Monday, March 25, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 21

Daim menghempas tubuhnya ke sofa. Matanya dipejam erat. Perlahan bibirnya mengukir senyum. Tak pernah-pernah dia buat benda segila ni. Gila. Memang gila. Tapi perempuan color blind tu lagi gila! Reaksi Hana tadi mustahil dapat dilupakan. Pada mulanya, gadis tu terkesima. Tak terkata. Matanya membulat. Anak matanya yang coklat nampak lebih coklat dari selalu. Almost hazel. Bibirnya yang merah sedikit terbuka, sedikit bergetar.

Mata mereka bertaut untuk beberapa tika. “Right?” Daim mengulangi pertanyaannya. Jiwa jiwang karatnya pujangga Mat Romeo makin menguasi diri. Ah, jiwang tak jiwang. Dah tak tahan dah ni. Lama sangat pendam. Lama sangat cuba nafikan. Kali ni Daim nekad. Dia tahu, hati dia dah dicuri. Wajah gadis tu direnung lagi. Hana masih tak terkata. Sekadar membalas renungan lelaki itu, mencerun ke dasar hatinya.Kemudian, benda paling tak dijangka jadi.

Si perempuan gila buta warna tu...

“Mana si gorila hitam tu? Mana dia? Mana dia?” Hana menoleh ke kiri dan ke kanan, mencari batang hidung kemek sang gorila hitam, besar dan berbulu tu. Kedua tangannya sudah mencekak pinggang.

Kening Daim bertaut. Gorila? Ha..? “Apa kau melalut ni?”

Hana berdengus sebelum mengherdik kuat. “Kura-kura pakai syampu, kau buat-buatlah muka penyapu kau tu! Ingat saya tak tahu, ni Bang Bang Boom kan? Mana si gorila tu? Meh sini aku cukur bulu dia!” Hana dah macam orang hilang akal. Dia terus keluar dari barisan membeli tiket wayang, mencari sang gorila hitam, besar dan berbulu tu bagai mak ayam mencari anaknya yang hilang.

Daim dah urut kepala. Apasal la aku boleh tersangkut kat perempuan gila ni? Hilang sudah mood nak melamar bagai. Mat Romeo pun dah lesap.

“Hei perempuan, sini kau sini.” Jari telunjuk digerak-gerak, memberi isyarat kepada Hana supaya kembali masuk ke dalam barisan. Hana berhenti mencari. Matanya ditala tepat ke wajah lelaki tu sambil memeluk tubuh. Tak mahu aku beratur macam tiang bendera.

“Apa dia?” Tanya Hana, masih penuh dengan syak wasangka.

Sambil menghela nafas panjang, Daim berjalan keluar dari barisan dan menghampiri gadis tu sebelum berhenti beberapa kaki darinya. “What the hell is your problem? I just proposed to you and you, acted like a crazy color blinded monkey! Kau sedar tak kegilaan kau ni?”

Hana memandangnya untuk sesaat sebelum ketawa mengekeh. Beberapa orang di sekeliling memandang mereka sambil berbisik-bisik. “Awak tak payah laa. Saya tahu dah. Panggil je si gorila tu. Cameraman, hosts dua orang tu semua. Mana mana?” Kepala dijengah-jengah.

Daim menjulingkan mata. Kepala digaru-garu. Serius, perempuan ni.. Kenapalah susah sangat nak percaya cakap aku? Menyirap je. “Suka hati kau la!” Tengking Daim sebelum melangkah pergi. Sempat dia langgar bahu gadis tu. Sengaja.

“Laa, dia pulak yang marah. Aku yang sepatutnya naik hangin, dia pulak yang over.” Bebel Hana. Kunci kereta dalam handbag dibawa keluar. Kang kalau aku sebat Bentley dia tu kang, nanti dia tambah saman dia. Adoi. Terus langkah dipecut, cuba menyaingi Daim yang dah jauh ke depan.

“Yang awak nak marah-marah ni kenapa?” Tanya Hana, sedikit tercungap. Punyalah dah lama aku tak berjoging, tak pasal-pasal hari ni kena kerah tenaga. Gara-gara si ungka berhati jambu ni.

Lelaki tu mengerlingnya. Mak aih, baru jalan sikit dah semput. Gaya macam dah pusing Mid Valley ni 3 kali je. Daim menoleh ke belakang, ke arah tempat mereka beratur tadi sebelum kembali memandang Hana. Tak sampai setengah kilometer kot.

“Kau ni memang takda semangat kesukanan langsung kan?”

Kening Hana terjungkit. Apa kena mengena sukan dengan Bang Bang Boom ni? “Apa maksud awak ni? Oh..Ni mesti dialog prank awak jugakkan?” Tanya Hana sambil memetik jari. Daim dah pegang kepala. Stress betul. Ikutkan hati rasa nak ketuk-ketuk je kepala perempuan ni.

“Prank apanya? Bila masa pulak aku prank kau? Kau gila he!” Mendidih je hati ni dengan Hana. Gadis tu terdiam. “Awak tak prank saya? So gorila tu takda la?”

“Takda!” Balas Daim bengang.

Mulut Hana ternganga. “Ahh..” Baru sedar, betapa bodohnya aku ni. Hana rasa macam nak lari balik kampung je. Sudahlah jadi centre of attraction. Alamak..Malunyaa...

“Dahlah. Jom balik. Hilang mood aku. Semua salah kau!” Herdik Daim kasar sebelum terus berjalan meninggalkan Hana yang dah merah berasap dengan rasa malu.


Daim ketawa. Bibirnya tak mampu berhenti tersenyum. Perempuan gila buta warna yang lurus bendul.

 Tak pernah seumur hidupnya jumpa perempuan pelik macam Hana tu. Kepala dia lain sikit. Salah skru, salah wiring agaknya, itu pasal jadi senget macam tu. Dress code mengalahkan pelangi. Perangai tak macam perempuan lain. Kasar. Loud. Chaos. Cakap ikut sedap mulut je. Rider, walaupun bawak kapcai buruk. But.. She’s still a rider though. A cute one. Dan, seorang yang seronok dikacau, dibuli. Itu benda paling seronok sekali pasal perempuan ni.

Hailaa...Misi aku datang ke Malaysia nak carik mak kandung aku. Mak tak jumpa, jodoh pulak jumpa. Daim menggeleng. Jodoh..Agaknya wiring dalam kepala aku pun ada simpul-simpul jugak kot. Itu pasal aku boleh terjatuh hati dengan si perempuan gila buta warna tu.

Vitamin aku. My personal vitamin.

-

Propose.

He proposed. To me.

He actually proposed to me.

Bantal busuk dibawa ke muka. Peristiwa siang tadi masih terbayang-bayang. Ketika tu, masa seolah terhenti. Orang di sekeliling kaku bersama masa. Hanya aku dan dia saja masih bernafas, masih bergerak. Masih berdiri, saling berpandangan. Dia.. proposed.

Dan, aku...boleh pulak fikir pasal si gorila mak yeh tu! Adoi...

Kepala diketuk banyak kali. Bodoh betul la aku ni! Tangannya mendarat pulak pada pipinya. Terasa kebas. Mana tak kebas? Dari siang tadi sampai laa ni tak surut-surut blushingnya. Pipi terasa panas habis. Agaknya kalau letak cerek, boleh masak air. Hana mengambil handphonenya. Received calls dibelek. Perlahan bibirnya mengukir senyum, tanpa disedari.

“Dia pun guna Maxis la.”

Nombor Daim selamat save dalam phonebook sebagai Mr Ungka. Hana tergelak kecil.Sampai bila-bila pun aku takkan lupakan si ungka ni. Bantal busuk dipeluk dengan sebelah tangan sambil langkah diatur ke dapur. Sebelah tangan lagi masih erat menggenggam handphone. Pintu peti sejuk dibuka. Air mineral ditogak. Sekali lagi renungan lelaki tu terbayang di mata.

“Ya Allah..”

Tubuhnya disandar pada pintu peti sejuk. Hana terduduk. Dirapatkan botol mineral yang sejuk tu ke pipinya. Lega sikit. Tapi dadanya masih setia berombak laju. Hana memejamkan mata sambil merapatkan tangan kanan ke dadanya.

Dup dap dup dap

Senyuman Daim terukir. Hailaaa..terasa badan ni dah melayang ke udara. Ni kali pertama aku tengok si ungka tu senyum macam tu. Senyuman dia..aduhai. Boleh tak makan seminggu aku. Tengok senyuman dia je. Senyuman dia yang tak terlebih gula, tak terlebih lemak berkrim tu. Secukup rasa. Sempurna. Senyuman yang penuh dengan keikhlasan. Buat pertama kalinya, aku dapat tengok keikhlasan dalam diri dia.

Oh God.

Apa aku fikir ni? Hana, sedar diri boleh tak. He’s an ungka for God’s sake! Tapi, mungkin dia ungka yangbetul-betul suka kat aku? Hana menarik-narik rambutnya. Macam mana aku nak hadap dia esok? Ngaaa...malu.

‘Oppa Gangnam Style!’

Bahu Hana terjungkit. Telefon di tangan dipandang dengan penuh rasa benci yang meluap-luap. Rasa nak baling je handphone ni kat dinding. Biar berkecai. Menyesal pulak aku buat message alert tone lagu Gangnam tu. Tak pasal-pasal terkejut beruk aku malam-malam buta ni.

Hana membelek skrin telefonnya. Encik Ungka. Haa..!

Matanya memandang ke kiri dan ke kanan. Mintak-mintak line clear.Perlahan peti mesej dibuka.

From: Mr Ungka
Trouble sleeping?

Hana menelan air liur. Rasa macam telan batu sebijik. Jantung ni berdegup takda nak laju lagi. Rileks Hana, rileks. Mesej je kot. Itu pun nak kecoh. Nak balas apa he? Telinga digaru.

To: Mr Ungka
Sedang sleeping! Zzzz...

Dua saat kemudian, lagu Oppa Gangnam Style tu berbunyi lagi.Okey, sumpah annoying lagu ni. Sama je dengan si ungka tu.

From: Mr Ungka
Hebat. Dlm tido can text. Kelebihan being a color blind. Rite?

Kepala dia...!

To: Mr Ungka
Gud nite Encik Banyak Songeh! :P

Papan kekunci pada skrin handphone ditekan dengan penuh perasaan. Nasib baik tak berlekuk skrin. Kesian telefon aku ni, tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan. Nasiblah.. Belum sempat Psy nak bernyanyi, Hana dah buka mesej daripada Daim.Tak sanggup dah nak tadah telinga dengar lagu elektronik-futuristic tu.

From: Mr Ungka
Nite. DOM...

DOM? Apa tu? Daim Otak Monyet?Kekekeke.Hana ketawa sakan. Kutuk diri sendiri ke mamat ni. Pfft!

“Oi, apa kau buat ni?” Lampu dapur bernyala.

Hana mendongak. Wajah kerut Maya menghiasi pandangan. Kus semangat! Terus telefon dimasukkan ke dalam poket seluar pajama kartun Pocoyo.Housematenya tu berjalan menghampirinya sebelum mengambil tempat di sebelah Hana. Botol mineral di tangan gadis tu diambil dan diteguk airnya.

“Kau okey?”

Tanya Maya lembut. Hana memandangnya dengan mata yang terbeliak. Fushoo. Ni first time tu dengar suara Maya merdu lembut bagai macam ni. Kalau tak, macam halilintar je sokmo.

“Tak payah nak besar-besarkan mata. Cerita cepat, apa kena kau tengah-tengah malam buta dok menikus kat dapur?”

Ceh. Tak sampai lima saat, terus dia balik ke diri yang asal-brutal dan savage. Suara gagah tu jugak dia suka guna. “Saja. Kau kenapa tak tidur lagi?”

Maya menjungkit bahu. “Macam biasalah. Kau okey tak? Merah semacam je muka? Demam ke?” Pipi Hana dipegang. Panas, tapi tak sampai tahap panas demam. Panas suhu badan. Normal la.

“Okey je. Tak demam. Kau...blushing ke?” Suara Maya cecah high pitch. Hana menggigit bibir. Suka nak buat announcement tau minah ni. “Apa dah jadi? Cecite cecite.” Gesa Maya. Tiba-tiba minah brutal ni jadi kepoh ci macam si Budin tu.

“Takda apa-apa la Cik Joyah. Dahlah, aku nak tido. Kau pergilah sambung qiyamulail kau.” Hana bangun dan membantu Maya berdiri jugak. “Hm, takpa tak nak cerita sekarang. Sooner or later aku akan tahu jugak. Kau tak nak join?” Maya mencubit lengan gadis tu.

Hana tergelak. “Tunggu je la sooner or later kau tu. Aku ABC la sayang. Tak boleh nak join.”

Maya angguk faham. ABC- Allah Bagi Cuti.

 “Okey. Pergilah tido. Moga kau mimpi dapat hidayah pasal benda yang kau dok blushing tu.” Mata dikenyit. Hana terus mengaminkan kata-kata Maya tu. Mana tahu, malaikat pun mengaminkan doa si Maya ni, dan Allah pun memakbulkan ke kan, insya Allah.

“Good night~” Hana melayang flying kiss. Maya sambut dan mencampaknya ke lantai sebelum memijaknya. Dua-dua tergelak sakan. Siput sedut punya member. Macam tu je dia reject kasih sayang aku.

“Night.” Lampu dapur dipadam.


---


Rosebud says: If I were Daim, memang terus tukar cita rasa. tak sanggup nk suka kt si Hana tu lagi. Too bad I am not him. :P Kalau korang jadi Daim, what would you do? 
Happy reading guys. ><

2 comments:

Anonymous said...

can i know what the meaning of "DOM" hehehe. . .

and , I'm A Boy. . . and , I think. . . I Like Hana. . . Why? "Because Of His Character. . ." I Think??? Maybe. . . :p

Rosebud said...

DOM tu stands for.....I'll tell you in later chapters. ><
you're a boy? and you like hana because of her character? it's normal what.huhu

Post a Comment