Wednesday, July 24, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 37

Maya baru saja nak mengetuk pintu bilik Hana apabila dia menyedari pintu bilik housematenya itu sedikit terbuka. Perlahan-lahan, Maya menolak pintu bilik kawannya itu dan menjengah kepalanya ke dalam. Bibir Maya terus mengukir senyum saat matanya melihat Hana sedang berteleku atas sejadah, dengan mata yang terpejam, bermunajat kepada Allah Taala. Sejuk hati tengok perubahan kawan baiknya yang sorang ni.

Sejak beberapa hari ni, Hana dah tak payah dikejutkan Subuh dah. Dia dah pandai bangun sendiri. Pelik sebenarnya sebab minah ni, kalau bom gugur sebelah telinga dia pun belum tentu dia nak bangun. Punyalah teruk. Tapi, alhamdulillah, lately ni dia boleh bangun. Awal pagi pulak tu.

Perlahan-lahan, Maya menutup daun pintu bilik Hana dan berganjak ke bilik Jannah pulak. Minah sorang lagi ni pun boleh tahan kebal jugak telinga dia. Baru saja Maya nak mengetuk, pintu bilik Jannah dah terkuak. Dengan mata yang masih terpejam, tangan Jannah meraba-raba muka Maya.  Hidung kawannya itu dipicit-picit.

“Aku lempang kau karang Jannah.” Maya pasang muka tahan sabar. Terus terbuka luas mata Jannah. Mulutnya sedikit ternganga. Tangannya yang tadi melekat pada wajah Maya segera dibawa ke sisi.

Jannah tampal sengih separuh. “Morning.”

Maya menjulingkan mata sambil geleng kepala. “Dah solat belum?” Tanya Maya, memandang Jannah atas bawah. Mata, pipi, semua berkerak. Allahuakbar. Buruknya rupa. Tapi masih tak boleh lawan muka Hana bangun pagi. Macam ikan buntal.

Jannah geleng kepala. Bibirnya dimuncungkan ke arah tandas, memberitahu Maya yang dia nak pergi angkat wuduk melalui kaedah telepathy. Wordlessly. Maya memberi laluan kepada Jannah. Sambil mengesot kaki, Jannah membelok ke bilik Hana dulu sebelum ke bilik air.

Mata digosok berkali-kali. Betul ke apa yang aku nampak ni? Wajah Maya dipandang, mahukan kepastian. Kawannya itu mengangguk sekali, mengiyakan apa yang ada dibenak Jannah.

“Wow.” Satu ayat keluar dari bibir gadis itu. Maya angguk setuju. “Kan?” Maya melangkah menghampiri Jannah, menepuk bahu kawannya itu sebelum berkira-kira nak melangkah pergi. Jannah menarik lengan Maya, menghalangnya berganjak.

“Apasal?” Kening Maya bercantum. Wajah Jannah dipandang tajam. “Tu. Lain macam je tu.” Jannah menala jari telunjuknya ke arah Hana. Mata Maya ikut arah jari yang ditunding itu.

Hana dilihatnya masih berteleku atas sejadah dengan mata yang masih terpejam. “Apa yang lain macamnya?” Tanya Maya pelik. Memang dari tadi dia macam tu. “Kejap. Sabar. Tengok kejap lagi. Kejap je.” Ujar Jannah, tekun memerhatikan Hana.

Beberapa saat berlalu, tiba-tiba kepala Hana terlentuk ke belakang sebelum berpusing dari kanan ke kiri, mengikut arah lawan jam. Jannah yang dah tak mampu tahan tawa akhirnya tergelak bagai nak gila. Maya yang selama ni punyalah serius alam turut sama tergelak. Itu dia, trademark Hana-Roller coaster!

Hana tersedar saat matanya menangkap bunyi tawa menggila di sebalik pintu.  Dengan mata yangterpisat-pisat, Hana bangkit dan menarik pintu biliknya. Jannah dan Maya yang sedang tergelak-gelak sambil pegang perut terus berhenti tertawa sambil menegakkan tubuh masing-masing menghadap Hana. Muka serius ditampal.

Gadis itu mengerutkan dahi. Kenapa dengan housemates aku ni?

Jannah dan Maya memandang Hana untuk beberapa tika sebelum masing-masing melentukkan kepala ke belakang dan memusingkan kepala mengikut arah lawan jam, mengajuk Hana sambil menyebut, “Aamiin..” Kedua tangan disapu ke muka sebelum mereka saling bertukar high-5 sambil ketawa lagi.

“Ingatkan berdzikir munajat. Rupanya buat tahi mata!” Maya bersuara setelah tawanya reda. Hana mengecilkan mata sambil mengetip gigi. “Orang ngantuklah. Bukan sengaja. Dahlah tu!” Laju tangannya mencubit lengan Jannah yang masih tak henti-henti buat roller-coaster.

Kawannya itu mengerang sakit. Tangan macam ketam. “Aku baru nak kagum dengan kau, dah pandai bangun sendiri, solat Subuh awal bagai. Sekali....Puhahahaha!” Tawa mereka pecah lagi.

Hana menjeling sebelum kembali masuk ke dalam bilik dan menutup pintu. Telekung dilipat dan diletakkan di ampaian. Hana kemudian mengambil bantal busuknya dan keluar dari bilik. Jannah dan Maya masih setia berdiri di depan bilik dengan muka tak makan saman diaorang tu.

“Tepilah!” Marah Hana sambil menolak Jannah ke kiri dan Maya ke kanan sebelum dia melangkah ke ruang tamu. Remote tv diambil dan ditekan butang merah. Muka comel Upin dan Ipin menghiasi skrin tv. “Budak botak dua orang ni pun jadilah. Huaaargh..” Hana mengeliat sebelum menghempas tubuhnya ke sofa.

Maya menghayun kaki ke ruang tamu sementara Jannah bergegas ke tandas. Lupa pulak kewajipan yang satu ni. “Oi, lepas Subuh tidur? Eloklah tu. Tak kahwin kau nanti tau.” Bebel Maya. Mula dah sesi mak jemah dia ni. Hana terus bangkit, dengan kepala disandar pada sofa, dia menampal muka cekodok basi. Terbantut moment berkubang aku.
Wajah kendur Maya dipandang. Hana melepaskan satu keluhan berat.

 “Ha kan bagus macam tu! Ya Allah! Berkeladak tahi mata! Bukaklah mata tu besar besar sikit!” Maya merapati kawan baiknya itu sebelum menolak kelopak mata Hana ke atas, dan menarik bahagian bawah matanya ke bawah, memaksa gadis itu membesarkan mata.

“Kau ni dah lama hidup ke Maya?” Tanya Hana tapi masih membiarkan Maya meneruskan kaedah hilangkan mengantuknya itu. Tak mujarab langsung. Buat darah aku mendidih pagi pagi ni ada la!

Maya ketawa sambil menunjal pipi Hana. “Garanglah tu konon. Ceh! Besar daki pun aku tak takut la!” Balas Maya sambil tergelak besar. Hana menjeling. “Malas aku nak layan kau. Tidur lagi best!” Lidah dijelir sebelum dia mengiringkan badannya seraya menutup telinga yang terdedah dengan bantal busuk tersayang. Tak sanggup nak tadah telinga dengar machine gun ni membebel, merapu tak tentu pasal. Boleh pecah gegendang telinga.

“Tengok tu!Bangun untuk dua saat je! Weh! Bangunlah!”

Maya mencubit punggung Hana. Sedikit pun kawannya itu tak berganjak. Dah immuned kena cubit. “Dasar kulit buaya! Bangun Na. Kang kalau ada orang datang kang, lintang-pukang lari. Hei, buat malu je.” Bebel Maya hingga ke biliknya. Blah pun. Hana menghela nafas lega. Tenang sikit pagi hujung minggu aku ni. Hana memejamkan mata dan lama-kelamaan dia hanyut dibuai mimpi.

-

“Maisa, sini sayang.” Tangan comel anak kecil itu digengam erat. Maisa angguk ceria. Genggaman tangan uminya dibalas dengan pautan yang sama erat. “Abang mana?” Umi memandang sekeliling. “Situ.” Tunjuk Maisa ke arah seorang budak lelaki yang sedang membelek epal.

Umi tersenyum. “Maisa, pergi panggil abang. Ajak abang datang sini. Ya? Umi tunggu sini.” Umi mencubit pipi tembam anak kecil itu. Maisa angguk. “Ok umi.” Kanak-kanak itu berlari terkedek-kedek ke arah abangnya sambil memeluk teddy bear erat ke dada.

“Abang!” Panggil Maisa.

Abang menoleh. Bibirnya terus mengukir senyum sejurus matanya melihat kelibat Maisa berlari ke arahnya. “Nak epal tak?” Tanya abang sejurus Maisa tiba di sebelahnya. “Nak. Abang kan suka epal?” Maisa menyengetkan kepala, merenung abangnya itu.

“Suka!” Abang angguk laju. Matanya kembali pada sebiji epal di tangan.

Maisa memeluk lengan abang. “Kita suruh umi beli jom. Umi panggil kita tu. Jom abang jom.” Gesa Maisa sambil menggoyang-goyangkan lengan abang. Abang ketawa. “Yelah, yelah. Jom!” Jerit abang riang sambil menggoyangkan tangan adiknya tinggi ke langit. Maisa menjerit gembira.

“Yeay~”

-

“Piiinnnnnn!!”

Hana tercungap-cungap. Peluh berjurai di pelipis dan dahinya. “Ya Allah..” Tangannya terus dilekapkan ke dadanya yang turun naik. Laju. Hana memegang dahinya yang basah. Hana melihat kedua tangannya sebelum menala pandangan ke sekeliling. Gambar-gambar dia, Maya dan Jannah tersusun di almari mengundang rasa lega dalam hatinya. Mimpi rupanya. Siapa budak-budak tu?

“Piiinnnn!” Bunyi hon itu memekak lagi.

Hana lekas bangun dari sofa sebelum kakinya terasa seperti memijak sesuatu yang lembik. Eh, apa benda ni? Hana tunduk. “Makkk!!” Sesaat kemudian, Hana dah melompat atas sofa . “Jannah! Terkejut aku weh! Aku ingat ulat apa bawah kaki aku tadi lembik lembik. Jannah....” Rengek Hana sambil menendang kawannya yang sedang terbaring atas lantai betul di sebelah sofa.

Jannah menepis kaki Hana dengan mata yang masih terpejam. Budak ni...Serius aku dah bagi bad influence kat minah ni. Hana merangkak ke hujung sofa dan melompat turun. Langsir tingkap diselak. Kereta Land Rover Defender hitam gagah di depan gate rumah mereka. Hana mengecilkan mata dengan harapan dapat melihat gerangan siapa dalam kereta gagah perkasa tu dengan lebih jelas, tapi harapan. Tinted habis kereta tu. Menteri ke? Kejadah menteri nak datang rumah anak dara?

“Piiinnn!!”

Hana mencapai tudung yang tergantung di penyangkut tepi pintu. “Ee tak menyabar betul la! Hish!” Hana bergegas keluar menuju ke gate. Kepala dijengah-jengah. Tingkap kereta tu masih setia tertutup. Tadi bukan main hon macam nak gila, bila aku dah keluar, kau tak nak pulak tunjuk muka. Hana mengerutkan dahi. Terus dia buka pintu gate dan mendekati kereta tu. Masih tiada respon.

Sambil menggigit bibir, Hana mengetuk bonet kereta itu dengan sekuat hati. Confirm tingkap kau terbukak! Rahang Hana jatuh apabila sebaik saja tangannya berhenti mengetuk, serta-merta pintu pemandu kereta terbuka luas dan satu wajah bengis yang sangat dikenalinya keluar dari kereta bagai peluru berpandu.

“Perlu ke kau jahanamkan kereta aku?” Tengking lelaki itu.

Hana terundur beberapa langkah. Matanya terkebil-kebil takut. Pintu sebelah terkuak, dan seorang lagi lelaki keluar, tapi dengan wajah yang tersenyum lebar. Polar opposite.

“Relax. She means no harm.”

Gadis itu memandang lelaki berwajah ceria untuk beberapa saat sebelum kembali memandang lelaki berwajah bengis itu. “Shu-chan. D-Daim.” Hana menelan air liur.

Daim berdengus geram. “Lagi sekali kau ketuk kereta aku macam tu, kepala kau aku ketuk!” Jerkah Daim sambil menjentik kepala Hana yang diliputi tudung. Gadis itu mencebik. Kereta lagi berharga dari kepala aku? Tak guna punya ungka!

“Maaflah bertanya, tapi... Cik ni siapa?” Shuichi mendekati Hana dengan muka pelik. Hana berkerut. Jari telunjuk ditala ke diri sendiri. “Siapa.. Siapa saya?” Hana terkelip-kelip memandang lelaki berbangsa Jepun itu.

Shuichi mengangguk. Wajahnya innocent. Hana memandang Daim pula, mohon penjelasan dan bantuan. Daim memeluk tubuh. “Exactly. Who the hell are you?”

Hana tak terkata. Apa kena dengan dua orang ni? Aku Hana kot. Hana. “Korang dua orang ni, hilang ingatan ke apa? Saya Hana. Ha..Na. Ala Hana.” Hana menepuk-nepuk dadanya, cuba nak mengembalikan ingatan dua lelaki ni.

Shuichi dan Daim menggeleng. “Nope nope nope. Hana tak macam ni.” Tangan Shuichi naik turun. Mata Hana ikut sama arah tangan lelaki itu. “Macam ni..?” Tanya Hana bingung.

“Macam orang gila tak mandi seminggu. Muka bloated. Air liur basi bersepah kat pipi, dengan tudung senget, rambut terkeluar. PJs angry bird. Really? Angry bird? And your slippers. Sebelah cap Jepun sebelah cap flip flop. How can you be so thick?” Sambung Daim, beriya menganalisis Hana atas bawah.

Hana memandang kakinya sambil sebelah tangan mengesat air liur basi di pipi. Sekali lagi dia menelan air liur. Dah rasa macam telan selipar. Hana kembali memandang Daim dan Shuichi. “Saya Hana la! Betul, saya Hana!” Tegas Hana sambil mengemaskan tudungnya. Beberapa helai rambut yang terurai keluar dimasukkan kembali ke dalam tudung. Tak pasal-pasal ternampak aurat aku.

“Tengok? Macam Hana dah kan?” Hana mendepakan tangannya.

Daim menjulingkan mata. Shuichi kat sebelah pula dah gelak sakan. “Ada la sikit. Sikit jelah. At least better dari tadi. Anyways, awak ni baru bangun tidur ke?” Tanya Shuichi sambil bermain kening. Suka tau tanya soalan yang menjatuhkan maruah aku. Hana menguis pasir dengan kakinya.

“Weekend apa.” Balas Hana perlahan.

“Weekend pun tak semestinya kau kena bangun tengah hari buta!” Tempelak Daim. Hana memandang lelaki itu lama. Sengaja matanya dikecilkan. Baru pukul 8 pagi kot. Jadahnya tengah hari buta! Ish mamat ni. Asal jumpa aku je, nak marah. Asal nak marah je jumpa aku. Walhal, beberapa hari yang lalu, bukan ke kita dah berikrar nak be in a good term kan!

Daim berkerut. “Apasal kau pandang aku macam tu?”

Hana mengetip bibir. “Awak benci sangat kat saya ni kenapa? Apa salah saya kat awak?” Tanya Hana sedikit sebak. Terus berubah wajah Daim. Alamak, sensitif la pulak minah ni. “Bila pulak aku cakap aku benci kau?” Tanya Daim balik. Hana menarik nafas dalam-dalam. Terasa matanya mula berkaca.

“Oh oh.” Shuichi menutup mulutnya yang dah terbuka luas. Trouble in paradise. “Okay.. I think I’ll just wait inside.” Shuichi mengorak langkah ke dalam rumah, meninggalkan Daim dan Hana yang dalam keadaan tegang itu. Malas nak campur hal rumah tangga orang.

“Kejap Shu-chan, sebelum masuk, bagi salam dulu.” Sempat Hana berpesan. Risau jugak kot kot si Jannah tu masih terbongkang kat ruang tamu. Ada nanti tak pasal-pasal mamat Jepun tu dapat hadap aurat kawannya itu. Niaya je.

“Hana.” Panggil Daim lembut. Matanya melekat pada wajah gadis itu. “Hana.” Panggil Diam lagi apabila masih tak mendapat sebarang reaksi. “Okay, look, I’m sorry I yelled at you. It’s just, I tried to call you many times but you didn’t answer any of my calls which really drove me crazy to the point that I thought you were in grave danger or something. So I got upset. I’m sorry. Hm?” Pujuk Daim lembut. Gaya dah macam McDreamy dalam Greys Anatomy la pulak. Syahdunya suara dia. Allah... Cair hati kering aku.

Aku tak jawab calls dia? Oh lupa pulak nak charge handphone semalam. Ops. Sori Daim. Hi hi. “So awak tak benci saya?” Tanya Hana. Daim tergelak kecil sebelum menggeleng. “Nope. Not at all. As matter of fact, I fancy you. A lot.” Bisik Daim. Terasa hatinya yang sakit tadi terus berbunga riang. Masya Allah. Dengan perasaan gembira tak terkata ni, aku boleh lari merentas desa sekarang jugak! Punyalah dahsyat penangan mamat ni.

Senyuman Hana sampai ke telinga. Fancy pun boleh. “So kau dah maafkan aku?” Daim menjungkit kening. Hana menggeleng. “What?” Suara lelaki itu kembali meninggi. “Tengok, tengok. Mulalah tu.” Hana mencekak pinggang. Barannya, Ya Rabbi!

Diam ketawa. “Okay, okay. Kenapa tak nak maafkan aku? What’s the condition?” Tanya Daim, cuba nak mengekalkan kelembutan pada suara garaunya. “Saya nak awak cakap elok-elok dengan saya.” Ujar Hana. “I am!.. speaking elok-elok with you. I’ve never spoken this gentle to anyone before, just so you know.” Balas Daim, menyandar pada kereta.

Hana menggeleng kepala. Serius mamat ni, spesis cintakan diri lebih dari segalanya. Self-centered tahap gaban! “Maksud saya, saya nak awak drop aku-kau tu. Kita cakap saya-awak. That’s my condition. Kalau tak, tiada maaf bagimu.” Hana memeluk tubuh. Amek kau! Ultimatum aku kasi! Baru aku faham, agaknya macam ni la kot perasaan Akid dulu, masa dia proposed idea cakap saya-awak ni.

Lelaki itu memandang Hana untuk beberapa detik sebelum balas, “Suka hatilah. Tak nak maafkan sudah.” Dan dia terus melangkah masuk ke dalam rumah, membiarkan Hana yang dah ternganga seorang diri kat luar. Speechless.

Oh my God. Hana mengurut dahi. Macam mana aku boleh terjatuh hati kat si ungka tu pun, aku tak faham. Ya Allah, berilah aku kekuatan nak hadap mamat super annoying sorang ni. Aamiin!

-

Daim membelek gambar-gambar yang tersusun di almari. Sesekali bibirnya menguntum senyum melihat aksi dan mimik muka tiga orang gadis itu. Nampak sangat masing-masing masuk air. “Nakalnya.” Kepala digeleng. Shuichi yang dari tadi duduk di sofa sambil menukar-nukar siaran berpaling, memberi perhatian pada sepupunya itu.

“Apa yang nakal?” Tanya Shuichi.

Bingkai gambar di tangan ditayang pada lelaki Jepun itu. Gambar Hana sedang duduk di atas dinding balkoni bersama dengan Jannah dalam keadaan menyandar pada belakang masing-masing. Sementara Maya berdiri di atas balkoni sambil menyandar pada dinding.

Shuichi tergelak. “Memang nakal. And dangerously awesome.”

“Ha mengumpat!” Suara Hana menegur. Daim dan Shuichi menoleh serentak. Dilihat gadis itu sudah siap berpakaian. Jeans lusuh. Tunic peach dan dipadankan dengan shawl cotton berwarna pestel. Untuk pertama kalinya, Hana nampak...

Daim tersenyum. “You look normal.”

Hana ketawa tak ikhlas. Konghajo betul. Takda point lain. Asyik nak menghina sense of fashion aku je kerja. “Terima kasih.” Balas Hana sinis. “Na, air takda? Keringlah tekak.” Shuichi bertanya. “Ada, kejap. Kita breakfast sekali boleh? Maya dah masak nasi goreng. Sedap.” Hana memandang dua orang lelaki itu silih-berganti, menanti jawapan.

“Kau tak masak?” Tanya Daim pulak. “Tak.” Balas Hana jujur. “Asal tak masak?” Daim bertanya lagi. “Sebab Maya dah masak.” Jawab Hana bijak. Shuichi tersenyum sambil mengerling sepupunya yang dah pasang muka pahit.

“So kita breakfast sinilah ya. Lapar dah ni.” Shuichi memegang perutnya yang dah ber-rock kapak kelaparan. “Jemput jemput.” Muncul Jannah pula, juga sudah siap berpakaian ranggi.

“You look nice.” Puji Shuichi sejurus matanya menjamah gadis itu sekilas. “Arigatou. Did I get that right?” Jannah memandang Shuichi yang dah tergelak kecil. “Dah macam native Japanese dah saya dengar!” Shuichi melayang thumbs up.

Hana menyiku Daim. “Apa dia?” Kening lelaki itu bercantum. Matanya tajam memandang Hana. “Tengok Shu-chan. Senang je dia puji Jannah, cakap lembut-lembut, baik baik. Awak kenapa susah sangat nak buat macam tu kat saya ha?” Hana memeluk tubuh, tak puas hati.

“Hana, that guy is basically a male whore.” Ujar Daim, menunding ke arah Shuichi yang  baru saja nak melangkah masuk ke dapur. Mulut Hana sedikit ternganga. “Excuse me?” Shuichi menoleh. Dahinya berkerut. Suka hati isi perut mamat ni je nak panggil aku apa! “Sumimasen. Was I being too honest?” Daim menampal muka selamba sambil menjungkit bahu. Secuit rasa bersalah pun takda. (*Sumimasen=sorry)

“Aku bukan lelaki jalang okay. Mind your words. I’m just.. a decent man with a lot of women in his life.” Ujar Shuichi, lebih kepada diri sendiri. Nak sedapkan hati la tu.

Daim menjulingkan mata sebelum kembali memandang Hana.

“You won’t let this go aren’t you?”

Daim dapat rasakan yang Hana takkan berhenti cakap pasal benda ni. Pasal cara dia berkomunikasi dengan gadis itu. Hana mengangguk. “Yep!” Daim menarik nafas sedalam-dalamnya, menghirup sebanyak mungkin oksigen. Lelaki itu kemudian menjilat bibir, cuba menyusun ayat yang sesuai.

“Hana, there will be times when you will hear every word that you’re longing to hear from me today. Tapi.. masa tu bukan sekarang. Bukan dalam keadaan, kau bukan mutlak untuk aku. Dan aku bukan mutlak untuk kau. Aku nak, masa aku cakap benda-benda tu, masa tu, aku boleh pandang kau lebih dari aku pandang kau sekarang. Masa tu, aku boleh pegang tangan kau, peluk kau, cium kau. Aku nak, masa tu, kau sah untuk aku.”

Hana tak berkelip memandang Daim. Masya Allah. Betul ke apa yang aku dengar ni? Ya Allah... Pipi ni dah rasa macam dah hangus dah ni dek berliter-liter darah berkumpul kat muka. Hana tunduk. Tak sanggup lagi nak mengunci pandangan lelaki itu. Ini kali pertama Daim pandang aku macam ni. Macam.. macam, aku..

“Oi, tercegat apa lagi tu. Makan cepat. Daim, jemput.” Jannah memanggil dari dapur. Hana menoleh. “O-Okey.” Perlahan, matanya mencuri pandang lelaki itu. Daim masih merenungnya. Allah.

Hana menghela nafas. Baru dia perasaan, dari tadi dia asyik tahan nafas. Gara-gara sweet confession mamat ni. “Jomlah Daim. Makan.” Hana terus berpaling dan memaksa kakinya bergerak ke dapur.

-

“Daim, dalam kotak ni ada apa?” Hana memeluk head rest sambil tubuhnya menghadap belakang kereta, matanya mencerun pada dua buah kotak besar di bahagian belakang kereta.

Daim yang sedang memandu mengerling ke arah Hana melalui rear mirror. Tak reti duduk diam betul la perempuan ni. “You’ll know. Hana could you please sit properly like a mature young lady?” Hana menggigit bibir. Berdesing telinga. Lagi menyakitkan hati bila tengok mamat ni boleh cakap sesinis yang mungkin dengan muka yang tersenyum.Peh.

“Sit like a mature young lady!” Jannah menepuk peha kawan baiknya itu.

Hana mengajuk Daim. “Kecoh gila.” 

“I heard that.” Ujar Daim mendatar.

Hana mencebik. “Poyokan si ungka tu.” Bisik Hana. Jannah mencuri pandang Daim. “I heard that too.” Ujar Daim dingin dan masih mendatar. Pecah tawa Jannah dan Shuichi.

“Hei korang ni. Lawaklah. Quarrelling like an old married couple.” Shuichi geleng kepala. Hana menyengetkan bibir. “Saya muda belia lagilah! Lagipun, siapa nak grow old dengan ungka tu.” Gumam Hana perlahan sambil memeluk tubuh. “Apa dia? Cakap lagi sekali.” Daim menjungkit kening. Hana menggeleng. “Takda apa-apa, buah kelapa.” Hana menampal muka comel. Pandangannya mendarat pada smartphone di tangan Jannah, langsung tak hiraukan muka masam Daim.

Terus dirapatkan jarak antara mereka. “Kau tengok apa weh?” Hana menarik tangan kawannya itu, memaksa Jannah menayang skrin telefon ke arahnya. “Hergh! Running Man! Apa ni! Tengok tak ajak! Restart restart.” Hana merampas telefon Jannah dan menekan-nekan skrin telefon canggih itu.

Jannah menjulingkan mata. “Tengok tu. Sebab ni la aku malas nak ajak. Gerenti kau conquer punya! Haish!” Jannah merampas kembali telefonnya dan meletak telefon itu di tengah-tengah.

“Adjust sikit Jannah. Aku tak nampak!” Hana menyengetkan telefon kawannya itu lebih ke arahnya. “Ada makan telefon aku ni kang. Habis aku tak payah tengok?” Jannah menjegilkan mata. Hana ketawa. Seronok kacau minah sorang ni. “Yelah, yelah, tengok tengok. Dah start. Shh!” Selamba Hana menyuruh Jannah diam.

Kawannya itu menggigit bibir. “You faham kan perasaan I Jannah?” Tanya Daim bila melihat wajah sebal gadis itu. Jannah angguk. Sempat dia mengacah macam nak tumbuk kepala Hana.

-

Hana terkejut apabila terasa cermin kepalanya tersandar bergegar diketuk kuat. “Lima minit Maya, lima minit!” Jerit Hana. Pintu di sebelahnya terbuka dan wajah Daim menyapa. “Lima minit apanya?” Tanya lelaki itu.

“Ha?” Muka bingung ditampal. “Tidur lagi. Hm, keluar cepat.” Daim menggeleng sambil menyuruh gadis itu keluar. “Awak ni, takdalah panas sangat. Itu pun nak pakai sunglass ke?” Komen Hana, sempat mengerling cermin mata hitam aviator yang tergantung di batang hidung Daim.

“Hensem apa.” Balas Daim selamba. Hana menampal muka jijik. Tolonglah. Eh.. Hana memandang rumah yang tersergam di depannya. Terus bibirnya menguntum senyum. “Happy?” Tanya Daim, berdiri di sebelah Hana.

Gadis itu angguk laju. “Assalamualaikum bonda!” Hana berlari anak ke arah bonda yang sudah menunggu di depan pintu bersama Ayah Wan dan anak-anak kecil yang dah bersorak gembira.

Bonda menjawab salam Hana sambil memeluk erat gadis itu. Hana memperkenalkan Jannah dan Shuichi pada bonda. “Masuk nak. Bonda buat air dulu.” Bonda menarik tangan Hana dan Jannah masuk ke dalam rumah.

“Bonda, kitaorang datang sini ada misi.” Ujar Daim ceria. Hana menoleh memandangnya. Misi? Misi apa? Bonda memandang Daim pelik. “Misi apa tu Daim?” Tanya bonda.

Daim dan Shuichi menunjuk ke arah dua buah kotak yang tersusun di luar rumah. “Kitaorang nak cat rumah ni cantik-cantik. Bonda punya misi, pilih warna.” Daim merapati bonda dan mengajak orang tua itu memilih warna cat yang dia nak. Hana tercengang. “Laa tong cat rupanya dalam kotak-kotak tu.”

Jannah mengangguk. “Kalau aku jadi kau Na, aku simpan mamat ni. Sumbat dalam poket. Tak kasi orang lain. Milik aku sorang je.” Ujar kawannya itu sambil menyiku lengan Hana. Gadis itu menarik senyum sekerat.

“Time dia sweet, nak la kau simpan dalam poket. Time dia annoying, kau rasa macam nak campak dalam jamban je.” Balas Hana. Pecah terus tawa Jannah. “Kau ni. Pandang kebaikan orang, bukan keburukan.” Nasihat Jannah. “Yelah.” Hana menjeling.

“Oi makcik dua orang kat dalam tu. Tercegat apa lagi? Pakai baju ni. Korang pun kena cat sama.” Daim menggoyang-goyang jari telunjuknya, menyuruh Hana dan Jannah datang ke mari sambil mengerling ke arah dua helai baju t-shirt baggy yang lusuh.

Hana dan Jannah saling berpandangan. “Yes sir!” Siapa tak suka cat rumah?

-

Warna peach jadi pilihan bonda. Jannah dan Shuichi mengecat di bahagian depan rumah, sementara Hana dan Daim mengecat di bahagian belakang rumah. Ayah Wan dan anak-anak kecil turut membantu mengecat.

“Korang  jangan merendek pulak kat belakang.” Usik Shuichi nakal. Daim sekadar ketawa besar. Aik tak marah pulak dia? Selalu kalau kena usik macam tu, bukan main menggila baran dia.

“Takpa Ijat ada. Ijat boleh tolong tengok tengokkan.” Ijat menepuk dada. Daim membesarkan mata sebelum bertindak mengangkat Ijat dan memusingkan dia. Terjerit-jerit budak tu. “Okay okay sori sori. Ijat janji tak kacau abang dengan akak cantik buat projek.” Rayu Ijat dalam pening lalat dia.

Hana ketawa. Budak-budak zaman sekarang. Aduhai.

Setelah menampal tape di sekeliling tingkap dan pintu, Hana dan Daim memulakan sesi membersihkan permukaan dinding sebelum mula mengecat warna baru.

“Baik-baik Daim.” Hana mendongak sambil memegang erat tangga yang dipanjat lelaki itu untuk membersihkan cat lama di bahagian dinding yang tinggi. “Kau tak payahlah pegang tangga tu. Pergi bersihkan kat sana.” Scraper ditangan ditala ke arah timur. Hana angguk pasrah.

“Baik bos.”

Ijat yang dari tadi diam tak berani nak menyampuk tergelak kecil. “Ha gelakkan akak!” Hana mencucuk perut budak lelaki itu. “Gelilah kak! Takdalah. Akaklah. Asyik kena marah dengan abang je dari tadi. Lepas tu merajuk. Macam budak-budak je.” Ejek Ijat. Rahang Hana jatuh. Daim kat atas dah tergelak besar.

“Kan Ijat. Macam budak-budakkan kak Hana ni?” Sampuk lelaki itu.

Hana mencekak pinggang. “Ijat. Abang Ijat tu lagi macam budak-budak tau. Dia ingat dia hot stuff sangat sampai cat rumah pun nak pakai spec hitam! Entah apa-apa la kan?”

Daim kat atas dah pasang muka stress. “UV. Matahari. Bahaya!” Jerit Daim, cuba mempertahankan diri. Hana menutup telinga sambil balas, “Tak dengar tak dengar. Ijat dengar ke? Takkan? Lololololol.”

Ijat ketawa lagi. Memang macam budak-budak abang dan kakak cantik ni.

Dah habis semua cat lama ditanggalkan, sekarang masa untuk mengecat cat baru. Sesekali Hana ketawa melihat jurang perbezaan ketinggian cat dia dan Daim. “Kenapa gelak?” Daim memandang Hana. Tangannya masih setia mengecat.

“Takda. Awak tengoklah. Saya cat sampai sini je mampu. Tapi awak, dua kali ganda lagi tinggi.” Ujar Hana masih tertawa kecil. Daim mengoyak senyum. “Aku 6 kaki Hana. Kau berapa, lima kaki?” Daim memandang Hana atas bawah. Gadis itu mengangguk.

“Ijat punya lagi pendek.” Sampuk Ijat sambil menunjuk dinding yang dia cat. Serta-merta tawa Hana dan Diam pecah. “Takpa Jat, lagi dua tahun Ijat lagi tinggi dari abang perasaan hot tu.” Hana menepuk bahu Ijat sebelum mengambil penggelek cat dan kembali meneruskan kerja mengecat.

“Kau sedarkan aku kat sebelah kau je?” Daim memandangnya dengan pandangan signature dia tu, cold stare. Hana menampal muka innocent. Pandangan air batu kau tu dah tak affect aku dah. Immuned dah weh. Hana ketawa dalam hati.

 “Abang, kak Hana, Ijat nak masuk kejap. Nak air tak? Ijat bawakkan.” Tanya Ijat. Daim angguk. “Boleh jugak. Air sejuk tau Jat.”

“Baik bos!” Ijat buat tabik hormat.

Suasana berubah diam bila Ijat tiada. Hana dan Diam mengecat tanpa bicara, masing-masing melayan perasaan. Hana mencuri pandang ke arah lelaki itu apabila terdengar suara dia bernyanyi kecil, humming sebuah lagu.

Don’t you know she is my favorite girl
I want to run away for days with her
And if you promise not to say a thing
I’m gonna buy that girl a diamond ring..”

Daim menoleh, memandang Hana. Matanya mencerun merenung anak mata gadis itu. Hana tercungap, terasa dadanya seolah berhenti bernafas. Perkataan ‘That girl’ dinyanyi sedikit kuat. Hana menelan air liur. Daim perlahan-lahan berjalan menghampiri gadis itu, matanya masih pada Hana, merenung hingga ke dasar hati. Bibirnya terus bernyanyi,

I said ooooh
I think I love you
Ooooh
I think I love you, I love you
My favorite girl..”

 Hana terasa bagai di awangan. Jantung berdebar laju. Wajahnya terasa panas. Hana cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke dinding. Cat Hana, cat. Dia nyanyi je tu. Bukannya confess. Jangan perasan. Jangan toleh. Jangan cair!

“Hana.” Panggil Daim.

 Hana menoleh dan secalit cat melekat di pipinya. Terus membulat anak mata gadis itu. “Ops, sengaja.” Daim mengajuk ayat Hana padanya masa kali pertama mereka bertemu di KLiA beberapa bulan yang lalu. Gadis itu memejamkan mata sambil menggenggam erat roller di tangan. Aku baru nak feeling dengan lagu sweet muwit kau tu. Suka spoil mood romance kat jiwa aku ni tau!

“Saya cat muka awak dengan roller ni nak?” Marah Hana dengan muka serius. “Try la buat. Lepas tu jangan marah kalau lepas tu kau mandi dengan cat.” Ugut Daim selamba. Hana menggigit bibir. Ahhh sakitnya hati dengan ungka ni!

Hana menjeling kasar sebelum kembali mengecat dengan hati yang menjerit-jerit nak sepak terajang muka Daim. Lelaki itu ketawa riang. Muka masam Hana bagai menggeletek perutnya. Hai, Hana Hana. My vitamin.

My favorite girl.


---

Rosebud says: 

Assalamualaikum~ Our 15th day of Ramadhan. How was it? May Allah grant us jannah nanti insya Allah. Anyways, in this chap, I've included a brief hint about the upcoming chapters, so maybe korang da ada at least the slightest idea psl jln cerita ni. huhu..Hope korang enjoy sbb I really really enjoyed myself writing this chap. harap dpt share the same warm feeling. hehe.
The song that Daim was humming was Favorite Girl by The Icarus Account. Korang boleh dgr lagu ni kt blog ni. sweet kan lirik dia. saya siap paksa abg saya pakai lagu ni utk wed dia, tp dia dgn selambanya reject paksaan saya. peh menyirap je. takpa, wed saya ada. keke.
Anyways, korang terima kasih banyak banyak sebab sudi dan setia baca this humble story. I am nothing but grateful so much.Alhamdulillah. Arigatou *bowing*

WARNING! there are some words that are inappropriate for under age. do not apply it on daily basis!

#Please drop some reviews/comments/suggestions/advices or anything. Kita cool~
hehe. maceh.
selamat berpuasa. ^^

jadikan zikir harian kita insya Allah. <3
credit pic: OwhSoMuslim.com