Tuesday, February 26, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 14

Hana membuka tutup laci di biliknya satu demi satu. Habis semua benda dalam laci diselongkar. Fail-fail yang sebelum ni elok tersusun di rak-rak habis bersepah di atas lantai. Isi beg tangannya turut dikeluarkan, memenuhi ruang meja. Tapi benda yang dicari masih tak jumpa-jumpa.

 Hana menggaru kepala.

“Mana aku letak ni?”

Lab kot yang tergantung dalam almari dipandang lama. Laju diatur langkah ke arah almari. Poket lab kot diseluk. Terasa ada sesuatu. Hana memejamkan mata. Bibirnya mengukir senyum lega.

“Alhamdulillah!”

“Ya Allah Ya Tuhanku! Hei, apa dah jadi dengan bilik kau ni Hana?” Kak Mida tak jadi nak menapak masuk ke dalam bilik Hana. Punyalah bersepah, sampai dah takda ruang dah nak berjalan.

Hana melompat-lompat hingga ke pintu bilik.“Kau main teng teng ke apa ni Hana?” Tanya Kak Mida. Matanya tajam memerhatikan si gadis itu. Hana menarik sengih. Bahu Kak Mida ditepuk-tepuk.

“Kak, kalau tak tahan tengok bilik Hana ni, apalagi kak, jadi Cinderella kejap. He?”

Kak Mida berkerut. “Banyak kau punya Cinderella! Ni nak pergi mana ni? Akak baru je masuk kerja, kau dah nak pergi? Tak rindu akak ke?” Kak Mida memandang Hana atas bawah. Laju semacam je. Ada apa?

“Rindu, tapi akak je kot. Alaa lepas ni Hana jumpa akak setiap hari jugak. So tak berapa nak rindu sangatlah. Ok laa kak. Hana kena gerak ni. Akak lepak-lepaklah dulu dalam bilik Hana eh. Alang-alang tu, tolonglah susun apa yang patut. Ok bye!” Perut memboyot Kak Mida diusap lembut sebelum dia cepat-cepat pergi meninggalkan Kak Mida yang sudah terlopong.

“Celah mananya aku nak duduk? Bilik dah macam tongkang pecah dah. Tikus nak masuk pun fikir dua tiga kali. Tak sanggup nak beranak pinak kat sini!” Bebel Kak Mida sambil menolak tepi barang-barang Hana yang bersepah atas lantai dengan kakinya.

-

Daim memandang pantulan susuk tubuhnya di cermin. Dadanya sedikit merah. Nasib baik tak melecur mana. Setakat pedih sikit je. Kalau tak...sampai tiga keturunan perempuan tu aku hancurkan.

Cakap pasal perempuan gila tu. Pagi tadi, muka dia macam pucat je. Sakit ke? Agaknya sebab tu dia menggila sampai siram aku dengan hot choc kesayangan dia tu. Cis. Tak pasal-pasal dapat hot choc free.

Tangannya meraup rambutnya yang terjuntai di dahi. Teringat pertanyaan Shuichi. Kenapa aku benci dia sangat?

“Daim, ni saya ada—”

Daim menoleh dan ketika itu jugak botol spray ALLANO terjatuh dari tangan Hana. Mulut terlopong habis. Ni kali pertama dia berdepan dengan situasi macam ni. Rasa berasap satu kepala. Terasa darah berliter-liter menyerbu ke muka. Gerenti merah menyala muka aku ni. Adoi, dalam banyak-banyak hari, hari ni jugak la si ungka ni pilih nak tayang body dia yang gagah tu.

Tangan Hana terketar-ketar. Mata terkebil-kebil, hilang arah. Tak tahu nak pandang ke mana. Kakinya tiba-tiba jadi statik. Tak mampu nak bergerak, dah melekat kat lantai. Macam ada magnet.

“T-Takda tempat lain ke nak b-bogel ha!”

Marah Hana setelah kewarasan mula menyerap dalam kepala. Berpinar sekejap bila tertengok tubuh badan si ungka ni. Langsung tak macam ungka. Sikit pun tak. In fact, badan dia....Wow, amazing!

 Hana menepuk-nepuk pipinya. Setan tu, setan. Jangan dengar. Astaghfirullahal’azim!

Kening Daim bertemu. Bogel? Pandangannya ditala ke bawah. Elok je lagi seluar jeans ni tersarung. Matanya kembali menjilat muka gelabah Hana. “Ingatkan buta warna je. Rupanya buta hati sekali. Eh, dalam kepala tu penuh dengan kuning kuning he!” Daim berjalan selangkah demi selangkah menghampiri Hana yang tak berdaya nak bergerak.

Hana menepuk dada banyak kali. Jantung ni, time macam ni jugaklah dia nak bermarathon. “Eh mana ada. Awak tu, p-pakailah baju!” Hana memalingkan wajahnya. Tak sanggup dah nak menatap six pack si ungka tu. Macam coklat Cadburry. Cantik tersusun 6 kotak tu. Eh apa aku merepek ni! Pipi ditampar lagi.

Daim berkerut. Apa kena dengan perempuan gila ni? “Oi, kau ni kenapa? Bayang bukan-bukan la tu.” Dia serkap jarang. Mengena pulak tu. Hana tergaru-garu telinga. Apa nak buat ni? Itulah, selama ni bukan main marah lagi kalau orang main terjah je. Ni kau pulak terjah orang, kan dah kalut. Tak pasal-pasal dapat cuci mata.

Botol spray ALLANO yang tergolek mengenai kaki Daim. Lelaki tu membongkok dan mengambil botol spray berwarna putih tersebut. “Hand and body lotion?” Kening sebelah dijungkit. Bibirnya menarik senyum nakal.

“Kau nak sapukan sunscreen kat badan aku ke?”

Terus Hana melayang pandangan penuh jijik. Hilang dah rasa tersipu-sipu tadi. “Eh si ungka ni, over pulak. Hei, tu bukan sunscreen la. Buta huruf ke apa?Tak reti baca?” Sindir Hana, pulangkan balik paku buah keras.

Daim berdesis. “Aku cubit mulut kau tu nak!”

Hana menjulingkan mata. “Kalau nak merasa 3 tahun tak basuh punya sneaker masuk dalam mulut awak, try la.” Senyuman mesra alam ditayang. Daim tergelak. Lama tu tak berbasuh.  Mahu berbakul bakteria ada kat sneaker perempuan tu agaknya.

“Takpalah, tunggu lagi 2 tahun, baru aku nak try. Ha, apasal kau datang bilik aku ni?” Tanya Daim sambil melangkah ke mejanya. Hana memimikkan muka. Bilik kau kejadahnya. Ni bilik bos kau la ungka!

“Oh bilik awak ke? Tapi kat pintu tu tulis bilik Encik Shuichi Takahashi. Macam mana tu?” Hana menarik kerusi dan terus duduk. Kaki disilang selamba.

“Bilik Shuichi bilik aku jugak. Aku PA dia kan. Ha, cepatlah, apa masalah kau sampai kena jejak kaki kat sini jumpa aku? Aku takda masa untuk kau ni!” Daim memeluk tubuh, merenung gadis itu atas bawah. Gaya perempuan gila ni, tak boleh blah betul. Confidence level dia melampau-lampau tingginya.

“Saya tak nak pun ambil masa precious awak tu. Tu spray tu. Saya nak bagi awak tu.” Nak tak nak, tangannya kejap diangkat kemudian diturunkan semula. Kalut.

Daim memandang botol spray ALLANO yang diletakkannya tadi di atas meja. “For what?” Sebelah kening dijungkit.

Hana menggaru telinga. Untuk apa?

“Nak buat sambal belacan!” Balas Hana selamba. Daim berkerut. Loyar buruk pulak perempuan ni. Aku tepuk mulut tu nanti, baru tahu. Wajah Hana direnung macam nak beri penampar. Hana menelan air liur. Eleh, macam dia sorang je boleh tenung-tenung.

“Aku tanya elok-elok kan?” Suaranya dikeraskan sedikit.

“Sapu kat dada awak yang merah tu.” Ujar Hana perlahan. Kepalanya tunduk merenung kaki sendiri. Daim terdiam seketika. Apahal tiba-tiba berhati mulia pulak si perempuan gila ni?

“Kau ni..Ok ke tak? Nak aku suruh si Budinah tu hantar kau pergi klinik?”

Hana ternganga. Budinah? Siapa? Oh.. Budin. Kurang asam betul la ungka ni. Sabar Hana, sabar. Mamat ungka ni saja nak test keimanan kau. Chill, chill.

“Awak ni kan, memang taik kucing betul la!”

Botol spray ALLANO diambil dan dicampak ke arah Daim. Nasib baik lelaki tu mampu menyambutnya.Dengan penuh gaya pulak tu. Ingat apa? Oppa Gangnam style ke?

Hana mengeluh kecewa. Apasal la tak landing atas kepala si ungka tu! Biar kembali waras sedikit. Hana menepuk dahi. Baru tersedar. Apasal la aku ni suka bertindak melulu? Kalau pecah kepala si ungka ni, tak ke niaya?

“Kau memang suka baling baling barang, tumpah tumpahkan air ni he?” Daim meletakkan botol spray kembali ke atas meja. Hana rasa macam nak lari menyorok dalam pantry.

“Dengan awak je. Dahlah, sapu lotion tu, lepas tu pakai baju. Tu je. Bye!” Pintu bilik Daim/Shuichi dihempas kuat. Daim berdesis. Tangan kanan diangkat tinggi.

“Pecah pintu tu kau nak ganti? Kalau aku tangankan nanti!”

Berapi betul hati dengan perangai Hana. Ada je cara dia nak buat Daim bengang. Matanya mendarat pada botol spray ALLANO. Perlahan, bibirnya mengukir segaris senyuman. Gaya je nak ganas perempuan gila tu.


---

Rosebud says: thanks for reading this humble story. hope you guys enjoy reading it. and please, do not 'control-c and control-v' this story ait. ^^
happy reading <3
p.s lotion ALLANO tu betul2 mujarab for inflammation or any (?) skin disorders insya Allah.

Monday, February 25, 2013

Aku bukan Hana Tajima! on the way..

Haaa entry kali ni bukan Aku bukan Hana Tajina! 14 ye.
Rosebud says: Many had adviced me to send this story to publisher as soon as I can. mainly it's because of copyright. they said, people could control c and control v my story and send it to publisher and make it as theirs.
They've got a point you know and it really occurs to me that people could actually do it. not all people are as nice as we thought they would be.
anyway, I'm thinking of finishing this story as fast as I can and then send it to   few publishers. Hope you guys can support me all the way. mohon doa daripada kalian. thanks all. love ya. ^^

WARNING! do not copy-paste 'Aku bukan Hana Tajima!' ^^

aigatou minna san <3

Sunday, February 24, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 13

Budin sudah tercegat di depan lif bersama hot choc. Matanya mengikut langkah Hana yang baru saja masuk ke dalam bangunan Samurai Group. Seperti biasa, senyuman InnerShine terpatri di bibir sambil kakinya melangkah gagah ke arah Budin.

“Morninn—”

Sapaan Budin terbantut bila melihat Hana dengan lebih jelas. Baru dia perasan sesuatu. “Mana helmet kesayangan Hana?”

Terus mati senyuman Maya Karin dia tu. “Dah kena tibai.”

Terjungkit kedua kening Budin. “Tibai? Siapa punya kerja? Biar Budin tolong Hana.” Berkerut-kerut dahi Budin menahan marah. Siapa yang berani curik helmet kesayangan Hana ni. Carik nahas betul!

Hana menjeling. Over pulak mamat ni. Tak padan dengan takda tulang. Sudahlah semula jadi lembik, ada nanti makin menjeli pulak kau ni. “Tak payah. Ni kerja orang rumah aku.” Balas Hana sambil memandang butang lif yang tak berlampu. Eh si Budin ni. Punyalah tercongok lama depan lif, tak reti nak menekan butang ke.

“Jannah dengan Maya?” Teka Budin.

Hana mengangguk. “Mana kau tahu diaorang punya kerja?” Tanya Budin mengalahkan Inspektor Razali.

“Diaorang mesej aku cakap helmet aku dah kena culik pagi-pagi buta tadi. Motor aku pun diaorang tibai sekali. Ee kalau aku dapat budak dua ekor tu, memang aku gayungkan kepala sorang-sorang!” Hana sudah membayangkan keseronokkan menyilat kepala Jannah dan Maya.

Budin tergelak kecil. “So kau datang ni naik teksi?”

“Taklah, naik perahu.” Balas Hana sambil menjeling. Soalan takda nak educated lagi.

Budin ketawa besar. “Budin tahu apa cara nak buat Hana happy balik. Nah.” Hot choc dihulur. Sekelip mata, berbunga semula senyuman di wajah gadis itu. Budin menjerit kemenangan. Dalam hati.

“Budin, kau jelaa yang memahami aku Budin. Sayang kau untuk lima saat.” Ujar Hana suku ikhlas.

“Lagi lima saat kalau kau tak masuk dalam lif tu memang aku hentak kepala korang berdua.Nak bersayang-sayang pulak kat sini.” Suara garau menyapa dari belakang. Serentak, Hana dan Budin menoleh.

Daim sedang menjungkit-jungkit kening sambil kedua tangannya di dalam poket seluar. Berlagak habis mamat ungka ni.

Hana menjeling menyampah. Asal pagi je nampak dia, asal muka dia je, pagi. Takda muka orang lain ke.

“Macam mana nak masuk, lif tak bukak lagi kan!” Balas Hana kasar.

“Macam mana nak bukak, kalau kau tak tekan apa-apa? Kau bodoh ke apa ni?”

Ha? Tak tekan? Rasa-rasa tadi macam dah tekan. Mata Hana mencerun pada butang naik. Masih tak bernyala. Terasa diri ni betul-betul bodoh. Ahhh kenapalah bila si ungka ni ada, ada je benda bodoh aku buat!

“Nak tekan la ni. Sabar ye Daim.” Budin menekan butang naik.

“Encik Daim.”

Daim membetulkan ayat Budin. Hana di sebelah sudah tercengang. Encik? Wajah kelat Budin dipandang. “Hei ungka!” Hana mencekak pinggang. Terasa berapi je kepala ni.

“Apa ungka ungka? Kau nak aku pegang kau lagi ke? Masuk dalam lif cepat!” Tengking Daim. Budin menarik beg Hana, memaksanya masuk ke dalam lif. Daim mengikut dari belakang.

“Rilekslaa Hana. Tak payah marah-marah.” Bisik Budin perlahan.

“Macam mana aku tak marah? Dia bajet ofis ni bapak dia punya agaknya. Setakat PA pun nak berlagak macam anak Datuk. Aku sepak kang, ada melayang sampai ke Tembok Besar Cina nanti.” Balas Hana balik dengan nada suara yang dikawal.

“Hana, mamat tu dari Jepun la. Bukan China.” Bisik Budin.

Hana terdiam. “Oh yeke. Ha, kalau aku sepak dia, mahu melayang balik ke Jepun nanti.”
Budin tergelak kecil sambil mengangguk setuju.

“Kau sedarkan aku ada kat belakang kau je.” Daim memeluk tubuh sambil menyandar pada lif. Hana dan Budin berdehem serentak. Nak tutup rasa malu. Dia dengarlah pulakkan. Takpa, biar dia sedar diri sikit.

Pintu lif terbuka. Budin menapak keluar sambil membuat gaya ‘semoga-kau-survive!’. Dia perlu buat thumb print scan di deparment HR dulu baru boleh memulakan kerja di department R&D. Hana mengangguk pasrah.

“Tak sangka taste kau sama teruk macam sense of fashion kau eh.”

Membulat mata Hana mendengarnya. “Apa maksud awak?”

“Tu, si lembut tu.” Bibir dijuih ke arah pintu lif yang sudah tertutup.

Hana berdengus. “Lembut lembut dia pun, at least, dia berbudi bahasa, bertamadun. Tak macam spesis ungka depan saya ni. Perangai busuk.” Balas Hana geram.

Daim melayang satu sengih sinis. “Setakat bagi hot choco setiap hari, itu kau panggil berbudi bahasa? Itu menggemukkan kau lagi ada laa. Gemuk satu hal, diabetik lagi satu hal. Kau tak reti fikir ke?” Daim mendekatkan jari telunjuknya ke pelipis.

Hana memeluk tubuh. Hot choc erat digenggam. “Why do you care so much about me? Awak suka saya ke?” Hana memandangnya lama sambil menampal muka yang penuh ikhlas bertanya.

Daim tergelak besar. Suka? Pergi mampus.

“Kau cermin diri kau dulu boleh tak perempuan? Ha.Ha.Ha.Dengan kau? Hm, walaudalam dunia ni, tinggal kau sorang je perempuan, aku lagi rela suka beruk dari suka kau.”

“No wonder la. Kau kan ungka. Takkan nak suka spesis lain pulak. Dah langgar hukum alam tu.” Balas Hana direct mengena titik kelemahan Daim. Wajah lelaki tu berubah merah menyala. Hana menahan senyum.

“At least aku tak menghambakan si bapuk mak nyah tu!” Herdik Daim geram. Hana memejamkan mata. Dadanya berombak laju. Mamat ungka ni dah over board dah ni.

Jari telunjuk di angkat ke muka Daim. “Aku tak kisah tau kau nak kutuk aku ke apa, tapi jangan sesekali kau nak kutuk kawan aku eh! Dasar ungka tak sedar diri! Babun!”

Hot choc disimbah ke baju Daim. Ketika itu jugak pintu lif terkuak dan Hana mengorak langkah laju keluar dari lif. Dah tak tahan dah.Lagi lama dia tengok muka si ungka tu, lagi berasap kepala.Si ungka tu dah melampau. Ikutkan hati, nak je dia siram hot choc tu kat muka si ungka tu. Tapi bila kenangkan kalau melecur muka dia, tak ke tak pasal-pasal nanti aku kena gantung kerja. PA anak bos la katakan.Tapi siram baju dia tadi, tak terkena badan dia ke?

Eh yang aku dok fikir pasal welfare malaun tu lagi buat apa? “Biarkan dia. Baru padan muka dia.”Hana menepuk-nepuk pipi, dengan harapan rasa bersalah yang mula merangkak dalam sanubari ni hilang segera.

-

“Ni kenapa bebel sorang-sorang ni?”

Hana terkejut. Sikit lagi mahu basah seluar jeans ni tahu. Wajah Shuichi dipandang sekilas. “Shu-chan. Pagi dah sampai?” Hana meneruskan langkah ke biliknya.

“Yep. Lepas Subuh saya terus datang sini.” Angguk Shuichi. Hana menjeling gurau. “Over betul. Dah breakfast?” Tanya Hana, membiarkan Shuichi masuk ke dalam biliknya.

Shuichi menggeleng. “Jom, breakfast sama. Saya belanja.”

Bersinar-sinar mata Hana. Sudahlah takda rezeki nak minum hot choc si Budin tu. Syukur anak bos ni murah hati nak belanja. “Jom. Sekarang?” Hana baru saja nak menyarung lab kotnya. Terus digantung semula lab kotnya ke dalam almari. Shuichi mengangguk laju.

Sambil berjalan keluar dari bilik, Shuichi merenung wajah putih kemerahan gadis tu. Hana mencuri pandang Shuichi. Mata mereka bertembung. Hana menelan air liur. Tiba-tibarasa kekok. Ni kenapa main tenung-tenung pulak ni? Telinga digaru-garu,malu la pulak.

“Kenapa pandang saya macam tu?”

 Hana dah tak boleh tahan. Meremang satu badan kena tenung macam tu. Dahlah kau tu hensem tahap gaban, mahu tak terjungkit bulu roma.

Shuichi mengoyak senyum nakal. “Awak cantik sangatlah Hana. Terpukau saya.”

Cantik? Terpukau? Fusho, first time tu ada lelaki puji aku cantik sampai terpukau.Lelaki Jepun pulak tu. Ahem! Hana berdehem beberapa kali. Jangan tunjuk sangat kau teruja Hana. Rileks. Kekalkan cool anda.

“Yeke? Arigatou gozaimasu.”

Shuichi tergelak. “Tu.” Jarinya menunjuk ke arah pipi Hana.

“Ha, kenapa?” Ada unggas ke kat pipi aku? Ke air liur basi? Pagi tadi dah sental cukup bersih dah rasanya. Tangannya terus memegang pipi. Takda apa-apa pun.

“Merah betul pipi tu. Awak blushing eh.”

Mata dikenyit, menyakat. Hana terasa macam nak sorokkan muka dalam tong sampah. Malunya. Apasal la sistem badan aku ni tak tahu nak cover line?Agak-agaklah kot ye pun nak hantar bertong-tong litredarah ke muka. Wrong timing la dei!

“Eh mana ada. Ni blusher blusher. Dia punya colour lambat keluar. Setengah jam lepas pakai baru naik warna dia.” Tergagap-gagap Hana nak mereka ayat. Lagi besar tawa Shuichi mendengarnya.

“Brand apa he? Saya nak belilah. Nak hadiahkan kat girlfriend saya. Kat Jepun takda teknologi secanggih ni untuk blusher.” Balas Shuichi masih lagi tergelak-gelak.

Hana menjeling. Ada nanti anak Jepun mati tercekik siku kang.

“Dokoiku no?”(*Doko iku no=Nak pergi mana ni?)

Daim sudah tercegat di depan mereka. Langkah Hana dan Shuichi terhenti. Mata Shuichi melekat pada corak coklat pada baju kemeja jeans putih yang dipakai Daim.

“Oh my God. Nani ga okotta no ka?” Shuichi pergi mendapatkan Daim. Bajunya yang basah dipegang. Wajah Diam menyeringai. Dahinya berkerut, seolah menahan sakit. Hana terasa tekaknya bagai dijerut. Rasa bersalah menggunung-gunung. Habislah aku.. (*Nani ga okotta no ka=Apa dah jadi ni?)

“Daijoubu ka?” Tanya Shuichi risau. Air panas ni. (*Daijoubu ka=Kau ok tak ni?)

“Oh. Daijoubu da.” Daim menepis tangan Shuichi. Rimas pulak bila dilayan macam budak tadika. (*Daijoubu da=Aku ok.)

Shuichi berkerut. Dipegang lagi dada sepupunya itu. Hana mengurut leher. Masaklah aku. Apasal la kau ni cerdik sangat pergi siram si ungka tu dengan air panas Hana oi!

“Hontou? Itai ka?”(*Hontou= Betul ke ni? *Itai ka=Sakit tak?)

“Ya, aku ok. Tak ada apa-apa. Ni kau nak pergi mana ni?” Daim menolak Shuichi jauh-jauh. Tak kuasa nak melayan soalan bertubi dia tu. Matanya mencerun pada Hana yang sudah terkebil-kebil, resah gelisah. Daim menarik senyum sinis. Tahu kau cemas.

“Byouin ni ikitai?” Shuichi masih dalam mood kerisauannya. Daim melepaskan satu keluhan berat. “Aku okey. Kau tak faham bahasa ke? Yamete yo! Ore wa daijoubu da!” Tak pasal-pasal aku dah naik suara. Cakap sekali tak faham-faham. (*Byouin ni ikitai=Nak pergi hospital? *Yamete yo=Dahlah tu! *Ore wa daijoubu da=Aku ok!)

Shuichi memandangnya lama sebelum akhirnya dia mengangguk. “Wakatta, wakatta. Gomen, gomen. Ima ore to Hana-chan.. Ah!” Shuichi memandang Hana yang kelihatan bingung. Muka lost habis. Shuichi menepuk dahi.(*Wakatta=yelah. *Gomen=sorry *Ima ore to Hana-chan=Sekarang aku dan Hana..)

“Alamak. Sori, lupa pulak awak ada kat sini. Ni Daim, aku dengan Hana nak pergi breakfast. Care to join?” Pelawa Shuichi sopan. Daim mengambil masa beberapa saat sebelum menggeleng kepala.

“Kau pergilah. Aku dah kenyang minum hot choc.”

 Balas Daim dingin. Hana tak tertelan air liur mendengarnya. Alamak. Berdesing-desing telinga ni dengar sindiran dia. Wajah Daim dipandang. Lelaki itu membalas pandangannya. Hana kembali tunduk. Tak sanggup nak tengok mata dia. Macam nak terkam aku je gaya.

Damn punya hot choc.

“Oh. Ok. Kalau kau nak kirim apa-apa, roger aku. Jom Hana.” Shuichi menepuk bahu Daim sebelum mempersilakan Hana untuk melangkah dulu. Super gentleman. Hujung mata Daim menghantar mereka hingga ke pintu.

Sempat Hana mencuri pandang belakang. Daim masih setia merenungnya keras. Alamak, dia tengah pandang lagi. Adoi, masaklah aku. Rasa macam nak berhenti kerja je. Janganlah dia pergi report kat si Shuichi ni pasal kes hot choc tu. Kalau tak, kirim salam la aku kat projek mega A tu.

Waaa...


---