Tuesday, June 18, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 32

Daim khusyuk mendengar kisah hidup Hana yang diceritakan Jannah. Sesekali dia mengangguk, sesekali dia berdengus, sesekali dia mengeluh. Baru sekarang dia faham kenapa Hana pucat membiru ketika pertama kali bertemu dengan Akid dalam tandas lelaki. Begitu rupanya sejarah mereka. Allah..

“That’s why I harap you jangan buat benda yang sama kat Hana. Don’t hurt her. Dia tu nampak je macam salah wiring, tapi actually deep down, she’s just a baby.” Jannah bermain dengan handphone di tangan. Entah kenapa dia rasa senang bercerita kisah hidup Hana pada lelaki ni.

“You think she still loves him?” Daim bertanya perlahan setelah agak lama menyepi. Jannah melepaskan satu keluhan. “I don’t know. She never spoke about him. But..dia banyak cerita pasal you.” Jannah melempar senyuman nakal. Daim menarik sengih. “Oh really? Pasal Daim ke pasal Ungka?” Kening dijungkit sebelah.

Jannah ketawa besar. Instict mamat ungka ni serius kuat. “Err...both?” Jawab gadis itu takut-takut. Daimtergelak kecil sambil menggeleng kepala. Mangkuk ais krim sudah berganti dengan secawan kopi panas. Diteguk kopi perlahan. Wajah putih bersih Hana bermain di tubir mata.

Sungguh, seumur hidupnya, belum pernah Daim berperasaan sebegini. Bila empat mata bersua, hati ni bagai berdiri di kaki syurga. Bila berjauhan, rasa rindu yang tak tertahan. Bila tahu tentang kisah lampau si belahan rindu, terasa hati ni seperti diremuk-remuk, seolah bulan kehilangan cahaya, seperti bintang tidak lagi gigih berdiri di dada langit, umpama sang suria surut panasnya.

Daim meraup wajahnya. Berpujangga la pulak jiwa kering aku ni. “Give her time, Daim. Satu hari nanti she herself will open up to you.” Kata-kata Jannah mematikan puisi cinta yang berkumandang dalam hatinya.

“You think so?” Tanya Daim perlahan. Penuh mengharap.

Jannah mengukir senyum indah. “I know so.”

Lelaki itu membalas senyuman Jannah. Hanya kerana seorang gadis bernama Hana, si gadis penuh misteri.

-

Kak Mida memandang Budin yang masih memusing-musingkan kerusi sambil tersandar. “Kau kenapa ni? Serabut akak tengoklah.” Kak Mida menolak sedikit kerusi Budin dengan kakinya.

“Akak ni sedarlah diri tu sikit. Perut tu dah macam nak pecah dah, boleh lagi nak kangkang macam tu.” Budin melarikan kerusinya jauh dari Kak Mida bila kaki wanita itu cuba nak menendangnya lagi.

Budin ketawa mengekeh. “Akak ni makin dekat nak beranak makin sensitif.” Sakatnya lagi. “Oh kau, mentang-mentang si Hana sekarang dah busy, dah jarang datang sini, kau take over perangai kaki sakat dia tu he.” Kak Mida mencekak pinggang. Budin ketawa lagi.

“Kata anak didik guru Hana.”

“Banyaklah kau punya anak didik. Ni apa kena si Hana tu? Tak pernah-pernah tak datang sini. Selalu, busy macam mana pun, batang hidung dia ada je semedang. Ni tiba-tiba je. Peliklah. Kau tak rasa pelik ke Budin?” Tanya Kak Mida risau.

“Akak, kitaorang dengar, Hana jadi macam tu sebabkan CEO Chemtech!” Budin dan Kak Mida menoleh. Tiga sekawan sedang berdiri megah depan mereka. “Allah, depa dah mai dah. Eh korang bertiga ni pasang alat pencuri dengar ke kat semua corok bangunan ni? Dengar je berita terkini.” Budin memandang geng Powerpuff Girls dengan penuh jijik.

Rin memusingkan kerusi Budin dan menolaknya ke tepi, memberi laluan kepada mereka bertiga untuk berdiri di hadapan Kak Mida. Budin terjerit kecil. “Eww. Suara Joy lagi gagah dari suara kau tau!” Pinat menolak bahu Budin. Dahinya berkerut, tak tahan tengok kawannya ni jadi lembut.

Budin menjeling. “Terkeluarlah. Bukan sengaja! By the way, Budin gagah ok. Cuma kadang-kadang tu je Budin cepat terkejut je.” Balas Budin beriya. “Whatever la Budin.” Pinat menjulingkan mata.

“Ni, apa korang cakap tadi? CEO Chemtech?” Kak Mida menepuk peha Joy. “Ya CEO Chemtech yang tinggi lampai tu. Encik Akid Zakrey. Pasal dia la Hana dah jarang mai sini.” Angguk Joy.

Budin menarik kerusinya menghampiri mereka. “Apa dia buat kat Hana?” Tanya Kak Mida serius. “Dia hampir belasah Hana kat dalam lif!” Rin merapatkan tangan kanan ke mulut. Mulut Kak Mida ternganga.

“Ya Allah. Betul ke ni?”

“Betul kak! Dia tumbuk dinding lif, sikit lagi nak kena muka Hana. Kalau akak tak percaya, akak tengok kat lif, ada lekuk. Kesan kena tumbuk.” Balas Pinat pula. Tanpa tunggu lagi, Budin terus memecut ke lobi.

Beberapa minit kemudian, Budin muncul dengan wajah bengis. “Weh, first time aku tengok Budin buat muka manly gitu. Boleh tahan jugak muka si Busot ni.” Bisik Rin. Pinat dan Joy tergelak. “Nak dia?Ambil la. Aku kasi free.” Ujar Joy. “No, thanks.” Rin mengangkat tangan kanan.

“So, betul ke Budin?” Kak Mida bangun. Tak sabar nak tahu. Budin angguk. “Betul kak. Berlekuk lif. Ada orang tengah repair tu.” Kak Mida menutup mulut. Sungguh, dia terkejut. “Ya Allah. Apa dah jadi sebenarnya sampai dia nak tumbuk Hana?” Kak Mida memegang dada.

Pinat menarik Kak Mida duduk. Ada nanti tak pasal-pasal Kak Mida terberanak kat sini. Niaya je. “Dengar cerita, Hana dan Encik Akid tu ada history.” Ujar Rin. Kening Budin bercantum. “History? Apa maksud Rin?”

“Ada sejarahlah maksudnya abang Budin oi.” Joy menepuk bahu Budin.

Budin menarik muka. “Budin tahulah maksudnya ada sejarah. Tapi sejarah apa?” Wajah geng Powerpuff Girls dipandang seorang demi seorang. “Sejarah mungkin berulang~” Nyanyi Pinat beriya. Tangan kanan yang digenggam erat dibawa rapat ke mulut manakala tangan kiri memukul-mukul dada. Budin menjeling geram. Menyampah tau.

“Itu kitaorang serahkan pada kau Budin untuk kaji sejarah apa.” Joy bermain dengan kening sebelum menukar high-five dengan Pinat yang dah puas mimik suara Tomok.

Kak Mida menggeleng kepala. Nakal betul budak-budak ni. “Korang nak angkut Budin join geng Powerpuff Girls ke?” Tanya Kak Mida sambil mengusap perut memboyotnya. “Nak join Powerpuff Girls tak Cik Budin?” Rin melayang senyuman terlebih gula sambil menekan perkataan ‘Girls’.

“Budin lelaki sejati tau!” Jerit Budin sebelum pergi meninggalkan geng Powerpuff Girls dan Kak Mida yang dah tergelak sakan. “Sejati amendanya kalau jalan pun bersepah.” Ejek Pinat, menambah tawa mereka.

Beberapa meter dari cubicle Kak Mida, ada sepasang telinga yang mendengar. Dia mengoyak senyum sinis. Huh.

-

Fail-fail yang tersusun kemas dalam almari dibaling ke lantai. Dokumen-dokumen di atas meja habis berselerakan. Shuichi menyandar pada dinding sambil memeluk tubuh, merenung segala tingkah sepupunya itu. Sesekali Daim dilihatnya menggaru-garu kepala sambil mengerut muka. Gaya macam ada masalah dunia je.

“Kau carik apa?” Shuichi dah tak sanggup nak tatap wajah kusut Daim.

Soalannya itu seolah terpantul balik kena batang hidung sendiri. Shuichi berdehem kuat. Namun masih tak berjaya menarik perhatian sepupunya itu. “Oi ungka, carik apa tu?” Serta-merta sepasang mata hitam berkilat Daim merenungnya tajam. Dapat pun tarik perhatian anak raja sorang ni.

“Kau panggil aku apa?”

“Kau carik apa?”

“Fail mak—”

Pintu pejabat mereka terkuak dan seorang gadis tinggi lampai masuk tanpa izin. Langkah diaturnya umpama model jalanan. Shuichi memandang gadis itu sekilas sebelum menala pandangan ke wajah masam Daim. Ikutkan firasat dalaman aku yang satu, macam tak cerah je masa depan perempuan ni.

“Aku keluar kejap.” Ujar Shuichi sambil memaksa sebuah senyuman untuk si gadis tinggi lampai itu. “Ha ada apa?” Tanya Daim tanpa perlu memandang si gadis. “You macam busy. Busy ke?” Gadis itu memandang sekeliling. Macam baru lepas gempa bumi je rupa ofis dia ni.

Daim angguk. “Busy. So don’t waste my time.” Balas Daim dingin. Gadis itu melempar satu senyuman. “Actually kan Daim, I ada satu berita penting untuk you.” Gadis itu menghampiri Daim dan berdiri betul di sisinya.

Lelaki itu menyandar pada meja sambil sebelah tangannya dalam kocek. “You kerja dengan Buletin Utama ke?” Tanya Daim sinis. Gadis itu melepaskan tawa manja. “Pandai you bergurau. Takda standard la I kerja baca berita. I’m too good for that. Anyway, berita yang I nak beritahu you tu actually pasal Hana!”

Hana? Pandangan Daim melekat pada wajah gadis itu. Now I got your attention. Gadis itu tertawa dalam hati. “I advice you, please la jangan kejarkan perempuan gila tu lagi. She’s not a good girl macam yang you sangkakan. Dia ada skandal you tau.” Bisik gadis itu rapat ke telinga Daim.

“Oh really? Skandal? Berita penting tu.” Diam terangguk-angguk.

Gadis itu mengukir senyum. “That’s not all. You tau macam mana kita boleh sign MoU dengan Chemtech? Sebab perempuan gila tu punya skandal dengan CEO Chemtech la! How cheap! Sejahat-jahat I, I takkan gunakan badan I untuk dapatkan something tau. So my advice, stay away from her. Nanti you pun kena perangkap perempuan gila tu.” Panjang lebar gadis itu menghasut.

“So the best thing to do is stay away from her and...?” Kening dijungkti sebelah. “And..stay with me. I lagi better dari dia. I beritahu ni pun sebab I risaukan you. I tak nak you jadi mangsa musang jalang macam dia.” Ujarnya penuh prihatin. Lengan Diam diusap manja.

Lelaki itu terangguk-angguk, setuju barangkali. “Ok, so for me to stay with you, I should know your name right? What is your name?” Tangan Daim mengurut dagu. Mulut gadis itu terbuka luas.

“Oh my gosh! You tak tahu nama I? Kan I dah kenalkan diri I masa dalam pantry dulu. You lupa? I Herlina. Lupa? H. E. R. L. I. N. A.”

Hampir saja tersembur tawa Daim, tapi ditahan sedaya upaya. Siap mengeja. Rosak, rosak. “ Listen woman. Tak kiralah berapa banyak kali kau eja nama kau, serius,aku takkan ingat nama kau. Aku takkan berusaha untuk ingat nama kau pun. Sampai bila-bila. So my advice to you is, jangan mimpilah aku nak stay dengan kau. And for the record, Hana didn’t have a scandal with the CEO. I knew their past. Kau tak perlu jaja karangan sekolah rendah kau tu kat aku ya. Ok, you can exit through the same door you entered.” Kan dah berjela-jela tazkirah kau kena hadap. Rasakan. Gatal sangat mulut tu kan.

Herlina mengambil beberapa dokumen yang bersepah atas meja lalu menghempasnya ke lantai sebagai tanda berang mungkin. Entah. Daim menggeleng kepala. Tak sangka wujud manusia macam perempuan tu. Sanggup menfitnah orang semata-mata untuk puaskan kehendak hati. Memanglah dunia akhir zaman.

“What happened? She looked pissed.” Tanya Shuichi sebaik saja masuk ke dalam ofis. “She badmouthed Hana.” Balas Daim pendek. “*Nani?” Kening Shuichi bertemu. Terasa dadanya turun naik. Berani dia buruk-burukkan favorite girl aku? “Tak payah nak ajar dia. Aku dah bagi cukup-cukup.” Tambah Daim. Malas nak besarkan perkara fitnah ni.(*Nani=Apa?)

Shuichi menggeleng kepala sambil membongkok, mengutip fail-fail yang berselerekan di atas lantai. “Muka je cantik, tapi hati huduh!” Ngomel Shuichi, betul kecewa. Zaman sekarang susah dah nak carik perempuan yang hatinya secantik wajahnya.

“Biarlah dia.” Daim menarik kaki kerusi sebelum melabuhkan punggungnya. Kepala dibiarkan rebah tersandar pada kerusi. “Tadi kau carik fail mak kau he?” Tanya Shuichi. Automatik tubuh Daim berubah tegak. “A’ah.” Angguk dia. “Found it.” Shuichi menghulurkan sebuah fail kepada sepupunya itu.

“Alhamdulillah. I thought I’d lost it. Thanks mate.” Leganya hati ni, Tuhan saja yang Maha Tahu. “Bila kau nak terus-terang dengan mak kau? She’s your mother afterall. She deserves to know that you’re her son.” Lelaki berbangsa Jepun itu duduk di atas meja, memandang Daim lama.

Daim terdiam untuk seketika. “Aku tak tahu macam mana nak cakap dengan dia yang aku ni anak dia. Kau tak rasa macam, all of sudden, ada lelaki datang cakap dia anak kau, tak ke macam, sasau kejap?” Wajah Shuichi direnung tajam.

“Relax, tak payah tenung aku sampai macam tu sekali. Aku bukan mak kau bro.” Shuichi mengurut leher. Mamat ni kalau tenung orang, menggeletar tulang-belulang. Daim menjulingkan mata.

“Maybe she could help.” Shuichi memberi cadangan.

“Dare?”

“Omae no koibito.”(*Dare=Siapa? *Omae no koibito=Kekasih kau)


---

Rosebud says: Assalamualaikum readearss ^^

Alhamdulillah, new chap successfully updated! as promised, Daim steals the spotlight again. hehe. Ye, kalau orang tanya saya ni favor siapa, I'd proudly say, "Saya team Daim!" (bias sungguh! padahal watak ciptaan sendiri je kot! :P)
Haritu I went to Kim Jong Kook's showcase (I won a ticket ><) alone kat dalam dewan besar gedabak tu.nak dijadikan cerita, ada budak ni duduk sbelah saya. sbb saya dah bosan thp gaban, mulut kepoh ni mula menegur. Bila tanya nama dia, dia jwb, "Akid." Terus rasa mcm brain freeze kejap. Kebetulan kan? hahaha I was too surprised smpi tergamam kejap. budak Akid tu cam cool je. Mesti dia mcm, akak sbelah aku ni over noks. huhu. sorilaa Akid, feymes awak kejap.
As always, jangan lupa taip KOMEN/TEGURAN/CADANGAN/MAKI tamau tau..huhu. Dgr prof Muhiya cakap, jangan dambakan pujian, dambakan teguran. tamau riak tamau. Riak tu hak Allah Azza wa jalla. Hak kita adalah...bersyukur. Say Alhamdulillah~
Alhamdulillah, korang sentiasa support this humble story. Domou arigatou guys. Sumpah terharu.^^ 
Minggu ni minggu saya asyik dgn novel Ayat-ayat Cinta. (Itu pasal terselit puisi sikit.ngaa) dah byk kali khatam pun, I still possess the same warm feeling every time reading it. truly inspiring. 
sila klik sini sini and..Happy reading love. ^^



budak2 nakal. mentang2 dah amek skrol. turn org lain kitaorang bergebang kt belakang. ><







8 comments:

cik syafa said...

Yeay!!! entry bru, suke suke suke.^^ saya pon team daim jgk, only DAIM! ehehe thumbs up akak. =)

p/s: Like (Y) pict akak. ngee! akak comey.^^

Rosebud said...

Thanks Syafa. You're my super duper ohsem reader! Truly honoured. ^^

cik syafa said...

Thanks to u to sis. nomu2 chua this story. khamsa hamnida, arigatou. ehehe
urie unnie daebak! chongmal2. =)
tak reti ckp jepun, korea pon jd la. hentam sja la labu.. kekeke

Miss Anonymous said...

Thankyou so much for update this new chapter! I've waited for a long time. Hehe. Nak komen sikit boleh, sis? I think you have to fix your grammar. Ada certain parts yang grammar-nya tak berapa sesuai. But overall, chapter ni best! Like always :D *Sorry for the comment ^^

Rosebud said...

thanks for d advice. much appreciated. do u mind telling me which part that has incorrect grammar? Thanks ^^

Rashidah Ramlan said...

Ala...nape ase cam pendek jek chapter ni...xpuas bc....xsbr nk tau cite seterusnye...cpt2 upload cite br k.... (^^,)

Rashidah Ramlan said...

Ala...nape ase cam pendek jek chapter ni...xpuas bc....xsbr nk tau cite seterusnye...cpt2 upload cite br k.... (^^,)

Sheeda Minhaj said...

Daim tu yummy mcm coklat daim gak,ahaks

Post a Comment