Monday, June 24, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 33

Selendang hijau belalang. Blouse merah jambu dan seluar merah darah. Kasut sneaker putih belang biru cair. Terus dipejamkan mata. Dahi diurut lembut. Betul rasa macam nak upah stylist untuk perempuan buta warna ni.

Hana memandang Daim sekilas. Eh kerut-kerut pulak mamat ungka ni. Aku yang sepatutnya kerut-kerut macam tu, dia pulak lebih. Hana kembali meneliti prosedur yang tertaip pada beberapa keping kertas di hadapannya. Sepatah haram pun tak masuk dalam kepala dia. Dalam kepala asyik dok fikir ada tahi burung ke kat kepala ni atau ayam terselit kat gigi ke, atau mungkin, ha! Jerawat aku pecah ke? Alamak. Agaknya sebab tu si ungka ni dari tadi tengok muka aku macam jijik je.

“Jerawat saya pecah ke?” Hana bertanya risau.

Lagi berganda kerutan di dahinya. “Ha? Jerawat pecah? Tak. Ok je dia duduk situ.” Kepala digeleng sambil jari telunjuk dihala ke dahi gadis itu. Hana menarik nafas lega. Ingatkan pecah tadi. Punyalah aku jaga bagai menatang minyak yang penuh.

“Apasal kau tanya soalan tu?” Daim merehatkan tangannya di atas meja. Tubuhnya dicondongkan sedikit. First time encounter keadaan macam ni. “Sebab awak tengok saya macam jerawat saya pecah.” Balas Hana jujur. Daim ketawa. “Oh kalau aku tengok kau macam ni, macam apa pulak?” Matanya tiba-tiba  mencerun tajam.

Adoi. Hana segera mengalihkan pandangannya. Dahsyat oi panahan mata dia. Sepasang mata yang boleh buat orang sihat wal’afiat tiba-tiba sawan. “Macam orang tua gatal.”Jawapan dari mulut gadis itu seolah menggeletek perutnya. Ciskek. Orang tua gatal kau cakap aku.

“Kau ni memang spesis tak makan saman kan?” Pandangan mata lelaki itu tidak setajam tadi. Hana memberanikan diri memandang Daim. “Buat apa nak makan saman? Bayar je la.” Balas Hana sambil menampal muka ‘Apa-ke-bodoh-soalan-tu’.  Daim menggigit bibir. Macam mana aku nak cakap baik-baik dengan minah ni? Semedang je buat darah aku mendidih.

Kertas-kertas menggunung di hadapan Hana dirampas kasar. “Hei kalau koyak semua tu, saya tumbuk awak!” Marah Hana sambil berdiri. Tangannya menghentak meja. Daim memeluk tubuh.Dia pun turut sama berdiri.Wajahnya nampak bosan. “Saya serius ni. Saya akan tumbuk awak kalau jadi apa-apa kat kertas tu. Awak jangan main-main because I’m not kidding here. Saya pendek, so bila saya tumbuk, saya aim bawah.”Ujar Hana dengan nada keras. Matanya mencerun ke bawah sekilas.

Tawa Daim pecah. Tak jadi nak pasang muka bosan lama-lama. “Nah nah. Ambil ambil. Nanti tak pasal-pasal takda zuriat pulak kita.” Ujar Daim sambil menghulurkan kertas-kertas tu kepada Hana. Gadis itu menyengetkan bibir. Kita? Mata dijuling ke atas. Baik jangan tegur, nanti dia sebut dua perkataan keramat tu, pakai blusher lagi aku nanti.

“Hana, aku nak mintak pendapat kau.” Daim berkata setelah agak lama dia dan Hana menyepi. Tumpuan gadis itu beralih pada Daim. “Pasal apa?” Tanya Hana, memandang wajah Daim. Indahnya ciptaan Allah ni. Hensemnya, mak datuk. Luluh jantung, hempedu, limpa, pankreas bagai. Astaghfirullahal’azim. Hana cepat-cepat alihkan pandangannya. Prosedur Hana, pandang prosedur merepek ni.

Ahem.

“Pasal kawan aku. Dia ada masalah sikit dan dia mintak tolong aku. Tapi aku sendiri tak sure macam mana nak settlekan problem dia.” Balas Daim tenang. Hana bertanya lagi,

“Apa problem dia?”

Daim menarik nafas dalam-dalam sebelum menbalas, “Dia dah lama cari ibu dia. Merata dia cari and then satu hari ni dia dapat tahu siapa ibu dia. But the problem is he doesn’t know how to tell the woman that she is his biological mother. Ibu dia tu tak tahu dia siapa dan tak kenal dia pun. Kenal macam tu je. So, kalau kau jadi kawan aku ni, apa kau akan buat?”

Gadis itu diam untuk seketika. Daim menanti penuh sabar. “Ok. Kalau saya jadi kawan awak tu, saya takkan tunggu walau sesaat pun untuk beritahu dia yang dia sebenarnya ibu saya. I wouldn’t wait at all.” Balas Hana lembut. Suaranya perlahan, tapi cukup lembut.

“So you would tell her?” Daim bertanya. Hana angguk sambil melayang segaris senyuman. “I would.” Daim memandang Hana. “Tapi macam mana dia nak beritahu? Dia rasa susah nak beritahu sebab dia fikir ibu dia tu mesti macam you know, terkejut. And.. and there’s always a possibility that she wouldn’t accept him.” Ujar Daim resah.

Hana masih menampal senyuman manisnya. “In other words, kawan awak tu sebenarnya takut, takut nak tahu reaksi ibu dia kalau dia beritahu benda sebenar. Takut kena reject. Tapi bagi saya, kawan awak tu kena beritahu ibu dia. He has to. Kalau takut nak beritahu direct, maybe boleh tulis surat ke, facebook ke, whatsapp ke. Sekarang kan teknologi up-to-date. Semua bolehlah.” Gadis itu tergelak tengok wajah sekonyot Daim.

“Selain tulis surat, facebook, whatsapp tu semua, lain takda? Kawan aku tu bukan jenis menulis.” Kepala digeleng laju. Kejadah tulis surat. Nak tulis report pun dua tiga kali aku fikir. Surat? No thanks. Facebook? Lagi ke laut.

Hana menarik muka. “Bukan jenis menulis? Mesti kawan awak tu buta huruf kan? Tak pun tulisan dia gerenti buruk tahap babun. Confirm!”

Daim berdengus. “Tulisan dia cantiklah! Tulisan kau lagi buruk tau tak! Muka kau ni lagi cantik daripada tulisan kau!” Herdik Daim tiba-tiba. Hana berkerut. Keliru, sama ada aku patut gelak ataupun menangis dengar statement si ungka ni. Pujian ke hinaan tu?

“Kalau tak nak tulis, tak payahlah tulis! Hish!” Balas Hana tak nak kalah. Ingat telinga aku ni kerja nak tadah je dengar kau tengking-tengking? “Habis, apa dia patut buat?” Tanya Daim masih dengan oktaf yang terlebih-lebih.

Hana mengurut dada. Sabar Na sabar. DNA dia memang kod gene annoying. Tak boleh salahkan dia. Relax. Tarik nafas. “Ok, kawan awak tu ada barang kepunyaan ibu dia tak? Macam baju ke sepit rambut ke tudung ke helmet ke apa-apalah. Barang yang indirectly boleh buat ibu dia faham yang dia tu anak ibu dia. Ada?” Hana akhirnya berjaya menenangkan diri.

Daim berfikir sejenak. Barang? “Dia ada gambar ibu dia. Family portrait actually. Boleh?” Tanya Daim. “Eh boleh sangat. Tu lagi bagus! Tunjuk je gambar tu, Insya Allah, ibu dia akan faham sendiri.” Angguk Hana. “Kalau tak faham?” Tanya Daim macam budak kecil.

“Insya Allah faham. Positiflah sikit. Kalau awak tak optimis, macam manalah member awak tu nak optimis? Fighting!” Jerit Hana berkobar. Daim tak mampu nak sembunyikan senyuman dia. Aduhai perempuan ni. Betul jerat hati aku.

Wajah manis Hana dipandang penuh rasa. “Thanks Hana.” Ucap Daim lembut. Hana menjungkit kening. Bahagianya hati dengar suara garau dia jadi sweet macam ni. Rasa nak record suara dia lepas tu buat ringtone.Tak payah nak hadap lagu Gangnam yang super annoying tu.“Apa dia? Tak dengarlah. Apa?” Hana memegang telinganya.

“Terima kasih Hana.” Ucap Daim sepatah sepatah namun masih mengekalkan kelembutan di sebalik suara garaunya. Hana mengukir segaris senyuman lebar. “Sama-sama Daim.” Balas Hana dengan nada keanakan. Lelaki itu tergelak. “Ok aku gerak dulu. Kau sambunglah stadi.” Daim bangun. Matanya masih melekat pada wajah Hana.

“Nak jumpa member awak tu he? Nanti cakap kat dia, saya wish goodluck tau!” Bersungguh-sungguh Hana memberi semangat untuk kawan Daim. Lelaki itu angguk. “I’ll see you soon ok.” Mata dikenyit sebelah sebelum Daim keluar dari bilik Hana.

“Insya Allah.” Balas Hana perlahan.

-

Budin mengejar Hana yang terlebih langkah. Bukan main pecut lagi minah ni. “Hana, laju-laju ni kenapa?” Tanya Budin dalam mengah. “Haruslah Budin. Lepas ni aku kena turun kilang. Kau terhegeh-hegeh tu kenapa? Faster faster!” Jari dipetik-petik, sengaja menambah tekanan si Budin ni.

“Tengah faster la ni. Hana pergi kilang dengan siapa? Nak Budin teman?” Budin si lembut yang manis. “Takpa, Shuichi ada nanti.”Hana menggeleng laju sambil kakinya membelok ke kanan dan berhenti betul di meja Mat Tampoi, kipas-susah-matinya.

“Hai sayang. Lama kita tak jumpa. Rindu abang tak?” Sapa Mat Tampoi dengan suara ala hero tamil. “Tak. Nah data mega A. Aku dah double check tapi error boleh berlaku anytime. So aku nak kau check lagi ok.” Arah Hana, totally ignore ayat-ayat karat Mat Tampoi.

“Oo bossy. Abang suka. Sayang nampak sexy bila bossy.” Mat Tampoi memuncungkan bibirnya. Hana menarik kerut pelik. Sasau ke apa si Mat Tampoi ni. “Sexy tak sexy. Kalau ada error apa-apa, kau kena he. Lagi satu, mana report kau? Sampai hari ni aku tak terima apa-apa report.” Hana menghulurkan tangan kanan.

“Report takda, hati yang sunyi ada. Nah.” Mat Tampoi membuat gaya seolah membelah dadanya, dan hatinya dikeluarkan dan diletakkan atas tapak tangan Hana. Gadis itu menjulingkan mata. Terus diambil ‘hati’ Mat Tampoi dan dicampak masuk ke dalam tong sampah. “Gol!!” Jerit Hana riang. Perut bagai digeletek melihat muka masam lelaki tu.

Mat Tampoi pasang muka sedih. “Sampai hati sayang buat hati abang macam bola.” Ujarnya sedih. Betul macam Kamal Hassan, hero Tamil yang famous amous tu. “Kalau abang tak nak hati abang kena kukus, gril, panggang, baik abang submit report abang petang ni yep.” Hana menjegilkan mata. Suaranya tak pernah sesinis ni.

Tapi yang peliknya, wajah sedih Mat Tampoi tiba-tiba berubah gembira. Allah.. “Akhirnya Hana, setelah bertahun-tahun aku tunggu, akhirnya.. kau panggil jugak aku abang. Terima kasih sayang! Abang takkan sia-siakan hidupmu. Sudikah kau jadi teman hidup abang sayang?” Mat Tampoi sudah melutut. Tak pasal-pasal satu department dia dah jengah kepala. Ramai yang dah keluarkan Ipad, kamera, smartphone. Siaran langsung la katakan. Haii Mat Tampoi sorang ni.

“Banyak cekadak kau punya teman hidup! Siapkan report kau tu dulu! Berdrama pulak kau! Bazir masa aku je datang sini!” Jerkah Hana berapi sebelum angkat kaki pergi dari situ, meninggalkan Mat Tampoi yang masih melutut. “Sayang, tu setuju ke tak setuju tu?” Jerit Mat Tampoi.

Hana menggoyangkan tangan sambil jerit, “NO!”

Beberapa orang teman sejawat datang menepuk bahu Mat Tampoi sambil tergelak-gelak. Budin yang dari tadi mengikut saja akhirnya mencelah. “Budin salute Hana. Memang jiwa kental habis. Si Mat Tampoi tu siap melutut tu Na. Bukan ke tu yang Hana nak? Lelaki melutut.” Tanya Budin kepoh.

Hana menggeleng. “Diamond ring takda.” Balas Hana selamba. Budin ketawa. Lupa pulak. Benda wajib kalau nak lamar Hana, cincin diamond sebesar penumbuk kena ada! Silap besarlah kau Mat Tampoi. Hana tak dapat. Malu dapat.

“Budin kau make sure si Mat Tampoi tu submit report dia hari ni jugak. By hook or by crook, aku nak hari ni jugak atas meja aku. Ok?” Hana berhenti melangkah dan memusingkan tubuhnya, menghadap Budin yang berdiri tegak.

“Yes bos!” Budin buat tabik hormat.

Hana mengangguk puas. “Aku gerak pergi kilang dulu. Apa-apahal roger cell aku ok. Thanks.” Hana terus memecut turun ke lobi. Jane, si penyambut tetamu kata Encik Shuichi menyuruh dia tunggu dalam kereta Hyundai Tucson putih. Hana menunggu penuh sabar. Lagi lima minit dia tak sampai, memang aku terus gerak. Kapcai pun kapcai la.

Baru saja jarinya nak menaip mesej kepada Shuichi, pintu pemandu terkuak. “Ha lambatnya Sh—” Mulut Hana terhenti menghasilkan bunyi saat matanya menangkap raut wajah di depan mata. “Shuichi ada meeting dengan client. Aku gantikan dia. Kita gerak?” Kening dijungkit sebelah.

Hana masih tercengang. Apa si ungka ni buat kat sini?

“Nyengggg.” Daim buat bunyi lalat sambil tangannya buat gaya lalat terbang dan masuk ke dalam mulut gadis itu. Hana cepat-cepat mengelak sambil mengatup mulutnya. Lelaki itu tersenyum. “Ready?” Tanya Daim. “Ha?” Hana bingung.

“Nak aku pakaikan kau seatbelt ke?” Satu soalan tu dah cukup menggetarkan iman. Laju kepala digeleng dan Hana terus memakai tali pinggang keledarnya. Tak sanggup rapat-rapat dengan si perembes pheromone ni. “Ha macam tu la good girl. Dengar kata. Ok let’s go. Bismillah.” Hyundai Tucson meluncur laju ke kilang Samurai.

-

Dari acuan, proses hingga ke packaging semuanya dipantau rapi. Hana dan Diam banyak menghabiskan masa meneliti dan memantau proses pembuatan sabun terutama sekali ketika bancuhan bahan-bahan dilakukan. Selepas meneliti senarai bahan-bahan terkini yang dah diberikan Budin kepada penyelia yang bertanggungjawab minggu lepas, Hana akhirnya tersenyum lega.

“Dah berapa batches so far?” Tanya Hana. “Almost 1000.” Balas penyelia tu. Hana dan Daim terangguk-angguk. “Ok I think that’s it. Kita dah boleh balik.” Hana memandang Daim yang dah pamer muka puas hati. “I think we’re done here. Thank you.” Daim bersalaman dengan penyelia bertugas. Hana merapatkan tangan ke dada. “Keep it up. Encik Takahashi will be happy to hear this.”

“Glad to be part of the team.” Penyelia itu membalas senyuman mereka.

-



Daim memandang Hana yang melempar pandangan ke luar tingkap. Dari tadi senyum sampai ke telinga. Tak kebas ke pipi tu. “Daim, nak tanya satu soalan.” Hana tiba-tiba bersuara. Daim mengangguk. “Shoot.”

“What are you good at?” Hana memandang Daim. Dari sisi, profil dia sangat perfect. Allah. Bahaya betul berdua-duaan macam ni. Walaupun dalam kereta. Hana kembali menala pandangan ke jalan. Tak nak terus hanyut. 

“Love.” Balas Daim tanpa keraguan. Hana menjulingkan mata. Mulalah tu. Lelaki itu tergelak kecil. “Apasal tanya soalan tu?” Daim mencuri pandang Hana. “Saja. Sebab awak ni gaya macam hebat semua benda. So I was just wondering, what are you really good at.” Bahu dijungkit. 

“Love.” Jawapan yang sama diberi. 

Hana tak dapat nak menahan senyuman yang mula terbentuk di bibir. Terasa pipinya kian memerah. “Sepanjang awak hidup, berapa orang girlfriends awak ada?” Soalan cepu mas. Hana menumpu sepenuh perhatian pada lelaki itu.

“If you can guess it right, this car is yours.” Daim berani beri taruhan. Mulut Hana sedikit jatuh. “Serius?” Hana bertanya. Yes, boleh derma kapcai tu kat muzium. “Serius. I’m a man of my words. Aku bagi kau 3 peluang untuk teka.” Tiga jari ditayang depan muka Hana. 

“Kalau saya tak dapat teka, apa jadi?” Mustahil si ungka ni nak kasi aku free macam tu je. Mesti ada udang di sebalik mee. “Kalau kau tak dapat jawab, then kau kena teman aku the whole day today.” Daim memandang Hana untuk beberapa saat sebelum kembali menala pandangan ke jalan.

Hana berbolak-balik untuk seketika. Pros and cons diimbal-balik. Akhirnya kata putus dicapai. “Deal.” Daim tersenyum. “First chance.” Ujar Daim. Hana berdeham sekali. 

“30.” Yakin boleh dia jawab. Daim menggigit bibir. Muka player sangat ke aku ni? “Deng! Salah!” Balas Daim dengan oktaf meninggi. “Dua chances tinggal. Next.”

Hana memegang dagu. Kena fikir betul-betul ni. “Lima?”

“Deng!” Kepala digeleng. “Last call.”

Nafas ditarik dalam-dalam. “Lima minit, lima minit. Masa kecederaan.” Hana membuka tutup tangannya, merayu nak masa lebih. Daim tergelak sakan. “Dua minit je.” Daim menggeleng. “Tiga tiga tiga please.” Rayu Hana seikhlas hati. “Fine. Tiga minit.” Akhirnya Daim mengangguk setuju. Tiga minit masa kecederaan.

Tiga minit  berlalu, “Time’s up! Your answer is...” Daim memandang Hana sekilas. Gadis itu mengatup kedua bibirnya. “Satu!” Jerit Hana yakin. Mulut Daim ternganga. Sungguh, dia tercengang. “Betul?” Wajah Hana berubah ceria. 

“Deng! Your day is mine today. Thank you very much.” Dengan itu Daim bernyanyil kecil dengan rasa riang dan sentosa. Hana di sebelah dah rasa macam nak hentak je muka lelaki tu kat stereng. Biar berpusing mulut dia tu. Suka tau kenakan orang.

“Dengki!” Hana memeluk tubuh. 

Lelaki itu masih ketawa riang. “Dengki apa pulak. Janji tetap janji.” Hana menarik muka. Wargh sebalnya dada! “Kita singgah shopping mall dulu. Beli barang sikit.” Daim membelok ke selekoh keluar dari lebuh raya. “Barang apa?” Hana bertanya. Ni jalan nak ke One utama. Nak beli apa ya?

“Baju, makanan, segala benda bagai.” Balas Daim jujur. “Untuk siapa?” Tanya Hana lagi. “You’ll see.” Balas Daim dengan senyuman misteri. Ish tak suka la rahsia rahsia ni. Kasi suspen je. Hana memeluk tubuh. Apa agaknya plan dalam kepala otak mamat ni? Wallahualam. Peperspray dalam handbag sentiasa bersedia. Walaupun Daim ni baik orangnya, bolehlah kan walaupun mulut dia insurans tak pernah bayar, tapi kita tak tahu apa akan jadikan? Sediakan payung sebelum hujan. 

Daim memparkir kereta. “Dah sampai. Jom shopping.” One Utama gagah berdiri di depan mata. Shopping? Hana memandang Daim lama. “Seriously, you gotta learn to trust me more ok.” Ujar Daim serius.Sentap ke? Alamak. Hana menelan air liur. Rasa macam ada biji halkum je kat tekak ni. Mamat ni serius ada kuasa psikik agaknya. 

“Yelah. Jomlah shopping.” Hana memaksa sebuah senyuman.

---

Rosebud says:

Alhamdulillah, bila idea+mood bergabung, maka terhasil la chap baru. Hope korang enjoy every word of it because I really put my heart into this. benda kita buat ikhlas, insya Allah ramai yg suka. ^^
I am really grateful to those yg komen (especially Cik Syafa yg setia membaca this humble story & jengah blog usang ni everyday and also to those who did the same) setinggi langit ucapan terima kasih saya ungkapkan. ><
Ada grammatical errors, technical errors, parallax errors, sila tegur yep. don't shy shy cat meh. insya Allah tak sentap. kita cool~ ><
Again, kepada sesiapa yg add saya kat Facebook, please pm (personally mesej) dulu sebab usually I won't approve nama yg saya tak familiar or yg takda mutual friends. so do msg me first ok. thanks a lot guys.
Don't stop supporting me. Insya Allah, this humble story will be an enjoyable reading. As always, jangan lupa Komen/Tegur/Nasihat/keji tamau.. ^^ and tekan here~ to read my 2nd story yg dah lama terbengkalai. sori ><
Happy reading. Arigatou minna-san.
the girl (tudung purple, xpakai spek) is my personal GPS baik atas jalan mahupun in life. She's one of a kind. (dlm belon nk gi USS transit kt jb ><) saranghae chinggu ya, Aja Aja fighting! <3

3 comments:

cik syafa said...

Laa da habis. uwaaa tak sabar nak bca next chapter, bru je nak feel2 ne.ehehe Daim alala sweetnya. Hana untunglaa. alahaiii kalau saya la kat tempat Hana ne. tak tau nak ckp da. ahaha perasan tak sudah! :D

wah akak mention nma sya, thanks.
sama2 akak. ^^
Like(Y) pict akak. comey =)

Rashidah Ramlan said...

Best! Mmg best....! Tul la syafa....br nk feeling2...dh abih plak...daim men tipu ek? Hehehe...xsbr nk tggu chap br lak.teruskan berkarya cik rose....congrates!

cik syafa said...

Kan? bru nak feeling2. alamak da habis rupanya. kak rose sengaja nak kasi suspen la ne. ehehe memang best sgt2 shida. dari first chpter smpai la 33 ne, sya tak pena bosan ke apa baca citer ne tau. :D

Post a Comment