Tuesday, June 25, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 34

Buah oren sekotak besar. Buah epal sekotak besar. Vitagen berpaket-paket. Beras tiga guni. Ikan, ayam, daging lembu dan kambing, sayuran, semua dia beli in bulk. Eh mamat ni nak buka restoran ke? Hana ikut saja tanpa banyak soal walaupun dalam kepala dah sesak dengan soalan bertubi-tubi.

Daim memandang Hana. Ni apahal muka macam sakit perut je. Betul-betul sakit perut ke? “Hana, kenapa?” Daim menjungkit kening. Gadis itu memandangnya. “Ha, takda apa-apa.” Kepala digeleng. “Kalau takda apa-apa, muka tu kenapa macam tahan sembelit?” Tanya Daim sambil memunggah  barang ke dalam kereta. Padanlah dia drive kereta ni. But luas. Boleh tampung berat.

Hana menarik muka sambil memerhatikan saja lelaki itu mengangkat barang-barang masuk ke dalam kereta. Nak tolong, dia tak bagi. Gentleman la kononnya tu. Tapi memang gentleman pun. Sesekali mulut Hana terbuka sedikit, kagum tengok refleks otot lengan lelaki itu. Hasil setiap pagi work out kat gym maka terhasil la sepasang buffed arms. Penuh kejantanan. Hana cepat-cepat memusingkan tubuhnya. Apa kena dengan kepala aku ni? Asyik nak feeling je. Betullah, aku ni dah kena kahwin la.

“Kahwin?”

Leher Hana berpusing menoleh. “Ha?” Hana menjungkit sebelah kening. Mamat ni...mind reader ke? Terus tegak bulu roma. “Kau cakap kahwin tadi?” Tanya Daim sambil menutup but kereta. Laju kepala Hana menggeleng. “Eh mana ada. Tak sebut apa-apa pun. Awak salah dengar tu. Ya salah dengar. Telinga kero.” Hana kalut. Jarinya ditala ke telinga Daim.

Lelaki itu berdengus sebelum masuk ke dalam kereta. Dibiarkan Hana kekal kalut di sebelah. Asal keluar dengan aku je gelisah resah. Asal gelisah resah je, keluar dengan aku!
“Daim, saya cakap jujur ikhlas ni, saya tak pandai sangat bab-bab masak. Ilmu bisnes saya lingkup. Zero. So awal-awal saya cakap, saya tak boleh tolong awak.” Ujar Hana tiba-tiba. Daim memandang Hana sekilas.

“Apa kau melalut ni?” Keningnya bertemu.

 Betul dia tak faham apa gadis itu dok merepek ni. Tiba-tiba pulak tu. “Takdalah. Awak beli macam-macam ni bukan nak buka kedai makan ke? Saya tak pandai bisnes-bisnes ni.” Kepala digeleng. Wajahnya mempamer riak cemas.

Daim tergelak besar. “Bila masa pulak aku cakap aku nak bukak kedai makan? Kau ni. Haish. Cuba relax. Jangan gabra. Nak cemas kenapa? Kan?” Wajah Hana dipandang lagi. “Kalau tak bukak kedai makan, habis ni semua nak buat apa? Stok sampai hujung tahun?” Hana masih lagi tak senang duduk.

“Relax okey. Nanti kau tahu semua ni untuk apa. Dah dah diam. Aku nak dengar radio.” Terus jarinya menekan butang ‘On’. Suara mesra Salleh Yaakob kedengaran di corong radio. Hana menjeling sambil memeluk tubuh. Dilempar pandangan ke luar tingkap.

Mamat ni... sumpah menjengkelkan!

-

Hana tak terkata. Saat kereta Tucson putih tu membelok masuk ke lorong Haji Rahman, hati Hana sudah tidak keruan. Perasaannya bercampur. Cemas. Sedih. Teruja. Rindu. Semua ada. Sebaik saja Daim keluar dari kereta, sekelip mata tubuhnya dipeluk erat sekumpulan anak-anak kecil. Ini kali pertama Hana tatap senyuman seindah itu terukir di bibir Daim. Sungguh, hatinya terpukau.

Namun apabila seorang wanita berusia awal 60-an keluar dari rumah, mata Hana mula berkaca. Sebak terus dadanya. Hatinya bagai dicarik-carik. Oh Tuhan.. “Hana?” Pintu kereta dibuka. Hana menoleh. Wajah seorang lelaki yang sangat dikenalinya menyapa.

“Ayah Wan...” Panggil Hana dalam esak.

Ayah Wan tersenyum. Diusap kepala anak dara itu. “Laa menangis kenapa? Dah dah kesat air mata tu. Masuk jom. Bonda rindu Hana.” Lembut Ayah Wan memujuk. Hana mengangguk.

“Assalamualaikum, bonda..” Hana tunduk.

Malu nak angkat muka. Bertahun dia tak datang sini. Bertahun dia melupakan kisah silamnya. Bertahun dia menghalang dirinya daripada menjejakkan kaki ke sini. Bertahun dia menahan rasa berdosa, rasa rindu dendam kepada bonda tercinta.

Bonda berjalan mendekati Hana. Perlahan tangan tua itu memegang lembut pipi anak gadis kesayangannya. “Anak bonda..” Tubuh Hana terus diraih dan didakap seerat mungkin. Rindunya pada Hana, Tuhan saja yang tahu. “Bonda, ampunkan Hana bonda. Ampunkan Hana.” Tangis Hana sambil membalas pelukan erat bonda.

Wajah Hana dicium-cium sepenuh hati. “Anak bonda.. dah besar. Cantik anak bonda ni.” Ucap bonda sayu. Air matanya berjurai-jurai. Hana mengesat air mata wanita yang dah dianggap seperti ibu kandungnya sendiri. “Ampunkan Hana bonda.” Hana mencium tangan suci bonda.

Bonda mengangguk. Kepala Hana diusap dengan penuh kasih sayang. “Takda apa nak diampunkan nak. Hana anak yang baik. Hana takda dosa dengan bonda.” Wajah Hana ditatap lama. Rindunya pada anak gadis ni menggunung. Saban hari dia titipkan doa moga satu hari nanti Allah gerakkan hati Hana untuk kembali ke rumah ni. Alhamdulillah, Allah dengar doanya.

Hana mengukir senyum. Wajah bonda direnung lama. Wajah yang dah dimamah usia ni sedikit pun tak berubah. Masih penuh dengan kasih sayang, masih lembut seperti 10 tahun dulu. “Bonda sihat?” Tanya Hana. Bonda mengangguk. “Sihat nak. Hana nampak sihat. Alhamdulillah.” Lengan Hana diurut lembut. Gadis itu mengangguk.

“Daim, jemput masuk jom. Dah tu, lepaskan abang Daim tu. Jemput dia masuk.” Bonda menyuruh anak-anak kecil yang dari tadi mengerumuni Daim supaya melepaskan lelaki itu.

“Bonda kenal Daim?” Tanya Hana perlahan. Tangannya memaut erat bahu bonda, memeluk wanita itu. “Kenal. Apa tak kenal? Setiap minggu dia datang sini.” Balas bonda ceria.

Gadis itu sedikit terkejut. “Setiap minggu? Sejak bila bonda?”

“Dah lama Na. Sejak dia balik Malaysia. Ni Hana dah makan? Bonda ada masak lauk kegemaran Hana. Sambal ikan bilis. Jom makan. Wan, pergi selamatkan Daim tu. Ajak dia makan sekali.” Jerit bonda. Ayah Wan menyahut dari luar.

Hana mencuri pandang ke arah Ayah Wan dan Daim yang rancak berbual. Sesekali tawa dua orang itu kedengaran. Bukan main berdekah lagi. “Bonda, macam mana bonda boleh kenal Daim?” Tanya Hana perlahan, separuh berbisik, sambil mengerling ke arah dua lelaki itu. Takut jugak kalau si ungka tu pasang telinga. Kang nanti dia ingat aku ni stalker dia. Tamau aku.

Bonda menghulurkan pinggan yang dah berisi nasi kepada Hana. “Macam mana boleh kenal Daim? Hmm.. Masa tu bonda pergi beli barang-barang dapur. Bonda lupa bawa duit. Telefon pun takda. Lepas tu, tiba-tiba, entah dari mana, datang malaikat tolong bayarkan. Dia siap tolong hantar bonda balik lagi. Rasa-rasa Hana siapa malaikat tu?” Bonda memandang anak gadis yang sentiasa berada di hatinya itu.

“.....Daim?” Hana menduga. Bonda tersenyum dan angguk. “Daimlah malaikat tu.” Ujar bonda sambil memandang Daim yang leka berbual dengan Ayah Wan. Hana turut memandang Daim. Satu kebetulan yang tak dijangka. Tiba-tiba semua perasaan marah, bengang, benci, sakit hati kat lelaki tu hilang. Semuanya...lenyap.  Hana memegang dada. Berdebar hebat.

Ya Allah. Perasaan apa ni?

Gadis itu tersedar bila terasa lengannya dipegang lembut. “Hana, bonda tanya satu benda boleh?” Bonda masih lagi mengukir senyuman manis. “Apa dia bonda?” Hana mengangguk. Getaran di dada masih memuncak.

“Hana dengan Daim ada apa-apa ke?” Bonda bertanya lembut.

Hana tersentak bila suara garau Daim menyapa gegendang telinganya. “Daim nak ada apa-apa dengan dia. Tapi dia jual mahal bonda. Asyik reject orang je kerja.” Tak berani Hana nak menoleh sebab suara lelaki tu betul di telinganya. Andai aku menoleh tadi, silap hari bulan, bulan jatuh ke riba lelaki tu, malapetaka jatuh ke muka aku! Pedepek.Tak pasal-pasal nanti punah impian aku nak dapat first kiss  dengan bakal suami kat tepi laut. Ngaa..

Senyuman bonda makin mekar. “Hana memang macam tu. Dari kecil dia takda feeling feeling ni. Hati kering-kontang.” Cerita bonda, sesekali mengerling Hana yang dah tunduk mencium meja.

“A’ah. Hana hati dia besar biji lada je. Dulu kawan baik dia syok kat dia pun dia buat dono je. Ayah Wan yang kena panaskan enjin untuk depa.” Tambah Ayah Wan. Bonda menepuk lengan anaknya itu sambil memberi isyarat supaya dia berhenti bercakap. Isu sensitif. Hana memaksa segaris senyuman.

“Takpa bonda. Benda dah lama. Dia dah selamat nikah pun. Silap-silap dah beranak pinak dah. Dah besar agaknya anak-anak dia. Bonda keep in touch dengan dia?” Hana memberanikan diri bertanya. Bonda memandang Ayah Wan sebelum kembali memandang Hana.

Ayah Wan menarik kerusi merapati gadis itu. “Hana tak tahu cerita?” Tanya Ayah Wan. Hana memandang lelaki yang dah dianggap macam abangnya sendiri. Cerita apa? Macam serius je bunyi ni.

“Sebenarnya, Aki—”

“Bonda! Bonda!” Teriak budak-budak yang sedang memunggah barang-barang dalam kereta. Ayah Wan, bonda, Hana dan Daim menoleh. “Ada apa Ijat?” Balas bonda.

Ijat dan beberapa budak sebayanya mengangkut kotak-kotak berisi epal dan oren. “Bonda, abang Daim bawa buah favourite kitaorang!” Jerit Ijat gembira. Daim ketawa melihat telatah mereka. “Banyak lagi barang dalam but bonda! Akak cantik, jomlah tolong kitaorang angkat barang-barang.” Pelawa salah seorang daripada mereka sambil menarik tangan Hana menuju ke luar.

Daim mengikut dari belakang. Dua guni beras dipikul atas bahu. Hana memandangnya dengan pandangan jijik. Kot iya pun awak tu gagah perkasa, tak perlu kot angkat dua guni beras sekaligus. Kalau patah tulang bahu tu, siapa yang susah? Aku jugak. “Awak, bawalah satu-satu.” Hana cuba menghalang namun kerutan di dahi lelaki itu menghentikan perbuatannya.

“It’s a disgrace for me when you ask me to carry one bag at a time.” Tegas Daim. Hana tercengang. Sumpah poyo gila. Lantak kaulah! Hana melepaskan satu keluhan berat. Suka berlagak gentleman!

“Suka hati awaklah! Kalau dah patah riuk nanti, pergi hospital sendiri!” Hana mengambil plastik beg berisikan ikan, ayam dan sayuran. Daim mengajuk Hana.

Bonda dan Ayah Wan tersenyum menggeleng kepala. “Apa bonda patut buat supaya Daim berhenti buat semua ni?” Bonda memandang Daim sayu. Terharu. “Hmm... hentak kepala Daim dengan batu lesung?” Gurau lelaki itu. Bonda menampar lembut lengannya.

“Siapa sanggup hentak kepala orang semulia Daim nak.” Ucap bonda lembut. Betul meresap ke dasar hati. Diusap kepala Daim dengan penuh rasa kasih yang tak berbelah bahagi. “Abang Daim, mainan takda ke?” Tanya Ijat sambil menarik-narik baju lelaki itu.

Daim mencangkung. Wajah Ijat dipandang lama. Segaris senyuman lemak berkrim terpatri di bibir. “Kan abang dah cakap, kalau dapat A untuk semua subjek baru abang belikan mainan. Ijat dapat semua A tak?” Tanya Daim lembut.

Ijat geleng kepala. “Dapat dua je.”

“Takpa. Cuba lagi sampai dapat semua A okey?” Kening dijungkit sebelah. Ijat mengangguk gembira. “Janji tau abang?” Jari kelingking dihulur. Daim tersenyum lagi. “Janji!” Balas Daim, mengunci jari comel Ijat dengan jarinya.

Senyuman terukir di bibir Hana. Belum pernah dia merasa sebegini gembira.

-

Sepanjang perjalanan balik, mereka berdua tidak berkata apa-apa. Masing-masing melayan perasaan. Fikiran melayang entah ke cerok mana. Sesekali senyuman nipis terukir di bibir. Daim leka merenung jalan sementara Hana dah lama hanyut dalam lamunannya. Apabila lagu Till There Was You kedengaran di corong radio, tiba-tiba hati Hana berubah rentak. Hana menghayati bait-bait lagu yang dipopularkan The Beatles itu.

There were bells on a hill
But I never heard them ringing
No, I never heard them at all
Till there was you

There were birds in the sky
But I never saw them winging
No, I never saw them at all
Till there was you

Serta-merta wajah Daim dipandang. Sebelum hadirnya lelaki ini dalam hidup, Hana tak pernah kisah tentang perkara yang tiada kaitan dengan dirinya. Burung yang terbang bebas di angkasa, semut yang gigih mencari sebiji gula, sampah yang tidak dikitar semula, busker yang menyebarkan melodi di stesyen kereta api, di tepi jalan. Hana tak ambil pusing langsung. Tapi Daim telah mengajarnya banyak benda. Satu yang pasti, lelaki ni dah ajarnya untuk menghargai. Hana belajar menghargai setiap unsur yang berlaku di sekelilingnya.

There was love all around
But I never heard it singing
No, I never heard it at all
Till there was you

Hana tergamam. I was a bloody ignorant girl before this guy happened, so oblivious until there was him.

Perlahan-lahan, tanpa disedari, bibirnya membentuk segaris senyuman. Dalam kekasaran lelaki ni, terselit kelembutan. Dalam keras hatinya, tersembunyi keikhlasan. Melalui lelaki ni, aku belajar apa itu cinta.

“Okey now you’re creeping me out.” Tegur Daim tiba-tiba. Hana tersedar. Segera dia membetulkan duduknya sambil berdeham beberapa kali sebelum memandang lelaki itu semula.

“Apa, apa maksud awak?” Hana bertanya.

Daim memandangnya sekilas. “Kau tenung aku lama-lama dengan mata besar kau tu, lepas tu kau senyum sampai kat telinga. The hell was that?” Suaranya sedikit meninggi.

Hana tergelak kecil. “Bukan ke selalunya kalau saya terpandang awak lama-lama, awak mula perasan lepas tu cakap saya syok kat muka hensem awak la apa la. Ni kenapa pula tiba-tiba cemas semacam?”

“Selama ni kau tenung muka aku dengan penuh kekaguman. Tadi cara kau tenung aku lain macam. It feels weird. Tegak bulu roma aku.” Daim memegang tangannya yang lurus memegang stereng kereta.

Hana melayang senyuman yang ditahan-tahan. “Takda. Kebetulan tadi lagu The Beatles.” Ujar dia sambil melempar pandangan ke jalan raya. “Lagu buat kau tersenyum sambil tenung muka hensem aku ni? Impressive.” Perli Daim.

“It was a very nice song okey!” Tegas Hana geram bila perasaannya dipersendakan macam tu je. Dahlah aku baru nak belajar menghargai kehadiran kau dalam hidup aku ni.

Daim memandangnya sekilas. “I’d never said it wasn’t, hadn’t I?”

Hana mencebik. “Apa nama lagu tu tadi? Till there was you. Ah ayah aku suka lagu ni. Real classic. There was love all around, but I never heard it singing, no, I never heard it all, till there was you.” Sempat lelaki itu menyanyikan serangkap daripada lagu lagenda The Beatles itu, dan apabila liriknya tiba pada ‘Till there was you’, Daim mendepakan tangan kirinya ke arah Hana, merujuk pada gadis itu.

Ketika itu, dada Hana terasa seperti nak meletup. Ya Allah.

“You’re okey?” Daim memandang Hana sekilas. Wajah gadis itu merona merah. Hana mengangguk. “Okey.” Daim menjungkit kening. “Kau... nervous ke?” Duga lelaki itu.

Hana membesarkan mata. “M-Mana ada!”

“Fine, tak nervous dahlah. Tak perlu nak defensive sangat. Aku tanya je.” Balas Daim, kembali fokus pada pemanduannya. Hana menggigit bibir bawah. Macam mana dia boleh baca apa yang ada dalam fikiran aku, hati aku, jiwa aku?

“It’s okey kalau kau rasa nervous, Hana. Bila kau nervous, maknanya kau masih waras. Meaning, apa yang kau rasa dalam dada kau tu normal. Aku tahu ni sebab, aku pun rasa benda yang sama kau rasa.”

Hana menoleh memandang lelaki itu. “Apa?”

Daim membalas pandangan matanya. “Aku pun nervous juga macam kau.”

-

Hana memandang Daim yang sedang bersandar pada dinding lif sambil bernyanyi kecil. Mata lelaki itu tertancap pada nombor yang tertera di skrin yang terletak di sebelah atas butang-butang lif.

Wajah Daim ditatap lama. Hana menggigit bibir.

Nak cakap ke tak? Cakap ke tak? Cakap ke tak? Tak ke cakap? Ke cakap tak? Ke tak cakap? Kepala digaru-garu. “Daim.” Panggil Hana setelah agak lama dia berdebat dengan diri sendiri. Dikumpul segala kekuatan dalam. Sempat dibaca basmallah sebelum bibirnya menitip nama lelaki itu.

Lelaki itu menjungkit sebelah kening. “Hm?”

“Terima kasih.” Ucap Hana lembut.

 Sungguh ucapan terima kasih tu lahir dari hati yang sangat bersyukur. “For what?” Tanya Daim ceria. Tangannya menyilang ke dada. Daim memandang gadis itu dengan pandangan kegemarannya, cold stare. Walaupun nada suaranya agak ceria, namun pandangan matanya yang tajam betul membuat Hana terasa seperti tulang-belulangnya rapuh dan cair.

Dia menggaru telinga. “For today. Saya bersyukur saya tak dapat teka berapa orang awek awak pernah ada. Kalau saya betul teka tadi, mesti saya tak dapat jumpa bonda, Ayah Wan, budak-budak tu.” Balas Hana, tersenyum.

 Daim merenung Hana. Terus cair ais di matanya. “Kalau kau betul pun, aku akan still bawa kau pergi situ.” Gumam Daim perlahan namun cukup untuk didengari Hana. Bibir gadis itu membentuk satu senyuman.

 “You had fun today?” Lelaki itu bertanya.

Hana mengangguk. “One of the best days of my life.”

“That’s good.” Daim turut sama angguk sambil mengalihkan pandangannya kembali pada nombor yang kian berganjak ke angka 10.

“Daim.” Panggil Hana lagi. Daim memandangnya. “Yeah?”

“Don’t give up on me.”

Ketika itu juga pintu lif terkuak dan Hana terus melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang, meninggalkan Daim yang terkesima dengan kata-katanya. Setelah beberapa saat, baru Daim menoleh, mencari kelibat Hana. Matanya tak berkelip.

What..?

-

Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!

Satu badannya melekap pada dinding pejabat. Pipinya dihimpit rapat ke dinding. Matanya terpejam erat. Kedua tangannya didepakan dan turut melekap pada dinding.

Scene dalam lif tadi tak henti berputar dalam kepala. Hana menggeleng laju sebelum menghentak dahi ke dinding. “Ya Allah! Ya Allah! Apa aku dah buat! Apa kau dah buat Na apa kau dah buat! Bengong bengong bengong!” Sekali lagi dahinya ditepuk banyak kali.

“Hana, ni report Mat Tam—” Kaki Budin berhenti melangkah. Keningnya terjungkit melihat kawan baiknya itu sedang melekat pada dinding. “Na, tengah praktis jadi spidergirl ke?” Tanya Budin, merapati gadis itu.

Gadis itu membuka matanya. Wajah terkejut Budin terpampang. “Budin, aku nak lari pergi Singapura. Thailand. Vietnam. Sarawak. Mana-manalah. Asalkan bukan kat sini!” Beritahu Hana beriya.

Lelaki itu menggaru kepala dengan report yang dah bergulung di tangan. “Apa barang Na pergi dekat-dekat? Kalau Budin jadi Hana, Budin pergi Paris ke Sweden ke Poland ke. Ni pergi utara selatan je. Tak cool.” Jari telunjuk digoyang ke kiri dan ke kanan.

“Oh yeke?” Hana terdiam sejenak. Beberapa saat kemudian, dia kembali membuat aksi Spidergirl dia tu. Budin menyandar pada dinding, bersebelahan dengan gadis itu.

Senyum separuh ditarik. “Hana, apa dah jadi sebenarnya sampai Hana nak lari dari sini?” Tanya Budin dengan penuh kasih sayang. Dah macam cikgu kaunseling aku masa sekolah dulu dah gayanya.

“Ha? Apa dah jadi?” Muka Hana bingung. Budin memandangnya pelik. Apa kena dengan minah ni? Tak pernah-pernah cemas sampai macam ni sekali. Apa dah jadi sebenarnya?

“Iya, apa dah jadi?” Angguk Budin. Hana termenung. Budin mengetuk dinding. “Hana! Dengar tak?” Tanya Budin sedikit risau. Lain macam je minah ni. “Budin.. Aku dah jadi perigi.” Hana membenamkan wajahnya ke telapak tangan.

Perigi? Budin masih lagi keliru. Perigi? “Nanti Hana dah okey, Hana ceritalah elok-elok kat Budin. Ni report Mat Tampoi. Dia kirim salam. Budin letak atas meja Hana he?” Budin memandang reaksi wajah gadis itu. Hana angguk perlahan. “Nak Budin teman Hana?” Tanya Budin lembut. Memang kawan sejati.

Hana menggeleng. “Pergilah balik. Kejap lagi aku pun nak balik.” Balas Hana lemah. Budin angguk. “Jaga diri Hana. Apa-apa hal roger Budin tau. Sekelip mata Budin sampai depan Hana.” Ujar Budin sambil tangannya membuat gaya roket. Hana tergelak kecil. “Ok.” Gadis itu mengangguk.

“Ok, see ya Hana.” Budin melambai. Budin memandang Hana sebelum pergi. Perigi?
-
Peluh berjurai-jurai di pelipis dan di dahi, namun tak dihiraukannya. Fikirannya dipenuhi dengan satu suara. “Tak lenguh ke kaki kau? Dekat sejam lebih dah kau berlari.” Suara Shuichi menegur. Daim meneruskan lariannya. Shuichi di depan seolah-olah tak wujud.

“Kiiteru?” Tanya Shuichi lagi. (*Kiiteru=Dengar tak?)

“Kiite!” Balas Daim dingin. “Sou da ne! Dakara, yamero yo! Shinpaida!” Marah Shuichi sambil menekan butang Stop. Daim mencekak pinggang sambil matanya mencerun tajam. Nafasnya turun naik.

Shuichi menjarakkan dirinya dari sepupunya itu. “Aku risaukan kau. Okey? Jangan marah. Dah, pergi mandi, lepas tu kau solat maghrib. Then kita dinner kat luar. Okey? Aku pergi mandi dulu.” Shuichi memecut ke biliknya tanpa menunggu balasan Daim. (Kiite=dengar; Sou da ne= kan?; Dakara yamero yo=sebab tula kena berhenti;  shinpaida=risaulah)

Daim sekadar menggeleng kepala. Geli pun ada bila sepupunya tu berlagak kereng. Lantak kau la sepet. Tuala good morning yang melingkari leher ditarik dan dirapatkan ke dahi, mengesat peluh. Fikirannya kembali menerawang, terbayangkan dia.

-

“Ni kau punya definisi makan kat luar?”

Daim memandang sekeliling. Dia dan Shuichi sedang duduk bersila di atas bantal, kat balkoni yang berlantaikan kayu dan bertemankan cahaya pelita bersama-sama samar-samar cahaya lampu kuning yang tergantung di atas siling. Dua bungkus ramen kari dimasak atas portable stove beralaskan meja Jepun dan ditemani angin malam Kuala Lumpur yang sepoi-sepoi bahasa sambil dihiasi banjiran bintang-bintang di dada langit.

Wah kau Shuichi. Bukan main romantik lagi mamat Jepun ni. Ingat aku ni salah seorang perempuan-perempuan kau ke ha? Mata Daim mendarat pada benda yang ada di atas meja Jepun di hadapannya. Dahlah guna periuk emas aku! Portable stove aku! Selamba kodok je mamat sepet ni.

Shuichi mengangguk. “Kore, ore no keitai-you konro no?” Daim bertanya serius. Sepupunya itu angguk lagi. Muka tak bersalah habis. Daim menjulingkan mata.

“Doko de katta no?” Tanya Daim lagi. (*Kore, ore no keitai-you konro no=Ni portable stove aku ke?; Doko de katta no=Mana kau dapat)

“Dalam beg camping kau.” Balasnya selamba. Daim menggeleng kepala .Aku sendiri tak ingat mana aku letak beg camping aku, si sepet ni siap boleh jumpa portable stove lagi. Hebat.
Telur dua biji dipecahkan dan dimasukkan ke dalam periuk. Carrot dihiris halus dan dicampak ke dalam periuk. Daim dah bersedia dengan dua batang chopstick. “Ore no hashi please.” Shuichi menyuruh sepupunya menghulurkan chopsticknya. Daim berdengus.

“Banyak songehlah kau ni.” Bebelnya sambil menghulurkan dua batang chopstick kepada sepupunya itu. Shuichi ketawa. Seronok kacau mamat jiwa kacau ni. (*Ore no hashi= chopstick aku)

“Bismillah.” Daim menarik mee ramen sepanjang mungkin, sambil beralaskan penutup periuk, disedut mee ramen selaju mungkin. Slurrpp. Sedapnya! Shuichi memang master bab masak...ramen.

Shuichi menala chopsticknya ke arah Daim.

“Kau kenapa tiba-tiba nak gantikan aku? Okey semua?” Tanya lelaki berbangsa Jepun itu. Daim menjilat bibir. Segulung mee ramen diangkat tinggi-tinggi dan diletakkan di atas penutup periuk. “Saja. Dah lama aku tak tengok kilang. Okey, semua okey. Hana puas hati. So aku rasa otousan pun akan puas hati jugak.” Angguk Daim.

“Ha, cakap pasal Hana, petang tadi masa aku nak balik aku terserempak dengan dia. Kau tahu apa dia buat?” Shuichi dah tergelak besar. Laa, nak cerita cerita jela, ni dok gelak sakan. Mana aku nak faham?

 “Apa dia buat?” Tumpuan Daim tertumpu pada wajah sepupunya itu.

“Dia pergi hayun helmet dia kena si Mat Tampoi punya little soldier.” Cerita Shuichi sebelum ketawa berdekah-dekah. “What? Seriously? Argh sakit sial!” Daim mengetip gigi. Dapat dirasakan kesakitan yang dirasai Mat Tampoi tu. Sakit oh. Tuhan saja yang tahu!

Shuichi dalam tawanya menyambung, “Aku saksi kejadian weh. I saw everything. Hana dia macam blur. I don’t know what’s wrong with her. Jalan tunduk, lepas tu dok hayun helmet dia. Hayun tinggi-tinggi pulak tu. Yang si Mat Tampoi tu pulak, bila nampak Hana, terus terkinja. Aku rasa mamat tu macam nak sergah Hana sebab dia dok jalan macam pink panther, slowly jalan pergi belakang Hana. Terjungkit-jungkit. Dia baru nak sergah Hana, tiba-tiba Hana terhayun helmet direct kena tengah-tengah tu. Terus meringkuk. Dengan aku aku sekali terasa ngilu dia. Adoi lawak gila!” Panjang lebar Shuichi bercerita.

Daim ketawa sama. Kepala digeleng-geleng. Hana, Hana. Ada je benda pelik dia buat. Kejadian dalam elevator kembali berputar dalam kepala.

Don’t give up on me.

Bibir Daim mengulung senyum. After that one dramatic scene, no wonder dia jadi kalut sampai macam tu sekali. Hana..

“Alamak, tersembur ramen aku. Ahem, Takahashi-sama, ramen wa dou deshita ka?” Shuichi mengerling periuk yang sudah hampir licin.

“Oishikatta desu, Tajima-sama. Domou.” Daim menundukkan kepalanya 30 darjah.

“Sou desuka? Ureshikatta ne.” Shuichi turut menundukkan kepalanya. Tiba-tiba sesi bersopan-santun pulak. (*Ramen wa dou deshita ka=Macam mana ramen?; Oishikatta desu=sedap; Domou= thanks; Sou desuka= yeke; ureshikatta ne=lega saya)

“Okey kau basuh semua ni he. Aku nak pergi toilet!” Tanpa menunggu jawapan sepupunya itu, Daim terus memecut masuk ke dalam rumah. Revenge sebab kelentong aku. Dinner kat luar konon. Ceh!

--- 

Rosebud says:

F1 pun tak selaju ni tau. keke. selang sehari tu gap new chap ni. wuhoo! tahniah kpd diri sendiri! tepuk tepuk! >< hehe. This chap sengaja dipanjang-kajangkan supaya readearss terchenta puas hati, lega la kan bila tau serba sikit psl jiwa dan perasaan Daim dan Hana. obvious sgt ke Hana? takkan? ada la malu seorang wanita disitu. xmo direct selling sgt. Daim direct takpe (dasar bias! go #teamDaim~):P
Anyway saya sengaja upload cpt sbb esok I have to go to KL. kemungkinan besar internet takda. My mom nak kena operate backbone dia this week. jadi mohon kalian doakan ibu saya tercinta selamat dan cepat sembuh, aamiin ya Rabb. insya Allah. so i don't want to make you guys wait lama2 with previous short chap, like before, so i update this asap. hope you guys enjoy it from the heart yep ^^ next chap maybe lambat. (nk jadi anak yg baek jaga ibu ><)

Thanks for supporting me, really grateful. totemo ureshii desu! (sgt happy) Macam biasa, rajin-rajinlah tinggalkan komen/nasihat/idea or anything. saya terima je insya Allah. I'm cool~ ahaks. >< sila klik sini~

Ajak la sedara mara, rakan taulan, jiran tetangga baca this humble story ni ya. huhu..
Arigatou minnasan. ^^



4 comments:

haziqah hafiff said...

oh my oh my. mcm comel je hana ngn daim tu. mcm in love pulak dgn daim tu. propose bnyak kali kne reject pon still try lagi. ader x wujud betol2 llki mcm tu ek? btw, x sabar nak tgu next chap. ^^

p/s: may ur mom operation run smoothly and be healthy again. In Sha Allah.

cik syafa said...

Jd perigi? wakakaka lawak la Hana ne. tp tak pa na, chill je oke. ehehe Daim aja2 fighting! go Daim go! :D

saya doakan yg terbaik utk ibu akak. semoga selamat & cepat sembuh. aamin insya Allah.^^

Miss Anonymous said...

Congrats, sis! Saya makin suka dengan story ni :D Hihi. Btw, hope your mum will get well soon ya! In shaa Allah :)

Daim Beatles said...

Nice akak.. comel cerita dia.. daim pun sama dengan nama aku.. cerita yg memang romantik lhaa..

Post a Comment