Thursday, May 9, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 29

Leher Shuichi berpusing sekejap ke kiri, sekejap lagi ke kanan pulak sambil kedua tangannya digerakkan seperti senang menghalau nyamuk. Inilah kelebihan smartTV. Tak payah guna remote control. Buat je aksi halau nyamuk ke, aksi tangkap lalat ke, ha aksi picit jerawat pun boleh. Macam guna ipad tapi tak perlu touch skrin. Touch udara dah cukup.

Hehe.

“Kau buat apa?” Tanya Daim, duduk bersila di atas sofa bersama secawan ais krim. “Ha?” Kening Shuichi terjungkit. “Kau buat apa? Mata dok usha aku tapi tangan tu dok zoom in zoom out perempuan Korea tu apahal?” Daim mengerling ke arah smartTV kegemaran sepupunya itu. Ingat aku tak tahu kau dari tadi tak henti tenung aku. Itu pasal aku saja masuk dapur keluar balik masuk tandas keluar balik, masuk dapur balik. Ha, nasib tak tergeliat tulang leher kau.

Shuichi menarik sengih. Kau dan aku memang best buddyz, bak kata DiGi gitu. “Takdalah, aku tengok kau dah macam happymeal je sejak dua menjak ni. Ada orang hantar meminang ke? Hana?” Dia melompat ke hujung sofa, menghampiri Daim yang sedang duduk bersila di sofa sebelahnya dengan wajah teruja.

“Banyaklah kau punya happymeal.” Daim menyuap sesudu ais krim ke dalam mulut. Shuichi yang dah ternganga mintak disuap sedikit pun tak dipandang. Nak, pergi ambil sendiri. Tak kuasa aku nak suap-suap ni. Lainlah kalau kau tu Ha—

Ahem.

Lelaki berbangsa Jepun tu dah menarik muka kelat. Kecil hati tau. “Tak nak suapkan sudah! Aku boleh ambil sendirilah!” Shuichi bangun, hentak kaki kanan sebelum berkawad kaki ke dapur. Beberapa saat kemudian segunung ais krim dalam tangan dipamer bersama satu senyuman ‘Kau mampu?’. Daim tergelak kecil sambil menjulingkan mata.

“Bro, ceritalah. Apa dah jadi sebenarnya? Pasal Hana ke?” Tanya Shuichi tak sabar. Tak boleh tahan dah perasaan ingin tahu dalam dada ni. “Kau ni kepoh ci kau tahu tak?” Daim menala sudu ke arah sepupunya itu.

“Tahu.” Angguk Shuichi jujur. Daim menggigit bibir. Apasal la orang sekeliling aku semuanya perangai dua kali lima macam si perempuan gila tu. Suka buat aku panas hati.

Shuichi menendang kaki Daim, memaksanya bercerita. “Hayaku!*” Paksa lelaki berbangsa Jepun itu. Daim berdengus. “Pasal Hana ke?” Shuichi bertanya ceria. (*Hayaku=cepatlah!)

“Kau ingat 24/7 hidup aku semua pasal perempuan gila tu ke?” Herdik Daim sambil memberi satu jelingan. Betul aku ada secubit rasa sayang kat perempuan buta warna tu, tapi..Ok, ok, segenggam rasa sayang... Fine! Segunung rasa sayang kat perempuan gila buta warna tu, tapi tak perlulah apa saja yang berlaku dalam hidup aku mesti ada kaitan dengan dia. Tak perlu.

Lelaki itu mengangguk. “Yelah. Kau kan suka dia. Haruslah.” Jujur dan ikhlas sepupu aku sorang ni. Benda lain tak nak pulak kau jujur dan ikhlas. “Celah bilanya aku cakap aku suka dia! Anyway, bukan pasal dia la!” Balas Daim, dah mula rasa menyampah.

“Eleh. Tak nak mengaku konon. Dah tu, kau ada perempuan lain ke?” Shuichi bertanya suspen. Risaulah pulak. Apa-apapun, Hana is the best. Aku akan tetap root for Hana! Daim angguk. “Finally mate, aku dah jumpa wanita dalam hidup aku.” Ujar Daim perlahan, penuh perasaan.

Shuichi tersandar pada sofa. Mangkuk ais krim diletak atas pangku. Berdasarkan reaksi sepupunya ni, nampak gayanya, Hana takda chance ni. Daim betul-betul dah jatuh cinta dengan wanita ni.

“Is she married?” Shuichi bertanya takut-takut.

Daim menggangguk. “Yeah.”

Mulut Shuichi ternganga luas. “Kau tahu dalam Islam kalau perempuan dah kahwin curang dengan lelaki lain, boleh kena rejam? Tahu?” Mangkuk ais krim diletak atas meja. Tubuhnya tegak, beriya dia memberi tazkirah.

Rejam? Curang?

Daim mengerutkan dahi. Apa si sepet ni merapu ni? “Perempuan dah kahwin mana pulak curang ni?” Dengan aku aku sekali confuse, si mangkuk ayun ni, betul la. “Tu, wanita yang kau dah jumpa dalam hidup kau! Kau kata dia dah kahwin.” Shuichi memandang sepupunya itu tanpa berkelip.

Dahi dah diurut-urut. Apalah salah mak bapak si Shuichi sampai dapat anak terlampau cerdik macam dia ni? “Wanita tu sebenarnya.... mak aku.”

Sekali lagi rahang Shuichi jatuh. Tubuhnya dicondong rapat ke arah sepupunya. “Hontou no?*” Daim angguk sambil tersenyum. “Yeah.” Sekelip mata Daim terasa tubuhnya terhenyak ke sofa. Shuichi memeluknya erat sambil  menepuk-nepuk bahunya.(*Hontou no?=betul ke?)

“Oh God, I’m sooo happy for you mate!”

“Yeah thanks and get off me!” Tengking Daim sambil menolak sepupunya itu sekuat hatinya. Eh main peluk peluk pulak. Jijik jijik. Geli! “What? I was just being nice!” Bentak Shuichi tak puas hati. Salah ke seorang sahabat slash sepupu mahu mengucapkan tanda turut sama gembira melalui pelukan?

Daim menjeling kasar. “Well next time kalau kau nak be nice, be nice to my foot!” 

Ditunjuk kakinya yang dah terkena ais krim. Nasib baik ais krim ni tak tumpah kena sofa.“Aye captain. Nanti aku bawak kau pergi foot massage a’ight?” Shuichi mengenyitkan mata. Daim menggeleng kepala sebelum menuju ke dapur. Lagi lama melayan si sepet ni, boleh sakit jiwa aku dibuatnya.

“By the way, aku ajak Hana pergi dinner. Kau pandai-pandailah he masak sendiri. Ke kau nak aku tapaukan?”

Daim yang sedang membasuh cawan tersentak. Si sepet tu ajak Hana dinner sama-sama? Depa berdua je? Tak boleh tak boleh. “Aku tahu ada satu tempat ni. Best dan sedap. Kita pergi situlah. Nak keluar pukul berapa? Lepas maghrib?”Tanya Daim sambil mengelap tangannya yang basah dengan tuala yang tergantung di dinding.

Shuichi di ruang tamu sudah macam nak gila ketawa. Risau lew tu~ Aceh. Poyo je mamat ni. Tak suka perempuan gila buta warna konon. Tahu pun risau tak bagi aku keluar berdua je dengan gadis idaman dia tu. Ego meninggi macam KLCC.

“A’ah lepas maa~”

Kepalanya ditolak kasar. Shuichi berdesis. “Apa ni main tolak-tolak kepala?”  Marah Shuichi. Habis rosak rambut Brylcreem aku. “Kau gelak apasal?” Daim mengacah mahu memukul sepupunya lagi. Shuichi cepat-cepat bangun. Sakit weh. Mahu bodoh aku lima hari kena sebijik dengan mamat ni.

“Laa aku gelak sebab cerita ni haa!” Shuichi menunjuk ke arah skrin tv. Daim memeluk tubuh. “Oh.. Kelakar he bila heroin dia tu kena langgar kereta?” Kening Shuichi terjungkit. Matanya memandang skrin tv. Heroin drama Korea tu sedang terbaring atas jalan. Kepalanya berdarah. Alamak. Kantoi pulak di situ.

“He. he. he.”

Daim menjulingkan mata sebelum masuk ke bilik. Matanya singgah pada jam yang elok berdiri di atas almari. Sekarang pukul 6. Jogging kejap boleh ni. “Weh bro, aku nak jog ni, nak ikut?” Daim menjengahkan kepalanya di balik pintu bilik. Shuichi menoleh.

“Sekarang?”

“Tak, minggu depan.”

-

Daim tak mampu menyembunyikan senyuman lemak manis saat wajah ceria Hana menyapa matanya. “Assalamualaikum Tuan Haji!” Hana melambai. Shuichi ketawa sambil menjawab salam gadis itu. “Hajah bawak teman jah?” Shuichi memandang gadis cantik yang sedang berpaut pada lengan Hana.

“Yelah Tuan Haji. Dia pun nak makan jugak. Jannah. Shuichi.” Hana saling memperkenalkan mereka. Shuichi melempar segaris senyuman berseri. Jannah membalasnya mesra.

“Japanese jugak?” Tanya Jannah, mengerling lelaki tinggi lampai di sebelah Shuichi. Lelaki itu mengangguk. “Hai. Nihonjin desu.*” Shuichi menundukkan sedikit kepalanya. Jannah ketawa kecil. “Hajimaceh.” Ucap gadis itu. (*Hai. Nihonjin desu=Ya, saya orang Jepun.)

Hana dan Shuichi saling bertukar pandang. “What what?” Jannah memang tajam. Nampak je aku dan Shuichi saling tukar isyarat. “Bukan ‘Hajimaceh’ la. Hajimemashite. Tadi bukan main lagi praktis dalam kereta.” Hana meraung kesakitan apabila dicubit kawan baiknya itu.

“Sama-sama.” Balas Shuichi ceria. Jannah berkerut. Sama-sama?

“Oh!” Hana ketawa besar. Baru dapat tangkap kenapa tiba-tiba Shuichi ucap sama-sama. Haji-maceh. “Sorry, I don’t get it..” Jannah menggeleng kepala. “Haji, maceh. Kan macam Haji,terima kasih. That’s why si Tuan Haji ni cakap sama-sama.” Daim mencelah dengan nada ala Detective Conan.

Hana mencebik. Suka nak tunjuk bagus. “Oh a’ahlah. Tak perasaan pulak I. Hahaha.” Jannah tergelak kecil. Hana di sebelahnya dah menarik muka. Ni apa kes ni gelak control ni? Kalau kat rumah, sampai masjid pun boleh dengar suara dia ketawa.

“So, let’s eat. Ladies first.” Daim mempersilakan Hana dan Jannah masuk ke dalam restoran Seoul Garden. “Awak ada terhantuk kepala kat dinding ke langgar batu ke sebelum datang sini tadi?” Bisik Hana. Daim menggigit bibir. Minah ni...haish. Sabar je la.

Gadis itu ketawa mengajuk melihat muka masam lelaki itu. Seronoknya kacau mamat ungka ni. Tapi lately ni, kalau aku kenakan dia, dia dah jarang mengamuk macam singa. Dia cool sikitlah. Sikit je la. Ada improvement. Bagus. Kalau dulu, mahu aku kena hentak kepala kat cermin. Hana tersenyum.

“Nasib baik kau dah book dulu bro.” Shuichi memandang sekeliling. Ramainya orang. Daim angguk. “Tuan Haji, jom kita ambil dulu. You two jaga meja tau. Alang-alang tu bawaklah berborak ya. Jangan gaduh pulak.” Jannah bangun dan segera mengajak Shuichi ke kaunter untuk mengambil marinated daging, ayam, ikan seafood dan macam-macam lagi.

Hana melancar satu pandangan. Jannah pura-pura tak nampak. Laju saja langkahnya diatur ke kaunter bersama Shuichi. “Maya tak datang pulak?” Daim memandang wajah gadis itu. Nampak lain sikitlah muka dia.

“Tak. Dia ada dinner dengan client dia. She’s a lawyer.” Balas Hana. Daim terangguk-angguk. Matanya masih leka menjamah wajah Hana. Betul, nampak lain. Nampak lebih berseri.

Mulut Daim sedikit terbuka. Bibirnya mula mengukir senyuman. “Kenapa awak senyum?” Tanya Hana. Lain macam je si ungka ni dok tenung aku. Daim membawa jari telunjuknya ke bibir. Kening Hana terjungkit.

“Awak suruh saya diam?”

Daim ketawa besar. Allah hai. Hana, Hana. “Bukan. Tu, kat bibir kau tu. First time nampak kau pakai.” Jarinya diluruskan ke arah bibir gadis itu. Hana memegang bibirnya. “Ah lecu. Semalam baru beli. So saja try. Cantikkan warna dia?” Hana mengangguk.

Air liur yang ditelan terasa macam guli. Dia suruh aku tengok bibir dia ke? Astaghfirullahal’aziim. Daim berdehem. “Lecu?” Daim cuba nak mengubah perhatiannya pada topik lain. Tak kisahlah apa, janji bukan bibir dia.

“Saya panggil lecu. Tapi orang kampung saya panggil lipgloss.” Ujar Hana dengan mimik muka sekali. Bibirnya siap ditebalkan, menekan pada perkataan ‘Lipgloss’.

Daim ketawa lagi. “So kau make up ni sebab nak dinner dengan aku la ya?”

Hana menarik muka sekonyot. “Ehh! Tak kuasa! Sorry he. Saya pakai lecu ni sebab bibir saya kering tau! Bukan sebab nak jumpa awak ni!” Suaranya mula meninggi. Daim mengangkat kedua tangannya. “Alright, alright. Relax. Tak perlu emotional sangat.”

Gadis itu mencebik. Sakitnya jiwa ragaku ini!

“Actually kan Daim, dia bersiap tadi masya Allah, lamanya! Macam-macam baju dia try you tau tak? Pening kepala I. Lagi best bila dia cakap, nak make up sikitlah. Allah! Sapu toner la, moisturizer la, sun screen la. Padahal mana ada matahari. Lepas tu blusher la. Adoi.”

Hana tak berkelip memandang Jannah yang kepoh bercerita sambil meletakkan pinggan-pinggan berisi daging dan seafood di atas meja. Serius, rasa macam tukar identiti je sekarang ni. Wargh, malu! Kepalanya sudah dihenyak ke meja. Tak sanggup nak kasi si ungka ni tengok muka merah berasap aku ni.

Daim sebaliknya sudah tergelak sakan. “Padanlah lambat dua minit.” Sampuk Shuichi. “Aku pergi ambil ayam.”Hana terus bangun dan menuju ke kaunter. Daim turut bangun, mengikut gadis itu dari belakang.

Selangkah Hana ambil, selangkah juga Daim atur. Hana mengatur lagi setapak. Daim juga mengatur lagi setapak. “Awak boleh stop tengok muka saya tak?” Hana akhirnya menoleh ke belakang.

“Tak nampak pun blusher kat pipi kau.”Daim masih lagi merenung wajah gadis itu. Serius over si ungka ni. “Dosa tahu tak tenung perempuan bukan muhrim!” Tegas Hana. Dahinya dikerutkan, tanda serius.

Lelaki itu mengangguk. “Sebab tu aku ajak kau nikah. Lepas nikah, takdalah berdosa aku tenung muka kau. Lama-lama pun takpa. In fact, dapat pahala, kan?” Macam mana mamat ni boleh buat aku berapi, lepas tu, buat aku berdebar-debar dup dap dup dap?

“Awak ni jangan main-main hal nikah boleh tak? Tak kelakar kot.” Hana kembali menghadap tray berisi marinated beef di hadapannya. “Siapa cakap aku main-main?”

Hana menoleh, memandang Daim. Mak aih macam nak tembus muka aku punyalah dahsyat ketajaman mata dia. Ok, memang dia serius. Gulp.

“Kita nikah?”

-

Jannah menyiku Hana yang sedang memanggang daging di sebelah. Kawannya itu menjungkit kening. “Kau apasal?” Tanyanya. “Kenapa dengan aku?” Hana bertanya semula. “Merah semacam je muka kau ni. Demam ke?” Jannah melekapkan tangannya ke dahi Hana. Ok. Tak panas tak sejuk.

“Aku ok la. Ni maybe sebab panas masak ni kot.” Hana menunjuk ke arah kuali dengan chopsticks. Jannah terangguk-angguk, setuju dengan kata-kata kawannya itu. Panas kot wap tom yam ni. Tambah pulak dengan percikan minyak daging dan seafood yang dibakar. Terbaik~

Daim mengambil dua keping daging yang dah masak dan meletakkannya ke pinggan Hana.“Makan ni.” Tindakannya itu menarik perhatian semua. Hana memandang Jannah dan Shuichi yang dah terkedu. Tak pasal-pasal aku jadi centre of attention la pulak.

“Nak jugak ke?” Tanya Daim selamba. Terus pinggan Jannah dan Shuichi diisi dengan daging dan seafood. “Nak lagi?” Tanya Daim mesra. Dua-dua menggeleng. Wajah kagum campur terkejut masih lagi terpamer di wajah masing-masing.

Hana menarik nafas lega. Nasib baik mamat ni pandai cover line. Fuh!

-

Helmet di tangan nyaris terjatuh ke bumi bila melihat senyuman ‘Akulah-lelaki-sejati-Malaya’yang terpatri di wajah Akid. Lelaki itu sedang berdiri gagah di depan lif. Mana Budin....? Senyuman misteri lelaki itu dipandang lagi. Dah senget dah muka tu aku tengok. Tapi peliknya. Takkan dia gembira pergi Plumbum street tu kot? Hana menggaru kepala. Bertubi-tubi soalan muncul di benak hatinya.

“Assalamualaikum.” Sapa Akid sejurus gadis itu berada 2 meter darinya.

Salam lelaki tinggi lampai itu dijawab perlahan tanpa menoleh ke arahnya. “Naik motor ke datang kerja?” Akid memulakan perbualan. Hana memandang butang lif yang dah bernyala kuning. Dah kalau bawak helmet, takkan naik kapal selam kot? Yang lif ni pun satu. Takda lambat lagi?

“Soalan tak educated langsung.” Sindir Hana.

 Akid ketawa besar. Ada unsur lawak ke dalam sindiran aku tadi? “My goodness. Hana, Hana.. You’d never change.” Wajah gadis itu dipandang lama.

Gadis itu memandang kosong pintu lif. “Kau je yang berubah.”Ujar Hana dingin. Tawa Akid mati. Perlahan, diamenarik nafas dalam-dalam. “Hana, I’m really sor—”

Pintu lif terbuka dan Hana terus melangkah masuk tanpa menunggu lelaki itu habis berbicara. Akid melepaskan satu keluhan berat sebelum turut sama masuk ke dalam lif.

“Hana.” Panggil Akid.

Gadis itu menekan butang 10. Panggilan Akid tidak dihiraukan, seolah-olah tiada siapa dalam lif. “Hana.” Panggil Akid lagi. Hana masih membatu.

“Hana please, I’m trying here!” Akhirnya Akid meletup. Suaranya bergema-gema dalam lif. Tapi Hana masih macam tadi, muka tak berperasaan, matanya masih setia merenung pintu lif. Gadis itu kemudian membuka zip handbag dan mengeluarkan ipodnya sebelum menyumbat earphone ke telinga.

Akid tak terkata. Mulutnya sedikit ternganga. Tanpa berfikir panjang, lengan Hana terus ditarik kasar dan tubuh gadis itu dihempas ke dinding lif. Gadis itu terkesima. Sungguh, dia tak menjangka Akid akan bertindak sejauh ni.

“What the hell do you think you’re doing?” Tengking Hana bila tangannya dicengkam erat di pergelangan tangan dan ditolak ke atas kepalanya. “You asked me? Seriously? I panggil you tapi you ignore I, buat I macam orang bodoh!” Balas Akid berang.

Hana mengerutkan dahi. “Aku ignore kau, sebab aku tak nak cakap dengan kau! There’s nothing to talk about!” Balas Hana turut sama meninggi suara. “There is! Banyak benda I nak cakap dengan you!” Akid menguatkan cengkaman tangannya sehingga Hana mengerang kesakitan. Dia sedikit pun tak menghiraukan rontaan gadis itu.

“Sakit, Akid. Sakitlah bodoh! Lepaskan aku!” Rontaan Hana makin menggila namun kekuatan Akid melumpuhkan rontaan gadis itu. “Semalam I pergi satu tempat ni. Plumbum street. Pernah dengar?” Tanya Akid, merenung gadis itu tajam.

Hana membalas renungan lelaki itu. “Silence means yes. So I went there in hope I could settle my bill and guess what? I spent my night in a cell. A freaking cell! Congratulations Hana, you got me! You tahu tak, masa I sampai, time tu jugak polis datang serbu. Dengan I I kena masuk lokap and it was all your fault dammit!”Akid melancar satu tumbukan ke dinding lif, beberapa jengkal dari wajah Hana.

Gadis itu terserentak. Matanya membulat. Nafasnya tidak keruan, dadanya turun naik. Bibirnya sedikit terbuka dan terketar-ketar. “Hana.. I.. I..” Akid menoleh saat pintu lif terbuka.

-

 Daim dan Shuichi terpana. Pandangan mereka melekap pada wajah Hana yang ketakutan. Daim memandang Akid yang masih mencengkam kemas tangan gadis itu.

“Kurang ajar!” Belum sempat Akid berkata apa-apa, Daim sudah meluru ke arahnya seperti peluru berpandu dan melancarkan satu tumbukan padu ke perut lelaki itu. Akid terasa bagai disiat-siat apabila bertubi-tubi tumbukan mengenai wajah, rusuk dan perutnya.
“Daim, yamete*!” Shuichi memeluk sepupunya itu dari belakang dan menarik Daim yang meronta-ronta macam orang hilang akal keluar dari lif. (*yamete=stop it.)

“Aku nampak kau dengan Hana lagi, mampos kau!” Tengking Daim sekuat hati. Tangan Shuichi ditolak kasar. “Dahlah tu bro. Bawa bersabar. Kau belasah dia sampai lunyai pun bukan boleh settle masalah!” Nasihat Shuichi, cuba nak mengembalikan kewarasan sepupunya itu.

Mata Daim yang tadi tajam menjamah tubuh Akid yang terlantar di dalam lif, kini mencerun pada wajah Hana. Kakinya melangkah ke arah gadis itu.“Are you ok?” Tanya Daim lembut. Hatinya bagai dicarik-carik melihat wajah pucat gadis itu. Bibirnya masih lagi terketar-ketar. Ya Allah, ikutkan hati, memang dah tak bernyawa si bangsat tu.

Hana mengangguk perlahan. “Do you want to go to hospital?” Tanya Daim risau. Ikutkan hati, mahu saja dipeluk erat gadis ni. Tak sanggup nak tengok dia terketar-ketar diburu ketakutan.

Hana menggeleng. “Takpa, saya ok. Tapi dia tak.” Mata Daim mengikut ke arah pandangan mata Hana melekat. Akid. Serta-merta rasa marah meluap-luap. She has got to be kidding me? Boleh pulak dia still caring pasal si durjana tu!

“Hana, pergi rest. Shuichi and I will take care of him.” Ujar Daim, memaksa dirinya merendahkan intonasi suara.

“Daim, tolong jangan pukul dia lagi.” Rayu Hana perlahan. Daim tak terkata. Perempuan ni biar benar. Daim memegang dahi. “Hana, he almost hit you.” Daim berdesis. “But he didn’t!” Balas Hana tegas.

“Are you kidding me? Hana, kau gila ke apa ha? Kau nampak tak lif tu lekuk macam mana? If he missed the wall, your face would ended up like that!”Tengking Daim, seratus peratus gagal mengawal rasa berapi dalam dada ni. Boleh pulak dia nak caring loving kat mamat tu.

Shuichi segera menarik Daim jauh dari Hana. “Daim, that’s enough. Hana, awak kalau rasa tak sihat, awak pergi rest kat rumah. Kalau tak nak balik, awak rest kat ofis awak. Ok?” Lembut Shuichi memberi pilihan. Gadis itu angguk sebelum pergi dari situ.

Wajah Daim dipandang lama. “Perlu ke kau menjerit-jerit kat muka dia?”

Daim mengangguk. “Yes! You saw her. She’s not in her right mind.” Balas Daim sambil jari telunjuknya menekan pelipis. “And so are you! Daim, kau kena faham, dia tengah trauma! Kau faham tak trauma?”Tengking Shuichi.

Sepupunya itu tidak membalas. “Hana’s right. Aku rasa si Akid ni kena bawa pergi hospital.” Ujar Shuichi sambil memapah Akid keluar dari lif. Daim memandang Akid dengan rasa benci yang meluap-luap.

“Yamete yo! He’s good as a dead trot!” Shuichi memberi amaran kepada Daim. Sudah-sudahlah tu belasah mamat ni. Dah lunyai betul dah.“Nak bawak dia pergi hospital?” Tanya Shuichi sambil mengerling Akid yang masih separa sedar.

Daim melepaskan satu keluhan berat sebelum melangkah ke arah mereka. Leher Akid dipegang. Kemudian, dagu, hidung, rusuk dan perutnya. “So?” Shuichi memandang sepupunya itu.

“I fractured his nose. Other than that, he should be fine. After few weeks.”Balas Daim selamba. “Oh my God. You freaking broke his nose.” Shuichi menepuk dahi. Macam mana nak beritahu kat CEO Samurai Group ni? Sudahlah si Akid ni CEO Chemtech. Haii si Daim ni betul la! Baran tak terlampau. Tapi kalau aku jadi Daim pun, aku belasah mamat ni sampai lunyai. Berani buat gadis idaman aku macam tu!

“Fractured. Kau salah guna term. And, if he ever touch her again, semua sendi dalam badan dia akan fractured. Kau dengar tak?” Daim memegang dagu Akid sambil mengeluarkan sapu tangannya dan mengesat darah yang mengalir keluar dari hidung lelaki itu.

“So he needs to be hospitalised?” Tanya Shuichi.

Daim menjungkit bahu. “Kalau dia nak hidung dia mancung balik la.” Shuichi menjulingkan mata. “Kau bertanggungjawab. Kita bawak dia pergi hospital. Kau drive!” Tegas Shuichi. Daim mengeluh lagi.

“Yeah yeah whatever.”


---

Rosebud says: After ups and downs, berjaya jugak habiskan chap 29. So readers, macam mana pilihanraya 13? I'm sure ramai yg gembira dan ramai yg berduka. however, semua yg jadi, atas ketentuan Allah. kita kena redha, terima qada' dan qadar. insya Allah ada hikmahnya. Tak nak cerita politik sini. dah jenuh hadap kt facebook tu.huhu. apa-apapun kita doakanlah kesejahteraan negara tercinta ni ya aamiin.

From entry kali ni, I'm pretty confident ramai yg boleh agak siapa Daim sebenarnya. jeng jeng jeng. alaa tak seronoklaa kalau dah tau~ buat2 tatau pun boleh. At first I want to portray Akid as a nice guy with bad history. tapi tetiba rasa mcm nak buat dia ni aggresif sikit. ok la kan?
Anyway guys thank you so much for staying tuned with me all this while. Insya Allah, saya akan mengerah air keringat supaya menamatkan my humble story ni with a happpy but a bit twist ending. hehehe.

Ni ada video utk tontonan korang. my niece punya kerenah. haiyooo sakit perut layan. enjoy watching it and happy reading deariess <3

p.s i edit sendiri tau..sori for the low quality vid. but she's just too adorable. miss her oredi~
oh yep, jangan lupa KOMEN/BAGI NASIHAT tau. ^^ and klik di sini~