Friday, February 15, 2013

Aku bukan Hana Tajima 5

Daim memakai cermin mata hitam aviator. Hampir 12 jam terperap dalam kapal terbang. Naik kematu punggung. Nasib baik business class. Takdalah sengsara sangat. Daim mendepakan tangan sambil memejamkan mata. Udara segar siang hari di Kuala Lumpur dihirup.

Ok, tak berapa nak segar sangat.

Hmm.. Lamanya tak jejak kaki ke tanah tumpahnya darahku ni. Teringat zaman kecik-kecik dulu. Masuk bendang, tangkap belacak, mandi sungai, kena sengat tebuan, naik kerbau, tangkap ikan, panjat pokok kelapa, kena kejar lembu, main gasing, jerat ayam. Rindunya, Malaysia!

“Have a nice day sir.”

Sapa sekumpulan pramugari melayang senyuman menggetar iman. Kenangan lalu hilang entah ke mana bila suara lunak mereka menyapa. Daim menarik kaca mata hitamnya hingga ke batang hidung. Langkah lenggang lenggok gadis-gadis itu dinikmati untuk beberapa saat. Fusyoo~ S-line tu!

 “Have a nice day too.” Nikon D3100 yang tergantung di leher berdetik.

Daim tersenyum riang. Molek-molek anak-anak dara zaman sekarang. Badan semuanya S-line belaka walaupun muka tak berapa nak gah mana. Makan jamu buat sarapan harian barangkali. Entahlah. Kat Jepun tak dapan badan gebu montok macam ni. Semua stok plywood semedang. Awek Malaysia juga seronok cuci mata. Daim tersenyum lebar sambil menyeluk saku seluarnya. Terasa seperti ada sesuatu.

“Eh apa benda ni?”

“Wah kau, bukan main lebar senyum. Nasib tak meleleh air liur. Ada awek bagi nombor phone ke?” Tegur Shuichi sambil matanya melilau mencari-cari sekumpulan pramugari yang sudah hilang entah ke mana.

“Zaman sekarang bro, mana main bagi bagi nombor telefon ni. Zaman sekarang zaman bagi telefon terus ha!” Daim menayang smartphone yang dikeluarkan dari kocek seluarnya. Rahang Shuichi jatuh. Kepala digeleng lima enam kali.

“Serius ni bro?”

Daim mengangguk. “Awek Malaysia lagi advance dari awek Jepun. Kau tinggalkan je la awek-awek Jepun kau tu. Carik awek Malaysia. Makan jamu. Kasi smartphone. Body mengancam. Awek Jepun ada?” Daim menghulurkan smartphone itu kepada Shuichi. Dahi lelaki itu berkerut.

“Apasal bagi aku pulak?” Tanya Shuichi, sedikit ragu-ragu dengan tindakan sepupunya itu. Tiba-tiba baik hati ni apa kena?

“Tak nak? Tak nak takpa, nanti aku buang—” Daim melempar senyum separuh bila tangan Shuichi laju merampas smartphone yang entah bila diseluk salah seorang pramugari ke dalam seluarnya.

“Biar aku simpan handphone ni. Mana tahu ada orang report polis ke kan. Susah kau nanti.” Mata Shuichi memandang wajah Daim sekilas. Tak berani nak bertentang mata. Daim ketawa besar.

“Untung la aku dapat cousin bertimbang rasa macam kau ni Shuichi Tajima!” Bahu Shuichi dipaut erat. “Weh aku lapar. Mamak jom.” Daim menarik Shuichi, memaksanya melangkah laju.

“Bro, call la bapak kau dulu. Kan dia dah suruh budak office dia datang ambil.” Shuichi menyiku lengan sepupunya itu. Dahinya berkerut marah. Memang dia tak boleh bertoleransi bila menyentuh bab-bab hormat menghormati orang tua.

“Semaklah budak Jepun ni.”

Daim mengeluh sambil melihat telefonnya. No sms, no missed calls. Kata dah diperuntukkan wakil syarikat untuk menjemput mereka di lapangan terbang. Tapi tiada seorang pun yang menunggu di ruang ketibaan.

“No calls. So nobody’s going to fatch us. Dah jom, aku dah lapar ni. Kalau kau nak tunggu budak office tu, kau tinggal. Aku gerak dulu!” Laju langkah Daim, dah malas nak menunggu. Perut dah berkompang dah ni.

“Weh kejap, kejap. Tu aku rasa tu budak office tu kot.”

 Shuichi menarik bahu Daim, memaksanya memandang seorang gadis berhijab pink yang sedang berlari dan tercungap-cungap sambil memegang sekeping kertas kajang. Matanya bulat melilau ke kiri dan ke kanan. Sekejap sekejap lehernya dipanjangkan, mencari-cari.

Daim mengerutkan dahi, cuba membaca tulisan pada kertas kajang yang dipegang gadis itu. “Aku tak tahulah sama ada aku ni dah terencat ke apa sampai tak boleh baca dah. Kau try baca apa minah tu tulis?”

Shuichi turut sama berkerut. Apa benda yang perempuan tu tulis? Nak kata tulisan Jepun, ada huruf alfabet tu, tapi macam pelik pulak. “Tu bukan tulisan Jepun kan?” Daim bertanya mahukan kepastian. Shuichi mengangguk yakin. Hiragana ke Katakana ke memang takda rupa langsung. Kanji lagilah.

“Daim, aku rasa betul la dia tu budak office tu. Confirm. Dari tadi dia dok mencari sakan.” Shuichi memandang Daim yang turut sama menampal muka pelik. Daim diam untuk sesaat dua sebelum akhirnya mengangguk.

“Okey. Jom.”

Hana memandang di sebelah kiri, kanan dan belakangnya. Takda siapa-siapa. Jadi, yang lelaki dua orang tu pandang... aku la? Hana berdehem beberapa kali. Kertas kajang dipegang erat. Tiba-tiba rasa panik. Patut tak aku jerit? Hana cuba mengingati step silat yang pernah dipelajari masa darjah 3 dulu. Menyesal pulak selalu ponteng kelas silat.

“Kenapa diaorang datang kat aku ni..” Resah gelisah hatinya. Sudahlah datang sendirian, tiba-tiba ada dua lelaki pulak dok usha dari tadi. Aduhai.

Dua orang lelaki tinggi lampai itu berjalan hingga mereka berhenti betul-betul di hadapan Hana. Dua-dua pakai cermin mata hitam. Dua-dua sedang merenungnya tajam. Hana menelan air liur. Polis antarabangsa ke diaorang ni? Beg tangan yang tersangkut di bahu kanan diraba. Mana la tahu kot-kot ada terselit ganja ke apa. Walaupun diri ini bersih dari segala macam najis, tapi orang kalau dah dengki, tak boleh nak cakap. Sekali dia selitkan 100 gram ganja, meringkuk la dalam penjara. Haaa minta simpang.

Lelaki yang paling depan tu mencondongkan sedikit tubuhnya. Hana terundur setapak. Apakah yang dia cuba buat ni? Hana terasa seperti air liurnya tersekat di anak tekak. Tiba-tiba dahi lelaki itu berkerut. Kertas kajang ditangan Hana dirampas kasar. Dipusing kertas kajang tu beberapa kali sehingga dia berpuas hati.

“Hei!” Hana menjegilkan matanya.

Apa masalah lelaki ni? Dahlah aku tak kenal kau, sesuka hati je nak ambil kertas orang. Hana mengigit bibir. Nak maki ke nak sepok terus mamat ni? Kalau dia betul-betul polis antarabangsa macam mana? Hana dah berkira-kira dalam hati bila lelaki itu mula membuka mulut.

“Pegang kertas pun terbalik!”

Herdik lelaki itu dengan wajah menyinga. Wajah Hana berubah riak. Terbalik? Diambil kertas kajang itu semula. “Oh..” Hana menggigit bibir. Macam mana boleh tak perasan? Itulah, buat dosa dengan Jannah lagi.

“Awak ni staff Samurai Group?” Tanya lelaki itu.

Hana mendongak, memandangnya untuk sesaat dua sebelum mengangguk sekali. Mana dia tahu aku ni staff Samurai Group Company? Maksudnya, mamat ni.. Polis antarabangsa? Oh my God! Dia Interpol. Habislah aku habislaa. Hana, tenang Hana. Kau tak buat salah apa-apa. Jangan gelabah.

“This is Shuichi Takahashi, anak Encik Takahashi. Saya Daim Tajima, PA Encik Shuichi.” Daim memperkenalkan Shuichi yang sudah tercengang di sebelahnya. Hana memandang lelaki yang diperkenalkan sebagai Shuichi itu sebelum kembali memandang lelaki yang bernama Daim.

“Boleh saya tengok IC awak berdua?” Hana menghulurkan tangan kanannya.

Terus berkerut dahi Daim. IC? Imigresen ke apa dia ni. “Nak buat apa?”

Hana menarik senyum nipis. “Nak verify, betul ke tak awak berdua ni anak Encik Takahashi dan PA dia.” Ujar Hana lembut. Cuba nak kedengaran seprofessional yang mungkin. Yelah, manalah tahu mungkin lelaki dua orang ni memang dari Interpol ke kan? Saja menyamar sebagai anak Presiden Samurai Group dan PA dia. Apa-apapun, safety first.

Daim menambah kerutan di dahi. “Listen, you seem like a very nice girl okey. Awak mesti tak nak complicated kan lagi keadaan. Saya dah cakap, dia ni anak Encik Takahashi, Encik Shuichi, dan saya Daim Tajima. PA Encik Shuichi. Okey? Is that clear? Takda masalah? We’re good?” Daim mendepakan tangannya. Cuba nak meraih keyakinan si gadis.

Hana menggeleng. Senyuman nipis masih tertampal di bibirnya. “Kalau awak tak nak bagi IC, lesen pun boleh. Tak pun, bagi saya tengok passport awak. Lagi senang kan?” Tangan kanannya dibuka tutup, meminta passport mereka. Daim mengeluh berat. Masalahnya minah ni.

Daim berjalan merapati gadis itu. Matanya tajam menjilat wajah Hana. “Hei, kan saya dah cakap. Dia ni Shuichi Takahashi, saya ni PA dia. Daim Tajima! Apasal susah sangat awak nak faham ha?” Oktaf suaranya melonjak naik. Sengaja dikeraskan suaranya sehingga terjungkit sedikit bahu gadis itu. Terkejut barangkali. Lantaklah. Aku tengah penat ni, lagi nak banyak songeh.

Hana tak terkata. Salah ke aku nak berjaga-jaga? Bajet bagus betul mamat ni! “Encik, awak tu yang tak faham bahasa! Apa yang susah sangat nak bagi saya tengok some identification. Kalau awak betul, kenapa takut pulak? Tunjuk je la passport. Bukan susah sangat pun.”

Hana membuntangkan mata, melawan pandangan tajam Daim sambil tangannya mencekak pinggang. Dijengket sedikit kaki, cuba nak menyaingi ketinggian lelaki itu. Ingat dia sorang je boleh garang garang? Aku pun boleh la!

Daim menggigit bibir. Kalau aku cekik batang leher kau tu karang. Jari telunjuknya diluruskan tepat ke hidung Hana. “Kau ni, apa masalah kau ha perempuan!” Tengking Daim. Hampir saja jarinya menolak hidung gadis itu apabila Shuichi cepat-cepat menarik lengannya, memaksanya berundur beberapa tapak.

“Sorry, one second.” Shuichi menarik Daim menjauhi Hana. “What the hell are you doing?” Shuichi cuba mengawal oktaf suara, tak mahu didengari gadis itu. “She’s mental. I need to knock some sense into her.” Balas Daim, memberi satu pandangan maut kepada Hana yang kekal menampal muka tak bersalah.

“No, not knock. Smack!” Tangan kanannnya digenggam kasar ke arah gadis itu, mengugut. Hana menjelirkan lidah.

“Kau tu yang gila! Apasal aku tiba-tiba jadi kau pulak?” Shuichi memeluk tubuh. Bahu sepupunya itu ditampar kuat. Dahinya berkerut-kerut menahan rasa tak puas hati. “Pasal tu, kau just play along okey.” Balas Daim perlahan. Tangannya menarik Shuichi jauh.

“Banyaklah kau punya play along. Apasal pulak aku kena jadi anak bapak kau? Apasal kau PA aku pulak?” Sekali lagi Shuichi bertanya. Tak faham dengan perangai sepupunya ni. Dia memang suka buat benda tak reti nak bincang dulu.

“Shh... Jangan kuat sangat. Nanti perempuan gila tu dengar. Listen, kau ikut je plan aku ni. I know what I’m doing. Just trust me.” Daim memegang bahu sepupunya itu.

“Masalahnya, aku tak tahu apa kau cuba buat ni! Hei Daim, aku datang sini sebab nak tolong kau cari—” Kata-kata Shuichi terhenti bila gadis itu bertanya.

“Ada apa-apa masalah ke?”

Serentak Daim dan Shuichi menggeleng kepala. “Kalau macam tu, boleh tunjukkan passport?” Gadis itu menarik senyum manis. Shuichi dan Daim saling berpandangan. Daim dah macam nekad nak menjerut leher gadis itu.

Shuichi mengeluh. Celah mana jalannya plan kau tu Daim? Akhirnya Shuichi mengeluarkan handphone dan terus mendail nombor pakciknya, Inaoka Takahashi. Beberapa saat kemudian, handphone tu bertukar tangan. Hana terangguk-angguk sambil mendengar apa saja di hujung talian.

Daim memandang Shuichi. Wajah sepupunya itu tak berubah riak. “Okey, Encik Takahashi dah explain semuanya. So confirm la yang awak berdua ni orang yang saya cari. Kalau takda apa-apa, kita gerak. Encik Takahashi nak jumpa awak berdua secepat mungkin.” Hana memulangkan semula handphone Shuichi.

“Just trust me konon. Siapa settle kan at last?” Shuichi melempar senyuman penuh kejayaan. Daim menarik senyum sinis, tak mampu nak kata apa-apa. Dah memang sepupunya itu yang berjaya kawal keadaan. Nak cakap apa lagi? Gadis berhijab pink di hadapannya itu dipandang lama.

 Apa nama minah ni tadi?

“Hei perempuan.” Daim memanggil Hana yang berjalan beberapa meter di hadapan. Shuichi mengeluh. Tak habis-habis lagi ke baran si Daim ni. Hana menoleh sambil menampal wajah selamba.

“Nama saya Hana. Bukan perempuan eh.” Ujar Hana tegas.

Daim menjulingkan mata. “Whatever. Nah, angkat beg aku ni.” Sebuah beg dihempuk ke dada gadis itu dan sebuah lagi disangkut ke kepalanya. Hana tak terkata. “Make sure beg tu tak kotor atau hilang. Apa-apa jadi kat beg aku ni, siap kau perempuan!” Sempat Daim berbisik ke telinga Hana sebelum berjalan menuju keluar dari KLiA.

Rahang Hana jatuh. Dadanya turun naik. Nafasnya tak teratur. Membaranya hati dia ketika ni, Tuhan saja yang tahu. “Mamat tu gila, mamat tu gila, mamat tu gila.” Laju bibir Hana berkata, cuba menenangkan diri.

Shuichi menghampiri Hana yang masih lagi dalam keadaan terkejut tu. “I’m sorry. Dia tu memang pelik sikit, lain dari yang lain. Sorry ya Hana.” Beg yang tersangkut di kepala Hana diambil. Hana memandangnya lama. Eh mamat Jepun boleh cakap Melayu? Fasih pulak tu. Wow!

“Are you okey Hana?” Shuichi menjungkit kening. Hana angguk laju. “Okey. Saya okey.” Kepala diangguk banyak kali. Dahlah muka stok pelakon Jepun, pandai cakap Melayu, anak bos pulak tu. Fuh, serba-serbi. Kalaulah tak fikirkan ni urusan rasmi pejabat, dah lama tersangkut kat Encik Shuichi ni. Bayangkan kalau aku kahwin dengan dia. Tak ke anak-anak aku nanti mata semua sepet belaka. Awww comel!

Hana menggeleng kepala, cuba nak menghalau imaginasi yang dah makin nak merapu. Bila dah masuk bab anak, bahaya tu. Dia terus mengatur langkah, berjalan menuju ke kereta.

“Perempuan gila tu expect kita masuk kat dalam kotak ni ke?” Daim tercengang melihat sebuah kereta kecil di hadapannya. Proton Neo. Dua orang lelaki 6 kaki dan kereta Neo? Memang tak la.

“Ya memang pun. Suka tak suka, masuk je! Jangan banyak mulut!” Balas Hana sambil membuka but kereta. Beg Daim dicampak ke dalam but. Banyak songeh pulak si ungka babun ni. Cukup baik aku nak datang kutip kau. Kalau tak, sampai ke lusa la kau terpacak kat KLiA ni.

“Hei! Be careful!”

Tengking Daim. Panas hatinya melihat beg kesayangannya dicampak kasar. Hana menarik sengih menyindir. “Ops, sengaja.” Balas Hana sambil menampal muka innocent sebelum masuk ke dalam kereta.

“I’m gonna kill her!”

Shuichi cepat-cepat menarik lengan Daim, menghalang sepupunya itu daripada melakukan satu pembunuhan. Ada nanti tak pasal-pasal terpampang muka surat depan Metro, anak tokeh kilang sabun bunuh pekerja kilang sabun. Buat malu company je.

“Ala benda kecil je bro. Relax la.” Pujuk Shuichi.

“Eh perempuan tu memang gila la. Aku dah cakap dah jaga beg aku elok-elok. Kau nampakkan dia sengaja campak beg aku. Kau nampakkan?” Herdik Daim masih berapi. Bukan main marah lagi dia.

“Dia gurau je tu. Kau ni pun, emo sangatlah.” Shuichi menyumbat beg Daim dan begnya sekali ke dalam but.

“Perempuan gila tu suruh kau angkat beg aku? Eh melampau perempuan ni!” Daim dah berkira mahu menarik Hana keluar dari kereta. “Hei, hei matte yo. Aku sendiri yang nak angkat beg kau ni. Kau jangan nak melulu tak tentu pasal.” Shuichi menghalang laluan sepupunya itu. (*matte yo: nanti dulu)

Daim mencekak pinggang. Dahinya berkerut. “Yang kau nak angkat beg aku tu kenapa? Biarlah dia angkat!” Marah Daim lagi. Shuichi menggeleng. “Kau ni, dia tu kan perempuan. Tak baik bro buat perempuan macam tu.” Bahu Daim ditepuk-tepuk.

“Sejak bila pulak kau jadi pembela wanita terangung ni?” Perli Daim masih berbaki rasa marahnya.

Hana mengerling side mirror. Apa yang tak habis lagi tu? Hana terus menekan hon kereta. Ingat aku ni tunggul ke nak tunggu korang lama-lama. Banyak lagi kerja aku nak buat.

Daim berdengus. “Memekaklah! Sana!” Shuichi ditolak tepi.

Pintu kereta dibuka, seat kereta ditolak ke depan untuk memberi ruang kepadanya masuk ke bahagian belakang kereta. Daim kemudian masuk ke dalam kereta tanpa banyak mulut sebelum menghempas pintu sekuat hati.

“Hei agak-agaklah! Ni kereta kawan saya. Kalau rosak apa-apa, awak ganti he!” Marah Hana sambil meluruskan jari telunjuknya ke arah Daim. Lelaki itu sekadar memeluk tubuh sambil memalingkan wajah ke luar tingkap. Pura-pura tak dengar apa saja yang keluar dari mulut Hana.

Sebaik saja Shuichi masuk ke dalam kereta, dia dah dapat merasakan bahang ketengangan antara Daim dan Hana. Masing-masing wajah menyinga, berapi-api. Daim tiba-tiba membongkokkan tubuhnya ke hadapan sebelum menekan-nekan butang air-cond namun masih tak menyala. Dahlah kereta ni kecil, banyak problem pulak tu. Daim terasa seperti nak hentak saja kereta ni.

“Oh lupa nak cakap. Kereta ni takda air-cond, so kena guna cara tradisional la. Kena bukak tingkap. Sorry ye Encik Banyak-Songeh.” Sempat Hana memberi senyuman simpati pada Daim. Lelaki itu sudah berasap kepanasan. Panas sebab cuaca satu hal, panas sebab perempuan ni satu hal lagi.

“Eh kau ni kan—”

Shuichi cepat-cepat menyampuk. “Eh takpa, Hana. Daijoubu da yo. Bukak tingkap dah okey dah kan Daim?” Matanya dijegil, memberi amaran kepada Daim. (*Daijoubu da yo: it’s okey)

Daim menjeling. Dihempas tubuhnya ke seat kereta sambil menyilang kaki. Matanya kembali pada jalan. Malas dah nak carik pasal dengan Shuichi dan perempuan gila tu.

“Okey, siapa nak ice-cream?” Tanya Shuichi, berniat nak menyejukkan suasana yang semakin panas.

“Tak nak!” Balas Daim dan Hana serentak.


Shuichi terkedu. “Okey, okey, relax. Just asking.”

---




0 comments:

Post a Comment