Friday, February 15, 2013

Aku bukan Hana Tajima 7

Pintu lif terbuka dan wajah tak semegah Daim menghiasi pandangan matanya. Hana mengeluh berat. Pagi-pagi lagi dah nampak muka si ungka ni. Bawa nasib malang betul. Sudahlah Budin betul-betul tak tercongok depan lif dengan hot choc dia, terserempak pulak dengan PA anak bos ni. Aduhai. Apalah nasib..

Hana masuk ke dalam lif dengan langkah yang berat. Mata lelaki itu menjamah segenap wajahnya. Hana menggigit bibir sebelum melepaskan lagi satu keluhan. Nak marah pun, nanti buat spoil mood pagi yang indah ni je.

“Kalau takda semangat nak datang kerja, tak payah datang.”

Zup! Satu ayat laju menggegarkan gegendang telinga Hana. Terasa tegang urat kat leher. Terus kepala dipaling menghadap wajah ungka, eh silap, Daim.

Jari telunjuk Hana sudah diangkat ke langit namun diturunkan semula. Daim memeluk tubuh, sebelah kening dijungkit, mencabar gadis itu. Hana memejamkan mata. “Orang gila memang macam ni.Jangan ambil kisah pasal dia Na, jangan ambil kisah.”Diulang ayat ni banyak kali.

“Kau ingat aku kisah sangat ke pasal kau?”

Daim ketawa besar. Masalah betul perempuan ni. Dipandang Hana atas bawah. Blouse pic dan seluar jeans biru. Sneakers kuning. Berselendang merah. Naik berpinar biji matanya. Banyaknya warna kat badan perempuan ni!

“Kalau tak kisah pasal saya, buat apa pandang-pandang saya?” Jerkah Hana geram. Tak kisah konon. Dok pandang orang macam seminggu tak tengok perempuan tu apa cerita?
Daim berdeham. “Siapa pandang kau? Jangan perasan boleh tak? Eh perempuan, kau ni memang buta warna ke apa?” Tanya Daim sambil menyandar pada dinding lif.Tangannya masih lagi memeluk tubuh. Hana menggigit bibir.

“Nama saya Hana. Berapa kali nak cakap?” Giliran Hana pulak memeluk tubuh. Tension melayan mamat ni.

“Buta warna ke, Cik Hana?” Daim sengaja menekan pada perkataan ‘Cik Hana’.“Tak.” Balas Hana sepatah. Masih mengekalkan posture malas-nak-layan but elegant.

Kening Daim bercantum. “Oh kalau macam tu, kau ni memang takda sense of fashion langsung.Merah, pic, biru, kasut kuning. Unbelievable.” Tangannya diangkat dari kepala Hana dan diturunkan hingga ke kaki gadis itu. Kemudian, kepala digeleng banyak kali, menunjukkan betapa teruknya fashion si gadis itu.

Hana mencekak pinggang.Terus kecundang posture malas-nak-layan but elegant dia tu.“Hei cawan plastik, sekarang ni memang trend color block la. Kau apa tahu!” Beriya Hana menegakkan sense of fashionnya.

Daim ketawa tak ikhlas. Cawan plastik kau panggil aku? Ciskek punya perempuan!

“Color block celah kuku aku!”

Hana berdengus. “Macam la kau tu bagus sangat berfashion!”

Mata Hana mencerun pada kasut Daim. Kasut sneakerputih. Kemudian, matanya naik ke atas. Seluar jeans. Pandangannya singgah padaT-shirt navy blue yang gagah tersarung pada tubuh lelaki tu dan dipadankan dengan satu suit leisure putih. Kaca mata hitam aviator tergantung di dada. Mata Hana mendarat pada wajah Daim. Rambut panjang dark choconya diikat samurai. Dan, si ungka ni still nampak hensem. Wargh! Serius, mamat ni annoying gila.

“Dah puas tengok muka aku yang hensem ni?” Kening sebelah dijungkit. Bibir Daim menarik sengih sinis. Hana menjulingkan mata. Tak pernah aku jumpa spesis suka angkat bakul sendiri ni.

“Eleh, fashion dia lebih kurang sama je macam aku.” Ngomel Hana kuat. Aku pakai jeans, dia pun pakai. Aku pakai sneakers, dia pun pakai. So, apa yang teruknya fashion aku? Hana tak puas hati.

“Hei. My combination of colors are not as ugly as yours!” Jari telunjuknya betul di hujung hidung gadis itu. Hana memalingkan muka. Sakitnya hati.Berasap kepala otak menahan geram.

“Whatever. Baju saya, bukan baju awak. Eh ni kenapa tak bukak-bukak lif ni?” Hana memandang butang lif. Terasa merah padam muka. Padanlah tak bergerak-gerak lif ni. Rupa-rupanya butang lif langsung tidak ditekan.

“Salah kau la ni!” Marah Daim sambil menekan butang 10.

Mulut Hana ternganga. Kepala dia ni.. “Eh, apasal pulak salah saya? Awak tu yang dalam lif ni dulu dari saya.” Hana cuba mempertahankan diri.

“Dah,dah,diamlah. Bising je.” Daim mengangkat tangan kanannya, menyuruh Hana diam. Serius, mamat ungka ni....wargh stress!

Sebaik saja pintu lif terbuka, Hana dan Daim berlumba nak mendapatkan pintu masuk ke department Research and Development. Masing-masing memegang tombol pintu kaca itu, berebut nak halakan kad pada sensor.

“Awak boleh tak jadi gentleman sikit? Kasi ladies first la!” Marah Hana, masih tak mahu melepaskan tombol pintu.Gara-gara thumb print scanner rosak, terpaksalah departmentnya guna kaedah tradisional. Kad pekerja yang tergantung pada tali yang melilit leher cuba dirapatkan pada sensor. Tapi tak berjaya. Gara-gara Daim mengasak tak henti daripada tadi.Ditutup sensor dengan tangannya.

Babun betul la mamat ungka ni!

“First of all, mana ada ladies kat sini. Second of all, buang masa je aku jadi gentleman dengan kau, perempuan buta warna!” Herdik Daim, juga berdegil tak mahu mengalah.

Hana mengetip gigi. “Hei, ni color block la gila!”

“Peduli apa aku! Block tak block. Sekarang ni kau dah block jalan aku. So, tepilah! Aku nak masuk!” Daim membuntangkan mata sambil menolak Hana. Mahu saja diheret perempuan ni campak masuk dalam lif balik. Senang hidup.

Sekali lagi rahang Hana jatuh. Berani dia pegang aku. “Weh penyapu, kau apahal pegang-pegang aku ni?” Nafasnya turun naik. Dadanya berombak laju. Hidungnya kempas-kempis. Marah betul ni.

“Apasal? Kau ada air sembahyang?” Perli Daim dengan muka sepuluh sen.

Sebelah tangannya mencekak pinggang, manakala sebelah tangan lagi kekal memegang tombol pintu. “Oh kau ingat ada air sembahyang je la tak boleh pegang, takda air sembahyang boleh pegang?” Tegas Hana. Matanya keras memandang wajah Daim.

Lelaki itu terkedu mendengar ayat yang keluar dari mulut Hana. Tak terkata. Matanya bertemu dengan pandangan tajam gadis itu. Hana terus swipe kad pekerja pada sensor sebelum menarik tombol pintu dan masuk ke dalam department R & D meninggalkan Daim yang masih terpukul dengan kata-katanya tadi. Biarlah mamat tu muhasabah diri sikit sekali-sekala.

Hana meletakkan begnya ke dalam almari sebelum mengambil kot makmal yang sedia tergantung. Wajah terkedu Daim terbayang di mata. “Lantaklah si ungka tu. Padan muka dia. Kurang adab lagi.” Hana memalingkan tubuh sambil memakai kot makmal. Matanya mendarat pada paper cup Coffee Bean yang terletak elok di atas meja. Sekeping note pad tertampal pada paper cup tu.

“Budin.” Hana mengoyak senyum. Mamat Budin ni memang sweet walaupun tulisan si Budin ni...cantik sikit je dari cakar ayam. Nota Budin berbunyi,

Sori tak dapat tunggu Hana kat lif. Tak tahan nak buang air besar tadi.
Nah hot choc Hana
P.S Budin tak lupa pun :P

Hana tergelak. “Thanks Budin!” Jerit Hana sambil menjengah kepala ke luar bilik, mencari kelibat Budin di dalam makmal, dengan harapan Budin boleh dengar ucapan tulus ikhlas dia ni.

“Sama-sama.” Muka Budin betul-betul terpacul depan mata.

“Maaakk!” Terus terduduk Hana sambil menjerit sekuat hati. Budin yang dah kalut terus menutup kepala Hana dengan kot makmalnya.

“Budin! Aku lempang kau karang!”

Jerkah Hana geram. Kot makmal Budin di kepalanya dicampak jauh-jauh.Kalau aku ada sakit jantung, tak ke niaya je. Budin, Budin. Sudahlah si ungka tu carik pasal dengan aku, ni kau pulak gurau kasar pagi-pagi ni. Sekali aku lepuk karang.

Budin tergaru-garu kepala. “Sori, sengaja.”

Hana menjeling. Nasib baik kau bawakkan hot choc, kalau tak.... “Dahlah, pergi buat kerja. Encik Takahashi dah remind kita pasal dead line untuk first trial sample kita tu.” Hana bangun dan mengibas-ngibas kot makmalnya. Tak pasal-pasal kena sterile balik kot makmal ni.

“Yes bos!” Budin membuat tabik hormat. “Yes bos yes bos. Kerja tak jalan jugak!” Bebel Hana sambil berjalan laju menuju ke makmal. “Budin buat kerjalaaa Hana!” Balas Budin cuba mengejar langkah pantas bos merangkap kawan baiknya itu.


---

1 comments:

yukino hana said...

budin lembut tapi sweet...suka suka <3 <3

Post a Comment