Wednesday, March 27, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 22

Budin menampal senyuman semanis hot choc di tangannya. Hana melambai dari jauh. Helmet yang dikepit bertukar tangan. “Morning Gloria~” Sapa Budin. Hana ketawa tak ikhlas. Kurang asam punya Busot. Punyalah hot aku ni, dipanggilnya aku Gloria, si badak air dalam cerita Madagascar tu. Ha badak badak air aku pun, boyfriend abang Melmen sang zirafah tau. Kau ada?

Kekeke.

“Kau ni mintak nak rasa helmet aku ke?” Hana menjungkit sebelah kening. Budin ketawa mengekeh. “Tak tak tak. Budin nak Hana rasa hot choc ni je. Budin tak nak rasa apa-apa.” Budin menghulurkan cup Coffee Bean kegemaran Hana tu.

Nasib baik modal kau hot choc. Kalau tak, memang aku sumbat helmet ni dalam mulut kau Budin. “Awal sampai hari ni?” Tanya Budin ceria sentosa. Hana mengangguk sambil matanya melilau memandang sekeliling.Agak-agak dah sampai ke belum si ungka tu. Mintak-mintalah dia tak naik lif ni, aamiin! Tak sanggup nak menghadap dia. Malu..

“Mana kau tahu aku datang awal hari ni?” Tanya Hana.

Budin tersengih macam kerang busuk. “Instinct. Kita kan soul mate.” Balas Budin dengan penuh yakin. Hana menarik kerut. “Soul mate hangguk kau. Kau ingat aku tak tahu kau stalk aku? Setiap pagi kau mesej Jannah kan tanya aku dah bangun ke belum. Ish! Lempang kau karang!” Marah Hana beriya. Helmet dah diayun 45 darjah.

 Agak lama jugak dia simpan benda ni. Dari kali pertama Budin mesej, Jannah dah maklumkan perkara ni kat dia, tapi Hana saja je buat tak endah. Tak penting pun. Tapi bila si Budin ni dok kata kita ni soul mate, haa memang tempah mala petaka betul.

Budin mengangkat kedua tangan, tanda surrender. “Budin takut Hana lambat pergi kerja je. Plus, Budin nak bagi Hana hot choc panas. Kalau Budin beli awal sangat nanti kesian Hana, dapat hot choc sejuk.” Ujar Budin penuh perasaan. Penuh emosi.

Hana memandangnya untuk beberapa saat. Sweet la pulak mamat ni. “Kalau nak mesej Jannah, bagi salam dulu. Jangan terus direct tanya pasal aku. Kecik hati minah tu. Tau?” Hana berkata perlahan, namun masih mengekalkan benteng ego.

Lelaki tu menarik senyum segaris. “Baik Cik Gloria.”

“Kurang asam.”

Budin cepat-cepat mengambil helmet yang dikepit di celah lengan Hana. Tak sanggup jadi mangsa kena hentak dengan gadis ni. Bukan boleh percaya sangat. “Hana, tak salah Budin, hari ni wedding kawan sekolah Hana kan? Geng badak air. Kan?” Budin memandang Hana yang dah terlopong sambil menarik nafas sebelum akhirnya dia menepuk kepala.

 Lupalah tu.

“Ya Allah, aku lupa Budin. Nasib baik kau ingat! Nanti teman aku boleh?” Hana dah berkira-kira. Hari ni sudahlah jadualnya penuh sesak. Team Susan dan team Nani belum dipantau lagi procedure diaorang. Team Robert lagi ke laut. Batang hidung pun tak pernah melekat kat dalam makmal tu. Muka aku ni punyalah dah macam bini Frakenstein, itupun tak cukup garang lagi ke?

“Untuk Hana, mestilah boleh. Pukul berapa nak pergi?”

“Lunch hour la. Nasib baiklah rumah si Jenab tu dekat area sini je.” Hana mengeluarkan telefonnya, satu mesej mohon maafberjela–jela dihantar kepada si pengantin. Masaklah aku. Dah janji kot nak bermalam berinai sama dengan diaorang. Reunion Geng badak air. Sekali kena lamar, terus hilang ingatan aku. Apa punya member la aku ni. Aduhai...

Budin angguk, setuju. Bukan tak pernah jumpa kawan-kawan sekolah Hana tu. Semua stok masuk air macam dia. Kalau berjumpa, masya Allah, turbulance pun kalah! Haru.

Sebaik saja pintu lif terkuak, mereka berdua menapak masuk ke dalam lif. “Hana, Budin nak tanya something, jangan marah he.” Tanya Budin. Ni kenapa muka suspen je ni? Alamak si Budin ni, nak tanya je kot. Tak perlu nak buat muka sekonyot macam tu.

“Apa dia?” Hana melembutkan suaranya. Tak nak bagi Budin panik. Sudahlah mamat tu sejak azali lagi panik 24 jam.

“Budin dengar, Hana jadi driver PA anak bos tu. Betul ke?”

Zap! Berdesing telinga Hana. Terus matanya menerjah ke arah Budin yang secara automatik terundur ke beberapa langkah ke belakang. Mak datuk, baru semalam aku dikurniakan mandat jadi drebar tak bertauliah si ungka tu, hari ni satu ofis dah tahu. Agak-agak keluar Harian Metro tak?

Rileks babe, rileks. Kau cool. Kejap, kalau aku jadi drebar, depa ni dah tahu, bab lamaran tu....tahu tak? Ngaa..

“Mana kau tahu?” Walaupun Hana cuba mengawal intonasi suaranya, namun rembesan adrenalin yang bergelen-gelen masuk ke dalam sistem badannya berjaya meruntuhkan kawalan suaranya tu. Kan dah naik harkat suara aku. Wajah Budin berubah putih. Cemas.

“S-Semua orang tahu. Tapi, ni...ni bukan kerja geng Powerpuff girls. Tak tahu siapa penyebarnya. Tapi memang dah tersebar.” Ujar Budin takut-takut. Hana membasahkan bibirnya yang terasa kering-kontang. Sabar, sabar.

Wajah cemas Budin dipandang sekilas. “Hm, semalam aku jadi.” Nak tak nak, terpaksa mengaku. Benda betul. Lagipun, ni Budin. Kawan susah senang aku. Tak baik menipu member.

Seperti yang dijangka, rahang Budin jatuh, matanya terbuntang. Terkejut beruk. “S-Serius? Oh my God!” Kedua tangan dibawa ke mulut. Hana menjulingkan mata. Tak pernah aku jumpa mamat sedrama queen si Budin ni. Eh kejap, ada sorang lagi. Si ungka. Boleh tahan over jugak drama dia tu. Kalah cerita Sepanyol.

Pintu lif terkuak dan Hana terus keluar dari lif. Sakit pulak hati dengan si Busot ni. Ha, kan aku dah panggil dia Busot.

“Hana, kejaplah, ceritalah sampai habis. Macam mana Hana boleh setuju?” Budin mengejar dari belakang. Punyalah aku jalan pantas guna tenaga kuda, boleh pulak dia kejar. Dalam diam, Hana separuh kagum.

“Kau ingat aku nak ke jadi hamba dia? Memang taklah kan. Tapi, aku terpaksa. Dia main soal hidup dan mati. Aku ni mangsa—”

Bum!

Hana terjelepuk ke lantai, sementara hot choc di tangannya terpelanting ke udara dan air hot choc menyimbah ke baju Hana dan baju orang depan. Ha! Orang depan. Hana cepat-cepat mendongak.

Ya. Allah. Ya. Tuhanku.

Tak fikir panjang, tubuhnya terus dibaringkan semula ke lantai. Mata dipejam erat. Tolonglah pengsan, tolonglah bagi aku pengsan Ya Tuhan, doa Hana dalam hati sambil mengetip bibir.

“Orang pengsan, tak kembang-kembang hidung tau.”

Serta-merta mata Hana terbuka luas. “Mana ada saya kembang-kembang hidung!” Tengking Hana beriya.

Daim pasang senyum sinis sambil menjungkit-jungkit sebelah kening. Jari telunjuknya ditunjuk ke arah t-shirtnya yang dah bercorak coklat. Hana menarik sengih. Telinga digaru-garu.

“Lawa t-shirt awak. Corak batik ke?” Tawa buat-buat terlepas dari bibir.

Senyuman sinis termati dan digantikan dengan beberapa kerutan di dahi lelaki tu. Hana menelan air liur. Rasa macam ada bijik halkum je kat tekak aku ni. Alamak, apasal la aku selalu buat benda macam ni bila dengan si ungka sorang ni? Wargh!

Budin yang sememangnya sudah sedia terkejut beruk, semakin bertambah beruknya. Tak percaya dengan apa yang baru dia saksikan tadi. Macam scene dalam filem. Slow motion. Air melimpah keluar dari cawan kertas. Hana terkebelakang ala-ala Neo dalam The Matrix, Daim pulak menarik nafas dalam-dalam, terkejut, sambil tangan didepa luas.

Wah, serius, macam dalam filem.

“Budin, kau kemas ni. Kau perempuan, ikut aku.” Daim memandang Budin sekilas sebelum menala pandangan membunuhnya ke arah Hana. Gadis tu tertunduk pasrah. “Kau dengar tak?” Daim bertanya lagi. Kali ni lebih kuat oktafnya. Budin angguk.

“Dengar Encik Daim.”

Dan, lelaki tu terus beredar. Sempat dia berhenti seketika, menoleh separuh jalan, nak tengok sama ada Hana dah bangun ke belum. Hana menarik muncung sambil mengibas-ngibas punggungnya.

“Hana..” Panggil Budin.Sebak pulak hati tengok Hana diperlaku begini.

Gadis itu memandangnya. “Kau tak payah kemas. Nanti aku panggil makcik cleaner tolong. Kau tolong bawak helmet dengan beg aku masuk ofis he.” Pesan Hana.

Budin memandang kawan baiknya itu penuh sayu. “Chaiyok Hana!”Gaya macam aku ni nak pergi berperang je. "Ha chaiyok chaiyok."


---

Rosebud says: cubaan ke dua- Mr Coke versus Cik Cupcakes. Nak tgk sneak peak dia, boleh ke link yg ada kat atas blog ni yep. semoga korang enjoy baca cerita tak seberapa ni dan yang ke dua tu.

happy reading ><


1 comments:

Anonymous said...

i'm totally super duper Enjoy Reading This. . . i'm very very happy, I Love The Novel. . . :D

Post a Comment