Friday, February 15, 2013

Aku bukan Hana Tajima 8

“Knock knock.”

Cermin kaca makmal bergetar. Hana yang sedang tekun menjalankan eksperimen mendongak. Wajah ceria Shuichi dipandang untuk beberapa saat. Shuichi membuat gaya ‘Can I come in?’. Hana mengangguk sambil memberi isyarat kepada Nani, salah seorang team membernya supaya membuka pintu makmal. Sebelum masuk makmal, kena lalu satu bilik khas. Sterilization room, untuk bunuh segala macam kuman, mikroorganisma dan virus. Takut nanti terkena pada sample, tak pasal-pasal contaminated. Bahaya, bahaya.

“Hai Hana.”

Sapa Shuichi gembira. Tangan kanannya dilambai tinggi. Hana membalas. “Hai anak bos.” Shuichi berjalan ke sebelah kanan gadis itu. “Apa tu? Pensil ke pen?” Tanya Shuichi sambil menunjuk ke arah micropipette yang dipegang Hana.

“Apa ni? This my friend, is a micropipette.Nak try guna?” Hana bertanya lembut sambil menarik mask ke bawah dagu, nak memudahkan sesi berbual kosong.

Laju kepala Shuichi menggeleng. Kedua tangan diangkat tanda kalah. “Sorry girl, this is not my toy.”

Hana tergelak. “Ala senang je nak buat. Kita tekan knob dia ni, tu kita lepaskan knob perlahan-lahan, nanti tip dia ni akan sedut fluid ni, lepas tu, untuk bubuh fluid tu dalam bekas ni, kita tekan knob perlahan-lahan. Haa senang je.”

Hana mengajar dengan penuh semangat.Sengaja ditinggalkan sebarang perkataan bahasa sains supaya senang Shuichi nak faham. Karang kalau aku sebut nama saintifik enzyme ni kang, mahu meleleh air liur dia.

Shuichi terasa berdengung telinga mendengar apa kejadah la minah ni dok ajar. “Takpa Hana. Awak buatlah sorang-sorang. Saya tak biasa benda-benda berteknologi ni.” Shuichi menolak lembut. Nama pun major dalam piano. Celah  mananya aku nak tahu fluid ke mikro apa jadahnya tu.

Hana ketawa lagi. Kali pertama dengar orang Jepun tak biasa dengan benda-benda berteknologi. Shuichi memandang Hana. Sukanya dia. “Macam ni ke kerja awak setiap hari?” Tanya Shuichi. Hana menggeleng. “Setiap hari lain-lain kerja saya buat.” Balas Hana pendek. Malas nak explain panjang lebar. Macam anak bos ni faham kalau aku buat satu karangan tentang jadual kerja aku.

“Sokka*.” Shuichi mengangguk.Tak mahu tanya lagi. Nanti keluar bahasa Sains, masak.(*Sokka=Oh yeke..)

“Mana belajar Bahasa Melayu Encik Shuichi? Fasih betul.” Hana kembali memakai mask. Shuichi menarik sengih.

“Panggil je saya Shuichi.” Balas Shuichi selamba. Hana menggeleng. “Tak boleh. Nanti Encik Banyak songeh marah.” Balas Hana sambil memimikkan muka, mengajuk gaya Daim.

 Tawa Shuichi pecah. “You mean Daim? Ignore je dia. Just call me Shuichi.” Senyuman berbunga di bibir lelaki tu. “Panggil Shu ok? Pendek sikit.” Hana bertanya. Wajah Shuichi berubah riak. Shu?

“Kenapa? Tak boleh ke? Ada maksud tak elok ke dalam Bahasa Jepun?” Hana dah risau. Hei mulut ni. Sudahlah dia ni anak bos, selamba kodok je kau nak memendekkan nama dia.Gaya macam lidah nidah master bahasa Jepun. Buat maksud dia tak elok tak ke niaya je.

“Eh takdalah. Boleh je nak panggil Shu.” Shuichi tersenyum sambil mengangguk. Hana menghela lega. Kalau tersalah cakap, mahu kena potong gaji aku seminggu.

“Shu-chan*, sila jawab, mana belajar cakap Melayu dengan fasihnya ni?” Hana bertanya sambil tangannya ligat menjalankan eksperimen dengan penuh hati-hati.Satu lagi petri dish yang dipenuhi gel diletak cermat di atas susunan berpuluh petri dish di dalam peti sejuk. (*Chan atau San adalah kata panggil nama seperti Encik/Puan/Cik. Selalunya Chan digunakan untuk perbualan tak formal atau ketika berbual dengan kanak-kanak.)

“Tak tahu ke?” Tanya Shuichi.Matanya melekat pada wajah gadis tu.“Tak, tak tahu.” Hana menggeleng kepala. Mukanya serius.

“Hana ni tak syoklaa. Orang nak gurau-gurau, dia serius pulak.” Shuichi menjeling sambil melompat duduk di atas meja. Hana sekadar gelak tak ikhlas. Orang tanya betul-betul dia nak main-main pulak. Takda maknanya nak bergurau senda dalam lab ni. Karang, kalau salah langkah, tak pasal-pasal meletup lab ni, siapa nak tanggung?

“Haa kat sini rupanya! Merata aku carik! Shuichi, cepatlah!”

Suara annoying tu lagi. Telinga Hana dah terlalu kenal dengan suara garau yang sangat membingitkan telinga ni. Terus kepalanya berpusing, memandang punca suara tu. Daim sedang berkerut sambil mencekak pinggang. Matanya tajam merenung Hana untuk sesaat dua sebelum kembali pada Shuichi.

“Cepatlah!” Sekali lagi suara Daim memecahkan suasana tegang yang tiba-tiba meruap ke segenap makmal.

Hana berjalan setapak. Tak berani nak dekat-dekat sangat dengan Daim. “Helo brader, cakap elok-elok tak boleh? Encik Shuichi ni bos awak. Bukannya anak bapak sedara awak.” Tegur Hana direct. Dengan si ungka ni, tak perlu nak bermukadimah. Bagi je setepek.

Daim menggigit bibir. Perempuan ni memang suka carik pasal la. “Aku tak cakap dengan kau kan? So shut up. Shuichi, cepatlah. Kita dah lambat ni!” Jam ditangan diketuk-ketuk. Dahinya masih berkerut seribu.

Eh mamat ni. Lagi aku tegur, lagi dia buat! Dahlah masuk tak bagi salam, terus terjah je. Tak bertamadun punya ungka. Hana dah mencekak pinggang. Mask di muka ditanggalkan. Jari telunjuk diangkat.

Awak ni pergi masuk kelas Kemahiran Hidup laa! Tak bertamadun!” Tengking Hana dengan rasa marah yang meluap-luap.Aku hantar kau masuk kelas Cikgu Sapiah aku dulu nanti, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Gerenti si ungka ni jadi sopan santun punya! Cikgu Sapiah kot. Singa betina-panggilan untuk Cikgu Sapiah turun temurun.

Shuichi tergelak kecil. “Rileks Hana. Hal kecil je. PA saya memang macam ni. Ok Daim, kau keluar dulu. Kejap lagi aku datang.” Shuichi melangkah menghampiri Daim, menolaknya keluar dari makmal.

“Aku sebat kepala kau kang perempuan!”

Balas Daim dengan oktaf yang terlebih-lebih. “Sebatlah! Tak fikir aku hentak kepala kau balik!” Hana membuntangkan mata sambil menayang-nayang penumbuknya . Daim menggigit bibir. Melawan pulak tu.

“Siap kau!” Wajah menyinga Hana direnung keras.

“Tak nampak ke? Memang aku dah siap pun!” Hana menjelirkan lidah sambil menggoyang-goyangkan lab kotnya.

“Buta warna!” Balas Daim tak nak kalah.

“Ni colour block la gila!” Jerit Hana geram. Rasa nak sumbat je micropipette ni ke dalam lubang hidung si ungka tu.

Shuichi menepuk dahi sambil menggeleng-geleng kepala. Apa nak jadi dengan budak dua orang ni..

“Kau ni nak gerak bila? Tahun depan?” Herdik Daim sambil menolak kasar bahu sepupunya itu sebaik saja mereka keluar dari makmal. Wajah tenang Shuichi dipandang tajam. Membara hatinya tengok kemesraan Shuichi dengan Hana. Terasa dikhianati. Perlu ke bermesra dengan perempuan gila tu?

“Kau ni Daim, datang bulan ke apa? Asyik nak marah je.Cuba bawak bertenang sikit.” Kepala digeleng banyak kali. Kecewa dengan baran mamat ni.

“Kau tak payah nak sekolahkan aku. Dah tahu kita datang Malaysia ni sebab apa, kau lagi nak berjimba dengan perempuan gila tu.” Daim memeluk tubuh. Sakit hatinya melihat Hana yang masih memandang mereka dengan penuh sangsi sambil menampal senyuman sinis. Rasa nak baling je kasut kat cermin makmal ni, dengan harapan boleh tembus,dush, straight kena muka perempuan gila tu.

“Wakatta, wakatta.Ikuzo*. Let’s go.”

Sambil menepuk-nepuk bahu Daim, Shuichi sempat berpaling ke belakang dan melempar segaris senyuman terlebih gula kepada Hana. Gadis itu membalas sambil membuat tanda peace.(*wakatta= I get it. *ikuzo= jom)

Budin terangguk-angguk. “Betul la cakap Hana. Budin faham kenapa Hana panggil PA Encik Shuichi tu ungka. Perangai tak semegah.”Hana memandang Budin. Sejak bila mamat ni tercongok sebelahnya pun Hana kurang pasti.

“Terima kasih kerana memahami. Busukkan perangai ungka tu. Haii...Tabiklah kat Shu-chan, dia boleh bersabar dengan kekurang-ajaran si ungka tak sekolah tu. Kalau aku jadi Shu-chan, dah lama aku pecat si ungka. Dengan jiran-jiran dia sekali aku pecat!” Ujar Hana masih sakit kepala teringatkan Daim dan sifat anti-sopannya tu.

Budin menjungkit sebelah kening. “Amboi, Shu-chan? Mesranya. Teman main guli sejak kecik ke?” Perli Budin dengan muka-muka sekali. Hana ketawa. “Jeles ke? Haaa kau mampu berchan-chan dengan anak bos? Takkan? Hebat tak aku Budin?”

Budin ketawa tak ikhlas. “Setakat berchan, itu pun nak bangga ke? Lainlah kalau Hana kahwin dengan anak bos, itu ya. Itu memang Budin tabik spring dua tiga kali kat Hana.”

Hana menjeling. Nak kahwin dengan Shuichi tu? Entah sunat ke tak anak Jepun tu. Baik aku kahwin dengan kau je Budin. At least dah sunat. “Dahlah Budin, asyik nak berjoyah je kau ni. Pergi buat kerjalah!” Ditolak bahu Budin jauh-jauh dengan mikropipet.

“Eleh, dia yang start dulu, Budin pulak yang kena. Ceh.”

Hana pura-pura pekak. Malas nak melayan si kepoh ci sorang ni. Kerja kaji mengkaji perlu disambung semula. Mode saintis kembali berfungsi, mengerah sistem neuron dalam kepalanya.


---
*boleh juga baca di penulisan2u.my.

0 comments:

Post a Comment