Friday, February 15, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 6

Budin menghulurkan paper cup Coffee Bean kepada Hana yang sedang tersandar di ruang menunggu di hadapan bilik Encik Takahashi, big bos company Samurai Group. “Apasal?” Tanya Budin sambil menjuihkan bibir ke arah pintu bilik bos.

Hana menjungkit bahu. “Entah. Dari tadi bos mengamuk. Semua bahasa keluar.” Balas Hana sebelum meneguk hot choc dari paper cup Coffee Bean tu.

“Gaduh ke? Macam serius je bunyi.” Budin meneguk kopinya.

“Yela kot. Eh Budin, kau tak balik kampung ke hari ni?” Hana memandang Budin atas bawah. Selalunya mamat ni la manusia pertama sekali menapak keluar dari ofis bila musim cuti. Tapi hari ni ada pulak batang hidung dia. Pelik.

Budin menggeleng sambil tersenyum.“Banyak kerja nak kena buat Na. Budin kan dah jadi family member team Hana. Mestilah busy. Ha lupa pulak. Hari tu mak Budin pergi Terengganu, mandi laut. Lepas tu mak Budin ada kirimkan keropok lekor dengan sotong sumbat untuk Hana. Nanti remind Budin bagi kat Hana eh. Ada Budin letak dalam peti sejuk kt pantry tu.” Budin tersenyum melihat bibir Hana yang mula membentuk senyuman hingga ke telinga. Barisan gigi putihnya terserlah.

“Apa? Mak kau bagi aku Budin sumbat?” Hana buat muka terkejut. Tangan kanannya menekup mulut. Terus kaki gadis itu disepaknya.

“Gurau kasarlah Hana ni.” Marah Budin, sedikit keras. Hana tergelak besar. “Tiba-tiba terkeluar suara macho kau pulakkan, Budin. Terperanjat aku.” Tangannya mengusap dada sambil menarik nafas banyak kali, pura-pura terkejut.

“Hana memang drama queen tau!” Budin menjeling marah.

“Baru tahu ke? Weh Budin, aku sayang mak kau la.” Hana merapatkan tangan ke dadanya. Terharu dengan sifat keibuan mak Budin. Memang mak Budin ni kaki berjalan. Jadi setiap bulan, ada saja benda mak Budin nak kirim. Kain batiklah, kuih bahulu, sate, kali ni sotong sumbat pulak. Kalah mak mertua!

“Anak dia Hana tak sayang?” Budin meneka.

 Kening dimain-main. Hana ketawa mengekeh. “Kang aku suruh kau kahwin dengan aku kang, kau reject aku lagi. Malaslah nak sayang kau Budin. Aku sayang hot choc kau ni je.” Hana menggoyang paper cup Coffee Bean di depan muka lelaki itu. Budin turut sama ketawa.

“Siapa suruh demand macam-macam? Memang tak larat la Budin nak melayan Hana. So, macam mana anak bos? Okey dia?” Budin menyandar pada sofa. Perubahan wajah Hana dipandang. Hm, macam berita buruk je.

“Anak bos okey je. Encik Shuichi tu sangat baik, friendly, hensem pulak tu. Cuma yang buat aku hangin ni, tu si ungka tu. Bajet bagus betul. Gaya macam dia pulak anak bos. Eh menyampah aku dengan dia!” Hana menggeleng kepala sambil mengurut dada. Cuba nak menenangkan diri.

Budin ketawa. “Ungka? Siapa tu?”

“PA kepada anak bos. Tapi gaya macam anak bos pulak PA dia!” Balas Hana sambil mengepal penumbuk. Kalaulah ada peluang, memang dah lama aku silat gayungkan kepala mamat tu.

“Apa dia buat kat Hana?” Tanya Budin masih berbaki tawanya.

Hana menjeling. “Si ungka tu berlagak gila kau tau tak? Mula-mula dia buat kecoh, tak nak tunjuk passport. Lepas tu, yang paling buat aku sakit hati, dia boleh suruh aku angkat beg dia. Banyak songeh pulak tu! Ya Allah. Berbulu weh aku dengan dia. Sabar je la.” Panjang lebar Hana meluahkan perasaan.

“Sabar Na, sabar. At least Encik Shuichi tak banyak songeh kan?” Duga Budin.

“Encik Shuichi tu cool je. Dia siap tolong aku angkatkan barang si ungka tu lagi. Kau bayangkan, bos tolong angkat barang PA. Apa punya PA la tu? Kalau aku jadi Encik Shuichi, dah lama aku pecat serta-merta. Ee geram aku weh, geram.” Hana dah berdiri sebelum berjalan ke hulu ke hilir. Ikutkan hati, mahu saja dipelangkung kepala PA Encik Shuichi tu.

Budin hanya menggeleng. “Sabarlah Na. Seminggu dua ni je Hana kena menghadap muka PA tu. Lepas tu life’s back to normal. Ni Hana, dah mesej Kak Mida belum cakap dah jemput anak bos ni?”

Hana menggeleng. “Belum. Nanti aku skype la dengan Kak Mida. Benda macam ni mana boleh mesej. Mahu kematu jari nak menaip berjela-jela.” Budin tergelak. Hana nak bergosip la tu. Terbatuk-batuklah PA anak bos tu.

“Budin pun nak join la korang skype. Kita buat video conference nak?” Budin dan semangat Mak Jahnya.

“Banyaklah kau punya conference! Kata kerja banyak. Sampai penuh diari tu kan? Haa settle kan kerja kau dulu, baru boleh join kitaorang.” Hana menjelirkan lidah. Geram. Tak pasal-pasal dia yang kena buat kerja baby-sitting ni, gara-gara Budin sibuk. Ceh.

“Eleh dengki. Tak nak belikan lagi hot choc!” Ugut Budin. Hana gelak besar. “Dah basi dah weh ugutan maut kau tu.” Balas Hana bosan. “Ingat Budin main-main eh? Esok takda hot choc untuk Hana!” Gertak Budin.

“I don’t care.” Hana memimikkan muka.

“Cik Hana, bos panggil masuk.” Setiausaha Encik Takahashi, Sandra menegur mereka. Hana mengangguk. Paper cup Coffee Bean dihulur kepada Budin. “Nah, simpan ni. Buat kenangan.” Budin menjeling, tapi tangannya tetap menyambut paper cup kosong yang dihulur Hana tu.

“Siap Hana. Esok serius, takda hot choc untuk Hana.” Budin tak nak mengalah. “Apa-apalah Budin.” Hana melambai sebelum masuk ke dalam pejabat Encik Takahashi.

“Hana, yes, come in.”

Encik Takahashi terus bangun dari kerusinya apabila Hana melangkah masuk. “Ya, Encik Takahashi?” Hana melempar segaris senyuman. Berdetak-detup jantung ketika ni. Mahu tak gementar bila presiden company panggil masuk ofis. Dua benda je dia nak kata. Pertama, berita gembira. Kedua, berita tak berapa nak gembira.

“Anak saya, Shuichi dan PA dia, Daim, akan involve dengan team R&D awak especially untuk projek Mega A tu. So I want you to assist them as much as you can. Wakarimasu ka?” Satu ayat daripada mulut Encik Takahashi terasa macam satu gunung himpap ke kepalanya. Hana tak tertelan air liur. Matanya tak berkedip memandang bos Jepun tu. (*Wakarimasu ka= Faham tak?)

“Are you listening Hana?” Encik Takahashi menjungkit kening.

Hana berdeham. “Yeah. I’m uh.. I’m listening.” Hana terasa dadanya turun naik. Tenang hati, tenang.

“Okey, so itu saja la. Daim, listen to her and do not cause any problems. I’m warning you.” Encik Takahashi berjalan ke arah Daim dan memegang bahunya. Lelaki itu menjulingkan mata.

 “And you, my son, Shuichi, jaga PA kamu elok-elok.” Pesan Encik Takahashi.

Shuichi dan Daim angguk serentak. “Get out of my office.” Encik Takahashi kembali menyambung kerjanya. Daim menoleh memandang gadis berhijab merah jambu itu. Dikerutkan wajahnya sambil buat gaya sembelih leher.

Hana menggigit bibir. Aku kena berkerja dengan si ungka tak cukup akal ni?

Argh. What a day.

-

Maya dan Hana memotong daging korban yang diagihkan oleh pihak masjid kepada mereka. “Mak Jah mak jah sekalian, tengah masak lemak cili api daging salai ke?” Wajah Jannah terpacul di sebalik dinding.

“Iya. Mehlah tolong bang.” Balas Hana ceria. Wajah Jannah terus berubah dari pelangi kepada awan kilat puting beliung berpetir bagai. Hana menelan air liur. Rasa macam telan pasir. Marah lagi ke dak Jannah ni?

“Kau!”

Jannah melangkah selangkah demi selangkah menghampiri Hana yang dah senyum takut-takut. Kedua tangannya secara automatik diangkat tinggi. “Relax la Jannah, aku anak dara lagi. Tak kahwin lagi Jannah.” Apa saja la yang keluar dari mulut Hana. Jannah memaksa diri menahan gelak. Dipasang muka komander, nak menakutkan Hana yang dah mula gelabah.

“Ada aku kisah! Siapa suruh kau curi Cik Neo aku?”Jerkah Jannah.

“Pinjam Jannah. Pinjam.” Hana berundur beberapa tapak ke belakang.

Jannah mencekak pinggang. “Pinjam mung!” Tengking kawannya itu.

“Sori mas Jannah, aku janji, barangkali aku enggak buat lagi!” Jerit Hana dengan mata yang terpejam seraya terduduk sambil memegang kedua pehanya, separuh merayu. Maya kat sebelah sudah gelak menggila. Terkeluar terus ayat sinetron!

“Barangkali? Barangkali hangguk kau! Nasib baik takda apa-apa jadi kat Cik Neo aku, kalau tak.. Aku bakar stokin Angry bird kau!” Marah Jannah beriya. Muka tak makan saman Hana dipandang lama.

Hana menggaru lengan. Nasib baik si ungka tu tak pecahkan cermin kereta ke side mirror ke atau buat apa saja pada Cik Neo Jannah tadi. Kalau tak, sampaikan salam je la kat stokin Angry bird aku tu..

“Lain kali jangan buat lagi!” Jannah menjeling.

Hana mengangguk comel. “So kita cool? Kosong-kosong?” Tanya Hana, memanjakan suaranya sambil menayang muka comel.

“Aku nak jatuhkan hukuman kat kau. Selama 3 hari, aku tak nak gosok gigi sama-sama dengan kau. Keputusan ini adalah muktamad. Sebarang usul dan bantahan ditolak mentah-mentah!” Jannah memeluk tubuh, berlagak ala lawyer.

Hana ketawa. Ah hukuman itu bisa diatur. “Yes ma’am!” Tangan kanannya dipusing dua kali, melayang tabik hormat. Jannah akhirnya pun tergelak sama. Bahu kawan baiknya itu dipaut.

 “Dah habiskan sesi bermaaf-maafan korang tu kan? Haa, cepat. Meh sini cepat hulurkan bantuan.” Maya akhirnya bersuara setelah agak lama menjadi penonton setia.

“Baiklah bang. Kejap, mas tukar baju dulu.” Jannah menepuk punggung Hana sebelum berlari-lari anak ke dalam bilik. Hana ketawa. “Cepat sikit bang, daging dah nak hangus ni bang oi!” Jerit Hana sengaja nak menambah panik. Maya memandang Hana sekilas dengan ekor matanya sambil menggumam kuat.

 ‘Macam mana nak ada boyfriend.’

“Kenapa pulak?” Hana bertanya sambil menjungkit sebelah kening. Tiba-tiba je petik isu sensitif ni. Seramlah pulak. “Dok berabang-abang, bermas-mas dengan si Jannah tu. Tak ke boleh buat orang salah faham?” Maya yang sedikit tua daripada Hana dan Jannah menghadapi kesukaran untuk memahami mereka berdua. Entah apa saja ada dalam kepala budak dua orang ni.

Senyuman Hana meleret. “Kau nak aku panggil kau abang jugakkan sebenarnya Maya?” Hana menggoyang jari telunjuk sambil memimikkan wajah. Seronok  menyakat si Maya The Bengis Girl ni.

Maya menjulingkan mata. “Banyaklah kau! Jangan kau nak heret aku ke kancah keabangan korang tu he.” Maya memberi amaran. Hana ketawa mengekeh. “Nak cakap nak. Jual mahal pulak. Eleh, kura-kura dalam perahu, pura-pura tak mahu.

Kura-kura mung!

“Amboi meriahnya mak cik mak cik kampung, Cik Jah Cik Peah ni. Mereban je kerja.” Jannah masuk ke dapur sambil mengising lengan baju. Hana menyengetkan bibirnya sambil menyiku lengan Maya yang dah tergelak kecil.

“Maya, kau rasa siapa yang makcik kampung sekarang?”

“Tu, tu.” Maya memuncungkan bibir ke arah Jannah. Bert-shirt lengan panjang jingga lusuh dan koyak di ketiak dan berkain batik. Rambut disanggul tinggi.

“Kau dalam pantang ke Jannah?” Sakat Hana.

“Kurang asam. Eh Hana, apasal kau awal balik? Kata kena baby-sit anak boss?” Jannah mencuit pinggang Hana. Dah hilang dah rasa marah kat kawan baiknya itu. Hana punyalah terkejut bila kena cucuk, sampai berjela-jela bahasa tak elok didengar kanak-kanak keluar dari bibirnya. Dasar hantu melatah.

“Kau ni Jannah, nasib tak dicucuknya kau dengan pisau ni. Hana, kasi pisau kat Jannah. Kau pergi sediakan daun pisang. Nak salai daging ni.” Maya menepis tangan Hana, melarangnya memegang pisau. Kalau kena cuit lagi, mahu ada yang berkampung kat ICU nanti.

“Weh apa cerita anak bos kau tu? Hensem tak?”

Jannah mengambil pisau dari tangan Hana. Wajah kawannya itu dipandang penuh minat. Gosip menggosip ni memang dah diprogram dalam DNA makhluk bernama perempuan. Buat dosa je kerja. Huhu.

“Anak bos aku tu hensem Jannah. Macam Takeshi Kaneshiro muka dia. Muka stok Jepun, mata sepet, tapi still hensem.” Hujung matanya ditarik hingga ke pelipis. Jannah tergelak sakan.

“Huduh la Na!”

“Tapi kau mesti suka punya. Aku tahu taste kau Jannah. Gerenti kau suka muka macam anak bos aku tu.” Angguk Hana sambil membayangkan muka Shuichi. Hensem. Memang hensem Shuichi tu. Rambutnya hitam dan pendek, tak macam si ungka tu. Rambut sudahlah dark choco, panjang sampai nak mencecah bahu pulak tu. Lepas tu suka nak ikat rambut ala Samurai. Kalau aku buat tocang baru tahu. Lepas tu sepitkan kat rambut dia dengan sepit Hello Kitty.

Huh, padan muka! Wajah Daim dengan rambut bertocang dan disepitkan dengan sepit Hello Kitty terbayang-bayang. Omei angat. Hana tergelak. Huduh sungguh.

Hm.. Lagi.. Shuichi ni orangnya tinggi lampai, lebih kurang sama macam si ungka tu. Seperti yang sedia maklum, mata Shuichi sepet tapi pandangan mata Shuichi tak setajam si ungka tu. Mata si ungka tu, tajam macam pisau sayur. Boleh tertoreh-toreh hati dibuatnya, macam hati aku ni la.

Eh.

Hana berkerut. Matanya terkelip-kelip. Baru tersedar. “Apahal aku bayangkan si ungka tu pulak ni!” Kepala ditepuk banyak kali. Kerja gila, kerja gila. Si ungka tu tak berbaloi difikirkan, apatah lagi dibayangkan!

“Eh kau ni kenapa Na?” Jannah dan Maya tak jadi menyambung kerja melihat Hana memukul kepala dengan daun pisang sambil bercakap seorang diri. Gilo ke apo budak ni.

“Semua salah si ungka tu la!” Hana berdengus.

“Ungka?”

Maya menggeleng. Dulu Joy, Rin dan Pinat dapat gelaran geng Powerpuff Girls sebab mulut si kepoh sorang ni la. Melekat pulak tu sampai ke hari ni. Lepas tu Budin pulak jadi mangsa seterusnya. Lelaki malang tu dipanggilnya Busot, shortform untuk Budin Sotong. Tapi bila si Hana ni makin rapat dengan Budin, barulah dia berhenti panggil Budin, Busot. Brotherhood katanya. Kali ni ada mangsa baru pulak, si Ungka. Siapalah agaknya si makhluk malang tu?

“Malaslah aku nak cerita. Buat naik darah tinggi je!” Balas Hana geram sambil mengatur langkah ke belakang rumah. Dibawa sekali daun-daun pisang dan disusun elok daging yang dah siap dikunyit di atas daun pisang tu. Daging yang dah dibalut daun pisang tu diletakkan atas bara api. Kerja menyalai bermula.

“Eh malam ni kita jemput makcik Mia makan malam sama nak?” Hana tiba-tiba teringatkan mak cik yang jual donat kat depan jalan tu, Mak cik Mia. Segera dia bangun dan berjalan mendekati Jannah yang sedang mencari-cari cili api dalam peti sejuk.

“Ha nak nak. Dah lama kita tak makan sama dengan mak cik Mia.” Maya mengangguk. Dihulur kipas kepada Hana, menyuruhnya mengipas daging yang sedang disalai.

Mak cik Mia ni bukan takat jual donat, goreng pisang dia jual, cekodok pun dia jual, betul dekat simpan jalan nak masuk ke kawasan rumah mereka. Dia punya donat punyalah sedap sampai terpaksa order donat in advance. Semedang habis. Sudahlah pandai buat kuih, baik pulak tu orangnya. Peramah dan sangat keibuan. Lembut je. Selalu bagi mereka donut dengan cekodok free pulak tu.

“Kan? Mak cik Mia tu selalu je belanja kita. Weh kita kena masak sedap-sedap weh. Mana tahu, makcik Mia tu ada anak-anak bujang. Boleh kasi kita sorang satu.” Jannah bermain kening. 19 biji cili api dibasuh sebersih mungkin.

Makcik Mia tak pernah pun cerita tentang anak-anak dia. Yang mereka tahu, makcik Mia ni dah berkahwin. Tapi tak pernah pulak nampak suami dia ke. Tak tahulah apa kesudahan kisah hidup orang tua tu.

“Anak dia yang doktor aku punya. Kau Jannah, ambil yang engineer sebab kau lecturer. Baru serasi. Si Maya ni pulak kena dapat yang accountant.” Hana menambah cerita. Bangku ditarik menghampiri kawasan menyalai daging. Kipas di tangan dipusing laju.

Maya berkerut tak puas hati. “Apasal aku dapat accountant pulak?”

“Yelah, dah kau lawyer. Mana boleh sama-sama lawyer. Nanti baru dua minit kahwin dah gaduh. I saman you, you saman I, see you in court!” Hana mengajuk suara nyaring Maya. Jannah dah pecah perut gelak.

“Kurang gula betul la kau Na! Hm, mana kau tahu anak-anak makcik Mia tu doktor, engineer, accountant ni? Kau stalker he? Ni mesti kau usha facebook dia ni, kan?” Maya mengecilkan matanya, merenung Hana tajam.

“Laa, mak cik Mia ada facebook ke? Gila cool!”

“Kau tak tahu ke? Weh dah beribu orang like tau. Apa nama page dia Jannah?” Maya merenjis tangannya ke singki sebelum mengambil towel good morning yang tersangkut pada dinding dan mengeringkan tangannya.

“Auntie Mia’s donut-licious”

“Amboi! Glamernya nama.”

Kipas ditangan kanan dipusing ke kiri dan ke kanan. Sebelah lagi tangannya mengelap peluh yang dah mula berjurai di dahi. Penatnya menyalai daging ni! Apasal la tak guna je oven? Suka sangat guna kaedah tradisional.

“Serius! Ramai like. Sekali mak cik Mia buat status, beratus like. Ada hari tu mak cik Mia letak status, ‘panaslah.’ Dah 56 likes few seconds ago. Tak boleh blah weh mak cik Mia ni.” Cerita Jannah beriya. Tangannya laju menghiris cili api, bawang besar dan serai.

“Gilalah. Aku nak like la page dia.” Hana terus bangun. Kipas diletak atas meja.

“Eh kau nak pergi mana?” Maya berkerut. Jari telunjuk ditarik-tarik, menyuruh Hana berundur kembali ke dapur. “Nak like page mak cik Mia jap.” Balas Hana selamba. Kakinya sebelah sudah keluar dari dapur sebelah lagi masih dalam kawasan dapur.

“Banyak cekadak kau. Kau pergi salai daging tu dulu. Kang aku salaikan kau karang baru tahu!” Marah Maya. Ditarik telinga Hana dan memaksanya kembali menyalai daging.

“Lama laaa Maya. Kenapa tak guna oven je?” Keluh Hana. Tangannya malas mengipas daging.

“Banyak songeh la budak ni. Oven keluarkan radiation tau. Kalau makan daging yang masuk oven, boleh dapat banyak penyakit tau tak!”

Hana menjungkit kening. Ni siapa budak Sains sebenarnya ni? Dasar lawyer. Kerja nak menang aje! “Err Maya, sebenarnya kan, semua benda dalam rumah ni keluarkan radiation. Henset kau, tv, peti sejuk, stove tu, even diri kau sendiri emit radiation Maya. Bukan oven je.” Ujar Hana dengan nada suara yang dibuat-buat lembut. Pandangan simpati ditala pada wajah Maya.

Maya menjeling. “Alaa sama jela. Dah jangan banyak mulut. Salai je daging tu.”

“Lamalah Maya. Sampai Subuh esok pun tak habis! Oven je laa eh? Eh? Eh?” Rayu Hana sambil menayang muka Puss in Boots. “Entah Maya ni. Teknologi ada tak nak guna. Apa daaa!” Jannah berdiri di sebelah Hana, mempertahankan kawan baiknya itu.

Maya menjulingkan mata. Subuh konon. Dia sendiri Subuh entah pukul berapa ada hati nak cakap pasal Subuh esok. “Ishh! Yelah! Yelah! Mengada betul korang ni. Ha! Daging tu kau balut dengan aluminium foil dulu baru kau masuk dalam oven. Faham?” Akhirnya Maya kalah. Dah tak kuasa nak melayan budak-budak mengada ni.

Angguk. Hana ketawa besar sambil diikuti Jannah selaku best buddy. Mereka saling bertukar high-five. Maya menggeleng. Ditolak muka Hana dan Jannah sebelum berjalan keluar dari dapur. Tak kuasa dah nak melayan dua orang minah kurang waras ni.

“Merajuk ke marah tu Maya?” Tanya Jannah dari dapur.

“Buang masa je aku nak merajuk ke marah dengan kanak-kanak ribena macam korang. Ni aku nak pergi menjemput Makcik Mia kejap. Korang sambung masak. Jangan nak main je!” Balas Maya sempat menjengahkan kepalanya ke dapur.


“Baik bang!” Jawab mereka serentak sebelum tergelak lagi.

-

Mak cik Mia tersenyum melihat kesungguhan tiga anak dara menyediakan makan malam. Bukan main banyak lagi lauk. Masak lemak cili api daging salai, telur dadar megi, ayam goreng sambal, sayur kailan masak ikan masin dan sup cendawan. Naik juling biji mata mak cik Mia tengok lauk pauk yang penuh atas meja.

“Amboi, meriahnya. Banyak betul lauk!” Puji mak cik Mia kagum. Jannah dan Hana keluar dari dapur dengan senyuman berbunga. Apron Upin dan Ipin masih tersarung pada tubuh masing-masing.

“Budak dua ekor ni semangat masak bila kata nak ajak Mak cik makan sama. Itu yang penuh meja tu.” Maya menjelirkan lidah bila Hana dan Jannah sudah mengerutkan muka sambil memberi gaya potong leher kepadanya.

“Iya? Untung Mak cik dapat anak-anak dara rajin macam ni.” Ujar mak cik Mia sambil memeluk erat Hana dan kemudian Jannah. “Mak cik sebenarnya, ni semua Hana yang masak. Jannah tolong je. Tolong tengok.” Bisik Hana ke telinga wanita separuh abad itu.

Jannah dan Maya bersatu memukul lengan kiri dan kanan Hana. “Makcik, si Hana ni kaki temberang mak cik.” Maya mencubit pinggang Hana, geram masih berbaki.

Mak cik Mia ketawa sambil menepuk lembut pipi Hana. “Diaorang jeles Hana pandai masak. Kan? Kan? Dah, dah jom makan. Mak cik, baca doa.”

 Hana menarik kerusi, mempersilakan mak cik Mia duduk sebelum cepat-cepatmengambil tempat di sebelah mak cik Mia. Tiba-tiba, entah dari mana Jannah datang dan terus menolaknya sebelum segera duduk. Wajah kemenangan ditampal. Rahang Hana jatuh. Tak percaya.Kurang asam betul.Matanya dikecilkan, merenung Jannah tajam.

“Jannah, aku tak kira, anak dia yang doktor tu aku dah cop dulu!” Bisik Hana keras. Jannah ketawa meleret. “Lantaklah..Siapa cepat dia dapat..”

Hana menarik hujung rambut Jannah sebelum melangkah berat ke kerusi berhadapan dengan mak cik Mia. Jauhnya.. macam mana nak ambil hati orang tua tu?

“Hm, sedapnya! Pandai Hana masak!” Puji mak cik Mia sejurus merasa suapan pertama. Wajah Hana merona merah. Bukan selalu kena puji macam ni. Terasa macam nak mandi bunga je.

“Eh yeke? Hm, Hana masak sepenuh hati jiwa dan raga tu mak cik.Jemputlah mak cik, tambah, tambah.” Hana bangun dan tersipu-sipu menghulurkan lauk kepada mak cik Mia.

Jannah dan Maya menekup mulut menahan muntah. Menyampah betul tengok Hana berlagak sopan dan ayu macam tu. “Mak cik, kitaorang pun nak kredit jugak.” Ujar Jannah, pura-pura merajuk. Hana mencebik. Suka nak curik spot light aku. Mak cik Mia tergelak.

“Yelah, yelah, pandai Jannah dan Maya masak. Boleh buat menantu.”

Terus bersinar wajah Jannah dan Maya. Mereka saling berpandangan. Wah! Mak cik Mia dah sebut. Ada chance ni. Masing-masing mencuri pandang wajah Hana.Nak tengok reaksinya bila dengar green light dari mulut mak cik Mia sendiri.

“Ya Allah!” Tangan Jannah terus menutup mulut, sebelah tangan lagi memegang dada. Sungguh, terkejut.

Hana dilihatnya terkesima. Mulutnya ternganga. Bibir terketar-ketar. Tangan kanannya separuh jalan nak suap nasi ke mulut. Mata terbuntang besar,dan sudah bergenang.

“Mak cik...”

 Suara halus Hana terkeluar. Jannah dan Maya sudah ketawa sakan. Adoi, dasar drama queen betul la. Mak cik Mia memandang Hana. “Laa pedas ke Hana? Tak tahan pedas rupanya anak dara sorang ni. Nah, minum, minum.” Segelas air masak dihulur kepada Hana.

Respon mak cik Mia seolah-olah menggeletek perut Jannah dan Maya. Punyalah si Hana tu bersedih hati, tapi mak cik Mia selamba je hulur air, sedikit pun tak memahami isi hati budak tu.

“Ha’ah mak cik, dia memang tak tahan pedas cik. Nampak cili pun dia dah kepedasan.” Angguk Maya sambil menepuk-nepuk belakang Hana. Terus berkerut dahi Hana. Aku tak tahan pedas? Yang selama ni tukang giling cili dan tukang habiskan seperiuk sambal cili padi tu siapa? Hana menyepak kaki Maya di bawah meja.

“Laa yeke? Susahlah macam tu. Mak cik suka pedas-pedas ni. Tak bolehlah jadi menantu mak cik ye Hana.” Mak cik Mia mengenyitkan mata. Lagi jatuh rahang Hana. Terasa kemarau ribut taufan beliung semua dah bernaung atas kepala.

Maya di sebelah terbahak-bahak ketawa. Jannah cuba menutup mulut, menahan gelak, nak menjaga hati kawan. Tapi dua saat kemudian, tawa akhirnya pecah jugak dari mulutnya.

Nasib kau laa Hana.

---

Mangkuk kaca berisi ais krim vanilla, krim putar dan bittersweet chocolate tersedia di atas kaunter. Mata Hana bersinar-sinar. Larva Niche.

“Saya suka saya suka!”

Sudu di sebelah kanannya diambil dan tanpa membuang masa, satu skup sudu besar ais krim disuap ke dalam mulut. “Ya Allah! Sedap gilaaa!” Dengan mata yang terpejam, ais krim, coklat dan krim putar cair dalam mulutnya. Satu perasaan yang indah, tak terkata.

Alex tersengih melihat reaksi kawannya itu. “Sedap?”

“Gila! Sedap gila! Alex, jadi pastry chef kat rumah aku. Aku bayar kau tiga kali ganda.” Hana menjilat licin sudu ais krimnya.

“30 ribu times 3. Hmm, okay boleh saja.” Alex terangguk-angguk sambil tangannya laju menyediakan ais krim untuk pelanggan lain. Rahang Hana jatuh ke lantai. Tiga puluh ribu?Sudu dihala ke muka Alex.

“Kau untung tiga puluh ribu sebulan?”

Alex memandangnya sekilas bersama sengihan di bibir. Sudu Hana ditepis lembut. Hana menyuap lagi satu sudu Larva Niche ke dalam mulut. Matanya bulat merenung wajah selamba lelaki berbangsa Cina itu.

“At least.” Balas Alex tanpa riak. Sekelip mata ais krim Larva Niche, signature Ice ‘N’ Cream , kedai milik Alex, sudah siap dan sedia dihidang untuk pelanggan lain.

“Wah, kiranya kau ni millionaire la eh Alex? Jutawan fakir?Ke billionarie? Fuyoo! Alex, kahwin dengan aku je la Alex. Masa kat universiti dulu aku pernah belajar finance Lex. So, aku boleh jaga akaun Ice ‘N’ Cream ni. Amacam?” Tanpa segan silu Hana menawar diri.Yakin boleh tangannya menepuk dada.

“You want to marry me because of my money or because you’d get to eat Larva Niche for free everyday?” Tanya Alex sambil tersenyum. Wajahnya yang putih bersih sedikit memerah.

“Kau gila? Mestilah..Both!” Hana menepuk meja kaunter. Penuh semangat!

Tawa besar terlepas dari mulut lelaki itu. Tuala putih yang tersangkut di bahu kanannya diambil dan dibaling ke arah Hana. “Gila kau ni Hana!”  Alex menggeleng kepala.

“Mana tak gila? Your Larva Niche is driving me crazy!” Habis satu mangkuk ais krim. Licin. Hana baru saja nak order satu lagi bila Alex bertanya.

“Hana, spit it out. Now. Apa masalah kau?Apa yang dah bikin hati kau susah ni? Talk to me.” Alex membongkokkan sedikit tubuhnya, merenung wajah putih kemerahan Hana. Gadis itu menarik senyum nipis. Alex memang kawan sejati.

“Macam mana kau boleh baca aku macam baca buku ha?”

“It’s all written on your face. Pergi tengok cermin. Dah macam karangan dah kat muka kau tu. Banyak sangat problem.” Alex dan sifat prihatinnya. Hana ni, kalau datang melepak kat kedainya selepas tengah malam, maknanya dia ada masalah negara la tu.

“Oh... I totally forgot! You’re a shrink. My personal shrink.” Kepalanya dihentak pada kaunter. Alex ketawa. Dah biasa dengan drama gadis itu.

“So, apa cerita?”Fokus Alex sekarang ni hanya pada Hana.

“Aku kena babysit seekor ungka.” Balas Hana sambil mengeluh. Alex terdiam untuk sesaat dua. Diimbal balik ayat Hana tadi. Babysit seekor ungka. Serius?

“Bukan kau kerja kilang Samurai Group ke?Buat sabun kan? Korang guna ungka sebagai bahan eksperimen ke? Oh God.” Alex tegak berdiri. Mulutnya ternganga. Hampir saja tangannya nak mendail nombor WWF bila Hana membaling  semula tuala putih ke muka Alex.

“Ungka ni bukan ungka kat zoo tu la gila.” Hana merehatkan dagu ke atas meja.

“Dah tu ungka kat mana?” Alex menongkat kepala. Matanya mendarat pada hidung Hana yang kembang-kempis. Selalunya kalau hidung dia dah ada rentak macam ni, maksudnya, dia tengah marah betul la tu. Uih, besar problem ni.

“Ungka kat kilang aku ni la. Kau nak bela dia tak Alex? Aku kasi free.” Hana mendongak, memandang wajah tak semegah Alex. Lelaki itu menggeleng sekali sambil mengangkat kedua-dua tangannya. “Sorry, no pets or animals allowed. Policy kedai.”

“Alaa, kau jugak yang buat polisi tu. Pinda je polisi baru Lex. Please. Ungka ni muka dia boleh tahan, cuma perangai je busuk. Jadikan dia maskot kedai kau ni. Mana tahu makin laku Larva Niche, kan? Boleh eh Lex? Pleaseeee..” Hana merapatkan kedua tangannya ke atas kepala, separuh merayu kepada Alex.

“Dia? Hei Hana, ungka ni binatang ke...manusia?” Tanya Alex sambil menjungkit kening. Gaya Sherlock Holmes habis.Cuma takda buku nota kecil kat tangan je.

“Campur. Kacukan. Hybrid.” Balas Hana laju. Dah serabut kepala dia memikirkan pasal si ungka tu.

“Oh really?” Alex mengelap mangkuk-mangkuk yang sudah dibasuh sambil terangguk-angguk, melayan Hana.

“Really. Sumpah.” Tangan kanan diangkat tinggi. Alex melopongkan mulutnya, membentuk huruf ‘O’.

“Drama queen.” Balas Alex.

Hana ketawa sebelum kembali melentukkan kepala di atas meja kaunter. Muka sedih kembali ditayang.“Alex, what do I do? Tolonglaaa aku...”

“Kalau kau nak aku tolong kau, tell me, ungka tu apa ke siapa?” Alex meletakkan mangkuk yang sudah dilap di atas rak yang sedia tergantung di dinding.

“Yelah, yelah. Ungka tu orang sebenarnya. PA kepada anak bos aku. Tapi berlagak macam dia anak bos!”Ayat yang sama diulang dekat 44 kali. Memang berasap je kepala bila dok fikir pasal mamat tu. Membayangkan muka Daim dah cukup membuat darahnya mendidih. Hui, berapi.

Alex mengangguk faham. “In other words, kau kena jaga anak bos kau, so secara tak langsung kau kena jaga PA dia jugak. Right? So what’s the problem? Jaga je la.” Alex mendepakan tangannya di atas meja kaunter. Berlagak macam kaunselor sekolah.

Hana mengeluh. “Kau rasa kenapa aku panggil dia ungka?”

Alex ketawa. Tak terfikir pulak. “Sebab muka dia macam ungka.” Jawab Alex. “Muka dia lagi hensem daripada kau Lex, tapi perangai dia tu, lagi huduh dari ungka!” Meja kaunter dihentak lagi.

“Nanti, nanti, dia lagi hensem dari aku? So ungka tu jantan la? Hana, orang tua-tua cakap, jangan benci sangat, nanti suka.” Tawa Alex pecah lagi bila Hana buat-buat muntah. Ha mulalah tu kerja part time dia sebagai matchmaker. Suka je nak mengkenengkan orang.

“Siapa nak suka kat ungka, kau cakap dengan aku sekarang.” Hana menepuk-nepuk dadanya. Alex menunjuk ke arah wajah Hana.

“Kau.”

“Kau pernah merasa penumbuk aku dalam mulut kau tak?” Tanya Hana serius. Alex menggeleng. “Nak try?” Hana menjegilkan mata sambil mengetip gigi.

Alex laju menggeleng kepala. Tak sanggup jadi mangsa silat minah ni.

“Anyway, Jannah apa cerita?” Teringat pulak mesej Hana pasal nak pinjam kereta Jannah tu. “Oh Jannah. Hm.. dia tak nak bangun pagi dan gosok gigi sama-sama dengan aku untuk 3 hari. Lepas tu, dia dah tukar tempat dia sorokkan kunci kereta dia.” Balas Hana sambil tergelak.

“Kau ni nakal la Hana. Kesian Jannah.” Alex menghulurkan segelas air kepada kawannya tu. “Alaa bukan aku saja-saja nak ambil kereta dia. Urusan rasmi negara tu.” Balas Hana sambil memandang jam yang tergantung di dinding. Alex mengikut anak mata gadis itu. Senyuman meleret dibibir Alex.

“Banyaklah kau punya urusan rasmi negara.Setakat anak bos dengan PA dia je. Urusan negara la sangat.” Alex tergelak.

Hana tergelak sebelum menutup wajahnya dengan tangan.“Alex... say I’m doomed.”
“You’re doomed.” Selamba Alex balas.

Hana menjeling geram sambil mengetip gigi. “Kau ni, tak membantu langsung!” Mangkuk ais krim yang dah habis ditolak ke arah Alex. Lelaki itu hanya tergelak sambil menyambutnya. Hana akhirnya memaksa dirinya untuk bangun dan bersedia untuk membayar.Dah dekat pukul 1 pagi. Takut pulak nak tunggang motor seorang diri malam-malam ni. Lagipun, konfem kena bebel dengan Maya. Habislah berasap telinga aku. Langkah kakinya diatur malas.

“Nah, it’s on the house.” Alex menggoyangkan tangan kanannya.

“Alex, aku memang suka benda-benda free ni, tapi tolonglah,untuk julung-julung kalinya Lex, tolonglah bagi aku bayar.” Hana separuh merayu. Dua helai not sepuluh ringgit dihulur.

Alex menggeleng. “No, it’s okay, I mean it Hana. Larva Niche sentiasa free untuk kau.You’re always welcomed here.” Alex dan senyuman ais krim dia.So sweet.Hana menjeling.

“I hate you.”

“I know. Dah pergi cepat. Nanti lari ungka kau tu.” Alex tersenyum.

“Alex, serius, ambil la ungka tu. Aku kasi free.” Rayu Hana mencuba nasib.

“Cuba la berkawan dengan ungka tu. Mana tahu, rupanya ungka tu jinak ke kan.”

Hana ketawa. “Takpa la Alex, daripada aku berkawan dengan ungka tu, baik aku balik rumah tidur, lagi best. Ok Lex, see ya.”

“Hei babe, nak aku hantar kau balik. It’s mid night girl. Bahaya.” Alex sekali lagi dengan sifat penuh prihatinnya. Hana mengoyak senyum simpul.

“Naa, S’okay. Jumpa nanti Lex. Bye.” Tangan kanan diangkat tinggi.

Alright girl. Bye!” Alex melambai.


---

0 comments:

Post a Comment