Monday, April 22, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 26

“Ah kalah kalah!”

Jerit Hana dan Maya serentak apabila sebiji penutup botol melanggar penutup-penutup botol yang lain sebelum terlantun ke bawah sofa. Jannah di sebelah sudah terguling-guling memegang kepala sambil menjerit sakan.

“Wargh! Apasal la kau pergi langgar yang lain tu? Benda yang kau patut langgar, kau tak nak langgar!”

Hana menendang punggung Jannah, memaksanya ke tepi. “Blah, blah. Langgar tak langgar. Masa untuk champion beraksi pulak.” Sambil menampal kening Ziana Zain, Hana menepuk dada. Dapat dirasakan adrenaline dipam-pam ke seluruh badannya. Satu genjatan elektrik mengenai tangannya, memberi kuasa luar biasa.

Jannah masih lagi dengan drama penyesalannya. Muka diraup banyak kali. “Chill la beb. Kau newbie kot. Noob. Semua orang tahu game ni susah nak handle especially untuk newbie macam kau. Ni tengok aku main. Belajar dari champion.” Pujuk Hana sambil membangga diri.

“Kau tak payah kerek sangatlah Na. Tak pergi jauh punya.” Maya dah bersedia di hadapan Hana, tunggu masa nak tolong tangkapkan penutup botol yang bakal terpelanting. Confirm minah ni kalah. Dia dengan Jannah, one-two punch. Sama je losers.

Hana tarik senyum sinis. Tak pergi jauh? Huh. Kita tengok. Ini Hana la beb. Siapa tak kenal? Jaguh kampung permainan ceper tu. Pandangan matanya berubah serius.

“Weh Hana, aku rasa, kau kalau dalam lab pun tak pernah seserius ni Na.” Tegur Jannah. Rasa kagum tengok semangat kesukanan Hana. Tak pernah-pernah tengok mata dia bersinar bling bling sampai macam tu sekali. Kawan baiknya itu tergelak besar. Kek batik betul. Suka tau menghina aku. Hana menjeling manja.

“Aku bet dua ringgit dia tak lepas.” Ujar Jannah, cuba nak pudarkan semangat kesukanan di mata kawan baiknya tu. “Aku tiga setengah.” Sampuk Maya, nak jugak gamble nasib Hana. Hana mencebik. Oh pandang rendah aku eh. Sabar Hana, sabar. Orang hebat memang selalu dipandang hina mula-mula.

“Kalau aku dapat tembak semua ni, lima hengget setengah aku punya he.” Ujar Hana dengan keyakinan yang melimpah-ruah. Aku akan pastikan korang melutut minta jadi anak didik aku.

Jannah dan Maya angguk serentak. Sure kalah.

Mentera dibaca beberapa ayat, sengaja nak menambah suspen. Orang kampung aku kata kalau gementar, rasa macam ada rama-rama terbang-terbang dalam perut. Haa, kasi panjang masa suspen ni, biar rama-rama dalam perut diaorang saling berbunuhan.

Muahahahaha.

Setelah diharuk bagai nak gila oleh Maya dan Jannah, barulah Hana mula menyusun lima biji penutup botol yang tersusun bertingkat tu. Sepantas bullet train, jari kelingking kiri dan kanannya menarik penutup botol di bahagian bawah sehingga bertebaran penutup botol yang lain.

Jannah dan Maya menelan air liur. Peh. Ada style. Macam pro. Makin berdebar hati ni. Mereka saling berpandangan. “Korang nak aku tembak mana?” Tanya Hana riang sambil menarik satu penutup botol keluar, meninggalkan baki empat lain.

Gaya macam dah menang je kan. Jannah meneliti susunan penutup botol ataupun ceper di atas lantai. Hm, menarik susunan dia. Kasi dia yang susah-susahlah. Biar tak kena. “Ni tembak ni.” Arah Jannah sambil menggerakkan jarinya dari kiri ke kanan, menunjuk ke arah dua biji ceper yang jaraknya agak jauh.

Maya membuat tanda bagus pada Jannah.

Hana mengangguk. Jari hantu diletak atas jari telunjuk dan sepantas kilat jarinya menjentik ceper yang pertama dan ceper itu mengenai ceper yang kedua tanpa bersusah-payah. Kemudian, dia menjentik ceper yang lain. Kena jugak.

Maya dan Jannah tak terkata. “Lima hengget setengah. Terima kasih.” Tabung Transformer dihulur pada Maya dan Jannah, menyuruh mereka memasukkan duit ke dalamnya dengan penuh keikhlasan.

Masing-masing dah tampal muka sakit hati. Nak tak nak terpaksalah hulur lima ringgit seorang. Ala, setakat tembak sebiji sebiji, siapa pun boleh lepas.

The real game starts now.

Hana menyusun lima biji ceper bertingkat-tingkat sebelum diletak atas belakang tangannya. Matanya mengerling Maya yang dah pasang riak cemas. Jannah di sebelah pulak dah menggigit kuku. Tahu cuak. Kemudian, tangannya berpusing 360 darjah dan menangkap kelima-lima biji penutup botol itu dalam keadaan masih lagi tersusun elok.

Lagu ‘We are The Champions’ seolah bergema satu rumah. Hana ketawa macam Santa Clause.

“Ho ho ho! Tadi mula-mula aku dah kumpul 100 markah. Lepas tu ni lagi seratus, so total markah dah 200. Korang berapa? 50 ke 5 ya?” Saja je Hana membakar hati, jiwa dan raga teman serumah kesayangannya tu.

Masing-masing dah tayang muka cempedak jeruk.

Kali ni dua ceper tersusun bertingkat. “Ayam!” Jerit Hana gembira. Terus ditarik dua biji ceper itu keluar. Makin senang stage ni. Terima kasih Allah kerana memudahkan laluan jadi aku sebagai seorang juara ni. Seperti yang dijangka, semua ceper dijentik mengena.

Jannah dan Maya makin resah gelisah. Ribut taufan hujan petir semua bergabung tenaga atas kepala mereka. Hana ketawa bagai nak rak. Takda masam lagi ke muka diaorang ni? Perit mata tengok.

Ditimbang lima biji ceper yang sudah disusun bertingkat dan sekali lagi dia berjaya menangkap kelima-lima ceper tu dengan mudah. Hana menjerit gembira  sambil menari poco-poco.

 Jannah dan Maya akhirnya serentak melempar ceper mereka ke lantai.

“Amek amek! Nak sangat menang! Amek!”

Hana ketawa menggila. “Hekeleh, dah kalah nak emosional pulak. Bapak tak cool.” Balas Hana sambil menolak tabung Transformers ke arah kawan-kawannya. Kening dijungkit-jungkit, memberi isyarat kepada mereka supaya memasukkan duit ke dalam tabung tersebut.

“This is the last time we played this stupid game!” Tegas Jannah seraya bangun dan menuju ke biliknya. Beberapa saat kemudian dia keluar dengan tabung pili bombanya.

“Nah.” Tabung pili bombanya dicampak ke arah Hana yang sedang merehatkan berat tubuhnya atas kedua lengan. “Sakitlah penyapu ha! Kau saja kan!” Hana mengambil tabung Jannah dan digoncang-goncang tabung yang sarat dengan duit syiling itu.

Jannah pasang muka tak bersalah. “Tak nak sudah!” Dia berkira-kira nak ambil semula tabungnya sebelum Hana cepat-cepat menjauhkan tabung pili bomba itu dari Jannah.

“Kau nak siku kau buruk ke ha?” Herdik Hana penuh emosi.

Kawan baiknya itu berdengus sambil menunjal dahi Hana dengan perasaan geram. “Mengada!” Hana menjelirkan lidah.

Maya menggeleng kepala. “Nah. Lepas ni kalau kau nak main ceper, kau main dengan budak-budak kat sekolah depan tu ya? Pukul 5 diaorang habis kelas mengaji.” Ujarnya sinis sambil menayang lima jari ke muka Hana. Kawannya itu terangguk-angguk.

“Jangan banyak mulutlah. Bak sini duit cepat.” Hana membuka tutup tangannya. Maya berdesis. Beg tangannya dicapai dan dicampak ke arah kawannya itu.

“Thank you! Just nak clarify things. Ini bukan judi tau. Duit ni ialah duit saraan rumah tangga yang patutnya korang bagi tapi dah masuk dua bulan korang tak bagi.” Ujar Hana.

“Tu nak sedapkan hati ke apa tu?” Sindir Maya.

“Betul laa. Kita main ceper bukan main judi. Aku saja mintak korang bayar. Tak nak korang kecil hati kalau aku direct paksa korang bayar duit saraan rumah tangga kita bertiga. Baik tak hati aku?” Hana menayang senyuman manis.

“Banyaklah kau punya baik.” Jannah menjulingkan mata.

“Okey, aku nak pergi beli ais krim Malaysia. Siapa nak?” Hana bangun dan memakai tudung, dah sedia nak keluar pergi kedai runcit.

“Aku nak perisa milo.” Jannah memesan. “Aku nak anggur.” Maya menambah. Hana membuat tanda bagus sebelum keluar dari rumah dan berlari menuju ke kedai. Lima minit kemudian, Hana muncul dengan satu beg plastik penuh dengan ais krim dua puluh sen.

Mata Maya terbeliak. “Stok sebulan ke?” Tanya dia. Hana menggeleng. “Tak, tiga bulan.” Balas Hana selamba sambil menolak daun pintu dengan kakinya, memberi laluan kepada dua orang remaja lelaki yang sedang membawa dua beg plastik penuh dengan ais krim.

Rahang Maya jatuh. “Kau gila Na.”

“Kan! Aku borong habis kedai bapak budak ni.” Hana menjuihkan bibir ke arah remaja berbaju biru, berkaca mata. Maya dah tepuk dahi. Rosak perempuan ni. “Habis dahlah duit ceper tadi?” Hana angguk laju.

“One shot.”

“Duit saraan rumah tangga konon!” Perli Maya sinis. Hana menarik muka.

Jannah yang baru keluar dari tandas memandang pelik dua remaja yang sedang menyusun ais krim dalam peti sejuk. “Siapa budak dua ekor ni?” Tanya Jannah masih bingung dengan kehadiran dua remaja itu.

“Anak tokeh ais krim Malaysia.” Jawab Maya mendatar. Tak larat dah nak melayan kegilaan Hana.

“Jangan cakap dengan aku si Hana ni sapu habis ais krim dua puluh sen tu?” Jannah memeluk tubuh. Hana berlari ke arah Jannah dan memeluk erat kawan baiknya itu.

“Ya sayang! Aku sapu habis!”    

“Gila kau ni Na! Ni weh, si Alex call aku tadi. Dia kata kau dah lama tak singgah kedai dia.” Jannah menarik Hana ke ruang tamu sebelum menolak kawannya itu duduk di sofa.

 “Lama jugaklah. Last aku pergi masa si ungka tu mula-mula masuk ofis. Apasal dia call kau?” Hana duduk bersila. Wajah bersih Jannah ditatap lama.

“Dah dia call kau tak dapat, dia call la aku.” Balas Jannah melabuhkan punggung di sebelah Hana. Kawannya itu berkerut. Eh tak pernah-pernah dalam sejarah hidup aku reject call Alex.

“Eh mana ada. Kalau Alex call, gerenti aku jawab punya.”

Teman serumahnya itu memandangnya pelik. “Ke kau silent mode kan henset kau? Manalah tahu. Try check tengok.” Jannah beri cadangan bernas. Kepala diangguk. Tanpa berlengah, Hana terus mengambil beg tangannya dan menyelongkar habis seluruh isi beg. Jannah geleng kepala.

 Itulah, handbag takda nak besar lagi. Macam-macam ada dalam beg tu. Torch light ada, i-pad ada, kamera ada, telekung, charger, tisu, sikat, perfume, bedak, aih serabutnya aku tengok. Memanglah susah kau nak cari telefon kau tu Hana oi.

“Jumpa dah! Macam treasure hunt je weh.” Hana ketawa sambil membuat corak tertentu untuk pasword telefon pintar yang baru dibelinya tempoh hari.

“Berapa banyak missed calls?” Tanya Jannah tak sabar.

Hana memandang Jannah dengan pandangan serba-salah. “37 missed calls.” Rahang Jannah jatuh. “Semua Alex punya call?” Hana menggeleng. “Alex call 5 kali je. Yang lain unknown number.”

Jannah mengambil smartphone Hana dan terus mendail nombor tak dikenali itu dengan menggunakan telefonnya. Hana merapatkan telinganya ke telefon yang ditekap ke telinga Jannah, tak sabar nak tahu siapa gerangan di hujung talian. Maya mengambil tempat di sebelah kiri Jannah, turut sama nak dengar.

Lagu Knockin’ on Heaven’s Door kedengaran. Hana, Jannah dan Maya bernyanyi mengikut alunan caller ringtone tu sehinggalah satu suara menyapa.

“Hello.”

Automatik mereka bertiga terdiam, masing-masing kelu lidah. Ha tadi bukan main syahdu berkaraoke. Jannah meletakkan jari telunjuk di bibir, memberi isyarat diam. Suara lelaki ni.

Jannah berdeham perlahan.

“Hello Encik, saya Fazura dari syarikat bekalan air. Saya dapat aduan bahawa kawasan rumah Encik tidak mendapat bekalan air yang secukupnya. Jadi, boleh saya tahu, di mana kawasan rumah Encik?”

Oh my God. Jannah, kau memang ohsem. Suara dia terus berubah nada. Langsung tak serupa dengan suara sebenar dia. Ni kalau aku jadi mamat dalam telefon tu, memang bulat-bulat aku percaya si Jannah ni Fazura dari syarikat bekalan air.

“Cik Fazura, saya baru lepas mandi ni. Alhamdulillah, banyak je air keluar. Mungkin aduan palsu.” Jawab suara di hujung talian.

“Oh ya? Ada kebarangkalian aduan yang dibuat itu aduan palsu, tapi pihak kami masih perlu ambil tindakan. Jadi boleh Encik beritahu saya, di mana kawasan rumah Encik?” Jannah bertanya lagi.

“Boleh, boleh. Saya tinggal di taman kejora 3.” Balas Encik misteri itu memberi kerjasama yang baik.

“Okey taman kejora 3. Oh ya, nama Encik apa ya? Kami perlukan untuk rekod.” Jannah menyuruh Hana menyediakan pen dan kertas, untuk menulis segala informasi.

Hana menanti penuh sabar. Pen di tangan dah diputar-putar macam heli. Berdebar la pulakkan nak tahu siapa yang dok telefon aku bagai nak rak. “Yeah, yeah sure. Saya Akid Zakrey.”

Pen di tangan terjatuh ke lantai. Jannah memandang Hana. Akid?

-

“Hello? Cik Fazura?” Akid Zakrey di talian bertanya setelah agak lama wakil syarikat bekalan air tidak memberi respon. “Ya saya. Maaf ada sedikit masalah tadi. Baiklah, Encik Akid Zakrey bin apa?” Jannah mengurut dadanya, cuba menenangkan diri.

Satu nama yang amat puaka.

“Akid Zakrey bin Haji Musa.” Balas Akid. Jannah mengangguk. “Baiklah Encik Akid, berdasarkan rekod yang ada ni, Encik dah lebih 6 bulan tak bayar bil. Jadi pihak kami telahpun mengeluarkan surat saman kepada Encik. Encik ada terimanya?” Dengan suara yang tenang, Jannah mula merencana cerita.

“What? Eh saya baru je sampai Malaysia. Not even a month. So saya tak guna pun air ke apa. Dan, as far as I’m concern, semua bil dah dibayar before I flew oversea. Apa ni?” Akid mula kedengaran sedikit cemas.

“Maaf Encik. Saya tak tahu apa-apa, saya cuma beritahu Encik berdasarkan rekod yang ada dengan saya ni.” Jannah menukar suaranya ke suara innocent.

Wow. Hana di sebelah sudah menekup mulutnya dengan bantal.

“Well there must be a mistake. Cik Fazura, awak check betul-betul.” Akid meninggikan sedikit suaranya. “Bertenang Encik Akid. Macam nilah. Saya sarankan Encik pergi ke centre kami di Plumbum street berdekatan dengan kawasan rumah Encik. Di situ Encik bolehlah melaporkan kesilapan ni. Saya kat sini tak boleh buat apa-apa.” Ujar Jannah serius.

“Oh di Plumbum street ya. Ok, baik. Terima kasih ya Cik Fazura.” Suara Akid kedengaran lega. “Sama-sama. Terima kasih atas kerjasama Encik.” Jannah mematikan talian. Kemudian, sim kad di dalam telefonnya dikeluarkan dan terus dipatah dua.

Hana memandangnya dengan penuh rasa takjub dan kagum. “Takpa ke sim kad tu?” Tanya Hana. Jannah tersenyum. “It’s just a stupid card. Aku nak tanya ni, kenapa tiba-tiba jantan ni muncul?”

Wajah serius Jannah dipandang lama. “Aku tak tahu.”

“Kau cari dia? Ke kau contact dengan dia?” Tanya Jannah lagi. Kali ni lebih serius bunyinya. Hana menggeleng laju. “Tak. Aku tak pernah terfikir pun nak cari dia. Apa lagi nak contact dia!” Tegas Hana.

Jannah melepaskan satu keluhan berat. “I wish I could kill him.” Ucap Jannah dengan penuh rasa benci. Hana menarik tangan kawan baiknya itu. “So, apa yang ada kat plumbum street tu?” Tanya Hana, menongkat dagunya di atas lutut. Jannah tersenyum jahat. Maya di sebelah yang dah gelak sakan dipandang.

 “Maya cerita sikit apa ada kat situ.” Kawannya itu menjungkit bahu sambil menggeleng.

“Entah. Apa yang ada kat situ Jannah?” Maya memeluk tubuh, pura-pura tak tahu.

“Rumah urut.”


---

Rosebud says: I had super lots of fun writing pasal ceper tu. Hanya mereka yg lahir zaman 90an ke bawah je fhm perasaan saya ni. ceper, batu seremban, polis entry, lubang tikus, rebut tiang, baling slepar etc. mana ade angry bird bagai zmn kita dulu kan. personally, games kita lg best dr angry bird! bias bias :P

wlupun I had lots of fun writing, I'm not sure whether readers boleh fhm ke tak. hrp2 korang mampu guna imaginasi bygkan Hana main ceper ni yep. 

kisah disebalik penulisan ceper ni, I had to call my buddy (kupt) yg berada ni Unimap (saya ingat2 lupa game ni). then si kupt ni dan 4 org member dia terpaksa mengerah otak cuba ingat steps ceper ni. huhu. ohsem kan? so tlglaa readers, enjoy every word of it. kesian kat si kupt dan member2 dia.. ^^
p.s harus bubuh gmbr si kupt ni sbb jasa dia.tp terselit gmbr gedik la pulak. sori for the eyesore. ><
 thanks korang sebab setia menanti, setia membaca. sila bagi KOMEN/NASIHAT yep. jgn lupa tekan sini la sini orait.happy reading!

 to those yg tatau menatang ape ceper tu ni gambonya...




5 comments:

kupt Hidayah said...

"JAMBAN" : itu tempat orang beyak la wehhh!! HAHAHAHAHA,,
hoh! bagos ada nama aku,, hihihiii.. yeah!

Rosebud said...

Memang jamban pun ape nama benda alah tu! hehehe.
daa credit nama ko daa :P

cik syafa said...

Ahahahah kelakar la hana ne, jannah pon poyo je.hhee ketawa tak ingat. :D walaupun ada yg saya kurang fhm tp so far so gud la kak. bes entry kali ne, tak tfkir pon akak akn buat game klasik power gitu.ehehe tp rindu dgn daim la kak, uwaaaa sedih. :( cepat2 sambung ek kak.^^

baby mio said...

best....

Rosebud said...

syafa: tang mana tak fhm tu? ceper ke? adeh. dah cube explain sebaik mungkin. >< insya Allah, next chptr Daim ade ye. ^^

baby mio: thanks baby <3

Post a Comment