Sunday, April 14, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 25

Bibir Daim mengukir segaris senyuman satu tin susu cair saat matanya menangkap kelibat gadis itu. 1 kilometer padang jarak pun, dia mampu kenal kelibat yang satu ni. Ada sesuatu yang lain pasal dia hari ni. Dari tadi dia perasan, tapi apa ya?

Hana mengerutkan muka tatkala mata mereka bertemu. Saat tu jugak bibirnya mengerekot geli. “Awak buat apa kat sini?” Terjah Hana tak beri salam. Tiba-tiba rasa berapi tengok muka si ungka ni. Yelah, siapa suruh selamba main confess tak tentu hala? Ingat aku ni dinding ke senang-senang je kau nak confess rasa cinta bagai!

Lelaki tu sedikit ternganga. Bengang barangkali. Tiba-tiba je kena sound macam tu je kan. Padan muka hang. Dasar hati takda disiplin!

“Kau...dah berubah. Tahniah!” Kepala Hana diusap macam anak kucing. Cepat-cepat Hana jarakkan kepalanya daripada tangan lelaki tu. Wah sesedap oren je kau pegang kepala aku. Nasib baik kepala aku ni bertutup.

“Apa maksud awak saya dah berubah?” Keningnya masih bertaut.

 Daim tersenyum lagi. “Dah tak buta warna. Padanlah mata aku ni terang benderang je hari ni. Tak silau.” Daim memejam-celikkan matanya, saja nak bakar hati Hana yang dah sedia panas tu.

Hana menjeling geram. Nak kata aku tak pakai baju color block lagi la tu ya. Memang pun. Semua sebab kau tau! “Awak buat apa kat sini? Nak jumpa Encik Takahashi ke?” Hana bertanya serius. Sejak sejak lelaki tu buat pengakuan berani jiwang toksik dia tu, tak sanggup dah nak bergurau atau berlembut sikit dengan dia.

Lelaki tu angguk sambil matanya masih tak berganjak, terlalu leka menjamah setiap inci wajah gadis tu. Overboard betul la mamat ni. “Shu-chan mana? Lama tak nampak dia.” Hana memandang sekeliling.

“Kejap lagi dia mai. Dia busy sikit, macam-macam tempat kena pergi.” Ujar Daim akhirnya mengubah haluan pandangan matanya. “Awak tak ikut dia pulak?” Hana menjungkit kening.

Kepala digeleng. “Takkan 24 jam nak berkepit sebelah ketiak dia je.”

Hana menyengetkan bibir. Takkan nak berkepit 24 jam? Hekeleh. Poyo betul. Bukan selama ni memang korang berkepit je ke? Nasib baik aku clarify kat geng Powerpuff girls cakap yang hangpa berdua ni bukan gay tau. Kalau tak, mahu heboh satu Malaysia, anak lelaki tokeh kilang sabun ada hubungan dengan PA lelakinya. Eww..

“Konnichiwa minna-san*!” Suara ceria merry-go-round Shuichi menyapa.

Daim dan Hana menoleh serentak. Panjang umur mamat Jepun ni! Barisan giginya yang putih bersih terserlah bila senyuman yang tertampal di wajahnya semakin berbunga. Shuichi menarik Daim ke dalam pelukan. Belakang badan sepupunya itu ditepuk-tepuk. (*Konnichiwa minna-san= Selamat tengah hari semua!)

“Genki sou desu ne. Doshiteru?*” Tanya Shuichi, meleraikan pelukannya. (*Genki sou desu ne=Nampak sihat kau. *Doshiteru=macam mana  okey?)

“Maamaatte toko da. Isogashikutte na.*” Balas Daim riang. Rindu jugak kat mamat mata sepet ni. Teman bertekak takda seminggu dua ni, rasa sunyi jiwa. “Shu-chan, mana menghilang?” Pertanyaan Hana mencuri tumpuannya. Senyuman Shuichi makin melebar. (*Maamaatte toko da=Macam biasa la. *Isogashikutte na=busy sikit)

“Hana, I missed you girl. Macam dah kurus sikit je?” Dipandang kaki Hana dan naik hingga ke muka. “Tapi pipi still macam kuih pau.” Sempat dia menambah. Hana menggigit bibir. Amboi si Shu ni. Dah kena virus annoying si ungka ni ke? Jangan kau pun confess kat aku dah la.

“Gyoza, gyoza*.” Sampuk Daim sambil tergelak kecil dan diikuti dengan tawa Shuichi. Kedua kening Hana terjungkit. Ni yang aku malas ni kerja kat kompani Jepun. Asal nak mengata je speaking bahasa Suzuki Yamaha Mistubishi depa tu.(*Gyoza=pau/dumpling)

Shuichi tergelak bila melihat muka Hana. Jeruk masam sikit je dari muka dia. “Alaa gurau je la Hana. Itu pun nak marah. Ha korang berdua buat apa kat sini? *Oji.. I mean, ayah saya nak jumpa ke?” Shuichi bertanya sambil mengerling Daim yang dah berubah warna.Tersilap sebut la pulak.Terus berubah pandangan matanya. Macam terkeluar-keluar pedang dari kedua bijik mata dia tu. Scary.(*Oji=pakcik)

Hana mengangguk. “Dia nak jumpa awak jugak ke?”

“A’ah. Awak pun? Jomlah masuk. Tunggu apa lagi kat luar ni?” Shuichi menarik bahu Daim ke arah pintu ofis CEO Samurai Group, Encik Takahashi.

“Let’s goo!” Hana mengikut dari belakang.

“Bersemangat pulak dia.” Daim menoleh, memandang Hana yang dah tayang lidah. Aduh, comel la pulak budak ni. Setelah berdeham dua kali, Daim kembali menala pandangan ke depan.

Tak mahu jatuhkan saham hormon testosteron seorang lelaki kalau perempuan gila color blind ni tengok muka memerah aku ni. Sejak bilalah aku ni tak boleh tengok perempuan tayang lidah? Tayang lidah je kot! My God..Daim menggaru kepala yang tak gatal.

“Kau okey?” Tanya Shuichi sambil mengetuk pintu. Sepupunya itu sekadar mengangguk. “Okey.”
“Come in.”
Suara dalam dan garau Encik Takahashi selalu buat urat kaki dan lutut macam nak tercabut. Hana tak berani nak angkat muka. Elok jugak makhluk dua orang depan ni tinggi menggalah. Dapatlah jugak menyorokkan diri yang kerdil ni dari pandangan tajam lagi berbisa empunya kompani ni.

“My favourite trio!” Ucap Encik Takahashi kuat. Hana mendongak saat Daim dan Shuichi menjarakkan diri, memberi ruang kepadanya untuk menapak ke hadapan.

Wajah ceria Encik Takahashi dipandang lama. Apa kena dengan orang tua ni? Tak pernah-pernah ceria meria macam ni. Jumpa jodoh ke? Yelah, dengar kata si Powerpuff girls tu, bini dia kena halau, lepas tu menghilangkan diri. Ada orang kata dia dah meninggal. Ada yang kata dia memencilkan diri kat pulau. Ada lagi cerita kata, dia jadi coach untuk bola baling kat Malaysia.

Entahlah.

“Guys, this is the new CEO of Chemtech,” Ucap Encik Takahashi sambil menyengetkan sedikit tubuhnya, memperkenalkan seseorang.

Shuichi, Daim dan Hana turut menyengetkan kepala masing-masing, nak melihat siapa CEO Chemtech yang dah kasi orang tua hati besi ni tiba-tiba jadi happy-go-lucky brat. Rasa macam masa berjalan dalam mode slow motion la pulak.

“Mr Akid. Here they are. Shuichi, Hana and Daim. Samurai’s big men!”

Hana rasa macam air liurnya tersekat di kerongkong. Matanya tak berkelip memandang lelaki tinggi lampai bersut penuh tu. No wonder la dia ada kat tandas lelaki tadi. Dahi dipicit-picit. Tiba-tiba rasa berpinar.

Daim memandang Hana di sebelahnya. Gadis itu berubah kalut. Hilang sudah segala keyakinan overloaded dia yang selama ni ditayang bilamana mereka bersama. “We’ve met. Right Ha—” Akid terdiam bila Daim menapak ke depan, menghulurkan tangan.

“Yeah we’ve met. In the loo.” Angguk Daim.

Akid memandang Daim dengan wajah yang sedikit terkejut. “Yes.. We did. It was you. Daim.” Tangan Daim disambut dengan senang hati. “It was me.” Daim ketawa. Kemudian, dia memberi isyarat kepada Shuichi, memaksa sepupunya itu mengorak langkah.

“And I’m Shuichi! Nice to meet you.” Giliran Shuichi pulak bersalaman dengan lelaki tinggi lampai tu. “Hi, nice to meet you too. You’re a Japanese?” Akid bertanya mesra.

“I am. You’re a Japanese too?” Tanya Shuichi gembira. Orang Jepun memang suka buat connection dengan bangsa sendiri. Senang nak berinteraksi. Dah faham wangi busuk perangai sebangsa.
Akid menggeleng. “Iie. Demo, watashi wa Nihon daigaku de benkyou o shimashita.*” Fasih dan lancar. Shuichi terangguk-angguk kagum. “Sokka? Jaa, hajimemashite. Yoroshiku onegai shimasu Akid-san.*” Ucap Shuichi sambil menundukkan tubuhnya. (*Iie= Tak. *Demo, watashi wa Nihon daigaku de benkyou o shimashita= Tapi saya pernah belajar kat universiti Jepun dulu. * Hajimemashite=salam perkenalan. *Yoroshiku onegai shimasu=nice to meet you.)

“Hai, yoroshiku onegai shimasu.” Akid turut sama menundukkan tubuhnya 45 darjah. Adat orang Jepun, sebagai simbol perkenalan atau tanda hormat.

Sedang Shuichi beramah-mesra dengan Akid, Daim berundur beberapa langkah, menghampiri Hana. “Kau okey tak?” Bisik lelaki tu. “Ha?” Matanya bulat memandang Daim. Bibirnya terketar.

“Kalau kau rasa tak selesa, kau pergi balik. Pandailah aku cover kau.” Daim merapatkan sedikit bibirnya ke kepala gadis itu. Risau pulak tengok muka dia. Makin pucat. Apa dah jadi sebenarnya? Siapa Akid ni sampai perempuan brutal ni jadi fragile sampai macam ni sekali?

Gadis itu diam sejenak sebelum menggeleng kepala. “It’s okey.”

“Is everything alright?” Encik Takahashi bertanya sambil mencekak pinggang.  “Semua okey.” Jawab Hana dan Daim serentak. Akid mengalihkan tumpuannya pada gadis itu.

Hana menelan air liur yang dah rasa macam telan batu sungai. “Cik Hana,” Sapa Akid lembut. Hana mengangguk sedikit. “Okey, done with the ice breaking session, now it’s time to talk about business. Have a seat gentlemen, Hana.” Encik Takahashi tak membuang masa, terus saja dia memulakan mesyuarat untuk berbincang tentang consortium antara Samurai Group dan Chemtech.

Sepanjang mesyuarat, satu benda pun tak masuk dalam kepalanya. Fikiran Hana menerewang ke tempat lain. Dan, dia langsung tak berani nak bertentang mata dengan Akid yang sentiasa merenungnya, mencuri pandangnya. Paling tak tahan, sikit-sikit lelaki tu akan bertanyakan pendapatnya, komennya. Sengaja mahukan perhatiannya.

Ya Allah..

-

“Hana.” Panggil Akid, mengejar Hana yang berjalan selaju mungkin. Gadis tu pura-pura tak mendengarnya. “Hana, please!” Panggil Akid lagi. Hana menambah kelajuan pada langkahnya.  Tak nak bersemuka dengan lelaki tu.

“Hana!” Jerit Akid. Tangannya mencapai lengan gadis tu. Hana tak terkata. Deru nafasnya tak teratur, dadanya berombak laju. Wajahnya pucat. “Hana..” Suara Akid mengendur. Gadis itu mendongak, membalas pandangan matanya.

“What Akid? What?”

Akid tak mampu berkata apa-apa bila melihat air mata yang bergenang di tubir mata gadis itu. Perlahan, Akid melepaskan pegangannya dan Hana terus melangkah pergi. Akid tunduk, kedua tangannya dijatuhkan ke sisi. Satu keluhan berat dilepaskan.

“Hana..”

-

Menangis. Perempuan gila tu menangis.

Daim menyandar pada kerusi. Adegan selepas mesyuarat tadi berlegar dalam kepala, macam filem yang diputar tanpa henti. Macam Astro First tu. Kepala digaru-garu. Perlu ke aku telefon dia? Kalau telefon nak cakap apa?

 Saja tanya khabar. Kau gila? Baru tadi kot kau jumpa dia. Sah sah dia sihat walafiat.
Habis tu nak bagi alasan apa? Aku risaukan kau. Kenapa kau nangis? Itu lagi luar planet Daim. Nanti perempuan buta warna tu kata kau stalker dia pulak. Kau nak dapat title busuk tu? Daim-si stalker. Laju kepalanya menggeleng.

 Daim bangun. Resah hatinya melihat wajah muram gadis tu. Ditambah pula dengan air mata yang bergenang, lagi tak tentu arah jiwa ni. Kacau betul la! Smartphone atas meja diambil. Nombor Hana ditenung lama.

 “Nak call, call je la. Dok tenung handphone tu bukan dapat dengar suara dia pun.”

Melambung terus telefon Samsung tu jatuh ke lantai. Daim menjeling Shuichi tajam sebelum mengutip telefonnya. Nasib baiklah henset ni tahan lasak. “Kau dari mana?” Tanya Daim, menukar topik.

“Dari dapur. Nak?” Sebiji epal dihulur. Daim menggeleng. “Kau ni, aku perasan, dah banyak berubah sejak dua menjak ni.” Ujar Shuichi tiba-tiba. Terus bercantum kening Daim. “Maksud kau?”

Bahu dijungkit. “Yelah. Kau makin.. soft.”

Lagi berlipat dahi Daim mendengarnya. “Aku straight okey.” Suara Daim berubah keras. Pantang betul bila orang persoalkan bab kejantanan aku  ni. Shuichi ketawa besar. “Itu aku tahu. Maksud aku, hati kau. Makin soft. Especially dekat Hana.”

Oh. Hana. Daim berdeham kecil.

“Aku tengok kau dengan dia macam dah get along. Yeke?” Shuichi melompat duduk ke atas sofa. Siaran perlawanan bola sepak antara pasukan Chelsea dan Manchester United langsung tak  menarik perhatiannya. Soal cinta cintut Daim lagi syok layan.

Sepupunya itu menarik muka masam. “Kau sibuk nak tahu apasal?”

“Yelah, mestilah kena sibuk nak tahu. Kau cousin aku. Dia favorite lady aku. So cite laa cepat. Kau dengan dia ada apa-apa going on?” Tanya Shuichi sambil merapatkan kedua jari telunjuknya.

Mula dah dia menjiwai watak wartawan Melodi.  Daim menjulingkan mata. “Takda apa-apa pun. Cuma aku dah kurang rasa marah kat dia. Dah tak benci.” Balas Daim jujur. Shuichi mengoyak senyum lebar hingga ke telinga.

“So kalau dah tak benci, suka ada?”

Daim berkira-kira mahu mencampak smartphone ke muka sepupunya itu, namun Shuichi lebih pantas cakap, “Nanti kalau rosak, tak boleh call Hana!” Daim menggigit bibir. Botol plastik betul la si malaun Jepun ni. Semak kepala otak aku!

Shuichi ketawa sakan tengok keresahan kekalutan sepupunya tu. Luar alam semesta tu. Mana pernah mamat hati keluli ni jadi macam ni punya cemas, resah, kalut. Tahniah Hana, kau memang hebat!

“Puas gelakkan aku?” Sindir Daim panas.

Lelaki Jepun itu angguk laju. Mestilah puas! Gila tak puas? “So kenapa kau nak call dia malam-malam ni?” Tanya Shuichi bila tawanya dah reda sedikit. “Tadi dia menangis.” Ujar Daim.

Terus wajah Shuichi berubah serius. “Kenapa? Apa kau dah buat kat dia!” Nada suara Shuichi melonjak naik. “Bukan akulah!”

“Dah tu siapa?”

Daim diam menyepi. Patut ke tak aku beritahu mamat Jepun ni? “Siapa Daim?” Gesa Shuichi, semakin hilang sabar. “Takda siapalah. Okeylah, aku penat. Aku tidur dulu.” Tanpa banyak cerita, Daim terus masuk ke dalam bilik, meninggalkan Shuichi terpinga-pinga dengan epal di tangan.


---

Rosebud says (pjg berjela):

Thanks byk-byk readers sbb setia membaca cerita tak seberapa ni. ada yg menanti penuh sbr. sumpah terharu ^^ nk mintak maaf awal2 sbb alhamdulillah saya dpt lanjutkan pelajaran, so MAYBE, maybe la, akan upload next next next chptrs lambt sikit. sepuluh jari tangan dan kaki dihulur.
and hope u guys doakan and support me til d end okey insya Allah! ^^
rasanya korang daa boleh agak siapa Akid ni kan? cite ni very light,so tak yah la pikir beriya siapa Akid tu. nama pun cite rekaan kan. ><

so, moga korang enjoy baca ni. dan silalah paksa member2 baca karya terulung yg humble ni yep. maceh daun pudina. happy reading! jangan lupa KOMEN/bg NASIHAT lepas baca tau. 

lagi satu nk promote lagu2 dlm blog ni. sedap kan? semua ni self written oleh adik bradik yg ohsem (lahir thn '96 & '99 okeh!) nama depa ialah Akdong Musician (akdong=kanak-kanak). sila layan. kalu xsuke, pause kan je.) ><

p.s sila klik di sini sini tau utk baca my second cerita. arigatou minna san! <3

3 comments:

cik syafa said...

xpe la kak. janji ada next chpternya nanti. tp jgn lmbt2 sgt tau updte citer ne.hehe syg akak ketat2 sbb buat citer bez gitu. lagu dia pon oke gk. :) aja2 fighting kak rose!! smga akak dpt siapkn citer ne smpai hbis. ngee!

Rosebud said...

Huhu..terima kasih daun selaseh syafa^^
Insya Allah akk try uplowd next3 chapter selaju unifi.klu tetbe jd mcm unifi xbyr bil,halallaa ye...doakan akk eh. Nado saranghae :-*
Support me yep.B-)

cik syafa said...

Sama2 kasih kak rose.ehehe wau selaju unifi erk kak? bgus2. dah tak sabar ne tnggu next chpter. rndu dgn daim & hana. :D akak jgn rsau la, doa kmi smua readers ne akn slalu mengiringi akak. cehhh ^^

Post a Comment