Wednesday, April 3, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 23

Hana menggaru belakang telapak tangan. Time time ni la nak gatal. Orang kampung aku kata, kalau tangan gatal ni maknanya nak dapat duit. Si ungka ni nak bagi aku duit? Kalau macam tu, tiap-tiap hari pun aku nak tumpahkan hot choc kat baju dia.

Hailoo, untung mak!

Kakinya melangkah mengikut laluan Daim. Sekejap belok ke kiri, sekejap lagi belok ke kanan pulak. Sekejap lagi lepas tu, dia boleh pulak buat reverse. Babuncit betul main-main undur tak bagi salam. Lagi best bila tiba-tiba dia buat u-turn, terus jalan straight keluar dari department R&D, dan sekarang, Hana dah tercungap-cungap depan lif. Serius rasa nak sekeh kepala si ungka ni.

Daim mengerlingnya sekilas. “Penat?”

Wah, wah kau. Suara tak nak sinis lagi mamat ni. Siap angkat-angkat kening lagi. Sekali aku sikukan mulut tu, senget seminggu baru tahu. “Mana ada penat. Saja nak lebihkan oksigen dalam badan.” Balas Hana. Rasanya dah cukup bijaksana jawapan aku.

Lelaki tu tergelak sinis. “Oxygen my foot.”

Hana menyengetkan bibir, dah berkira-kira nak sembur mamat ungka ni dengan berkajang-kajang sumpah seranah.Tapi bila fikirkan balik pesan Encik Takahashi yang suruh aku jaga spesis monyet ni dengan Shuichi, terpaksalah aku straight kan balik bibir ni.

Daim mencuri pandang Hana. Kali ni lebih lama. Selendang berwarna biru navy, blouse berwarna light pink dan seluar jeans berwarna biru gelap. Dah macam traffic light dah aku tengok. Erk...boleh migrain tengok lama-lama.

“Apa usha-usha?” Gadis itu membulatkan matanya.

Hampir tersembul keluar bijik mata Daim dengan herdikan perempuan petite ni.Sudahlah pagi-pagi lagi dia dah mandikan aku dengan hot choc dia tu. Lepas tu confident je marah-marah aku kan. Daim merenungnya lebih lama, dan tajam. Tangan yang tadinya di sisi dibawa ke dada, memeluk tubuh.

Hana memandang Daim dengan penuh rasa menyampah. “Lagi aku marah, lagi seronok dia tengok aku. Korek bijik mata tu kang.”

Lelaki tu membuka mulutnya untuk beberapa saat sebelum kembali menutupnya. Tak jadi nak membalas. Wajah serius ditampal selama mungkin.  Hana menarik kerut. Serius, menyampah tahap gaban kat si ungka ni. Bajet diri tu awesome dan cool je. Aku lagi awesome dan cool kot.

Sejurus pintu lif terbuka, Daim memberi isyarat kepada Hana, menyuruhnya masuk ke dalam lif. “Eleh. Berlagak gentleman. Lif je kot.” Ujar Hana sambil mencebik.

Daim menjulingkan mata. Malas nak balas. Nanti sampai ke lusa pun belum tentu habis sesi bidas-membidas minah ni. Pandangan mata Hana singgah pada wajah lelaki itu.

Aik, pelik ni. Daripada tadi si ungka ni berlagak mithali. Apa hal? Misteri la pulak tiba-tiba dia diam je. Marah lagi ke pasal corak batik kat baju dia tu?Ala hot choc je kot. Susah-susah sangat, nanti aku ganti la. Berapa ringgit la sangat t-shirt dia tu. Hana cuba bayangkan bahagian Parkson yang jual pakaian lelaki. Selalu diskaun gila kentang kat Parkson. Bolehlah kejap lagi singgah, alang-alang tu boleh beli hadiah untuk si Jenab sekali.

Sejurus pintu lif terkuak, Daim dengan langkah lebarnya menuju laju ke department HR. Hana masih setia mengikut dari belakang. Apa saja plan si ungka ni. Beberapa mata mencuri pandang mereka. Hana melempar senyuman penuh lemak berkrim sambil melambai-lambai. Sejak-sejak kemunculan si ungka ni kat Samurai Group, tergendala jugak jadual aku mencari publisiti kat sini. Jadi, inilah masanya nak memuncakkan kembali populariti yang kian menjunam tu. Bila lagi nak berlagak Miss World kan?

Kak Mida dari jauh dah ready dengan pose Miss Universe dia sambil membalas lambai Hana. Tak padan dengan bunting, boleh lagi nak gedik sama tu. Ni kalau Budin ada, mesti dia lagi gedik pose over the top. Hana ketawa. Cuba membayangkan Budin melentikkan tubuhnya.

Yuk. Jijik betul.

Hana baru saja nak layang flying kiss, tiba-tiba hidungnya bagai dihenyak sesuatu yang keras. “Adoi!!” Hana terkebelakang. Tangannya menggosok hidung yang dah rasa macam rata kat muka. Ahh..penyek hidung aku.

“Mata kau letak kat mana? Lutut?” Tengking Daim dengan muka bengis.

Ha padan muka kau Hana. Perasan Miss World lagi. Dah tahu perangai gedik tu puaka, kau lagi nak praktikkan. Kan dah kena sembur depan department HR. Argh jatuh saham aku. My water face....Benci si ungka ni!

Hana tunduk memandang kaki sambil bibir bawahnya dicebikkan. Muka monyok habis.Kedua jari telunjuknya dirapatkan pada hujung jari berulang-kali.  Untuk beberapa saat Daim memandangnya tanpa marah, tanpa kata, sebelum lelaki tu kembali meneruskan langkah. Tak jadi nak meneruskan sesi maki-hamun. Hana menarik senyum lega. Ada gunanya jugak aku layan drama Korea. Terima kasih perempuan-perempuan Korea yang dah ajar aku kegunaan muka perasan cute ni.

Kamsahabnida.

Sebaik saja mereka tiba di pantry, Daim menoleh. Hana mendongak, membalas renungan ngeri lelaki tu. “Awak nak saya buatkan awak hot choc ke?” Tanya Hana dengan nada tak bersalah.

“Aku nak kau basuh baju aku ni.”

Belum pun sempat Hana jerit, ‘Nanti!’, Daim sudah pun menanggalkan t-shirtnya. Hana tak berani angkat muka. Pervert punya ungka!Dasar tak pergi sekolah!

“Hoi, basuh ni.” Daim menghulurkan t-shirt yang terkena hot choc tu.

“Sekarang?” Hana bertanya,  masih setia memandang kasutnya.

Daim menggeleng. “Tak, dua tahun lagi.”

Hana terus mendongak. “Okey, see you in two years!” Hana terus melangkah keluar dari pantry. Tapi langkahnya terhenti bila suara Daim menyapa telinganya. “Kalau kau nak satu department HR tengok aku dan kau macam ni, kau try la keluar pantry ni.”

Perlahan-lahan, Hana menoleh. Daim sedang menampal senyuman bongkak dia tu sambil memeluk tubuh dengan hanya...berpagoda. Okey, mamat ni..saja nak test keimanan aku yang senipis kulit kentang je ni.

“Awak selalu pergi gym ke?”

Hana rasa macam nak lempang je mulut sendiri bila melihat perubahan pada wajah Daim. Bodoh Hana, mulut kau memang takda pak guard! Alamak, macam mana ni? Macam mana ni? Macam mana? Mesti dia fikir aku ni perempuan otak kuning gilakan lelaki pakai pagoda. Waa...

Daim menarik senyum separuh. “Aku akan anggap macam kau tak pernah tanya aku soalan tu.” Lagi membara hati Hana mendengarnya. Ciskek betul la si ungka ni. Paling sakit hati dengan senyuman dia tu. Ingat kita tengah shooting iklan colgate ke ha! Eee menjengkelkan sungguh!

“Eh ungka! Mana ada saya pervert! Awak tu yang pervert!” Jerit Hana beriya.

Lelaki tu menjungkit bahu. “Ada aku cakap kau pervert?” Kening dijungkit-jungkit. Hana menjeling. Serius rasa nak siku je mamat ni. “Whatever. Bak sini baju tu. Biar saya cuci.” Hana mengambil t-shirt dari tangan Daim dan terus menyuruh lelaki itu ke tepi.

Pintu almari di bawah sinki dibuka dan pelbagai jenis detergent ada di dalamnya. Sebotol sabun basuh baju diambil. “Basuh bersih-bersih.” Arah Daim. Suaranya berbunga riang. Barbiturate betul la si ungka ni. Sabar jela.

“Ya.” Balas Hana sambil mengetip gigi. Cecair sabun disapu pada bahagian yang terkena hot choc dan digosok sehingga kesan hot choc tu hilang. “Bagus, gosok lagi. Bersih bersih!” Daim memberi semangat.

Hana memejamkan mata. Wargh tensionnya aku dengan si ungka ni. Ya Allah, tolonglah, bagi aku terajang mamat ni. Sekali je, please..aamiin.

“Ha, cuci elok-elok. Make sure kesan batik tu hilang.” Tambah Daim, sengaja nak membakar hati gadis tu. Hana menggigit bibir. Istighfar Hana, istighfar. “Dah. Awak nak saya keringkan macam mana?” Hana bertanya setelah memerah t-shirt Daim yang dah bersih tu.Takkan sepanjang hari si ungka ni nak pakai pagoda ke hulu ke hilir. Itu dah mencabuli hak asasi wanita tu namanya!

Daim menuncungkan bibirnya ke arah mesin pengering tangan yang tergantung di dinding. Hana angguk. Fuh, lega. Kiranya mamat ungka ni masih menghormati hak-hak wanita. T-shirt Daim dikeringkan tanpa banyak bunyi. Legalah katakan.

“Dah kering?” Tanya Daim, dah penat agaknya menunggu.

“Lagi sikit.” Balas Hana.

“Ke kau saja buat-buat tak kering? Mana tahu kau nak tengok aku macam ni lama-lama.” Terus berkerut dahi Hana. Ee tolonglah mamat ni. Ingat aku ni desprate sangat ke nak tengok badan kau yang memang gagah tu?

“Kirim salam eh!” Herdik Hana.

“Kat siapa?” Balas Daim laju. Hana menjeling dengan penuh perasaan.

“Kat nenek jiran awak!”

Daim tergelak besar. Konon-konon benci, tapi muka tetap merah menyala. Hana, Hana.. Macam mana la aku nak berhenti sakat kau dah kalau macam ni punya best reaksi kau? Sampai bila-bila pun aku sanggup sakat kau.

Setelah lebih 10 minit Hana tercongok depan mesin pengering tangan, akhirnya kering jugak t-shirt kepunyaan lelaki tu.“Dah kering dah.” Hana menghulurkan t-shirt kepada Daim. Lelaki tu memegang t-shirtnya. “Hm, kering. Hot choc tu pun dah takda. Nice job.”

Entah kenapa hati Hana rasa macam melonjak gembira. Ni kali pertama tu si ungka ni puji aku. Wah, julung-julung kali. Boleh masuk Malaysia’s book of record ni. Hana tersipu. Malu la pulak.

“Iya? Bolehlah saya bukak kedai dobi eh.” Ujar Hana dengan nada gembira.

“Gerenti takda siapa nak hantar baju kat kedai kau.” Balas Daim ala tukang tilik. Hana menjeling. “Pakailah cepat baju tu.” Sakit mata aku tengok kau separuh bogel ni tahu.

Daim menjungkit sebelah kening. “Kau nak aku pakai baju komot-komot ni? Aku tak selekeh macam kau. Pergi gosok.” T-shirt itu dibaling ke wajah Hana. Terus terlopong mulut gadis itu.

“K-Kau ni....wargh!!” Hana mengepal penumbuk. Meluap-luap rasa nak bunuh lelaki ni. “Aku apa? Apa?” Daim merapatkan jurang antara mereka. Hana menjengket kaki, mata bertentang mata, hidung bertentang hidung.

“Kau...Daim.” Suara Hana mengendur. Daim menarik sengih sinis sambil kembali memberi jarak. “Kejap, saya pergi carik seterika.” T-shirt di atas lantai diambil dan Hana terus keluar dari pantry dengan langkah tak bermaya.

Sebaik saja Hana menapak keluar dari pantry, dia terus diserbu oleh Kak Mida dan wartawan Samurai Group, geng Powerpuff girls. “Sesungguhnya, adalah syubha apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan dalam pantry.” Ujar Rin.

“Di antara laki-laki dan perempuan yang duduk berdua-duaan, akan ada orang yang ketiga yakni laknatullah, syaitan nirrajiim.”Tambah Pinat sambil menjulang tangan kanannya.

Joy mencuri pandang ke dalam pantry. Mulutnya ternganga. Terus tangannya menutup mulut. Wajah selamba Hana dipandang macam nak telan. “Hana! Apa kau dah buat ni?” Tanya Joy tanpa suara.

“Mana ada aku buat apa-apa.” Balas Hana sempoi. Riak wajahnya tak berubah. Bukan aku buat benda merepek pun dengan si ungka tu. Basuh baju. Salah ke?

Kak Mida menarik Hana menjauhi geng Powerpuff girls.“Akak, ada seterika?” Tanya Hana laju. T-shirt Daim di tangannya disangkut ke bahu. “Ada, tapi kat rumahlah. Kau nak buat apa dengan seterika? Eh Hana, lelaki tu molest kau ke?”Terus pecah tawa Hana.

“Eh tak kelakarlah Hana!” Lengan Hana ditampar kuat. Gadis itu mengerang kesakitan. Tangan made of keluli la kak Mida ni.

“Kak Mida, akak patut tanya, Hana molest mamat tu ke?” Suara nyaring Herlina menyapa dari belakang. Tawa Hana mati secara automatiknya. Pantang betul telinga aku dengar suara terlebih pitch ni.

“Apa maksud you?” Joy, Rin dan Pinat berjalan merapati mereka.

Tumpuan masing-masing pada Herlina. “You all buta ke? Tak nampak lelaki tu bogel?”

“Separuh bogel. You lupa perkataan separuh.” Hana sempat mencelah.

Herlina menjelingnya. “What. Ever! So kembali to cerita I tadi, tak silap I, zaman nabi dulu, baju siapa yang koyak dia yang innocent. Dalam kes si Hana ni, lelaki tu yang innocent. So Hana, you nak I panggil JAIS sekarang?” Herlina memandang Hana atas bawah.

“Akak nak interrupt sikit. Kau nampak lelaki dalam pantry tu?” Tanya kak Mida.

Herlina mengangguk. “Mestilah nampak. Kak Mida ingat I ni takda otak macam Hana? Buat maksiat tak kena tempat.” Balasnya sambil menyelak rambutnya ke belakang.

Hana terangguk-angguk.“Siapa lelaki tu?”

“Some guy. I lupa nama dia.” Herlina meniup kukunya.

Rin menghampiri Herlina. “You ni Her, tak nampak buat cara tak nampak. Jangan buat cerita. Fitnah tu.” Nasihat Rin lembut. Dengan Herlina, tak boleh kasar-kasar. Kena ladylike sentiasa.

“I nampaklah! Mari sini!” Ditarik tangan Rin hingga ke depan pantry. Langkahnya terhenti di situ. Matanya tak berkelip melihat seorang lelaki bertubuh gagah dan hanya berpagoda sedang menyandar pada sinki dalam pantry sambil merenung ke arahnya. Herlina terasa macam hatinya dipanah si arjuna cinta.Muka lelaki ni.. OMG. Hensem you! Tangan Rin terus dilepaskan dan kakinya terus melangkah ke dalam pantry.

“Hi, I’m Herlina. You?” Tangan dihulur sambil senyuman menggoda dipamerkan.

Hana dan kak Mida saling berpandangan. Rin tak terkata. Joy dan Pinat dah geleng kepala mengucap panjang. Tadi bukan main bersemangat bertazkirah. Siap sebut kisah Nabi Yusuf  dan puteri Zulaikha tu. Sekarang apa da jadi daa?

Daim memandang tangan gadis tinggi lampai itu sebelum kembali menala pandangan ke wajah gadis bernama Herlina itu. Cantik. Tapi gedik.“You nampak Hana? Suruh dia cepat sikit.” Ujar Daim sebelum menolak Herlina ke tepi dan menuju ke meja makan.

Herlina terasa bahang matahari betul tepat di atas kepala. Biadap betul lelaki ni. Dalam banyak-banyak perempuan, si gila tu jugak dia nak! “I tak kenal perempuan gila tu.” Herlina memusingkan tubuhnya menghadap Daim yang dah duduk menyilang kaki.

“Kalau tak kenal mana you tahu dia gila?” Daim bertanya bersahaja. Herlina terpinga-pinga. “I macam pernah tengok you la. You model ke? I kenal banyak model. I pun pernah modelling jugak.” Topik segera diubah. Herlina menarik kerusi bersebelahan dengan lelaki tu.

Daim menarik sengih separuh. “Is this your way to have a chat with a guy?” Daim memandang gadis tinggi lampai tu. Herlina diam untuk sesaat. “Well..” Belum pun sempat Herlina menambah, Daim segera potong.

“Well, it sucks! Go away.”

Hana, kak Mida, Rin, Joy dan Pinat menahan gelak melihat Herlina berkawad kaki keluar dari pantry dengan muka masam mencuka. “Her, dapat nombor fon lelaki bogel tu tak?” Tanya Joy ikhlas menyakat.

“Shut up Joy!” Tengking Herlina.

“Itulah, I dah pesan. Jangan buat fitnah. Dosa. Kan dah terkena.” Rin ketawa mengekeh. Herlina menghentak kaki tanda protes. “Hey you all, jangan over eh. Mana ada I terkena. I yang malas nak layan lelaki bogel tu. You all pergi la layan dia, especially you Hana. You kan pandai layan lelaki.”

Hampir saja melayang buku lima Hana mengenai mulut gadis tinggi lampai itu, nasib baik kak Mida gagah memegang tangan tangan Hana, menahannya dari melakukan sesuatu yang tak bermanfaat.

“Malas aku nak layan kau, Herbivor.”

Dan Hana terus pergi dari situ. Dalam kepala ada dua benda je, sama ada patah balik dan terus tumbuk si Herlina tu, atau pergi carik seterika, gosok baju si ungka ni dan boleh sambung kerja balik. Option yang kedua tu nampak lebih demokratik, lebih cerah masa depan.

“H-Herbi..H-Herbivor? Hei perempuan gila! You jangan kurang ajar he!”

Hana melambai tanpa menoleh ke belakang. “Sayounara... Herbivor!”

-

Daim tersenyum lebar bila sehelai t-shirt yang sudah siap digosok berada di depan mata. Diambil t-shirt itu dengan penuh rasa teruja. “Walaupun aku bengang kau ambil masa lama nak gosok baju. Tapi disebabkan kau dah bersusah-payah, aku maafkan kau.” Ujar Daim bernada ala anak raja.

Tolonglah. Hana menjulingkan mata. Geli campur menyampah dengar.

“Mana jumpa seterika?” Wajah lesu Hana dipandang.

“Kak Zeton punya.”Balas Hana ala kadar.

Kak Zeton mana pulak ni..“Siapa tu?” Tanya Daim pelik sambil memakai t-shirt yang sudah bergosok tu. “Makcik cleaner.” Balas Hana dua patah. Daim terangguk-angguk. “Lapar? Jom, aku belanja makan.” Pelawa Daim lembut.

Hana menggeleng. “Saya tak lapar. So, kita dah kosong-kosong sekarang tau. Takda hutang-piutang dah. Saya pergi dulu. Salamualaik!” Setelah buat tabik hormat, Hana terus keluar dari pantry, meninggalkan Daim yang terkesima akibat dirijek selamba.

Lelaki itu akhirnya tersenyum kecil. “Ada lagi hutang..”

“Ha lagi satu. Kaki awak dah baik?” Hana tiba-tiba muncul dari pintu. Daim menjungkit kening.Bagilah salam dulu kot ye pun. Nasib baik aku tak feeling feeling cintan-cintun tadi.

“Kaki? Kaki apa?”

Dan tak semena-mena, kakinya disepak kuat. Hana berdengus puas. “Kaki mung! Kali ni confirm kaki awak bengkak seminggu!” Sambil menepuk-nepuk tangan, Hana sempat melempar jelingan maut kepada lelaki tu. Perangai tak semegah lagi. Rasakan. Ingat aku dah lupa pasal kaki kau yang kononnya terhinjut-hinjut tu? Dasar pelakon handalan. Patut menang award si ungka ni.

Panas je hati aku. Huh!


---

Rosebud says: terpaksa selitkan drama melayu sikit. hehe. happy reading & tinggalkan komen/nsht ke, tau ^^ 
p.s jangan lupa klik pada novel kedua saya di sini sini

1 comments:

Anonymous said...

masuk nie, dah tiga dah kaki si daim kena sepak. . . Ish3x. . .

Post a Comment