Wednesday, February 20, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 10

Macam biasa, adalah satu kewajipan bagi Hana untuk singgah ke pantry, sekurang-kurangnya lima kali sehari. Lima minit pun jadilaa. Punyalah sejuk air cond dalam ofis ni, nasib baik salji tak turun dari bumbung. Sejuknya sampai tekak terasa macam kat padang pasir. Dapat teguk air milo panas, best ni.Sambil menunggu cerek memanaskan air paip, Hana memulakan sesi berkaraoke di pantry.Sudu dibawa dekat ke mulut. Dia berdehem dua tiga kali.Testing testing.

“And one, and two, one two. Buuuuuuulan madu di awan biru. Tiada yang menganggu. Buuuuulan madu di atas pelangi. Hanya kitaa ber..erk!”

Matanya singgah pada singki. Mak datuk! Dah takda rupa singki dah! Penuh dengan pinggan mangkuk cawan gelas. Kuali pun ada. Over betul staf Samurai Group ni.

Hana menyingsing lengan blouse sebelum mulamembasuh pinggan mangkuk dan cawan yang terbiar kat dalam singki tu satu per satu. Tak pasal-pasal tergendala moment Amy Search aku. Cis.

Tapi, ni kenapa tiba-tiba datang semangat bibik Endon ni? Rajin pulak aku nak mengemas pantry. Dapur rumah sendiri pun tak terkemas. Tunjuk rajin pulak kat pantry kompani. Selalunya, aku pun join sekali jadi tukang memenuhkan lagi singki ni. Ni kalau Maya tahu aku berlagak rajin kat ofis ni, mahu kena tadah telinga dua minggu dengar dia bertazkirah.

Takpa Hana, alang-alang dah pegang sabun cuci pinggan cap Samurai tu, cuci je pinggan mangkuk ni semua. Boleh test ke-efisien-an sabun buatan sendiri ni.Setakat test kat makmal, apalah sangat.Lagipun, dah nak tumbuh cendawan dah pun pinggan mangkuk ni.Mana la hilangnya makcik cleaner? Cuti bersalin agaknya.

Ergh. Hana tayang muka jijik.

Sambil membasuh, sambil kembali menyambung lagu Fantasia Bulan Madu. Cakap pasal bulan, Hana teringat sesuatu. Bulan ni saja, dekat sepuluh kad jemputan kahwin dia terima. Semuanya dari kawan-kawan dari zaman sekolah asrama dulu. Kawan-kawan sehidup semati buat dajal bersatu hati.

 Si Jenab, Si Nyamuk, Si Bedah, geng badak air, semua nak bernikah bulanni dan bulan depan. Sepakat membawa berkat ke apa diaorang ni sampai kahwin pun macam dah berjanji. Untunglaa. Aku ni je masih dara tapi tak berapa nak glamer gitu.

Teringat kata-kata Maya. Macam mana nak ada boyfriend kalau asyik dok berabang bermas semedang? Hana mencebik. Bukannya aku berabang bermas kat pasar malam ke kat masjid ke. Kat rumah je kot. Takda maknanya ada lelaki nak salah faham. Semua perempuan je dalam rumah tu.

Eh ni apahal tiba-tiba masuk bab kahwin pulak ni. Rileks Hana, umur baru 25 tahun 4 bulan. Muda lagi. Chill, chill. Chill hangguk mung. Orang lain umur 25 dah beranak enam, kau, anak kucing pun takda! Hana menggaru kepala yang tak gatal. Stress la pulak bila fikir pasal jodoh ni.

“Alamak! Tak pasal-pasal bersabun la pulak tudung aku!” Kedua tangannya yang dipenuhi buih dipandang geram. Tak pasal-pasal selendang dah bersabun. Nak marah-marah, tangan sendiri. Eee..

“Aku rasa kau ni ada masalah otak la.” Satu suara menegur dari belakang.

Bahu Hana terjungkit. Matanya dikatup rapat. Nafasnya berderu laju.Terus kedua tangan dirapatkan ke dada, cuba nak mententeramkan jiwa. Pantang nenek moyang betul orang main terjah masuk tak reti nak bagi salam. Sekali aku lesung kepala tu kang.

Hana menoleh. Sengihan yang tertampal di wajah Daim dipandang dengan penuh rasa meluat. Daim menyeluk tangan ke dalam kocek. Apahal tenung aku macam tu? Tahulah muka aku ni super kacak.

“Kau sakit otak kan sebenarnya?”

Tanya Daim sambil menggoyang jari telunjuk membentuk bulatan di tepi kepala. Tanda gila. Langkah kakinya diatur menghampiri gadis itu.

“Ha? Apa?”

 Hana menyandar pada singki. Muka bosan dipasang. Buang karan je berbudi bahasa dengan si ungka ni. Bukan dia faham pun.

“Kesian kau ni kan? Dahlah buta warna, pekak, ada masalah otak pulak tu. Macam-macam kau ni. Ish ish ish..” Kepala digeleng banyak kali. Nada suaranya bersahaja, gaya macam tengah bersajak je. Menyampah betul.

Hana menggigit bibir. Sehari tak kasi aku hangin memang tak sah kan si ungka ni. Aku hantar balik zoo kang baru tahu. “Kenapa awak ambil berat sangat pasal saya? Awak risaukan saya ke? Alaa alaaa sweeeetnya awak ni Daim.” Hana melayang senyuman 5 ketul gula. Memang terlebih-lebih manis. Biar diabetik mamat ni.

Terus berubah kelat muka Daim. Padan muka kau! Hana menahan tawa. Daim mengeraskan pandangannya. “Oi perempuan, seribu tahun lagi pun belum tentu aku nak ingat nama kau tau. Inikan pulak nak ambil berat pasal kau. Kirim salam!” Sergah Daim menyinga. Eleh, itu pun nak marah. Emo betul si ungka ni. Baka ungka dia tak berapa nak baik agaknya.

“Apa?Awak nak krim Pak cik Salam? Ok ok nanti saya mintak kat Pak cik Salam ya.”

Saja Hana menyakat. Terasa nak gelak guling-guling bila muka putih bersih Daim berubah merah berasap. Gaya Daim dah macam nak cekik batang leher Hana bila tiba-tiba cerek di belakang Hana berbunyi seakan kapal terbang terhempas.

Hana terlompat ke hadapan dek terkejut dan tak semena-mena tangannya yang diselaputi buih sabun melekap pada dada dan muka Daim.

“Oh Ooo...”

Mulut Hana melopong. Segera ditarik tangannya dan diangkat ke langit. Daim tercengang. Dilihat t-shirt hijau daun pisangnya yang dah bercorak buih sabun, thanks to this stupid crazy girl. Tangan kanannya menyapu pipi yang terasa melekit.

Buih sabun.Terus matanya menerkam wajah Hana.

“Sori sori sori, sumpah tak sengaja.”

Laju enam perkataan tu keluar dari bibirnya. Tangan kanan diangkat tegak menerjah udara. Tanda bersumpah. Daim membuka mulut, namun kemudian ditutup kembali. Hana menanti penuh sabar. Agak-agak, penghinaan apa dia nak fire kat aku?

“Kau.” Jari telunjuk digoyang-goyang. Hana mengangguk. Ya, aku?? Apa dia?

Daim menarik nafas dalam-dalam. Kepala digeleng-geleng sebelum dia berjalan keluar dari pantry tanpa berkata walau sepatah pun. Wow! Hana tak terkelip mata melihat perilaku pelik Daim. Amazing. Dia tak mencarut, tak maki, tak hina. Ni boleh masuk Malaysia’s Book of Records ni.

Hana memandang cerek yang masih berbunyi macam kapal terbang terhempas. “Kau punya kerja laa ni cerek!” Dipusing butang pada stove, menutup api yang menyala. Hana mengeluh. Pandangannya singgah pada mangkuk yang bertingkat dalam singki. Terus tak jadi nak buat air milo. Semua salah mangkuk-mangkuk mana yang tak reti cuci pinggan. Tak pasal-pasal hilang dah mood nak minum milo.


---

0 comments:

Post a Comment