Tuesday, February 26, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 14

Hana membuka tutup laci di biliknya satu demi satu. Habis semua benda dalam laci diselongkar. Fail-fail yang sebelum ni elok tersusun di rak-rak habis bersepah di atas lantai. Isi beg tangannya turut dikeluarkan, memenuhi ruang meja. Tapi benda yang dicari masih tak jumpa-jumpa.

 Hana menggaru kepala.

“Mana aku letak ni?”

Lab kot yang tergantung dalam almari dipandang lama. Laju diatur langkah ke arah almari. Poket lab kot diseluk. Terasa ada sesuatu. Hana memejamkan mata. Bibirnya mengukir senyum lega.

“Alhamdulillah!”

“Ya Allah Ya Tuhanku! Hei, apa dah jadi dengan bilik kau ni Hana?” Kak Mida tak jadi nak menapak masuk ke dalam bilik Hana. Punyalah bersepah, sampai dah takda ruang dah nak berjalan.

Hana melompat-lompat hingga ke pintu bilik.“Kau main teng teng ke apa ni Hana?” Tanya Kak Mida. Matanya tajam memerhatikan si gadis itu. Hana menarik sengih. Bahu Kak Mida ditepuk-tepuk.

“Kak, kalau tak tahan tengok bilik Hana ni, apalagi kak, jadi Cinderella kejap. He?”

Kak Mida berkerut. “Banyak kau punya Cinderella! Ni nak pergi mana ni? Akak baru je masuk kerja, kau dah nak pergi? Tak rindu akak ke?” Kak Mida memandang Hana atas bawah. Laju semacam je. Ada apa?

“Rindu, tapi akak je kot. Alaa lepas ni Hana jumpa akak setiap hari jugak. So tak berapa nak rindu sangatlah. Ok laa kak. Hana kena gerak ni. Akak lepak-lepaklah dulu dalam bilik Hana eh. Alang-alang tu, tolonglah susun apa yang patut. Ok bye!” Perut memboyot Kak Mida diusap lembut sebelum dia cepat-cepat pergi meninggalkan Kak Mida yang sudah terlopong.

“Celah mananya aku nak duduk? Bilik dah macam tongkang pecah dah. Tikus nak masuk pun fikir dua tiga kali. Tak sanggup nak beranak pinak kat sini!” Bebel Kak Mida sambil menolak tepi barang-barang Hana yang bersepah atas lantai dengan kakinya.

-

Daim memandang pantulan susuk tubuhnya di cermin. Dadanya sedikit merah. Nasib baik tak melecur mana. Setakat pedih sikit je. Kalau tak...sampai tiga keturunan perempuan tu aku hancurkan.

Cakap pasal perempuan gila tu. Pagi tadi, muka dia macam pucat je. Sakit ke? Agaknya sebab tu dia menggila sampai siram aku dengan hot choc kesayangan dia tu. Cis. Tak pasal-pasal dapat hot choc free.

Tangannya meraup rambutnya yang terjuntai di dahi. Teringat pertanyaan Shuichi. Kenapa aku benci dia sangat?

“Daim, ni saya ada—”

Daim menoleh dan ketika itu jugak botol spray ALLANO terjatuh dari tangan Hana. Mulut terlopong habis. Ni kali pertama dia berdepan dengan situasi macam ni. Rasa berasap satu kepala. Terasa darah berliter-liter menyerbu ke muka. Gerenti merah menyala muka aku ni. Adoi, dalam banyak-banyak hari, hari ni jugak la si ungka ni pilih nak tayang body dia yang gagah tu.

Tangan Hana terketar-ketar. Mata terkebil-kebil, hilang arah. Tak tahu nak pandang ke mana. Kakinya tiba-tiba jadi statik. Tak mampu nak bergerak, dah melekat kat lantai. Macam ada magnet.

“T-Takda tempat lain ke nak b-bogel ha!”

Marah Hana setelah kewarasan mula menyerap dalam kepala. Berpinar sekejap bila tertengok tubuh badan si ungka ni. Langsung tak macam ungka. Sikit pun tak. In fact, badan dia....Wow, amazing!

 Hana menepuk-nepuk pipinya. Setan tu, setan. Jangan dengar. Astaghfirullahal’azim!

Kening Daim bertemu. Bogel? Pandangannya ditala ke bawah. Elok je lagi seluar jeans ni tersarung. Matanya kembali menjilat muka gelabah Hana. “Ingatkan buta warna je. Rupanya buta hati sekali. Eh, dalam kepala tu penuh dengan kuning kuning he!” Daim berjalan selangkah demi selangkah menghampiri Hana yang tak berdaya nak bergerak.

Hana menepuk dada banyak kali. Jantung ni, time macam ni jugaklah dia nak bermarathon. “Eh mana ada. Awak tu, p-pakailah baju!” Hana memalingkan wajahnya. Tak sanggup dah nak menatap six pack si ungka tu. Macam coklat Cadburry. Cantik tersusun 6 kotak tu. Eh apa aku merepek ni! Pipi ditampar lagi.

Daim berkerut. Apa kena dengan perempuan gila ni? “Oi, kau ni kenapa? Bayang bukan-bukan la tu.” Dia serkap jarang. Mengena pulak tu. Hana tergaru-garu telinga. Apa nak buat ni? Itulah, selama ni bukan main marah lagi kalau orang main terjah je. Ni kau pulak terjah orang, kan dah kalut. Tak pasal-pasal dapat cuci mata.

Botol spray ALLANO yang tergolek mengenai kaki Daim. Lelaki tu membongkok dan mengambil botol spray berwarna putih tersebut. “Hand and body lotion?” Kening sebelah dijungkit. Bibirnya menarik senyum nakal.

“Kau nak sapukan sunscreen kat badan aku ke?”

Terus Hana melayang pandangan penuh jijik. Hilang dah rasa tersipu-sipu tadi. “Eh si ungka ni, over pulak. Hei, tu bukan sunscreen la. Buta huruf ke apa?Tak reti baca?” Sindir Hana, pulangkan balik paku buah keras.

Daim berdesis. “Aku cubit mulut kau tu nak!”

Hana menjulingkan mata. “Kalau nak merasa 3 tahun tak basuh punya sneaker masuk dalam mulut awak, try la.” Senyuman mesra alam ditayang. Daim tergelak. Lama tu tak berbasuh.  Mahu berbakul bakteria ada kat sneaker perempuan tu agaknya.

“Takpalah, tunggu lagi 2 tahun, baru aku nak try. Ha, apasal kau datang bilik aku ni?” Tanya Daim sambil melangkah ke mejanya. Hana memimikkan muka. Bilik kau kejadahnya. Ni bilik bos kau la ungka!

“Oh bilik awak ke? Tapi kat pintu tu tulis bilik Encik Shuichi Takahashi. Macam mana tu?” Hana menarik kerusi dan terus duduk. Kaki disilang selamba.

“Bilik Shuichi bilik aku jugak. Aku PA dia kan. Ha, cepatlah, apa masalah kau sampai kena jejak kaki kat sini jumpa aku? Aku takda masa untuk kau ni!” Daim memeluk tubuh, merenung gadis itu atas bawah. Gaya perempuan gila ni, tak boleh blah betul. Confidence level dia melampau-lampau tingginya.

“Saya tak nak pun ambil masa precious awak tu. Tu spray tu. Saya nak bagi awak tu.” Nak tak nak, tangannya kejap diangkat kemudian diturunkan semula. Kalut.

Daim memandang botol spray ALLANO yang diletakkannya tadi di atas meja. “For what?” Sebelah kening dijungkit.

Hana menggaru telinga. Untuk apa?

“Nak buat sambal belacan!” Balas Hana selamba. Daim berkerut. Loyar buruk pulak perempuan ni. Aku tepuk mulut tu nanti, baru tahu. Wajah Hana direnung macam nak beri penampar. Hana menelan air liur. Eleh, macam dia sorang je boleh tenung-tenung.

“Aku tanya elok-elok kan?” Suaranya dikeraskan sedikit.

“Sapu kat dada awak yang merah tu.” Ujar Hana perlahan. Kepalanya tunduk merenung kaki sendiri. Daim terdiam seketika. Apahal tiba-tiba berhati mulia pulak si perempuan gila ni?

“Kau ni..Ok ke tak? Nak aku suruh si Budinah tu hantar kau pergi klinik?”

Hana ternganga. Budinah? Siapa? Oh.. Budin. Kurang asam betul la ungka ni. Sabar Hana, sabar. Mamat ungka ni saja nak test keimanan kau. Chill, chill.

“Awak ni kan, memang taik kucing betul la!”

Botol spray ALLANO diambil dan dicampak ke arah Daim. Nasib baik lelaki tu mampu menyambutnya.Dengan penuh gaya pulak tu. Ingat apa? Oppa Gangnam style ke?

Hana mengeluh kecewa. Apasal la tak landing atas kepala si ungka tu! Biar kembali waras sedikit. Hana menepuk dahi. Baru tersedar. Apasal la aku ni suka bertindak melulu? Kalau pecah kepala si ungka ni, tak ke niaya?

“Kau memang suka baling baling barang, tumpah tumpahkan air ni he?” Daim meletakkan botol spray kembali ke atas meja. Hana rasa macam nak lari menyorok dalam pantry.

“Dengan awak je. Dahlah, sapu lotion tu, lepas tu pakai baju. Tu je. Bye!” Pintu bilik Daim/Shuichi dihempas kuat. Daim berdesis. Tangan kanan diangkat tinggi.

“Pecah pintu tu kau nak ganti? Kalau aku tangankan nanti!”

Berapi betul hati dengan perangai Hana. Ada je cara dia nak buat Daim bengang. Matanya mendarat pada botol spray ALLANO. Perlahan, bibirnya mengukir segaris senyuman. Gaya je nak ganas perempuan gila tu.


---

Rosebud says: thanks for reading this humble story. hope you guys enjoy reading it. and please, do not 'control-c and control-v' this story ait. ^^
happy reading <3
p.s lotion ALLANO tu betul2 mujarab for inflammation or any (?) skin disorders insya Allah.

5 comments:

Fyza Roosli said...

Hhaha.. adoyai, rase mcm memang dpt imagine six pack daim tu.. kekeke

Rosebud said...

hahaha. gile hebat imagination! ^^

Anonymous said...

Hee-

Anonymous said...

akak! bestlaaa
,cpt smbung ye!

Rosebud said...

Insya Allah, dalam pembikinan. hehe. ^^

Post a Comment