah betul. Tahulah kaum dia tu kaum pemimpin. Tapi kalau takda kaum aku ni kat sisi kaum kau, tak ke mana kaum kau tau. Ada sebab kenapa Allah ciptakan Hawa untuk Adam tau. Pasal cara kitaorang berfikir, memang dah itu diprogramkan oleh Tuhan. Otak lelaki lebih besar kat bahagian frontal lobe. Bahagian depan kepala. That’s why cara depa menganalisa sesuatu benda tu cepat, penuh logik dan objektif.

Otak perempuan pulak lebih besarnya kat bahagian temporal lobe. Bahagian tengah-tengah otak di mana terletaknya limbic system. Bahagian ni yang kawal emosi. Itu pasal perempuan kaya dengan emosi. Cara berfikir pun jarang guna akal logik. Semedang guna kaedah yang berdasarkan hati dan perasaan. Subjektif. Ha kan dah masuk ilmu Sains. Itulah, kutuk kaum aku lagi. Tak pasal-pasal dapat tazkirah Sains percuma.

Hana mengerling jam di tangan. Okay dah masuk pukul 5. No wonder la perut aku ni dah bukak sesi karaoke. Maaf perut, aku tak sengaja. Hana melipat kot makmalnya selaju mungkin dan dia bergegas keluar dari makmal. Tak sanggup nak tadah telinga dengar mamat tu membebel pasal masa pulak nanti. Cukup-cukuplah dia dah bebel pasal cara berfikir.

-

Tom yam campur sedia terhidang. Perut ni dah penat dah bergendang, air liur pulak sikit saja lagi nak meleleh di hujung bibir. Hana dah ready dengan sudu dan garfu di tangan. “Bismillahirrahmanirrahiim.” Tak tunggu panjang, Hana terus ceduk sudunya ke dalam mangkuk berisi tom yam merah.

Masya Allah, sedapnyaaaa!

Lagi satu sudu sup tom yam dihirup. Fulamak. Terbaiklah tom yam restoran Juraidah ni. Servis dia first class, makanan pun sedap. Memanglah aku isi borang jadi regular customer dia. 

Nasi panas-panas disuap ke dalam mulut. Allah, nikmatnya. Tiba-tiba teringat saudara-saudara di negara-negara bergolak Timur tengah yang sedang berjuang berpanjikan nama Tuhan Yang Maha Esa. Entah macam mana nasib mereka? Sudahlah tanah air dinodai, ahli keluarga dizalimi, makan minum apatah lagi. Kita kat sini hidup senang. Makan pun bermacam-macam. Tapi ramai yang tak sedar, tak tahu nak bersyukur.

Ya Allah, bantu saudara-saudaraku di sana Ya Allah... Bantu hamba-hamba Mu Ya Allah.. Bantu kami untuk bantu mereka.. Aamiin.

Daim mengetuk meja. “Oi, okay tak?” Tanya dia risau melihat sepasang mata coklat itu tiba-tiba bergenang. “Ha?” Hana mendongak. Ya Allah, terlupa pulak aku tengah makan dengan mamat ni. “Kenapa ni? Tiba-tiba je. Hm?” Daim bertanya lembut. Tiba-tiba meleleh air mata tu. Risau pulak aku tengok.

 “Pedas. Tom yam ni pedas. Tapi sedap.” Hana menghirup lagi sesudu tom yam. Air mata yang mula menitis di pipi cepat-cepat diseka.

“Pedas? Sampai meleleh air mata tu? Ya Allah. Hana, Hana.” Diam tergelak kecil. Sapu tangan dikeluarkan dan dihulur kepada gadis itu. “Lap air mata tu.  Orang bila makan nak happy. Bukan sedih-sedih. Tau?”

Hana angguk perlahan. “Thanks.” Sapu tangan lelaki itu diambil dan dilap pipinya yang dah basah dilinangi air mata. Daim merenung wajah Hana. Gadis itu menyambung makan. Sesuap demi sesuap nasi disuap masuk ke dalam mulutnya. “Awak tak makan ke? Makanlah.” Hana menolak mangkuk berisi tom yam itu ke arah Daim.

“Ya, ya kejap lagi aku makan. Kau tu makan dulu. Aku at least dah lunch. Kau tu dari pagi tak makan apa-apa.” Daim menolak kembali mangkuk tom yam itu ke arah Hana. “Nah rasa rasa. Sedap Daim. Nanti saya nak mintak resipi la.” Sudunya dihulur pada lelaki itu. Daim menolak baik.

 “Kau makan. Nanti aku nak, aku makan ok? Ha mintaklah resipi.  Nanti bila kita dah nikah, boleh kau masakkan untuk aku nanti. Kan?” Sengaja Daim cakap macam tu, nak tengok reaksi Hana. Dia berubah merah ke, terkedu ke, marah ke. Gadis itu menyandar pada kerusi. Wajahnya tak mempamerkan apa-apa emosi. Daim menarik nafas. Aik, itu je respon kau? Tak terkejut ke? Tak marah ke tak nak sembur tom yam ke?

“Kenapa awak nak nikah dengan saya?”

Sebaliknya, Daim yang tergamam dengan pertanyaan yang diajukan gadis itu. Okay, this is unexpected. “La dah tu, takkan aku nak nikah dengan mak cik Juraidah tu pulak?” Daim mengerling tokeh restoran yang sedang sibuk mengira duit. Hana menggigit bibir. Punyalah aku serius gila ni. Selamba kodok je dia buat lawak sarkas dia tu.

Hana pasang muka masam. “Daim, awak jangan merepek boleh tak? Seriuslah sikit. Saya tanya elok-elok ni.” Gadis itu meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan, tanda dah kenyang. Sempat dibaca doa selepas makan perlahan.

Lelaki itu diam untuk beberapa saat. “Ok. Kenapa he? Hm, sebab aku nak rasa macam mana hidup dengan perempuan gila buta warna suka fashion traffic light.” Balas Daim sambil tergelak kecil. Hana dah ready nak baling gelas ke muka lelaki itu.

“Betul-betul la Daim. Orang tengah serius ni!” Hana menjeling tajam. Benda macam ni pun nak bawak gurau ke? Kepala berjambul betul la si ungka ni. “Yelah, yelah. Allah. Itu pun nak muncung sedepa.” Daim mendepakan tangan, mengajuk Hana. Gadis itu berdengus. “Suka hati awaklah.” Hana berkira-kira nak bangun, tapi lelaki itu pantas menahan.

Daim memandangnya lama. “Kenapa aku nak jadikan kau teman hidup aku?” Hana mengangguk. Skema tikus la pulak ayat dia ni. Hana menelan air liur yang dah rasa macam tak tertelan. Instinct kuat mengatakan, lelaki ni akan cakap sesuatu yang boleh kasi jiwa raga aku ni cair meleleh.

Ready Hana. Brace yourself.

"Kau macam permata. Bersembunyi jauh ke dasar bumi. Nak jumpa kau ambil masa, perlukan kerja keras. Susah nak dapat kau. Tapi once dapat reach kau.. Ya Allah.. You’re the most amazing thing that ever happened to me. Hana, aku nak jadi lelaki pertama dan terakhir untuk kau. Sebab kau permata aku.”

Andaikata sudah jatuh lafaz akad nikah ke atas aku ketika ni, dah lama aku dakap lelaki ni seerat-eratnya dan takkan sesekali aku lepaskan dia. Hana cuba untuk memberanikan diri bertentang mata dengan Daim, tapi hatinya terlalu rapuh untuk menahan godaan dan tipu daya syaitan. Dipaksa matanya menjamah pinggan yang dah licin.

“Saya dah buat istikharah.” Ujar Hana perlahan.

Patut tak aku cerita kat dia tentang mimpi tu? Hana menarik nafas dalam-dalam. Dadanya berdegup kencang. Masya Allah. Terasa sejuk-sejuk satu badan. Tangannya menggigil. Terus dibawa tangan ke bawah meja. Tak nak dilihat lelaki itu.

Daim menunggu penuh sabar, menunggu Hana menghabiskan ayatnya. “Alhamdulillah, Allah ada bagi saya petunjuk.” Dan serentak itu, Hana menala pandangannya ke wajah Daim.

Mendengarkan saja pengakuan gadis itu, Daim tahu, Allah mendengar doanya.  “Alhamdulillah.” Ucap Daim lembut, mengoyak senyum manis. Hana tak terkata. Lidahnya kelu. Terasa tegak bulu roma saat matanya menangkap segaris senyuman nipis yang terukir indah di bibir lelaki itu.

Terasa macam...déjà vu.

“Hana?” Daim menggoyang tangan di depan muka Hana.

Gadis itu terkebil-kebil. “Apa petunjuknya?” Tanya Daim lembut. Hana tak mampu menahan kepalanya daripada terus berfikir, mengerah kepala mengingati, mencari cebisan memori. Suara dia. Kelembutan dia. Ketenangan yang sama aku rasa. Apa ni? Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Tangan yang lembut mengusap ubun-ubun. Bisikan suara itu melenyapkan segala keperitan dalam dunia ni. Hana memejamkan mata.

Ya, suara ni.

“Hana, you’re okay?”

Serta-merta mata Hana terbuka luas. Senyuman tu. Inilah senyuman tu. Senyuman lelaki berketayap, berjubah putih tu. Hana terasa damai. Hatinya seakan dijirus titisan embun yang melenyapkan segala duka, menghilangkan segala resah. Sungguh, andai hati ni mampu merakam senyuman itu, akan dia rakam dan abadikan keindahan senyuman manis itu selamanya.

“Hana?” Panggil Daim lembut. Hana menala pandangannya pada sepasang mata hitam gelap itu. “Subhanallah.” Tangannya menutup mulut. Mata Hana terkelip-kelip. Sungguh dia terpana. Mimpi malam itu kini cukup jelas dalam ingatan. Suara dia. Senyuman dia. Pandangan mata dia. Sepasang mata hitam itu. Sebenarnya.. Allah dah pun bagi aku jawapan untuk soalan aku tadi.

“Ya Allah.”

Daim menjungkit kening. Kepalanya menoleh ke kiri dan kanan. “Kenapa? Ada apa?” Tanya dia sedikit cemas. Mana tak cemas? Dah muka minah ni gaya macam nampak beruang kutub je.

Lidah Hana kelu. Agak lama juga dia diam tak terkata. “Hana, kau okay tak? Kenapa? Gastrik?” Daim bertanya risau. Dipandang wajah pucat gadis itu lama-lama. Risaunya, Allah saja yang tahu. Dia menunggu penuh sabar.

Hana memejamkan mata sebelum menggeleng. “Daim.” Panggil Hana seraya membuka matanya. Lelaki itu menjungkit kedua kening. “Kenapa?” Daim memandangnya untuk beberapa detik lagi sebelum dia bangun dan melangkah ke sebelah gadis itu. Wajah lembut Hana ditatap lama.

“Hm?”

“Kita nikah.” Ujar Hana perlahan.

---

Rosebud says:

Soriiiiiiiiii~ (sambil tunduk muka sedih bibir getar2 hehe) I am truly sorry for the late update. Sangat2laa busy. layan customers from 10am - 10pm, memang tak mampu nak curik masa utk upload this humble story. (as usual,lame excuse. gomen)
My sister in law gave me a a nice story line for this humble story, which I'm going to use on later chaps. I hope you guys will enjoy it as much as I enjoy it. Maceh kak sha! 
Doakan saya dapat sambung master ye. ingatkan hari ni master in biotech kt UM buka, sekali tak bukak laa pulak. kecewa hati ku...sob sob..huhu. xpe kita cuba lagi ya.doakan tau. :)
To all who have endlessly supported me, keep supporting guys. much appreciated. i think some of you are foreign readers who understand Bahasa Malaysia. if you are, well done. nice~ if you're an Indonesian, terima kasih. hrp2 korang dpt faham bahasa pasar that I often used in this story. 
Any comments, suggestions, likes or dislikes, please by all means, drop em all here. I'll read 'em all with an open heart. insya Allah. Review ya :) and if there is anything false or wrong especially if it involves ayat from holy Quran or hadith, tell me immediately. I'll correct it immediately insya Allah. 
Lastly, don't forget to pray for our brothers and sisters in Syria, Palestine, Afghanistan, Rohingya and of course, in Malaysia. Remember, every doa is powerful. Insya Allah, contributions, doa and reminder that we offer will be accepted by Allah Taala. Insya Allah, jannah is ours.

"Rasul Allah (salla Allah alaihi wa sallam) said: “The similitude of believers in regard to mutual love, affection, fellow-feeling is that of one body when any limb of it aches, the whole body aches, because of sleeplessness and fever.” (Muslim) 


Aamiin Ya Rabb. 
Courtesy of OwhSoMuslim.com (OSM)





7 comments:

cik syafa said...

Aaminnn...^^
Thanks sis. suke sgt.... "kita nikah" wahhh selambe je kan Hana ne. ngee!
Like(y)

Rashidah Ramlan said...

Sy suke...sy suke...sy suke...berani lak si hana wat pengakuan berani mati...klu x slalu memanjang pandang kasut je ek...rindu nye nk bace new chapter....cian sis...sibuk sesgt ek...

syizac sweet said...

nice one....keep it up...jgn lama2 4 d next n3 yer....tak sabo...huhuhu...

Anonymous said...

Pergghhh, Terbaikk Ar Kak Rose...

Anonymous said...

Kak rosebud..sedap ngat novel kak rosebud..kite mcm da jatuh cinta dgn kak rosebud..hihi

Anonymous said...

Tak sabar nk tunggu entry seterusnya ^_^ keep it up your work!!

pink princess said...

wow buat la novel pls

Post a Comment