Saturday, July 13, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 35



Don’t give up on me.

“Oh my God.....!” Rambut ikalnya yang panjang ditarik dan disimpulkan di bawah dagu. Automatik dahinya disembam ke bantal Angry Bird kesayangannya. Terasa macam berkepul-kepul asap keluar dari lubang telinga, lubang hidung. Kenapa scene dalam lif tadi asyik dok rewind je ni! Tubuhnya dipusing-pusing atas katil sambil kaki dikayuh dan sesekali menhentak tilam.

“Aaaaa!!!” Rintih Hana sekuat hati. Apa masalah aku? Macam mana pulak boleh datang semangat ber-juliet time tu, Allah hai... Pipinya ditepuk banyak kali. Terus tubuhnya bangkit, duduk bersila menghadap dinding.

“Hana, wake up! Wake up! Kau Hana kot! ....”

Memanglah aku Hana, takkan aku Zabedah pulak? Dahinya dirapatkan ke dinding. “Ya Allah....” Kepala digeleng perlahan. Tak boleh jadi ni. Hana melompat turun dari katil dan terus melangkah ke bilik air. Wuduk diangkat penuh tertib. Masuk saja dalam bilik, sejadah dilempar menghadap kiblat, dan Hana terus mengangkat takbir.

“Assalamualaikum warahmatullah.” Salam dberi. Hana menyapu wajahnya yang basah dilinangi air mata syahdu. Baru tenang sikit jiwa kacau ni. Betul la cakap tok imam masjid tu, kalau rasa gunda-gelana tu, jangan carik orang lain, carik je Allah. Kita kan ada Allah.Pesan orang tua tu masa Hana dan housemates pergi solat terawih berjemaah di masjid taman yang terletak tak jauh dari rumah mereka.

Hana menarik senyum lemah. Selama ni asal ada problem je, aku carik Larva Niche si Alex tu. Asal jiwa kacau je, ais krim mamat sepet tu jugak aku carik. Sedangkan, Allah selalu je tunggu aku dengan tangan terbuka, menunggu aku meratap hiba dan menyesal atas dosa-dosa yang aku dah buat selama ni. Allah tunggu aku.

Tapi aku....

 Hana menekup wajahnya dengan kedua tangan. Bahunya terhinjut-hinjut, menitiskan air mata. Sungguh, hatinya rasa berdosa. Hati yang dah lama dibelunggu nikmat dunia sampai lupa siapa pemberi nikmat tu. Sampai lupa, nikmat dunia ni sementara je. Yang kekal hanyalah nikmat akhirat, yakni jannah.

“Assalamualaikum.” Satu suara menyapa. Hana mendongak. Wajah bersih Jannah terpacul di muka pintu. Panjang umur. Hana mengukir senyum. “Tak tidur lagi?” Jannah berjalan menghampiri kawan baiknya itu. Linangan air mata di pipi Hana disapu lembut dengan ibu jarinya. Hana memandang Jannah. Mata kawannya itu mula berkaca.

Terus tubuh Jannah diraih dan didakap seerat hati. Inilah kawan aku dunia akhirat. Susah senang, dia tetap setia kat sisi aku. Bila aku berduka dia peneman air mata, bila aku gembira, dia peneman ketawa. “Kau susah hati he?” Tanya Jannah lembut. Hana angguk sekali. “Sekarang dah ok?” Jannah memandang wajah kawan baiknya itu. Sekali lagi Hana mengangguk. Kali ni bersama segaris senyuman.

Jannah tersenyum. “Lepas ni, kalau boleh, setiap minggu pergi jumpa bonda. Ok?” Tangan Hana digenggam lembut. Hana mengangguk lagi. “Insya Allah.” Jannah merenung Hana. Agak lama mereka berdiam, berteleku atas sejadah. “Hana, kau..” Ayat Jannah tergantung. Hana memandangnya, menanti. Sebelah kening dijungkit.

Kawannya itu menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung, “Kau sayang kat dia?” Anak mata Jannah mencerun ke dasar mata Hana. Sungguh, dia menanti jawapan yang jujur.

Hana membetulkan posisi dia duduk, bersila menghadap Jannah. “Aku tengah buat istikharah.” Balas Hana. Ada ketegasan di situ. Jannah angguk puas. Itulah sebaik-baik jawapan. “Alhamdulillah. Buat sebanyak kau mampu. Lepas tu, let me know. Insya Allah, ada jalan.” Peha Hana ditepuk sambil senyuman manis dilayang. Hana angguk.

“Maceh bang.”

“Came-came.” Balas Jannah, bangun. Sempat dia mengenyitkan mata sebelum keluar dari bilik kawan baiknya itu. “Jannah~” Panggil Hana manja, mematikan langkah Jannah.

Gadis itu reverse ke belakang. Kepalanya dijengah di balik pintu bilik Hana. “Awat?” Kening sebelah dijungkit. “Saranghaeyo chingu ya.*” Ucap Hana sambil melayang flying kiss kepada Jannah. Kawannya itu menangkap flying kiss Hana dan dimasukkan ke dalam mulut. (Saranghaeyo chingu ya= I love you, kawan!)

“Hm sedap!” Balas Jannah sebelum tergelak kecil.

Hana memeluk tubuh sambil menarik muka. “Araso. Na do saranghae.*” Balas Jannah, membuat tanda ‘love’ kepada Hana yang dah berbunga riang muka dia.(Araso. Na do saranghae= Tau. I love you too)

“Nitey nite.”

“Esok jangan tak bangun Subuh pulak!” Sempat Jannah bagi tazkirah. Berdesing sekejap telinga. Hana menjeling. “Iya!” Hana bangkit dan melipat sejadah sebelum menyangkutnya di tempat sidai.

Baru tenang sikit hati ni. Hana memusingkan tubuhnya ke arah kanan. Perlahan-lahan, matanya dipejam. Nafasnya beralun indah. Ya, sunggguh, dengan mengingati Allah, hati akan jadi tenang. Dalam hening malam, hatinya berdetik.

Ya Allah..

Andainya Engkau menitipkan perasaan cinta dalam hatiku ini, cintakanlah aku pada hamba-Mu yang melabuhkan cintanya kepada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.

Aamiin ya Rabb.

-

Dah tiga hari. Tiga hari aku tak nampak fashion traffic light dia tu. Mana dia pergi? Out station ke? Kalau out station, mesti aku tahu punya. Si Shuichi pun tak cakap apa-apa. Daim memusing-musingkan kerusi. Sesekali kepalanya digaru. Sejak insiden dalam lif tu, batang hidung Hana langsung tak kelihatan. Dia cuba nak avoid aku lagi ke? Tapi kenapa? Malu?Nak malu apa. Aku suka je.

Bertimbun-timbun soalan kat benak ni. Ah serabut. Tak boleh jadi ni. Daim bangun dan terus berkawad ke makmal. Matanya skan sekitar makmal. Semua yang ada dalam makmal tu pakai goggles jernih tak bertutup penuh. Minah traffic light tu pakai goggle jernih bertutup penuh dengan tali dia warna pink. Ish.. Mana dia ni?

“Encik Daim, nak apa?”Nani menegur. Lelaki itu menoleh. Matanya memandang Nani atas bawah. “Minah tu mana?” Tanya Daim. Nani berkerut. Minah mana? “Siapa?” Nani bertanya tak faham. “Minah buta warna tu la.” Balas Daim sedikit keras.

Mulut Nani sedikit ternganga. “Ah Cik Hana? Seminggu ni dia tak lepak kat lab dah. Kerja lab dia banyak dah settle.” Balas Nani sedikit pun tak ambil kisah dengan nada suara Daim. “Habis dia lepak mana sekarang? Kat bilik pun dia takda.” Suara Daim makin keras.

Nani menjungkit bahu. “Kalau tak kat bilik, kat pantry la kot. Encik Daim round la kat department HR. Cik Hana memang suka lepak situ bila dia takda kerja.” Balas Nani. Daim diam sekejap. HR.

“Ok thanks yeah.” Daim melempar senyuman santan berkrim sebagai tanda terima kasih tulus ikhlas. Nani mengangguk takut-takut. “O-Ok. You’re welcome.” Nani buat tanda bagus.

Daim melangkah ke lif. Sambil menunggu lif, kepalanya ligat memikir sebab-sebab kelibat Hana langsung tak nampak. Ke dia sakit?

Sakit? Dadanya terasa senak. Jantungnya berdegup kencang. Tapi, macam mustahil pulak minah tu nak sakit. Minah traffic light tu vitamin kot. Mustahil dia sakit. Dadanya kembali tenang. Jantungnya kembali berdegup normal. Tapi, kalau dia sakit betul-betul macam mana?

Daim melepaskan satu keluhan. Boleh meletup dada aku. Semuanya pasal minah buta warna tu!

-

Sambil sebelah tangan mengacau hot choc, sebelah tangan lagi menangkap batu seremban yang dilambung tinggi. Budin menghentak meja. Konon-konon bengang Hana dapat menangkap semua batu seremban yang dibaling. Hana menampal muka riak.

“Muahahaha. Ada hati nak lawan jaguh kampung. Helo Pak Bud, orang kampung semua takut nak lawan dengan aku tau. Kau..” Dipandang Budin atas bawah sambil jari telunjuknya ditala ke muka Budin, kemudian diturunkan ke dada lelaki itu sebelum kembali naik ke mukanya.

“...ada hati nak challenge aku? Hmph.”

Budin menjeling. “Hana ni, bongkak tahap babun ungka beruk! Semua spesis dia la!” Marah Budin.
 Hana mengetip gigi. “Apa ungka ungka? Jangan sebut nama binatang tu boleh tak?” Tempelak Hana sambil menangkap keempat-empat biji batu seremban dengan gayanya.

Kak Mida kat yang jadi pemerhati slash pengadil dah ketawa mengekeh. “Kenapa pulak? Suka hati Budin la nak sebut. Ungka ungka ungka.” Budin saja nak bakar bosnya itu. Hana menghembus nafas kuat-kuat. Siap dengan bunyi sekali sebagai tanda tengah marah gila ni.

“Fuhh!!”

Lagi sakan Kak Mida ketawa. Budin pun join ketawa. “Hei ingat aku ni maharaja lawak ke ha?” Marah Hana sambil mencekak pinggang. Kak Mida memaut bahu Hana, menyuruhnya kembali menyambung permainan. “Cepatlah, Mr. Fong masuk kang, masak akak nanti.” Gesa Kak Mida. Hana menjeling wanita mengandung tu. Tunggu masa je nak beranak akak aku sorang ni.

Sekali lagi Hana menang. Budin dah melekapkan tubuhnya ke atas meja. Semua permainan dia main dengan Hana, mesti minah tu menang. Pakai ilmu pemenang agaknya. “Esok jangan lupa breakfast aku!” Hana mengingatkan Budin. Hadiah untuk pemenang ialah yang kalah harus masak sarapan pagi untuk yang menang selama sebulan.

“Tahniah Budin.” Kak Mida menepuk bahu lelaki itu sebelum keluar dari pantry dengan langkah terkedek-kedek. Takut kantoi dengan Mr. Fong.  “Esok aku nak French toast. Nanti aku print list breakfast aku nak ok?” Tambah Hana, saja nak menabur garam kat luka Budin.

“Bongkak macam ungka, ungka, ungka, ungka!” Ejek Budin.

Hana menjegilkan mata. “Yah! Aku sepak kau kang! Aku kata jangan sebut nama makhkuk tu kan!” Marah Hana beriya. Budin pura-pura tak faham. Hana yang dah tak boleh tahan geram, terus mencampak batu seremban ke arah Budin.

“Haa!” Kedua tangan menutup mulut. Mata Hana terbuntang besar. Bahuna terjungkit. Kakinya kaku. Budin yang membongkok pelik tengok reaksi Hana. Perlahan-lahan kepalanya menoleh ke belakang.

“Haa!” Budin pun sama menutup mulut.

Wajah lelaki tinggi lampai itu berubah bengis. Dahinya yang berkerut seribu dah cukup beritahu Hana dan Budin, betapa marahnya dia sekarang ni. Mata lelaki itu terpejam. Hidung sedikit ternaik dan bibir lelaki itu terkumat-kamit.

“Tumpang lalu. Hana, Budin ada meeting ni. Pergi dulu.” Sepantas kilat, batang hidung Budin dah lenyap dari pandangan. Hana mengigit bibir. Masak aku. Masak. Tak pasal-pasal ungka betul muncul depan mata.

Daim membuka mata. Wajah cemas Hana dipandang tajam. Perlahan, kakinya melangkah, menghampiri gadis itu. Sebiji batu seremban yang sempat ditangkapnya dibawa ke depan mata Hana.

“Really? Batu seremban?” Sinis.

Automatik kepala Hana tunduk. Mulutnya mengukir huruf ‘n’. Betul rasa macam budak darjah 3 kena marah dengan cikgu sebab conteng papan hitam. “Aku tanya jawablah!” Oktaf suara Daim yang terlebih-lebih memaksa Hana mendongak, melawan pandangan tajam lelaki itu. Tapi untuk setengah saat jela. Kemudian, dia kembali tunduk merenung sneaker nya.

“Bukan ungkaa—. M-Maksud saya Daim, bukan Daim, batu seremban tu, Budin yang bagi. Mak dia belikan untuk Hana—. I mean, untuk saya. So kitaorang macam try la main. Sekejap je.” Hana tak faham kenapa susah sangat kepala dia nak reka ayat untuk mamat ungka ni. Bukan main berbelit-belit lagi lidah. Siap tergelar diri sendiri pulak tu.

Sejurus mendengar suara gadis itu, wajah Daim berubah riak. Pandangannya semakin lembut. Tidak setajam tadi. Hana mencuri-curi pandang lelaki itu. Marah lagi? Terasa darah bergelen serbu kat pipi apabila matanya bertentang dengan mata Daim.

Dup dap. Dup dap.

Hana menala pandangan ke sinki. Ya sinki lagi elok untuk dipandang. “Tiga hari.” Ujar Daim tiba-tiba setelah agak lama mereka menyepi. “Ha?” Hana memandangnya. Tiga hari?

Lelaki itu angguk. “Tiga hari aku tak nampak kau. Mana kau pergi?” Tanya Daim tidak sekasar tadi. Namun masih dingin. “Saya ada je kat sini.” Balas Hana. “Kenapa tak jumpa aku?” Tanya Daim lagi. “Takda sebab nak jumpa.” Balas Hana sedikit takut.

“Takda sebab? Hana, kau tak ingat apa kau cakap kat aku dalam lif hari tu?” Daim melangkah setapak ke depan. Hana mengundur setapak ke belakang. “Tak.” Bohong. Jerit Hana, dalam hati.

Daim menarik senyum separuh. “Don’t give up on me.” Bisik Daim lembut. Terasa meremang satu badan. Hana mengundur beberapa tapak sehingga tubuhnya terlanggar dinding. Lelaki itu dilihatnya tidak berganjak. Masih kekal di tempat asal walaupun mata Daim masih tak bergerak-gerak dari wajahnya. Hana mengucap syukur.

“Ok fine. I said that.” Akhirnya Hana mengaku. Wajahnya merah berasap. Moment of confession. Wajah Daim berubah gembira. Bersinar-sinar mata dia. “Did you mean it?” Diam bertanya lembut. Wajah Hana direnung.

Gadis itu menelan air liur. Did I mean it?

Perlahan kepalanya mengangguk. Dapat dirasakan kepalanya dah berasap. Pipinya dah pakai blusher 3 inci dah ni. “Every word of it?” Tanya Daim lagi. Kali ni suaranya kedengaran...bahagia. Hana angguk lagi. Debaran di dada kian memuncak. Masya Allah. Hana memegang dada. Dup dap. Dup dap.

“Then I will hold on to it.”


---

Rosebud says:

Assalamualaikum readears! Salam Ramadan! ^^ Puasa tak? Haa siapa tak puasa meh sini bobop dia! hehe..

Long time no see, rindunya Allah je yang tau. huhu..Alhamdulillah, my mom is getting better. Masya Allah, Allah dengar doa readears yg sudi mendoakan. Syukur. Kejap lagi we'll go back to melaka, hopefully mama speed recover at home, aamiin insya Allah..^^

 Ok I know this chap it's a bit short but bear with me. bulan puasa maa. tak boleh pjg2. (apa kena mengena kan?? keke) anyway, bulan puasa ni, kita collect byk2 point Jannah jom. (bukan Jannah member si Hana he) Terawih jangan miss, rugi oh klu miss. setahun sekali je kot. so cuba penuhkan terawih ya. unless klu korang ABC, itu halal laa. ><

As usual, these are the things you guys should do after reading this sentence;

1. Senyum/ketawa sikit (puasa tak boleh ketawa lebih2)
2. Komen/Tegur/Suggest
3. Klik sini
4. Baca balik this humble story
5. Selawat banyak2
6. Mengaji 1 juz sehari
7. Terawih. 
8. Tekan button LIKE & SHARE
9. Tunggu next chap ><

Boleh? cuba jom. insya Allah! ^^

take care. selamat berbuka. :)

Screws removed from my mom's vertebrae. Bigger screws were installed. crazy kan? my mom is a bionic woman joy!
 


2 comments:

syizac sweet said...

Too short but it's ok...Alhamdulillah..moga your mum sembuh dengan cepatnya...

Rashidah Ramlan said...

Rindu nye nk bc new chapter.akhirnye tibe gak ari nye....sian ur mom...dik! Tentu skit+sentiase ase xselesa.smoga ibu adik akn trus sht+dirahmati ALLAH sentiase.jgn ase ssh jg ibu adik k.thanks smpt updated new chapter wpun sibuk.nice story! Salam ramadhan

Post a Comment