Saturday, August 24, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 39



Daim sedang menyingsing lengan bajunya apabila Yuki melangkah masuk ke dalam bilik. Gadis itu melabuhkan punggung di atas katil sambil matanya tak henti merenung lelaki itu. Setelah menyingsing kedua belah lengannya, Daim mencekak pinggang. Pandangan matanya ditala ke arah luar tingkap. Memandang kosong permandangan malam metropolitan Kuala Lumpur yang ditaburi lampu-lampu berkelip indah.

“Chotto ii?” Lembut suara Yuki bertanya, memecah kesunyian antara mereka. Daim angguk sekali. Dia masih membelakangi gadis berbangsa Jepun itu. “Genki datta?” Yuki bertanya khabar. “Okay.” Daim mengangguk lagi. (*Chotto ii=Can i have a moment?; Genki datta=Sihat?)

Gadis jelita itu terangguk-angguk. “Yokatta ne.” 

“Kenapa tiba-tiba awak datang sini?” Tanya Daim setelah agak lama dia membisu. Yuki memandang lelaki itu. Daim masih tidak berganjak dari tempatnya. “Saya nak jumpa awak.” Balas Yuki lembut.(*Yokatta ne=Baguslah)

Daim menarik senyum sekerat. “Buat apa?” Nada suaranya sedingin air batu. 

Gadis Jepun itu bangkit dan mengatur langkah ke arah Daim. Perlahan-lahan tangannya melingkari pinggang lelaki itu, memeluk dia dari belakang. Dagunya direhatkan atas bahu Daim, sambil memejamkan mata, Yuki mencium tubuh lelaki itu.

“I miss you.” Bisiknya penuh gemersik.

Untuk beberapa saat Daim tidak berkata apa-apa. Dibiarkan gadis itu mengeratkan lagi pelukannya untuk beberapa detik lagi. “Daim-kun?” Kening Yuki bertaut apabila tangan Daim menarik tangannya yang melingkari pinggang lelaki itu, memaksanya meleraikan pelukan.

“Shitsukoku suruna yo, Yuki.” Ujar Daim mendatar.

Yuki menarik lengan lelaki itu, memaksa tubuh Daim berpaling, memandangnya. “Apa awak cakap ni?” Kedua tangannya menekup wajah Daim sebelum jari runcingnya mengusap lembut jambang nipis yang tumbuh pada rahang lelaki itu. Sepasang mata emerald Yuki mencerun ke dasar mata Daim, merenungnya dengan penuh mengharap. (*Shitsukoku suruna yo=Don’t be persistent)

“Mo owari da.” Ujarnya perlahan, seakan berbisik, namun cukup jelas di telinga gadis Jepun di hadapannya. Tangan Yuki di wajahnya dibawa turun ke sisi gadis itu. Yuki tak terkata. Matanya merenung wajah tenang lelaki itu. Sungguh hatinya terasa seperti direntap kasar. (*Mo owari da=It’s over)

“Nani itten da yo!?” 

Dada Daim ditolak sekuat hatinya hingga lelaki itu terundur beberapa langkah. “Gomen.” Satu perkataan itu saja yang mampu diucapkan. Sungguh kata-kata tu lahir dari hati yang jujur. 

“Jodan janai wa yo! Ne Daim-kun?” Kali ni suara gemersiknya berubah serak. Air mata mula kelihatan di tubir matanya. Daim mengetip gigi. Sungguh hatinya terusik saat air mata gadis itu mengalir, membasahi pipi gebu gadis itu. (Nani itten da yo= apa awak cakap ni?; Jodan janai wa yo= janganlah main-main; Ne=Hm?; Gomen=Maafkan saya)

“Gomen.” Daim tunduk. 

Andai dia boleh putarkan masa, andai dia mampu mengubah hati ni, sungguh, akan dia buat semua tu. Tak sanggup melihat gadis itu terluka, menangis kerana menagih cinta yang tak pernah ada untuk dirinya. Yuki  memalingkan wajah. Jari-jari dirapatkan ke bibir merah yang sudah bergetar hebat itu, menangis hiba. 

-
                                           
Shuichi tersandar pada dinding di luar bilik Daim. Simpatinya tumpah pada Yuki, tapi sebenarnya yang patut meraih simpati ialah sepupunya sendiri. Ya, Daim yang patut dikasihankan. Bukannya Yuki. Bukannya orang lain. Shuichi memejamkan mata, mengimbau kembali kisah silam sepupunya itu.

Seisi keluarga Takahashi gempar apabila berita kemalangan Daim dan beberapa orang lagi sampai ke telinga mereka dan yang paling terkesan ialah obaachan. Nenek Daim itu nekad nak mengambil alih tanggungjawab menjaga cucunya itu. 

Jadi selepas Daim beransur pulih, hidup dia terus berubah sama sekali. Obaachan mengatur semua urusan harian Daim. Dari pagi hingga ke petang, setiap hari, setiap saat, rutinnya dah diatur, dijadualkan. Kata obaachan, Daim akan jadi pewaris empire Samurai yang terulung. Jadi obaachan nak Daim around-the-where, multi-talented. Semua benda dia mesti hebat, semua benda dia mesti tahu. 

Akademik, sukan, seni lukis, muzik, pertukangan, seni mempertahankan diri, budaya, cakap je, semua Daim dah master. Kalau dia nak bermain dengan kawan-kawan di taman, beberapa orang pengawal keselamatan Daim yang diupah obaachan akan berkawal di sekeliling Daim, menghalang sebarang body contact dari berlaku. Kata obaachan, dia tak nak pewarisnya nanti terkena penyakit-penyakit orang-orang biasa, orang kebanyakan. Lama-kelamaan, kawan-kawan Daim semua menjarakkan diri. Semua dah tak mahu berkawan dengan dia, tak tahan dengan penghinaan yang dilempar obaachan. Perbezaaan harta, pangkat, semua jadi ukuran bagi orang tua tu.

Walaupun hidup Daim dah diatur dari A sampai ke Z, hingga dia kehilangan kawan-kawan, tapi, tak pernah sekali pun dia merungut. Dia buat semua yang disuruh obaachan tanpa banyak mulut, langsung tak betah. Cuma satu je. Daim tak pernah senyum. Sampailah pada satu masa, ayah Shuichi, Kato Tajima, yakni suami kepada ibu saudara Daim datang membawanya ke Malaysia bersama-sama dengan Shuichi. Obaachan tak boleh buat apa-apa sebab keluarga Tajima bukan calang-calang nama di Jepun. Dan, ketika itu, Samurai sedang memperluaskan empire ke rantau Asia. Jadi hubungan baik dengan keluarga Tajima perlu dijaga sebaik mungkin. 

Di Malaysia, Daim belajar cara hidup budak-budak di kampung. Masuk bendang, tangkap belacak, mandi sungai, kena sengat tebuan, naik kerbau, tangkap ikan, panjat pokok kelapa, kena kejar lembu, main gasing, jerat ayam hutan, semualah.
 
Masa itulah, kali pertama Shuichi tengok Daim tersenyum. Masa itu, baru Shuichi faham siapa Daim yang sebenarnya. Kalau orang tak kenal dia, mesti orang akan stereotype, anggap dia berlagak nak mampus, baget, sombong, bongkak, takabur dan semua sifat-sifat negatif anak orang kaya. Tapi orang tak tahu, apa yang terpaksa dilalui lelaki ni. 

Beberapa tahun di Malaysia dah berjaya mengubah hidup Daim sedikit demi sedikit. Dia semakin ceria, semakin banyak bicaranya, dan makin selalu tersenyum. Di Malaysia juga dia banyak berkawan, belajar banyak benda dari bertukang, buat rumah, buat reban, tanam padi, bajak sawah sampailah memasak. Daim mula faham, hidup kita ni tak sepatutnya diatur macam robot. Setiap hari buat benda yang sama, ikut arahan orang lain, sentiasa di takuk yang sama, tak pernah berganjak, tak pernah maju. 

Kembalinya dia ke Jepun ketika dia berusia 20 tahun, obaachan langsung tak boleh terima dengan perubahan cucunya itu. Berminggu-minggu Daim di brain-washed. Macam-macam kaedah obaachan guna untuk ubah Daim, dari perintah berkurung, sampailah gunakan rawatan psikologi, tapi semua cara obaachan tak berjaya. Daim betul-betul dah berubah. Dia dah berani tegakkan pendirian dia, dah berani beri pendapat dan paling best, dia dah berani melawan kata-kata obaachan sampai kadang-kadang tu, nyaris kena heart attack orang tua tu dibuatnya.

Akhirnya obaachan guna kaedah terakhir dia. Business marriage.

-

Hana mengesat peluh yang berjurai-jurai di dahi dan lehernya. Nafasnya tak teratur dan dadanya berombak laju. Mimpi yang sama lagi. Hana beristighfar banyak kali. Masuk ni, sudah tiga kali dia mimpi budak perempuan yang dipanggil Maisa itu bersama abangnya. Muka budak perempuan itu samar-samar. Tapi muka abangnya cukup jelas. Dada Hana bagai nak meletup apabila tiba-tiba kilat menyambar dan guruh berdentum-dentum. Tak boleh jadi ni. Hana terus melompat turun dari katil dan membuka pintu bilik Jannah.

Perlahan-lahan Hana mengesut masuk ke dalam selimut kawan baiknya itu dan baring di sebelahnya. Jannah memalingkan kepala apabila terasa selimutnya ditarik. 

“Hana?” Tanya Jannah dengan suara serak-serak basah.

Gadis itu angguk. 

“Nightmare ke?” Tanya Jannah. Kali ni dia dah duduk, memandang Hana risau. Kawan baiknya itu menggeleng kepala. “Guruh. Kilat. Takutlah Jannah. Aku tidur sini he?” Hana menarik selimut Jannah hingga ke paras hidung. Jannah menarik senyum manis. Alahai budak ni. Dah tua bangka pun takut kilat lagi ke? Gila tak rock minah ni.

Kawannya itu mengangguk. “Yelah. Tapi agak-agaklah weh, selimut tu tak payahlah conquer sorang je. Habis aku ni?” Jannah cuba menarik selimutnya, tapi tenaga batin Hana jauh lebih hebat. Selimut sikit pun tak bergerak.

“Kau kan kulit reptilia. Boleh tahan sejuk. Penebat kilat.” Balas Hana selamba. “Kepala hotak kau. Weh Hana, a’ah ya, memang aku beli selimut ni untuk kau pun. Memang khas untuk kau.” Perli Jannah sikit punya baik. Aku baru nak kesian kat kau, dah carik pasal dengan aku. 

Hana menarik sengih nakal. “Yelah yelah. Nah, ambil la.” Jannah terasa telinganya berasap bila Hana menghulurkan hujung bucu selimut kepadanya. Dia menjulingkan mata. Setakat besar tu, 4x4 cm, buat cover muka pun belum tentu mampu tau. 

“Tak payahlah Na. Kau guna je la selimut tu sorang-sorang!” 

“Beres!” Hana terus selubung tubuhnya dengan selimut Jannah tanpa menunggu walau sesaat pun. Bontot kuali betullah minah ni. Sabar jela. Haii... Hana, Hana.

-

Daim baru saja melangkah masuk ke dalam bangunan Samurai apabila matanya menangkap kelibat Yuki yang sedang duduk berteleku di sofa yang terletak di ruang lobi. Wajahnya nampak... kosong. Lelaki itu melepaskan satu keluhan berat. Diatur langkah ke arah gadis Jepun itu. 

“Yuki, buat apa kat sini?” Tanya Daim, cuba melembutkan intonasi suara garaunya. “Anata ni aitai desu.” Balas Yuki, tersenyum manis. Daim berkerut memandang gadis itu. “Yuki, I told you, we’re—”

“Wakatteru yo. Owari. Wakatteru. Demo ne, anata wa watashi no tomadachi deshou. Dakara... Atashi... Ah, asa gohan tabetai ne. Issho ni?” Yuki bangun. Dengan sebelah tangan memegang perut, gadis itu mengajak Daim bersarapan bersama. “Yuki.” Daim merenung segenap wajahnya. (*Anata ni aitai desu= Saya nak jumpa awak; Wakatteru yo=Saya tahu; Owari=It’s over; Demo ne, anata wa watashi no tomodachi desu yo=Tapikan, awak kawan saya. Dakara=Jadi..; Atashi=saya; Ah, asa gohan tabetai ne=Nak breakfast la; Issho ni=Jom)

“Hai hai. Ja, anata wa nani o tabetai desu ka? Nasi lemak? Roti canai? Dore desu ka?” Yuki bertanya ceria sambil tangannya memeluk lengan lelaki itu. Daim berhenti melangkah. Matanya ditala tajam ke arah Yuki. (*Hai hai=yelah yelah; Anata wa nani o tabetai desu ka=nak makan apa; Dore desu ka=yang mana satu)

Gadis Jepun itu memandangnya pelik. “Doushite?” 

“What is this?” Dengan ekor matanya, dia mengerling ke arah lengannya yang dipaut gadis itu. Yuki mengikut ekor mata Daim. “Nani?” Tanya Yuki tak faham. “Your hand Yuki.” Daim meleraikan pautan pada lengannya itu. Yuki menarik sengih. “Daijoubu, Daim-kun.” Balasnya manja sambil tangannya kembali memeluk lengan Daim. (*Nani=Apa?; Daijoubu=Tak apa)

Lelaki itu menghela nafas berat. “Yuki. Awak dengan saya, tak boleh pegang. Salah. It’s wrong. Dame da yo. Wakatte no?” Wajah sedih Yuki dipandang lama. Gadis itu menggeleng. “Doushite?” Tanya Yuki lagi. Daim menggaru kepala. Macam mana aku nak explain ni? (*Doushite=kenapa?)

“Are, Hana-chan! Ohayou gozaimasu.” Yuki melambai ke satu arah. Daim menoleh. Hana yang baru saja mengukir senyum terus pudar senyumannya saat matanya mendarat pada tangan Yuki yang erat memeluk lengan lelaki itu. Daim cepat-cepat melepaskan pautan Yuki. (*Ohayou gozaimasu=good morning)

“Hana.” Daim baru saja nak melangkah menghampiri Hana, gadis itu sudah memotong kata-katanya. “Maaf ya Yuki. Saya ada meeting ni. Nanti kita borak-borak panjang ya. Bye bye.” Hana mengenyitkan mata sambil melambai sebelum berlalu pergi. Daim di sebelah Yuki sedikit pun tidak dihiraukannya. Lelaki itu tergamam.

-

Handphone dalam handbag dibiarkan berdering terpekik terlolong, tak berjawab sejak insiden kat lobi tadi. Masuk ni, mahu dekat 84 kali telefonnya itu mengeluarkan bunyi. Nasib baiklah dalam lif ni takda orang. Kalau tak, memang mintak maki je pagi-pagi ni. Hana mendongak memandang nombor yang tertera pada skrin lif. Lif berhenti pada tingkat 5 dan pintu lif mula terbuka.

Wajah hensem tapi bengis Daim terpacul. Serta-merta hijau-biru muka Hana. Mulalah tu aku nak kalut. Jantung dup dap dup dap. Masalah betul la organ dalaman aku ni. Hana memaksa otot-otot wajahnya menampal riak wajah tenang. Daim memandangnya untuk beberapa saat sebelum dia melangkah  masuk ke dalam lif. Sempat Hana menangkap deru nafas lelaki itu yang sedikit laju. Baru lepas marathon ke dia ni? Tadi bukan main berpeluk-sakan dengan Yuki kat lobi... Hana tercengang. Tadi kat lobi. Sekarang kat tingkat lima? 

Oh my God. Dia betul-betul marathon!

“Assalamualaikum.” Lelaki itu memberi salam.

 Hana jawab perlahan. Terasa peluh dingin mengalir di lehernya. Mamat ni bela ke apa sampai aku jadi macam ni setiap kali aku jumpa dia. Berdebar, kalut, nervous, butterfly. Semua ada. Walaupun hati ni masih sakit teringat adegan luar batasan Yuki dan Daim semalam dan kat lobi tadi, tapi rasa nervous, dup dap dup dap tu tak pernah hilang. Makin menjadi-jadi lagi ada la. Allah...

Suasana yang sepi antara mereka menambahkan lagi rasa cemas di dada. Hana dapat rasakan renungan tajam Daim dari belakangnya, memandangnya tanpa berkelip dari tadi. Hana bermain jari. Jam di pergelangan tangan dipusing-pusing. Lambatnya nak sampai ke floor aku ni. Kakinya tanpa sedar menghentak-hentak lantai.

“Telefon dalam beg tu kalau tak reti nak angkat, campak je ke laut.” 

Punyalah berdesing, sampai rasa macam nak tercabut je gegendang telinga aku ni. Hana menarik nafas dalam-dalam. Mula balik dah perangai busuk ungka dia tu. Tanpa disangka, Diam menarik butang merah dan sekelip mata lif berhenti bergerak. Hana berkerut seribu.

“Apa awak buat ni? Awak jangan nak buat pasal he? Saya ada black pepper spray ni. Anytime je saya boleh spray kat muka awak tu.” Hana mengambil langkah berjaga-jaga.

“Kau dah salah faham. Apa yang kau nampak kat bawah tadi tak betul.” Ujar Daim, langsung tak ambil kisah dengan ugutan gadis itu. Hana menarik sengih sinis. Apa yang tak betulnya kalau benda jadi depan mata?

Lelaki itu melepaskan satu keluhan. “She doesn’t know. Dia tak tahu hukum pegang orang bukan mahram dia. Aku cuba nak explain, tapi tiba-tiba kau pun datang. You were at the wrong place at the wrong time.” Tambah Daim, seolah dapat baca isi hati gadis itu. Hana menelan air liur. Ok, serius mamat ni psiko. Ada kuasa psikik agaknya.

“Hana.” Panggil Daim apabila gadis itu masih menyepi.

“Awak nak apa sebenarnya ni?” Tanya Hana bosan. Sampai main stop stop lif ni. Melampau. Ingat kita ni tengah shoot telemovie ke apa? Hana memeluk tubuh. Muka masam diplaster.

Daim berjalan merapati Hana hingga dia berdiri betul di hadapannya. Mata lelaki itu merenungnya, menembusi segala benteng yang dipasak kukuh. Hana mengalihkan pandangan matanya. Terus pecah,hancur, lebur muka masam pahit bagai ni.

“Kau.” Balas Daim sepatah. 

Hana tergamam. A-Aku? 

“Aku dah fikir masak-masak. Kita nikah. Aku dah tak sanggup hidup macam ni. Siang malam asyik fikir pasal kau je, satu kerja pun aku tak dapat buat. Aku nak kau ada depan mata aku selalu. Aku nak bila aku nak tidur, benda terakhir aku tengok, kau. Benda pertama aku tengok bila aku bangun pun kau.” Ungkap Daim serius. Matanya mencerun tajam.

Benda dia kata aku? Tak bertamadun punya ungka!

“Kau dengar tak ni?” Tangan kanan digoyang-goyang depan mata gadis itu. Hana berundur beberapa tapak. “Awak cakap apa ni Daim? Yuki awak nak letak mana?” Tanya Hana balik. Nada suaranya tegang.

Daim menjamah segenap raut wajah gadis itu. Marah? Sedih? Terluka? Risau? “Kan aku dah cakap, she’s nobody. Dia takda kena mengena pun dengan kita.” Balas Daim dengan suara meninggi. Hana menarik senyum tawar. 

“Daim, takda perempuan yang cium peluk lelaki yang dia tak sayang. Listen, saya tak nak jadi orang ketiga antara awak dengan Yuki okay. Awak uruskan la hal awak berdua. I’m out.” Hana menggeleng kepala sambil tangannya memegang dada. 

Lelaki itu memeluk tubuh. “Apa kau merepek ni ha? Kau jangan jump into conclusion without knowing anything Hana. Kerja orang bodoh tu! Ya, aku mengaku dia cium aku semalam, dia peluk aku tadi. Aku mengaku aku kenal dia. Tapi, aku dengan dia takda apa-apa. Aku tak cintakan dia. Aku tak.. Hana, dengar sini. Aku nak kau. Aku nak kau seorang je. Aku nak kau halal untuk aku. Please Hana.” 

Mata Hana tak berkelip saat bibir Daim menuturkan bait-bait terakhir itu. Hatinya berdebar kencang. Ini bukan kali pertama lelaki ni melamar aku. Tapi, ini kali pertama lelaki ni melamar dengan ungkapan seindah itu. Seolah-olah, hati dia dipenuhi dengan nama aku. Nama aku seorang saja. Hana memegang dadanya. Sungguh hatinya tak keruan.
Perasaannya bercampur. Gembira. Sedih. Sayu. Cemas. “Hana..?” Daim memanggil. Kali ni suaranya cukup lembut, cukup membuatkan jiwa gadis itu bergetar hebat.

“Daim, bagi saya istikharah dulu. Ya?” Hana mendongak, kembali memautkan kembali pandangan mata mereka. Lelaki itu mengukir segaris senyuman sebelum mengangguk.

 “Okay.”

 Daim menolak butang merah dan serta-merta lif kembali bergerak. Lelaki itu menyandar pada dinding lif sambil tersenyum puas. Jawapan Hana tadi dah cukup buat jiwa bergeloranya ni menjadi tenang. Setenang air di lautan. Setenang bayu yang meniup harum. Istikharah. Ya, itu yang terbaik. 

 “Daim.” Panggil Hana. Lelaki itu memandangnya sambil menjungkit sebelah kening. “Awak pun buatlah istikharah. Kadang-kadang kita rasa apa yang kita nak tu betul, baik untuk kita, tapi sebenarnya tak pun. Awak buat ya istikharah.” Pinta Hana lembut. 

Tersentuh hati lelaki dia. Daim sekadar tersenyum tanpa membalas permintaan gadis itu. Sebaik saja tiba di floor department R & D, Hana menapak keluar dari lif dan diikuti dengan Daim. Sebaik saja tiba main entrance department, Daim memanggil nama gadis itu. “Hana.” Gadis itu menoleh. Wajah Daim dipandang lama. “Kenapa Daim?”

“Aku dah buat istikharah. Alhamdulillah, Allah dah tetapkan hati aku.” Ujar Daim, tersenyum, sebelum melangkah pergi menuju ke biliknya. Hana tak terkata. Masya Allah. Terus digagahi kakinya menuju ke surau kecil di hujung lorong menuju ke makmal. Sekarang jugak aku buat istikharah. Hana nekad.

-

Rosebud says: 


Assalamualaikum readerss~ saya tau, saya tau, pendek gile kan chap kali ni. ampunnn....jawapan org kebanyakan: Soo busy maa! skg ni I'm helping my brother jaga kedai cosway dia kt the USJ 19 City mall subang. anyone nk bershopping, mailaa singgah sini. I bg you ols diskaun baik punye! (siap promote kan!) 

About tajuk this humble story, I've contacted Miss Hana Tajima through her website, and she has kindly approved me using her name as the title of this novel. Alhamdulillah. She's soooo ohsem. Daisuki Hana-san! <3 But, she said using her images would be problematic (copyright and all) so I said ok, I'll remove them asap. so for this entry, I use my niece's pic. ok laa kan? >< Hana tajima's pic will be removed soon. 

And to all who have suggested some great ideas, zillion thanks! arigatou! suggest suggest laa some more. Please drop lots of comments, ideas, suggestions, dissatisfaction, reviews, anything, I'll read em all. ^^

Lastly, thanks for all your supports. doakan this humble story dpt dipublish ok? insya Allah. (aamiin beramai-ramai~)
Recite this doa together~
courtesy of Owh So Muslim (OSM)










7 comments:

Sheeda Minhaj said...

Good luck!!!!!...

cik syafa said...

Insya Allah aaamin.^^ wah chap kali ne super duper ohsem daebak sis. suka + teruja sgt2, rasa mcm d awang2ngn je wktu daim propose tu. how sweet..^^ Istikarah memang jln terbaik. Alahai tak sbr baca next chap, cepat2 update ek kak.
#senyum smpai telinga =)

Zuhayra said...

best2 ! sambung lagi....

Rashidah Ramlan said...

Aduhai...membuai2 jiwa ase...xpuas bace.hrp 1day nnt bpeluang bace novelnye plak.gud luck sis!

Fyza Roosli said...

Kak jagung! Pasaipaaaa sweet sgt Daim ni??? ada jugak yg mengigau daim malam ni! haha

nina said...

kak rosebud , bile nk sambung citer ABHT ni...

amira aqma said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment