Friday, July 19, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 36

Pagi-pagi lagi, macam biasa, Budin sudah beratur depan kaunter Coffee Bean nak beli secawan hot choc untuk Hana. Dah jadi satu rutin harian. Sehari kalau tak buat rasa macam tak lengkap hidup. Selain nak belikan hot choc untuk Hana, sebab lain ialah—

“As usual?” Senyuman seharum kopi latte mewarnai bibir gadis bernama Amna itu. Budin angguk. “The usual.” Senyuman Amna dibalas sepenuh hati. Orangnya comel je. Senyuman dia manis. Bicaranya lembut. Budin menarik nafas dalam-dalam. Terasa damai hati tengok wajah indah dia.

“One hot choc. One americano.” Dua bungkus cawan dihulur kepada Budin yang masih tak berkelip memandangnya. “Thanks Amna. Keep the change.” Ujar Budin sambil mengenyitkan mata. “As usual. Terima kasih Budin! Come again!” Amna menggeleng. Tawa kecil kedengaran di bibir gadis itu. Budin tersenyum riang. 

“I will.” Bisik Budin perlahan.

“Banana muffin ke blueberry muffin?” Satu suara yang sangat familiar menyapa telinganya. Langkah Budin terhenti. “Banana.” Balas suara lain pula. Budin terkedu. Suara satu lagi ni lagilah familiar.

“Hot choc?” Tanya suara yang mula-mula tadi. “Tak naklah. Budin dah belikan.” Balas suara yang kedua. Terasa mengalir aliran eletrik saat namanya disebut. Sah, Budin kenal pemilik suara-suara tu. Budin memandang sekeliling, mencari-cari punca suara tu.

Nyaris terlepas cawan Coffee Bean dari tangan bila Budin melihat dua orang yang sedang berdiri depan kaunter, sedang membelek muffin. Hana. Daim. Daim? Budin memejam-celikkan matanya, dengan harapan, dia sedang bermimpi sekarang ni. Tapi.. Lelaki tinggi lampai tu masih ada. Apa dia dan Hana buat kat sini pagi-pagi ni?

Daim dilihatnya sedang menggenggam kedua tangan sambil mengangkatnya tinggi ke langit, seperti sedang menyuruh Hana memilih, tangan kanan ke tangan kiri. Hana pula sedang pura-pura berfikir, tak tahu nak pilih yang mana. Kemudian, Hana menunjuk ke arah tangan kanan Daim.

“Sure?” Tanya Daim, menjungkit sebelah kening. Saja nak bagi Hana ragu-ragu. Hana angguk. “Sure.” Daim membuka genggaman tangan kanannya. Sebungkus coklat keemasan Ferrero Roche berdiri indah di atas telapak tangan lelaki itu.

Hana melonjak gembira. Terus diambil Ferrero Roche dari tangan Daim. “Ok, your turn.” Giliran Hana pulak menayang kedua tangannya yang dah digenggam erat. Budin memerhati penuh takjub. What on earth are they doing?

Daim memegang dagunya untuk beberapa saat sebelum memilih tangan kanan gadis itu. “Are you sure? 100% sure? Seriously?” Hana membulatkan matanya. Daim ketawa.

“I don’t buy your stupid acting seriously bagai tu okay.”

Hana menjeling sambil menarik muka. “Awak ni memang sangat talented in making people feel really bad early in the morning tau tak.” Ujar Hana, terluka. “I take it as a warm compliment. Thank you very much. Okay right. I pick your right hand.” Daim balas selamba dan masih utuh dengan keputusannya. Hana menarik senyum.

“Nah.” Tangan kanannya dibuka perlahan-lahan. Saja nak tambah unsur suspen. Dengan Budin Budin sekali berdebar. Sejurus mata Daim menangkap apa yang ada atas telapak tangan Hana, terus bibirnya mengukir senyum lebar.

“Coklat Daim untuk Encik Daim. Hmm.. It rhymes well. Pandaikan saya pilih?” Hana menghulurkan sebungkus coklat Daim kepada lelaki itu. Daim ketawa. Senang hati menerima coklat nama dia tu.

Rahang Budin jatuh. What the hot choc did I just witness? Disaster? Miracle? Hana dan Daim mesra. Nak bubuh perkataan ‘mesra’ satu ayat dengan nama Hana dan Daim ni pun macam tak kena. Inikan pulak, realiti, diaorang betul-betul mesra. Budin menggeleng banyak kali.

Amna menghulurkan bungkusan banana muffin kepada Daim. Kemudian, lelaki itu dan Hana menuju ke sebuah meja yang hanya muat untuk dua orang. Hana menghulurkan sudu kepada Daim. Lelaki itu balas dengan senyuman.Banana muffin diletak di tengah meja. Dan, mereka berkongsi sebiji muffin tu.

Budin merapatkan hot choc dan americano ke pipinya. Panas. Sangat panas kot. So Budin dalam keadaan sedar la ni. Jadi maknanya, depan mata Budin sekarang ni...bukan mimpi. Hana dan Daim, share muffin. Bukan mimpi! A freaking banana muffin! Share!

Oh my God!

Kepala terasa berdenyut-denyut. Ni kalau geng Powerpuff Girls nampak ni, masak diaorang ni. 7 hari 7 malam pun tak habis bergosip agaknya. Budin memandang sekeliling, mencari kelibat staff Samurai. Hatinya menarik rasa lega. Semua muka tak dikenali.

Hana dan Daim dipandang sekali lagi. Dari jauh, seolah macam kelihatan bentuk hati kecil berterbangan di udara, terapung, memancar keluar dari mereka. Seolah macam, dalam kafe tu hanya mereka berdua saja ada. Seolah macam, mereka dah jatuh cinta.

Jatuh cinta. Budin tergamam. Terus dia angkat kaki.

-

“Saya punyalah confident harga kasut tu 150 ringgit. Siap bertekak dengan cashier tu cakap saya nak bayar 150 ringgit. Tak nak bayar lebih. Paling best, saya siap suruh dia panggil manager dia. Dekat setengah jam saya bebel tak puas hati, last last cashier tu pergi ambil tanda harga kasut yang besar tu lepas tu dia tayang kat muka saya. Teka berapa harga dia?” Cerita Hana penuh semangat, panjang lebar.

Daim menjungkit bahu. “Berapa?”

“50 ringgit.” Balas Hana. Daim ketawa besar. “You’re an idiot.” Ujar Daim jujur. Hana angguk setuju. “Macam mana saya boleh nampak satu kat sebelah nombor lima tu pun saya tak tahulah. Siap gaduh nak bayar lebih kan. Adoi.” Hana membiarkan Daim membuka pintu untuknya. Rasa bahagia dengan sifat gentleman lelaki itu.

Daim membuat bunyi di kerongkong saat matanya menangkap kelibat Budin di depan lif. “Why is she always there?” Tanya Daim. Ada nada tak puas hati di situ. Hana menjeling Daim. “Budin is a he. Okay? Awak ni, apa masalah awak dengan dia? Dia kawan baik saya tau.” Hana memandang muka kerut lelaki itu. Dalam kerut macam tu pun, mamat ni still nampak hensem gila. Terus melonjak heartbeat aku. Pipi terasa panas dek limpahan bergelen darah ke muka.

“Your bestfriend. Not mine.” Balas Daim. Hana menjulingkan mata. Susah cakap dengan orang self-centered macam mamat ni. Dari jauh Budin dah melayang segaris senyuman Colgate dia tu.

Hana melambai. “Morning Gloria!”  Sapa Budin mesra.

Daim menjungkit sebelah kening. Dipandang wajah Hana, mencari reaksi marah. Tiada. Sebaliknya, senyuman mesra terpatri di bibir munggil tu. Oh, dia tak kisah orang panggil dia badak air? Okay.

“Morning. Mana satu hot choc mana satu americano?” Hana berhenti betul di depan Budin. Budin meninggikan kedua tangannya. “Teka.” Budin memandang kawannya itu.

Mulut Hana sedikit terbuka. Daim di sebelah dipandang untuk beberapa saat sebelum matanya kembali ditala ke wajah Budin. “Malaslah aku nak teka-teka ni. Bagi jela mana-mana. Americano pun americano la.” Hana menghulurkan tangan. Reaksi wajahnya cuba dikawal sebaik mungkin. Si Budin ni, macam tahu tahu je apa yang aku dan Daim buat tadi.

“Kanan hot choc, kiri americano. Nah hot choc.” Daim mengambil hot choc dari tangan kanan Budin dan terus dihulur kepada gadis itu. Budin memandang Daim, namun segera pandangannya dilabuhkan ke lantai, tak sanggup nak melawan pandangan icy cold stare tu.

Hana menelan air liur. Sekelip mata suasana jadi tegang. “Alamak, lupa tekan butang lif lagi. Bengong la kita ni. Kan? He. He.” Sambil ketawa yang dibuat-buat, Hana menekan butang naik.

Pintu lif terbuka, Hana, Daim dan Budin menapak masuk ke dalam. Budin dan Hana di depan, manakala Daim di belakang, menyandar pada dinding lif sambil memeluk tubuh, merenung mereka berdua.

“Hana, I need to see Mr. Takahashi. Tekan level dia please.” Suara Daim tiba-tiba menegur. Macam robot, tangan Hana terus bergerak menekan butang suite. Suasana kembali senyap. Hana menggaru leher. Tadi bukan main aku kepoh bercerita, sekarang macam kena mangga pulak mulut ni. Apa nak cakap ni?  Apa patut aku cakap nak break the ice ni? Nak sambung cerita pasal insiden kasut tadi tu ke? Hana menggaru kepala. Rasa tak selesa makin menjadi-jadi.

Setibanya di tingkat 10, pintu lif terkuak, Budin dan Hana menapak keluar. Sebelum keluar, Hana sempat menoleh, memandang Daim. Lelaki itu mengangguk sambil menayang senyuman nipis. Hana mengangguk.

“Oi.” Tegur Budin. Hana menoleh. Wajah Budin dipandang dengan mata yang membulat. Kenapa ada firasat buruk menggunung dalam dada ni? Hana cuba mententeramkan hatinya.

“Ferrero Roche. Coklat Daim.” Dua ayat daripada Budin dah cukup buat Hana rasa macam nak buat Bungee jump dari tingkat 10 ni.

“Herrgghh...! Kau nampak!” Hana tak mampu menahan mulutnya yang dah ternganga luas. “Budin nampak dari A sampai Z Na. Wahhh...” Budin menampal muka kagum gila sambil menggeleng sedikit. Allah je yang tahu betapa seronoknya dapat sakat Hana, finally! Akhirnya, giliran aku menyakat dah sampai!

Gadis itu dah menghentak kaki, tergaru-garu kepala sambil terkumat-kamit membebel entah apa-apa. “Hana, stop, stop. Budin gurau jela.” Budin tak sanggup biarkan Hana terus menggila. Kang tak pasal-pasal datang ambulan hospital bahagia kang.

Hana berhenti membebel. “Gurau? So kau tak nampak apa-apa?”

Budin menggeleng. “Mestilah nampak! Budin ada kat Coffee Bean la pagi tadi. Budin nampak semua.” Balas Budin selamba. Hana kembali mengerutkan mukanya. Bunyi-bunyi entah apa-apa yang keluar dari mulut dia tadi kedengaran balik. “So, sekarang Hana dengan Daim tu...” Budin merapatkan kedua jari telunjuknya sambil menayang muka nakal.

“Eh mana ada! Kitaorang just...in a good term je.” Ayat hujungnya disebut perlahan. Budin menarik sengih. Good term je konon. Piirah. “Iyalah tu. Budin nampaklah cara Hana dengan dia tadi. Budin tak pernah nampak Hana macam tu.” Ujar Budin.

Hana memandang kawannya itu. “Macam tu tu macam mana?” Tanya Hana.

“Macam orang jatuh cinta.” Bisik Budin perlahan. Hana menggigit bibir, tunduk. Budin tergelak kecil. “Omo omo, BFF Budin dah besar dah. Dah jatuh cinta dah. Hana, you look happy. So Budin pun happy untuk Hana.” Ikhlas dari hati Budin berkata-kata. Hana memandangnya dengan mata yang berkaca.

“Budin, kau ni sweet kau tau tak?” Ikutkan hati, nak je dipeluknya si Budin ni. Nasib baiklah iman masih teguh di dada. Budin angguk bangga. “Tahu. Itulah, rugi tau Hana tak kahwin dengan Budin.” Balas Budin. Hana ketawa sakan. “Hekeleh mamat ni. Weh, aku suruh kau lamar aku betul-betul kan? Kau yang tak nak!” Hana menjeling.

“Siapa sanggup nak layan cincin diamond besar penumbuk, nak kena melututlah, siap dengan bungalah apa la. Ishh buat kering poket je. Budin nak tengok, Daim tu larat ke tak, nak melayan Hana.” Ejek Budin. Hana berdengus. “Sepak kau kang! Aku dah katakan, aku dengan mamat tu takda apa-apa! Kitaorang in a good term je. Kau tahukan prinsip aku, no couple before marriage!” Tegas Hana sambil menggenggam tangan kanannya.

Budin terangguk-angguk. “So no love before marriage la kan? Tapi macam mana ni Hana? Hana dah jatuh cinta. So how?” Budin menjungkit sebelah kening sambil meneguk americano dia.

Hana menggaru kepala. “Budin, dosa ke aku ada perasaan macam ni kat mamat tu?” Tanya Hana bagai anak kecil. Budin tersenyum. “Dosa kalau Hana melayan sangat sampai hanyut. Cinta tu suci Na. Perbuatan kita yang tak suci. So nasihat Budin, nikahlah cepat. Lepas tu, bercinta lepas nikah. Itu yang terbaik.”

Tersentuh hati Hana mendengar nasihat sahabatnya itu. Tak sangka, dalam sengal-sengal ayam, lembut-lembut si Budin ni, dalam diam, ilmu di dada tu penuh berisi. “Insya Allah, aku cuba letak perasaan cinta ni dalam-dalam kat hati aku, ya. Nanti, kalau Allah izinkan, ada jodoh aku dengan dia, baru aku bukak luas-luas pintu hati aku kat dia. He?”

Budin tergelak kecil. “Insya Allah, ada jodoh Hana dengan dia.” Dalam diam, Budin personally mengaminkan kata-katanya itu.

“Jodoh dengan siapa?” Shuichi menyapa.

 Hana dan Budin lekas menoleh. Rasa panik menyerbu. “Dengan siapa-siapalah. Ni Shu-chan, baru sampai ke?” Hana cepat-cepat menukar topik. “A’ah. Korang ni meeting kat depan lif ni kenapa? Urgent sangat ke sampai kena meeting kat sini?” Tanya Shuichi pelik tengok Hana dan Budin bukan main serius bincang. Macam ada masalah negara.

“Takdalah. Kitaorang borak-borak bodoh je.” Balas Hana. Budin kat sebelah angguk setuju. Shuichi menjungkit bahu. “Okay, great. Dah breakfast? I’m starving.” Shuichi memegang perutnya.

“Hana dah. Budin belum.” Balas Budin sambil mengerling Hana yang dah pasang muka ‘nak-makan-pelempang-tak-Budin’.  “Laa dah breakfast? Baru ingat nak belanja nasi lemak.” Shuichi menampal muka sedih. “Belumlah. Budin ni saja gurau kasar pagi-pagi ni kan Budin! Hana pergi masuk lab kejap, lagi ten minutes, jumpa kat bawah okay?” Hana beri cadangan. Sempat dilayang pandangan membunuh ke arah Budin yang dah gelak sakan.

“10 minutes sharp tau Hana. Saya orang Jepun. Kami Japanese sangat tepati masa.” Shuichi mengetuk jam di tangannya. Hana menjulingkan mata. Tak habis-habis dengan sindrom ‘Japanese Prince’ dia tu.

“Kami orang Melayu ni sangatlah tepat penumbuknya. Nak try?” Hana menjungkit kening. Shuichi ketawa besar sambil membelok ke arah ofisnya. Takut kalau dia tunggu lagi sesaat, mahu betul-betul Hana layang buku lima dia. Hana tergelak. Kejam sangat ke aku?

“Tak nak ajak partner in a good term Hana?”

Budin cepat-cepat mengelak bila kaki Hana sedia nak menyepaknya. “Over kan kau!” Marah Hana geram. Budin ketawa sakan. Seronoknya Ya Allah dapat sakat minah ni. “Eleh blushing. Malu la tu~” Ejek Budin sambil melagukan ayat hujungnya.

Hana menarik nafas panjang. Memanglah aku kena bahan. Minah hati kering rock kapak, tiba-tiba jatuh cinta kan. Jatuh cinta kat ungka pulak tu? Punyalah banyak lelaki dalam dunia ni, Daim jugak hati aku berkenan. Allah...

“Eh Budin, jangan nak buat-buat lupa he. Bukan ke kau jadi chef tak bertauliah aku untuk sebulan ni? Lupa ke moment kau kena titik dengan aku kat pantry? Batu seremban? Ingat?” Hana memeluk tubuh sambil memancarkan pandangan kegemaran Daim, the infamous icy cold stare. Sejak-sejak dah terjatuh hati kat mamat tu, tak banyak, sedikit, gaya Daim dicedok untuk dipraktikkan.

Langkah Budin terhenti. Perlahan-lahan, lehernya berpusing, memandang Hana. “Hana tak bagi list menu breakfast Hana nak pun. Manalah Budin tahu Hana nak makan apa.” Pandainya si Busot ni cari alasan. Nasib baik munasabah!

Hana menyengetkan bibir, mengajuk cara Budin cakap. “Okay, hari ni aku lepaskan kau. Petang karang aku bagi kau list menu aku. Esok, kalau kau lupa, tiada maaf bagimu!” Jerkah Hana. Budin terundur beberapa langkah. Hana ni scary betul!

“Yelah, janji!” Budin menarik muka pasrah.

“Good.” Hana tersenyum lebar. Jimat duit aku lepas ni. Ngee.
-
Daim meletakkan sambal di pinggannya ke pinggan Hana. Gadis itu balas dengan segaris senyuman manis. Daim angguk dan menyuruh Hana makan. Shuichi di sebelah dah menjungkit kening.

What was that?

Budin yang duduk berhadapan dengan Shuichi memberi isyarat supaya tidak menghiraukan pasangan di sebelahnya tu. Lelaki berbangsa Jepun itu masih menampal muka tanda tanya sebesar alam. Selagi rasa ingin tahu dia ni tak berjawab, selagi tu dia takkan turunkan kening ni.

“Korang dua orang ni dah official ke?” Selain tepati masa, orang Jepun juga merupakan satu bangsa yang jujur dan direct selling. Takda putar belit. Nak tahu, straight tanya.

Nasi lemak tersekat di kerongkong. Hana terbatuk-batuk. Terus Daim menghulurkan segelas air masak kepada gadis itu. Wajahnya bengis memandang Shuichi. “Sorry. Tak sengaja. Direct sangat ke?” Shuichi sendiri kurang pasti kenapa dia mintak maaf. Apa salah aku?

Setelah batuk Hana dah reda, Shuichi mengulangi pertanyaannya. “Serius ke? Dah official?” Daim memandang Hana untuk beberapa detik sebelum memandang sepupunya itu.

“Nani o hanashite iru no?” Tanya Daim serius.(*Nani o hanashite iru no= Apa kau cakap ni?)

“Omae to kanojo wa...hontou no?” Shuichi sudah menampal riak teruja.(*Omae to kanojo wa...hontou no=Kau dengan that girl..serius ke?)

“Ore-tachi wa nani mo nai!” Tegas Daim.(*Ore-tachi wa nani mo nai=Kitaorang takda apa-apapun la!)

“Hontou ni?” Shuichi mengecilkan matanya, tak percaya langsung sepatah haram yang keluar dari mulut Daim. “Mo ii!” Balas Daim mula rasa bengang. “Wakatta, wakatta. Gomen.” Shuichi tergelak kecil sambil menepuk-nepuk bahu sepupunya itu. Baran je semedang. (*Hontou ni=Betul ni?; Mo ii= Drop it!; Wakatta= I get it; Gomen=Sori)

Hana memandang Shuichi yang masih lagi menampal sengih simpul dia tu. Mustahil dia akan stop sampai sini je. “Kitaorang dah decide nak be in a good term. Tak nak gaduh dah.” Hana akhirnya buka cerita.

“What! Alaa sayangnya. I love drama! Janganlah good term good term ni. Gadohlah. Tak seronoklah kalau Hana dengan si baran ni berlagak baik. There’ll be no fun at all. Please, I beg you two, please back to square!” Shuichi merapatkan kedua tangannya, merayu.

Daim kat sebelah dah gigit bibir. Sebalnya hati dengan perangai busuk sepupu aku ni. Hana menjulingkan mata. Serius rasa nak baling kasut kat anak bos ni. Nasib baiklah kau tu anak bos. Kalau tak...

“Shu-chan!” Hana menjegilkan mata. Sengaja ditampal muka seserius mungkin.

“Yelah, yelah. Aku stop. Ni Hana, hari tu saya nampak apa awak buat.” Shuichi menukar topik, thank God. “Apa saya buat?” Hana memandang Shuichi sambil menyuap nasi ke dalam mulut.

Shuichi menarik sengih nakal. “Awak dah kurangkan possibility Mat Tampoi nak dapat anak.” Habis saja ayat Shuichi, terus pecah tawa Hana. Nasi lemak yang baru disuap ke dalam mulut habis tersembur. Daim memejamkan mata sambil tangan kanannya memegang pipi.

 Melekit.

Hana menutup mulut. Shuichi memandang wajah Daim. Beberapa butir nasi melekat pada pipi sepupunya itu. “Nice shots Hana!” Shuichi mengesat pipi Daim, membuang butiran nasi tu. Daim menepis tangan Shuichi. “Hana, kau orang pertama sembur nasi kat muka aku kau tahu tak?” Daim merenung Hana tajam. Sungguh, ni kali pertama ni dia disembur. Dengan nasi dalam mulut pulak tu. Argh.

“Orang pertama jugak yang buat mamat ni jogging tengah-tengah malam. Sebab angau!” Tambah Shuichi sambil menunjuk ke arah Daim. “Shut up!” Tengking Daim. Bab mengenakan aku nombor satu. “Sori Daim. Tak sengaja. Awak okey?” Hana memandang muka Daim. “Aku okey.” Lelaki itu angguk. Shuichi berkerut.

“Chotto matte! Hei hei. Apa ni? Mana ada orang in a good term cakap aku-kau. Hello!” Shuichi membeliakkan matanya. “Say saya-awak.” Arah Shuichi. Budin dah macam nak gila tahan gelak. Bukan selalu dapat tengok Daim si baran ni kena buli depan orang. Daim berdesis. “Shuichi, drop it. I mean it.” Daim memberi amaran.(*Chotto matte= sekejap)

“Nope, nope, nope. Korang kena cakap saya-awak. Hana you’re saved. Kau Daim. Say, awak. Aaaa...wak.” Shuichi beriya mengajar. Daim memejamkan mata. Dalam hati dia dah berkira-kira nak karate kepala mamat Jepun ni.

“Aaa...” Shuichi menekan huruf A.

Daim memandangnya tajam. “Say it!” Gesa Shuichi. Daim menggigit bibir. “You know you’re a dead meat right?” Tanya Daim di sebalik bibir yang diketip. Shuichi pura-pura tak dengar.

“I’m your boss. You’re my PA. So you follow my order. Jangan degil. Cakap cepat. Hayaku! Aaa.. Wak!” Arah Shuichi, mempamer kediktaktorannya. (*Hayaku=Cepatlah!)

“Fine! Aa..wak! Puas hati?” Tengking Daim dengan mata yang membulat. “Maa maa. That wasn’t so hard was it?” Shuichi ketawa sambil memaut bahu sepupunya itu.(*Maa maa = not bad)

“You’re finished.” Hana membuat gaya sembelih kat lelaki berbangsa Jepun itu. Nasib Shuichi sudah boleh dibayangkan dalam kepala. Shuichi angguk selamba.

“I know.”


---

Rosebud says:

Assalamualaikum readears! How's fasting? Okey? This year's ramadhan, somehow, I didn't feel tired at all. selalunya, petang2 dah terbaring kelaparan. huhu.. but this year, alhamdulillah, rasa macam energy dipump pump. Rahmat Allah. ^^
I put up new songs. the first song- Hold me, by 10cm (a band from korea), I personally think this song suits Hana-Daim moment in Coffee Bean (when they were exchanging choco) and another song-Love in a milky way cafe pun sesuai jugak for Hana-Diam moment. Korang boleh scroll lagu2 yg ada kt blog ni kt bwh skali. ada garis2 sbelah kanan. klik situ. nanti keluar list of songs. kalau tak suka, mute kan je. huhu..

Thanks a lot guys for your endless supports. much much appreciated. ^^ teruskan meng-support ait. Anyways, happy readings. As always, please please please drop some comments/suggestions/advice. It really helps. really inspiring. Maceh again.p.s my mom is getting better alhamdulillah. jazakallah, siapa yg mendoakan. <3



One of the readers/my fren made this fan art. cute kan? sumpah terharu. ^^

4 comments:

cik syafa said...

Dari mula sampai la habis asyik senyum je. gila tak senyum.ehehe thumbs up sis! ohsem gila. hope dpt smbung next chpter laju2 lg ek. =)

syizac sweet said...

nice one...cepat-cepat la sambung lg...next n3...

Rashidah Ramlan said...

Wakaka....lawakla diorg bdua ni...nice n3.good job dik!

Anonymous said...

terbaekkkkkkk. . . ! ! !

Post a Comment