Wednesday, June 12, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 31

10 tahun lalu...

“Jepun perintah Tanah Melayu selama 3½ tahun dari 1942 hingga 1945. Pemerintahan dia bercorak tentera. Zalim. Ganas. Tak berperikemanusiaan. Antara langkah awal Jepun menguasai Tanah Melayu adalah melalui propaganda dan rancangan ‘Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya’. Boleh anak-anak?”

Kepala sekejap terlentuk ke kiri, sepuluh saat kemudian, terlentuk ke kanan pulak. Akid di belakang dah nak terguling ketawa tengok kawan baiknya itu. Nasib tak tergeliat leher tu. “Cepatlah!” Jenab memaksa Akid, ditendang-tendang kerusi lelaki tu.

“Sabarlah. Kena tunggu timing baik punya.” Jari telunjuk dirapatkan ke bibir.

Kawan baiknya itu tersedar apabila Pak Om menekan kapur ke papan hitam lalu menghasilkan bunyi yang sangat ngilu. Terus ditegakkan semula kepala. Mata dibuka seluas alam dengan harapan dapat tengok muka Bollywood Pak Om. Tangan orang tua itu yang terkibas-kibas dilihat seolah sedang menari lagu ‘Hingustan’. Biar betik orang tua ni? Mata digosok-gosok. Terasa macam berkoti tiang bendera kat mata ni. Makin lama pandangan makin kabur.

Huaahhh...zzz

Akid dan Jenab berusaha menyembunyikan tawa yang makin menggila bila kepala kawan baik mereka tu berpusing ke belakang. “Itu dia roller coaster Cik Hana yang ditunggu-tunggu!” Ujar Akid ala-ala komentar sukan.

“Sekarang weh!” Paksa Jenab tak sabar.

“Ok ok.” Akid bangun dan membongkokkkan sedikit tubuhnya ke hadapan. Bibirnya dirapatkan ke telinga kawan baiknya yang tertutup dengan hijab. Jarinya mengira.

Satu.. Dua.. Tiga..

“Bangun semua!”

Hana terbeliak. Automatik kakinya tegak berdiri. Mejanya tertolak ke depan. “Terima kasih Pak Om! Kami seronok Pak Om!” Jerit Hana seperti askar komando. Akid dan Jenab saling bertukar high-five.

Kapur ditangan terhenti menulis. Pak Om menoleh. Dikerling jam yang tergantung di dinding. “Aik, baru lima minit Pak Om mengajar, dah terima kasih?” Tanya Pak Om bersama senyuman kebapaannya.

Rahang Hana jatuh. Dipandang sekeliling. Beberapa orang rakan sekelas sedang memandangnya dengan muka tertampal tanda soal. Selebihnya memandangnya dengan penuh rasa marah. Yelah, masa tidur mereka terganggu.

Hana menggaru telinga. “Takda Pak Om. Praktis, praktis.” Jawab Hana laju. Pak Om melempar satu senyuman manis sambil menggeleng kepala sebelum kembali menulis ‘Jepun memerintah Tanah Melayu’ sebesar alam. Fond 72 rasanya.

Tanpa berlengah, Hana terus menoleh. Dipandang Akid macam nak dibakarnya hidup-hidup. Kawan baiknya itu menjongket kerusi sambil mengangkat kedua tangannya. “Jenab Jenab,dia paksa aku!” Balas Akid, menjuih bibir ke arah Jenab yang dah tampal muka tak bersalah.

“Ciskek korang! Siap!” Hana menjegilkan mata sebelum kembali duduk. Akid dan Jenab saling berpandangan. Masing-masing mengira dalam diam. “Satu.. Dua.. Dua setengah..”

Bub! Hana kembali tidur.

Jenab menggeleng kepala. “Dasar geng badak air betul.”

Akid ketawa. “Kau pun sama.” Jari ditala ke muka manis Jenab. “Tapi hari ni aku segar bugar.” Jenab mengipas-ngipas wajahnya. “Sebab kau nak balas dendam. Kalau si Hana tak majalkan kau semalam, takda maknanya kau segar bugar hari ni.”

Jenab menarik jeling sambil memeluk tubuh. “Tapi budak gila ni memang tak makan saman betul la. Kau tengok, dia boleh tidur balik tu. Ish ish ish.” Kepala digeleng kecewa. Akid ketawa. “Hana, Hana..” Dia pun turut sama menggeleng.

-

“Bonda! Oh bonda! Nampak Hana tak?” Akid menjengah ke dapur. Bonda yang sedang mengacau sup daging mengukir senyum. “Akid, tolong bonda boleh?” Bonda memandangnya. Akid menggaru kepala. “Boleh. Tolong apa bonda?” Akid menuruni tangga.
Bonda memberi isyarat memetik buah kelapa. “Boleh?”

Akid angguk. “Boleh je. Ni bonda, nampak Hana tak?” Akid bertanya. Bonda menggeleng. “Tak salah bonda dia kata tadi dia nak ke kedai, beli air kordial. Dah habis.”

“Oh yeke? Ok Akid pergi petik kelapa kejap. Nanti kalau Hana balik suruh dia tunggu Akid tau.” Ujar Akid sambil melambai. “Yelah. Baik-baik Akid.” Balas bonda. “Ok!”

-

Tangan di dahi mengesat peluh yang kian berjurai. Panas terik betul hari ni. Sambil mengibas-ngibas tangan, Akid memandang lima biji buah kelapa yang dah dipetiknya. Hebatnya aku. Sekali panjat, lima biji aku petik. Lebih ni boleh buat minum. Panas-panas ni, sedapnya pekena air kelapa. Akid mengurut tekak. Dah rasa macam gurun dah tekak aku ni.

“Akid! Akid!” Jerit Naim.

Akid melambai. “Apasal kau ni? Macam kena kejar babi hutan je.” Tegur Akid. Matanya berkerut melihat dada Naim yang turun naik. “Hana Akid!” Ujar Naim dalam nafasnya yang tak teratur.

“Apasal dengan Hana?” Tanya Akid, sedikit bimbang.

Wajah Naim berubah cemas. “Hana, dia lemas—” Naim terundur beberapa langkah saat Akid memecut pergi. Akid melaung nama Hana banyak kali. Anak sungai yang terletak tidak jauh dari kedai diperhati. Mana dia?

“Hana! Hana!”Laung Akid sekuat hati.

“Sini Akid sini!” Kelibat Ayah Wan di hujung tebing menarik perhatiannya. Akid berlari ke arah Ayah Wan. “Hana..” Akid terasa kakinya tak bermaya saat matanya menangkap susuk tubuh Hana yang terlantar di atas tanah. Bibirnya pucat membiru.

Ayah wan memegang bahu Akid. “Ayah wan dah cuba. Tapi..” Kepala digeleng pasrah. “Hana.. Bangun Na. Na!” Jerit Akid sambil menggoncang bahu lembik kawan baiknya tu.

“Na! Jangan tinggalkan aku Na. Hana! Hana...” Tangisan Akid meratapi tubuh lesu Hana. Ayah Wan melepaskan satu keluhan berat. “Berat dah ni..” Bisik Ayah Wan. Akid mendongak. Dipandang lama wajah Ayah Wan. “Ayah Wan, tolonglah Hana. Selamatkan Hana! Ayah Wan.. Hana!” Tubuh Hana diraih erat.

“Weh bro, lencun ah baju aku!”

Sekelip mata Akid terjatuh ke dalam sungai. Sebaik saja dia timbul ke permukaan, dilihatnya Hana, Ayah Wan dan Naim sedang tergelak sakan. Matanya terkebil-kebil. “Apa semua ni?” Tanya Akid sambil merangkak keluar dari sungai.

“Kaulah Akid. Lain kali dengar dulu orang cakap. Dengar sampai habis. Aku cakap tadi, Hana, dia lemas.. kat dalam tebing sungai. Kekeke.” Naim bertukar high-five dengan Ayah Wan.

Akid meraup rambutnya ke belakang. Unbelievable. Dipandang Ayah Wan pulak. Satu-satunya manusia yang boleh dikategorikan waras antara mereka bertiga ni. Tolonglah beri jawapan yang munasabah.

“Ayah wan extra je.” Cepat-cepat lelaki berumur awal 20-an itu mengangkat kedua tangannya. Aki menggigit bibir. Serius rasa macam nak layangkan saja penumbuk jantan ni.

Kali ni dia melabuhkan pandangannya pada Hana. Gadis itu ketawa mengekeh.“Itulah, kenakan aku lagi. Padan muka hang!” Ejek Hana masih ketawa menggila. “Kau ingat kelakar he buat-buat mati ni? Kau tahu tak punya risaunya aku? Kau sedar tak macam nak gila aku rasa? Kau sedar tak?” Tengking Akid sebelum berlari pergi.

Hana melopongkan mulutnya. “Alamak.. Emo la pulak.” Ayah Wan menolak bahu Hana. “Pergilah pujuk dia. Hana tahukan dia sayang kat Hana.” Hana berkerut. Sayang? Eww. Wajah Ayah Wan dan Naim ditenung lama.Masing-masing mengangguk.

“Yelahhh.”

-

Bahu Akid ditolak dengan bahu sendiri. Akid menjeling sambil memberi jarak antara mereka. “Ala sorilah. Itupun nak sentap. Apadaa.” Hana merapatkan kembali jarak antara mereka.

Akid menggeleng kepala. “Kau dah melampau.” Marah Akid masih menggunung. “Ya aku tahu, sebab tu aku mintak maaf. Aku gurau je. Takda niat pun nak kecikkan hati kuman kau.” Hana menayang barisan gigi putihnya betul di depan muka Akid.

Lelaki itu ketawa sebelum menolak wajah Hana jauh-jauh. “Kau ingat kau cantik eh?” Hana mengangguk yakin. Akid menjulingkan mata. “Perah santan!” Hana tersenyum. “Sori he Akid. Kalau aku tak buat macam ni, agaknya sampai bila-bila pun aku tak tahu kau sayang aku.” Ujar Hana selamba.

Berpusing leher Akid memandangnya. “Ap..Apa maksud kau ha?” Akid kalut. Mana dia tahu? “Alaa siap meleleh air mata peluk peluk aku. Dosa tau!” Hana menjegilkan matanya. Akid menggigit bibir. Tahu dosa, tapi masa tu serius tak terfikir. Ampun oh Tuhan..

“Lagipun, Ayah Wan yang cakap. Kau sayang aku! Fuh tak sangka he, dalam hati besar kuman tu, boleh jugak berjiwang karat ni.” Ejek Hana nakal.

Harapkan pagar, pagar makan padi. Tak boleh pakai betullah Ayah Wan ni!

“Dahlah tu. Esok lusa je la kau marah kat Ayah Wan tu. Sekarang ni jom balik. Bonda mesti risau.” Hana bangun dan mengeliat. Akid menepuk dahi. “Alamak Na, bonda pesan petik kelapa.”

Hana mencekak pinggang. “Kau dah petik ke belum?”

Akid angguk. “Dah, tapi aku tertinggalkan kat bawah pokok kelapa tadi.” Hana berkerut seribu. “Yang kau bijak bestari sangat pergi tinggalkan kat situ tu kenapa? Aduhai mamat ni!” Bebel Hana geram. Mulut Akid ternganga. Jari telunjuk ditala ke muka cantik kawan baiknya itu.

“Kau punya pasal la! Ei hai!” Akid dah menjulang pelempang ke langit. Hana menarik muka. Berani nak tampar aku? Sekali aku bukak bunga silat cekak aku ni, mahu patah riuk tulang muka kau. “Apa-apalah. Dah jom pergi ambil kelapa lepas tu balik.” Arah Hana sambil berjalan pergi dengan gaya lady boss. Langkah dipacu ala-ala model jalanan. Akid menjulingkan mata. Kenapalah Tuhan kasi rasa sayang kat dalam hati ni untuk perempuan senget macam si Hana?

-

“Tahniah beb! Gilalah! Stadi overseas! Aku selaku kawan baik kau yang jelita dan ohsem ni, sangat bangga dengan kau. Syabas mera beta!” Hana menepuk bahu sahabatnya itu. Akid menarik senyum lemah.

Hana mengambil tempat di sebelah Akid. “Hekeleh kau ni. Gaya macam fail SPM. Belajar bersyukur boleh? Jepun tu! Kau ingat Jepun dengan Malaysia empat kilometer je ke?” Hana menjungkit kening. Akid menarik nafas dalam-dalam sambil melempar pandangan ke anak sungai yang mengalir tenang. Sesekali kelihatan anak ikan bermain-main di permukaan air.

“Aku bersyukurlah. Tapi...” Akid memandang Hana. “Tapi apa?” Tanya Hana bingung. “Tapi aku tak nak tinggalkan rumah ni, bonda, ayah wan, Naim, budak-budak ni... dan kau.” Matanya berubah jujur.

Hana menggaru telinga. Sweet muwit la pulak mamat ni. Aku nak bagi respon macam mana he? Alamak, masalah betul la. Batu konkrit sungguh. “Hana.” Panggil Akid. Gadis itu menyahut ‘Hmm’.

“Aku nak kita cakap saya-awak. Boleh?”

Air ditelan terasa macam buah durian. Saya awak? Ni yang aku lemah ni. Aduhai. Kali ni kepalanya pula jadi mangsa garu. Mana la aku reti berawak-saya bagai ni. “Aku kau kan lagi mesra alam. Tak payahlah saya awak ni. Gelilah anak tekak nak menyebut. Menggeletar bulu kaki tau.” Hana menolak mentah-mentah.

Akid di sebelah dah berkerut beriya. Menggeletar bulu kaki? Oh my God... “Hana cuba open your mind sikit. Tengok ni. Hana, nanti saya stadi oversea, awak tunggu saya ok?” Macam air paip saya-awak keluar dari mulut Akid.

Mamat ni dah praktis depan cermin ke? Hana mengeluh. Lecehlah. “Tengoklah nanti macam mana. Masuk dulu.” Hana terus bangun dengan tulang pipi yang sikit lagi nak tersembul keluar. Gara-gara tersipu malu. Overnya aku ni. Wargh!

“Hana.” Panggil Akid.

“Nantilah.” Sahut Hana tanpa menoleh.

-

Tangan bonda dikucup lama. Air mata wanita yang sudah dianggap seperti ibu kandung sendiri berjurai-jurai menyembah bumi. Ubun-ubun Akid diusap dan dikucup lembut. “Jaga diri nak kat tempat orang.” Pesan bonda dalam tangisnya.

“Insya Allah bonda.  Doakan Akid berjaya.” Ujar Akid sambil mendakap erat tubuh bonda. “Ya nak. Ingat pesan bonda, solat jangan tinggal. Halal haram jaga ya nak.” Bonda mengusap lembut kepala anak yatim itu.

Akid mengangguk. “Insya Allah bonda.”

“Akid.” Bahu terasa disentuh. Akid menoleh. Wajah Ayah Wan menyapa. “Kau jangan nakal-nakal. Kalau kau bawak balik perempuan mata sepet cakap Suzuki Yamaha tu, kasi kat Ayah Wan. Kau dah ada Hana. Jangan tamak.” Ujar Ayah Wan sambil mengenyitkan sebelah mata.

Bonda menepuk bahu anak lelakinya itu. “Wan.” Tegur bonda.

“Abang Akid!”

Akid tidak dapat menahan sebak apabila sekumpulan adik-adik berlari ke arahnya sebelum memeluknya erat. “Abang, siapa nak tolong kitaorang buat Matematik lagi lepas ni?” Tanya Shiela. Akid tersenyum. “Kak Hana kan ada?” Shiela menarik muka. “Kak Hana tu garang nak mampus. Tak naklah dia ajar. Macam mak tiri je! Mak tiri pun lagi berhati perut.” Mus tolong jawabkan.

“Adoi!” Mus menoleh saat kepalanya terasa bisa. “Wah wah kau sodap yo kutuk aku he? Apa? Mak tiri? Nak tengok aku jadi bapak tiri pulak?” Herdik Hana sambil menjegilkan mata. Akid menggeleng sambil menarik Mus jauh dari gadis itu. “Tengok tu mak tiri dah keluar!” Mus menjelirkan lidah.

Hana menggigit bibir. Ada Akid ni bolehlah kau jelir-jelir lidah. Tengok lepas ni siapa yang jelir lidah? Muahaha. “Hana.” Panggil Akid lembut. Tawa Hana terhenti, dalam hati.

“Err korang, jom kita angkat beg abang, jom jom!” Shiela yang sangat memahami. Akid tersenyum sebelum menggerakkan bibir, ‘Terima kasih’, kepada Shiela.

Hana menggaru telinga. “Nanti kat Jepun, kirim salam kat Kenji Sakaguchi he.” Ujar Hana tiba-tiba. Akid tergelak kecil. “Kalau jumpa dia.” Balas Akid. “Fair enough.” Angguk gadis itu.

“Takda hadiah ke untuk saya?” Akid memandang raut wajah Hana. I’m gonna miss this face... “Nah.” Hana menghulurkan sebuah kotak. Serta-merta bibir lelaki itu mengukir senyum. “Apa ni?”

Bahu dijungkit. “Tengoklah sendiri.” Hana memeluk tubuh. Akid tersenyum. Jam tangan. “Thanks Hana. Saya akan jaga jam ni macam jaga awak.” Ujar Akid serius. Hana terjungkit kening sebelum akhirnya ketawa. Akid menggigit bibir geram. “Tolonglah serius. Cepat, saya nak dengar awak panggil saya, awak.” Akid memakai jam tangan yang dihadiahkan Hana tu.

“Ala tak naklah. AWAK ni!”

Akid ketawa besar. “Nakal he!” Ikutkan hati, mahu saja dicubit-cubit pipi gadis itu. “Awak stadi elok-elok ok? Nanti bila saya dah dapat degree, saya balik Malaysia, saya terus pinang awak. I promise.” Akid mengangkat tangan kanan.

“Tak payah berpromise. Siapa nak kahwin dengan awak?” Hana menjeling. “Hei, kita ni ditakdirkan bersama. Ingat tu? No matter what, we’ll be together, forever.” Akid merenung jauh ke dalam anak mata Hana.

“Jangan nanti tiba-tiba awak balik dengan awek Jepun pulak.” Hana menarik muka. Akid tergelak lagi. “Don’t worry. Hati saya untuk awak je.” Akid memberi jaminan. “Dah dah, blah cepat. Nanti tertinggal kapal terbang pulak.” Hana mengibas tangannya, menghalau.

Akid mengangguk. “Don’t give up on me.” Bisik Akid sebelum melangkah pergi. Hana menarik senyum. “I won’t..”

-

“Bonda, ni isteri Akid, Hitomi.”

Kaca berderai di atas lantai. Bonda, Ayah Wan, Akid dan Hitomi menoleh. “Hana!” Bonda menutup mulut apabila melihat titisan darah sehingga ke dapur. Akid bangun dan terus berkejar mendapatkan gadis itu.

 “Hana...”

Hana membiarkan air paip membersihkan lukanya. Sedikitpun dia tak menoleh ke arah Akid yang setia di sisi. “Hana..” Panggil Akid lagi. Kali ni suaranya serak, seolah menangis.

Gadis itu menarik nafas dalam-dalam sebelum akhirnya menghadap Akid. Lama mata mereka bertentangan. “Hana...” Akid menahan perasaan. Tiba-tiba bibir Hana menguntum senyum. 

“Tahniah Akid.”


---


Rosebud says: Haa lajukan saya update? hehe.. pjg berjela! huhu.. sebabkan sokongan tak berbelah bahagi readers, saya berkobar-kobar siapkan chap ni. >< anyway, i bet ramai yang stress, kenapa Daim takda??? Nak Daimmm!! Mana si ungka tuu!! hehe
Ikutkan hati, nak je I masukkan nama Daim but...This chap is entirely about sejarah silam Hana. Daim is her future. Ops!
Insya Allah lepas ni Daim kembali dengan gagahnya! huhu.. ><
Siapa yg fan Akid mesti hepi meri go round bc chap ni kot. Akid mcm sweet muwit la jugakkan. kot. hehe.
apa2 pun saya nk ucapkan terima kasih daun pudina readears! you guys are rock stars!

As usual, jangan lupa KOMEN/TEGUR/puji sesiket/keji tamau yep and please klick sini and doakan saya dapat bukukan this humble story so that org yg takda internet pun boleh baca, insya Allah satu hari nanti ya.
Full supports are needed!
macehhh ^^
my sweethearts <3

8 comments:

Miss Anonymous said...

Eventhough ada banyak part yang mudah dijangka but still best dibaca. Seriously! I'm on my way to love that Daim character :) Hihi. Good job, sis! :D

cik syafa said...

Like (Y)^^

Rosebud said...

thanks.:) this story is very light. just for some fun reading.
glad you guys like it though. ^^

ana bukit said...

owh... kau lukakan hati ku.
tapi still waras. tahniah hana.... writer cpt2 la sambung. nak tau apa jadi kat bini akid. mcm dok sorang je sekarang. like 100x

Rashidah Ramlan said...

Cik rosebud...cpt2 smbung next chapter...xsbr ni...best...best...best...!

ku hasinah said...

Hye , assalamualaikum . Update lah lgii . X sabar nk tunggu ni . Hehe :)

Rosebud said...

Wsalam... Insya Allah anytime soon akan update.^^

Anonymous said...

Fuhhhhh, bru abis baca sampai bab nie. . . Pergghhh,, dr Mula2 Saya Baca Novel Nie, Saya Memang "TAK" suka sangat dgn Watak Akid Nie(Penganggu). Tp Bila Baca Bab Nie, Trus Suka Aku Watak Akid Nie. Sweet,Funny,N,Caring... Tp At The End, . . Writer Plak Beri Aku BENCI balik Watak Akid Nie. Hahahah. . . Kecian Hana. . . :( Tp Very Very Excellent Lah Writer. Aku Suka Bab "in the past" Nie. Terbaikkk. . . Thumbs Up. . . :D

Post a Comment