Monday, August 5, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 38



Daim tersenyum lagi. Hujung minggunya yang dihabiskan bersama Hana mengecat rumah bonda terasa macam mimpi. Bukan senang nak ajak perempuan traffic light tu keluar bersama. Gaya macam nak ajak Queen Elizabeth keluar! Punyalah susah. Alhamdulillah, taktik ni berjaya. Walaupun tak dapat keluar berdua-duaan dengan dia, dapat cat dinding sama-sama pun jadilah.

Teringat muka Hana bila lagu My Favorite Girl dinyanyi. Bukan main merona merahnya.Dah macam kena BBQ dah.Lepas tu, paling tak menahan bila dia tiba-tiba jadi malu-malu. Tak sangka minah gila buta warna tu ada hati dan perasaan, boleh rasa malu kan. Macam tak percaya je. Allah hai. Macam manalah aku tak jatuh cinta kat dia? Apa saja dia buat, hati aku tak keruan. Bila dia senyum, terasa macam gugur semua bintang-bintang di dada langit terus ke pangku aku. Lemah jiwa. Fuh. Daim memegang dadanya.

 Ya Allah, ini ke cinta?

“Panjang umur!” Bisik Daim sejurus matanya menangkap kelibat Hana yang menunggu lif sambil bernyanyi kecil. Gembiranya dia. Dia pun rasa macam aku rasa ke? Mutual feeling? Daim tersenyum lagi. Namun senyumannya terus mati bila melihat kelibat seorang lelaki datang menegur gadis itu.

Hana menoleh. Terus bibirnya mengoyak senyum lebar. “Akid!” Jerit Hana tak percaya. Rasa macam berkurun dah tak jumpa mamat ni. “Hey baby.” Mata dikenyit. Hana ketawa. “Baby mung. Dah sihat ke ni?” Hana memandang lelaki itu atas bawah. Nampak macam dah sihat.Masih gagah macam dulu.

“Kalau tak sihat saya takda kat depan awak, kan?” Akid memandang segenap wajah gadis itu. Hana menggeleng sambil menggoyangkan jarinya. “Salah, salah, salah. Awak kan sakit. Buat-buat lupa la tu.”Mimik muka gadis itu memang first class.

Akid mengerutkan dahi. “Saya dah sihat la Hana. Mana ada saya sakit. Dah sihat dah.” Tegas Akid. “Iya, awak sakit.” Hana menggeleng lagi. “Sakit apa?” Tanya Akid pelik. Nampak pucat ke muka aku? Rasanya dah cukup lama aku duduk depan cermin tadi belek muka kacak bergaya aku ni.Sihat sejahtera je.

“Sakit otak.” Balas Hana selamba. Terus membulat mata lelaki itu.

“Nakal la awak ni!” Hampir saja tangan Akid nak mencubit pipi Hana, namun cepat-cepat dijatuhkan tangannya apabila satu suara berdehem, menegur dari belakang. Hana berpaling, langsung tak perasan tingkah Akid tadi.

Daim. Gulp.

“Hai. Awak dari mana?” Hana bertanya. Tiba-tiba rasa gugup. Ni apasal rasa  macam aku tengah curang je. Walhal bukannya aku ada hubungan apa-apa pun dengan dua makhluk ni. Hana, get your head straight! Kau bukan hak Daim, kau bukan hak Akid. Kau hak Allah. So tak payah nak gabra sangat.

“Dari sana.” Balas Daim pendek sambil  mengerling ke satu arah. Matanya kemudian mencerun tajam ke arah Akid yang kekal tenang. Hana yang dah mula mengesan suasana tak best terus buka bicara, “Daim, awak ingat Akid lagi kan? Dia dah mula kerja dah.Dah sihat dah.” Hana memandang Akid untuk beberapa saat sebelum kembali memandang Daim.

Daim dan Akid saling bertukar pandang. “Okaeri.” Ujar Daim tanpa perasaan. Lelaki itu angguk. “Arigatou. Yoku wa koko ni modotte motte iru.”Suasana masih tegang walaupun dua orang lelaki ni kedengaran macam saling bertukar salam, in Japanese. Apa sajalah dua orang ni cakap sampai kena cakap bahasa negara matahari terbit tu.(*Okaeri=welcome back; yoku wa koko ni modotte motte iru=it’s good to be back)

Hana menelan air liur. Rasa senak dada bila berada di antara dua lelaki ni. Wargh. Tapi at least diaorang masih menegur secara bertamadun.Takda tarik-tarik rambut ke apa kan.

“Jom, kita ada meeting ni.” Daim menarik hujung selendang Hana, memaksa gadis itu bergerak masuk ke dalam lif. Akid tak pasti nak buat apa. Hana dilihat macam perlukan bantuan, tapi bila tengok muka bengis Daim, terbantut terus niat nak membantu. “Akid, awak tak nak naik sekali?” Hana sempat bertanya sambil kakinya menahan pintu lif.

Lelaki itu menggeleng kepala sambil tersenyum. “No it’s okay. I’ll pass.”

“Okay. Bye. See yuu—” Hana tergamam bila kaki Daim menolak kakinya sekaligus memberi laluan kepada pintu lif untuk tutup. Terus dipandang lelaki itu dengan dada yang membara. “Saya tak habis cakap lagilah!” Marah Hana geram.

“Tu bukan cakap. Tu flirting.” Balas Daim dingin. Hana ternganga. Kepala dia ‘okay, bye, see you’ tu flirting. Ergh. “Awak, si Akid tu kawan baik saya dari sekolah awak tahu tak. Takda maknanya kitaorang nak flirt flirt ke apa.” Hana menghempas tubuhnya ke dinding lif. Tangan disilang ke dada. Tanda protes.

Daim memandang wajah masam Hana. “I don’t care. Aku tak suka kau cakap dengan dia. Lepas ni jangan cakap dengan dia lagi.” Arah Daim. Hana mengerutkan dahi. Eh melampaunya si ungka ni. “Encik Daim, suka hati nenek jiran sayalah saya nak cakap dengan siapa! Mulut saya. Bukan mulut awak!” Herdik Hana geram.

“Kau lupa ke apa dia buat kat kau dalam lif ni? Lupa?” Daim memeluk tubuh. Matanya  memandang Hana tajam. Gadis itu melepaskan satu keluhan berat. “He didn’t mean it.” Balas Hana perlahan. “Hana, aku tak kisah dia sengaja ke tak sengaja. Aku tak suka kau dengan dia.” Ujar lelaki itu serius.

Hana memandang wajah hensem Daim untuk beberapa tika. Muka hensem, tapi semedang je tampal muka bengis tengik tu. Jarang bebenar nak senyum. “Daim, saya dah maafkan dia. Saya dah tak ingat dah pun apa dia buat kat saya. Dia kawan saya, dan saya tahu dia hormat saya. So awak jangan risau okay. Insya Allah, takda apa-apa.”

Daim menarik senyum sinis. Hormat? Kalau aku tak datang awal-awal tadi, dah lama pipi kau kena sentuh dengan tangan busuk dia kau tau tak! Daim berdengus. “Kau hati-hati. Jangan biasa sangat dengan dia just because he’s your so-called friend. Don’t let your guard down.” Pesan Daim keras.

Hana memandang Daim pelik. Gaya macam Akid tu pembunuh bersiri pulak. “Kalau macam tu, dengan awak pun saya kena hati-hatilah kan? Saya kenal Akid tu dah bertahun-tahun, tapi awak kata jangan percaya dia sangat. Apatah lagi awak yang saya baru kenal berapa bulan ni. Lagilah tak boleh percaya langsungkan? Lepas ni, naik lif pun tak bolehlah berdua je dengan awak tau. Bahaya.” Ujar Hana beriya.

Daim baru saja nak menengking terus tak jadi apabila pintu lif terkuak dan Hana cepat-cepat memecut keluar dari lif. “Oi oi! Hana! Tunggu! Hoi!” Panggil Daim tapi gadis itu dahjauh pergi. Daim mencekak pinggang. Hei minah ni. Saja je bikin hati aku panas.

-

“Bananananaa~”

Hana menarik muka bila tiba-tiba muncul geng Powerpuff Girls entah dari mana terus melekat kat sebelah. Tangan tangan nakal melingkari bahu dan pinggangnya. Lagu tema segmen Bananana TV9 berlagu di telinga gadis itu. Hana cuba nak meloloskan diri tapi Rin dan Pinat beriya kunci leher dan pinggangnya. Guna tenaga sekawan kuda ke apa budak dua ekor ni? Hana mengalah. Tak kuasa bazir energy lawan melodi company ni.

“Korang nak apa ni?” Tanya Hana malas sambil memandang Rin dan Pinat di kiri dan kanannya. “Nak juicy gosip.” Bisik Pinat manja. “Jus takda. Penampo ada. Nak?” Hana menjungkit sebelah kening.

Pinat menjeling. “Suka guna kekerasan kat kaum wanita tau.” Gumam Pinat kuat. Hana berdesis. “Eh mak aih dia ni. Habis aku ni bukan perempuan?” Herdik gadis itu. Pinat ketawa. “Dulu tak, tapi sejak-sejak dah bercinta ni, kau dah jadi perempuan dah.” Balas Pinat sambil mengusap kepala Hana. Rin kat sebelah dah terangguk-angguk. Bibirnya tak henti ucap tahniah tak terhingga.

“Apa korang merepek ni? Lepaslah. Aku ada berlambak kerja ni tau tak. Cepat cepat, korang  nak apa?” Hana tampal muka seserius mungkin. “Nak kau.” Ucap Rin dengan penuh menggoda dekat pada wajah Hana sambil tangannya menarik dagu gadis itu, memaksa Hana menoleh ke arahnya. Hana pasang muka jijik. “Rin, kau tahu tak mulut kau macam bau kentot tak keluar sebulan?”

“Ha?” Serta-merta bahu Hana dilepaskan. Rin menekup mulut dia. “Oh Na, ni bukan bau kentot la. Ni bau masak lemak tempoyak minggu lepas.” Balas Rin gembira. Kening Hana terjungkit, mulutnya sedikit terbuka. Oh my God. Biar betik minah ni..

Pinat menarik dagu Hana, memaksanya kawannya itu memandangnya pulak. “Na, kitaorang nak full coverage.” Ujar Pinat. “Full coverage?” Hana bertanya tak faham.Segaris senyuman nakal mula terpatri di bibir Pinat.

“Ya sahabatku. Full coverage. Pasal kisah cinta kau dan PA anak bos kita.”

“Sampai hati kau rahsiakan berita terhangat ni dari kami, teman kau ni Hana!”

“Betul! Sampai hati kau! Terguris tahu tak hati kami.”

“Belah dada ni andai kau tak percaya betapa tercalarnya hati kami...”

“Sob sob...”

Pinat dan Rin silih berganti bertukar dialog. Ni pentomin ke apa ni? Siap mimik muka, gaya kisah benar habis ni. Hana menarik tangan Pinat yang masih melingkari pinggangnya.

“Aku dengan si ungka tu, tak bercinta. Berapa kali la aku nak cakap? Korang nak aku buat sidang akhbar ke?” Sengaja dibeliakkan mata yang sedia besar ni. Biar ketak tulang lutut diaorang.

Pinat dan Rin saling berpandangan sebelum mata mereka kembali menjamah muka serius Hana.“Amboi sampai nak buat sidang akhbar. Nak beritahu satu negara ke pasal hubungan cinta korang yang suci murni ni? Ngee.” Senyuman mereka meleret.

Hana dah urut kepala. Suka putar belit ayat aku tau. “Korang ni.. Kang aku kata bebal kang, masing-masing ada degree. Adoi. Dengar sini wahai  mak jemah mak ton sekalian, aku dengan PA anak bos tu takda apa-apa okay? Nothing. Aku dengan dia macam aku dengan... dengan..” Hana hilang kata. Dengan siapa aku nak cakap?

“Dengan siapa? Siapa? Siapa?” Rin menjungkit-jungkit kening, mengusik.

“Dengan Budin!” Balas Hana laju. Dah si Busot tu je jantan dalam hidup aku selama ni. Sori Budin. Terpetik nama kau. Serta-merta kening mereka bercantum. “Budin? Ewww!”Tawa Pinat dan Rin pecah.

Hana mengecilkan mata, merenung mereka sambil sedaya-upaya cuba menahan gelak. Kurang asam betul la budak-budak ni. Kesian si Budin. Walaupun mamat tu macam kekurangan hormon testosteron, tapi bila kita tengah susah, dia la makhluk pertama datang hulur bantuan. Mana nak cari sahabat semulia tu?

“Dah dah. Korang ni betul la. Semak kepala otak aku. Ni macam tak lengkap je geng Powerpuff girls ni. Mana si Joy?” Hana mencari-cari member lagi sorang. “Oh hari ni dia offline.” Balas Pinat selamba.

Hana terangguk-angguk. “Ohh offline. Habis korang ni, tak penat-penat ke asyik online semedang? Tak reti nak log out?” Suara Hana sengaja dilenggok sinis. “Kitaorang guna unifi. Terbaik!” Two thumbs up dilayang. Hana ketawa bagai nak gila.

“Bengong. Dahlah! Malas aku nak layan korang. Berlambak kerja aku kat lab tau. Syuh syuh syuh!” Dihalau dua orang perempuan tu jauh-jauh. “Takpa, ada ubi ada keledek, ada hari kami datang selidik!” Rin menepuk dada.

Wah wah berpantun tak ingat! Meh sini aku tunjuk bakat pulak. “Ada dua budak gila, kaki gosip jaja cerita, bila jumpa diaorang jangan buang masa, bagi je bertepek-tepek sesedap rasa.” Haa gerenti bernanah telinga korang!

Terus berubah muka Pinat dan Rin. Hana gigit bibir. Dalam hati, macam nak rak dipujuk diri, jangan gelak Na, jangan gelak. “Fine! Kitaorang log out!” Balas mereka serentak sebelum berkawad pergi meninggalkan Hana yang dah separuh nafas tahan gelak.

Hilang saja geng Powerpuff girls dari pandangan, terus meletus tawa Hana. Alahai, seronoknya dapat kenakan minah dua orang tu. Hana terus kaku bila ada tangan memegang bahunya. Serta-merta seram sejuk satu badan. Tolonglah bukan Daim, tolonglah tolonglaa...

Perlahan-lahan Hana memusingkan tubuhnya. Mata Hana menangkap sepasang stiletto merah. Mak datuk. Mahu cecah 4 inci tinggi heels ni. Hana mendongak, tak sabar nak tengok empunya stiletto merah itu.

Ya Allah... Cantiknya!

Mata Hana tak terkelip melihat gadis anggun di depannya ni. Orangnya tinggi lampai persis supermodel. Kulit dia milky white. Putih susu. Macam kapas. Gebu. Bibir dia, penuh berisi. Macam Angelina Jolie. Body dia, mak aih, aku yang perempuan pun goyah tengok. S-line habis. Hana rasa macam kena pukau. Cantik melampau si pemakai stiletto merah ni. Cuma satu je problem aku dengan minah stiletto ni. Dalam bangunan pun nak pakai sun glass ke? Ni mesti spesis sama macam si ungka tu.

“Anata wa dare?” Tanya si anggun menawan, pemakai stiletto merah. Allah, suara dia lemak berkrim disukai ramai. Lunaknya. Lemah jiwa raga aku dengar. Ni kalau mana-mana lelaki dengar ni, mahu beratur sampai ke pak guard.(*Anata wa dare= Awak ni siapa?)

Kening Hana terjungkit. Apa dia cakap tadi? Muka tak pasti ditampal. Gadis cantik itu merapati Hana. Sun glass yang tersarung ditolak melepasi kepala, sekaligus menarik rambutnya ikalnya ke belakang. Fulamak, macam tengah tengok iklan!

“Anata. Wa. Dare. Desu. Ka?” Satu persatu perkataan disebutnya. Hana terangguk-angguk dengar. Macam pernah dengar grammar dan style bahasa ni. Hm.. macam bahasa Jepun. Macam bahasa Siam pun ada jugak. Hana menggaru kepala. Menyesal aku tak ambil third language dulu bahasa Jepun.

“I’m sorry. I can’t speak whatever language you speak. Do you speak english? You know english?” Hana cuba mengawal intonasi suaranya yang dah kedengaran macam tersepit. Laa takkan berdebar kot tengok perempuan cantik ni? Hana, kau straight Na. Kau straight. Ingat Daim. Kau suka Daim kan? Hana tersedar. Terus kepala digeleng banyak kali sambil pipinya ditampar-tampar. Apa aku merepek ni?

“Ano san, daijoubu desu ka?” Gadis stiletto itu bertanya lembut. Riak risau terpancar di wajah cantiknya. Hana tergamam. Serius minah ni cantik. “Allah apalah dia ni dok bebel? Apa aku nak mencarut ni...”Gumam Hana. Kepala digaru lagi.(*Ano san, daijoubu desu ka=Awak ni okay tak?)

Tiba-tiba wajah gadis itu berubah riak. “Orang Melayu?”

Hana tak mampu nak tutup mulutnya yang dah terbuka luas. Minah ni...speaking Melayu? Omo omo. “Awak cakap Melayu!” Jari telunjuknya tepat ke hujung hidung gadis stiletto itu.

Dia tersenyum manis. “Maaf. Kalau saya tahu awak ni orang Melayu, awal-awal lagi saya dah cakap Melayu. Hai, saya Yuki. Awak siapa?”

Yuki. Macam nama Yukito dalam Card Captor Sakura tu je. Maknanya..dia ni.. Orang Jepun la kan?

“Oh ha. Hai. Yuki. Saya Hana. Awak...orang Jepun?” Hana bertanya takut-takut. Yuki angguk. Lemah lembutnya dia ni. Teringat heroin cerita The Last Samurai yang Tom Cruise berlakon tu. Yuki ni sebiji macam heroin cerita tu. Apa nama dia? Kyoko? Yukura? Haa.. Koyuki! Herghh....! Nama pun sama. Bulat mata Hana memandang Yuki.

“Hana. Sedap nama awak.” Yuki melempar satu lagi senyuman pencair hati. “Terima kasih. Err.. Yuki, awak ni.. Koyuki ke?” Tanya Hana. Harapannya menggunung di dada. Mintak-mintaklah dia ni Koyuki heroin cerita The last samurai tu! Boleh mintak sain.

“Hai! Ya. Saya Koyuki. Mana awak tahu?”

Nada suaranya berubah ceria. Wajah cantik dia turut sama berubah gembira. Mata dia bersinar-sinar. Oh my God. Subhanallah. Indahnya ciptaan Mu ni oh Tuhan. “J-Jadi a-awak ni...Koyuki? Koyuki yang berlakon cerita Beautiful life tu kan? Dengan Takuya Kimura?” Tergagap-gagap lidah ni. Punyalah terkejut.(*Hai=yep)

Yuki memandang Hana untuk beberapa saat sebelum akhirnya dia tergelak besar. Hana terpinga. “Kenapa?” Tanyanya. Yuki menggoyang kedua tangannya. “Iie iie. Chigaimasu yo. Saya bukan Kato Koyuki. Saya Miyajima Koyuki. Bukan pelakon tu.”(*Iie=Tak. Chigaimasu=Bukan)

Hana rasa macam nak ketuk kepala ni dengan stiletto merah Yuki. Malu kot! Dahlah aku dok tayang attitude fanclub aku  ni. Aduhai. Hana menggigit bibir bawah. Tak tahu nak komen apa dah. Malu yang teramat ni. Yuki memegang lengan Hana, cuba nak menyedapkan hati gadis itu barangkali.

“Daijoubu deshou. Hm, Hana, awak dah lama kerja sini?” Tanya Yuki lembut. Hana mengangguk. “Beberapa tahun.” Terus melebar senyuman gadis Jepun itu. “Bagus. Mesti awak kenal Daim kan?”(*Daijoubu deshou=It’s okay)

Daim? Siapa dalam bangunan ni tak kenal dengan mamat tu? Kenal sangat.

“Kenal. Kenapa?”

Yuki menarik sun glass di kepala dan disangkut ke v-neck line dress dipakainya. Senyuman misteri ditampal.“Jom kita pergi jumpa dia. Awak tahu mana ofis dia kan?” Lengan Hana dipeluk erat. Hana tak terkata. “Err..O-Okay. Jom.”

-

Tok tok.

Daim memandang pintu biliknya sekilas sebelum matanya kembali menala skrin lap top. “Yeah?” Suara Daim dingin. “Boleh masuk?” Balas suara di luar. Sebaik saja dengar suara tu, terus mekar bibir Daim dengan senyuman berbunga-bunga. Tapi macam pelik je. Tak pernah-pernah minah ni ketuk pintu. Hari ni tiba-tiba sopan-santun la pulak.

“Tak malu masuklah.” Balas Daim, saja nak bergurau manja.

Perlahan pintu biliknya terkuak. Daim menanti penuh debar. Matanya tertumpu pada daun pintu yang bergerak, semakin terbuka. Tak sabar nak tengok muka comel minah ni. Tak jumpa dua tiga jam rasa macam tak jumpa dua tiga bulan. Dahsyat betul penangan api cinta ni. Daim menggeleng. Tak sanggup nak tahan debaran di dada ni, terus ditala pandangannya kembali pada skrin lap top.

“Ha nak apa cakap cepat. Aku si—” Kata-katanya terpaku hujung ayat saat matanya menangkap kelibat gadis tinggi lampai di belakang Hana. “Konnichiwa, Daim-kun.” Yuki menundukkan sedikit tubuhnya, amalan rakyat Jepun apabila bertegur sapa.

Daim tersandar pada kerusinya. Matanya tak berkelip pandang Yuki. Hana memandang Daim kemudian matanya singgah pada gadis tinggi lampai itu. Yuki dilihat turut sama tak berkelip memandang Daim.

Apa perasaan ni..? Kenapa aku rasa macam ni?

“Naze koko ni iru?” Daim akhirnya bersuara setelah agak lama mereka saling bertatapan. Yuki menarik segaris senyuman manis. Kakinya melangkah menghampiri meja lelaki itu.(*Naze koko ni iru=kenapa awak datang sini?)

“O-hisashiburi desu ne.” Yuki mengambil tempat berhadapan dengan Daim. “Nan de yo? Koko ni iru.” Daim mengulangi pertanyaannya. “Wakaru?” Yuki menjungkit sebelah kening. (*O-hisashiburi desu ne=lama tak jumpa kan?; nan de yo koko ni iru= kenapa awak datang sini?; wakaru=can’t you tell)

Daim mengeluh. “Ore wa isogashiinode ware wa atode hanashi o suru yo.” Wajah Yuki dipandang, mahukan jawapan. Gadis Jepun itu mengangguk. “Wakarimasu.” Yuki bangun dan melangkah menghampiri Daim. Perlahan-lahan tangannya memaut bahu lelaki itu dan bibirnya didekatkan ke pelipis Daim, mengucup lelaki itu sebelum berbisik sesuatu ke telinganya.(*Ore wa isogashiinode ware wa atode hanashi o suru yo=I’m busy. Kita cakap nanti; wakarimasu=got it)

Hana memalingkan wajah. Dadanya terasa perit, sakit. Seolah bagai ditikam bertalu-talu. Hana memejamkan mata. Nafas ditarik dalam-dalam. “Yuki saya pergi dulu.” Baru saja kakinya nak melangkah pergi, suara Yuki menahannya. “Matte yo. Nanti dulu Hana. Sekejap.”

Yuki kembali memandang Daim. “Jaa, atode.”

“Yuki.” Panggil Daim. Gadis Jepun itu menoleh. “Hm?” Yuki memandang Daim. Lelaki itu diam untuk sesaat dua sebelum menggeleng. “Betsuni.” Yuki tersenyum sebelum melambai. “Jom Hana, saya belanja awak lunch?” Lengan Hana ditarik lembut. (*Jaa, atode=see you later; matte yo=tunggu sekejap; betsuni=nothing)

“Ha?”

“Yuki, saya ada hal nak bincang dengan Hana. Awak pergi dulu.” Ujar Daim, mula bangkit dari kerusinya. Gadis Jepun itu mengangguk. “Oh okay.” Sebelum dia melangkah pergi, sempat Yuki melempar segaris senyuman ikhlas kepada Hana. Bibir gadis itu bergerak, menyebut satu perkataan.

Arigatou.

“Marah ke?” Tegur Daim. Bahu Hana terjungkit, terkejut. Terus dia berpaling, memandang lelaki itu. “Tak.” Kepala digeleng. “Kalau tak marah, kenapa muka macam tu?” Jari telunjuknya ditala ke muka Hana.

Gadis itu memaksa segaris senyum. “Saya lapar. Bila lapar, muka saya jadi macam ni.” Balas Hana selamba. Daim tergelak kecil. “Okay okay jom pergi lunch.” Daim angguk sebelum berjalan menuju ke meja. Skrin lap top ditarik. Kot putih yang tersangkut di kerusi diambil dan disarung ke tubuhnya.

“Takpalah. Saya dah janji dengan Budin nak lunch sama dengan dia. Awak pergilah lunch dengan Yuki. Nampak macam banyak benda nak dibincangkan.” Hana menolak baik pelawaan lelaki itu.

Daim merenung Hana lama. “You’re upset.”

“No I’m not.” Tegas Hana. “Then you’re sad.”

“Nooo!” Mata Hana sikit lagi nak tersembur keluar dari soket.

“You’re hurt.” Ujar Daim lagi.

“Awak boleh berhenti buat statement tak!”

 Hana dah tak boleh tahan. Tak pasal-pasal melambung-lambung oktaf suara aku. Apa masalah mamat ni? Suka hati je nak tuduh orang macam-macam. Daim masih merenung Hana sambil kakinya melangkah menghampiri gadis itu.

“She’s nobody, Hana. Don’t worry about her okay. Hm?” Bisik Daim lembut. Hana mendongak, memandang lelaki itu untuk beberapa detik. Nobody? Hana menggeleng. Bibirnya bergetar. Rasa sebak mula melanda hatinya. Ya Allah.. Hana cepat-cepat menoleh. Dikelip-kelip mata banyak kali dengan harapan air mata yang mula bertakung segera hilang. Apa kena dengan hormon dalam badan aku ni...

“Hana?” Panggil Daim lembut.

“Ah Daim, dah lambat ni. Kesian Budin tunggu. Saya gerak dulu.” Tanpa menoleh ke belakang, Hana berlari anak meninggalkan Daim yang dah tergamam dengan reaksinya.

-

Kak Mida memaut bahu Hana yang terhinjut-hinjut menahan tangis. Kepala gadis itu diusap seperti mengusap kepala anak kecil. Hana memaksa dirinya untuk ketawa.

“Tak boleh berhenti.. nangis..” Air matanya berjurai-jurai membasahi pipi.  “Kak, kenapa Hana tak boleh berhenti nangis ni...” Tanya Hana dalam tangis. Kak Mida tak tahu nak kata apa. Terus ditarik kepala gadis itu rapat ke dadanya.

“Nangis Na. Nangis puas-puas. Akak ada kat sini dengan Hana, okay?” Dahi Hana dikucup lembut.Dipeluk gadis itu erat-erat. Biarlah dia menangis beranak sungai sekarang daripada menangis air mata darah nanti. 

Walaupun kak Mida tak pasti kenapa Hana menangis, tapi ni mesti ada kaitan dengan Daim. Sepanjang dia kenal Hana, tak pernah sekali pun dia tengok Hana menangis. Ni kali pertama. Ni jugak kali pertama dia tengok Hana sebegini lemah, sebegini..fragile.

Hana, be strong..

-

“Yuki saya ada hal nak bincang dengan Hana. Awak pergi dulu.”

Hana memeluk bantal busuknya. Saya. Awak. Dia cakap saya-awak dengan Yuki. Adegan Yuki mengucup pelipis lelaki itu terbayang-bayang di mata. Hana menepuk-nepuk pipinya banyak kali.

Stop it! Hana, kau dengan dia takda apa-apa hubungan pun. Kau dengan dia in a good term je. Yang kau nak sedih beriya sangat macam putus cinta ni kenapa? Ingat prinsip hidup kau, no couple before marriage! Jangan lalai. Jangan hanyut. Pegang pada prinsip kau. Iltizam Na, iltizam. Ingat Tuhan Hana.

Ya..ingat Tuhan.

Hana terus melangkah ke tandas dan mengambil wuduk. The best medication for troubled heart is... remembering Allah. One and only. Terus dilaksanakan solat sunat dua rakaat dengan penuh khusyuk, penuh tawaduk.

Masya Allah. Benarlah janji Allah dalam firman-Nya, mafhumnya;

...orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenteram (tenang). (Surah Ar-Ra’ad, ayat 28)

Hana melabuhkan dahinya ke sejadah, membiarkan hatinya merasai rasa rendah diri, rasa hina, rasa berdosa, dan mengharap tidak lain melainkan pengampunan Allah sepenuhnya.

Sujudku pada Mu oh Tuhan. Sesungguhnya Ya Allah, aku terlalu mengejar cinta dunia hingga aku alpa dengan cinta Mu yang terbuka luas untuk ku. Ampunkan aku Ya Rabb.. Ampunkan aku..

“Allahumma ajirni minannaar...” Ya Allah, lindungilah aku daripada azab api neraka.


---

Rosebud says:

Alhamdulillah. after weeks of silence, I'm back with new chap. Tapi sedihla. sekejap je ramadhan tahun ni kan? Rasa tak puas. tak cukup. Kalaulah setiap bulan tu bulan Ramadhan... Moga kita dapat bertemu dengan ramadhan akan datang, insya Allah, aamiin ya Rabb. 
Dalam kepala ni, I have full plot of this humble story. Tapi tak tertaip2. and paling unfortunate bila tgk drama, ada pulak drama yg plot dia hampir sama dgn plot dlm kepala ni. adoi frust menonggeng aku. kalah putus cinta! so kena brain storming balik. camne nak bikin cerita. apa twist nak bubuh. apa ending dia. should i kill one of the main characters? jeng jeng jeng ><
Anyways, saya perasan, ada readears dari Poland, US, Brunei, UK and Indonesia. Wah global readers tu...maybe readears tu orang Malaysia yg menetap di situ, maybe diaorang setting location diaorang kt situ, tak kisahla, still I am super duper grateful and happy. Terima kasih daun pudina. Teruskan menyokong cerita tak seberapa ni ya. ^^
As always, please drop some reviews/comments/suggestions/arguments/advices okay. and sila tekan butang LIKE and SHARE. kan sharing is caring. huhu..
take care. selamat berpuasa!
hope not too early, SELAMAT HARI RAYA. maaf zahir & batin. nak duit rayaaa! >< 

p.s ramadhan, moga kita dapat ketemu lagi insya Allah. Enjoy Ramadhan by Maher zain. T_T
                                       amalkan doa ni tau. insya Allah ada pengampunan Nya. ^^
                                                    courtesy of OwhSoMuslim.com


15 comments:

Anonymous said...

Daim ngan hana tu adik beradik ke?tgk hana pun ddk kat rumah anak yatim.
Harap2tak.huhu

Rosebud said...

adeh. actually byk daa hints I put along the way. tataula readears pick them up ke x. apa2 pun jln cerita ni, hope u guys can enjoy it as much as i enjoy writing it.. thanks byk! ^^
p.s any great ideas are most welcomed. ><

Balqis said...

sudah jatuh cinta dengan citer ni.. hope ade la update2 cecepat yer... kekeke

Balqis said...

sudah jatuh cinta dengan citer ni.. hope ade la update2 cecepat yer... kekeke

cik syafa said...

Alahai busy yg teramat smpai tak sempat bca ABHT on time. hee nsib bek ada ksemptan lg. tp mcm pendek sgt kot chap kali ne, tak puas bca lg, tup2 da hbis. :( btw sya suke bca part yg jealous2 ne. cemburu kn tandanya syg. ngee! Like(y) =)

Salam Aidilfitri sis dan smua readers yg bca ABHT ne. jemput la dtg uma. ehehe

Anonymous said...

nanti bukukn la cite ni .. sy bru je bce cite ni , best! btw,,, daim n hana adik beradik ? hurmm,.. kene bce dri awl ni bru thu .

Sheeda Minhaj said...

Daim tu nme penuh dia daim tajima kan? So kalo tjuk cite ni aku bukn hana tajima mksudnya hana dgn dAim buknlah adik beradik kot...ini tekaan aje tp please cik kuntuman ros yg comel @ rosebud, please lah jgn buat diorg ni adik bradik, frust menonggeng tergolek golek nnti ni

byds said...

Tak best aaa klu daim n hana adik beradik..pls set this story nicely....

cik syafa said...

Nak komen sikit boleh? ehehe sebenarnya mcm ne, klu menurut sya isu Hana dan Daim adik beradik sepatutnya tak timbul. sebab Daim nama sebenar dia Daim Takahashi, Tajima tu nma cousin dia Shuichi Tajima. haa klu xsilap sya chap 4 atau 5 yg part kenal2 kn diri ne. memang Daim perkenalkn nama dia Daim Tajima, sebab dia tak nak Hana tau yg dia anak Inaoka Takahashi pemilik syarikat Samurai group tu. korang dpt tangkap ke apa yg sya cuba nak explain ne? klu korg nak fhm dgn lebih detail lg, bek korang bca chap yg first2 tu dulu bru korg akn fhm.ehehe kak rose sory ek, klu ada yg tslh explain ne.^^

Anonymous said...

sugoiii sugoiii. . . I Love This Story. . . Keep It Up. . . :D

baby mio said...

best...

Sheeda Minhaj said...

Ha ah, btol tu cik syafa, bru perasan psal hal nama pnuh si daim ni, hahHa, clever2x

Rosebud said...

Huhuu..klu nk tahu apa jadi, tungguuuu...but I hope apapun storyline cite ni, bacalaa dgn hati yg terbuka ya, huhu...
Alhamdulillah, makin rmi org baca and support cerita xseberapa ni. Very very grateful. Teruskan menyokong! ^^

Anonymous said...

chapter 38 nie lah first2x aku baca novel nie. dr atas sampai bwh, aq happy baca. Thanks to the Writer. . . (^_^)
N Then Aq Trus P Chapter 1. Wugiii oh tak baca dr awal kan? Hehe. . . N Until Now, For Me This Novel Is The Best, 100% Best Of The Best. . .
Hope, Novel Nie Dpt Di Buku Kan, . Tp Kalau Tak Di Buku Kan, Di Adaptasi Ke Drama TV OK gak. Confirm Lg Gempak Dr Drama Setia Hujung Nyawa. Heheh. . .

TERBAIKKKKKK . . .

Rosebud said...

Cik Anonymous, masya Allah melambung2 sgt pujian tu.huhu..anyway so glad that you like it. alhamdulillah. doa2kan moga karya tak seberapa ni dpt diterbitkan insya Allah. keep supporting ye. :)

Post a Comment