Monday, March 4, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 16

Daim membuka pintu pejabat Hana. Kerusinya kosong. Mana perempuan gila tu pergi? Kat lab takda. Kat ofis takda. Batang hidung si lembut tu pun takda. Daim menggaru dahi. Botol ALLANO di tangan dipandang. Dah berhari-hari botol putih ni terperuk dalam biliknya. Perempuan gila tu bukan reti nak ambil balik. Pandai bagi pandai-pandailah ambil balik! Tak pasal-pasal aku kena pulangkan personally.

Smartphone dikeluarkan. Apa nombor perempuan gila tu he? Daim mengeluh. Manalah dia pergi? “Menyusahkan orang  betul la!”

“Eh Encik Daim, buat apa kat sini?” Tegur seseorang. Daim menoleh. Budin sedang memandangnya atas bawah. Pelik agaknya tengok aku tercegat macam orang bodoh depan bilik girlfriend dia ni.

Daim berdeham kuat. “Mana perempuan gila ni?”

Budin mengerutkan dahi sebelum menyeringai. “Hana bukan perempuan gila la!” Daim memeluk tubuh. Dipandang Budin macam Budin ni makan malam dia. Amboi, dah berani cecah pitch tinggi-tinggi. Boleh tahan si lembut ni.

“Apasal Encik Daim pandang saya macam tu?” Tanya Budin terkebil-kebil. Takut jugak kalau kena penumbuk sulung mamat ni. Boleh bertabur gigi.

Perlahan, kakinya melangkah mendekati Budin yang hanya beberapa cm lebih rendah daripadanya. “Aku tanya, mana dia, bukannya dia perempuan gila ke tak.” Suaranya mendatar dan dingin. Budin menelan air liur yang dah rasa macam telan kertas pasir. Agak-agak dia nak pukul aku ke tak?

Budin tak berani nak angkat muka. Baru dia faham kenapa Hana tak berani nak lawan pandangan mata Daim ni. Bukan sebab dia hensem ke apa, walaupun dia memang hensem pun. Tapi sebab, pandangan dia..Tajam betul. Aku yang lelaki ni pun naik kering air ketiak bila kena tenung macam tu, inikan pulak Hana yang perempuan.

“Hana MC.” Balas Budin takut-takut.

Daim mengalihkan pandangannya ke arah bilik Hana sebelum kembali pada wajah cemas Budin. MC? “Perempuan gila tu sakit ke?” Tanya Daim musykil. Perempuan gila tu sakit? Energy overdose macam tu pun boleh jatuh sakit ke.

 Budin menggeleng kepala. “Tak. Dia saja ambil cuti. Malas nak pergi kerja. Tak boleh ke?” Balas Budin dengan suara sinis. Sakit hatinya dengar Hana dipanggil ‘perempuan gila’. Punyalah sedap nama Hana tu. Bak kata orang Jepun, Hana tu maksud dia bunga. Tak ke sweet nama kawan aku tu? Ish! Manusia macam Daim ni tak layak ditakuti. Lagi dia besar kepala nanti.

Muka bengis Budin dipandang sekilas. Daim menjulingkan mata. Si lembut ni dengan girlfriend dia sama je. Smart mouth. Dua-dua perangai mintak penampar. “Bagi aku nombor dia.” Daim menghulurkan smartphonenya kepada Budin, menyuruh lelaki itu memasukkan nombor Hana.

“Sori, saya tak hafal nombor Hana. Kalau nak, carik sendiri.” Dan Budin terus beredar, meninggalkan Daim yang dah membuak-buak rasa nak belasahnya sampai lunyai.

Sabar bro, sabar. Nama pun lembut. Memang perangai macam perempuan! Daim meraup rambutnya ke belakang. Mana aku nak carik perempuan gila ni? Siapa yang rapat dengan dia selain si lembut tu? Daim menyandar pada dinding. Setelah beberapa saat berfikir, bibir Daim mengukir senyum. Juruhebah Samurai,

The Powerpuff girls.

-

Rin, Pinat dan Joy tak mampu mengalihkan mata dari terus menjamah muka Daim. Berkali-kali lelaki tu berdeham tapi geng Powerpuff girls masih tak berkelip merenungnya dengan mulut yang ternganga. Air liur dah meleleh di hujung bibir masing-masing.

Daim mencekak pinggang. Mabuk todi ke apa tiga ekor ni?

“Hoi!” Sergah Daim sambil menghentak meja sekuat hati. Serentak, Rin, Pinat dan Joy tergolek dari kerusi. Daim terkedu. Kuat sangat ke aku hentak meja ni tadi? Meja diperiksa ala kadar. Okey, steady je. Takda pulak paku tercabut ke apa.

“Are you guys okey?” Daim menjengah sedikit ke bawah meja.

Rin, Pinat dan Joy terpisat-pisat bangun dari lantai. Masing-masing mengibas punggung, membetulkan tudung dan mengemaskan baju yang dah ronyok sebelum kembali duduk menghadap Daim.

“Kitaorang okey.” Jawab mereka serentak.

“Okey~ So, I panggil all three of you ni sebab I have something important to ask.” Ujar Daim straight to the point. Tak perlu nak belok kiri kanan. Buang masa. “Encik Daim nak tanya kitaorang apa?” Rin memberanikan diri memandang anak mata lelaki itu. Tapi hanya berjaya untuk lebih kurang 4.5 saat. Kemudian, dia tunduk merenung permukaan kayu meja.

Daim berdeham kecil. “I nak nombor perempuan g-g.. I mean Hana, Cik Hana. Do you have her nombor?”  Tanya Daim sambil cuba mengekalkan wajah selamba. Rin, Pinat dan Joy saling berpandangan.

“Nombor phone dia? Nak buat apa?” Pinat yang duduk di antara Rin dan Joy bertanya. Tangannya memeluk tubuh. Rasa sangsi pulak dengan mamat hensem ni. Tiba-tiba je mintak nombor Hana. Minah tu pulak bukannya jenis suka jaja nombor telefon. Pantang betul kalau orang tak dikenali telefon nombornya.

“Guna untuk toto.” Daim geleng kepala. Apa punya soalan la tu? Rin menyiku Pinat. “Eh kau ni. Mestilah dia nak call Hana. Otak letak kat lututlah kau ni!” Marah dia. Pinat tersengih. “Ya tak ya jugak he. Okey, okey, kejap I ambil pen dan kertas.” Pinat baru saja nak bangun bila Daim menahannya.

Pinat menjungkit kening. Digunakan peluang yang ada ni untuk menatap wajah kacak lelaki tu. “Just give me her nombor. I save terus dalam phone.” Smartphonenya sudah sedia di tangan.

“0172345678”

Senyuman Daim meleret. “Thanks Powerpuff girls! Nanti I belanja you guys lunch.” Mata dikenyit dan, sekali lagi ketiga-tiga anak dara tu tergolek ke lantai. Penangan Daim. Dahsyat...


---

1 comments:

Anonymous said...

hahaha. . . Powerpuff girl Lah Jugak. . .

Post a Comment