Saturday, February 23, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 12

Hana menyumbat pop corn ke dalam mulut. Walaupun matanya melekat pada muka bengis-tapi-masih-hensem Aaron Aziz di skrin lap top, tapi kepalanya ligat membayangkan muka Daim apabila dia tahu siapa ungka sebenarnya.

“Puhahahahhaaa!!”

Akhirnya tawanya pecah. Hana ketawa sakan. Balang pop corn sudah terlepas dari tangan dan pop corn jatuh bersepah atas tilam. Jannah yang terbaring di sebelahnya terus memukul badannya banyak kali.

“Ee selekeh laa kau ni Na!” Marah Jannah geram. Suka buat sepah tau perempuan ni.

“Sori, sori. Lawak gila kot!” Tawanya masih berbaki. Tangan kanannya memegang perut yang mula terasa tegang dek gelak menggila.

Jannah dan Maya berkerut. Lawak?

“Celah mananya lawak?Sedih gila kot part si Haris maki si Izzah tu perempuan murah.” Maya mengambil tisu dan mengesat air mata yang dah beranak sungai mengalir di pipi.

Senyuman Hana meleret. Hekeleh, Maya menangis. Sungguh, tak macho. Muka je nak legend si Maya ni, tapi hati jambu.

“Sedih, siapa cakap tak sedih?”

“Dah tu, yang kau gelak beriya tu kenapa?” Jannah pulak bertanya.

“Aku memang macam ni. Bila part sedih, aku tak boleh nangis. Aku gelak. Kalau part lawak, aku nangis. Aku terbalik sikit.” Ujar Hana dengan muka selamba. Jannah dan Maya menjulingkan mata. Poyonya ayat kau.

“Ohhh.. Yang selama ni kau meleleh tengok Khabi khushi khabi gham tu maksudnya kelakar la tu. Baru aku tahu, kelakar rupanya cerita tu.” Perli Jannah straight kena batang hidung Hana.

Dia menjeling. “Alaa. Korang ni, geram dengan si Haris tu, lepaskan kat aku pulak. Apa dosa aku kat Izzah? Aku tak salah!” Balas Hana sambil menepuk dada. Kepala digeleng-geleng.

Laju saja tangan Jannah dan Maya menunjal dahinya. Loyar buruk lagi. Kan dah kena. Hana ketawa mengekeh. “Oloo oloo sedihnya. Cian dia..” Air mata di pipi Jannah dan Maya disapu dengan tapak tangan sebelum dikesat tangannya ke baju mereka berdua.

“Barbiturate betul la budak ni!”

Jannah menekan butang ‘pause’ pada key board dan terus mengambil bantal dan berganding bahu dengan Maya memukul Hana sepuas hati. Pillow fight sampai pengsan. Hana tak terkata. Dia cuba merangkak keluar dari bilik. Namun, Jannah yang lebih pantas terus menarik kakinya dan terus membuat smack down. Terbaik. Nasib tak patah pinggang aku.

Maya melakukan headlock pada Hana. “Nak cerita ke tak apasal kau gelak time orang tengah sedih?”

Hana ketawa menggila. Tak tahan bila Jannah melancarkan misi terakhirnya yakni misi menggeletek kaki. Ini paling tragik sekali. “Nak cerita ke tak?” Gertak Maya.

“Ok, ok aku cerita, aku cerita!” Hana mengibar bendera putih. Haru betul la dua ekor ni. Gurau takda maknanya nak bersopan-sopan. Maya dan Jannah melepaskan Hana. Masing-masing menunggu jawapan dari mulutnya.

“Ha, apasal kau gelak?”

“Sebab muka korang macam besi buruk bila nangis!” Dan Hana terus memecut ke biliknya dan menguncikan diri.

‘Goooood night uglies!’ dimesej ke handphone Jannah dan Maya. Gerenti panas je hati diaorang. Kekekeke..

---

Rosebud says: thanks soo much guys for the inspiring comments, constant motivation on facebook n shoutbox (which I've accidentally removed.T_T) sila enjoy reading my humble story ni. ^^ moga dapat pengajaran di sebaliknya.insya Allah. <3

1 comments:

Anonymous said...

Terbaikkkk, Best Bace. . .

Post a Comment