Friday, February 15, 2013

Aku bukan Hana Tajima 1

‘Takpa. Baru bunyi. Kejap lagi bangun la tu.’

Lagu Flight of the bumblebee memekakkan telinga. Maya pejam mata. Nafas ditarik panjang. Setiap pagi, dugaan yang sama inilah yang terpaksa dia redah. Dipaksa lidahnya menyambung kembali bacaan ayat suci surah Al-Baqarah.


Baru saja lidahnya membaca Au’dzubillah’, deringan Flight of the bumblebee memekak lagi. Maya mencium Al-Quran dan diletakkan di atas almari sebelah katil. Sekali. Dua kali. Aku boleh bersabar lagi. Tapi.. Tujuh kali. Tak boleh jadi ni!

Dengan telekung masih tersarung, Maya berjalan laju ke bilik seberang. Langkahnya bagai nak pergi berperang. Kaki menghentak lantai kayu dengan gagahnya. Pintu bilik Hana diketuk kuat.“Hana! Bangun!”

 Tapi, masih tiada respon. Minah ni telinga cap kereta kebal ke apa?

“Weh Hana! Bangun la! Solat Subuh!”

Maya menjerit lagi sambil tangannya menggandakan tenaga yang dipalu ke pintu bilik Hana. Kali ni dinding rumah pun terasa gegarannya. Maya menghentak lagi kuat. Harapan, pintu Hana nak terbukak. Sebaliknya pintu bilik sebelah pulak yang terkuak. Muka serabut Jannah terpacul. Maya menjamah wajah housemate seorang ni.

“Pukul berapa sekarang?” Tanya Jannah masih separuh sedar. Mulutnya menguap besar. Sebelah mata terpisat-pisat menahan panahan cahaya lampu.

“6.35 pagi dah! Kejut si Hana ni. Takkan hari-hari nak subuh gajah!”

Nada suaranya sarkastik. Peduli apa. Pintu bilik Hana ditendang kuat. Ilmu taekwando dipraktik sepenuhnya. Nasib tak tercabut skru pintu. Maya senyum puas. Confirm, mesti minah ni celik punya.

“Dendam asam pedas aku yang kau rembat semalam tak habis lagi he Na, ni tambah pulak dengan perangai liat nak bangun Subuh kau! Apa nak jadi ni?” Bebel Maya kuat.

Tiga saat kemudian, Hana keluar dari bilik dengan mata yang masih terpejam. Macam kena glu! Hidungnya kembang-kempis. Sniffing udara pagi subuh hari. Pandangan mata mereka berdua melekat padanya. Rasa loya membuak-buak. Maya berkerut seribu.

Serius, perempuan ni...Jannah geleng kepala.

Tahi mata berkati kat mata dan stokin Angry Bird tersarung di tangan. Rambut macam sarang burung. Sepit rambut terjuntai di hujung rambut.Tisu terjulur keluar dari lubang hidung kanannya.

What a view.

Jannah menjilat jari dan merapikan rambut Hana dengan jarinya. Rutin harian mereka. Sesi merapikan rambut selepas bangun tidur. Hana menarik senyum. Setakat air liur Jannah, apalah sangat. Baru air liur, belum lagi hingus ke.

“Thank you,” Balas Hana. Matanya masih terpejam. Hanya bibirnya mengukir senyum segaris.

“Sama-sama,” Angguk. Jannah mengenggam tangan Hana dan mereka bergerak bersama-sama ke tandas. Jannah mengambil ubat gigi dan dihulur kepada Hana.

“Thanks lagi sekali,” Ucap Hana, mengumam.

“Hmm,” Jannah mengangguk sekali.

Maya yang dari tadi menjadi pemerhati tercengang melihat upacara membersihkan diri budak dua orang itu. Nafasnya turun-naik. Mendadak naik suhu badannya.

Ni kalau biarkan sampai masuk waktu Zohor pun tak habis lagi sesi ‘ber-thank you’ diaorang ni.

Pintu bilik air digendang kuat.

“Kau ingat Subuh nak tunggu kau sampai besok pagi ke!” Satu ayat daripada Maya memaksa mereka berdua bergerak sepantas kilat. Akhirnya solat Subuh secara berjemaah sempat dilaksanakan. Syukur, alhamdulillah.


---

Rosebud: Percubaan pertama. :)

4 comments:

Violet Sofia said...

Hahaha... Lawaknya dorang ni.Tapi sis, boleh tak tolong labelkan entry ni? ngee... kasi senang sikit nak cari. susah la kena klik satu2 mcm ni utk cari bab...

Rosebud said...

Dah label da. Thanks kak sofia ^^
happy reading (",)

Anonymous said...

hahahaiiiiiii... Permulaan Cerita yg Lucu,.. Like Like Like Very Much... (^o^) Nak Tanye, Novel "AKU BUKAN HANA TAJIWA" Nie Karya Tuan Punye Blog Ke?? Kalau Ye, It's A Good Karya, Harap2x cepat di Bukukan Novel Nya... Huhuh. . .

Rosebud said...

Yep it's my own karya. Insya Allah, harap2 ada rezeki utk dibukukan. ^^

Post a Comment