Wednesday, May 1, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 28

“Dua kali Alex! Dua kali!” Hana menayang dua jarinya betul di muka Alex. Lelaki berbangsa Cina itu mengangkat kedua tangannya sambil berkata, “Ok, ok I get it. Dua kali dia proposed kau.”

Hana mengangguk. “You heard me. Two freaking times. Twice kau tahu! Twice!” Tambah Hana. Masih lagi dengan nada ‘terkejut-kot!’. Alex menghulurkan Larva Niche special kepada Hana.

“Eat it. You’ll feel better.”

Gadis itu tergelak besar. “Alex, mana aci. Kau curik dialog Professor Lupin!” Professor Lupin-watak dalam cerita Harry Potter. Saja je Alex ni guna dialog Prof Lupin tu masa dia bagi coklat kat Harry Potter.

Alex ketawa. “Tapi betul apa. You will feel better. Trust me.”Mata dikenyit sebelah. Hana angguk setuju. Sugar rush mula menguasai diri. “Lex, kalau kau jadi aku, what would you do?” Hana menyuap satu sudu penuh ais krim ke dalam mulut.

“Ok, first of all, does anyone else know about this?” Alex memegang meja kaunter, memandang straight ke anak mata sahabatnya itu. Hana menggeleng. “Kau je Alex yang tahu. One and only. Kau kan shrink aku.” Sudu disua ke arah Alex.

Lelaki itu menjungkit bahu. “Aku tak sure sama ada aku patut rasa happy atau sedih dengan kenyataan kau tu.” Hana mencebik. Konghajo. Aku ikhlas tau bagi mandat sebagai shrink aku kat kau. “Alex, cepatlah jawab. kalau kau jadi aku, apa kau nak buat?” Hana menyuap lagi satu sudu penuh.

“Kalau aku jadi kau, aku akan pejam mata.” Alex tersenyum bila Hana memejamkan mata, mengikut katanya. “Lepas tu, aku letak tangan kat dada.” Alex menyambung. Hana meletakkan tangan kanannya ke dada. “Lepas tu aku tepuk dada aku sambil cakap, ‘Weh, jangan jual mahal. Kau ingat kau hot sangat?’”

Terus terbuka mata Hana. Mangkuk Larva Niche dah diangkat dan mahu dibaling ke arah Alex yang dah gelak bagai nak rak. Nasib baiklah aku sayang gila kat Larva Niche. Kalau tak, memang dah lama aku sebat kepala Alex dengan ais krim ni.

“Betul-betul la Lex! Sepak kau kang!” Marah Hana geram. Suka main-main tau mamat Lee Hom ni.

“Yelah, yelah. Aku gurau je. Janganlah serius sangat. Ok, pejam mata. Letak tangan kat dada.Reset reset.” Arah Alex mulai serius. “Jangan kenakan aku lagi he. kalau tak, aku sabotaj Larva Niche kau.” Ugut Hana.

“Iya! Ok. Ready?” Tanya Alex. Hana angguk laju.

“Ok. Then, I’ll ask myself, ‘Do I love this guy?’. If my heart says no, so aku akan cakap ‘No’. Tapi kalau hati aku cakap yes, you’ll know what to do.”Alex berkata lembut. Dilihatnya Hana seolah sedang bertanya hatinya.

Selepas beberapa saat, Hana membuka mata. Alex menjungkit kening. “What does your heart say?”

“Hati aku cakap....”

-

Sudah hampir 2 jam Daim duduk di dalam Bentley, memerhatikan seorang wanita yang sedang berniaga di bawah khemah. Tangan kanannya dibawa ke pelipis, menongkat kepala. Daim menarik nafas dalam-dalam. Hatinya terasa sakit. Kenapa dia bersusah-payah sedangkan aku hidup senang-lenang?

Kenapa dia berpeluh-peluh bawah matahari, sedangkan aku..aku mewah dalam Bentley ni. Daim menyandarkan kepalanya ke stereng kereta. Sungguh, dia tak punya keberanian untuk bertemu dengan wanita itu. Bukan hari ni.

Beg pakaian di seat sebelah dipandang lama. Daim memejamkan mata.

Tiba-tiba cermin keretanya diketuk. Serta-merta tubuh Daim tegak. Jantungnya bagai berhenti berdenyut. Terkejut. Perlahan, kepalanya menoleh ke kanan. Ya Allah. Berderau darah aku. Ingatkan apa la tadi.

“Oi turun turun.” Arah Hana sambil menggoyang jari telunjuknya ke bawah, menyuruh Daim menurunkan cermin tingkap kereta.

“Kau buat apa kat sini ha?” Tanya Daim dingin. Hana mencebik. Ni mesti cikgu kat sekolah si ungka ni tak ajar dia beri salam. “Assalamualaikum.” Sapa Hana. Lelaki itu menala pandangan ke hadapan. Perlahan bibirnya menjawab salam.

Hana tersenyum. Kan sweet macam tu. “Daim, awak buat apa kat sini? Merendek he?” Hana mengecilkan matanya. Terus berkerut dahi lelaki tu. Merendek? Kau ingat aku ni murah sangat ke? Dipandang Hana atas bawah dengan penuh rasa berapi.

Tiba-tiba bibirnya mengoyak sengih. “Kau...Jogging? Pfft!”

Gadis itu mencekak pinggang. Hei diskriminasi jantina betul! Salah ke aku pakai sports wear petang petang ni? Salah ke aku nak beli donut mak cik Mia selepas berpenat-lelah main kejar-kejar dengan Jannah dan Maya?

“Daripada awak, merendek je kerja. Lagi pfft!” Balas Hana geram.

Daim berdesis. “Aku tak merendek la perempuan gila!” Marah Daim. Panasnya hati melayan perempuan gila  ni. “Kalau tak merendek, awak buat apa kat sini?” Hana menjungkit kening.

“Jangan nosy la. Kau ni lagi annoying dari Powerpuff Girls tu. At least they’re all pretty.” Suara Daim berubah sinis. Hana menepuk-nepuk dada. Sabar Na, sabar. Kau yang kacau dia dulu. So kau tak boleh nak marah. Hilang cool kau nanti. Hana memusingkan tubuhnya, membelakangi kereta Daim.

Setelah berulang kali melakukan pernafasan yoga yang dilihatnya dalam tv, Hana kembali menghadap lelaki itu. “Fine. Saya pergi dulu. Assalamu—” Belum habis salam diucap, Daim membuka pintu kereta, menghalang Hana dari pergi.

“Awak nak apa?” Hana memeluk tubuh. Muka bosan ditampal.

“Kedai tu, kedai yang kau tolong jual donut dengan cekodok dulu tu kan?” Daim menjuihkan bibir ke arah satu gerai di tepi jalan. Hana mengikut arah yang ditunjuk bibir lelaki itu.

Cekodok? Kedai mak cik Mia? “Bukan cekodok la. Cempedak goreng.” Hana kembali memandang lelaki itu. “Tak kisahlah. Betul tak itu kedai yang sama?” Tanya Daim serius. Hana mengangguk. “A’ah. Kedai tu la. Kenapa? Nak makan cempedak goreng dengan donut lagi he? Sedapkan mak cik Mia buat? Saya tengah belajar secret recipe dia. Awak nak join belajar?”

Mulut Daim sedikit terbuka. Mia.. “Mak cik Mia?” Daim memandang wanita yang sedang tersenyum ramah melayan pelanggan yang datang ke gerainya tu. “Nama owner kedai donut tu mak cik Mia. Dia jiran saya. Cantikkan dia? Dahlah cantik, baik, pandai buat donut pulak tu.” Melambung-lambung pujian untuk mak cik Mia.

Hana memandang Daim. Eh kenapa dengan dia ni? Pucatnya muka. “Daim, awak ok?” Hana menyengetkan kepalanya, mahu dapat lebih ekses untuk melihat wajah lelaki itu.

“Ok. Aku ok.” Balas Daim, menghela nafas. Hana angguk sambil tersenyum. “Alang-alang awak ada kat sini, jomlah makan donut. Saya belanja jom!” Hana mengambil kunci kereta Daim dan terus berlari anak ke gerai mak cik Mia. Daim tak terkata. Macam pelesit, laju je dia ambil kunci kereta aku. Menyirap je.Nak tak nak, Daim memaksa kakinya melangkah ke situ.

Daim membalas senyuman dua orang gadis yang sedang duduk semeja dengan Hana di bawah khemah gerai mak cik Mia itu. “Daim, yang ni Peah, yang ni pulak Joyah.” Hana memegang bahu Jannah dan Maya serentak. Serta-merta pinggangnya disiku dari kedua arah. Adoi.

“Kau ni, jatuh saham aku!” Marah gadis di sebelah kanan Hana. Daim menarik kerusi dan duduk semeja dengan mereka. “Hai, dia ni gila sikit. Don’t listen to her. By the way, I’m Jannah.” Jannah melambai tangan kanannya. Hana membuat aksi nak termuntah. Geli tengok Jannah tiba-tiba jadi ayu ladylike gitu. Eww..

“Daim.” Balas Daim sambil mengangguk, setuju dengan kata-kata gadis bernama Jannah tu. Memang si Hana ni gila. “Ni pulak Maya. Kitaorang housemates Hana.” Jannah memperkenalkan Maya yang duduk di sebelah Hana. Gadis itu melempar satu senyuman manis kepada Daim.

Lelaki itu membalas senang. Cantik-cantik kawan perempuan gila ni. Boleh tahan. Macam Charlies Angels dah aku tengok. Three beauties. “So Daim, awak nak makan apa?” Tanya Hana, masih berdiri.

“Donut dan cekodok.” Balas Daim. Rasa enak donut dan cekodok yang dimakannya dulu masih terasa hingga ke hari ni. “Bukan cekodok, cempedak goreng. Hei mamat ni. Tak reti bahasa agaknya.” Gumam Hana sambil melangkah mendekati mak cik Mia yang sedang menggoreng sambil melayan pelanggan. Superwoman betul. Mata Daim mengikut gadis itu.

Jannah mengetuk meja, mahu mendapatkan perhatian lelaki itu. Daim menoleh, memandang Jannah sambil  menjungkit kening. “Tumpang tanya, you ni ke Daim PA kepada anak bos a.k.a si ungka tu?” Selamba Jannah bertanya. Daim menarik sengih separuh. Kurang asam betul perempuan gila ni. Sampai ke housemates pun dia bercerita pasal aku.Silap hari bulan satu taman ni tahu si ungka tu aku.

“Yep unfortunately, that’s me.” Angguk Daim, redha.

Jannah dan Maya, masing-masing ternganga sambil tubuh mereka sedikit terkebelakang. “Daim, we’re totally on your side. We all percaya you tak sekejam yang diceritakan Hana.” Maya memberi kepercayaan seratus peratus kepada lelaki itu. Daim ketawa tak ikhlas. Tak sekejam yang diceritakan Hana? Apa yang si perempuan gila tu dah canang pasal aku? Fuh,sabar, sabar..

Daim terus menala pandangan bengis ke arah Hana yang sedang ceria menyakat mak cik Mia sehingga tertawa-tawa wanita separuh abad itu. Rasa geram yang meluap-luap seakan lenyap saat mak cik Mia mengusap lembut pipi Hana dengan penuh kasih sayang. Ketika itu, Daim terasa bagaikan masa berlalu begitu perlahan. Seperti saat yang dapat dilihat dalam filem. Saat seorang ibu mencurah kasih terhadap anaknya.

“You buat apa kat area sini?” Tanya Jannah, mematikan lamunan lelaki itu. Daim kembali memandang Jannah. “Hana pernah bawak I makan donut kat sini. So I come here to buy some.” Balas Daim tenang. Bohong sunat.

Jannah dan Maya terangguk-angguk. “Hana ada cerita yang mak cik jual donut ni jiran dia. Betul ke?” Daim bertanya sambil membetulkan posisi duduknya. Kedua tangan diletakkan di atas meja. Jannah mengangguk. “Betul. Kitaorang duduk kat lorong situ je. Ha you nampak tak rumah warna light cream tu? Itu rumah kitaorang. Selang dua kat sebelah kanan tu rumah mak cik Mia.” Tanpa dipinta, Jannah ringan mulut bercerita. Dia siap bangun dan menunjukkan ke arah lorong rumah mereka kepada Daim.

Lelaki itu mengangguk faham. Untung member si perempuan gila ni sama kepoh macam dia. “I see.” Balas Daim dan ketika itu juga Hana tiba dengan satu dulang kuih muih.

“IC? Kenapa nak IC pulak?” Tanya Hana sebaik saja dulang diletakkan di atas meja. Teringat pulak masa kali pertama bertemu dengan ungka ni. Aku terus mintak IC. Saat itu bermulalah episod saling membenci aku dan si ungka tu. Huhuhu. Itulah siapa suruh muka tu macam pendatang asing dengan izin? Hehe.

Maya dan Jannah dah geleng kepala. “Bukan IC kad pengenalan tu. I see. I-S-E-E. Aduhai budak ni. Itulah, tak tahu apa-apa tapi nak menyampuk.” Dipandang Hana dengan penuh rasa malu. Minah ni suka menjatuhkan saham diri dan orang lain bila lelaki gorgeous dan hensem ada tau.

Daim melempar senyuman puas hati. Seronok tengok perempuan ni kena buli dengan kawan-kawannya sendiri. Hana menayang muka sepuluh sen. Memang tak makan saman betul la perempuan gila ni.

“Oh yeke. Tak kisahlah. Sama je. Ni ungka, makan, makan.” Hana mempelawanya makan. Daim menggigit bibir. Ungka. Peh berasap je gegendang telinga aku dengar.

Jannah dan Maya kat sebelah dah buka mulut luas-luas. Ungka kau panggil lelaki gorgeous, hensem, bergaya ni? Kurang didikan tamadun sungguh! “Hoi, bersopan sikit boleh tak? Abang hensem macam ni kau panggil ungka. Kau tu yang ungka!” Marah Maya beriya. Ditarik kerusi sedikit rapat dengan kerusi Daim. Jannah mengikut jejak langkah Maya. Daim di depannya dah bagai nak gila tahan gelak.

Giliran Hana pulak jatuh rahang. Harapkan pagar, pagar makan padi! “Oh cemni la korang. Takpa, takpa. Siap korang. S-siap!” Jeling Hana hingga ke hujung mata sambil menggoyang-goyang jari telunjuknya ke arah Maya hingga Jannah. Geram ni.

“Tak takut~” Jannah dan Maya menjelir lidah. Daim menjulang tangan ke udara, tanda kemenangan sambil menjerit, “Whooo! Yeah man!” Sementara dua orang gadis di kiri dan kanannya saling bertukar high-five.

Hana mengurut tengkuknya sambil menolak lidah ke pipi. Gaya gangster habis. “Keluar dah, keluar dah.” Jannah menutup mulutnya sambil geleng kepala. Inilah Hana zaman sekolah dulu. Uih minah ni. Gangster habis dulu. Gangster kampung. Suka pau ais krim orang, paksa orang siapkan homework dia dengan cara kekerasan, suka pau duit orang. Trademark dia itulah-tolak lidah ke pipi dia. Classic gangster style.

Daim mengerutkan dahi. Mulutnya sedikit ternganga. Ni kali pertama dia tengok perempuan buat gaya macam tu. Selalunya lelaki Cina perut buncit pakai rantai emas berbaju bunga Hawaii yang suka buat macam tu. Tapi di hadapannya sekarang ni bukannya lelaki Cina perut buncit. Tapi, perempuan  Melayu yang langsung tak buncit. Rasa berpinar sekejap kepala.

“Opocot mak kau terkentot!” Semeter Hana terlompat sejurus bahunya ditepuk mak cik Mia. Maya dan Jannah dah sakit-sakit perut ketawa. “Terkejut?” Mak cik Mia menarik bahu gadis itu rapat kepadanya.

Hana mencebik. “Taklah. Gembira sangat.” Balas Hana dengan muka-muka sekali. Orang tua tu tergelak kecil. Pipi Hana dicubit manja. “Mak cik Mia ni sayang Hana terlebih betul. Kitaorang ni macam mana?” Maya memeluk tubuh tanda protes. “Eleh mengada! Pantang tengok aku disayangi betul!” Hana menolak bahu kawannya itu.

Mak cik Mia menjungkit kening melihat seorang lelaki yang tak dikenalinya. “Anak ni siapa?” Tanya mak cik Mia lembut. Daim yang dari tadi merenung wajah wanita separuh abad itu tersentak. Jari telunjuk ditala ke wajah sendiri. Mak cik Mia mengangguk sambil tersenyum mesra.

“Mak cik, inilah ungka yang Hana cerita tu.” Hana ketawa bila muka Daim mengerekot. “Oh ni la dia. Hm.. Macam pernah tengoklah muka anak ni. Hana, ni kan lelaki yang dalam kereta tu? Boyfriend Hana?” Mak cik Mia berubah teruja. Dipandang Hana dan Daim silih berganti.

“Ya mak cik. Nama saya Tajima.” Daim menarik senyum manis. Hana di sebelah mak cik dah bersedia nak baling pinggan donat ke muka lelaki tu. Celah bilanya aku setuju nak declare dia jadi boyfriend aku ni ha? Over tahap gaban si ungka ni.

Hana membeliakkan mata. “Tajima?”

Daim tidak menghiraukan pertanyaan gadis itu. Pandangannya masih setia pada mak cik Mia. “Ha mak cik dah agak dah. Anak ni mesti boyfriend si Hana ni. Hensemnya. Pandai kau pilih Na.”Mak cik Mia mengusap kepala Hana.

“Daim, kenapa you tak nak cakap nama you?” Bisik Jannah. Daim balas, “Nama I la tu.” Jannah melopongkan mulutnya. Daim Tajima nama dia. Ada darah Jepun agaknya. “You ni adik-beradik Hana Tajima ke?” Tanya Jannah lagi. Serta-merta tawa Daim meletus. Untunglah aku adik-beradik Hana Tajima.

“Aku dengar ada orang panggil nama aku.” Hana menjungkit kening.

Jannah menarik muka. Perah santan betul. “Kau jangan nak perah hasan eh. Kau tu Hana pancit ma!” Jerkah Maya. Jannah, Daim dan mak cik Mia dah gelak sakan. Hana pancit ma. Terbaiklah kau Maya.

“Eleh dengki.”

“Ni anak, apa nama tadi? Tajima? Orang Jepun ke anak ni?” Mak cik Mia bertanya. Daim mengangguk. “Ayah orang Jepun.” Balasnya. Mak cik Mia mengangguk. “Oh pasal itu nama Jepun ya. Ni Tajima, jemput makan ya.Kalau nak lagi, beritahu mak cik tau. Ha ada pelanggan tu. Makan ya. Mak cik layan pelanggan dulu.” Sambil melempar segaris senyuman mesra, mak cik Mia segera melayan pelanggannya.

Daim terserentak apabila Hana menarik pinggan berisi donat dan cempedak goreng jauh darinya. “Janji awak kena betulkan balik statement awak tadi.” Hana menjegilkan mata.

“Statement apa?” Tanya Daim tenang.

Gadis itu sedikit tercengang. Statement apa kau tanya? Fuh, sabar Na sabar. “Statement yang awak kata awak boyfriend saya tu la!” Balas Hana kasar. Daim tergelak kecil. “Bila aku cakap? Aku tak pernah sebut pun aku ni boyfriend kau. Mak cik Mia yang cakap.” Daim menunjuk ke arah mak cik Mia yang sedang melayan pelanggan. Mahu tersedak orang tua tu tiba-tiba kena sebut nama.

Hana terdiam. Cuba refresh memori dalam kepala. Alamak. Betul la pulak cakap si ungka ni. Mak cik Mia yang buat statement tu. Si ungka ni cakap ‘Ya’ je. “Ha! Awak cakap ya!” Jerkah Hana. Daim menampal muka berlagak.

“Hei dia cakap ya sebab dialah lelaki dalam kereta tu. Bukan sebab dia boyfriend kau. Sori he!” Maya berdiri sambil mempertahankan lelaki kacak di sebelahnya. “Betul!” Sampuk Jannah.

Dasar member tak boleh pakai! Wargh! Pantang nampak hidung mancung, aku yang hidung kemek ni langsung tak heran. Konghajo betul. “Yelah! Apa-apalah! Kau ingat aku nak sangat ke boyfriend macam si ungka ni?” Hana menjeling kasar.

Jannah dan Maya angguk serentak. Hana berdengus geram. Sakitnya hati cakap dengan budak dua ekor ni. Paling tak tahan, tu tu muka kerek si ungka tu. Warghhh!

“Donut please.” Daim mengarahkan Hana memulangkan semula pinggan berisi donat dan cempedak goreng. “Bak sini bak sini!” Jannah menarik lengan Hana, memaksanya memulangkan pinggan tu.

“Kau siap kau Jannah. Memang niaya Cik Neo kau!” Ugut Hana betul di telinga kawan baiknya itu. “You wouldn’t dare!” Jannah membuntangkan mata.  “Oh kereta Neo tu kereta you?” Daim memandang Jannah. Gadis itu tersenyum. “A’ah, I offer bagi Hana pinjam. Kesian kat you. Takkan nak naik motor buruk dia tu kan?”

Offer mung. Aku yang cilok kot. Uih fitnah fitnah.

Daim mengangguk. “How sweet of you. Thanks Jannah. It was a very nice car.” Ucap Daim berserta senyuman berseri tak berbelah bahagi. Rahang Hana jatuh tergolek-golek. Dasar penipu besar! Punyalah kau mengutuk Cik Neo si Jannah tu. Sekarang ni, ‘It was a very nice car’. Ceh! Nice car my foot!

“Takda hal la you.” Jannah tersipu malu sambil menghulurkan pinggan kepada lelaki itu. Hana mencebik. Menyampahnya tengok perangai diaorang ni. “Dahlah, malas layan korang. Buat sakit hempedu je. Tolong mak cik Mia lagi baik!” Hana dah tak boleh tahan. Terus dia angkat kaki ke arah mak cik Mia.

“On the way tu tolong hantar donat he.” Pesan Daim, saja nak bakar hati dan perasaan gadis itu. Hana menutup telinga sambil jerit, “Lolol lolol lolol lolol.” Jannah dan Maya dah gelak bagai nak rak. Macam budak-budak je perangai.

Daim geleng kepala. “Is she always like that?”

Kedua-dua gadis itu mengangguk serentak. “Yep. Itulah dia, Cik Hana kita. 24 jam masuk air.” Balas mereka. Daim mengoyak sengih separuh. “You two pun sama je dengan perempuan gila tu.” Ujar Daim memandang mereka.

Amboi si ungka ni. Sedap mengata kitaorang. Jannah menggigit bibir.

-

Hana ketawa bagai nak gila tengok muka sekonyot Jannah dan Maya. Tiba-tiba budak dua orang ni menyibuk kat sini. Nasib baik mak cik Mia pergi solat kejap.“Muka je hensem! Mulut puaka betul!” Berapi Jannah dengan penyataan Diam tadi. Buku lima dah dikepal-kepal.

“Apasal? Apa si ungka tu dah buat?” Tanya Hana perlahan dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak.Itulah, aku dah cakap awal-awal, ungka tu gigi dia lagi lembut dari lidah. Gerenti bernanah hati korang.

“Ada ke patut dia kata kitaorang sama dengan kau?” Jannah menjerit separuh kuat. “Tak patut tak patut.” Maya geleng kepala. “Siput sedut betul la korang ni. Apa salah aku ha?” Hana menolak bahu kawan baiknya itu. Aku pulak jadi mangsa!

“Kau tu sengal. Tak normal. Kitaorang ni normal. Insan biasa.” Balas Maya. Hana menjulingkan mata. Suka tau hina aku macam tu. Aku pun ada hati dan sanubari jugak. Ingat korang je ke ada?

Ahem.

Berlipat leher Hana, Jannah dan Maya menoleh. Daim! Alamak. “You all tahukan suara you all macam speaker?” Tanya lelaki itu sambil tangan dalam kocek seluar. Mereka menelan air liur. Nyaris je tercekik air liur sendiri.

“Siapa suruh you cakap kitaorang macam perempuan gila ni?” Jannah memeluk tubuh sambil mengerling Hana yang dah serabut habis mukanya. “I cakap benda betul. You two memang sama dengan Hana. Sama cantik. Maybe lagi cantik?” Daim menjungkit sebelah kening.

“Daim, you nak air apa? I buatkan.” Suara Jannah berubah lembut.

“You panas? I kipaskan?” Maya dah sedia dengan piring plastik, nak mengipas lelaki tinggi lampai itu. Daim melempar senyuman kemenangan kepada Hana. Serius rasa nak sumpah mamat ni jadi ungka betul-betul.

“Blahlah blah blah. Pergi duduk sana. Menyemak je kat sini!” Hana menolak mereka jauh-jauh. “Jeleslah tu.”Ejek Maya. “Jeles mung!” Marah Hana sambil menggoreng cempedak yang dah disaluti tepung.

“Donat jangan lupa Hana!”

Hana dah sedia nak baling senduk kat tangan tu tepat kat mulut si ungka mulut takda insuran ni! Betul buat hari aku yang mulanya indah jadi ribut petir taufan bagai. Mak cik Mia, cepatlaaa...


---

Rosebud says: Alhamdulillah, makin hari makin ramai yg baca my humble story ni. masya Allah. bergulung-gulung ucapan terima kasih daku ucapkan. Entry kali ni slowly masuk bab drama melayu/korea sikit. biasalah drama kan. kisah ibu dan anak. huhu. so stay with me guys. I'm working on it. insya Allah. 
Ada some readers yg add saya kat Facebook. I'm really sorry if I didn't approve.I don't usually approve orang yg I tak kenal/ takda mutual friends. so if you guys want to add me, bagi mesej skali yep. thanks anyway. really flattered. ^^
 Sila beri KOMEN/NASIHAT/IDEA tau. dan, klik kat sini.

terima kasih readers. Happy reading! ^^

#MongLi (member susah senang bersama) & MongJa di sesi perit-tapi-ohsem karate-do. tetibe rindu. ><

6 comments:

cik syafa said...

tak ble nak kata apa da. suke sgt. =) wish u luck kak rose.

Anonymous said...

Keep up a good work lah,kalau boleh truskan usaha lagii

mongli said...

haha..wehh.. muka aku gelap gilaaa!!! cess!!

Rosebud said...

syafa: maceh yang <3
mongli: lighting tu.. ><

baby mio said...

BEST.

Anonymous said...

AWESOME...!! Full Of Funny Scene. . . Muahahahahah. . .

Post a Comment