Tuesday, September 3, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 40

“Zettai?”

Shuichi membetulkan silanya sambil merenung Daim lama. Memang dia dah dapat agak, Daim mesti akan lamar Hana punya satu hari nanti, tapi tak expect pulak secepat ni. Rasa macam baru semalam je Daim dan Hana ni bertekak macam nak gila kat airport. Sorang dok panggil ungka, sorang lagi dok mengata dia perempuan gila buta warna. Alih-alih sekarang ni, nak bernikah pulak? Kuasa Tuhan. (*Zettai=Kau sure?)

Daim angguk yakin. “Aku tak pernah sesure ni.”

“Kau betul-betul sayang dia?” Shuichi bertanya, man to man, heart to heart. Lelaki itu tersenyum. Shuichi memandang Daim. Senyuman tu...Senyuman itulah senyuman yang terukir di bibir Daim untuk pertama kalinya semasa mereka menjejakkan kaki ke tanah Melayu ni, jauh dari obaachan, jauh dari dunia yang penuh kongkongan. Shuichi menarik senyum sambil angguk puas. Dia dah tahu jawapannya.

“Ok. So, kau dah beritahu ojiisan?” Shuichi menjungkit kening. Mamat ni bukan boleh percaya. Semedang je buat benda tak reti nak bawak berbincang. Memanglah orang tua tu selalu je mengamuk dengan perangai mamat ni. Daim menggeleng sambil jawab selamba,

“Belum. Nantilah.”

Shuichi menjulingkan mata. “Nanti? Kau nak kena bambu dengan ojiisan ke?” Sepupunya itu pura-pura tak dengar dengan soalan yang diajunya. Daim mengorak langkah ke arah perpustakaan mini bersebelahan dengan ruang tamu.

“Yuki macam mana pulak?” Jerit Shuichi dari luar. Daim diam tak balas. Sesekali kedengaran bunyi buku-buku jatuh ke lantai. “Oi mengamuk ke?” Leher dijengah-jengah. Aik tanya pun salah? Sensitif betul.

Shuichi berjalan menuju ke perpustakaan mini tu. Dilihatnya Daim sedang terbongkok menyelongkar almari. Beberapa buah buku-buku dan ensiklopedia besar gedabak dia tu habis bersepah atas lantai. Beberapa saat kemudian, suara Daim kedengaran.

“Bro, mana kau letak drawing block?”

Drawing block? Ni mesti kes tukar topik ni. “Mana ada drawing block dalam rumah ni.” Balas Shuichi, menjungkit bahu. Diulang soalan tadi. Reaksi Daim ditunggu lama. Macam itu juga muka dia. Serabut sebab tak jumpa drawing block.

“Yuki macam mana Daim?” Tanya Shuichi lagi sekali, cuma kali ni, suaranya dilembutkan. Daim menarik nafas dalam-dalam. “Macam tu la.” Balasnya sambil melepaskan satu keluhan. “Hana tahu tak?” Lelaki berbangsa Jepun itu merenung segenap wajah Daim, mencari kejujuran di sebalik jawapan di bibirnya. “There’s nothing to know about.”

Shuichi diam untuk beberapa tika. “Ok. I just hope you don’t hurt her. Because if you do, I swear to God, I’ll break you into pieces. I mean it bro.” Suara lelaki itu berubah keras. Daim mengerling Shuichi yang kelihatan serius. Tak pernah dia tengok mamat Jepun ni seserius tu.

“Kau suka Hana ke?” Tanya Daim mendatar, pandangannya kembali beralih pada buku-buku yang tersusun di rak atas almari. “Aku sayang dia. So kau jangan main-mainkan dia. I don’t care if you’re my brother, my cousin Daim, just don’t break her heart. Ok?” Shuichi merenung Daim tajam. Lelaki itu diam tak membalas. Tangannya sibuk menyelongkar segala macam yang ada dalam almari.

“Daim.” Panggil Shuichi, nakkan kepastian. Daim bangun dan terus keluar dari perpustakaan mini dengan muka yang serabut. Kepalanya digaru-garu. Sempat bahu Shuichi dilanggarnya.

“Kau ni sengaja ignore aku sebab nak naikkan darah aku ke atau kau memang tak perasaan aku wujud dalam rumah ni?” Shuichi berjalan ke arah lelaki itu sambil memeluk tubuh. Dahinya berkerut. Kecik jugak hati bila tak dilayan macam tu.

“Takda langsung ke dalam rumah ni?” Tanya Daim sambil mencari-cari drawing block di bawah sofa. Soalan Shuichi tak dihiraukan. Orang tengah busy ni dia nak sentap sentap pulak. “Apa dia?” Kening Shuichi terjungkit. “Drawing block. Takda langsung ke?” Mata Daim melilau memandang sekeliling sebelum bangkit dan terus berjalan ke dapur pulak.

“Mana pernah kita beli.” Shuichi mengikut langkah Diam. Bila sepupunya itu belok kiri, dia ikut ke kiri. Bila Daim ke kanan, Shuichi pun sama belok ke kanan. “Yang kau ni dok ikut aku apahal?” Tengking Daim geram. Tubuh Shuichi ditolak kasar.

“Tolong kau cariklah.” Balas lelaki Jepun itu dengan muka tak bersalah. “Tak payah. Aku keluar kejap. Pergi beli drawing block. Kau nak pesan apa-apa tak?” Daim melangkah ke pintu dan mengambil kunci kereta yang tergantung pada cangkuk yang melekat di dinding.

Shuichi geleng kepala. Rasa pelik masih menebal. Apa yang misteri sangat dengan drawing block ni sampai tak boleh beritahu aku ni? Shuichi melihat jam di dinding. Dekat pukul 4 petang. Janji dengan Jannah nak main tenis sama-sama pukul 5. Cantik. Ada masa nak mandi. Shuichi capai tuala yang tergantung di ampaian dan terus melangkah ke  bilik air. Biarlah si Daim tu. Dah besar panjang pun.

-

Mak cik Mia tersenyum lebar sambil melambai-lambai ke arah Daim yang baru saja memparkir kereta di bahu seberang jalan beberapa meter dari kedainya. Anak muda itu membalas senyumannya. Beberapa keping donut dan cempedak goreng yang baru saja keluar dari kuali dah diletakkan atas pinggan, special untuk budak hensem sorang ni.

Bila difikir-fikirkan balik, nak ikutkan, sejak dua menjak ni, boleh dikatakan hampir setiap hari dia datang ke kedai buruk ni. Datang sorang-sorang pulak tu. Kalau dulu, dia akan datang kalau Hana ada sekali. Tapi kali ni dia suka datang sendirian. Dah tu, bila datang siap tolong kemaskan meja, layan pelanggan, basuh pinggan mangkuk kuali, macam-macamlah. Semua jenis kerja dia buat. Naik jenuh mak cik Mia larang, tapi dia buat dek je sambil tampal muka sekonyot dia tu. Kadang-kadang tu, dengan berbaju kemeja-t pun dia redah jugak buat kerja-kerja. Alahai.. Mak cik Mia tersenyum lagi mengenangkan budi baik Daim. Tuhan saja yang mampu balas.

Daim bersandar pada kereta. Wajah mak cik Mia dipandang lama. Yep. This is the day. “Bismilahirrahmanirrahiim.” Perlahan-lahan, drawing block yang disorokkan di belakang tubuhnya dibawa ke hadapan, ke paras dada, menayang kepada wanita separuh abad itu.

Mak cik Mia berkerut. Kakinya mula melangkah ke depan kedai, sebelah tangannya menolak cermin mata ke atas batang hidung sambil matanya dikecilkan cuba melihat apa yang ada pada drawing block itu. Daim menyelak helaian pertama. Lukisan seorang ibu sedang memangku anaknya. Anak lelaki. Lama mak cik Mia merenung lukisan itu sebelum hatinya mula terdetik. Masya Allah. Lukisan ni sama macam gambar—

D-Daim...?

Terasa seolah-olah seluruh tubuhnya disiram dengan air sejuk. Bibir mak cik Mia bergetar. Terus mata mak cik Mia mencerun pada wajah Daim. Bibirnya perlahan menyebut satu nama tu. Daim mengangguk perlahan. Jarinya menunjuk pada lukisan kanak-kanak lelaki yang dipangku seorang wanita itu sebelum kemudian jarinya dibawa ke dada, menunjuk kepada dirinya sendiri.

 “Ya Allah..” Mak cik Mia menekup mulutnya. Helaian kedua diselak Daim.

DAIM... ANAK UMI

Kali ni kedua belah tangan wanita tua itu sudah menekup mulut. Mata mak cik Mia mula berkaca. Ya Allah, betul ke dengan apa yang sedang berlaku ni? Betul ke lelaki ni...anak aku?  Sambil menahan air mata yang kian bertakung di tubir mata, mak cik Mia membaca setiap perkataan yang tertulis pada helaian kertas itu. Daim menyelak lagi.

UMI...UMI...UMI....
Boleh Daim panggil UMI?

Mak cik Mia mengangguk laju. Air mata sudah berjurai-jurai membasahi pipinya. Tanpa berlengah walau sesaat pun, kedua tangannya dirapatkan ke tepi bibir dan Daim terus menjerit sekuat hatinya,

 “UMI!!!!!!”

Wanita itu tak mampu untuk menahan sebak lagi. Saat bibir Daim memanggilnya ‘Umi’, terasa lemah seluruh kudrat tulang empat keratnya. Inilah panggilan yang ditunggunya selama ni. Inilah panggilan yang didambakannya selama ni. Inilah panggilan yang dinantikan bertahun lamanya...

Masya Allah.

Tangisan mak cik Mia semakin kuat. Daim melintasi jalan, melangkah ke arah wanita yang amat dikasihinya itu. Matanya kekal bertaut pada wajah yang sudah dimamah usia itu, mengubat rindu dendam yang terpendam lama di benak dada.

Walaupun jarak memisahkan mereka hanyalah beberapa kaki saja, tapi mak cik Mia dah tak sanggup untuk menunggu lama. Hatinya terlalu rindu, terlalu lama menahan derita tak ketemu dengan anaknya sendiri. Wanita separuh abad itu terus menerpa ke arah Daim lalu memeluk anaknya itu seerat-eratnya.

 “Ya Allah. Anak aku, ya Allah. Anak aku. Anak aku. Daim.. Daim.. Ya Allah.” Bahu, leher, pipi, hidung, dahi dan ubun-ubun lelaki itu dikucup lama, dengan penuh kasih sayang, penuh rasa cinta, penuh syahdu melepaskan rasa rindu yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Wajah Daim ditatap lama. “Daim..” Esak mak cik Mia. Tangannya memegang kedua pipi lelaki itu. “Daim..” Panggil mak cik Mia lagi. Sungguh, terlalu lama dia mengunci bibir daripada menyebut satu nama ni. Daim mengesat air mata uminya. “Ya umi.” Balas Daim perlahan, cuba memaksa segaris senyuman sungguhpun hatinya sudah beranak-sungai air mata, menangis terharu. Mak cik Mia memejamkan matanya. Panggilan ‘umi’ yang meniti di bibir lelaki itu umpama air sejuk yang menyirami sekeping hati yang membeku.

 Sungguh, dia berasa bahagia.

“Umi.” Panggilan Daim itu membuka matanya. Wajah Daim ditatap penuh kasih. “Ya nak.” Mak cik Mia menggenggam erat tangan anaknya itu. “Maafkan Daim umi. Sebab tak beritahu umi.” Ujar Daim perlahan. Hampir saja air matanya tumpah.

“Ya Allah, tak sayang. Umi yang sepatutnya minta maaf kat Daim.  Umi salah. Maafkan umi nak, maafkan umi..” Daim ditarik kembali ke dalam pelukan erat sambil bahu wanita tua itu terjungkit-jungkit menahan esak. Daim menggeleng kepala sebelum meleraikan pelukan uminya. Air mata yang masih mengalir di pipi wanita itu dikesat lembut.

 “Tak Umi. Umi tak salah apa-apa pun. Umi tak salah umi. Hm?”

Mak cik Mia mengusap wajah anaknya itu. Direnung lama setiap inci wajah Daim, penuh kasih penuh cinta. “Maafkan umi sayang..” Ucap mak cik Mia sebak. Daim kembali memeluk uminya. Pelipis uminya dikucup syahdu. Daim mendongak, memandang langit. Sambil memejamkan mata, hatinya bermunajat pada Ilahi. Terima kasih oh Tuhan kerana pertemukan kami semula.

If I could turn back time, rewind
If I could make it undone, I swear that I would
I would make it up to you...

-

Suara-suara merdu yang mengalun indah ayat-ayat suci Al-Quran memberi satu ketenangan dan rahmat lalu meresap masuk ke dalam jiwa.  Lebih-lebih lagi apabila surah Ar-rahman dibaca, salah satu surah yang sangat disukainya, terasa seolah diri ni terbuai-buai di awangan, di langit biru bertemankan pelangi, dihiasi sinaran sang suria, diiringi nyanyian burung-burung yang berterbangan membelah dada langit. Seolah-olah seperti sedang berbicara dengan Sang Pencipta, berkhalwat bersama, bersulam cinta sambil mendengar bait-bait indah kalamullah hanya untuk diri ni.

Maka yang mana satu nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?

Tiada satu pun Ya Allah. Tiada satu pun.

Baru saja hati ni nak menyambung bait indah itu, terasa seperti ada sesuatu yang mengusap lembut ubun-ubun kepala. Hati ni bertambah tenang dan bahagia. Rasa tenteram dengan keindahan ayat-ayat cinta dari Yang Maha Pencinta, menyerap masuk ke dasar hati. Dan, rasa bahagia dengan kasih sayang dan kelembutan yang ditunjukkan seseorang yang sedang mengusap lembut kepalanya.

Seseorang?

Sepantas kilat matanya terbuka. Putih. Semuanya putih. Alunan merdu ayat suci Al-Quran masih kedengaran. Dia memandang sekeliling. Ukiran-ukiran berbentuk tulisan jawi bertinta emas di dinding zamrud dan kubah hijau gelap menarik perhatiannya. Aku ni dalam masjid ke? Kali ni matanya mencerun pula pada diri sendiri. Telekung putih yang tersarung di tubuhnya dipandang lama.

“Dah bangun?” Tegur satu suara yang sangat familiar.

Kepalanya didongak. Astaghfirullahal’aziim. Aku tengah baring atas peha lelaki rupanya! Serta-merta dia bangkit. Matanya bulat merenung lelaki berjubah putih di sebelahnya itu. “Awak ni siapa? Kenapa awak pegang saya?” Tanya dia keras sambil dalam masa yang sama, dia cuba mengawal intonasi suara. Tak nak over dose pulak oktaf suara ni. Tak mahu ganggu pembacaan Al-Quran yang tengah berlangsung.

Lelaki itu tersenyum. “Dah elok dah sakit kepala tu sayang?”

S-Sayang? Eh kurang ajarnya mamat ni! Dahlah dalam masjid, pegang-pegang kepala aku! Lepas tu panggil aku ‘sayang’ pulak tu. Biadap betul! Tapi takkan takda orang perasan langsung apa yang lelaki ni dah buat kat aku? Macam mustahil je. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Masing-masing sedang khusyuk mengalunkan ayat suci Al-Quran. Dia kembali memandang lelaki itu. Berjubah putih, berketayap sambil tangan kanannya memegang senashkah musyhaf Al-Quran.

“Sayang?” Lembut lelaki itu memanggil. Lengan gadis itu cuba dipegangnya.

Dia berkerut. “Hei. Jangan berani sentuh saya he! Awak bukan suami saya!” Suaranya sedikit meninggi. Nasib baik jemaah yang ada tidak dengar. Terlalu khusyuk mungkin. Entah. Tapi lelaki ni memang dah melampau! Berani nak pegang-pegang aku lagi tu. Dahlah tengah mengaji, lepas tu nak pegang perempuan bukan mahram dia. Apa punya manusia ni? Lelaki itu menjungkit sebelah kening.

“Sayang, awak mamai lagi ni. Awak lupa ke, kan awak isteri saya, hm?”

Isteri! Terasa berpinar kepala ni. Terus menjadi-jadi denyutan di kepalanya. Gila ke apa mamat ni? Sejak bila aku kahwin dengan kau ha? Melihatkan gadis itu berkerut-kerut mengurut dahi, terus lelaki berjubah putih itu menarik kepala gadis itu supaya kembali baring di atas ribanya dan pelipis gadis itu diurut lembut. Walaupun hati ni menjerit-jerit menyuruh lelaki tu berhenti menyentuh, tapi sungguh, kelembutan yang ditunjukkan lelaki itu berjaya meleburkan segala jeritan dan bantahan. Sakit di kepala ni pun makin berkurangan. Masya Allah.

“Sayang, awak isteri saya. Demi Allah, awak isteri saya yang sah. Dulu, sekarang, dan insya Allah di jannah nanti. Hm?” Bisik lelaki itu, lembut di telinganya. Dia mendongak, cuba memandang wajah lelaki itu. Tapi yang kelihatan hanyalah samar-samar raut wajahnya saja. Yang paling jelas ialah..

Senyumannya.

-

Bahu Hana digoyang perlahan. “Na, bangun Na. Kejap lagi Subuh masuk.” Ujar Maya, masih menggoyang tubuh housematenya itu. Mata Hana terkebil-kebil memandang Maya yang sudah siap bertelekung. “Kau bukan mimpi. Aku real ni. Kalau tak percaya, nah!” Selamba Maya mencubit pipi gebu kawannya itu.

“Arghhh!!” Terus celik segar bugar mata budak tu.

Maya menarik senyum nipis tengok Hana yang sedang memandangnya bingung. Suka buat muka blur cenggitu tau. “Kau terlelap atas sejadah. Nasib baik aku tergerak hati nak jengah bilik kau.” Cerita Maya tanpa diminta. Hana terangguk-angguk. Tangannya mengusap pipi yang terasa perit. Maya, tolonglah potong kuku kau tu. Sakit tau.

Hana memandang kawannya itu. Sambil melempar segaris senyuman, dia berkata, “Thanks Maya. Kalau tak, mesti dah hai hai bye bye dah Subuh aku.” Hana bangun dan telekung yang masih tersarung di tubuhnya ditanggalkan dan diletakkan atas katil. Nak perbaharui wuduk sekejap. Maya tergelak kecil.

“Kan. Weh solat jemaah he? Kat ruang tamu. Aku pergi kejut Jannah kejap.” Cadang Maya. Hana mengangguk lagi. Siapa nak reject pelawaan solat berjemaah kan? Orang yang ada penyakit hati je mampu reject. Huhu..

Sebelum keluar dari bilik, sempat Maya menambah, “Ha by the way, tadi masa kau tengah tidur kan Na, kau ada sebut Rahman Rahman. Mimpi jumpa jodoh ke?” Kening dimain-main, mengusik. Hana terasa bulu roma di tengkuknya tegak. Apasal la orang-orang sekeliling aku semua ada kuasa psikik? Semedang je mampu baca kepala aku, hati aku, laa ni mimpi aku pulak. Alahai.

Cakap pasal mimpi, mimpi tadi. Mimpi dalam masjid tadi, alunan indah surah Ar-rahman dan.. lelaki berjubah putih, semuanya masih jelas dalam ingatan, seolah macam benar-benar berlaku. Seolah macam baru je tadi terjadi. Semuanya masih segar dalam fikirannya. Suara-suara orang mengaji, ukiran-ukiran kat dinding masjid dan kubah hijau gelap, kehangatan dan kelembutan usapan di kepalanya, semualah kecuali... wajah lelaki berjubah putih. Wajah dia seorang saja Hana tak ingat. Suaranya juga dia ingat-ingat lupa.

Yang dia ingat ialah... senyumannya.

Masya Allah. Hana tak pasti sama ada mimpi itu satu petunjuk ataupun sebaliknya, wallahualam. Tapi sebelum dia terlelap, memang dia ada buat solat istikharah dan baca surah Ar-rahman. Mungkin terlalu mengharap sampai terbawa-bawa dalam mimpi pulakkan. Entahlah.

Apa-apapun, solat tetap nombor satu. Hana mengorak langkah ke tandas. Jannah yang baru saja menapak keluar dari biliknya juga menuju ke tandas. Mereka saling bertukar senyum, menyapa. Masing-masing tergelak kecil melihat muka bangun tidur masing-masing. Macam tengok cermin. Takda huduh lagi.

“Nah, berus gigi kau.” Berus gigi Hana dihulur. Hana melempar segaris senyuman manja kepada Jannah. “Maceh bang.” Ubat gigi Darlie disapu atas berus gigi Jannah sebelum disapu atas berus giginya sendiri. “Maceh kat kau gak bang.” Ucap Jannah dengan mata yang terpisat-pisat. Tahi mata, mak datuk. Berkoti.

Hana angguk sekali. “Hm.”

Sesi menggosok gigi bersama mengambil masa kira-kira setengah minit sebelum mereka sama-sama angkat wuduk. Jannah kemudian membaca doa selepas berwuduk sambil diaminkan oleh Hana. “Hari ni kau cutikan?” Jannah memandang Hana. Kawan baiknya itu mengangguk. “Apasal?” Tanya Hana.

“Girls’ outing jom. Dengan Maya sekali. Aku dah paksa dia MC hari ni.” Ujar Jannah selamba. Sesedap oren je minah ni paksa orang MC tau. Hana ketawa. “Yolah. Kita berjimba la hari ni.” Setuju aje la. Cuti duduk rumah besarkan punggung buat apa kan? Baik berjimba bersuka-ria dengan member, lagi syok.

“Ohsem~”Jannah memaut bahu Hana dan mereka mula berjalan ikut rentak yang sama. Maya yang dah bentang sejadah di ruang tamu mencekak pinggang. “Mulalah tu sesi jadi bebal korang tu.”

Ha! Kan dah kena setepek daripada Maya. Amek kau. Itulah. Lambat-lambatkan solat lagi. Kan dah kena marah. Hana dan Jannah berdiri rapat. Teringat pesan tok imam kat masjid tu setiap kali sebelum solat. “Rapatkan saf. Rapatkan saf. Di antara celah-celah saf yang tak rapat tu ada syaitan.” Lebih kurang macam tu la pesan atok tu. Setelah saf dah rapat, Hana selaku tukang iqamat mula melaungkan iqamat. Habis saja iqamat, Maya mengangkat takbir.

“Allahuakbar.”

-

Alex melempar senyuman sakit hati bila melihat tiga orang gadis sedang ketawa terkekeh-kekeh sambil memerhatikan langkahnya. “Apasal korang gelak?” Tanya Alex garang. Hana mengambil gambar lelaki Cina tu senyap-senyap. Bukan senang nak candid gambar abang leng chai bawak pop corn kiri kanan siap dengan berbotol-botol air lagi. Jannah di sebelah dah gelak guling. Sempat disiku kawannya itu supaya diam. Kang kantoi kang, mahu Alex ban aku masuk kedai ais krim dia yang super awesome tu.

“Terima kasih Alex. Kau la perwira hati kami.” Maya bangun dan mengambil dua kotak pop corn dari pelukan lelaki itu. “Mentang-mentang aku sorang lelaki, korang buli aku kan? Semua kau punya pasal la ni! Kata keluar berdua je.” Alex menjegilkan mata kat Hana yang sedang goyang-goyang kepala sambil menyumbat bertih jagung ke dalam mulut. Sikit pun dia tak heran tengok Alex marah-marah. Alaa, Alex je kot.

Lelaki itu menyorokkan beberapa botol air di belakang badannya. “Kalau korang nak air ni, Hana kena pergi kat tengah-tengah tu lepas tu jerit, Alex hensem!!! Kuat-kuat.” Alex menunjuk ke arah tengah-tengah mall.

Hana dah tarik muka. Apasal aku jadi mangsa ni? Konghajo betul la apek sorang ni! “Kau jangan nak mengada he Lex. Bak sini air tu!” Hana menggoyangkan jari telunjuknya, memaksa Alex pulangkan balik air mereka.

Alex geleng laju. “Nope. Kau jerit dulu baru aku bagi. Plus, tiket wayang ada dengan aku ni. Aku makan tiket ni kang, haa haa.” Tambah Alex dengan muka berlagak dia tu. Hana mengetip gigi. “Pergilah Na. Kang dia makan tiket tu betul-betul kang. Bazir duit aku!” Maya menyiku lengan Hana, menggesa kawannya itu. Hana menghentak-hentak kaki. “Apa ni.... Apasal aku pulak kena!” Rengek Hana macam budak kecik.

“Salah kau la. Siapa suruh kau tipu dia?” Jannah pulak menambah. Hana membesarkan biji mata dia. Siput sedut betul! “Weh korang yang suruh aku kelentong dia kan. Kata tak bolehlah kita tiga orang je tengok wayang. Kalau jadi apa-apa macam mana. Bahaya la apa la. Sekarang ni kau cakap aku pulak salah he! Amboi!” Hana dah membebel. Sempat dia melipat lengan sweater lepas tu mencekak pinggang.

“I don’t care whose  fault. Aku nak Hana yang kena punish. Go go. Kalau tak, burn la tiket ni.” Alex yang dari tadi asyik memerhati mula menyampuk. Hana menjulingkan mata. Mendadak naik suhu badan aku. Kalau masak air ni, dah mendidih dah air.

“Kalau aku jerit, lepas tu kau tak bagi balik air dengan tiket tu, aku bakar kedai kau.” Ugut Hana sambil melangkah ke tengah-tengah mall. Dia berdehem beberapa kali, cuba mengumpul kekuatan dalaman.

Jannah dan Maya dah lama lari jauh-jauh. Malu weh nak mengaku member. Alex mengangguk, memberi semangat kepada gadis itu. “Chaiyok chaiyok!” Jerit Alex. Chaiyok hang! Aku sepuk muka kau tu baru tau.

Hana menghembus nafas habis-habisan sebelum membuka mulut dan jerit, “Alex perasan hensemmm!!” Beberapa orang yang lalu lalang berhenti melangkah dan memandangnya. Hana tunduk sambil pejam mata. Puas hati aku. Nak kenakan aku sangat kan? Haa, see the girl la beb. Gua Hana la.

Wajah Alex yang dah kelabu-hijau tu dipandang untuk beberapa saat. Padan muka hang. Itulah perangai macam babun lagi. Si ungka tu pun lagi mulia tau! Ni tiba-tiba teringat kat Daim ni apasal pulak. Ish, syuh syuh. Hari ni hari berjimba dengan member. Lupakan dia, lupakan dia! Hana menepuk-nepuk kepalanya.

“Miss, are you okay?” Tegur seorang wanita berbangsa India. Risau agaknya tengok dia jerit sakan, lepas tu tepuk kepala pulak tu. Betul macam orang sakit otak. Hana mendongak. “Ha?  Oh no, I’m okay. Hehe.. Thank you.” Hana terpaksa ketawa. Malunya Ya Allah..Betul rasa macam nak cekik-cekik je si Alex tu.

“Sure? Okay.” Wanita itu prihatin itu terangguk-angguk sebelum melangkah pergi. Hana melempar pandangan ke arah Alex yang dah ketawa bagai nak gila. “Apasal kau gelak?” Tanya Hana geram. “Walaupun kau tokok-tambah ayat punishment kau tu, tapi takpa. Tengok kau malu kena tegur dengan aunty India tadi tu pun dah cukup dah.” Alex ketawa lagi. Kurang asam betul la mamat Cina ni.

Hana berlari kencang ke arah kawan-kawannya. Tak nak kawan dengan Alex. Nanti kang macam-macam hukuman dia nak bagi nanti.“Jauh weh jauh. Malu weh.” Maya dan Jannah tak berhenti nak menyakat. Sengaja dipasang jarak beberapa meter dari kawannya itu. Hana memuncungkan bibir.

“Sampai hati korang. Cemnilah member!” Marah Hana.

“Cemnilah. Camne lagi?” Jannah ketawa bila muka Hana yang merah tu bertambah merah. Risau jugak kalau-kalau darah tiba-tiba keluar dari liang-liang roma dia ni. “Bencilah korang ni.” Hana menjeling.

Alex menghulurkan air dan tiket kepada mereka. “Aku tabiklah kat kau Na. Sumpah, kau hebat.” Tanda hormat dilayang. “Tak payah nak kagum sangat. Malu kau tau tak! Nasib baik tak ramai orang. Kalau tak.... wargh.” Hana memegang kepalanya.

“Alaa cool sudah. Tengok Alex, cool je walaupun kau dengan selambanya kutuk dia depan semua orang. Kan Alex kan? Dah dah, jom masuk. Dah nak start ni.” Jannah dan Maya menarik lengan Hana dan memeluknya erat. Tak sabar dah ni nak tengok cerita kegemaran ramai, Despicable me 2. Gerenti gelak sakan dalam wayang nanti.

Alex menolak bahu Hana dengan botol mineral di tangannya. Gadis itu menoleh. “Gapo dia?” Kening sebelah dijungkit. “Kau dengan ungka tu apa cer? Lama tak update.” Tanya Alex kepoh. Maya dan Jannah serentak memandang Hana, menanti jawapannya. “Hei you ols, boleh tak jangan kepoh ci sangat. I pening tau asyik kena tanya je. I tau la I ni retis kan. Tak payahlah over sangat. Rimas tau!” Ujar Hana sambil melentuk-lentukkan jari-jemarinya.

Maya, Jannah dan Alex dah jatuh rahang. Oh my God. Serius jijik!

“Kau cakap macam tu lagi Na, aku haramkan kita bersugi sama-sama lagi.” Jannah menggoyangkan jari telunjuknya. Geli kot tengok Hana cakap macam tu. Ala-ala lembut, ala-ala artis, ala-ala mintak pelempang gitu. “Entah. Rasa nak sepak je.” Tambah Maya. “Aku rasa macam nak simbah je air mineral ni kat muka kau.” Alex pulak menyampuk.

Hana tergelak besar.  “Rilekslaa you ols. I gurau je okays!” Kali ni lagi lentuk jari-jemari dibuatnya. Apalagi, terus Jannah rangkul leher dia. “Aku cakap apa? Jangan gedik-gedik lagi kan?” Kepala kawan baiknya itu disekeh-sekeh. Hana mintak ampun. Sakit kot kena buku lima si Jannah ni.

“Hei korang ni. Nasib baiklah Tropicana mall ni tak ramai orang. Kalau tak..hai..malu weh...” Alex menggeleng kepala. Nasib badanlah ada kawan-kawan sengal macam tiga orang ni. Hana menjeling lelaki itu. Malu konon. “Weh kau takda hak doh nak cakap macam tu. Punca segala kemaluan ni kau tahu tak!” Bentak Hana sambil meluruskan jari telunjuknya betul kat depan mata sepet Alex.

Lelaki itu ketawa kecil. “Dahlah dahlah. Masuk-masuk. Dah start dah ni.” Sambil membuka daun pintu, Alex mempersilakan tiga anak dara tu masuk ke dalam wayang.

“Thank you~ Ok, kau jaga pintu sampai habis wayang ok.” Hana menarik pintu dan menolak Alex keluar. Seronok majal member dia sorang ni. Alex dah tak kuasa nak melayan. Dia pergi ke pintu bertentangan dengan pintu yang ditutup Hana dan masuk ke dalam wayang.

Jannah menoleh saat Alex duduk di sebelahnya. “Eh mana Hana?” Tanya Jannah pelik. “Tu, tengah tahan pintu lagi.” Alex menjuihkan bibir ke arah Hana yang masih menyandar pada pintu. Jannah menepuk dahi.

Maya menggeleng kepala sambil menepuk bahu Jannah. “Kau tengoklah tu. Padan muka dia.” Maya menunjuk ke arah Hana yang dah tertunduk mohon maaf berkali-kali kepada sekumpulan orang penonton yang baru saja melangkah masuk.

Alex melayang tanda bagus kepada kawannya itu, mengejek. “Lex, serius aku benci kau.” Hana menjeling sambil menyuruh Alex bangun dari tempat duduknya. Lelaki itu kemudian duduk di bahagian belakang mereka. “Kau ni, mengalahkan budak-budaklah perangai!” Maya mencubit peha Hana. Geram sangat dengan perangai kebudak-budakkan gadis itu.

Hana berdesis. Sakit kot! “Manalah aku tahu ada satu lagi pintu kat sebelah tu.” Balas Hana cuba meraih simpati. “Nama je saintis. Tapi kebebalannya sama je.” Sampuk Alex. Hana memalingkan wajahnya ke belakang, memandang Alex tajam. “Kau jangan sampai aku puasa tak makan Larva Niche kau tu Lex.” Ugut Hana serius.

“Mampu ke?” Tanya Alex sambil menampal muka bosan.

Hana menggeleng. “Tak.”

Terus pecah tawa Maya, Jannah dan Alex. “Alahai minah ni. Dahlah. Ada nanti kena sound kang. Shh..” Maya macam biasa, mendisiplinkan mereka semula. Hana sempat melempar satu jelingan maut kat Alex. Lelaki itu sekadar ketawa saja. Untunglah dapat member masuk air macam budak-budak ni.

-

Hana menggoyang kaki. Despicable me 2 ni memang best, serius. Tapi Hana langsung tak boleh fokus. Fikirannya hanya pada satu-tandas. “Jannah, aku dah tak tahan dah ni. Aku pergi tandas dulu la.” Hana baru saja nak bangun, tapi dihalang oleh Jannah. Lengannya ditarik, memaksa dia duduk. Wajah kawannya itu ditenung tajam. “Kau nak aku teman tak?” Jannah dah sedia nak letak begnya di atas lantai.

“Eh takpalah. Siang pun ni. Aku boleh pergi sorang.” Hana menggeleng kepala. “Betul ni? Eh janganlah Na. Aku teman aku teman.” Jannah berkeras nak teman. Risaulah. Anak dara sorang-sorang pergi tandas. Tempat tengok wayang pulak tu.

Hana menggeleng lagi. “Jannah takpa. Betul aku boleh. Dahlah aku tak tahan ni.” Hana terus bangun dan berlari anak keluar dari wayang. Selesai saja buang hajat, Hana membasuh tangan. Sempat dia menelek wajahnya di cermin. Mimpi malam tadi seperti diulang-tayang semula dalam kepala.

Siapa ya lelaki berketayap tu? Siap mengaku aku ni isteri dia lagi. Hana menarik nafas dalam-dalam. Malas dah nak fikir. Buat sakit kepala je. Hana kemudian melangkah ke kaunter kecil berdekatan dengan panggung wayang. Rasa macam nak makan coklat la pulak. Coklat cap Daim mesti takdakan? Hm, nak ambil coklat cap apa he?

“Kit Kat satu.” Dua suara serentak buat pesanan. Berpusing leher Hana menoleh. “Akid!” Sikit lagi biji mata Hana nak terkeluar dari soket. Dalam banyak-banyak orang, Akid jugak dia jumpa kat sini.

Lelaki itu pun nampak terkejut. “Hana! Buat apa kat sini?” Tanya dia sedikit teruja. Tak sangka dapat jumpa gadis itu kat sini. “Main bowling.” Jawab Hana selamba. Akid menarik muka. Suka berloyar buruk.

“Bukan ke awak tak tengok wayang?” Akid bertanya sambil melempar segaris senyuman separuh. Nak perli aku le tu. “Saya tak pernah cakap saya tak suka tengok wayang. Saya cuma tak suka tengok wayang berdua dengan lelaki.” Balas Hana cuba nak berlagak tenang. Takda maknanya. Dalam hati ni rasa macam nak tepuk-tepuk je mulut si Akid ni.

Akid menjungkit bahu. “Okay. Ingatkan awak tengok wayang dengan Daim.” Hana terasa bulu romanya tegak saat nama Daim disebut. Mak aih. Ni dah melampau. Takkan sebut nama pun, aku nak respon over macam ni. Siap meremang satu badan. Hana menghembus nafas kuat-kuat. Akid berkerut memandangnya.

“Awak okay tak ni?” Tanya Akid risau.

Hana mengangguk laju. “Ni, layan movie sorang-sorang je ke? Hitomi mana?” Hana menukar topik. Entah kenapa dia masih ingat lagi nama isteri lelaki ni. Hitomi. Wajah gadis Jepun itu pun Hana masih ingat. Akid menarik senyum nipis. “Dia takda. Saya ni teman budak-budak Chemtech je ni. Lepas meeting tadi kitaorang ada makan-makan. So lepas makan, diaorang ajak layan movie pulak. Ikutkan jela.” Balas Akid tenang.

“Wow, bos mithali tu. Untunglah ada bos sporting.” Ujar Hana sambil mengeluarkan beberapa keping wang kertas, niat nak belanja Akid sekali. “No, no, no. It’s okay. My treat. Next time you pay okay?” Akid menolak niat baik gadis itu. Sebaliknya, not sepuluh ringgit dihulur kepada cashier. Hana mengambil coklat Kit Kat. “Terima kasih Akid.” Ucap Hana gembira sambil menggoyang-goyangkan coklat di tangan.

Akid tergelak kecil, sambil mengangguk dia balas, “Sama-sama kasih.”

Hana mengabaikan usikan lelaki itu. “Awak tengok cerita apa?” Tanya Hana, mencuri pandang wajah kacak Akid. “Despicable me 2.” Balas Akid sambil menayang dua jarinya.

“Ha? Serius? Saya pun! Tak nampak pun awak dalam tu.” Hana memegang dagu. Akid terdiam sekejap. “Hana, awak ke minah gila yang tahan pintu tadi?” Mata lelaki itu mencerun ke arah wajah Hana. Mulut gadis itu sedikit ternganga. Jangan cakap yang...

Tiba-tiba Akid ketawa besar. “I should’ve known it was you! Oh God. Awak tak tau tak, macam nak gila budak-budak ofis saya gelakkan awak. Apa awak buat sebenarnya Hana?” Akid memandang wajah Hana yang dah berasap dek malu yang teramat.

“Anggap saja kita tak pernah berjumpa hari ni. Ok? Bye!” Sepantas kilat Hana memecut masuk ke dalam panggung wayang. “Cerdiknya aku ni!” Hana dah rasa berpinar. Kenapalah aku selalu buat benda merepek depan lelaki hensem? Tak depan Daim, depan si Akid ni. Aduhai. Tak faham betul.

Jannah mengerling Hana yang termengah-mengah di sebelah. “Kau apahal weh? Tandas bukan dekat je ke?” Tanya kawannya itu dengan nada pelik. “Dekat. Tapi aku lari tadi.” Balas Hana sambil mengangguk.

“Apasal kau lari? Ada hantu ke?” Jannah memusingkan tubuhnya, menghadap Hana. “Kepala kau. Mana ada hantu siang-siang ni ngek.” Hana menunjal dahi Jannah. Maya di sebelah Jannah dah terjenguk-jenguk, bagi signal suruh diam. Hana dan Jannah cepat-cepat kunci mulut. Tumpuan kembali pada mamat besar, tinggi lampai hidung besar di skrin.


---

Rosebud says: Salam readerss terchenta. :) Sebenarnya.. Niat di hati nk buat part boleh kasi leleh air mata, tapi macam tak mampu je.huhu..klu air mata tak keluar time Daim ala2 confess kat mak dia tu, korang bubuhlaa eyemo ke kan. nk lg best, bubuh bawang. konfem leleh.huhu..(jgn buat betul2 pulak he. gurau je.)
Nway, Akid tak jahatlaa..dia baik sbnrnya.cuma.....jeng3. nantikan laa next chap..huhu
As usual don't forget to drop some reviews/comments/suggestions/advices or anything. kita terima saje meh. (mentang2 keje dok hadap customers chinese, cakap pun skg ada slang cina sikit.huhu over noks.) ><
Thanks korang sbb tak henti2 support cerita tak seberapa ni. teruskan menyokong. saranghae <3 <3 <3
Domou. (tunduk ala ala awek jepun) :P

*mohon korang semua doakan saudara2 kita di Syria, Palestine, Mesir, Rohingya sana, mintak kat Allah supaya bantu mereka sbb takda upaya dan kekuatan selain Dia. Allah saja yang Maha Berkuasa. insya Allah. and don't forget to pray for malaysia also. moga senantiasa aman dan diberkati Allah Taala, insya Allah.

Love our parents insya Allah, jannah is waiting for us. (an advice for myself as well)
courtesy of Owh So Muslim (OSM)

4 comments:

Anonymous said...

Pergghhh, Nak Meleleh Air Mata Nie Time Baca Part Daim N his Mother. Tp Di Tahan, Ndak Gentlemen Plak Nanti Bilang C Daim. Hahah. . .
Lg Satu, Pasal Mimpi c Hana Tue. Aduyaiiiii, kembang jugak bulu tengkuk den membaconya. Dpt Di Bayangkan, Teraza Serrammm Lah Pulok. . .
Akid Tak Jahat, Dia Baik Sebenarnya. Cuma...?
Cuma Dlm Novel Nie C Akid Watak Sampingan Je Dan Jodoh C Hana Dgn C Ungka Tue... Kah3x...

Terbaekkkk. . ! !
Lanjuttttkan Writer, Di Tunggu Update Selanjutnya. . .
"Biar Lambat, Asalkan Cepat"

Dōmo arigatōgozaimashita For This Chapter. . . (^_^)

cik syafa said...

Gila tak meleleh, sedih kot. kluar air mata time Daim confess tu. "Daim anak umi". uwaaa tersentuh.
Hana buat istikarah, yeay! senyuman tu sebenarnya senyuman Daim kn? Hana tak sedar lg tu, sebab Daim kn jarang sgt nak senyum.ehehe
Akid? hmmm something strange about his wife kn. tp tak pe, yg pnting Akid bwa watak yg baik2.ngee!
suke3. nak lagi.........^^

cik syafa said...

akak knpa tak updte lagi? uwaaa lamanya kitorang tunggu. hari2 jenguk blog akak, tp tak ada jgk. please..........^^ updte ek.

Anonymous said...

Bial Lambat, Asal Sepat. . .

Kak, mau genap 20 hari uda nie. . . Bila Update Nie. . . Huhuh. . . Kalah2x Puasa Nie. . . Tak Tahan Uda Mw Bebuka. . . ;-(

Post a Comment