Friday, February 15, 2013

Aku bukan Hana tajima 3

Hana sedang duduk bersila di atas meja pantry sambil meniup-niup mug apabila Kak Mida masuk dengan muka yang serabut. “Ni apasal muka macam tak kentut seminggu ni Kak Mida?”

Senyuman senget dilempar Hana bila Kak Mida mencubit pehanya. “Kau tak takda kerja ke dok melepak kat pantry ni?” Tanya Kak Mida berbasi. Dia menyandar pada sinki.

“Sebab ada kerjalah Hana lepak kat pantry ni. Laparlah. Apa-apahal perut kena isi dulu. Ni akak ni apasal ? Ceritalah. Kalau tak nak cerita mesej, mesej.” Hana menghulurkan handphonenya. Kak Mida tergelak kecil. Kepala digeleng-geleng.

“Ada je kau ni.”

Hana tersenyum bila muka Kak Mida mula nampak serinya. “Kenapa?” Kening dijungkit. Akhirnya Kak Mida melepaskan satu keluhan berat.

“Hana tahu kan anak Mr. Takahashi nak datang Malaysia?” Kak Mida menarik kerusi dan duduk. Tubuhnya menghadap Hana yang masih meniup mug yang melekat di tangannya.

Gadis itu mengangguk. “Hana dengar Geng Powerpuff girls bercerita.”

Kak Mida tersenyum. Powerpuff girls, panggilan khas untuk Joy, Rin dan Pinat. Tiga sekawan. Tak kira masa, tak kira tempat, mereka mesti bertiga. Baik buat kerja, bergosip, makan, tidur, mereka tetap bertiga. Itu sebab satu syarikat panggil mereka Geng Powerpuff girls. Sekali mereka buat gosip, sekelip mata, satu pejabat kecoh. Orang lagi percaya cakap mereka dari baca Harian Metro.

“Diaorang cakap anak Mr. Takahashi tu nak take over tempat bapak dia. Macam tu la. Lepas tu diaorang cakap anak dia hensem la, kaya la, macam Brad Pitt la. Heboh.” Tambah Hana masih teringat aksi joyah Joy, Rin dan Pinat. Dahsyat.

Kak Mida mengangguk. “So apa kena mengena anak dia dengan akak pulak?” Hana menghirup sedikit air milo panas yang dah ditiupnya sejak sepuluh minit yang lalu. Matanya melekat pada wajah Kak Mida.

“Akak kena jadi assistant anak dia. Kena inform semua pasal company ni, latest update, lepas tu kena tunjuk dia tempat-tempat kat Malaysia, jaga dia, semualah.” Cerita Kak Mida.

Hana terangguk-angguk. Air milo terus dihirupnya. “Ohh, kira akak macam kena babysit anak dia la eh. Okay, so apa masalahnya? Jadi jela babysitter anak dia.” Balas Hana acuh tak acuh. Dia tak nampak apa masalah Kak Mida.

“Masalahnya, akak ni mengandung Hana oi. Bila-bila je boleh keluar budak ni. Akak tak larat nak terkejar sana sini Hana. Lagipun, esokkan cuti raya Haji. Akak kena balik Kedah. Laki akak nak balik kampung.Memang akak tak dapat nak jadi assisstant anak Mr. Takahashi tu, Hana.”

Tangan wanita berusia pertengahan 30-an itu mengusap perutnya yang semakin membusung, membentuk bulatan. Hana memandang Kak Mida yang semakin runsing. Seolah-olah terdapat awan gelap bersama ribut petir di atas kepala Kak Mida. “Suruh je Budin tolong akak.” Automatik nama Budin dipetiknya. Siapa lagi orang yang mampu buat kerja-kerja volunteer macam ni kalau bukan mamat separuh tu?

“Dah. Akak dah tanya dia. Kebetulan dia join team R&D untuk projek mega A tu. So memang tengah pack sangat jadual dia. Dia siap tunjuk diari dia kat akak. Memang penuh. Kesian pulak kalau nak paksa dia. Eh Hana tak tahu ke pasal ni?” Kak Mida bertanya pelik. Hana dari department R&D, mustahil dia tak tahu tentang serapan masuk sementara Budin ke department itu.

“A’ah. Lupa pulak. Actually Hana yang cadang nama dia masuk team kitaorang.” Balas Hana sambil menggaru-garu telinga, satu habit bila dia malu. Kak Mida menarik muka. Mengalahkan orang tua budak ni. Semedang lupanya.

“So, akak nak buat apa sekarang?” Tanya Hana.

“Ni yang akak nak cakap ni. Akak nak mintak Hana..” Belum pun sempat habis ayatnya, Hana dah geleng laju. Kedua tangannya digoyang-goyang mengipas udara. “Akak, Hana pun nak balik raya! Lembu Hana dah sedia nak kena sembelih dah kat kampung tu.” Balas Hana laju.

“Hana, tolonglah akak. Hana je yang boleh tolong akak sekarang ni. Nak harapkan orang lain, takda siapa lagi. Pleasee,” Rayu Kak Mida. Wajahnya penuh mengharap.

“Akak, akak ni lupa ke yang Hana pun team R&D jugak. Macam Budin. Akak nak tengok diari Hana pulak? Lagi penuh. Takda ruang nak tulis dah pun.” Hana cuba menerangkan kesibukan jadualnya kepada Kak Mida. Bukan dia tak nak tolong, tapi masalah dia sendiri pun dia tak terselesai, inikan pulak nak selesaikan masalah orang lain.

“Hana kan ketua team R&D. Lagipun, Hana orang lama kat situ. Tak banyak kerja sangat macam si Budin tu. Tolonglah akak Hana. Kali ni je. Akak janji. Ni last. Pleasee, Hana, please.” Tangan Hana dipegang erat.

Hana menjeling Kak Mida. Ingat ketua team tak banyak kerja ke? Banyak tau! Bertingkat tau! “Akak ni. Yelah, yelah, Hana tolonglah. Tapi ni last tau. Lepas ni Hana dah tak boleh tolong akak.” Akhirnya dia terpaksa bersetuju. Dah tak sanggup nak tengok muka sekonyot Kak Mida tu. Boleh hilang selera makan seminggu.

“Oh Hana, akak sayang kau. Kau memang baik Na. Thank you!” Dahi Hana dicium lama. Hana menolak Kak Mida. “Tumpah milo ni kat baju Zalora akak tu nanti, menangis 2 bulan.”

Kak Mida tergelak kecil. “Thanks Hana. Allah je yang mampu balas jasa kau.” Kak Mida belum habis dengan sesi berterima kasihnya. “Ye ye, aamiin. So kak, mana port folio projeck babysitting kita ni?”

“Nanti akak bagi Hana fail akak. Dalam fail tu ada semua yang patut Hana buat sepanjang jadi assisstant anak Mr. Takahashi tu. So don’t worry la okay.” Tangan kanan Hana digenggam erat.

“Okay cool. Bila dia sampai Malaysia?” Tanya Hana. Air milo dihirupnya lagi.

“Esok.”

Dan, muka Kak Mida disembur dengan air milo.

---

1 comments:

Violet Sofia said...

Bhahaha!!! Best je muka Kak Mida kena sembur dengan Milo. Tragis la si budak Hana ni. -.-'

Post a Comment