Monday, March 18, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 19

Hana ketawa sakan melihat paper cup Coffee Bean beisikan hot choco, sejambak bunga Lily of the valley, nasi lemak sebungkus, gula-gula dan sebuah bakul Lovely lace yang dipenuhi dengan berpuluh-puluh keping fancy kad tersedia indah di atas meja. Penuh dengan kasih sayang kawan-kawan office aku ni.

Jambangan bunga Lily of the valley dibawa ke hidung. Sambil matanya dipejam rapat, perlahan bibir Hana mengukir senyum bahagia. Akan aku tunaikan impian si pengirim bunga kegemaran aku ni, ikrar Hana dalam hati. Lily of the valley. Susah tu nak carik bunga ni kat Malaysia. Plus, mana orang ni tahu aku suka bunga ni? Hana berasa takjub.

“Hari ni birthday aku ke? Rasanya tahun lepas dah birthday aku.”

Pelik, pelik. Cuti sehari pun dah diraikan sebegini hebat. Agak-agak kalau aku cuti bersalin, mahu berlori hadiah untuk aku. Hana tergelak kecil. Terasa diri ini begitu berharga. Matanya mendarat pada bakul yang bertemakan Lovely lace di hadapannya.

Beberapa kad yang tersusun cantik di dalam bakul tu diambil secara rambang. Kad yang bersampul surat merah jambu siap bersetem diambil dan dibaca terlebih dahulu. Hm, tulisan jambu macam perempuan.

Sayang,
Sesaat berlalu tanpa sayang, terasa seperti beribu tahun
lamanya. Oh cinta hatiku, pulanglah ke pangkuan abang.
Abang MT hanya milik sayang.

Hana menampal muka kegelian. Serius, jijik. Ni mesti Mat Tampoi bagi ni. Mat Tampoi. Watak sampingan dalam hidup aku. Tak penting pun mamat tu, saja nak menambahkan ahli kenalan aku kat Facebook. Matlamat hidup mamat senget tu satu  je, yakni nak jadikan aku suri hati dia.

Suri hati mung!

Menyemakkan hati aku ada la! Kad Mat Tampoi dicampak jauh. Dalam dia menghilang sebulan dua ni, sempat jugak dia pos kad kat aku. Mana dia tahu aku cuti ni? Ish! Dah, dah. Next card please. Hana membuka kad seterusnya.

Laling, we miss you. Banyak gosip hangat kitaorang dah kumpul tau.
Kitaorang nak kau orang 1st to know! You’re gonna love em!
Kau mesti jerit punyalaaa~
Btw, ada orang mintak no h/p kau. Someone has admirer :P
The MIGHTY Powerpuff girls

Tawa Hana pecah.  Aku ni ada rupa Melodi bergerak ke? Asal bergosip je carik aku, asal carik aku je, gosip. Ingat aku ni stor penyimpan gosip ke apa? Eh.. ada orang mintak nombor fon aku? Siapa? Admirer? Orang sasau mana nak admire kat aku ni selain Mat Tampoi tu? Sah, dia tak cukup skru dalam kepala. Hana menggeleng. Biarkan jela Encik Admirer tu.

Mata Hana tertarik pada sekeping kad yang  berwarna pastel. Cute. Dibuka kad tu dengan hati yang senang. Sangat cute kad ni. Bila kad tu dibuka, ada lagu kanak-kanak kedengaran dari speaker kecil di hujung kad. Wah, siap ada speaker. Macam kena je nursery rhyme ni. Hana tergelak kecil. Lagu Barney, si dinasour ungu yang gemuk tu.

“I love you, you love me, we’re best friends like friends should be, with a great big hug and a kiss from me to you, won’t you say you love me too~”

Hana bernyanyi mengikut rhyme lagu Barney tu sambil membaca dua perenggan ringkas di muka surat sebelah kad.

Weh, aku malas nak mengaku, tapi aku kena paksa. Diaorang suruh aku tulis kad ni untuk kau.. So kau tak payah nak perasan aku syok kat kau ke apa.
Apa-apapun, memang sunyi sikitlaa ofis ni kau takda. Yelaa, sapa lagi buta warna dalam ofis ni? Kau sorang je. Cepatlah masuk kerja. Naik sasau dah dak-dak ofis ni kau takde.
Ok. Cau.

Amboi, cermatnya tulisan dia. Cute. Cantik. Tapi gaya bahasa, bernanah je hati aku baca. Siapa penulisnya? Hana menyandar. Hutang? Aku ada hutang sesiapa ke? Budin? Nahh.. mamat tu mana ada hasrat dengki. Hati suci murni. Semua halal. Kalau kak Mida pulak, dia tak sekasar ni. Lagipun, takda maknanya kak Mida nak tulis-tulis kad ni. Mintak dia sainkan dokumen pun bercinta menunggu, inikan pulak kad. Hmph.

Barangkali... si cantik ayu jelitawan, sang Lisa? Tapi.. macam mustahil. She’s an angel. Plus, aku bukannya best friends dengan dia pun. Setakat lambai-lambai tangan senyum sokmo je perhubungan aku dan dia. Hmm..Siapa ye?

Ha! Herlina?

Hana menggigit bibir. Wajah cantik musuh tradisinya tu terbayang di mata. Lagi luar alam. Takkan la si pemakan rumput tu sanggup luangkan masa nak tulis kad untuk aku? Lagipun, tulisan minah blondie tu tak secanggih ni. Dan, mustahil dia kembali ke pejabat.

 Hm.. Genie? Tulisan BFF Herlina tu lagi huduh dari tulisan Budin. Ni bukan tulisan dia. Ishh, siapa tulis kad ni?

Dahi digaru-garu. Peninglah pulak nak fikir empunya tulisan ni. Lantaklah. Macam orang bodoh je fikir. Hana mengemas kad-kad tu dan diletakkan semula ke dalam bakul. Bunga Lily of the valley dipandang lagi sekali. Ini sweet.

Sungguh, hatinya tersentuh.

Bakul berisi kad diletak dalam shelf almari di sudut bilik. “Apa-apa pun, perut kena isi dulu.” Hana tersenyum lebar. Hot choco. Nasi lemak. Superb. Gemuklah aku kalau setiap hari macam ni. Untung buat baik dengan orang. Walaupun bukan semua orang.

“Bismillahirrahmanirrahiim!”

-

Shuichi merenung Hana menjalankan eksperimen. Ini kali pertama dia rasa terpesona tengok perempuan bertutup habis tanpa mendedahkan walau seinci kulit tubuhnya. Walaupun berhijab, tertutup, berpakaian longgar, tapi Hana tetap nampak cantik. Sekurang-kurangnya di mata aku. Shuichi menarik senyum. Rasa bahagia dapat berdua-duaan macam ni dengan gadis ni.

“Awak nak tengok magik tak?” Hana tiba-tiba bertanya.

Magik? Ni mesti kes dah boring buat kerja ni. Jam di tangan dipandang sekilas. Hampir waktu lunch. Padanlah dia dah boring. Kepala diangguk. Shuichi mencondongkan sedikit tubuhnya, nak menunjuk minat. Hana tersenyum. Kelalang kon yang berisi cecair berwarna purple diletakkan di hadapan lelaki berbangsa Jepun tu. Mata Shuichi mengikut.

“Tengok betul-betul. Awak akan terkena sumpaham Ratu Hana. Mmmuahahhaha!” Suara Hana diserakkan, memimik suara nenek kebayan pengamal sihir. Shuichi ketawa. Hana mengecilkan matanya, menyuruh Shuichi serius.

“Shh.. Nanti magik ni tak jadi.” Bisik Hana. Shuichi terangguk-angguk sambil merapatkan kedua tangannya. Tubuhnya dibongkokkan sedikit, tanda hormat.

“Ampun Ratu, patik memohon ampun.”

“Tidak mengapa. Beta cool.” Balas Hana angkuh, betul-betul mendalami watak ratu a.k.a nenek kebayan, sambil mengambil dropper dan menitikkan beberapa titisan cecair ke dalam kelalang kon tu. Mata Shuichi melekat pada kelalang kon yang digoyang-goyang Hana dengan penuh lemah gemalai.

Hana membaca menteranya. “Asbestos albudus alfonso albukaki!”

 Bagaikan magik, cecair purple dalam bekas kelalang kon tu berubah warna dan lama-kelamaan semakin hilang. Mata Shuichi terbuntang besar. Mulutnya ternganga.

“Macam mana awak tukar color dia? Wahh~”

Shuichi bertanya kagum. Hana ketawa besar, cuba mendalami watak sang nenek kebayan slash ratu macam dalam cerita Snow white tu. “Itu rahsia. Sesungguhnya, a secret makes a woman, woman.” Bisik Hana lunak sambil matanya dikenyit sebelah.

Terasa macam dipanah cupid. Hatinya berdebar-debar. Shuichi rasa macam dah jatuh cinta. Jarinya digerakkan, menyuruh Hana mencondongkan sedikit tubuhnya. Hana menjungkit kening.

 “Nak tengok sihir saya pulak?” Tanya Shuichi perlahan.

Belum pun sempat Hana mengangguk, tangan Shuichi menutup mulut kelalang kon dan selepas beberapa baris mentera dalam bahasa Jepun, kepulan asap keluar dari mulut kelalang kon dan sekelip mata, cecair dalam bekas kelalang kon berubah menjadi sekuntuk bunga ros.

Automatik Hana menegakkan tubuhnya. Kaku. Rahangnya jatuh. Bibirnya terketar-ketar. “Shu-chan! Awak psiko! Macam mana awak.. bunga ros tu!” Jerit Hana. Mukanya pucat habis. Shuichi tergelak besar. Ha, terkejut beruk. Itulah, kerek lagi.

“Rahsia. A secret makes a man, man.” Bisik Shuichi dengan suara yang terlebih testosteron sambil meluruskan jari telunjuknya ke bibir.

“Secret kepala kau. Semua tu tipu belaka. It’s all about technique and speed.” Dan suara garau yang super menjengkelkan tu menyapa. Hana memejamkan mata. Makhluk manalah yang authorise mamat ungka ni masuk dalam lab aku ni?

Hana mencebik. “Kalau awak hebat sangat, tunjuklah magik awak tu.” Cabar Hana. Daim yang menyandar pada dinding makmal menarik senyum separuh. Terasa macam ada current lalu kat satu badan. Berdebar.

Hana mengutuk diri sendiri. Kenapa dengan kau ni Hana? Si ungka tu senyum bodoh macam tu pun kau dah rasa macam jalan atas pelangi. Kritikal betul. Panadol dalam poket lab kotnya digenggam erat.

Perlahan-lahan Daim melangkah ke arah mereka. Kening Hana dan Shuichi bertaut serentak. Daim jalan teresot-esot. Sakit ke? “Kau kenapa ni? Accident?” Shuichi mendapatkan Daim.

Lelaki tu menggeleng. “I’m fine. Betis aku ni sakit sikit je. Ada kucing gila sepak kaki aku.” Ujar Daim, sengaja mengeraskan perkataan ‘sepak’. Wajah Hana berubah riak. Oh tidak.

“Sepak? Kucing gila? Sepak kau?”

 Shuichi menyelak seluar jeans yang dipakai Daim. Lelaki tu hanya mempamer senyuman sinis. Hana dah rasa macam nak larikan diri ke Afrika atau Antartika, atau mana-mana yang tak ada orang kenal dia.

“Iya. Betul. Tak percaya, cuba tanya Miss Saintis kita ni. Bolehkan kucing gila sepak kita, kan Cik Hana?” Tanya Daim, mengalih fokus Shucihi pada Hana. Gadis itu terus berubah kalut.

 “K-Kot.”
Jawab Hana sepatah. Shuichi diam sejenak. Nak cuba nafikan, tapi dua-dua manusia ni cerdik pandai. Aku ni ahli muzik je. Shuichi menjungkit bahu. Whatever la.

“So, nak tengok magik aku tak?” Daim berdiri betul di sebelah Hana.

Hana rasa macam berada dalam peti sejuk. Menggigil hingga ke tulang sum-sum. Aura si ungka ni sejak peristiwa semalam, semakin menjadi-jadi. Bersinar-sinar macam aurora. Hana menggenggam kedua tangannya. Cemas. Kalut. Apa kena dengan sistem badan aku ni oh Tuhan?

Daim mengambil bunga ros dalam bekas kelalang kon tu dan dilipat batangnya sehingga bunga ros itu berada dalam genggaman lelaki tu. Shuichi hanya memerhati tanpa berkata apa-apa. Beberapa saat kemudian, Daim membuka genggamannya dan berterbangan kelopak bunga ros di udara.

Hana menarik nafas dalam-dalam. Menyesal aku mulakan sesi David Copperfield ni. Tergendala terus eksperimen aku. Padan muka. Aduhai. Hana dah separuh menyesal. Tak pasal-pasal koyak rabak bunga ros aku.

Daim mengira dengan dengan jarinya. “Satu..Dua.. Tiga.”

Dan sekelip mata, kelopak bunga ros yang berterbangan tadi berkumpul di telapak tangan Hana. Daim mengoyak senyum.

“Tutup tangan kau.” Arah Daim sambil membuat demonstrasi.

Hana menggigit bibir. Daim dipandang atas bawah. Lelaki tu sedang berdiri tegak jaga sedia. Ala-ala kadet remaja sekolah dulu. Senang diri. Jaga sedia. Ceh. Perlu ke nak tunjuk aksi magik kat dalam makmal ni sambil buat gaya askar?

“Tak nak. Nanti lipas keluar.” Balas Hana malas. Kepala digeleng laju.

Shuichi tergelak kecil. Lipas? Tak pernah dalam sejarah hidup aku dengar magician guna lipas.

“Taklah. Kau ingat aku ni bodoh macam kau ke?” Daim hampir meninggikan suaranya. Hana menjeling. Cakap sikit nak marah. Baran betul. Fikir dia punya perasaan je. Aku punya, tak fikir?

“Yelah, yelah. Itupun nak marah. Kalau keluar lipas ke apa, memang tak jumpa hari esok la awak.” Hana memberi amaran.

Daim menarik sengih. Berani kau nak apa-apakan aku? Perlahan-lahan, Hana menutup tangannya. “Good. Sekarang buka tangan kau.” Arah Daim, masih mengamalkan gaya komandornya.

Hana mengikut tanpa banyak soal. Layankan je si ungka ni. Nanti penat, tahulah dia berhenti. Hana membuka tangannya perlahan-lahan. Kunci kereta? Semua mata memandang Daim. Confuse.

“Kunci kereta?”

Hana menayang kunci kereta betul depan muka Daim. Si ungka ni nak bagi aku kereta sebijik ke? Fushoo! Manyak ong lo ini hali! Hana baru nak mengukir senyuman bahagia sentosa, tiba-tiba Daim bersuara. Sengihan lelaki tu meleret.

 “Mulai hari ni, kau akan jadi driver aku.”

“What?” Serentak, Hana dan Shuichi terjerit.


---

Rosebud says: one of my ol' time fav song ^^

0 comments:

Post a Comment