Tuesday, February 19, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 9

Daim memandang sekeping gambar lama di tangannya. Dadanya terasa sebu. Gambar hitam putihyang dah terkoyak separuhitu dibelek tanpa kelip. Gambar sebuah keluarga. Gambar seorang ibu dan anaknya. Gambar wanita yang tak pernah dikenalinya, tak pernah ada dalam memori kehidupannya. Tak pernah wujud.

Gambar ibunya.“Okaasan..” Bisik Daim perlahan.

Shuichi memegang bahu Daim. Sudah hampir 30 buah rumah mereka pergi. Tapi takda satu pun yang kenal siapa wanita dalam gambar tu. “Kau sure sini tempatnya?” Tanya Shuichi memandang Daim yang sedang menyandar pada kereta. Nafasnya termengah-mengah. Bahang matahari bukan main perit lagi. Badan ni dah rasa macam ayam golek dah. Melekit. Peluh yang berjurai-jurai di dahi dan pelipis dikesat dengan belakang tangan.

Daim menggeleng. “Aku tak sure. Tapi kat belakang gambar ni tulis nama tempat ni.” Gambar di tangannya tu diterbalikkan. Tulisan tangan berangkaipada hujung belakang gambar dipandang.

“Kau tak jumpa lagi separuh gambar ni?” Shuichi bertanya. Daim menggeleng. “Tak. Tapi aku rasa lagi separuh gambar ni ada gambar ayah aku.”

Shuichi terangguk-angguk sambil mengambil tempat di sisi sepupunya itu. “Daim, apa nama mak kau? I mean her full name.” Tanya Shuichi. Daim menjungkit bahu. “Entah. Yang aku tahu, ayah panggil dia Mi. That’s all.”

“Mi? It could be any names. Mimi, Mika, Miki, Mina, Miji. Macam-macam nama Daim.” Ujar Shuichi resah. Nak cari ibu Daim ni seolah-olah macam nak carik sebijik coklat M&M di padang pasir.

“Mak aku bukan orang Jepun Shuichi. Kau tak payah nak menjepunkan nama mak aku.” Daim menjeling sebelum mengeliat sepuas hati. Gambar ibunya disimpan ke dalam dompet dengan cermat. Lelaki berbangsa Jepun tu hanya menarik senyum tak bersalah.

“So kau nak buat apa sekarang?” Tanya Shuichi, memerhati gerak-geri sepupunya tu.

“I don’t know, man.”

Daim memejamkan mata, cuba membayangkan wajah ibunya. Kenangan masa kecil ketika di Malaysia dulu masih segar di ingatan, tapi wajah ibunya, hanya samar-samar. Entah kenapa, dia tak mampu nak ingat apa-apa tentang ibunya.

Daim melepaskan satu keluhan berat. “Don’t worry mate. We’ll find her.” Pujuk Shuichi.Bahu sepupunya itu dipegang kuat, memberi jaminan. Daim tersenyum.

“Insya Allah.”

“Ha! Weh, aku ada idea! Apa kata kita mintak tolong Hana! Dia mesti ada jalan macam mana nak carik mak kau punya!” Cadangan yang keluar dari mulut Shuichi tu terus mematikan senyuman di bibir Daim.

Keningnya bertemu, dahinya berkerut.Telinganya berdesing.“Kau boleh tak jangan sebut nama perempuan gila tu. Aku rimaslah dengar nama dia.” Daim memeluk tubuh. Hatinya yang tadi sedikit tenang, kini membara dengan api kebencian.

“Aku tak faham la bro. Apasal kau benci sangat kat Hana tu?

Daim menjungkit bahu. Dah benci, nak buat macam mana?

“Dōshite? Kanojo wa hijō ni ii da yo*. Dia friendly, suka senyum, tak sombong, tak kekok. She’s cool. Tak faham aku apa masalah kau. Really, I don’t get you.” Shuichi memegang dagu, cuba menganalisis kemungkinan yang menyebabkan Daim begitu bencikan Hana.(*Dōshite=kenapa? Kanojo wa hijō ni ii deshō=Dia sangat baik).

“Perempuan tu gila kau tahu tak. Baran. Kaki mengamuk. Suka carik masalah. Suka provoke orang. Suka buat hati aku ni panas je. Kalaulah aku dapat cincang-cincang mulut celupar dia tu.” Daim sudah membayangkan bibir Hana dicincang lumat.

Shuichi ketawa. “Macam kenal je manusia yang serupa dengan description yang kau bagi tu. Haa! Aku tahu siapa. Kau!” Selamba Shuichi mengenakan sepupunya tu. Asyik nampak salah orang je, salah sendiri tak nampak. Sesekali kena basuh sikit mamat ni.

Daim menggigit bibir bawah. Dah pandai gurau kasar dah sekarang mamat Jepun ni. “Aku backhand kau karang Shuichi.” Tangan kanan sudah ditala rapat ke wajah sepupunya tu. Shuichi sekadar gelak mendatar. Sikit pun tak berganjak. Berani dia nak backhand juara Judo peringkat kebangsaan? Huh.

“Hei bro. Kau sorang je fikir macam tu. Orang lain semua suka dia. Even ayah kau pun suka dia! Haa!” Shuichi seboleh-boleh nak membela Hana. Bahu Daim ditepuk-tepuk.

“Yang kau ni beriya sangat back up perempuan gila tu apahal? Kau suka dia? Pergilah kahwin dengan dia!” Jerkah Daim geram. Sakit hatinya bila teman seperjuangannya sorang ni boleh mempertahankan musuh terbaru dia.

“Ha’ah, memang aku suka dia. I like her a lot! Kanojo ga daisuki*! Apasal, ada problem ke?” Shuichi menaikkan dagunya, mencabar Daim. (*Kanojo ga daisuki=aku suka sangat kat perempuan tu.)

Daim tergelak besar. “Orang gila je yang suka kat perempuan gila. Suits you, orang gila.” Kepala Shuichi dipegang dan rambut lelaki tu diserabutkan. Daim menarik sengih sinis sebelum berjalan nak masuk ke dalam kereta.

Shuichi tersenyum sebelum menggeleng. Sekarang bolehlah kau cakap macam ni, tengok esok lusa. Siapa yang gila?

“Tunggu apa lagi? Aku dah lapar ni!” Jerit Daim, berpaling memandang Shuichi yang masih tercegat memandangnya.


“Hai, hai.*” Shuichi berlari anak menuju ke kereta.(*Hai: ya)

Rosebud says: mysterious.....lady

2 comments:

Anonymous said...

I think I know who is that lady. Makcik Mia, right? :)

Rosebud said...

huhu..we'll see ^^

Post a Comment