Wednesday, April 24, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 27

Kak Mida tak jadi nak hirup teh o suamnya melihat Hana yang duduk bersila di atas meja pantry bernyanyi kecil sambil sesekali tergelak seorang diri. Gilo ke apo budok ni? Tergolak-golak tersengih tersengih. “Amboi gembiranya orang tu. Ada orang hantar rombongan meminang ke?” Kak Mida menepuk peha Hana.

Gadis itu yang baru saja mendekatkan mug ke bibir, niat nak menghirup air panas di dalamnya, tapi segera dilarikan mug jauh-jauh saat lidahnya terasa bagai disalai. Panasnya!

“Siapa nak kahwin? Siapa?”

 Mata Hana membulat besar. Siapa nak kahwin? “Budin ke? Ada jugak orang nak kat dia he?” Tanya Hana lagi. “Hei ingat Budin ni tak laku ke? Budin hot stuff tau.” Panjang umur si Budin ni. Ee telinga dia, dengar aje. Ni mesti korek setiap lima minit ni.

“Kalau bukan Budin siapa kak Mida?” Hana mengalihkan pandangannya pada kak Mida pulak. “Kau la!” Bibirnya dijuih ke arah gadis tu. “Hana?” Jarinya ditunjuk ke arah diri sendiri. Kak Mida dan Budin angguk serentak.

Hana menggigit bibir. Diaorang tahu ke si ungka tu pernah propose kat aku? Ngaaa....

“Eh mana ada orang hantar rombongan meminang. Akak ni pandai buat cerita. Ni mesti dah join The Powerpuff Girls academy kan?” Hana menjegilkan mata. Kan dah laser mulut aku ni. Siapa suruh trigger?

Kak Mida dan Budin ketawa besar. “Ee tak baik tau Hana ni.” Budin memukulnya dengan sudu plastik. “Nasib baik sudu plastik, kalau sudu besi, dah lama lebam mata kau sebelah.” Hana tergelak bila Budin cepat-cepat undur tiga langkah. Penakut betul. Layan aku macam aku ni kaki pukul je kan.

“Takda maknanya nak join akademi bagai. Ni, akak tengok kau ni happy bukan main. Apasal?” Kak Mida tanya straight to the point.

“Haa cakap direct selling macam ni kan bagus. Semalam.. Hana, Jannah dengan Maya. Kitaorang makan ais krim Malaysia.” Balas Hana sambil menampal muka berlagak. Sebenarnya, bukan ais krim dua puluh sen tu yang buat aku gembira sakan. Tapi sebab kebijaksanaan Cik Fazura dari syarikat bekalan air tu. Dalam diam, Hana tersenyum lagi.

Plumbum street!

Budin dan kak Mida memandangnya lama. “Itu je?”

Hana mengangguk. “Itu je la. Ada lagi ke?” Tanya Hana pura-pura bingung.

Kak Mida menjulingkan mata. “Buang masa akak je datang sini. Setiap langkah tu berharga tahu tak?”

Hana ketawa besar. Tak padan dengan perut memboyot. Terus dia lompat turun dari meja dan mengusap perut kak Mida yang makin hari makin besar. Macam belon yang hampir pecah dah aku tengok.

“Baby, nanti dah lahir, jangan jadi sengal macam mama okey? Mama awak ni skru dah tanggal. Jangan ikut tau.” Bisik Hana rapat ke perut kak Mida dengan suara manja.

Terus kak Mida menyekeh kepala dia. “Sabar jelah tau Hana ni!”

Gadis tu ketawa lagi. “Alamak, dah time. Hana cau dulu. Budin, kau jangan stay sini. Kita ada kerja. Jangan malas!” Hana menggoyangkan jarinya, mengajak Budin pergi.

“Actually Budin datang sini sebab nak panggil Hana la. Tapi bila sampai je, terus lupa. Dah terjebak dengan virus Hana.” Balas Budin selamba. Hana berdesis. Dah pandai kutuk aku si Busot ni. Sekali aku pang karang, terus keras kau Budin. Hehe.

“Dah, dah. Asyik gaduh je korang ni. Kahwin kan nanti baru tahu.” Kak Mida mengenyitkan mata. Comel apa Hana dan Budin. Sure Budin kena control. Tengok pun dah tahu dah kan?

Serta-merta Hana dan Budin buat muka jijik. “Tak nak! Nanti pokai Budin. Dengan cincin diamond berkarat-karat dia tu. Eee.. tak sanggup!” Kepala digeleng banyak kali.

 “Weh! Kau ingat aku nak kahwin dengan kau ke ha! Nanti semua anak aku alergik dengan sotong tau!”

Pecah terus tawa kak Mida. “Kau ni Hana!” Marah kak Mida. Budin dah besarkan mata. “Budin bukan sotonglah!” Jerit Budin, defensive. “Ala sentap. Kau ni Budin. Hati besar kumanlah. Sensitif sangat. Aku gurau je kot.” Hana memujuk si pemilik hati sensitif ni.

“Tak kelakar tau.” Balas Budin manja.

“Ala ala comelnya. Weh, kau try buat suara macam tu dengan aku lagi sekali, aku hantar kau pergi sunat second time, nak?”

Laju Budin menggeleng. Tahu pun tak nak. Dok girly girly gedik gedik manja manja dengan aku apahal?

“Dah jom. Okey kak, balik lab dulu. Bye bye.” Hana dan Budin melambai.

“Bye.”


-

Meeting bersama Shuichi, Daim, Nani dan Akid. Hana terasa macam nak melonjak guling-guling sambil menari tarian Oppa Gangnam style bila melihat Akid yang tak senang duduk dari tadi. Macam cacing kepanasan.

Good job Jannah, or should I call you, Cik Fazura. Kekeke.

“So far, these are the formula that we’ve made for the chemicals in the detergent and softener. And these are the formula for shampoo and shower cream. We have yet to come out with formula for our facial products so we’re gonna need an extra hand to do so.” Terang Hana sambil menunjukkan struktur dan persamaan kimia yang dilukis pada papan putih dan yang terdapat pada slide.

Nani pulak bangun dan mengedarkan brochure. “Dan sebab itulah Samurai Group berkerjasama dengan pihak Chemtech untuk menghasilkan kajian bersama.”Tambah Nani. Daim memandang brochure yang diedarkan Nani sekilas sebelum kembali merenung Hana.

She looks fine. Glowing in fact,with her own ‘unique’ multicolor dress code. Pelik ni. Semalam bukan main bergenang mata tu. Daim menala pandangannya pada Akid pula. The opposite of Hana. Gelisah bukan main. Aku tengok pun aku rasa serabut. Apahal ni? Ada apa-apa jadi ke antara mamat ni dan Hana?

Daim meraup rambut ikalnya ke belakang dan mengikatnya. Shuichi memegang bahu sepupunya itu. “You okey?” Tanyanya. Daim mengangguk.

“You are soo in love with her man.” Bisik Shuichi.

“Kau gila he?” Daim menyikut perut sepupunya itu. Tak ke bahaya kalau-kalau geng Powerpuff Girls tu terdengar benda ni. Mahu kecoh satu bangunan. Kang tak pasal-pasal obaasan pun datang sini, sekolahkan aku. Mintak jauhlah.

Hana memandang semua. “Any questions? No? Alright, thank you semua.”Dan mesyuarat pun berakhir dengan jayanya. Akid dilihat bagai tak cukup tanah terkejar keluar dari bilik mesyuarat. Nak pergi Plumbum street la tu. Hana ketawa kuat-kuat. Tapi dalam hati jelah mampu.

“Otsukare~ Yoku gambatta ne Hana!* So proud of ya. Walaupun saya tak faham satu benda pun yang part garis-garis bentuk-bentuk, ABC plus minus arrow tu semua, but you did an excellent job. Jom makan. Saya belanja.” Shuichi mencondongkan tubuhnya ke arah Hana sambil memegang meja sebagai penahan. (*Otsukare= good job! *yoku gambatta ne= chaiyok-chaiyok!)

Hana menjarakkan tubuhnya. Mamat Jepun ni dua kali lima je dengan si ungka tu. Bos borek, PA rintik! Wah, dah pandai berperibahasa. Suka hati je aku ni nak ubah peribahasa. Kalau Dewan Bahasa Pustaka dengar ni, tak ke nanti depa haramkan aku masuk perpustakaan negeri. Macamlah selama ni masukkan. Ngee..

Bahu Shuichi terasa sengal bila ditarik kasar dan sekelip mata tubuhnya berpusing dan Hana tiada lagi di depan mata, sebaliknya wajah sekonyot Daim menggantikan wajah lembut gadis itu. Potong betul la!

“Nani o suru no?*” Daim memeluk tubuh. Matanya mencerun tajam.(*nani o suru no= apa kau buat ni?)

“Nani mo shite nai yo~*” Shuichi melenggokkkan suaranya macam budak kecil. Saja nak menyakat Daim yang tak pernah reda barannya tu. “Omae—*”

Belum sempat Diam menyambung ugutannya, satu pesanan ringkas masuk. Daim membaca mesej itu. Daripada Pak Chiba.

“I gotta go. Shuichi, kono onna wa ore no onna da! Oboete ne!*”Tegas Daim sebelum berlalu pergi.(*Nani mo shite nai yo=tak buat apa-apa pun.*Omae= kau... *Kono onna wa ore no onna da=perempuan tu aku punya! *Oboete ne=ingat tu!)

 Hana melangkah menghampiri Shuichi. “Kenapa dengan Encik Banyak Songeh tu?” Tanya dia. Shuichi ketawa. “Dia ada date. So Hana, apa kata awak date dengan saya hari ni?” Shuichi menjungkit kening sambil tangan dalam poket seluar. Gaya player habis.

Gadis itu berfikir agak lama, cuba menimbang baik buruk padahnya, sebelum akhirnya tersenyum dan mengangguk. “Jom date.”

“Yahoo!”

-

Sekeping envelope bertukar tangan. Daim membuka envelope tu dan menarik keluar isinya. Beberapa keping gambar wanita separuh abad menarik perhatiannya.

“Kono hito no?*” Tanya Daim perlahan.(*kono hito no= ni ke dia?)

Matanya menjamah segenap wajah wanita itu. Lelaki bert-shirt kelabu di hadapannya mengangguk yakin. Daim mengalihkan pandangannya ke arah lelaki yang sudah hampir 30 tahun berkhidmat dengan keluarganya itu.

“Namae wa..?*”

“Damia. Nur Damia-san.” Balas Pak Chiba. “Nur Damia.” Daim mengulangi nama itu beberapa kali. (*Namae wa=Nama dia?)

Nan sai kono onna wa?” Tanya Daim lagi. “Go jyu nana-sai desu.”Jawab Pak Chiba tanpa teragak-agak. (*Nan sai kono onna wa=umur dia berapa?, *Go jyu nana-sai desu=57 tahun.)

Daim menarik nafas dalam-dalam sebelum bertanya, “Donna shigoto shiteru no? Kono onna wa?*” Lelaki itu merenung kembali kepingan gambar tersebut. Wanita itu seperti sedang berniaga.(*Donna shigoto shiteru no? Kono onna wa?= dia kerja apa? Wanita ni?)

Okashi no mise ni shigoto wo shite iru.*”

Kuih? Daim terangguk-angguk. “Ada alamat dia kan Pak Chiba? Daim nak.” Daim kembali memandang Pak Chiba. “Sono fukuro no naka ni arimasu.*” Balas Pak Chiba sambil menunjuk ke arah envelope itu.(*Okashi no mise ni shigoto wo shite iru= berniaga jual kuih. *Sono fukuro no naka ni arimasu= ada dalam envelope tu.)

Daim tersenyum puas. Semua informasi tentang wanita bernama Damia itu ada dalam beberapa keping kertas yang dah diklip bersama. “Pak Chiba, arigatou gozaimashita.” Daim bangun dan menundukkan tubuhnya.

“Iie zen zen, Daim-sama.*” Pak Chiba segera bangun dan menarik Daim supaya kembali tegak. Terasa segan bila majikannya berbuat demikian. Satu penghormatan yang dia tak layak terima.(*Iie zen zen= eh tak mengapa, *sama=panggilan terhormat untuk seseorang yang berpangkat tinggi)

Hontou no? Sono hito wa boku no haha da?

 Daim mengeluarkan sekeping gambar lama dari dompetnya dan diletakkan bersebelahan dengan gambar-gambar yang diambil Pak Chiba. Perlahan bibirnya mengukir senyum. Ada persamaan yang jelas walaupun wanita itu kelihatan lebih berusia berbanding dengan gambar sewaktu dia muda dulu. Daim memandang Pak Chiba. Hatinya penuh berharap. Pak Chiba mengangguk.(*Honto no? Sono hito wa boku no haha da= Betul ke dia mak saya?)

“Finally, I’m gonna meet her.” Daim angguk tersenyum.

-

Hana memandang Daim buat kali yang ke sembilan puluh tujuh. Ee geramnya aku dengan mamat ungka ni. Suka guna modus operandi kotor lagi menjijikkan tau. Boleh pulak dia paksa aku teman dia pergi shopping. Dahlah dia halau Shuichi macam tu je.Tak sedar diri betul. Dasar PA lupa daratan. Lepas tu, bila aku reject dia mentah-mentah, dia ugut nak beritahu kat Akid yang aku dengan dia bercinta dan akan kahwin minggu depan. Siap nak jemput dia jadi best man lagi.

Kepala lutut dia! Wargh stress betul la!

“Hana, aku faham kau admire gila muka aku yang terlampau hensem ni, tapi agak-agaklah nak tenung pun. Ramai orang ni kan. Tak malu ke orang tengok? Nanti apa kata orang? Hana perempuan kaki skodeng. Nak?” Daim menjungkit sebelah kening.

Oh my God! Serius si ungka ni dah nyanyuk agaknya.

“Daim, ni first time dalam hidup saya, saya jumpa orang yang terlalu obses dengan diri sendiri macam awak ni tau.” Herdik Hana dengan nada yang masih terkawal. Daim ketawa besar. Obses? Hm nice word. I like it.

Hana berkerut. Aku kutuk kau kot. Hello.

“Kalau kau cantik pun kau akan obses dengan diri kau sendiri jugak.” Dush. Terasa macam anak panah beracun merobek jantung hati hempedu limpa aku ni. Berasap je telinga ni dengar. Pahit tau.

Daim menahan tawa. Saja dia lancarkan kata-kata kurang enak didengar tu. Gila namanya kalau ada orang kata perempuan gila ni tak cantik. Mungkin skru dalam kepala dia ada missing somewhere but she’s definitely a beaut. A real one.

Orangnya takdalah rendah sangat seperti mana yang digembar-gemburkan. Her height is pretty average. Cuma jika dibandingkan dengan ketinggian aku ni, memanglah si Hana ni rendang dan comel. Badan dia tak gemuk tapi tak kurus. Just nice dan curvy. Selama ni Daim saja je sakat mengata dia terlebih muatan. Suka tengok muka dia blushing marah.

Kulit dia pulak cerah kemerahan, bersih tanpa jerawat. Flawless, dan nampak macam lembut je bila dipegang. Tak pernah cuba, tapi rasa macam nak cuba. Dah banyak kali dah tangan ni sikit je lagi nak sentuh pipi dia. Nak rasa, selembut yang dilihat atau tak.

Astaghfirullahal’azim.Setan setan.Biadap betul kau ni.

Next. Kening. Kening dia tebal. Takdalah setebal keturunan Elfira Loi ke apa nama dia tu, tapi boleh tahan jugak tebalnya. Mata dia paling Daim suka. She has the most beautiful eyes ever. Besar. Bulat dan coklat. Dark choco. Macam warna rambut aku ni.

Bulu mata dia pulak, lebat betul. Tapi tak lentik. Panjang ke bawah. Bila marah, mata dia akan dibesarkan. Bila dia rasa sangsi penuh syak wasangka, mata dia akan dikecilkan. Hai betul buat aku tak boleh tidur malam...

Hidung dia pulak just nice. Comel je kat tengah-tengah tu. Kemudian bibir dia. Daim menelan air liur. Ikutkan hati, setiap kali matanya menjamah wajah gadis itu, mahu saja dia tenung je bibir munggil tu lama-lama. Tapi disebabkan masih ada iman walaupun senipis bulu kucing, dipaksa matanya merenung dahi ke hidung ke, mana-manalah asalkan bukan bibir dia.

Kalau nak samakan dengan artis, rasanya bibir Hana lebih kurang sama dengan bibir seorang pelakon Korea drama kat tv9 tu. Apa ya tajuk drama tu? Daim menggaru kepala. Memang ke lautlah kan aku nak mengingat nama-nama Korea ni.

“Awak ni kenapa?” Hana berkerut menyampah. Dahlah tengok muka aku macam tak pernah tengok perempuan, lepas tu dok tergaru-garu macam mawas. Ee seram je mamat ni.

Daim tersedar. “Kau layan drama Korea tak?” Tanya Daim tiba-tiba. Hai dah sampai Korea dah? Jauh tu. Hana mengangguk. Siapa dalam dunia ni tak layan drama Korea?Sekarang kan tengah musim Korea. Dulu Sepanyol. Lepas tu Indon. Sekarang Korea.

“Apa nama drama Korea kat tv9 tu? Yang perempuan rambut panjang bibir seksi tu.” Daim memegang bibirnya sambil memberi diskripsi pelakon Korea yang mempunyai bibir mirip dengan bibir Hana.

Hana terdiam. Perempuan rambut panjang bibir seksi. Angelina Jolie? Tapi cerita Korea, tv9.Celah bila pulak Angelina Jolie berlakon cerita Korea?“Yang kat Chamsarang tu ke?” Tanya Hana. Daim mengangguk laju. Seboleh-boleh nak tahu nama pelakon tu.

“Oh! Cerita tu. Apa ni? Hm, ha, ha, I’m missing you! Kan?” Hana memetik jari. Daim mengangguk lagi. Macam betul. Betul la kot. “Apa nama heroin dia?”

“Nama dia dalam cerita tu ke nama sebenar dia?” Tanya Hana.

Daim rasa macam nak ketuk je kepala perempuan ni. Apa ke bebal perempuan gila ni? Aduhai. “Nama sebenar dialah!” Marah Daim. Sakit pulak hati dengan soalan tak berperikemanusiaan gadis tu.

“Yoon Eun Hye. Hero dia Mickey Yoochun. JYJ. Tapi dia dulu dalam Dong Bang Shin Ki. Suara dia tak sedap sangat pun nyanyitapi dia hensem Ya Allah.Waaa..Dialah yang berlakon cerita Rooftop prince. Sweet sangat drama tu.” Cerita Hana panjang lebar tanpa dipinta. Daim berdengus. Aku tanya sepatah, dia jawab berpatah-patah. Semaklah.

“Ha! Eun apa nama dia tadi?”

“Yoon. Eun. Hye!” Sebut Hana satu per satu. Daim mengangguk.

Betullah. Itulah pelakon tu. Daim tersenyum senang hati. Macam itulah bibir Hana, sama dengan bibir Yoon Eun Hye tu. “Kenapa tanya?” Hana memandang lelaki tu. Daim diam untuk beberapa ketika. “Nak google dia.” Kening Hana bercantum.

Google? Ee stalker gila mamat ni.

Daim berdengus. “Kau jangan nak fikir aku ni stalker ke apa he. Belasah kau kang.” Hana menjeling sakit hati. Sikit-sikit nak belasah orang. Besar sangat mandat kau. Aku ni Princess Hana tau! Tapi tertakluk pada terma dan syarat la. Hehe.

“Nak google kenapa? Tengok je la cerita tu.”Ngomel Hana.

Lelaki itu menggeleng kepala. Menyesal aku bagi alasan nak Google. Karang kalau aku kata sebab bibir kau sama macam si Yoon Eun Hye tu kang, kau jugak yang merah menyala tak sudah.

“Daim, kita nak shopping apa ni?” Thankfully, Hana menukar topik. “Kau tahu apa yang mak mak kita suka tak?” Tanya Daim. Hana menggigit bibir. Bibir lagi. Allahuakbar. Pandangan matanya ditala ke kedai-kedai dalam mall ni.

Mak mak he? “Ais krim kot.” Balas Hana sebaik saja matanya menangkap tulisan Stick House. Tak semena-mena satu sekehan hinggap di kepalanya. Adoi. “Kau cakap ais krim sebab kau nampak kedai ais krim Stick House tu kan?” Daim memang ada instict yang menakutkan.

Hana menelan air liur. Nampak macam sedap la pulak gelato tu. Wajah Daim dipandang dengan pandangan Puss in Boots. “Daim oh Daim.” Panggil Hana ala-ala Upin dan Ipin panggil kakak mereka, kak Ros.

Lelaki itu memandang Hana sambil berkerut. Ni apahal tiba-tiba gedik semacam ni? Allah, mata Puss in Boots pulak dah.“Kau nak ke?” Gadis itu mengangguk laju. “Nak. Lapar.” Daim berdengus sebelum berjalan ke Stick House dan membeli sebatang ais krim untuknya dan sebatang lagi untuk Hana.

“Thanks Daim. You’re the best. Untuk hari ni je la.” Ucap Hana ikhlas. Lelaki itu menggeleng kepala sambil mengikut Hana yang dah duduk atas kerusi sambil menggoyang kaki. Gembira tak terhingga. Macam budak kecik je. Dapat ais krim happy. Tak dapat muncung sedepa.

Setelah lima minit, Daim bangun dan terus buang batang ais krim ke dalam tong sampah berdekatan. Hana menarik senyum. Bagus, menjaga alam sekitar. At least si ungka ni ada la rasa tanggungjawab.

“Weh, aku rasa, mak mak ni suka baju. Kau perempuan, mesti kau tahu taste orang perempuan kan? Jom carik kedai baju perempuan.” Ujar Daim sambil terus mengatur langkah, langsung tak menunggu Hana yang dah termengah-mengah mengejarnya. Entah apa si ungka ni nak kejarkan sangat.

Dari satu kedai ke satu kedai baju mereka masuk, tapi takda satu pun yang berkenan di hati lelaki tu. Adui, banyak pulak songeh dia. Siapa yang nak pakai? Dia ke mak mak? Tadi kata nakkan taste aku, tapi bila aku kasi cadangan, masuk telinga kanan, patah balik keluar lubang yang sama. Sabar je la!

“Daim, saya nak cakap sikit.”Hana akhirnya berjaya mendahului langkah pantas lelaki itu. Dia ingat kita ni tengah marathon browsing baju agaknya. Beli tak nak. Saja window shopping, penatkan kaki.

Lelaki itu berkerut. “Apa dia?”

“Awak boleh tak tolong dengar opinion saya? Kalau awak nak saya ikut awak, awak at least listen to my opinion. Kalau tak saya balik. Buat penat kaki saya je.” Bebel Hana dengan penuh perasaan dan keikhlasan.

Wajah Hana dipandang lama. “Ok, I’m sorry. I’ll listen. Ok? I promise. Teman aku he?” Hana hampir tersembab jatuh mencium lantai sebaik saja mendengar kelembutan pada tutur kata lelaki bergelar ungka tu.

Wow. Tak sangka dia boleh bercakap dengan penuh sopan santun.

“If you insist. But I’ll lead.” Hana sempat menghadiahkan satu jelingan separuh manja kepada lelaki itu, sebagai hadiah bersikap sopan santun. Terasa menggeletar satu badan. Serius perempuan ni, dalam dia tolak aku, dia tarik aku.

Daim mengangguk. “Kau jangan nak bawak aku pergi tempat bukan-bukan pulak he!” Kembali kasar. Menyirap je. Tak sampai 30 saat kesopanan dan kesusilaan dia tu.

Sekurang-kurangnya dia dengar pendapat aku. 3 kedai diborongnya. Blouse, baju kurung, selendang, brooch dan kasut. Semuanya beratus-ratus ringgit harga. Rasanya lebih seribu ringgit mamat ni dah belanja. Tinggi sangat ke gaji seorang PA ni?

“Kau nak apa? Aku belikan kau sebab sudi tolong aku, teman aku.” Daim bertanya tanpa memandang gadis itu. Hana tersenyum lebar. “Apa-apa je?” Tanya Hana teruja. Daim mengangguk. “Name it.”

“Serius?”

“Iya, serius.”

“Betul ni?”

Daim menggigit bibir. Dipandang Hana dengan satu pandangan. Bak kata orang putih, cold stare gitu. Ya Allah minah ni...ada makan penampar aku kang.

“Ok, ok, awak serius serius.”

Hana ketawa takut-takut sebelum berfikir sejenak. Nak mintak mahal-mahal la. Bila lagi dapat ketuk si ungka ni. Tapi... bila fikirkan dia dah belanja lebih seribu ringgit, tak sampai hati la pulak. Mata Hana singgah pada sebuah kedai emas.Datang idea nakal. Nak test ke-gentleman-an mamat ungka ni.

“Nak tu.” Hana menunjuk ke arah kedai tu. Mata Daim mengikut arah yang ditunjuk jari gadis itu. Kedai emas Tomei. Nafas ditarik dalam-dalam. Wajah ceria Hana dipandang.

Daim memeluk tubuh. “You’re joking right?”Seumur hidup dia, tak pernah sekalipun dia jejak kaki ke kedai emas semata-mata nak belikan perempuan emas berlian bagai. Kirim salamlah. Not my thing.

 Gadis itu geleng kepala. “Tak gurau pun. Serius ni. Nak emas putih. Yang ada kepala Pooh tu. Omei angat.” Hana membuat gaya rantai di lehernya, memberi signal. Suara keanak-anakkan dibuat-buat.

“Kau kahwin dengan aku dulu baru aku hadiahkan kau kepala Pooh tu.”

Kata-kata Daim seolah menjerut tangkai hati jiwa raganya. Gulp. Sensitif betul bila cakap soal kahwin dengan mamat ni. Teringat moment dia melamar aku masa beratur nak beli tiket wayang dulu. Sampai hari ni, bilamana moment tu muncul dalam kepala, mesti tegak bulu roma aku ni. Hana menggosok lengannya. Goosebumps.

“So nak tak kepala Pooh tu? Kalau nak, jom kita pergi pejabat kadi. Kita kahwin sekarang jugak.” Daim dah sedia nak gerak. Langkahnya laju.

Eh kepala hangguk dia. Tak kelakar kot. Hana cepat-cepat menjerit menyuruh lelaki tu patah balik. “Awak ni gila ke apa? Jangan main-main boleh tak?” Marah Hana. Si ungka ni ingat soal kahwin macam main ceper ke?Senang-senang je nak decide. Dalam ceper pun fikir dua tiga kali tau, bila nak jentik, angle mana nak ambil. Ish si ungka ni!

Daim merenung gadis itu. “Siapa cakap aku main-main? Aku serius ni. Aku nak belikan kau something, kau mintak emas putih kepala Pooh tu kan? My only condition is if you want it, marry me. Itu je.”

Hana mengurut pelipis. Haru-biru neuron dalam kepala aku. Betullah si ungka ni. Suka buat aku serabut. “I was just kidding ok.” Bentak Hana sambil menjeling lelaki itu.

“So kau tak nak kahwin dengan aku?” Tanya Daim merenungnya tajam. Hello, ada ke orang dalam dunia ni nak kahwin dengan ungka hati kering macam kau? Kalau ada, mari sini aku sekolahkan dia, kasi basuh habis-habis! Hana melepaskan satu keluhan berat.

Wajah serius Daim dipandang sekilas. “Awak, suka hati awaklah nak belikan saya apa. Tak belipun takpa. Saya tolong awak ni pun sebab awak memang tak tahu apa-apa pasal perempuan.” Ujar Hana. Matanya tak berani melawan pandangan tajam lelaki itu.

Kedengaran deru nafas Daim betul di pipinya. Hana menggigit bibir sambil berundur setapak. Mamat ni suka tau rapat-rapat. Tak tahu ke iman kita ni rapuh bak biskut Merry?

“Kau tunggu sini. Jaga barang.”

Hana memerhatikan Daim yang dah berlari membelok ke kanan. Dia pergi mana tu? Jangan cakap dia tinggalkan aku terkontang-kanting kat sini? Tak kelakar weh...

-

Betul rasa nak menitik air mata bila Daim muncul dengan sejambak bunga Lily of the valley. Kedua tangannya menutup mulut. Ya Allah, mana dia tahu aku suka bunga ni?

“Thanks teman aku.” Lily of the valley dihulur pada gadis itu.

Hana mengambilnya dengan hati yang terbuka. “Suka?” Tanya Daim. Bukan main lebar lagi senyuman perempuan ni. Tadi bukan main marah. Hm.. betul la. Dia memang gembira.Bukan dibuat-buat. Fuh. Tak pernah-pernah dia gembira macam ni bila dengan aku.Selalu muka tu tak ikhlas je jumpa aku. Hmfirst time ni.

 Gadis itu mengangguk. Tiba-tiba rasa macam sweet gila si ungka ni. Kalaulah dia ni teddy bear, memang dah lama aku peluk cium gigit bagai. Nasib baiklah kau lelaki yang hensem tapi sangat menjengkelkan. So takdalah aku rasa macam nak peluk cium kau. Rasa nak lempang ada la. Hehe. Tapi serius, sweet. Kasi bunga. Lily of the valley pulak tu.Ngee.. Alamak, tersentuh hati la pulak. Cis, macam mana si ungka perangai busuk ni boleh kasi hati aku berdebar-debar ni.

Dup dap. Dup dap. Ya Allah, apa perasaan ni oh Tuhan?

“Lily of the valley. Favorite kau ke?”

 Daim bertanya sambil menala pandangan ke wajah gembira gadis itu. Walaupun dia rasa pelik tengok keriangan Hana tapi fikirannya masih menumpu pada wanita dalam gambar yang diberi Pak Chiba tadi. Terasa gemuruh jiwa bila membayangkan macam mana dia nak hadap wanita itu. Nak kata apa? Nak react macam mana? Takkan terus nak panggil mak? Kepalanya serabut. Nasib baik vitamin ni ada. Wajah Hana dipandang lebih lama.

My personal vitamin.

Hana mengangguk. “Actually awak orang kedua bagi saya bunga ni. Orang first yang bagi saya bunga ni awak tahu siapa?” Muka blank Daim dipandang. Lelaki itu menjungkit bahu, tanda tak tahu.

“Tak.” Balas Daim. Hana geleng kepala. “Ish ish ish. Itupun tak tahu! Apa daa! Ha! Nak tahu siapa?” Daim memeluk tubuh. Sakit pulak hati aku tengok muka berlagak perempuan gila ni. Penuh drama je.

“Siapa?” Tanya Diam bosan.

Hana menampal sengih separuh. “Entah! Saya pun tak tahu! Puhahahaha.” Terus pecah tawanya sambil kedua-dua tangan memegang perut. Kononnya lawak sangatlah tu. Daim menjulingkan mata. Menyesal aku belikan dia bunga ni.

“Dahlah. Aku balik dulu. Kau balik sendiri!” Dan, Daim terus berjalan tanpa toleh ke belakang. Hana tercengang. Serius rasa nak cekik-cekik si ungka ni.

“Fine! Saya boleh jalan kakilah! Memang dekat pun ofis dengan sini!” Jerit Hana sambil menjelirkan lidah. Dekat? Dekat mung. 30 minit perjalanan naik kereta tau. Kau nak jalan kaki. Hana menepuk-nepuk dahi. Berlagak tak kena tempat betul la kau ni Hana.

Daim tergelak kecil. Seronok dapat sakat perempuan gila tu. Muka dia dah sama warna dengan bendera Jepun. Merah menyala. Sebaik saja keluar dari mall, kelibat Hana di bus stand mencuri perhatiannya. Terus keretanya dipecut ke situ. Hon dibunyi sekali.

Gadis itu mendongak. Daim memberi isyarat, menyuruhnya masuk ke dalam kereta. Sebaik saja Hana melihat Bentley perak Daim, terus dia melayang satu jelingan penuh rasa benci sambil memeluk tubuh. Eh mak aih, berlagak lagi tu. Daim menekan honnya sekuat mungkin tanpa henti. Terus terlompat gadis itu. Hana memandang beberapa orang di kiri dan kanannya yang dah pasang muka sakit hati.

Ah sudah. Ee geramnya aku dengan mamat ni!

Akhirnya Hana mengalah. Langkah berat diatur ke arah Bentley itu. Daim mengoyak senyum saat Hana melabuhkan punggung di seat sebelah. “Masamnya muka. Guna bedak cap cuka ke?” Perli Daim selamba. Gadis itu menarik sengih sinis. “Tak. Cap pelempang, nak try?” Hana menjegilkan mata.

Daim ketawa besar. Hana, Hana. Macam manalah aku nak hidup kalau kau takda? My vitamin. Kereta terus dipacu laju menuju ke ofis.


---

Rosebud says: cepatkan saya upload bab baru? hehe. penuh smgt membara tulis tau. so baca jgn xbaca! entry kali ni banyak bahasa jepun, saja saya bykkan sbb saya suka bahasa ni. so hrp2 readers pun suka jugak. klu tak suka takpa, baca je. hehe. 
ok, kat sini saya nak amek kesempatan nk ucapkan zillion billion trillion terima kasih kpd ATHIRAH AMIN @ sensei bhs jepun saya yg skg ni tgh stadi kat jepun krn sudi mentranslate dialog bhs melayu ke bhs jepun thru FB dan Twitter tu. hebat kan kan kan. al maklumlaa my japanese daa karat habis daa. so si athirah ni laa yg sudi membantu. maceh ati. saranghae <3  
disebabkan ramai sgt dah jatuh cintan cintut kat Daim, dlm entry kali ni saya bubuh up close scene pasal Daim. hope korang enjoy baca okey? 

p.s saya dpt ilham reka watak Daim daripada watak Shuichi Akai dalam Detective Conan. bagi siapa yg minat komik/anime ni tahu laa siapa Shuichi Akai ni. super cool. mata Diam exactly mcm mata si Shuichi Akai ni. kalau korang imagine si Daim ni lain drpd Shuichi Akai ni, cth macam Daniel Henney ke apa. dun wori. I lagi suka. Daniel henney pun hensem gile kot.
(mesti korang google sape mamat Shuichi Akai & Daniel henney ni kan. hehe. prasan prasan) :P

to those yg tatau menatang apa Lily of the valley tu, it's actually a very very very pretty flower mcm bunga Rose ><



HAPPY ReaDing darlings~ jangan lupa KOMEN/beri NASIHAT yep. dan sila klik di sini la mana lagi ...hehe. thanks guys sbb sudi baca my humble story ni.. ^^