Saturday, March 9, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 17

Hana sedang menggoreng cempedak goreng bila lagu Carlifornication memekakkan telinga. Handphone di dalam poket apron ditarik keluar. Bibirnya menekan permukaan skrin handphone.

“Assalamualaikum.” Hana memberi salam. Handphone dikepit antara telinga dan bahu. Salamnya berjawab. Kening Hana terjungkit. Gagahnya suara orang dihujung talian. Siapa agaknya ya? Alamak tadi tak sempat tengok empunya nombor la pulak.

“Ya, nak cakap dengan siapa?” Tanya Hana lembut.

Senyap. Hanya deru nafas kedengaran. Hana mengesat peluh dengan belakang tangan. Nak cakap ke tak? Kang aku letak kang. “Hello? Nak cakap dengan siapa?” Hana mengulangi pertanyaannya.

“Weh color blind, mana kau?”

Color blind? Hana meletakkan senduk di atas meja. “Awak ni salah nombor kot. Saya tak color blind.” Handphonenya dipandang. Nombor tak bernama. Siapa ni? Presiden persatuan buta warna ke?

“Tak. Aku tak salah nombor. Memang ni kau. Perempuan gila yang color blind.” Jawab orang di hujung talian. Perempuan gila yang color blind. Hana terasa dadanya sesak. Satu ayat tu dah cukup bagi hint kat Hana gerangannya siapa lelaki dalam talian tu.

Mana si ungka ni dapat nombor aku!?

“Daim, awak ni nak apa ha telefon orang lepas tu nak kutuk-kutuk pulak!” Bebel Hana kuat. Nasib baik takda customer. Kalau tak, mahu jatuh standard kedai makcik Mia.

“Aku cakap benda betul. Apa pulak aku kutuk kau? Weh color blind, kau kat mana?” Tanya Daim keras. Hana mencebik. Kutuk-kutuk aku lepas tu nak tanya aku kat mana. Sibuk je.

“Yang awak sibuk-sibuk sangat nak tahu saya kat mana ni kenapa?” Hana pun menukar nada suaranya. Takda dah unsur kelembutan dalam suaranya. Kasar habis. Lantaklah. Dia kasar, aku kasarlah balik.

Daim berdengus. “Aku ada hal nak jumpa kau. Kau ingat aku nak sangat ke tahu pasal kau? Cepatlah, kau kat mana ni?” Oktaf suara lelaki tu melonjak-lonjak naik. Hana terpaksa menjarakkan handphonenya jauh dari telinga. Nasib baik tak pekak telinga aku.

“Hei awak ni kan. Boleh tak bagi saya tenang sikit kepala? Sehari pun jadilah. Tak boleh ke? Ada je nak kacau!” Marah Hana geram. Setiap hari, dia terpaksa menghadap si ungka ni sampai sebal-sebal hatinya. Ingatkan bila ambil cuti, tak payah dah nak hadap malaun ungka ni.Bolehlahrehat-rehatkan diri daripada bertekak dengan si ungka tu. Tapi, macam biasa,ada je cara dia nak spoil mood aku!

“Banyak mulut pulak perempuan ni. Takpa, aku dah tahu kau kat mana. Okey bye.”
Tup. Talian mati. Hana memandang handphonenya lama. Tak terkata. Apa maksud si ungka ni dia dah tahu aku kat mana? Hana memandang sekeliling. Jangan cakap dia dah ada kat taman ni. Takda pun batang hidung dia. Jam di tangan dipandang. Pukul 4.0 petang.

Makcik Mia baru saja balik ke rumahnya sekejap untuk menunaikan solat Asar. Kebetulan hari ni Hana ‘cuti’, jadi dia stay je la jaga kedai. Hana kembali menggoreng cempedak. Biarlah si ungka tu. Buang tenaga neuron aku je nak fikir pasal dia.

“Shampu Sakura dua botol.”

Berlipat leher Hana menoleh. Daim menarik sengih sambil tangan dalam kocek. Rahang Hana jatuh tergolek-golek. Mata Hana tak berkelip memandang lelaki tinggi lampai di depannya ni.

“Ada jual shampu Sakura tak kat sini?” Tanya Daim lagi.

Hana memejam celikkan mata beberapa kali. Betul ke apa yang aku nampak ni? Dia tak tipulah maknanya bila dia kata dia tahu aku kat mana. Oh my God.

“A-Awak.. tahu m-mana s-saya..s-sini?” Perkataan dalam kepala dah huru-hara dek terlalu terkejut. Nak cakap pun tak termampu. Daim menjungkit bahu. “GPS.” Jawabnya sepatah. Oh, GPS. Aku benci smartphone. Aku benci teknologi! Hana menggaru kepala. Wargh stress!

“Kau buat part time ke?”

Daim menarik bangku ke bawah khemah dan terus duduk bersebelahan dengan Hana. Gadis tu hanya memandangnya tak terkata. Selamba kodok je si ungka ni tau. “Bagi aku donat satu.” Daim menunjuk ke arah donat yang sudah tinggal separuh dalam bekas.

Hana menarik nafas dalam-dalam sebelum dilepaskan habis-habisan. Siap dengan bunyi sekali. “Huh!”

Daim tergelak kecil. Hatinya bagai digeletek tengok telatah perempuan gila ni. Baru rasa sempurna harinya bila dapat menyakat Hana.Dapat dah vitamin.Baru rasa sihat sejahtera hidup ni. “Ambil sendirilah.” Ujar Hana acuh tak acuh. Cempedak yang dah digoreng diletakkan dalam bekas.

Daim bangun. Sedapnya bau. “Aku nak cekodok ni jugaklah. Dengan donat sekali.” Pesan Daim. Hana menjulingkan mata. Cekodok mung. Ni cempedak goreng la cerdik! Hana buat-buat pekak. Tak kuasa dah nak melayan si ungka ni. Sebut pun salah ada hati nak makan. Ceh.

“Ni bukan kedai kau kan? Hm, nanti tuan punya kedai ni datang, aku report kat tuan punya kedai ni. Cakap kau ni berlagak, sombong, marah-marah customer sampai kasi customer lari. Lepas tu kau ni—”

Belum pun habis ayat Daim, Hana dah hulur sepinggan donat dan cempedak goreng bersama segaris senyuman lemak berkrim disukai ramai. “Haa macam ni la pekerja cemerlang.” Daim menerimanya dengan hati yang terbuka.

“Garfu ada?” Saja nak bakar suhu perempuan ni.

Hana memejamkan mata. Serius si ungka ni, banyaknya songeh dia. “Mana ada orang makan kuih guna garfu, Daim. Makan guna tangan.” Balas Hana, masih mengawal nada suaranya supaya tak kedengaran biadap.

Daim menahan senyum. “Oh yeke? Okey. Ha, nak air basuh tangan.”

Hana menghentak senduk ke meja. Tubuhnya dipaling menghadap Daim yang kekal menampal muka innocent. Ee menyampahnya! Kau ingat ni rumah orang kahwin ke apa? “What? Tangan kita kan banyak bakteria. Kenalah basuh tangan. Kau kan saintis. Itu pun tak tahu. Apasal la bapak aku ambil kau kerja?” Daim menggeleng kepala.

“Ha?” Hana menjungkit sebelah kening. Apa yang si ungka ni mengarutkan?

“Hish. Dahlah buta warna, pekak, kurang cerdik pulak tu. Serba-serbi kau ni kan. Cepat, aku nak air basuh tangan.” Daim menyilang kaki. Hana menarik dan melepaskan leher apronnya banyak kali, cuba mengipas badan. Sudahlah cuaca hari ni dah sama terik macam kat padang pasir, si ungka ni pulak menambahkan lagi kepanasan kat diri aku ni. Sabar Hana, sabar. Dugaan tolong orang tua.

“Cepatlah!” Gesa Daim.

Ya Allah, serius  aku rasa macam nak flying kick je si ungka ni. Ciskek betul la! Langkah diatur ke belakang kedai, satu botol air mineral diambil dan kemudian dihulur pada lelaki tu.

“Guna ni buat air basuh tangan. Sabun takda. So guna je air ni. Jangan nak banyak songeh.” Bebel Hana. Mukanya berkerut. Macam tertelan teh kundur. Daim angguk sekali.
“Kau tuangkan.” Arah Daim.

Hana melepaskan satu keluhan berat. Dia ni ingat aku ni hamba abdi dia ke apa ni? Hana membuka tutup botol air mineral tu dan terus menuangkan air ke tanah. Daim menghulurkan tangannya.

“Kat tangan aku, bukan kat tanah!” Marah Daim.

Hana malas nak balas. “Dah? Nak basuh kaki sekali?” Tanpa menunggu jawapan dari lelaki tu, Hana terus menuang air ke sneaker Daim.

“Kau gila he? Apa kau buat ni ha!” Tengking Daim sekuat hati. Berasap telinganya sejurus air mineral tu mengenai kasut yang baru dibelinya kelmarin. Baru kali pertama pakai ni. Asbestos punya perempuan!

“Ha, nak basuh muka pulak?” Mulut botol mineral dah disua ke muka lelaki tu namun refleks Daim yang lebih pantas terus memegang tangan Hana. “Kau jangan melampau he.” Desis Daim. Matanya mencerun ke dasar mata Hana.

Untuk beberapa saat, mata mereka bertemu. Dup dap. Dup dap.

Hana mengerutkan dahi. Nasib baik aku pakai lengan panjang. Kalau bersentuh kulit ke kulit ni, memang kau makan buku lali aku. Hana membalas renungan tajam Daim.

“Lepaskan tangan aku.”

“Kau mintak maaf dulu.” Balas Daim keras. Ditarik tangan Hana, memaksa gadis itu melangkah ke hadapan, merapatkan jarak antara mereka. Hana cuba menarik tangannya, tapi pegangan Daim yang mencengkam tu tak mampu dileraikan.

“Sakit. Lepaskan aku!” Tengking Hana. Mana makcik Mia ni? Lambatnya. Makcik, cepatlah datang....cepatlah.

“Cakap kau sorry dulu baru aku lepaskan kau.” Daim merapatkan lagi jarak antara mereka. Hana memalingkan wajahnya ke arah lain bila hembusan nafas lelaki tu terasa di pipinya. Melampau dah ni.

“Amek kau ungka!”

Satu tendangan mengenai betis Daim. Terus terlepas pegangan tangannya. Hana membiarkan Daim terlompat-lompat sambil mengurut betisnya yang bisa terkena sepakan Leo Messi. Rasakan.

“Kaki besi ke apa kau ni?” Tengking Daim menyeringai. Masuk ni dah dua kali perempuan gila ni sepak aku. Ada sakit suka sepak orang agaknya. “Memang pun!” Mata Hana mengecil seolah nak memancarkan laser ke arah lelaki tu ala-ala Cyclops dalam X-men tu.

Daim berdesis. “Aku report kat tuan punya kedai ni!” Ugutnya.

“Reportlah. Ingat aku takut sangat dengan kau!” Laju jari telunjuknya lurus ke arah Daim yang dah kembali duduk atas bangku. Tangannya masih mengurut betis. Padan muka.Menggatal tak kena tempat lagi.

“Bak sini donat dan cekodok aku tu.” Tangan kanan dihulur. Hana menjeling. Boleh lagi dia nak stay? Unbelievable. Hana mengambil pinggan yang diletakkan atas meja tadi dan dihulurkan pada Daim.

Mata mereka bertembung. “Ambillah!” Hana menyinga. Daim menarik senyum separuh. “Nak ambillah ni!” Balasnya tak nak kalah.

Hana memandang jamnya lagi. Mana makcik Mia ni? Rasa kekok la pulak berdua je dengan si ungka ni. Pelanggan pun mana? Tiba-tiba je hilang. Tadi masa makcik Mia ada bukan main ramai lagi. Ni mesti bala si ungka ni. Puaka betul.

“Apasal kau tak datang kerja?” Tanya Daim memecahkan kesunyian antara mereka. Hana memandang Daim. Matanya mendarat pada pinggan yang kosong. Donat dan cempedak goreng dah habis dimakan. Mak aih. Lajunya dia telan.

“Nak lagi?”

Daim angguk. “Nak donat.”

“Cempedak goreng nak?”

Daim menggeleng.

Dua donat diletakkan atas pinggannya. Daim memandang Hana. Soalan yang sama diulang lagi. Hana melepaskan satu lagi keluhan. Kalau dengan si ungka ni, memang kerja aku dok mengeluh jela.

“Saya ambil cuti.” Ujar Hana. Emosinya dah kembali stabil. Memang si ungka ni selalu buat darahnya mendidih, tapi yang peliknya, si ungka ni jugaklah yang selalu buat dia cool down balik. Hilang dah rasa marah meluap-luap tadi.

 “Budak lembut tu cakap kau MC. Sakit ke?” Dan, lepas tu si ungka tu kembali buat darahnya mendidih. Multi-skill betul la mamat ni. Dalam masa seminit, dia mampu  naikkan darah aku, lepas tu buat aku cool down balik, lepas tu naikkan darah aku balik. Banyak kali pulak tu. Bravo.

Hana menjeling Daim yang dah tersengih macam kerang busuk. Suka la tu kutuk-kutuk kawan aku. “Ha’ah sakit. Sakit hati.” Sengaja ditekan dua perkataan tu kuat-kuat. Biar dia tahu betapa menyampahnya aku kat dia.

Daim ketawa besar. “Uih, bahaya tu. Boleh berjangkit tu.”

Sudip kat tangan ni sikit lagi je nak melayang ke muka si ungka tu. “Cakap dengan awak ni macam cakap dengan orang tak sekolah tau.” Hana menghalakan sudip ke arah Daim. Lagi pecah tawa lelaki tu.

Eh ingat aku gurau-gurau ke? Orang serius ni.

Bila tawanya dah reda, Daim bangun dan menghabiskan gigitan terakhir donat. Pinggan kosong dihulurkan pada Hana. “Berapa semua?” Tanya Daim. Hana memegang dagu. Berapa?

“RM50”        

Reaksi wajah Daim dipandang. “Okey. Nah.” Dompetnya dikeluarkan dan dihulur sekeping not lima puluh ringgit. Hana tercengang. Terencat ke apa dia ni? Dia tak rasa ke lima puluh ringgit tu terlalu mahal untuk donat dan cempedak goreng?

“Ambil la.” Daim masih dengan muka tak terkejutnya.

Hana menggaru telinga. “Saya gurau je Daim. Tiga ringgit je semua.” Hana rasa bersalah. Alamak, jujurlah pulak mamat ni. Daim memandangnya untuk sesaat dua. “Takpa, ambil je la lima puluh ringgit ni. Aku takda duit kecik pun.” Daim menggoyangkan not lima puluh ringgit, memaksa Hana ambil.

Wajah Daim dipandang lama. Betul ke tidak si ungka ni? Tiba-tiba jadi Encik Budin Budiman ni. Cuma tak lembik je. Aku ada terletak apa-apa ke dalam donat tu tadi? Hana berkerut. Apa aku letak dalam donat yang dia makan tadi ya? Serius, mesti aku ada terbubuh sesuatu ni. Kalau tak, mustahil tiba-tiba je si ungka ni jadi mulia macam ni.

“Serius ke?” Tanya Hana, masih dalam mode terkejut.

Daim angguk. “Seriuslah. Nah.”

Wang kertas berwarna biru putih tu dipandang takut-takut. Nak ambil ke tak? “Eh banyak sangat ni Daim. Awak biar betul.” Tak berani la nak ambil. Daim berkerut. Apa yang tak betulnya?

“Kau ni kenapa? Aku dah bagi tu ambil jela. Banyaklah mulut. Nah! Rezeki  tuan punya kedai ni. Bukan untuk kau!” Balas Daim, mula menampakkan rasa annoyed dia. Hana mengigit bibir. Aku puji sikit je terus dia jadi ungka balik. Tak boleh kena puji betul.

“Okey, terima kasih.” Duit lima puluh ringgit bertukar tangan.

“Sama-sama. Esok, lusa, tulat, jangan tak datang kerja pulak. Nanti ada meeting.” Daim teringat pesan Shuichi tadi. Katanya lusa ada meeting besar-besaran. Tak tahulah pasal apa.

Hana angguk. Tahu. Kak Mida, Budin, Powerpuff girls, semua  hantar mesej kat dia. Sampai tersangkut inbox. Masalah betul. “Diaorang dah inform saya dah. Thanks anyway.” Dipaksa satu senyuman untuk si ungka ni.

“Lagi satu. Kalau sakit makan ni. Kalau tak elok jugak, pergi klinik. Tau? Okey. Aku gerak dulu.” Daim meletakkan sepapan panadol di atas meja sebelum dia berjalan menuju ke keretanya.

Mulut Hana melopong. What the flower had just happened?

Wow. Mata Hana mendarat pada sepapan panadol di atas meja. Siap suruh aku pergi klinik kalau masih sakit. Whuoo! Luar alam ni. Encik ungka jadi Encik prihatin. Sah aku ada terbubuh sesuatu dalam donat yang dia makan. Confirm!

“Siapa tu Hana?” Barulah muncul batang hidung makcik Mia ni. Lamanya bertahajud. Bagus, bagus.

Hana memberi makcik Mia segaris senyuman. “Kawan ofis Hana.”

Makcik Mia terjengah-jengah, cuba mendapatkan sudut terbaik nak tengok muka Daim. “Hensem. Kawan ofis cum boyfriend ke?” Makcik Mia melayang senyuman misteri. Mula dah semangat mak jah dia. Hana mengerutkan muka. “Takda maknanya dia boyfriend Hana. Mintak simpang!” Hana geleng kepala banyak kali.

“Jangan mintak simpang. Nanti Tuhan bagi Hana highway dengan dia, baru tahu.” Sakat Makcik Mia. Hana menjeling. Eh makcik Mia ni, orang nak anak dia, dia nak jodohkan kita dengan si ungka tu pulak. Tak mau...


---

Rosebud says: my big brother is getting married yeayyy...but I'll be one of the super busiest girls on the planet. soooo sorry if I post the next chapter a littttttle bit late ait. happy reading ^^

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum....cik penulis..
Jujur saya katakan bahawa saya dh jatuh cinta pada novel ni dri ep1 lg....cerita ni kelakar abis...semua lawak yang dibuat memang menjadi...saya sangat sukakn watak hana..watak hana memang hidup.bkan rekaan semata-mata..
Thumbs up untuk writer... Tk sabar nk tggu entry strusnya.....

Rosebud said...

Wa'alaikumussalam. Cik Anonymous.
Alhamdulillah, ada jugak orang seronok baca novel tak seberapa ni. terima kasih banyak.^^ (sambil tunduk terharu)
insya Allah, we'll keep writing more fun stuff.
p.s byk scenes dlm novel ni adalah kisah benar. hehe.
in fact Hana tu pun separuh wujud. keke.
keep reading our story okey. thanks again ^^

budak baik said...

こんにちは :D

sokong kata2 anonymous. citer ni plg menarik n best prnah saya baca. ayat2 mmg lawak abes xD

writer x nak terbit novel nih ke? hehe..

anyway, sgt srnok baca novel nih.xoxo

Anonymous said...

me three. . . ^_____^

Post a Comment